|
Post Last Edit by srisaujana at 28-8-2009 12:28
Lisa Surihani - Ramadhan Nan Sepi
by Syaliza Shapiansuri | 28 Aug 2009
![](http://www.gua.com.my/photobank/article/1/9/D9D89BC303A24EF181185ACA8561A246.jpg)
Kemeriahan Ramadhan sangat dirasai kerana pada bulan ini semua umat Islam akan berpuasa selama sebulan sebelum meraikan kemenangan dengan sambutan Aidilfitri.
Namun bagi pelakon cantik jelita, Lisa Surihani kehadiran Ramadhan kali ini tidak lagi semeriah dulu. Buat pertama kali dalam hidupnya, menyambut Ramadhan tanpa bapa tersayang yang dipanggil ‘daddy’ kerana menyambut seruan Illahi.
Kehilangan insan yang menjadi tonggak keluarga amat dirasai kerana daddy-nya merupakan orang yang bertanggungjawab merencana hidangan berbuka puasa dan bersahur setiap kali Ramadhan tiba.
“Setiap kali tibanya bulan puasa daddy akan memberitahu mummy apa yang patut dimasak sebagai juadah berbuka dan bersahur. Mummy pula selalunya tidak pernah mengecewakan kami apabila setiap hidangan yang disediakan cukup lazat dan meyelerakan. Tetapi Ramadhan ini kami seakan hilang arah dan tercari-cari menu apa yang patut dimasak,” akui Lisa.
Walaupun masih bersedih, sebagai hamba-Nya, mereka sekeluarga redha dengan Qada dan Qadar yang sudah direncanakan Yang Esa.
“Kenangan bersama arwah akan terus kekal diingatan terutamanya di bulan puasa ini. Arwah daddy sangat menyukai sup ekor yang dimasak mummy, secara tak langsung, hidangan itu turut menjadi hidangan kesukaan kami sekeluarga. Sekarang ini hidangan aneka sup seperti sup ekor, sup tulang dan stew ekor lembu masih menjadi keutamaan sepanjang Ramadhan,” jelasnya.
Sepanjang Ramadhan ini, Lisa tidak mahu mengehadkan jadual seninya. Dia tetap turun padang menghadiri penggambaran filem terbaru arahan Ahmad Idham, ‘Semerah Cinta Stileto’.
“Puasa kali ini merupakan tahun kedua saya berpuasa di set penggambaran. Saya tidak mengalami sebarang masalah, malah makin bersemangat untuk meneruskan kerja. Bukankah kita digalakkan untuk terus bekerja seperti biasa dan tidak menjadikan puasa sebagai alasan untuk berehat,” katanya.
Puasa di perantauan
Pelakon yang mula dikenali menerusi iklan ini sebenarnya pernah merasai pengalaman berpuasa di negara orang ketika melanjutkan pengajiannya di Wales, UK. Walau hanya 10 bulan berada di sana, dia tetap merasai kerinduan terutamanya ketika Ramadhan dan Syawal.
“Tidak ramai pelajar Malaysia yang berada di sana, bilangannya lebih kurang 30 orang sahaja. Untuk memudahkan penyediaan juadah buka puasa, kami bergilir-gilir memasak. Dapatlah merasai keenakan masakan tanahair. Kebetulan pula kawasan universiti terletak di luar bandar, jadi kami terpaksa menikmati juadah Arab sekiranya tidak memasak kerana kebanyakan peniaga di situ orang Arab,” tambahnya.
Lisa mengakui, sepanjang berada di luar negara, dia juga tidak terkecuali memasak sendiri lauk pauk. Malah dia juga turut merasai pengalaman berdikari menjadi anak rantau. Apabila tiba Aidilfitri pula, kerinduan terhadap keluarga makin dirasai.
“Mana taknya, selalu beraya bersama keluarga, tetapi pada tahun itu terpaksa beraya bersama kawan-kawan sahaja. Mujurlah kami masih menerima kiriman kuih raya daripada keluarga, tidaklah terasa asing sangat berada di perantauan,” kata Lisa. |
|
|
|
|
|
|
|
ske sgt dgn lisa nih........![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 9-9-2009 15:07
melodi raya-meriahlahh
credit 2 Alfafian
![](http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs140.snc1/6000_121504244670_577369670_2371205_6911101_n.jpg)
![](http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs140.snc1/6000_121504274670_577369670_2371211_5558787_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 9-9-2009 12:09
LISA BERAYA TANPA AYAH
Khamis, 03 September 2009 12:36
![](http://i695.photobucket.com/albums/vv315/srisaujana4/lisa1.jpg)
Tatkala insan lain menyambut Hari Kemenangan Islam dengan kemeriahan, namun bagi Lisa Surihani, Aidilfitri membawa seribu satu kenangan bersama arwah bapanya yang telah kembali ke rahmatullah pada November 2008.
Menyambut Syawal tanpa bapa yang dipanggil daddy menerbitkan perasaan rindu yang mendalam dalam dirinya sekeluarga.
"First time Lisa beraya tanpa daddy dan seolah-olah segalanya tak lengkap. Tapi kita yang ada harus teruskan hidup seperti biasa dan setiap kali teringatkan daddy, Lisa akan sedekah Al-Fatihah.
"Memang banyak sangat kenangan manis bersama Daddy, selalunya kami akan ke bazar Ramadhan berdua dan daddy seorang yang sangat suka berlawak," kata Lisa yang masih bersedih atas kehilangan ayah tercinta.
Biarpun masih dibelenggu dengan kehilangan tersebut, namun Lisa akur dengan ketentuan Ilahi. Hidupnya kini lebih terarah kepada pembinaan karier yang semakin meningkat. Membiarkan dirinya sentiasa dikelilingi individu yang rapat agar perasaan kehilangan dapat dilupakan.
Lisa akan terlibat dengan Program Astro Mega Raya bersama-sama Erra Fazira, Anita Sarawak, Aaron Aziz dan ramai lagi selebriti. Yang pastinya program tersebut meninggalkan kenangan pada Lisa.
"Bayangkan Lisa kena menyanyi, hanya Tuhan yang tahu betapa malunya pada masa itu. Kebetulan Lisa demam selsema semasa rakaman so suara yang keluar pun jadi lain. Sebenarnya Lisa pernah menjadi penyanyi latar Hazami dan pernah belajar vokal dengannya namun bidang nyanyian hanyalah untuk suka-suka," ujarnya sambil ketawa.
Lisa menjelaskan dirinya cuba untuk mengelak tanggapan stereotaip sesetengah pihak kepada watak yang dibawa, dan disebabkan itu, terdapat pelbagai variasi watak yang pernah dilakonkannya sepanjang melibatkan diri dalam industri ini.
"Lisa suka mencuba pelbagai watak untuk menguji sejauh mana kemampuan diri dan sebolehnya tak mahu hanya hadkan masa untuk lakonan. Lisa masih muda dan masih banyak yang perlu diterokai. Masa yang akan menentukan fokus utama Lisa," ujar anak kepada bekas peguam ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 10-9-2009 00:09
ABPBH08: Selebriti Manjakan Diri
by Miss Ayu | 16 Apr 2009
![](http://i660.photobucket.com/albums/uu325/srisaujana3/lisa.jpg)
Lisa Surihani
majalah gaya hidup Cosmopolitan Malaysia sekali lagi menganjurkan ‘Pamper Suite’ khusus untuk selebriti memanjakan sekaligus merias diri sebelum ke acara kemuncak itu.
Konsep ala spa mini ini sememangnya terkenal di kalangan bintang Hollywood sewaktu penganjuran anugerah hebat seperti Oscar dan Grammy, dan atas sebab itulah Cosmopolitan Malaysia cuba membawakan trend ini pada ABPBH07 lalu.
Tinjauan GUA ke Pamper Suite mendapati ia menerima sambutan baik di kalangan selebriti. Ramai yang memuji langkah yang diambil oleh Cosmopolitan itu kerana ia memberi kesempatan untuk mereka memanjakan diri setelah sibuk dengan jadual harian mereka yang ketat.
Vanidah Imran, penghias muka depan Cosmopolitan keluaran April antara selebriti yang tidak melepaskan peluang berkunjung ke Pamper Suite. Dia sempat mendandan rambut di Bar Solekan Ubermen selain melayan diri dengan urutan tradisional oleh pakar Tanamera Wellness Spa.
Penyampai Radio Hot FM, Kieran juga tidak ketinggalan. Kieran dilihat mendapatkan rawatan kuku dan urutan badan. Selebriti lain yang turut hadir termasuklah Ayu OIAM, Shila OIAM, Liyana Jasmay, Farid Kamil, Lisa Surihani, Sharifah Syahirah dan suaminya, Ijoy, Diddy, Zizie Ezette, Rashidi Ishak, Fizo Omar dan kumpulan Hujan.
Menurut Editor Cosmopolitan Malaysia, Izza Safinaz Ibrahim; “Ini adalah buah tangan kami buat semua selebriti bagi membolehkan mereka merehatkan tubuh serta minda sewaktu berhujung minggu di Genting Highlands. Tambahan pula, majalah COSMOPOLITAN sememangnya terkenal dengan pelbagai tip kecantikan, fesyen dan gaya hidup bertaraf antarabangsa. Justeru kami ingin berkongsi cara hebat itu dengan selebriti. Berbeza dengan tahun sebelum ini, kali ini kami menambah khidmat solekan dan dandanan oleh Secret dan Ubermen. Selain itu, setiap selebriti juga akan pulang dengan potret kenangan oleh Creatix, hadiah istimewa dan baucer oleh rakan penaja kami.”
Pamper Suite yang dibuka selama dua hari dari 11 hingga 12 April diadakan di di Genting International Convention Centre, First World Hotel. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah bar solekan dan dandanan ala bintang tajaan Secret dan Ubermen, urutan manja daripada pakar urut tradisional, Tanamera Wellness Spa, rawatan serta rias kuku daripada pakar A-Listers, dan urutan daripada kerusi urut terbaru Gintell, G-Pro Melody (dengan alat MP3), G Pro Advanced dan G Pro Compact serta mesin urut kaki, G-Power.
Semasa mendapatkan rawatan, semua selebriti menjamu selera dengan hidangan ala gourmet Cosmopolitan dan strawberi segar yang cukup menyelerakan. Bagi memudahkan selebriti ke Cosmopolitan Pamper Suite, selebriti telah dibawa menaiki kenderaan ‘Perodua ViVa COSMOBILE’ dari hotel masing-masing. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tidak tamak
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]
Lisa Surihani
![](http://www.bharian.com.my/Thursday/Hip/20090910063508/mainpix1.jpg)
Nama bintang baru, Lisa Surihani mula meniti di bibir peminat dan menjadi buruan produser tempatan tetapi dia berhati-hati pilih watak
KERJAYA lakonan Lisa Surihani mungkin masih boleh dianggap cukup muda. Biarpun filem pertamanya, Goodbye Boys arahan Bernard Chauly diterbitkan kira-kira tiga tahun lalu, namun namanya mula meniti bibir peminat apabila dia mula serius membabitkan diri dalam seni sekembali dari pengajian di United Kingdom (UK), tahun lalu.
Sebelum bertolak ke UK, dia terlebih dulu menjayakan filem I’m Not Single arahan Pierre Andre, terbitan Metrowealth International Group (MIG). Kemudian, sesudah melangsaikan pengajian, langkah wanita muda ini terus kencang dalam dunia lakonan apabila satu demi satu judul dijayakannya.
Baru-baru ini, filem komedi seram lakonan Lisa bersama Senario, Jangan Pandang Belakang Congkak, sebuah lagi produk daripada MIG arahan Ahmad Idham, mendapat perhatian ramai peminat tatkala ia menjengah pawagam pada Jun lalu.
Ketika ini, gadis dari ibu kota ini masih menunggu tayangan filemnya yang lain termasuk judul arahan Farid Kamil terbitan MIG, Remp-It V3; Cyber X: Ancaman Penggodam (Amith Abidin / Pentas Opera); dan Legenda Budak Setan (Sharad Sharan / Tarantella Pictures & Astro Shaw).
Lisa juga baru saja menamatkan dua lagi penggambaran filem terbitan MIG, masing-masing berjudul Zoo arahan Azahari Zain dan Semerah Cinta Stiletto (Ahmad Idham).
![](http://www.bharian.com.my/Thursday/Hip/20090910063508/mainpix2.jpg)
Namanya turut diumumkan baru-baru ini sebagai pelakon filem Mantera terbitan Flare Studio Sdn Bhd, di sisi juara One In A Million musim ketiga, Tomok Shah Indrawan.
Lalu, jika dilihat pada senarai filem yang sudah dibintangi aktres berusia 23 tahun ini dalam masa tiga tahun terakhir, tidak syak dia antara bintang baru dalam ciptaan yang semakin mendapat tempat, bukan hanya di kalangan peminat malah produser juga. Langkahnya bagai begitu laju diatur untuk muncul aktres ternama.
Lisa bagaimanapun berpandangan sebaliknya. Dia tidak berasakan dirinya begitu cepat mendaki puncak dan dia sendiri tidak tamak dalam menerima tawaran. Menurut si manis pemegang ijazah sarjana muda undang-undang ini, dia hanya menjayakan sebuah filem pada satu-satu masa bagi memastikan komitmen pada filem terbabit tidak berbelah bagi.
"Apabila saya hanya menerima tawaran sebuah filem pada satu-satu masa, fokus juga boleh diberikan kepada projek berkenaan dengan sepenuhnya. Saya pelakon yang masih baru. Jadi, saya tidak mahu menimbulkan masalah kepada mana-mana produksi seandainya bersikap tamak," ujar pelakon cantik ini.
Tidak menganggap dirinya berada pada kedudukan atas dari segi populariti, Lisa sebaliknya bersyukur apabila terus dilimpahi rezeki.
"Sehingga kini, boleh dikatakan, saya tidak pernah ketiadaan kerja. Setiap bulan, ada saja tawaran berlakon yang datang, sama ada untuk filem mahupun televisyen.
"Namun begitu, saya juga amat sedar, peluang sebegini tidak akan kekal selama-lama. Jadi, pada ketika produser dan peminat masih menginginkan khidmat saya, maka saya gunakan sebaiknya. Peluang itu juga membolehkan saya mempelajari segenap segi dunia perfileman. Selain berlakon, kini saya mula menanam minat dalam kerja di sebalik tabir.
"Saya seorang yang suka belajar dan tidak mahu menyekat kreativiti hanya kepada satu cabang kerja semata-mata. Saya mempunyai latar belakang undang-undang dan kini dalam lakonan. Saya mahukan lebih daripada dua cabang bidang ini. Justeru, saya belajar sedikit demi sedikit hal berkaitan suntingan dan arahan. Jadi, tidak mustahil saya juga bergelar penyunting suatu masa nanti," katanya.
Tidak melupakan bidang perundangan yang dianggapnya sebagai warisan keluarga, Lisa cuma melengahkan dulu pengambilan peperiksaan Sijil Amalan Perundangan (CLP) ke tahun depan. Katanya, dia hanya akan menduduki peperiksaan itu apabila benar-benar bersedia. Kesibukannya memenuhi undangan berlakon seakan memberikan sedikit kesan kepada usaha mendapatkan sijil kelayakan terbabit.
"Hanya pada bulan puasa ini saya dapat berehat seketika daripada berada di mana-mana lokasi. Selepas Aidilfitri nanti, barulah kerja disambung semula. Selain sebuah drama bersiri yang kini berada dalam proses praproduksi, saya juga ditawarkan muncul dalam sebuah lagi filem," kata wajah eksklusif Astro ini.
Ramadan dan Aidilfitri tahun ini muncul pengalaman pertama Lisa menyambutnya tanpa bapa tercinta, Mohamed Mahbob. Bapanya meninggal dunia akibat penyakit barah pada 31 Oktober tahun lalu.
"Kemeriahan sambutan Ramadan dan Aidilfitri kami mungkin tidak sama sebagaimana ketika arwah bapa masih ada. Selalunya, dialah yang sibuk membawa kami ke bazar Ramadan. Dia jugalah yang selalunya menentukan menu berbuka kami setiap hari. Sememangnya, kami amat seronok menyambut tibanya bulan puasa bersamanya.
"Bapa saya seorang yang suka berlawak dan bercerita. Jadi, kami anak-beranak pasti sentiasa mengingatinya sebagai insan yang ceria. Saya juga pasti, dia mahu kami meneruskan hidup sebaiknya tanpa dia, tetapi terus mengingatinya dalam keadaan terbaik juga. Hanya bacaan al-Fatihah kini yang kami sedekahkan, setiap kali ingatan itu menjelma," kata Lisa.
Menyentuh persiapan hari raya, pelakon ini memberitahu, dek rezekinya yang lebih pada tahun ini, dia memutuskan untuk mengecat semula rumah mereka. Pelakon ini juga teringin menukar landskap taman bagi mewujudkan suasana sedikit berbeza daripada kebiasaan.
"Betapa saya berharap, bapa saya dapat melihat semua perubahan yang kami lakukan itu," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 10-9-2009 16:18
Gambar Lisa Surihani di Majlis Berbuka ASTRO
September 10th, 2009 |
Tak sah kalau Majlis Berbuka anjuran ASTRO ini kalau tidak ada kelibat gadis ayu lagi menawan ini… Lisa Surihani. Hadir berselendang hijau dipadankan dengan busana labuh berwarna hijau daun pisang, Lisa Surihani dah tentu nampak comel dan manja. Sentiasa ditemani oleh ibu dan familinya.
Nak tahu, Lisa Surihani rupanya pandai nyanyi. Sempena kehadiran Syawal nanti, Lisa Surihani akan menyumbang suara emasnya untuk Mega Raya Astro di mana Lisa Surihani bergandingan dengan duta Astro yang lain menyanyikan lagu-lagu raya. Antaranya, Suasana Hari Raya (Farid dan Lisa) dan Seloka Hari Raya (Sarimah, Lisa, Zoey, Farid dan Aaron)… mmm berduet dengan kawannya Farid yang sedang galak kena gosip bercinta dengan Diana Danielle.
Pada mulanya, memang Lisa Surihani takut jugak untuk menyanyi. Tapi sekadar suka-suka tu, okay gak la. Lagi pun itu, lagu raya, taklah susah sangat. Tiap-tiap tahun dengar lagu nostalgia hari raya. Lepas puas kena pujuk barulah Lisa Surihani bersetuju.
Budiey cuma tak sabar nak nonton flem terbaru Lisa Surihani iaitu Kapoww, Semerah Cinta Stileto dan juga Zoo.
![](http://farm4.static.flickr.com/3223/3903044307_03ef17e0e8_o.jpg)
Berselendang hijau, sentiasa nampak manis dan cantik
Sesuai untuk majlis berbuka
Cantik baju Lisa, beli kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 11-9-2009 12:04
Selasa Julai 28, 2009
Farid Kamil, Lisa Surihani berduet nyanyi lagu Raya
Oleh WAHIDA ASRANI
![](http://i598.photobucket.com/albums/tt61/srisaujana2/lisa.jpg)
Lisa Surihani
BULAN Ramadan belum lagi menjengah, namun kehangatan Hari Raya sudah mula dirasai sewaktu rakaman program istimewa sempena Aidilfitri pada bulan September kelak, berjudul Mega Raya Astro.
Suasana meriah Hari Raya sudah mula dirasai di studio 9, Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya apabila lagu-lagu raya dialunkan oleh bintang-bintang eksklusif Astro, di samping hiasan set dan penonton yang turut hadir dengan memakai baju raya masing-masing.
Bintang-bintang Astro yang terlibat di dalam program hiburan ini pula ialah Anita Sarawak, Erra Fazira, Sarimah Ibrahim, Akhil Hayy, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Farid Kamil dan Zoey.
Mengulas mengenai program yang akan disiarkan di Astro Ria pada malam raya itu nanti, kata penerbit eksekutif, Norazian Mohd Zahir, ini adalah kali pertama Astro mengadakan sebuah program raya dengan mengumpulkan artis-artis eksklusif mereka di dalam program itu.
![](http://i598.photobucket.com/albums/tt61/srisaujana2/lisa1.jpg)
Farid Kamil
"Walaupun artis-artis ini berada di bawah satu bumbung, tetapi mereka jarang bertemu antara satu sama lain. Jadi, menerusi program ini, secara tidak langsung kita dapat kumpulkan mereka, walaupun tidak semua artis Astro dapat menyertainya.
"Mega Raya ini menampilkan konsep intimasi, yang mana penonton juga dapat bermesra dengan artis-artis ini.
"Kita turut mengetengahkan juadah-juadah raya yang lama serta nyanyian lagu raya oleh artis-artis terbabit," kata Norazian yang ditemui pada rakaman program itu, baru-baru ini.
Menariknya, kata Norazian, artis-artis yang bukan penyanyi seperti Farid Kamil, Lisa Surihani dan Aaron Aziz juga akan menunjukkan bakat mereka menyanyikan lagu-lagu raya.
Antara lagu-lagu yang akan disampaikan oleh mereka ialah Selamat Hari Raya (Farid), Suasana Hari Raya (Farid dan Lisa) dan Seloka Hari Raya (Sarimah, Lisa, Zoey, Farid dan Aaron) dan Balik Kampung (Aaron dan Zoey).
Lagu-lagu yang akan didendangkan oleh artis-artis Astro lain pula ialah Joget Aidilfitri (Erra), Satu Pagi Di Hari Raya (Akhil), Gema Lebaran (Erra) dan Selamat Hari Raya (Anita).
"Pada awalnya, artis-artis seperti Lisa, Farid dan Aaron agak risau juga untuk menyanyi. Maklumlah, kita semua tahu bakat mereka lebih ke arah lakonan. Tetapi setelah kami pujuk, mereka akhirnya bersetuju.
"Lagipun, ini adalah sekadar suka-suka. Dari segi lagu, kami bantu mereka pilih. Apa yang pasti, lagu-lagu tersebut juga adalah yang kita sudah biasa dengar.
"Mereka cukup 'sporting' walaupun program ini memerlukan mereka menyanyi secara 'live'," kata Norazian.
Program yang akan bersiaran pada pukul 11 malam itu bukan saja akan disajikan dengan persembahan menarik oleh artis-artis Astro, malah penonton di studio juga berpeluang untuk membaca kad ucapan raya bersama-sama selebriti tersebut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 11-9-2009 17:37
Lisa Surihani Akui Serasi Dengan Farid
by gua.com.my | 8 May 2009
![](http://i598.photobucket.com/albums/tt61/srisaujana2/lisa-1.jpg)
Nama pelakon Lisa Surihani mula dikenali apabila dia membintangi filem ‘I'm Not Single’, arahan Pierre Andre. Dalam filem tersebut bakat lakonannya cukup menyerlah. Akibatnya, pelakon berkulit cerah itu mula dihujani pelbagai tawaran berlakon di dalam drama serta filem.
Terbaru dia bakal membintangi filem yang diadaptasikan daripada novel remaja popular, ‘Lagenda Budak Setan’ yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Lisa ketika ditemui baru-baru ini mengakui teruja untuk berlakon di dalam filem tersebut. Apatah lagi dia diberitahu terdapat ramai pelakon hebat lain yang turut membintangi filem remaja itu seperti Farid Kamil dan Fazura. "Sebelum ini, saya baru habis penggambaran filem ‘Remp-It V3’ yang diarahkan oleh Farid serta sebuah filem komedi berjudul ‘Kapoww’ arahan Azizi Chunk. Jadi kiranya ‘Lagenda Budak Setan’ adalah projek terbaru saya.
![](http://i598.photobucket.com/albums/tt61/srisaujana2/lisa1-1.jpg)
Saya yakin novel ini pernah menjadi kegemaran para remaja dan berharap filem ini kelak akan mendapat sambutan. Apapun segalanya masih dalam perancangan dan kami dalam proses membaca skrip," ujar Lisa yang sebelum ini cukup terkenal sebagai model iklan komersial.
Ditanya tentang gandingannya dengan Farid hingga terdengar desas-desus yang mengatakan mereka berdua mempunyai hubungan intim, dia mengakui semakin serasi bersamanya. Namun katanya, keserasian mereka hanya terhad di dalam filem dan bidang lakonan. Bukannya sebagai pasangan kekasih seperti segelintir pihak sangkakan.
"Kalau filem terbaru ini jadi menggandingkan saya dengan Farid, ini merupakan gandingan kami berdua untuk kali keempat. Pada saya Farid merupakan seorang kawan yang banyak membantu dan dengan dia proses penggambaran menjadi lebih mudah.
"Saya juga banyak belajar mengenai filem dengannya. Sebabnya sebelum penggambaran dimulakan, dia selalu memberitahu saya mengapa adegan tersebut perlu dilakukan dan mengapa adegan tersebut dirakamkan daripada beberapa sudut yang berbeza.
"Daripada situ saya banyak belajar dan memahami selok belok dunia lakonan. Dulu, semasa mula-mula berlakon, saya sedikit malu-malu, tetapi kini saya semakin yakin dengan kemampuan diri," katanya yang selesa berlakon di bawah arahan Farid.
Tambahnya, ketika bekerja bersama Farid dia dapat rasakan pemuda tersebut merupakan seorang yang kreatif dan berkeyakinan tinggi. Malah dia menjangkakan Farid mampu menjadi pengarah yang disegani pada masa yang akan datang jika dia terus diberi peluang untuk mengasah bakatnya di dalam bidang pengarahan.
Diminta komennya tentang pendapat sesetengah pihak yang mengatakan dia dan Farid kelihatan serasi apabila berlakon bersama, dia ternyata gembira. Katanya di dalam setiap drama atau filem lakonannya, tidak kira siapapun jua pelakon yang bergandingan dengannya, dia akan cuba memberikan kualiti terbaik agar penonton berpuas hati.
"Kalau orang cakap begitu, saya ucapkan terima kasih. Tetapi untuk pengetahuan semua, pengarah yang mahu kami bergandingan berdua. Sebabnya sebagai pelakon, saya tak ada kuasa untuk memilih pelakon yang bakal bergandingan dengan saya.
"Setakat ini saya selesa berlakon dengan sesiapapun kerana pada saya semua orang ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Berlakon dengan ramai orang boleh menambahkan pengalaman saya dalam bidnag ini," ujar gadis berusia 23 tahun itu.
![](http://i598.photobucket.com/albums/tt61/srisaujana2/lisa2.jpg)
Bergiat aktif dalam bidang seni sejak berusia 11 tahun menjadi model iklan-iklan televisyen, Lisa melihat kejayaannya hari ini kerana atas kerja kerasnya. Sejak terlibat secara serius sebagai pelakon, dia telah berlakon tujuh buah filem serta beberapa buah drama hebat.
Kini, pelakon yang menjadi duta Astro Megadrama itu juga terlibat di dalam drama bersiri ‘3 Janda’ yang sedang hangat ditayangkan. Di dalam drama tersebut, dia sekali lagi bekerjasama dengan Farid di samping beberapa pelakon lain seperti Norliana Shamsudin, Rozita Che Wan dan Azhar Sulaiman.
Melihat akan rezekinya yang semakin murah sejak kebelakangan ini, Lisa yang kini sedang giat mengumpul duit untuk membeli sebuah rumah memberitahu, dia bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah. Namun katanya setiap tawaran yang diterima merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dilakukannya sebaik mungkin agar tidak mengecewakan sesiapa.
Masih bercita-cita untuk bergelar peguam suatu hari nanti, Lisa yang selesa ditemani ibu tercinta memberitahu buat masa ini dia mahu memberi tumpuan dalam bidang lakonan terlebih dahulu. Katanya dia bukan mahu mengenepikan kerjaya impiannya itu tetapi kini rezekinya lebih terarah pada bidang seni yang semakin dicintainya.
"Saya pun mahu warisi firma guaman keluarga saya. Cuma buat masa ini saya terlalu sibuk dengan kerjaya seni saya. Tunggulah bila tiba masanya kelak, saya pasti akan menyambung pengajian saya untuk melayakkan saya menjadi seorang peguam.
"Saya yakin masanya akan tiba jua nanti sebab itu memang sudah menjadi cita-cita saya. Lagipun saya tak mahu membuat beberapa kerja dalam satu-satu masa kerana risau tidak mampu melakukannya dengan baik," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Izza Safinaz Ibrahim....dia nie jiran mek....![](static/image/smiley/default/shy.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lisa ni kacukan apa ye?
lisa jauh lg cantek dari JE |
|
|
|
|
|
|
|
ESOK LISA SURIHANI KT GERAI JUZ JUMBO
![](http://i660.photobucket.com/albums/uu325/srisaujana3/lisa-1.jpg)
Kalau korang minat gila kat Lisa Surihani, boleh beli air mangga, strawberi, laici atau kiwi dari tangan Lisa Surihani sendiri. wah, kompem tak buang lah bekas air minuman tu, simpan buat kenang-kenangan. Jangan bawak tidur sekali sudah. Sambil-sambil amik air tu, buat-buatlah terpegang tangan.
Lisa Surihani akan ada kat gerai Juz Jumbo Suria FM kat Pasar Ramadan Kg Baru esok – rabu 9hb. Harini dengarnya Diana Danielle ngan Dafi akan tolong jual air. Erra Fazira ngan Umie Aida pulak akan pergi hari ahad ni.
Sapa-sapa yang pergi amik gambar pastu hantar email kat Kak Nara ok, boleh kita layan ramai-ramai gambar artis jual air.
Korang layan dulu gambar-gambar artis yang dah menjual….PM pon ada tau! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 16-9-2009 14:05
Rabu Ogos 12, 2009
Ada 'titik noktah' keserasian Farid dan Lisa?
Credit 2 mStar Online
![](http://i660.photobucket.com/albums/uu325/srisaujana3/lisa-2.jpg)
Lisa Surihani lebih mementingkan kerjaya buat masa ini.
GANDINGAN pelakon tampan Farid Kamil dan aktres kecil molek Lisa Surihani telah empat kali berjaya menambat hati peminat filem mahupun drama.
Keserasian mereka sudah terbukti apabila mereka berdua tetap menjadi pilihan produser.
Memetik kata-kata bos Metrowealth (MIG) David Teo, "Lisa dan Farid adalah paling serasi sebagai pasangan kekasih dalam filem. Begitu juga dalam konteks hubungan 'suami-isteri'.
"Saya menyokong dan tidak memberikan halangan sekiranya mereka muncul sebagai suami-isteri dalam filem saya. Saya anggap mereka sehati, sejiwa tetapi ini bukanlah pandangan mereka," tegas David tentang gandingan serasi ini.
Beliau ditemui bersama Farid dan Lisa semasa majlis pelancaran dan doa selamat filem 'Semerah Cinta Stilleto' di Restoran Lemon, The Mines, Seri Kembangan, semalam.
![](http://farm4.static.flickr.com/3550/3809173683_2bff90b15a_o.jpg)
Stila (Lisa Surihani) menendang punggung Leto (Farid Kamil) sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya dalam filem Metrowealth (MIG) ini.
Bagaimanapun, keserasian mereka berdua sebagai pasangan kekasih hanya pada skrip filem mahupun drama. Setakat itu saja, tersimpulnya 'tanda noktah' persahabatan kedua-dua mereka.
Terbaru, Lisa dan Farid diketemukan lagi dalam filem ke-37 MIG 'Semerah Cinta Stilleto' sebagai pasangan bercinta.
Kata Lisa, "Kami hanya kawan baik dan tidak lebih daripada itu. Saya percaya gurau senda itu berlaku kerana kami sering digandingkan bersama."
Ungkapan Lisa sekali gus mengetepikan segala gosip liar mengaitkan mereka berdua kini berpacaran.
Menurutnya, produser mempunyai sebab tertentu menggandingkannya dengan Farid.
Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya.
Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota. Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto ekoran perbezaan darjat dan status masing-masing? Segalanya terjawab dalam filem
"Semerah Cinta Stiletto" terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham ini.
Lisa pilih sederhana dalam percintaan Menurut Lisa, watak Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan. "Stila berperawatakan baik. Dia bukannya "spoil brat".
"Dia gadis yang sangat baik dan berfikiran terbuka terhadap kehidupan," ujarnya.
"Ini adalah rentetan daripada ibu bapanya yang liberal. Pertemuan dengan Leto menyebabkannya dia (Stilla) melihat kehidupan dari pelbagai perspektif.
![](http://mstar.com.my/archives/2009/8/12/mstar_hiburan/013404900.jpg)
Farid Kamil (Leto) memegang watak seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana.
Farid Kamil (Leto) memegang watak seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana.
"Kehidupan Leto pula adalah lebih sederhana. Saya menerimanya tetapi ibu bapa Leto berasa skeptikal...," jelas Lisa.
Dari skrip filem ke skrip kehidupan sebenarnya, Lisa berkata, dia fokus kepada kerjayanya dan belum bersedia untuk dilamun cinta walaupun ombak gosip cinta menghempas tebing hatinya.
Ditanya sama ada dia sanggup menerima seseorang yang lebih rendah status daripadanya, Lisa mengiyakannya tetapi ia terbit daripada keserasian dan jodoh.
"Saya dengan sangat rendah hati sanggup menerimanya. Apa yang paling penting, dia perlulah menyayangi ahli-ahli keluarga saya dan baik hati... selalu berbuat baik dan okay...
"Keserasian itu juga penting walaupun dia tiada pangkat dan status, bukan satu masalah," luah hati jelitawan ini yang pernah membintangi Goodbye Boys, I'm not single, Jangan pandang belakang congkak, Cyber X - ancaman penggodam, Remp-It TV3, Kapoww dan Lagenda Budak Setan.
Dalam perkembangan terkini, Lisa berkata, dia telah hampir siap berlakon dalam filem Zoo.
Menurut Lisa, dia seronok "berkawan" dengan kakak tua dan memberi makanan kepada singa laut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|