|
UMRAH V, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
rindu ngan mussy perasa pisang..
best giler pepetang nih kalau pekena malt mussy perisa pisang... pergh... lentok aje ngan pipe shisya.. tersandar dibuatnye..
pastu di sulam ngan assirat roman... pergh
mafi mushkilah...ya shabab...yala..taal ya sabab.. min indik wala min inddi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3137 ruhanizza's post
kawan saya pun sedang berada di mekah ni guna pakej hijaz ni bayar 2999 katanya..tapi kena ramai yang join baru dpt pakej ni kan? dia bawa hijaz ni pegi sekolah dia daftarkan cikgu2 lain so dpt lah ramai kalau sorang aja tak blh kira kena cari gang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3132 sofiera's post
dah call tak ada yg angkat lah...hospital bukan 24jam ke esok try call lagi..dah pukul 6 patut tak ada orang angkat |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi baru daftar dgn pakej Haji dari Tiram Travel plak. Member ajak kata ada kekosongan, ambil yang duduk 3 org....di Mekah duduk di hotel Safwa Tammiz. Ada sesiapa yang pernah duduk kat situ ke? Hotel ni dekat2 dgn area Hotel Hijazz ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by masjidsan at 9-6-2009 18:37
Tadi baru daftar dgn pakej Haji dari Tiram Travel plak. Member ajak kata ada kekosongan, ambil yang duduk 3 org....di Mekah duduk di hotel Safwa Tammiz. Ada sesiapa yang pernah duduk kat situ ke ...
hotel safwa tammiz nie sekitar 120 m..
kalau tak silap saya
hotel ini sebelum zahratul syams
lalu ikut laluan antara hilton dan dar al tawhid intercontinental
berhadapan dengan firdaus tower
sebelah dia ada office STC...
hotel ini kerap digunakan oleh syaza..blh rujuk gambar kt website syaza
kalau tak silap muhammadiyah pun guna hotel yang sama
masjid-san ...kalau tersilap mohon maaf macam ingat-ingat lupa..
kalau silap maafkan saya yer..
sekadar berkongsi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunsuria at 9-6-2009 18:22
dah call tak ada yg angkat lah...hospital bukan 24jam ke esok try call lagi..dah pukul 6 patut tak ada orang angkat
akak klinik kesihatan sampai 4.30 jer
hehe
call esok yer..kul 8 pun boleh hehe
i pun dulu 2007 call dulu baru pergi..so sampai terus cucuk dan balik office dalam 10 minit dah balik office...
tapi lepas balik saya rasa macam nak demam....heehhe
dosa banyak kot..kifarah dosa lah tu hehehe..pembersihan diri sebelum umrah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by masjidsan at 9-6-2009 18:37
Tadi baru daftar dgn pakej Haji dari Tiram Travel plak. Member ajak kata ada kekosongan, ambil yang duduk 3 org....di Mekah duduk di hotel Safwa Tammiz. Ada sesiapa yang pernah duduk kat situ ke ...
haji saya tgk kt muhammadiyah 19,900 untuk bilik bertiga
saidina travel pun duduk situ jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3145 masjidsan's post
tiram ni yang berangkat dari sg kan....hari tu dia called saya nak confirmkan seat masa tu saya demam dia kata nak call balik tak call pun..tapi dari sg tu mcm ada masalah lain pulak..nak berkumpul dari JB then bertolak ke sg naik bas... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunsuria at 9-6-2009 19:24
tiram ni yang berangkat dari sg kan....hari tu dia called saya nak confirmkan seat masa tu saya demam dia kata nak call balik tak call pun..tapi dari sg tu mcm ada masalah lain pulak..nak berkump ...
akak..
masjid-san pergi haji..rasanya fligth dari kuala lumpur kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 9-6-2009 17:09
Please kindly..provide the link as follow in your first entry of this thread..
UMRAH IV, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
http://malay.cari.com.my/viewthread. ...
Assalamualaikum...
Rasanya dah lama Mak cik syorkan...
Untuk memudahkan semua... |
|
|
|
|
|
|
|
makcik... bila nak bukak UMRAH VI? |
|
|
|
|
|
|
|
Vaksin laktosa halal
KUALA LUMPUR -
Umat Islam di negara ini tidak perlu meragui vaksin anti meningitis yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah
kerana ia dari sumber laktosa (gula yang terkandung dalam susu).
Kosmo! difahamkan, vaksin yang digunakan di negara ini ialah vaksin ACYW 135 jenama Mencevax dari Belgium
dan bukan jenis Monomune yang diharamkan kerana ada unsur babi.
Bagaimanapun, vaksin ACYW 135 jenama Monumune yang diimport dari Amerika Syarikat adalah haram
digunakan umat Islam kerana ia mengandungi asik amino dari lembu, babi dan itik.
Sementara itu, Lembaga Tabung Haji menjelaskan vaksin yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah
di negara ini juga telah diputuskan halal oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam
kali Ke-53 pada 2002.
Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatnya, Abdul Rashid Hussein berkata,
vaksin anti meningococcal meningitis itu juga mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Kedua-dua badan itu (jawatankuasa fatwa dan KKM) juga mengesahkan bahawa vaksin itu adalah bebas
daripada sumber haram dan bukan daripada sumber haiwan," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar Batam Pos Indonesia yang melaporkan
Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitis kepada jemaah haji
kerana mengandungi enzim babi.
[ Last edited by aziefa at 9-6-2009 22:48 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Attention to all pilgrim
advice to take vaccination from govt clinic
to get the halal vaccination
i have voice this out in the previous thread..
ingatan tulus ikhlas,
Hussain |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3155 aziefa\ catat
INTISARI KHUTBAH JUMAAT28 November 2008 bersamaan 30 Zulkaedah 1429
Disampaikan oleh Sheikh Abdul Rahman As Sudais.
KHUTBAH PERTAMA
1.Tahniah dengan kehadiran semua jemaah haji dari seluruh dunia.
Selamat datang negara dua tanah suci dan ke negara tempat turunnya wahyu.
2.Apabila kita telah datang dan sampai ke Mekah,
bermakna kita telah menerima jemputan Allah sebagai tetamu Nya.
3.Mekah sebagai tempat mencetuskan sifat kasih sayang serta kecintaan antara sesama Islam.
Tiada beza antara kita semua. Islam adalah milik semua.
Walaupun kita semua datang dari pelusuk dunia yang berbeza, kita adalah sama.
4.Dan bila kita semua telah berada dalam Tanah Haram, kita akan selamat,
kerana negeri ini adalah negeri yang aman.
5.Mekah adalah negeri yang paling disayangi oleh Rasulullah saw.
Seperti yang nyatakan dalam sabdnya bermaksud
“jikalau aku tidak dikeluarkan dari Mekah, aku tak akan kleuar dari sini”.
(maksudnya berhijrah ke Madinah al Munawwarah) hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi
6.Sepanjang berada di Tanah Haram ini jangan sama sekali kita melakukan dosa-dosa.
Allah memberi peringatan tentang dosa dan ancaman bagi sesiapa yang ingin berbuat jahat di dalam Tanah Haram ini.
7.YANG PALING UTAMA dan TERPENTING bagi jemaah haji dan kita semua ialah,
kita perlu mentauhidkan Allah dengan sepenuh hati dan keimanan kita.
Tiada yang lebih berkuasa di alam ini selain Allah.
8.Kita sebagai orang islam mesti IKHLAS kepada Allah. Betul betul beriman kepada Allah.
Sekiranya kita betul-betul beriman kepada Allah, kita perlu ikut dan patuh kepada arahan dan suruhan Allah.
9.Buktikan cinta dan sayang kepada Rasulullah saw iaitu dengan mengamalkan sunnah serta amalan baik
sepanjang berada di Tanah Haram ini.
10.Laksanakan Ibadah Haji dengan sebaiknya.
Sesungguhnya ganjaran bagi mereka yang beroleh Haji Mabrur ialah syurga.
Jikalau kita semua pulang dengan haji mabrur, ini merupakan satu kekuatan untuk membaiki umat Islam
di Negara masing-masing. Kerana umat Islam amat lemah sekarang ini.
11.Jangan dilupakan bagaimanakah keadaan saudara Islam kita di Palestin sekarang ini.
Sedangkan kita semua adalah bersaudara. Kita perlu merasa dan ambil berat tentang nasib saudara kita di Palestin
dan seluruh dunia.
12.Semoga kita semua beroleh pahala yang besar dengan kedatanga kita ke Mekah ini.
Kerana sesungguhnya membesarkan serta memuliakan Mekah adalah satu dari tuntutan agama.
13.Semoga kita semua mendapat haji yang mabrur
Dari Blog Ustaz Rahman.
[ Last edited by aziefa at 10-6-2009 02:15 ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|