'Lu Pikirlah Sendiri de Movie' mungkin ulangi 'Ali Setan'
13-05-2008 12:08:14 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
BUKAN mudah untuk menghasilkan filem di luar genre yang pernah dilakukan sebelum ini.
Sama juga dengan pengarah filem Anak Halal iaitu Osman Ali yang bakal mengarah filem terbarunya iaitu Lu Pikirlah Sendiri de Movie.
Sebelum ini beliau lebih terdedah dengan pengarahan filem bercorak indie atau bebas dan filem pendek iaitu Bukak Api, Malaikat Jendela dan Anak Halal.
Namun, seterusnya beliau mula berjinak-jinak dalam pembikinan filem bergenre seram iaitu Puaka Tebing Biru dan yang terakhir adalah filem bergenre aksi iaitu Anak Halal yang menyentuh tentang realisme anak-anak muda sekarang.
揝edikit cabaran juga untuk membuat filem bergenre muzikal komedi ini kerana ini adalah pertama kali saya mengarah filem sebegini.
揝aya mula terfikir untuk menerima tawaran ini setelah mengenali Kak Amy (penulis skrip Aminah Rhapor. Memang saya telah rancang untuk bekerjasama dengannya sebelum ini.
揝elepas filem Anak Halal, dia sangat teruja untuk buat projek filem ini. Pada mulanya dia mahu saya keluarkan idea sendiri dan menulis skrip.
揟etapi, kali ini saya ingin cuba mengarah skrip hasil tulisan orang lain pula. Dari situ, ada 慸ifferent contribution
BARU menjengah usia dua bulan di persada seni tanah air, rezeki Juara Raja Lawak Astro (RLA) Musim 2, Ahmad Nabil Ahmad, 25, semakin murah.
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan popularitinya me ngatasi mereka yang sudah lama bergelar artis.
Sejak menjuarai RLA2, Nabil tidak putus-putus menerima undangan mengadakan persembahan pentas, malah pernah beraksi bersama Raja SMS, Mawi dan Heliza AF5 dalam menjayakan minggu setiausaha.
Seperti yang dijanjikan buat juara RLA, Astro tunai janji apabila Nabil bakal muncul dengan program komedi spontan, Fikirlah Sendiri Nabil di saluran Astro Prima.
揚rogram ini mempunyai cabarannya tersendiri untuk memperkenalkan arena 憇tand-up