|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Rafi', diceritakan oleh Yahya bin Adam, diceritakan oleh Sufyan,
daripada Abu Hasyim, daripada 'Ashim bin Laqith, daripada ayahnya (Laqith),
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apabila kamu wuduk,
sempurnakan wudukmu
dan bersihkan celah-celah jari-jemari."
(Hadith Nasa’i no. 113)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 14-7-2020 05:37 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Harun bin Sa'id Al Aili, diceritakan oleh Ibnu Wahb, diceritakan oleh Harmalah,
daripada Abdurrahman bin Syimasah,
"Saya menemui 'Aisyah untuk menanyakan tentang sesuatu,
maka dia (Aisyah) kembali bertanya,
"Dari manakah kamu?"
Abdurrahman bin Syimasah menjawab,
"Seseorang daripada penduduk Mesir."
Aisyah berkata,
"Bagaimana keadaan sahabat kalian
yang berperang bersama kalian dalam peperangan ini?"
Abdurrahman bin Syimasah menjawab,
"Kami tidak pernah membencinya sedikit pun,
jika keldai salah seorang daripada kami mati
maka dia menggantinya,
jika yang mati hamba
maka dia akan mengganti seorang hamba,
dan jika salah seorang daripada kami memerlukan sesuatu
maka dia akan memberinya."
'Aisyah berkata,
"Tidak layak bagiku jika saya tidak mengutamakan keperluan saudaraku,
saya akan memberitahumu sesuatu yang pernah saya dengar
daripada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. berdo'a ketika berada di rumahku ini,
"Ya Allah,
siapa yang menjawat suatu jawatan
dalam pemerintahan umatku
lalu dia menyusahkan urusan mereka,
maka susahkan dia.
Dan siapa yang menjawat suatu jawatan
dalam pemerintahan umatku
lalu dia berusaha menolong mereka,
maka tolonglah dia.”
(Hadith Muslim no. 3407)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 3-8-2020 09:02 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Ismail, diceritakan oleh Malik, daripada Sa'id Al Maqburi, daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang membuat zalim terhadap saudaranya (orang lain), hendaklah dia meminta dihalalkan (dimaafkan),
sebab dinar dan dirham (harta pada hari kiamat) tidak bermanfaat,
kezalimannya perlu dibalas dengan cara kebaikannya (pahalanya) diberikan kepada saudaranya (orang yang dizalimi),
jika dia tidak mempunyai kebaikan lagi, kejahatan saudaranya (dosa orang yang dizalimi), diambil dan dipikulkan kepadanya."
(Hadith Bukhari no. 6053)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, Sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 3-8-2020 07:27 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abdullah bin Yazid, diceritakan oleh Kahmasy bin Al Hasan, daripada Al Hajjaj bin Al Furafishah, daripada Abu Abdurrahman (Abdullah bin Yazid), daripada Ibnu Abbas,
“Ibnu Abbas membonceng bersama Nabi s.a.w.
lalu Nabi s.a.w. bersabda, "Wahai anak," atau "Wahai anak kecil,
mahukah kamu aku ajari beberapa kalimat yang Allah akan memberimu manfaat."
Ibnu Abbas menjawab, "Ya."
Lalu Nabi s.a.w. bersabda, "Jagalah Allah (agama) nescaya Dia akan menjagamu.
Jagalah Allah (agama) nescaya engkau mendapati-Nya di hadapanmu.
Ingatlah Dia pada waktu lapang nescaya Dia akan ingat kepadamu pada waktu sempit.
Jika engkau meminta maka mintalah kepada Allah,
dan jika engkau memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah.
Telah kering pena dengan apa yang telah terjadi.
Seandainya seluruh makhluk hendak memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu yang Allah tidak menetapkan (takdir) padamu, nescaya mereka tidak akan mampu memberikan manfaat kepadamu.
Dan seandainya mereka hendak mencelakakan dirimu dengan sesuatu yang Allah tidak menetapkan (takdir) padamu, nescaya mereka tidak akan mampu mencelakakanmu.
Dan ketahuilah bahawa di dalam kesabaran terhadap hal yang engkau benci, terdapat banyak kebaikan.
Bahawa pertolongan itu (datang) setelah kesabaran,
dan kelapangan itu (datang) setelah kesempitan,
serta kemudahan itu (datang) setelah kesulitan."
(Hadith Ahmad no. 2666)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 27-8-2020 09:18 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Sulaiman bin Dawud Al Mahri, diceritakan oleh Ibnu Wahb, diceritakan oleh Sa'id bin Abu Ayyub, daripada Syarahil bin Yazid Al Mu'arifi, daripada Abu Alqamah, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Setiap seratus (100) tahun Allah mengutus kepada umat ini
seseorang yang akan memperbaharui (memperbaiki) agama ini (daripada penyimpangan)."
(Hadith Abu Daud no. 3740)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 2-9-2020 10:24 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Ziyad bin Ayyub, diceritakan oleh Husyaim, diceritakan oleh Abu Bisyr, daripada Sa'id bin Jubair, daripada Ibnu Abbas,
“Nabi s.a.w. datang ke Madinah, Nabi s.a.w. mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura,
kemudian mereka (orang-orang Yahudi tersebut) ditanya mengenai hal tersebut.
Kemudian mereka berkata, “Ini adalah hari di mana Allah memberikan kemenangan Musa ke atas Fir'aun,
sementara kami sedang berpuasa sebagai pengagungan terhadapnya.
Nabi s.a.w. berkata, “Kami (umat Islam) lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (orang Yahudi).”
Dan Nabi s.a.w. memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut.”
(Hadith Abu Daud no. 2088)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 15-9-2020 09:41 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Abu 'Umar Al 'Adani, diceritakan oleh Abdullah bin Mu'adz, daripada Ma'mar, daripada 'Ashim bin Abu An Nujud, daripada Abu Wa`il, daripada Mu'adz bin Jabal,
"Aku bersama Nabi s.a.w. di suatu perjalanan, hingga pada suatu pagi, aku berada di sisi Nabi s.a.w.
Saat berjalan aku berkata kepada Nabi s.a.w., "Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka?"
Nabi s.a.w. menjawab, "Sungguh, kamu telah menanyakan suatu perkara yang sangat besar (bagus) padahal itu sebenarnya sangat mudah bagi orang yang Allah mudahkan,
iaitu kamu menyembah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatupun, menegakkan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan ibadah haji."
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda, "Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan?
Puasa adalah perisai, sedekah dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air dapat memadamkan api, dan solatnya seseorang pada tengah malam."
Lalu Nabi s.a.w. membaca,
تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa-apa rezeki yang Kami berikan.)
(Surah As-Sajdah 32:16)
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (Tidak seorang pun mengetahui pelbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.)
(Surah As-Sajdah 32:17)
أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا ۚ لَا يَسْتَوُونَ (Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasik? Mereka tidak sama.)
(Surah As-Sajdah 32:18)
Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan, "Mahukah aku beritahukan kepadamu perkara pokok, tiang-tiangnya dan puncak tertinggi segala urusan? Itu adalah jihad."
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda, "Mahukah aku beritahukan kepadamu tentang orang yang memiliki semua itu?"
Mu'adz bin Jabal menjawab, "Tentu."
Nabi s.a.w. lalu memegang lidahnya dan bersabda, "Kamu harus menahan ini (lidah) daripada dirimu."
Mu'adz bin Jabal berkata, "Wahai Nabi Allah, apakah kami akan diadili dengan apa yang kami ucapkan ini?"
Nabi s.a.w. bersabda, "Alangkah terkejutnya kamu wahai Mu'adz, tidaklah muka-muka manusia disungkurkan ke dalam api neraka melainkan kerana hasil perbuatan lidah-lidah mereka!"
(Hadith Ibnu Majah no. 3963)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 15-9-2020 09:55 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?
مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ Mereka ditimpa dengan malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?"
أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
(Surah Al-Baqarah 2:214)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 23-9-2020 09:32 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ
Ada pun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya
dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata,
"Tuhanku telah memuliakanku."
(Surah Al-Fajr 89:15)
وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ
Ada pun bila Tuhannya mengujinya
lalu menyempitkan rezekinya
maka dia berkata,
"Tuhanku menghinaku."
(Surah Al-Fajr 89:16)
كَلَّا ۖ بَلْ لَا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ
Sekali-kali tidak (demikian),
sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim,
(Surah Al-Fajr 89:17)
وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ
dan kamu tidak saling mengajak
memberi makan orang miskin,
(Surah Al-Fajr 89:18)
وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَمًّا
dan kamu memakan harta pusaka
dengan cara mencampur-adukkan
(yang halal dan yang batil),
(Surah Al-Fajr 89:19)
وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا
dan kamu mencintai harta benda
dengan kecintaan yang berlebihan.
(Surah Al-Fajr 89:20)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abdurrahman bin Ibrahim Ad Dimasyqi & Harun bin Ishaq,
(kedua-duanya) diceritakan oleh Ibnu Abu Fudaik, daripada Salamah bin Wardan,
daripada Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa meninggalkan dusta,
sementara dia batil,
maka akan dibangunkan baginya
istana di sekitar syurga.
Barangsiapa meninggalkan debat
meskipun dia benar,
maka akan dibangunkan baginya
istana di tengah syurga.
Barangsiapa memperbaiki akhlaknya
maka baginya akan dibangunkan
istana di syurga yang paling tinggi."
(Hadith Ibnu Majah no. 50)
Nota penting:
(Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 11-11-2020 05:09 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ
Muhammad itu adalah utusan Allah
وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ
dan orang-orang yang bersama dengan dia
adalah keras (tegas) terhadap orang-orang kafir,
tetapi berkasih sayang sesama mereka.
تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا
Kamu lihat mereka rukuk dan sujud
mencari kurnia Allah dan keredaan-Nya,
سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ
tanda-tanda mereka kelihatan pada muka mereka
daripada bekas sujud.
ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ
Demikianlah sifat-sifat mereka
dalam Taurat
وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ
dan sifat-sifat mereka dalam Injil,
iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya
maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat
lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya;
tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya
kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir
(dengan kekuatan orang-orang mukmin).
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Allah menjanjikan
kepada orang-orang yang beriman
dan mengerjakan amal yang soleh
di antara mereka,
pengampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Fath 48:29)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Harun bin Ishaq Al Hamdani, diceritakan oleh Abdah bin Sulaiman,
daripada Hisyam bin Urwah, daripada ayahnya (Urwah), daripada Zainab binti Ummu Salamah,
daripada Ummu Salamah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya kalian akan mengadu perkara kalian
kepadaku,
padahal aku hanyalah seorang manusia biasa.
Boleh jadi sebahagian daripada kalian lebih fasih (kuat)
dalam mengemukakan hujahnya.
Maka, jika aku memutuskan (sesuatu) perkara
terhadap salah seorang daripada kalian
yang mengambil hak saudaranya,
sesungguhnya aku mengambilkan potongan untuknya
daripada potongan api neraka.
Maka, janganlah dia mengambil sesuatu pun
daripadanya.”
(Hadith Tirmidzi no. 1259)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut.
إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
(Surah Al-A'raf 7:55)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Khallad bin Yahya, diceritakan oleh Sufyan,
daripada Abu Burdah bin 'Abdullah bin Abu Burdah, daripada datuknya (Abu Burdah),
daripada Abu Musa,
Nabi s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin lainnya
seperti satu bangunan
yang saling menguatkan
antara satu sama lain."
Kemudian Nabi s.a.w. mengeratkan jari-jemarinya."
(Hadith Bukhari no. 459)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 17-11-2020 03:01 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh 'Ubaidullah bin Musa, daripada Hanzhalah, daripada Salim bin 'Abdullah,
daripada Ibnu 'Umar r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,
"Jika isteri-isteri kalian minta izin
ke masjid
pada waktu malam,
maka izinkanlah mereka."
(Hadith Bukhari no. 818)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya) |
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 18-11-2020 01:17 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Yazid bin Harun, daripada Muhammad bin 'Amru, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sungguh, kalian akan mengikuti jalan (cara hidup) orang-orang sebelum kalian,
sedepa demi sedepa, sehasta demi sehasta dan sejengkal demi sejengkal,
sehingga sekiranya mereka masuk ke lubang biawak, sungguh kalian juga akan mengikuti mereka." Para sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah mereka orang-orang Yahudi dan Nasrani?"
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka."
(Hadith Ibnu Majah no. 3984)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Ahmad bin Yunus, diceritakan oleh Ibn Abu Dzi'b, daripada Al-Maqburi, daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda,
"Hari kiamat tidak akan terjadi hingga umatku meniru generasi-generasi sebelumnya,
sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta."
Ditanyakan, "Wahai Rasulullah, seperti Parsi dan Romawi?"
Nabi s.a.w. menjawab, "Manusia mana lagi selain mereka itu?"
(Hadith Bukhari no. 6774)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا maka aku (Nabi Nuh a.s.) katakan kepada mereka (kaumnya) "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. (Surah Nuh 71:10)
يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, (Surah Nuh 71:11)
وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. (Surah Nuh 71:12)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
You're welcome,
my brother.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|