CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lilrose

'Tak Tunggang Agama, Sandal Mesra Muslim Tak Menyalahi Syariat' - Ustazah Asma

[Copy link]
Post time 10-4-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas kes ni, mesti ramai pihak takut nak berkolabarasi dgn lofa. Semua mesti kena kecam, boikot, dan unfollow. Tak pasal2 je. Lofa yg buat hal, habis org lain kena. Seram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas dr zulkifli di kambing hitam kan waktu kawin tak ikut SOP, now ustazah pulak weii..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tadika_action at 10-4-2021 09:33 AM

Ustazah dah sentap kat FB

Victim-mentality juga rupanya. Masih x berani tegur adinda bab langgar SOP, bab menjobo bak kata Dato Hattan, bab horny depan public

Selective judgement - mmg lah orang marah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki ustazah ni ada iras pengasas bumi latar kalau sama2 pakai kopiah/ songkok
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:31 PM | Show all posts
Sifu Hartanah, 3A pun dh komen psl nie.

Die juga tak setuju dgn tagline "muslim friendly" - https://www.facebook.com/azizulazli.ahmad
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
CERCAAN & TUDUHAN TERHADAP SAYA

Semalam dalam satu majlis, saya ditanya dan menjawab secara spontan dan santai soalan wartawan yang hadir. Pihak wartawan seperti biasa pasti akan menuliskan mengikut selera mereka bagi tujuan menarik perhatian dengan tajuk yang kontroversi, sedangkan saya lebih banyak fokuskan isu yang lain.

Saya tidak berniat nak masuk campur isu hangat ini, jauh sekali mencari publisiti. Kerana itu sepanjang isu ini saya tidak ada menuliskan apa di FB personal atau page rasmi Ustazah Asma' Harun. Saya tak sebelah mana, bukan fans, bukan haters.
.

Saya kemudian ada membaca tulisan dan comment netizen, termasuk cacian dan hinaan. Mengatakan saya makan duit haram, disuap, dibayar, diberi percuma, dipergunakan dll. Pelbagai ayat sinis dan berbaur fitnah. Saya tak print screen semua.

        

            

“Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. Bahkan, manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri.”

(Al-Qiamah: 13—14)

Demi Allah, saya tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pihak Fipper atau Neelofa sendiri. Tidak pernah berhubung atau berbincang tentang isu ini, yang terakhir adalah text mesej DM di IG sebelum beliau nikah tentang satu urusan, ia terhenti disitu sahaja.

Saya juga bukanlah kawan baik atau rapat beliau, tak pernah jumpa bersemuka, hanya berhubung beberapa kali atas urusan rasmi. Saya juga bukan penggemar selipar ini, kerana memang selesa berkasut.
.

Tolong baca artikel ini secara penuh  https://www.yoy.my/sandal-muslim-friendly-tidak-dianggap-tunggang-agama-ustazah-asma-harun/   cuba fahami apa yang saya sampaikan, isu utama bukan berkaitan selipar, tapi nasihat dan peringatan untuk diri saya dan semua MANUSIA YANG BERPENGARUH, tapi bab itu tidak pula diberi perhatian oleh netizen.
.

Untuk makluman, hingga kini saya sendiri tidak pernah menerima apa jua tawaran untuk menjadi duta produk atau perkhidmatan, jurucakap, juru backup, paid review, khidmat nasihat dll yang melibatkan bayaran.
.

Permintaan sebegini begitu banyak tak henti hingga kini dan melibatkan nilai yang tinggi. Kenapa?, demi menjaga dan menjauhi fitnah kepada agama, kami pegang kuat prinsip ini. Walaupun kadang ia datang disaat kami memerlukan bagi menanggung kos operasi. Begitupun, saya masih digelar penunggang agama.
.

Tuan Puan, Alhamdulillah Allah tetap berikan kami rezeki yang cukup melalui Galeri Ustazah Asma' Harun untuk dikongsi dengan lebih 60 orang staf, yang sebahagian besar tim kami melakukan kerja dakwah dan amal melalui NGO Sahabat Amal Care, tim media, penyelidikan, ekonomi, perternakan, perkampungan hijrah dll.
.

Tuan Puan, bahkan kami tak gunakan duit infaq orang ramai untuk kos operasi NGO SAC, jauh sekali untuk operasi syarikat. Semua ini menjadi satu amanah yang berat buat kami. Infaq ummah adalah untuk ummah.

TOLONG HENTIKAN

Saya tuliskan begini kerana kasihan melihat sesama Muslim berterusan menyebarkan kebencian dan permusuhan atas banyak isu,
contohnya sekarang, anda hina saya kerana tulisan satu portal maya akhbar, sedangkan anda sendiri tidak pernah kenal dan jumpa saya secara nyata. Tak pernah ada urusan dan hubungan, tapi memilih untuk membenci, menuduh dan menyampah tanpa sebab.

Firman Allah SWT:

      

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu.” [Surah al-Maidah: 91]
.

Saya mohon hentikan perbuatan ini bukan kerana diri saya, saya dah biasa dimaki dihina begini, tapi saya kasihan dengan jari jemari yang menulis dan memberi comment yang mengikut hawa nafsu.
.

Bayangkan keadaan menyedihkan begini,  berlaku saban hari di bulan mulia. Tinggal 2 hari lagi kita akan masuk ke bulan Ramadan yang penuh barakah. Adakah kita nak masuk Ramadan dalam keadaan begini?
.

Kebencian dan permusuhan atas isu politik, agama dan agamawan, isu semasa, dll. Fitnah, maki hamun, menghina dan menjatuhkan sesama muslim menjadi darah daging.

Surah al-Nur berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah:

                    

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]

      :         :"    ."  .

Dari Ibnu Mas‘ud r.a beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Mencela seorang muslim adalah sebuah kefasikan, dan membunuhnya adalah kekufuran.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

ASMA' BINTI HARUN
10 April 2021

...................................................................

TEKS PENUH TANPA EDIT DARIPADA SALAH SATU MEDIA MAYA AKHBAR

April 10, 2021

“Saya nampak ia biasa..” Isu Selipar ‘Muslim Friendly’, Asma Harun Kata Bukan Tunggang Agama.

Baru-baru ini telah tular mengenai isu mengenai selipar mesra muslim ataupun ‘muslim-friendly’ dan isu berkenaan telah menarik perhatian ramai.

Sementara itu, turut tidak ketinggalan untuk memberi sedikit pendapat, pendakwah terkemuka, Ustazah Asma Harun

Beliau berpendapat bahawa kontroversi selipar mesra muslim ataupun ‘muslim-friendly’ itu hanyalah salah faham dan tidak perlu dianggap sebagai ‘menunggang agama’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menurut penceramah bebas, Asma Harun berkata, walaupun itu menjadi hak peribadi mereka, namun sebagai individu yang boleh memberi pengaruh kepada masyarakat, mereka sepatutnya lebih berhati-hati.

“ALLAH bagi pengaruh kepada masyarakat sama ada artis, instafamous, influencer atau mereka yang ada dalam bidang perniagaan.”

“Tolong bertanggungjawab ke atas setiap yang kita kongsi di media sosial.”

“Walaupun kita kata itu hak peribadi, tapi kalau betul hak peribadi, simpan ia sebagai peribadi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Semarak Ramadan@Anjung Bonda Nor di Bandar Prima Senawang di sini pada Jumaat.

Jelas beliau lagi, setiap perkongsian di media sosial juga boleh menimbulkan kekeruhan dan salah faham masyarakat.

Menurutnya, semakin tinggi kedudukan seseorang dalam masyarakat, semakin tinggi bebanan dan amanah yang perlu dijaga.

“Bila kita buat sesuatu dan mendapati positif lebih banyak dari negatif, teruskan. Tapi bila kita tengok ia 50-50, mula muhasabah diri dan betulkan semula niat kita,” katanya.

Sementara itu, Asma turut menyatakan kebimbangannya apabila ketika ini ramai individu yang inginkan mendapatkan perhatian walaupun terpaksa menggunakan cara yang salah.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada masyarakat supaya tidak terlalu taksub dengan individu tertentu sehingga menyokong kesalahan yang dilakukan.

“Taksub ini bahaya kerana ia boleh memecah belahkan. Rasulullah SAW juga mencela sifat taksub kerana apabila taksub kita hanya nampak kebaikan saja pada orang itu walaupun dia ada buat salah.”

“Jadi apabila kita lihat ada individu tertentu yang boleh mempengaruhi hidup kita atau sampai peringkat kita nak sentiasa ingat dan ikut.”

“Maka kita perlu bermuhasabah diri dengan melihat sejauh mana apa yang dibawa oleh individu itu boleh beri kebaikan kepada hidup kita, “ katanya.

Saya nampak isu selipar muslim friendly biasa

Apabila ditanya berkenaan kontroversi sebuah jenama selipar yang menggunakan perkataan ‘Muslim Friendly’ bagi mempromosikan produk, beliau berpendapat, ia tidak terlalu sensitif dengan agama.

“Bagi saya ia bergantung pada perspektif masing-masing. Saya mungkin terbuka dalam isu ini dan saya nampak ia biasa.”

Ia bkanlah perkara sampai peringkat penunggang agama dan salah syariat

“Ia bukanlah perkara yang sampai peringkat kita nak gelarkan sebagai penunggang agama atau menyalahi syariat.”

“Pada saya, maksud disampaikan ialah selipar itu lebih kepada ‘muslimah friendly’ khusus bagi wanita yang memakai stoking,” katanya.

......

Terima kasih kerana sudi membaca hingga habis. Boleh tinggalkan comment Alhamdulillah, saya baca Habis. Ia sangat bermakna buat saya, sayang semua kerana Allah dan Rasulullah saw.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 10-4-2021 12:21 AM
amboi ustazah, kat ayda jebat kemain tegurrrr..
tang neelopa kemainnn bekappp..


Kaannnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
user.name replied at 10-4-2021 01:51 AM

Gelinya baca mesej ustazah ni ngefan lopak. Patutla dia jilat betul lopak.

Benci betul pada manusia holier than thou ni. Masa belajar, kebanyakan geng2 usrah macam ni la. Mengumpat orang masa perjumpaan usrah, gedik2 dengan jantan yang acah2 alim.. pandang slack pada orang yang biasa2.. FAKE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
timohnotecah replied at 10-4-2021 12:22 AM
I never followed.....only listen to dr maza....yg lain2, bye2 jerlah esp pendakwah celeb........

Same............
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pakcik kopiah merah dh kena troll
skrg turn ustazah ni pulak  ahakss

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
SayaSayangMama replied at 10-4-2021 10:44 PM
CERCAAN & TUDUHAN TERHADAP SAYA

Semalam dalam satu majlis, saya ditanya dan menjawab secara spon ...

Laju ye bela diri sebab nak jaga kantung Asma Gallery. Keluar macam2 firman Allah, hadis, ayat Al Quran. Siap screenshot beberapa komen yang kutuk dia. Lepas tu nak kambing hitamkan wartawan pulak. Hahaha. Manusia2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
xein replied at 10-4-2021 09:42 PM
eh betul la apa yg kakak ko cakap tu, deme berdua memang padaaaaaaan sangat2

& ye la, bab2 f ...

Haha yg 'tetiba dapat hidayah' tu yg pening sekali. Dia punya confident tu huhhhh kalah dr maza gayanya. Dia jerlah yg betul, dia jerlah yg alim. Tegur sikit sentap.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 10-4-2021 10:49 PM
Gelinya baca mesej ustazah ni ngefan lopak. Patutla dia jilat betul lopak.

Benci betul pada man ...

Kan... yg caras bf org pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Personally, i dont agree with the muslim friendly tagline
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 10-4-2021 07:06 PM
Cantik.. Dan nampak selesa.. Iols nak cari la...

Yup sgt selesa & tak licin
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
wallame replied at 10-4-2021 11:04 PM
Kan... yg caras bf org pun ada..

Mulut pot pet nasihat adik usrah tak elok kapel..bercinta lepas nikah etc. Tapi menggedik panggil abang2, mesej2 dengan bf orang. Nasihat tak seiring dengan perbuatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut laaa jahlop nie berlagakk. Dah ramai yg backup tmasuk laa setajahh nies. Double standard muchh. Cerr kalau retis lain yg buat harus diaa nie mengigil2 kot mcm dia mgigil tgk mv aydaa aritu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustazah Asmah is cancelled sejak dia berailoveu dgn jahlopak. Dan I malu tengok dia pulak yg beria2 ceramah padahal husband ada jer kat sebelah dia. Sebelah lagi satu tu ustaz mana ntah. Kalau ceramah tu wanita jer tak perlah ..ni dia pulak control lebih dr lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 10-4-2021 11:06 PM
Yup sgt selesa & tak licin

Masuk dalam list iols utk bulan depan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
As much as I despise what Lofa did, beginning with her wedding reception till now, I lg sedih baca komen2 dlm ni memaki mencaci ustazah. Walaupun dia tak sehaluan dgn kita dlm hal ni, I figure it’s not right to say bad words to her. It’s not fair to judge her by her 1 mistake than to overlook her other hundreds of good deeds. Apa yg ustazah ckp tu take it with good intention in spirit of ‘friendship with Lofa’ rather than her wanting to ‘celebrate budaya penunggang agama’.

Org agamawan ni sgt2 menjaga hubungan sesama diorang. Sbb tu i tak pelik kalau salah seorang drpd mereka yg buat kesalahan yg ‘mild’, they don’t go witch hunting. Org2 baik ni kita pun kena jaga mereka ni. Kena jaga aib diorang. Sbb bab hati ni mereka takleh komen. Kalau org tu nmpk je buat baik tapi hati hitam berkeladak, takde sapa tahu kecuali Allah. So diorang takkan sentuh hal berkaitan hati batin org ni. Akhir zaman ni byk org munafik. Nak detect org munafik ni susah kecuali bg mereka yg btl2 beriman yg dpt pertolongan direct dr Allah. Persoalannya, kita ni cukup beriman Tak nak detect golongan munafik ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059644 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list