|
Omardin tidak setuju modul silat diseragam
KUALA LUMPUR: Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) kesal dengan cadangan Pemangku Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mahu memperkenalkan modul latihan seragam membabitkan semua perguruan yang bernaung di bawah pertubuhan itu.
Pengerusinya, Datuk Omardin Mauju, berkata isu itu tidak sepatutnya ditimbulkan kerana sudah dianggap selesai selepas Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menangguhkan pelancaran Silat Malaysia pada 4 Disember lalu.
“Apa yang sedang dirancang oleh Datuk Seri adalah berdasarkan idea yang dibuat oleh Indonesia. Kita tidak perlu ikut cara mereka (Indonesia) kerana semua perguruan silat di negara ini mempunyai identiti tersendiri,” katanya.
Omardin mengulas kenyataan Mohamad mengenai Pesaka yang bercadang memperkenalkan satu modul latihan seragam membabitkan semua perguruan yang bernaung di bawahnya.
Mohamad dipetik sebagai berkata, cadangan itu bagi memastikan seni mempertahankan diri warisan bangsa itu terus relevan, sekali gus mempercepatkan proses diisytiharkan sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara.
"Kegagalan Pesaka memperkenalkan modul latihan seragam berikutan tiada kesepakatan di kalangan perguruan apabila masing-masing mendakwa mereka adalah yang terbaik dan menjadi jaguh silat," kata Mohamad dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pesaka Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Berikutan itu, Omardin yang juga Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) berkata, perguruan silat Melayu mesti dipertahankan kerana ia mempunyai asal usul yang terlalu lama.
“Waktu ini, kita tidak memerlukan silat seragam yang dicadangkan oleh Pemangku Presiden Pesaka kerana kita sudah ada silat olahraga yang mengambil identiti dari Indonesia. Cukuplah dengan itu kerana jika silat seragam ini diperkenalkan ia akan membunuh semua perguruan yang sudah berjasa terlalu lama dalam dunia persilatan.
“erdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah beritahu saya dalam satu majlis di hadapan bekas Presiden Pesaka, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan bekas Timbalan Presiden PSSLM, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad supaya identiti silat Melayu di Malaysia kena dipertahankan dan jangan kita tiru dari Indonesia.
“Kita mahu menyelamatkan warisan seni mempertahankan diri Melayu bukannya menghancurkannya. Dewan Perguruan Pesaka yang dianggotai lebih 386 perguruan silat tidak akan sekali-kali membenarkan cubaan untuk menghapuskan jati diri persilatan Melayu,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pesaka tanpa sentuhan Mohamad
SELEPAS setahun menerajui Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam melepaskan semua jawatan yang dipegangnya dalam pertubuhan mewakili lebih 386 perguruan silat di seluruh Malaysia itu.
Beliau mengumumkan keputusan berkenaan pada mesyuarat Exco Pesaka di Wisma Umno Negeri Sembilan di Seremban pagi semalam, sebelum mengesahkannya ketika ditemui pemberita di Gemencheh, dekat Gemas.
Ditanya sama ada ia berpunca kepada kenyataan Pengerusi Dewan Perguruan Pesaka, Datuk Omardin Mauju yang menolak cadangannya supaya modul latihan silat di negara ini diseragamkan, Mohamad pantas menepis tanggapan itu.
“Saya pun tak tau dia (Omardin) buat kenyataan itu. Keputusan letak jawatan ini saya buat pada mesyuarat Exco Pesaka sebelah pagi, saya hanya tahu mengenai kenyataan berkenaan pada tengah hari,” katanya.
Mohamad yang turut melepaskan jawatan Timbalan Presiden Pesaka menegaskan, keputusannya itu kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin lain menerajui pertubuhan sepenuh masa.
“Saya orang politik... jadi, keputusan ini juga dibuat kerana saya tak mahu ada `conflict of interest’ atas kedudukan saya sebagai Menteri Besar. Biarlah orang lain memimpin persatuan ini secara sepenuh masa, saya banyak lagi kerja lain yang nak dibuat,” katanya.
Mohamad yang aktif dalam Pertubuhan Silat seni Gayung Malaysia, memangku jawatan presiden Pesaka 6 Mac tahun lalu selepas penyandangnya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengundur diri.
Akhbar semalam melaporkan Omardin meluahkan rasa kesal dengan cadangan Mohamad mahu memperkenalkan modul latihan seragam membabitkan semua perguruan yang bernaung di bawah perguruan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaa
aku rasa cikgu ni comel sgt kutttt
sekali dah pakai baju silat nmpk cam bdk2 skolah dah
guru besar lak datang bulan.. maka .... emmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
nasib baik masa kena rotan, cikgu comel tu tak melatah! naya cikgu besor tu beb! |
|
|
|
|
|
|
|
Silat Lincah Muar kuasai karnival
Oleh Jamaludin Husin
PASUKAN Seni Silat Lincah Daerah Muar muncul juara sempena Karnival Waja Diri 2007 anjuran bersama Persatuan Belia Parit Ulu, Bakri, Majlis Belia Daerah Muar (MBDM) dan Persatuan Bulan Sabit Daerah Muar (PBSDM) di Muar, kelmarin.
Kemenangan itu membolehkan pasukan berkenaan membawa pulang RM300 dan trofi.
Manakala pasukan Seni Silat Sendeng Loghatul Quran, Kesang Tasik, kedua (RM200), manakala ketiga dan keempat (RM100( jatuh kepada Seni Silat Sendeng Bukit Kangkar dan Seni Silat Camande, Parit Simpang Kundang Ulu.
Hadiah disampaikan Adun Gambir, M Asojan, yang merasmikan karnival itu.
Setiausaha MBDM, Shalihuddin Abas, berkata karnival itu dianjurkan untuk mendekatkan persatuan belia dengan masyarakat dan orang ramai melalui kegiatan berfaedah dalam usaha mengembeling tenaga remaja untuk meningkatkan semangat jati diri.
Beliau berkata, sebanyak 20 pasukan silat mewakili persatuan belia gabungan MBDM dan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) daerah menyertai pertandingan sempena karnival itu. |
|
|
|
|
|
|
|
silat cekak hanafi vs other martial art
saya nk tanya dgn pegamal silat cekak ,pernah tk ada antara sesiapa pengamal silat cekak berhadapan dgn musuh sebenar di luar gelanggang .contohnya mcm berhadapan dgn pengamal tae kwon do, muay thai, silat aliran lain dan sebagainya..
kalau ada,,tlg ceritakan situasi sebenar masa berlawan.bknnya apa,,saya nk tahu bagaimana dgn keadaan berdiri lurus seseorang tu blh menghadapi musuh sebenar..
terus terang..saya pengamal silat cekak hanafi (bengung putih), tae kwon do (black belt 1st dan), silat gayung malaysia (belajar sekerat jalan) n silat lincah (sekerat jalan gak)
saya cuma nk tahu situasi berhadapan dgn steet fighter kat luar je,,saya mmg tk pernah lg berhadapan dgn situasi mcm tu..
tujuan bertanya ni coz saya rasa saya masih dlm keadaan terawang -awangan ...selalu saya terpikir bagaimana pengamal silat cekak berlawan dgn org street fighter or pengamal silat lain (kalau ada)..
bkn maksud saya nk kata silat cekak ni tk bagus..saya sendiri belajar silat cekak hanafi ni..tujuan saya bertnaya ni coz saya tknk diri saya berada di awang- awangan lagi,,
saya cuma nk pendapat je,,jgn salah phm.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebenar nya apa yang kamu belajar dalam gelanggang tak digunakan 100% untuk situasi sebenar....
belajar di gelanggan untuk mengambil ilmu dan meng\jadikan buah yang kita belajar sebagai "hak"...
dalam situasi sebenar........kamu boleh menggunakan apa saja cara yang membuatkan kamu selesa...
dengan itu kamu akan dapat menggunakan cara yang kamu pelajari dengan optimum... |
|
|
|
|
|
|
|
tq..
cloud, tq atas pandangan kau..
aku pun rasa mcm tu gak la...kadang kadang masa training aku pikir gak,,penumbuk tkkan dtg mcm tu,,or org tendang,,tkkan mcm tu,,
coz aku pernah tgk org gaduh btl btl dr jauh...terpikir gak aku,,kalau penyerang tu serang aku (ada dl 3 org)..blh ke aku lawan balik..penyerang penyerang ni if serang mana ada seni,,sesuka hati je nk belasah..
ada sesdapa kat sini yang pernah alami situasi sebenar pergaduhan...cite la camner korang gunakan silat yg korang belajar.just kongsi pengalaman je... |
|
|
|
|
|
|
|
bengkung putih....dah dapat buah 21?buah umum?
dah terer praktikal, nnt tererkan plak "seni". iallah semua ok. masa mula2 belajau dulu, aku rasa kuat jerk,nak belasah sumer org..tapi makin belajau,makin tau ramai lagi terer dari kite.
ko plak lain, tak yakin or ada doubt dalam silat cekak,maybe sebab tak byk guna kaki,maybe sebab tak mengelak,maybe sebab tak guna senjata...
real punya gaduh??aku lom lagi..harap2 takde ler sampai bila2. |
|
|
|
|
|
|
|
Senarioooooooooooooooooo untuk difikirkan
1) Lawan menggunakan galah atau lembing memukul kaki.
2)Lawan menggunakan lastik.
Ada member tdpp lepas yang menjadi silat cekak kat dia masa tido penah terusik dada dia. Dia buat tepisan kaedah B (agaknya sebab kawan dia cakap kaedah tu). Satu hari kat rumah bujang tu seekor tikus jatuh atas badan dia masa dia tido juga dia tepis dan tumbuk tikus tu. Mati tikus tu.
Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
tuah, aku dah dpt semua buah buah yang kau sebut td tu,,cuma belum pernah guna je..
kau bengkung putih gak ke?
maybe ada btl gak kata kau,,dlm cekak tkde tendang, terbang,,so,,sebab tu aku belajar tae kwon do sampai black belt..bkn kata cekak tk bagus,,tp just untuk mendalami n menambahkan ilmu je..
ada aku dgr org kata,,cekak vs tomoi,,cekak menang,,tp tu org cakap je la,, |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah tuh,kalau tanya orang tomoi dia akan kata tomoi menang.Yang penting di sini bukanlah semata mata ilmu yang dipelajari ,tetapi bergantung kepada kecekapan dan kemahiran individu tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 adwim79's post
aku setuju...
sehebat mana pun seni tetapi tak pantas,tak padat akan menjadi tak guna...
yang menentukan hebat atau tidak adalah diri seseorang pengamal...bukan seni
yang digunakan...
jadi kuat kan diri...pantas tindakan...pantas berfikir.... |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba terpanggil nak tulis
hehe
mmmm silat ni umpama ajar nak baca camna lah
bila dah masuk real world bukan semua org tulis ikut sekolah kan
silat apa pun
apabila di luar, yang penting ialah bagaimana kita tenang bertemu lawan
bagaimana mengawal marah
mengawal nafsu
kawal langkah, camna takna dedahkan part bahaya
camna nak elakkan pergaduhan
camna nak tamatkan pergaduhan dengan mudah,
aku tak pernah street fighter gak
cuma pernah kena pau gak laaa. ngan groupie ala ala kumpulan gelap la gak.
nak tau apa aku buat?gelaklah, kutuklah....tp... aku lari..............sbb aku tau kalau aku lawan pun end up lebih byk musibah.....
and aku ada gak belajar silat silat yang ko sebut... tae kwando taklah setinggi ko, gayung......ada laa, cekak follow gak,
dalam hati aku waktu lari tu, kalau ada org kejar aku, baru aku layan, aku takkan lawan kat tmpat diorg........
tp serius aku lari laju gila aku rasa waktu sekolah taklaju gitu ahhahaha
siap tahan teksi tgh traffic light lagi....................... |
|
|
|
|
|
|
|
ooo dah bengkung puteh hehehe...
ko nak tanya caner org leh lawan tanpa kuda2 yer?
aku ni sendeng, hehe kalao ko tau sejarah ko mesti blaja sendeng hehehehehe
org yg diri tegak ni ada 2 untung,
1 untung ko tak payah lenguh kaki wat kekuda
lagi 1 untung ko nyer pergerakan lagi pantas dari org yg wat kekuda..
bila ko diri tegak, lawan akan heran... bila lawan heran maka serangan pon bukan2
ada paham? aku nak eksplen lebih2 takut out of topic lak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 hyphrigian's post
apo tu? |
|
|
|
|
|
|
|
hanafi imam yang aku tau ahli muzik yang disegani...
cekak tu maybe cekak rambut dia kot....
jadi la cekak hanafi imam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 hitamputih's post
Aku setuju dengan tindakan ko tuh.Pada pendapatan aku yang tak seberapa sebulan nih,itu adalah langkah yang terbaik sekali.Kalau aku berada dalam situasi ko pun,aku akan melakukan perkara yang sama.Tak perlulah rasa kesal mahupun sia sia belajar silat hanya kerana ko lari dari situasi tersebut.Jika sesuatu keadaan itu tidak memihak kepada kita untuk mempertahankan diri,buat apa susah susah.Melarikan diri itu pun sudah mempertahankan diri kita d ari sebang kecederaan.Tak begitu?Lainlah kalau samseng tuh kejar kita,then we have no choice. |
|
|
|
|
|
|
| |
|