CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 35

 Close [Copy link]
Post time 4-5-2021 03:14 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 4-5-2021 12:19 PM
Fuh! Lama x makan gearbox ni.. Cholestrol akak dah lompat pagar so kena gigih turunkan utk kekal s ...

Lepas mkn kena berlemon, berlimau tapi nak repeat order lagi...dah le murah...sedap plak tu...isi & rawan byk dia bagi...semlm dpt 2 gearbox...hat beso dgn kecil satu...sedap sedut2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 4-5-2021 03:06 PM
Those were the days  Salu hantar kuihmuih apa tu?
Hari ni Iftar apa?

Biasa kuih2 lama. Atau kurang2 pun jemput2 udang dgn cuka lada dia sekali.

Hari ni nak reneh bahan2 rebusan yg akak baru terima dari seseorang. Dan husband drive-through McD je karang.

Cukup tu sebab ada kek buah dan kurma maryami sekali dlm kiriman tadi.
Muah muah muah buat pengirimnya!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 4-5-2021 03:10 PM
kat Kuantan ke tu?

Ya SB. Kat Kuantan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 4-5-2021 03:09 PM
Jumpa kolig yg biasa jual...ni xdpt amik sebab xleh rentas negeri lak..huhu...

Kena jumpa kat sempadan la kalau gitu. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 4-5-2021 03:13 PM
Yg ni paling sedap masa rasa kat rumah niece...tu yg order 4 balang terus kat dia...esok lusa dpt  ...

Harap sampai dgn selamat dan elok..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 4-5-2021 03:14 PM
Lepas mkn kena berlemon, berlimau  tapi nak repeat order lagi...dah le murah...sedap plak tu. ...

Dah kena tazkirah panjang dgn physician akak tahun ni. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2021 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
PKP 6 daerah di Selangor...K. Selangor, S. Bernam + Hulu Selangor x terlibat...Bapak Dafi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 4-5-2021 03:39 PM
Biasa kuih2 lama. Atau kurang2 pun jemput2 udang dgn cuka lada dia sekali.

Hari ni nak reneh b ...

Tgh dengo bapak Dafi...
Dah masak terubok...hujan lebat ni...huhu...
..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 4-5-2021 03:43 PM
Ya SB. Kat Kuantan.

Ooo. Teruk ye Pahang...pe kata bapak Dafi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 4-5-2021 03:59 PM
Kena jumpa kat sempadan la kalau gitu. Huhuhu

Jenuh...x jual dah katanya dia...pos pun hanco nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 4-5-2021 04:01 PM
Dah kena tazkirah panjang dgn physician akak tahun ni. Huhuhu

Oopppsy daisy....ni stamdby ayo nyo...yg xde gula...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:29 PM | Show all posts
Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 04 Mei 2021
Kes sembuh= 2,334
Jumlah kes sembuh= 387,542
Kes baharu positif= 3,120 (3,114 tempatan, 6 import)
Jumlah positif= 420,632
Kes kematian= 23
Jumlah kes kematian= 1,574
Kes dirawat di ICU= 338
Bantuan Alat Pernafasan= 181

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
.          .         .      .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
.     .    .    ....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
.     .    .    .   .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 4-5-2021 05:23 PM
Ooo. Teruk ye Pahang...pe kata bapak Dafi...

TERKINI:

PKP 6 Daerah Di Selangor - 6 Mei - 17 Mei 2021
Hulu langat
Petaling
Gombak
Klang
Kuala Langat
Sepang

Rentas negeri/daerah di 6 Daerah PKP di Selangor TIDAK DIBENARKAN

Operasi Bazaar Ramadhan dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

Aktiviti Ekonomi Di Kawasan PKP diumumkan adalah dibenarkan.

Aktiviti sosial adalah TIDAK DIBENARKAN.

****
SOP Hari Raya Aidilfitri:-

Takbir Raya Dibenarkan dikawasan PKP, PKPB dan PKPP Mengikut Ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.
Takbir Raya TIDAK DIBENARKAN dari rumah ke rumah di seluruh Negara
Kuasa Berkaitan Hal Ehwal Ugama Islam Adalam Terletak dibawah Pihak Berkuasa Agama Kerajaan Negeri Masing2.
PKPD Tidak Dibenarkan.


PKP Ziarah Hari Raya DIBENARKAN pada 1 Syawal sahaja Terhad 15 orang pada satu masa.
PKPB PKPP Ziarah Hari Raya DIBENARKAN Sehingga 3 Syawal Terhad 20 orang pada satu satu masa (PKPB) Dan 25 orang pada satu satu masa (PKPP).
PKPD Tidak Dibenarkan Menerima Tetamu dari Luar.Hanya Keluarga Dalam Rumah Sahaja.

SOP HARI RAYA AIDILFITRI PKPP, PKPB, PKPD, PKP: Anjuran Rumah Terbuka TIDAK DIBENARKAN.

Gelembung Kebenaran Perjalanan Pelancongan dari PKPP-PKPP juga DIGANTUNG. - TIDAK DIBENARKAN SERTA-MERTA Sehingga dimaklumkan kelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 4-5-2021 05:24 PM
Jenuh...x jual dah katanya dia...pos pun hanco nanti

Tu yg risau tu kang. Hancur kang semua, makan batang buruk dgn sudu je kang..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 4-5-2021 05:41 PM
.     .    .    .   .

Yang ada family dlm daerah PKP, masih boleh beraya!
Akak x tahu la.. Mungkin kekal duduk tgk cartoon aje. Kalau tgk cerita Melayu, mesti semua sendu kang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Johor ada any update ke? Ada mco jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
BY DG OF HEALTH ON MAY 4, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

4 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 2,334 kes (387,542 kes kumulatif, 92.1%);
Kes baharu :3,120 kes (420,632 kes kumulatif);
Kes import : 6 kes (1 warganegara dan 5 bukan warganegara);
Kes tempatan : 3,114 kes [2,918 warganegara (93.7%); 196 bukan warganegara (6.3%)];
Kes aktif : 31,516 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 338 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 181 kes;dan
Kes kematian : 23 kes (1,574 kes kumulatif, 0.37%; 23 warganegara).
Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 675 kes (21.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 493 kes (73.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 620 kes (19.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 408 kes (13.1 peratus).

Sebanyak 70 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di pusat tahanan iaitu Kluster Pagar Sri Lalang (57 kes), Kluster Jalan Meru Utama (11 kes), dan Kluster Pagar Siput Dua (2 kes).

Terdapat 23 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing enam (6) kes di Kelantan dan Selangor, empat (4) kes di Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Johor dan Sabah, serta masing-masing satu (1) kes di Kedah, Perak, dan Melaka. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 4 Mei 2021:

Jumlah kluster : 1,706 kluster;
Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat :1,301 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Murni Satu, Kluster Fasa Dua Semarak, Kluster Gong Kulim, Kluster Jalan Gemilang Sukan, Kluster Batu 22, Kluster DTI Juru, Kluster Lintang Bayan Lepas, Kluster Jalan Pelabuhan, Kluster Integrasi Rawang Tiga, dan Kluster Padang Hijau);
Jumlah kluster aktif : 405 kluster;
Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 98 kluster; dan
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pagar Sri Lalang (57 kes), Kluster Putai (49 kes), dan Kluster Pintu Air Relau (33 kes).
KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh (7) kluster komuniti, lima (5) kluster tempat kerja, empat (4) sektor pendidikan termasuk satu (1) kluster institusi pendidikan KPM, dan satu (1) kluster keagamaan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.        Nama Kluster        Negeri        Kategori Kluster
1        Bungey        Sarawak        Komuniti
2        Batu 25        Sarawak        Komuniti
3        Tangkis Selatan        Johor        Komuniti
4        Jalan Surian        Johor        Komuniti
5        Batu 30        Kelantan        Komuniti
6        Jerai Maju        Kedah        Komuniti
7        Layangan Labuan        WP Labuan        Komuniti
8        Taming Jaya        Selangor        Tempat Kerja
9        Persiaran Medini Sentral        Johor        Tempat Kerja
10        Jalan Kweng Hitam        Kelantan        Tempat Kerja
11        Jalan Yahya 2        WP Kuala Lumpur        Tempat Kerja
12        Jalan Besar Sungai Jawi        Pulau Pinang        Tempat Kerja
13        Dah Kilometer Tujuh        Kedah        Pendidikan Lain
14        Lubuk Katak        Perak        Pendidikan Lain
15        DKuala        Sabah        Pendidikan Lain
16        Jalan Ungku Abdul Aziz        Johor        Institusi Pendidikan KPM
17        Taman Sri Lambak        Johor        Keagamaan
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Mei 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI        BILANGAN KES BAHARU *(    )        BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR        675        136,161
SABAH        89        58,461
JOHOR        336 (2)        46,441
WP KUALA LUMPUR        408 (4)        44,777
SARAWAK        620        32,667
PULAU PINANG        167        20,445
NEGERI SEMBILAN        95        19,104
KELANTAN          296        15,371
PERAK        117        15,066
KEDAH        155        10,394
MELAKA        52        7,636
PAHANG        41        5,366
TERENGGANU        53        4,510
WP LABUAN        5        2,468
WP PUTRAJAYA        11        1,397
PERLIS        0        368
JUMLAH KESELURUHAN        3,120 (6)        420,632
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,120 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Mei 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 675 kes
35 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taming Jaya;
458 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
182 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: 620 kes
141 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu 25 dan Kluster Bungey;
415 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 408 kes  
18 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Yahya 2 dan Kluster Layangan Labuan;
247 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Empat (4) kes import dari luar negara; dan
139 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 336 kes  
150 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ungku Abdul Aziz, Kluster Jalan Surian, Kluster Taman Sri Lambak, Kluster Persiaran Medini Sentral, dan Kluster Tangkis Selatan;
137 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 296 kes 45 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu 30 dan Kluster Jalan Kweng Hitam;191 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 167 kes
36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Besar Sungai Jawi;
55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
76 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 155 kes
89 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Dah Kilometer Tujuh dan Kluster Jerai Maju;
45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 117 kes
47 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19  kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lubuk Katak;
55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 97 kes
21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: 95 kes
20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 89 kes
47 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster DKuala;
30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: 53 kes
39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 41 kes
Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: 11 kes
Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Layangan Labuan;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3

Ringkasan 23 kes kematian pada 4 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian        Negeri        Jantina / (Warganegara)        Umur (Tahun)        Hospital / Tempat Kematian        Latar Belakang
1552        Sabah        Perempuan (WN)        66        Hospital Tawau        Penyakit darah tinggi
1553        Sarawak        Lelaki (WN)        53        Hospital Miri        Penyakit darah tinggi
1554        Perak        Lelaki (WN)        54        Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh        Penyakit darah tinggi dan jantung
1555        Sarawak        Perempuan (WN)        44        Hospital Sibu        Penyakit darah tinggi, asma, dan jantung
1556        Kelantan        Lelaki (WN)        85        Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, buah pinggang kronik , dan gout
1557        Kelantan        Lelaki (WN)        82        Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu        Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1558        Sarawak        Perempuan (WN)        79        Hospital Bintulu        Obesiti
1559        Kelantan        Perempuan (WN)        64        Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu        Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1560        Kelantan        Perempuan (WN)        81        Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian        Penyakit darah tinggi dan dislipidemia
1561        Selangor        Lelaki (WN)        68        Hospital Kuala Lumpur        Penyakit kencing manis
1562        Selangor        Lelaki (WN)        47        Hospital Serdang        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan hati
1563        Sarawak        Perempuan (WN)        58        Hospital Bintulu        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1564        Selangor        Lelaki (WN)        79        Hospital Serdang        Penyakit kencing manis, jantung, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1565        Johor        Lelaki (WN)        72        Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru        Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1566        Selangor        Lelaki (WN)        69        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1567        Selangor        Perempuan (WN)        41        Hospital Serdang        Obesiti
1568        Sabah        Lelaki (WN)        66        Jenazah dibawa ke Hospital Tawau        Penyakit darah tinggi
1569        Johor        Lelaki (WN)        49        Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru        Penyakit darah tinggi
1570        Kelantan        Lelaki (WN)        76        Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu        Penyakit gout
1571        Selangor        Lelaki (WN)        37        Hospital Kajang        Obesiti
1572        Kelantan        Lelaki (WN)        80        Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan Parkinsons Disease
1573        Kedah        Lelaki (WN)        73        Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar        Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1574        Melaka        Perempuan (WN)        85        Jenazah dibawa ke Hospital Melaka        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER BUNGEY
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-403839) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bungey, Debak,  Betong. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 497 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BATU 25
Kluster komuniti  ini melibatkan daerah Bintulu dan Sebauh di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti di Batu 25, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 199 individu telah disaring, di mana 98 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TANGKIS SELATAN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tangkak, Muar, dan Segamat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-409838) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang berlangsung dari 21 April 2021 sehingga 24 April 2021 di Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SURIAN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394100) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan pra pembedahan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Surian 3, Taman Desaru Utama, Kota Tinggi. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BATU 30
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-367797) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Batu 30, Machang. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 306 individu telah disaring, di mana 58 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JERAI MAJU
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-401467) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Jerai Maju 5, Taman Jerai Maju, Gurun, Kuala Muda. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER LAYANGAN LABUAN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-420617) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di mukim Layangan, Labuan. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAMING JAYA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Taming Jaya, Seri Kembangan, Hulu Langat. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 628 individu telah disaring, di mana 43 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERSIARAN MEDINI SENTRAL
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-409826) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Medini Sentral 1, Bandar Medini Iskandar, Johor Bahru. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN KWENG HITAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-392532) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak berdekatan dengan Jalan Kweng Hitam, Machang. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN YAHYA 2
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-406680) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra,  Titiwangsa. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BESAR SUNGAI JAWI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-407650) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Besar, Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 156 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DAH KILOMETER TUJUH
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411444) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar  sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kilometer 7, Kampung Tandop, Baling. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER LUBUK KATAK
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-407956) merupakan kes Severe Acute Respiratoy Infection (SARI) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Kampung Lubuk Katak, Tapah, Batang Padang. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DKUALA
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Papar di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-409514) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Kuala, Papar. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 440 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN UNGKU ABDUL AZIZ
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Mei 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Ungku Abdul Aziz, Bandar Penawar, Pengerang, Kota Tinggi. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAMAN SRI LAMBAK
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394069) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Sri Lambak, Kluang. Sehingga 4 Mei 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 1.431392 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list