|
Post Last Edit by mnm77 at 29-7-2009 19:15
Satu soalan tambahan untuk difikirkan..... Adakah anda pasti hartatersebut FADAK - yang diserahkan Umar kepada Ali dan Abbas, sepertiyang anda faham?mnm77 Post at 29-7-2009 00:07 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Saudara, Fadak tidak diserahkan kepada Imam Ali a.s dan Abbas. Anda sendiri yg tidak memahami hadis dan masih mendakwa mengadili masalah ini dengan kaedah Sunni sementara saya pula keliru kerana bertindak berbeda dari anda.
Dan Saudara, apa yg anda fikir anda faham apa yg saya faham? Sejak dulu saya telah mengerti bahawa tanah yg pada hadis Bukhari itu diletakkan di bawah ‘pengurusan’ Imam Ali a.s dan ianya hanyalah adalah dari syarat yg ditetapkan oleh Umar sendiri. Tapi itu tak mengubah hakikat bahawa Imam Ali a.s telah menuntut Fadak sebagai harta pewarisan sekalipun akhirnya hanya diberi hak pengurusan!
Kalau susah sangat kita serahkan pada Allah. Bukannya kita boleh mengadili mereka, dan kalau anda nak percaya yang Allah murka kepada Abu Bakr kerana Fatimah marahkan Abu Bakr pasal harta, terpulanglah.
Ya sudah diserahkan kepada Allah dan RasulNya. Selagi tiada hadis yang menyatakan “Fathimah adalah bahagian dariku, barangsiapa yang membuatnya marah, membuatku marah – KECUALI Abu Bakar”, maka wajiblah kita berpegang teguh kepada hadis yg berikut ini - “Fathimah adalah bahagian dariku, barangsiapa yang membuatnya marah, membuatku marah”, tanpa mengecualikan Abu Bakar daripadanya! dan menginsafi bahawa S.Fathimah s.a telah marah kepada Abu bakar selama-lamanya, Imam Ali a.s mengecam Abu bakar dan menolak keputusannya…
Mengenai komen anda ttg marah pasal harta, anda harus dapat membezakan antara perebutan harta atau rakuskan harta dengan penuntutan hak. Mengasumsi penuntutan Fadak sebagai tuntutan yg bersifat duniawi semata hanyalah upaya utk merendahkan kredibiliti hujjah S.Fathimah s.a.
Soal FADAK tu pun belum selesai, tapi kalau ikut Syiah mungkin dah selesai dengan mencela Abu Bakr. Pada saya juga selasai, tapi Fatimah dan Abu Bakr masing2 banyak kelebihan dan juga mereka tidak maksum.
Mengikut anda Imam Ali a.s dan Abbas itu adalah Syiah kerana mencela Abu Bakar, begitu? Oh ye, dan dah selesai mengikut kaedah Sunni anda apabila mendiskreditkan S.Fathimah s.a sebagai terbelenggu dengan keduniaan’, mempertikaikan kejujuran tuntutan beliau a.s. dll.
Mengenai tak maksum itu, itu hanyalah pendapat anda.
Kami lebih suka berpegang kepada hadis Nabi saaw, “Aku tinggalkan untuk kalian yang apabila kalian berpegang-teguh padanya maka kalian tidak akan sesat yaitu Kitab Allah azza wa jalla dan ItrahKu Ahlul BaitKu dan keduanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaKu di Al Haudh.”
Org yg bersama Al-Quran dan tidak pernah berpisah daripadanya sudah tentu tidak melakukan kesalahan dan dosa.
Sedetik kesalahan sahaja sudah mengakibatkan keterpisahan dari Al-Quran.
Bukankah tidak melakukan kesalahan dan dosa itu maksum dan bukankah Ahlul bait itu tidak berpisah dari Al-Quran buat selama-lamanya?
Dan apakah daripada Al-Quran mahupun hadis yg mengeklusifkan kemaksuman hanya kepada para Nabi dan Rasul?
Kalau nak teruskan lagi, perbincangan ni dah cari kesalahan peribadi antara kita sampai merugikan masa.
Mencari kebenaran tidaklah merugikan masa saudara, namun kalau menegakkan doktrin mazhab secara tidak rasional ya sudah tentu satu pembaziran masa dan tenaga. Begitu juga saat membuktikan kepincangan hujjah lawan dan membuktikan kesalahan kaedah berfikirnya, maka ia tidak sepatutnya difahami sebagai mencari kesalahan peribadi.
Saya akui, saya tidaklah bebas dari kesalahan dan kesilapan, namun kalau nak teruskan masih boleh cuma dah sejauh ni saya tak nampak macam nak selesai.
Selesainya satu2 perbincangan itu bukan dengan cara lawan akhirnya menerima hakikat kekalahan atau mengakui terbatal hujjahnya. Kebenaran hujjah tidak semestinya terbukti dengan pengakuan lawan, cukuplah dengan pembentangan hujjah yg kuat dan tepat kerana kebenaran pasti akan pasti lebih terserlah.
Cukuplah buat waktu ni. Mungkin sambung di lain waktu nanti...
Ya, saya pun sudah cukup di sini.
WAssalam
Post Last Edit by mnm77 at 28-7-2009 23:53
wassalaam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_billionaire at 3-8-2009 17:29
Pembuktian kejujuran tuntutan S.Fathimah s.a
saya persembahkan tulisan ini keapada seluruh pecinta S.Fathimah s.a dari kalangan Sunni dan Syiah.
Ada beberapa bukti jelas pemilikan S.Fathimah s.a ke atas Fadak sejak semasa hayat ayahandanya lagi. Saya menyeru pembaca melihatnya dengan jujur:
1. Fadak adalah harta Fai, hadiah khusus utk Rasulullah saaw. Ia bukan harta milik umum. Telah diriwayatkan dengan sanad yang hasan bahwa Rasulullah saaw sejak pada hayatnya lagi telah menyerahkan Fadak kepada Sayyidah Fathimah AS:
قرأت على الحسين بن يزيد الطحان حدثنا سعيد بن خثيم عن فضيل عن عطية عن أبي سعيد الخدري قال : لما نزلت هذه الآية { وآت ذا القربى حقه } [ الاسرا ( : 26 ) دعا النبي صلى الله عليه و سلم فاطمة وأعطاها فدك
Husein bin Yazid Ath Thahan yang berkata: Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin Khuthaim dari Fudhail bin Marzuq dari Athiyyah dari Abi Said Al Khudri yang berkata “ketika turun ayat وآت ذا القربى حقه “Dan berikanlah kepada keluarga yang dekat akan haknya” (Al-Isra’ 26) , Rasulullah saw memanggil Fathimah dan memberikan Fadak kepadanya.”
(Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam Musnad Abu Ya’la 2/334 hadis no1075 dan 2/534 hadis no 1409)
Husein bin Yazid perawi thiqah menurut Abu Dawud, Ibnu hibban, Muslim meriwayatkannya dalam Sahihnya. Menurut Syeikh Syu’aib Arnauth, hadis beliau berdarjat hasan.
Sa’id bin Khuthain: mengikut Syeikh Ahmad Syakir, Sa’id bin Khuthain adalah seorang Thiqah sebagaimana yg diakui oleh Ibnu Ma’in, Al Ajli dan yang lainnya, Tirmidzi mensahihkan hadisnya. Hadis beliau berdarjat sahih.
Fudhail bin Marzuq: Berkata Syeikh Ahmad Syakir bahawa Fudhail bin Marzuq adalah Thiqah sebagaimana yg dikatakan oleh Ats Tsauri, Ibnu Uyainah dan yang lainnya. Orang-orang yang mempermasalahkan kredibilitasnya sebenarnya mempermasalahkan hadis yang dia riwayatkan dari Athiyyah Al Auf. Beliau Thiqah namun kerana beberapa jarah maka hadisnya berdarjat Hasan.
Athiyyah Al-Aufi: saya pernah bercerita panjang ttg Athiyyah dengan tuan Tabib Triple 8 di mana pada akhirnya dapat dibuktikan dengan hujjah2 yg benar bahawa Athiyyah jarh atas Athiyyah atas tuduhan mudallis adalah kerana fitnah Al-Kalbi ke atas dirinya sedangkan Al-Kalbi itu tertuduh sebagai pendusta dan pemalsu hadis. Hadis Athiyyah pada hakikatnya lebih bertaraf Sahih, namun paling tidak berdarjat Hasan kerana ulamak telah tersalah apabila menganggap benar tuduhan Al-Kalbi itu..
Maka semua perawi hadis ini berpredikat Thiqah, namun hadis ini Hasan darjatnya.
(a) Hadis di atas menunjukkan bahawa Fadak adalah milik khusus Rasulullah saaw. Buktinya Baginda samasekali tidak mungkin akan memberikan bahagian umat Islam yg lain kepada puterinya dan baginda saaw memberikannya kepada S.Fathimah s.a sebagai hadiah dari apa yg menjadi hak milik baginda sendiri.
(b) Fadak adalah hadiah dari Rasulullah saaw kepada S.Fathimah s.a dan S.Fathimah s.a adalah pemilik sah Fadak sehingga kewafatan ayahandanya dan sebelum ia dirampas oleh Abu Bakar.
2. Bukti utama kebenaran hujjah sayyidah Fathimah s.a adalah bahawa beliau telah menuntut Fadak sebagai hak miliknya! Al-Quran akan sentiasa benar, tidak didekati kebatilan
"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa" (QS Al-Baqarah 2:2)
“Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya,
yang diturunkan dari Rabb Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji “ (QS Al Fusilat 41:42)
Allah SWT mengatakan bahawa Al-Quran itu sentiasa benar dan bebas dari segala jenis kesalahan. Kini perhatikan dengan jujur hadis Nabi saaw ini (Sahih):
“Aku tinggalkan untuk kalian yang apabila kalian berpegang-teguh padanya maka kalian tidak akan sesat yaitu Kitab Allah azza wa jalla dan ItrahKu Ahlul BaitKu dan keduanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaKu di Al Haudh."
Maka bukankah S.Fathimah s.a jelas sekali adalah Ahlul Bait dan bahawa beliau s.a tidak akan pernah sesat, beliau s.a akan selalu bersama Al Quran dan akan selalu bersama kebenaran? Bagaimana pula tergamak org “mengatakan Fathimah s.a berijtihad tetapi keliru”?! Bagaimana pula tergamak org merendahkan tuntutannya?
Rasulullah SAW bersabda “Fathimah adalah sebahagian daripadaku; barangsiapa ragu terhadapnya, berarti ragu terhadapku, dan membohonginya adalah membohongiku” (Hadis riwayat Bukhari dalam Shahih Bukhari kitab nikah bab Dzabb ar-Rajuli).
3. Jika benar hadis Abu bakar bahawa “Para Nabi tidak mewariskan, dan semua peninggalan mereka menjadi sedekah”, maka bagaimana hendak kita mengharmonikan dengan hadis yg berikut: Al-Bukhari meriwayatkan: Dari Ibnu Syihab, dari Ali bin Husein bahwa ketika mereka datang di Madinah dari Yazid bin Muawiyah di masa pembunuhan Husein bin Ali r.a (Asyura 61H) maka Miswar bin Makhramah menjumpainya (Ali bin Husein). Miswar berkata kepadanya, "Adakah sesuatu hajat kepadaku, yang dapat kau perintahkan kepadaku? Aku (Ali bin Husein) berkata: ' Tidak ada." Dia berkata kepadanya (Ali): "Maka apakah engkau memberikan kepadaku pedang Rasulullah saw. Karena aku khuatir kepada kaum itu akan mengalahkan kamu dan pedang itu di tangan mereka. Demi Allah, sungguh bila engkau memberikannya kepadaku maka tidaklah (pedang itu) lepas kepada mereka selama-lamanya sehingga nyawaku selesai.”
Kalau semua harta Nabi saaw yg ditinggalkan menjadi sedekah, bagaimana pedang tersebut boleh berada pada Imam Ali bin Husein (Zainal Abidin) a.s mengingatkan sedekah adalah haram kepada Ahlul Bait? Lalu bagaimana harta Nabi ini berada dalam simpanan Ahlul Baitnya sendiri?
4. Selain dari point2 di atas, silalah rujuk kepada hujjah2 S.Fathimah s.a dari khutbah Fadak itu sendiri. Di situ terdapat ayat2 Al-Quran yg digunakan oleh Az-Zahra s.a yg telah banyak dibahaskan dan dapat diperolehi di laman2 web dan blog. Salah satunya pernah disebutkan oleh Ust. Sirri di sini. http://salehlapadi.blogspot.com/search?q=fadak
-----------------------------------------------------------
Nota: Fadak setelah Abu Bakar dan Umar menjadi milik Bani Umayyah sehingga pada zaman Umar bin Abdul Aziz yg memulangkannya semula kepada S.Fathimah s.a melalui anak cucu Ali a.s. Kemudian khalifah Yazid bin Abdul Malik merampas semula Fadak dan ianya kekal hingga datangnya Bani Abasiyyah. Abul Abbas As-Saffah, khalifah pertama Bani Abasiyyah menyerahkan kembali Fadak kepada keturunan S.Fathimah s.a, sebelum dirampas semula oleh Abu Jaafar Al-Mansur. Kemudian Muhammad Al-Mahdi memulangkannya semula kepada keturunan S.Fathimah s.a sebelum sekali lagi dirampas oleh Khalifah Musa Al-Hadi. Al-Makmun bin harun Ar-Rasyid kemudiannya kembali memulangkan Fadak kepada keturunan S.Fathimah s.a dan mengumumkan secara terbuka bahawa fadak benar2 kepunyaannya S.Fathimah s.a. Selama lebih 300 tahun lamanya sejak Fadak mula dirampas, ia telah bertukar tangan sebanyak 16 kali. 8 kali ia berada dalam tangan keturunan S.Fathimah s.a sekalipun waktunya relative pendek. Begitulah Fadak yg terus bertukar tangan dan hingga pada hari ini ia berada dalam tangan kerajaan Saudi, sehinggalah Allah SWT menetukannya kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 4-8-2009 09:06
Post Last Edit by cmf_billionaire at 3-8-2009 16:50
Fadak adalah harta Fai, hadiah khusus utk Rasulullah saaw.'
Dengan berdasarkan bukti-bukti khususnya tuntutan S.Fathimah s.a sendiri (saya tidak pernah meragui beliau s.a) serta hadis yg berikut ini sudah cukup bagi anda memahami basis kefahaman saya:
Telah diriwayatkan dengan isnad yang Hasan bahawa Rasulullah saaw sejak pada hayatnya lagi telah menyerahkan Fadak kepada Sayyidah Fathimah AS:
قرأتعلى الحسين بن يزيد الطحان حدثنا سعيد بن خثيم عن فضيل عن عطية عن أبيسعيد الخدري قال : لما نزلت هذه الآية { وآت ذا القربى حقه } [ الاسرا ( :26 ) دعا النبي صلى الله عليه و سلم فاطمة وأعطاها فدك
Huseinbin Yazid Ath Thahan yang berkata: Telah menceritakan kepada kami Sa’idbin Khutsaim dari Fudhail bin Marzuq dari Athiyyah dari Abi Said AlKhudri yang berkata “ketika turun ayat وآت ذا القربى حقه (“Dan berikanlah kepada keluarga yang dekat akan haknya” (Al-Isra’ 26)) , Rasulullah saw memanggil Fathimah dan memberikan Fadak kepadanya.” (Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam Musnad Abu Ya’la 2/334 hadis no.1075 dan 2/534 hadis no 1409)
cmf_billionaire Post at 3-8-2009 16:45 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Setelah melihat semakin banyak point-point yang dibincangkan oleh Bill, dan semakin tidak keselesaian permasalahan ini, walaupun masih banyak point2 yang boleh dihujjahkan, saya memilih untuk membincangkan tumpuan terhadap persoalan FADAK sahaja (buat masa ini) dan harapan saya untuk SELESAI SATU PER SATU. Lagipun tuntutan masa tidak mengizinkan untuk berforum lebih.
Ayat 26 Surah Al-Isra' jika dipetik penuh berbunyi:
Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
Berbalik pasal FADAK, Bill telah mengakui FADAK merupakan FAI (harta bukan melalui usaha atau peperangan).
Dan berikut adalah ayat Al-Quran berkenaan FAI (Surah Al-Hasyr, 6-7):
Dan apa jua yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan harta benda mereka, kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun; tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasulNya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (6)
Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir. (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya. (7)
Kalau ikut ayat di atas, FADAK sebagai FAI tidak boleh dimiliki oleh individu tertentu sahaja. Dan inilah yang diperjelaskan oleh Umar RA dalam riwayat Sahih Bukhari.
Dan jikalau Bill mengatakan FADAK merupakan hadiah kepada Fatimah RA, persoalan berikut akan timbul:
1. Tuntutan FADAK dari Fatimah berlaku setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak menunjukkan FADAK dihadiahkan.
2. Umum diketahui FADAK dalam urusan pentadbiran Rasulullah SAW sehingga kewafatannya. Jika FADAK telah dihadiahkan, maka setiap kali Rasulullah SAW ingin mengambil faedah dari FADAK untuk kepentingan Muslimin, tentunya baginda mesti minta kebenaran dari Fatimah RA (kerana telah bertukar milik)
3. Tidak mungkin FADAK dihadiahkan kepada seorang puterinya sahaja kerana tidak mungkin baginda berlaku tidak adil kepada ahlulbait yang lain.
Sememangnya ada riwayat Syiah (setahu saya) yang menyatakan FADAK dihadiahkan, namun dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim (sumber terkuat Ahlussunnah selepas Al-Quran), juga dalam Musnad Ahmad, telah jelas tentang hadith harta Nabi tidak diwarisi. Juga ayat Al Quran mengenai FAI tidak menyokong pewarisan FADAK.
Untuk apa lagi nak berhujjah? Mencari kebenaran itu ada batasnya. Terpulang kepada tafsiran anda jika anda nak ambil riwayat yang sesuai dengan anda, tetapi anda tak berhak mempertikaikan Ahlussunnah yang berpegang kepada Al Quran dan riwayat yang sahih. Dalam thread ini anda (Bill) nampaknya mempertahankan harta Nabi diwariskan, sedangkan dalam Syiah sendiri perempuan tidak mewarisi harta tanah.
Tidak semua riwayat dikira boleh diterima-pakai, apatah lagi ia boleh membabitkan perpecahan dalam bab aqidah. Perincian mestilah dilakukan, dan ini dilakukan oleh mereka yang ahli. Anda membawakan dalil dari Bukhari dan Muslim untuk hujjah tertentu, tetapi meninggalkan Bukhari dan Muslim dan berpegang kepada riwayat yang bertentangan dengan Bukhari dan Muslim untuk hujjah lain (seperti hadith di atas). Anda juga pernah mempertikaikan Bukhari sendiri dalam thread ini. Selayaknya anda harus tinggalkan terus dari menggunakan riwayat2 Bukhari Muslim dan lain2 dari sumber ahlussunnah jika pengakhirannya anda yang membuat kesimpulan berstandardkan dari kefahaman Syiah anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 4-8-2009 09:37
Mengikut anda Imam Ali a.s dan Abbas itu adalah Syiah kerana mencela Abu Bakar, begitu? Oh ye, dan dah selesai mengikut kaedah Sunni anda apabila mendiskreditkan S.Fathimah s.a sebagai terbelenggu dengan keduniaan’, mempertikaikan kejujuran tuntutan beliau a.s. dll.
cmf_billionaire Post at 3-8-2009 17:03 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bilamasa saya menisbahkan mereka berdua Syiah? Mungkin anda salah faham, atau penulisan saya yang membuatkan anda salah faham? Yang dimaksudkan telahpun dijelaskan dari post yang lepas, iaitu tentang kenyaatan Umar terhadap Ali dan Abbas. Bukan mereka yang mencela Abu Bakr, tapi Syiah lah yang berbuat demikian.
Lihatlah, bila saya katakan Fatimah RA tidak maksum, terus anda buat kesimpulan mendiskredit beliau sebagai terbelenggu dengan keduniaan. Hujjah saya dari dulu lagi tidak mendiskredit beliau dari segi keduniaan, sebab itu saya pernah katakan yang setelah Abu Bkar menjelaskan tentang harta Nabi tidak diwarisi, Fatimah akhirnya tidak membuat tuntutan lagi. Maksud tidak lagi membuat tuntutan itulah yang menjadi pertikaian, samada marah yang bermaksud kemurkaan Allah (seperti yang Syiah faham), ataupun kecewa tidak diperkenankan tuntutannya, dan akhirnya akur dengan kebenaran keputusan Abu Bkar (tidak lagi membuat tuntutan), tidak sama sekali membabitkan mendiskredit Fatimah RA.
Soal kemarahan Fatimah itu tidak boleh menjadi dalil kemurkaan Allah terhadap Abu Bakr sebab dalam Al Quran pun disebutkan kemuliaan Abu Bakr, dan kemuliaan ini akan terus berada dalam Al Quran sehingga Hari Kiamat INSHA ALLAH.
Iblis sebelum dilaknat, merupakan makhluk yang beriman kepada Allah (dan dimuliakan kerana beriman). Namun Al Quran tidak menyebutkan pun tentang kemuliaan Iblis sebelum ia dilaknat. AL Quran hanya menyebut tentang keburukan Iblis sahaja, bermula dari kesombongannya dan kufurnya ia bermula dari keengganannya sujud kepada Adam AS. Jika benar Abu Bakr dilaknat sampai Kiamat, kenapa pula kemuliaan Abu Bakr pula disebutkan sampai Kiamat? Ingatlah, Al Quran akan terus-menerus dibacakan....
Dinukilkan kemuliaan Abu Bakr dalam Al-Quran, tidak mungkin pengakhirannya dilaknat:
Kalau kamu tidak menolongnya maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir mengeluarkannya sedang dia salah seorang dari dua semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir terkebawah dan Kalimah Allah ialah yang tertinggi, kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (At-Taubah, 40) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 5-8-2009 16:28
Post Last Edit by sirrikhafi at 5-8-2009 16:27
Post Last Edit by sirrikhafi at 4-8-2009 15:01
Post Last Edit by sirrikhafi at 4-8-2009 13:50
303# mnm77
harta ghanimah &fai' dibahagikan kpd 5.
4 bahagian utk tentera yg berjihad= 1bahagian utk jemaah jln kaki. 3bahagian lagi utk jemaah berkuda yakni 2bahagian utk kuda &1bahagian utk penunggangnya.
1bahagian lagi= dibahagikan lima bahagian lagi.
25persen utk nabi.
15PERSEN UTK KERABAT NABI YAKNI BANI HASYIM TERMASUKLAH AHLULBAYT.
10persen utk anak2 yatim, org2 miskin, org2 musafir@ ibnu sabil, &apa shj utk kemaslahatan umum yakni utk agama &kaum muslimin.
DAN BERIKANLAH EMPUNYA KERABAT HAKNYA DAN IBNU SABIL DAN JANGANLAH KAMU MEMBAZIR (SECARA) BAZIR/BOROS. AL ISRA' :26.
tuntunan fatimah AS adalah tepat berlandaskan ALQURAN &sunnah ayahandanya SAW. hujjah &dalil tuntutan ahlulbayt kukuh dari gandengan mereka sendiri yakni KITAB ALLAH a.k.a ALQURAN.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
305# sirrikhafi
salam... lama Xjenguk forum cari ni... hehehe cantik jgk design baru ni...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
sedare... knpe Fatimah a.s ek... kenape tuuuu...?{:3_83:} |
|
|
|
|
|
|
|
306# GT0
salamun 'alayy,
knpe Fatimah a.s ek... kenape tuuuu...?
DAN BERIKANLAH EMPUNYA KERABAT HAKNYA DAN IBNU SABIL DAN JANGANLAH KAMU MEMBAZIR (SECARA) BAZIR/BOROS. AL ISRA' :26.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
maaf kerana ambil masa terlalu lama utk reply. Kesibukan membuatkan saya tak dapat menyediakan jawapan lebih awal. Dan saya juga minta maaf kerana apa yg akan saya tulis kali ini agak panjang, namun hal ini harapnya tidak mampu menggugat semangat dan melelahkan para pencari kebenaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 4-8-2009 09:06
Ayat 26 Surah Al-Isra' jika dipetik penuh berbunyi:
Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafirakan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamudengan boros yang melampau.
Berbalik pasal FADAK, Bill telah mengakui FADAK merupakan FAI (harta bukan melalui usaha atau peperangan).
Dan berikut adalah ayat Al-Quran berkenaan FAI (Surah Al-Hasyr, 6-7):
Dan apa jua yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan hartabenda mereka, kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidakmenunggang seekor unta pun; tetapi Allah memberikan kekuasaan kepadaRasul-rasulNya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah MahaKuasa atas tiap-tiap sesuatu. (6)
Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari harta penduduk negeri,bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagiAllah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat dan anak-anak yatimdan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir. (Ketetapan yangdemikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orangkaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa olehRasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa juayang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya danbertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azabseksaNya. (7)
Kalau ikut ayat di atas, FADAK sebagai FAI tidak boleh dimiliki olehindividu tertentu sahaja. Dan inilah yang diperjelaskan oleh Umar RAdalam riwayat Sahih Bukhari.
mnm77 Post at 4-8-2009 00:27 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
1. Saham Ahlul Bait dalam harta Fa’i
Sekali lagi kembali kepada fahaman anda:
“Kalau ikut ayat di atas, FADAK sebagai FAI tidak boleh dimiliki oleh individu tertentu sahaja. Dan inilah yang diperjelaskan oleh Umar RA dalam riwayat Sahih Bukhari.”
Berdasarkan ayat 7 Surah Al-Hasyr, dan mengikut apa yg anda faham, maka ayat Quran tersebut telah menyebutkan 5 saham pada harta Fa’i. Di antara 5 bahagian tersebut, 3 bahagian paling istimewa kerana mereka kekal mempunyai saham utk selamanya. Ketiga bahagian tersebut adalah bahagian Allah, RasulNya dan kerabatnya (keluarga terdekat). Keistimewaan ini dapat kita ketahui dengan memperhatikan keistimewaanya sebagai bandingan dengan bhg lainnya (bhg anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan). Seorang anak yatim itu akan keluar dari batas keyatiman mereka saat mereka mencapai umur tertentu dari batas syariat. Selagi mereka dalam batas keyatiman mereka, maka mereka punya bahagian dari Fa’i. Orang-orang miskin pula ditetapkan pada batas kemiskinan mereka, sehingga mereka tidak lagi layak menerima bahagian zakat, fai setelah mereka keluar dari batasan kemiskinan mereka. Begitu juga Ibnu Sabil/org2 yg dalam perjalanan. Mereka punya saham dalam fa’i selagi mana mereka masih dalam perjalanan. Kesemua bahagian ini punya saham dalam harta Fai yg berupa saham tak kekal di mana mereka hanya layak menerimanya selagi mereka masih berada dalam batas yg telah ditetapkan. Ini berbeza dari saham Allah, Rasul dan kerabatnya. Mereka akan terus kekal sebagai pemilik bhg saham mereka!
Kembali kepada isu fadak dan harta2 Fa’i. Apabila Ahlul Bait termasuk kerabat terdekat yg diwajibkan bahagian Fai ke atas mereka, maka sudah tentu mereka telahpun memperolehi bahagian mereka pada masa hayat Nabi saaw – baik yg berada di Madinah dan Fadak atau yang di Khaibar. Maka persoalannya, ke mana pergi bahagian Ahlul Bait/kerabat dari harta2 Fai ini? (Perhatikan apa yg telah disebutkan Ust.Sirri sebelum ini)
Dan kalau para peragu menyatakan,
“Tertolaknya tuntutan S.Fathimah adalah kerana beliau telah meminta keseluruhan Fadak, dan keseluruhan bahagian Fai, sedangkan bahagiannya hanyalah sekian dan sekian dari Fai”, maka persoalannya, mengapa Abu bakar tidak menyatakan, “Bhg kamu hanya sekian-sekian” namun sebaliknya mengatakan, “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda “Kami para Nabi tidak mewariskan, apa yang kami tinggakan menjadi sedekah” ? menunjukkan bahawa Abu Bakar menolak semua tuntutan S.Fathimah s.a samada kecil, sebahagiannya sahaja atau semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
samb..
2. Fadak dan harta Fai yg dituntut adalah dari bahagian khusus buat Rasulullah saaw
Saudara, apakah benar fahaman anda terhadap ayat Al-Quran tersebut dan apakah kenyatan anda mengenai kenyataan itu adalah pendapat sebenar Umar, malah apakah kefahaman anda terhadap ayat Quran mengenai Fa’i itu sama dengan kefahaman Khalifah Umar? Utk kesekain kalinya kita akan melihat poin anda sekali lagi terbukti tidak tepat:
Muslim, pada Kitab, bab harta Al-Fa’i
http://hadith.al-islam.com/Display/Display.asp?Doc=1&Rec=4241&Tags=&Index=&Search=0&desc=-1&SID=-1&pos=&CurRecPos=&dsd=&ST=&Tag=&SP=
‏عن ‏ ‏عمر ‏ ‏قال ‏
‏كانت أموال ‏ ‏بني النضير ‏ ‏مما ‏ ‏أفاء ‏ ‏الله على رسوله مما لم ‏‏يوجف ‏ ‏عليه المسلمون بخيل ولا ركاب فكانت للنبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم‏ ‏خاصة فكان ينفق على أهله نفقة سنة وما بقي يجعله في ‏ ‏الكراع ‏‏والسلاح عدة في سبيل الله ‏
خاصة
Pada riwayat di atas maksudnya EKSLUSIF/KHUSUS
Hadis riwayat Umar ra., ia berkata:
“Harta benda Bani Nadhir adalah termasuk kekayaan fai` yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya, yang diperoleh kaum Muslimin tanpa tanpa menunggang kuda atau unta ke atasnya (bil: perang). Ia adalah Ekslusif/khusus untuk Nabi saw.”
Hingga ke penjelasan ini, Umar menyaksikan kalau pemilikan harta Bani Nadhir yg merupakan harta Fa’i adalah secara pemilikan khusus. Kemudian utk lebih menjelaskan lagi hak eksklusif tersebut, perhatikan utk apa manfaatnya dibelanjakan:
Umar menyambung lagi:
“Dan beliau menggunakannya/menafkahkannya untuk memenuhi keperluan tahunan keluarganya, sisanya beliau pergunakan untuk membeli haiwan pengangkutan dan persenjataan untuk tujuan fi sabilillah.”
Manfaat dari harta terebut telah digunakan bagi memenuhi keperluan keluarganya sendiri. Hanya sisanya sahaja baginda saaw infakkan utk membeli keperluan pertahanan.
Perhatikan lagi bahawa Al-Bukhari dalam sahihnya
Hadis Sahih Bukahri, Volume 6, Book 60, Number 407:
عن ‏ ‏عمر ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏
كانت أموال ‏ ‏ بني النضير ‏ ‏مما ‏ ‏أفاء ‏ ‏الله على رسوله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏مما لم ‏ ‏يوجف ‏ ‏المسلمون عليه بخيل ولا ‏ ‏ركاب ‏ ‏فكانت لرسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏خاصة وكان ينفق على أهله نفقة سنته ثم يجعل ما بقي في السلاح والكراع عدة في سبيل الله ‏
Umar mengatakan: Harta benda milik Bani An-Nadir merupakan sebagian barang jarahan yang diberikan Allah pada RasulNya (karena) barang2 jarahan seperti itu tidak didapat dari peperangan yang dilakukan kaum Muslim, atau dengan pasukan berkuda, atau dengan pasukan berunta. Jadi barang2 ini adalah ekslusif/khusus milik Rasulullah saja, dan dia menggunakannya/ menafkahkannya untuk memenuhi keperluan tahunan keluarganya, kemudian beliau menjadikan bakinya untuk membeli persenjataan dan kuda yang digunakan untuk tujuan fi sabilillah.
Ibnu Katsir juga menyatakan kepemilikan Rasulullah saaw ini dalam tafsirnya dengan menyebutkannya dari Ahmad bin Hanbal. Begitu juga An-Nawawi pada Syarah Muslimnya.
saudara MNM, Sekiranya harta Bani Nadhir termasuk Fa’i, maka berdasarkan kefahaman anda terhadap ayat Surah Al-Hasyr tersebut, maka sudah tentu Rasulullah saaw tidak boleh memilikinya secara khusus. Lalu bagaimana Rasulullah saaw telah memiliknya secara khusus dan peribadi? Ini membuktikan bahawa apa yang anda faham tidak semestinya benar.
Fadak juga termasuk hak kepunyaan eksklusif Rasulullah saaw sahaja
http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/resources/texts/muslim/hadith/abudawud/019.sat.html
Malik ibn Aws al-Hadthan said: One of the arguments put forward by Umar was that he said that the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) received three things exclusively to himself: Banu an-Nadir, Khaybar and Fadak. The Banu an-Nadir property was kept wholly for his emergent needs, Fadak for travellers, and Khaybar was divided by the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) into three sections: two for Muslims, and one as a contribution for his family. If anything remained after making the contribution of his family, he divided it among the poor Emigrants.
Fadak dihadiahkan kepada Puterinya atas perintah Allah SWT
Adapun kepemilikan S.Fathimah s.a ke atas Fadak adalah berdasarkan ayat Al-Isra’ 26 bukannya dengan ayat 6 atau 7 surah Al-Hasyr:
Husein bin Yazid Ath Thahan yang berkata: Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin Khuthaim dari Fudhail bin Marzuq dari Athiyyah dari Abi Said Al Khudri yang berkata “ketika turun ayat وآت ذا القربى حقه “Dan berikanlah kepada keluarga yang dekat akan haknya” (Al-Isra’ 26) , Rasulullah saw memanggil Fathimah dan memberikan Fadak kepadanya.”
Fadak pada masa S.Fathimah s.a
Sebelum ini kita telah memerhatikan atsar Umar yg menyatakan: “The Banu an-Nadir property was kept wholly for his emergent needs, Fadak for travellers, and Khaybar was divided by the Apostle of Allah”
Dan ini jugalah seperti yg dilakukan S.Fathimah s.a setelah memiliki Fadak dalam catatan historis:
Ibn Abi Al-Hadiid di dalam Syarah Nahjul Balaghah (Jil. 4, hlm. 108) menulis : “Ada 11 jenis pohon buah-buahan yang tumbuh di Fadak, yang telah Rasulullah Saw tanam dari tangannya sendiri. Anak-anak Fathimah biasa menghadiahkan hasil kebun Fadak tersebut kepada orang-orang yang pergi berhaji dan mereka (para penziarah Haji) memberikan kepada anak-anak Fathimah beberapa dinar dan dirham atas pelayanan mereka itu.” |
|
|
|
|
|
|
|
z Post Last Edit by mnm77 at 4-8-2009 09:06
Dan jikalau Bill mengatakan FADAK merupakan hadiah kepada Fatimah RA, persoalan berikut akan timbul:
1. Tuntutan FADAK dari Fatimah berlaku setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak menunjukkan FADAK dihadiahkan.
mnm77 Post at 4-8-2009 00:27
1. Soalan itu tidak timbul seandainya anda mengetahui bahawa dalam hadis2 Bukhari dan Muslim tersebut, Fadak dituntut bersama harta warisan bagiannya dari harta yang ditinggalkan Rasulullah saaw dari harta fa’i yang dianugerahkan oleh Allah secara khusus kepada RasulNya.
2. Lagipun Ulamak anda sendiri menyatakan bahawa S.Fathimah s.a memang menuntut Fadak sebagai haknya yg bukan dari bhg pewarisan:
i. جاءت فاطمة إلى أبي بكر فقالت أعطني فدك فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم وهبها لي
“Fathimah datang kepada Abu Bakar dan berkata kepadanya, “Pulangkan semula Fadak kepadaku sepertimana yang telah diberikan Rasulullah saw kepadaku.” (Muhib Tabari, Riyadhun Nadhirah, Jil.1, hlm.89) (saya tak check status riwayat ini, namun cukup kita perhatikan pendapat ulamak anda sendiri berikutnya)
ii. Ar-Razi dalam tafsirnya:
"… فلما مات ادعت فاطمة أنه كان ينحلها فدكا ، فقال أبو بكر : أنت أعز الناس علي فقرا وأحبهم إلى غنى ، لكني لا أعرف صحة قولك ولا يجوز أن أحكم بذلك فشهد لها أم أيمن ومولى للرسول (ص) ، فطلب منها أبو بكر الشاهد الذي يجوز قبول شهادته في الشرع فلم يكن فأجرى أبو بكر ذلك على ما كان يجريه الرسول (ص) "
ج15 ص2
"Setelah Kewafatan Rasulullah (saaw) Fathimah mendakwa bahawa Fadak telah diberikan (Rasulullah saaw) kepadanya, Abu Bakar berkata: “… …tetapi Aku tidak tahu apakah kamu berkata benar, dan aku tidak boleh menghukum berdasarkannya.”
Kemudian Ummu Aiman dan seorang maula memberi kesaksian namun ditolak Abu Bakar.
(Ar-Razi, Tafsir Al-Kabir/mafatihul Ghaib, Pada Tafsir Surah Al-Hasyr – saya petik dari Nafis Al-Bayan, Jil.2, hlm.97 versi online http://www.shiaweb.org/books/al-nafis_2/pa10.html)
iii. 3. Al Haithami juga menyatakan yg sama:
و دعواها أنه نحلها فدك لم تأت عليها ببينة إلا بعلي وأم أيمن فلم يكمل نصاب البينة على أن في قبول شهادة الزوج لزوجته خلافا بين العلماء وعدم حكمه بشاهد ويمين وإما لعلة كونه ممن لا يراه ككثيرين من العلماء أو أنها لم تطلب الحلف مع من شهد لها و زعمهم أن الحسن والحسين وأم كلثوم شهدوا لها باطل على أن شهادة الفرع والصغير غير مقبولة
(Al-Haithami, Sawa’iq Al Muhriqah, Muassasah Riaslah Beirut, Tahqiq Abdul Rahman bin Abdullah At-Turki)
Utk mudahkan kerja, saya petik terjemahan Answering Ansar bagi petikan di atas:
“Fatima made a claim that Rasulullah (s) left Fadak for her and she presented the testimonies of Umm Ayman and 'Ali in her favour, yet the criteria for witness numbers was not met. There are differences amongst the scholars as to whether a husband can testify in favour of a claim made by his wife. It can also be said that Fatima did not ask her witnesses to make a claim on oath. People have also said that Hassan and Husayn testified in support of Fatima's claim, this is Batil, the testimony of offspring or underage children in favour of their parents is unacceptable.”
iv. Al-Syahristani dalam Milal wa An Nihal, hlm.13 (juga dari Answering Ansar)
"The 6th dispute concerned Fadak and the inheritance of Rasulullah (s). Sayyida Fatima deemed it her land, and the claim of Fatima to its ownership"
----------------------- ---------------------------
pada peringkat ini, kita mengetahui bahawa Abu Bakar telah menafikan kesaksian S.Fathimah s.a terhadap kepemilikan Fadak dan menafikan pula hak pewarisan S.Fathimah s.a dari ayahandanya (saaw).
2. Umum diketahui FADAK dalam urusan pentadbiran Rasulullah SAW sehingga kewafatannya. Jika FADAK telah dihadiahkan, maka setiap kali Rasulullah SAW ingin mengambil faedah dari FADAK untuk kepentingan Muslimin, tentunya baginda mesti minta kebenaran dari Fatimah RA (kerana telah bertukar milik)
Sesuatu perkara itu tidak automatik menjadi benar hanya jika orang ramai merasakannya benar, sebaliknya kesaksian Puteri Rasul itulah yg sepatutnya umum patuhi sesuai dengan kedudukan agung yang dimiliknya di sisi Allah dan RasulNya. Menurut sejarah, Fadak berada dalam kepemilikan S.Fathimah s.a 3 tahun sebelum kewafatan Rasulullah saaw. Sebagai pemilik Fadak, S.Fathimahlah yg ke atas pengagihan manfaatnya. Tidak timbul samasekali isu baginda perlu meminta izin dari S.Fathimah s.a seperti yg cuba anda bangkitkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak semua riwayat dikira boleh diterima-pakai, apatah lagi ia boleh membabitkan perpecahan dalam bab aqidah.
Apakah anda menganggap masalah Fadak membabitkan aqidah? Jika ia membabitkan aqidah maka ia adalah sangat perlu dan penting utk dibahaskan dan diselesaikan, dan sekiranya tidak, mengapa anda perlu mempertikaikan fahaman org lain terhadap pegangan mereka? Dan apakah dengan menuntut haknya, maka S.Fathimah s.a telah melakukan perpecahan?
Perincian mestilah dilakukan, dan ini dilakukan oleh mereka yang ahli.
Maksud anda satu perkara itu jadi benar sekiranya ‘mereka yg ahli’ itu berasal dari kalangan Sunni? Apakah ada pesan dalam Al-Quran meminta kita semua tunduk kepada ahli dari kalangan Sunni? Dan lagi, apakah Sayyidatina Fathimah s.a dan Imam Ali a.s yg menunutut Fadak bukan ‘mereka yg ahli’?
Anda membawakan dalil dari Bukhari dan Muslim untuk hujjah tertentu, tetapi meninggalkan Bukhari dan Muslim dan berpegang kepada riwayat yang bertentangan dengan Bukhari dan Muslim untuk hujjah lain (seperti hadith di atas).
Saya boleh bawakan kebenaran tuntutan S.Fathimah s.a dari sumber Syiah, dari dalil aqli juga. Anda mahu menerimanya? Bukankah anda hanya mahu menerima dari sumber Sunni semata2? Maka bukankah saya telah membawakannya kepada anda?
Manakala riwayat2 bertentangan yg anda maksudkan ialah, apakah riwayat2 ‘memuji Abu bakar VS riwayat kemurkaan S.Fathimah s.a’? Maka, kalau anda org yg mampu berfikir secara benar, apabila satu kitab membawa dua perkara yg saling kontradik, bukankah penelitian harus dilakukan?
Dan lebih ironik, anda beriya2 sejak dulu minta saya pertimbangkan riwayat2 memuji Abu Bakar, namun sebenarnya andalah yang sebaliknya meninggalkan riwayat kemurkaan S.Fathimah s.a dan meninggalkan terus riwayat2 yang sangat penting membuktikan keutamaan, kebenaran dan kejujuran tuntutan S.Fathimah s.a! Why dont you practice what you preach?
Anda juga pernah mempertikaikan Bukhari sendiri dalam thread ini. Selayaknya anda harus tinggalkan terus dari menggunakan riwayat2 Bukhari Muslim dan lain2 dari sumber ahlussunnah jika pengakhirannya anda yang membuat kesimpulan berstandardkan dari kefahaman Syiah anda.
Masih dengan hujjah ‘standard’ anda itu? Apa standard kebenaran anda? Membuktikan batilnya tuntutan Puteri Nabi saaw? Menetapkan kebenaran apabila ia sejalan dengan mazhab anda?
Lagipun, apakah ulamak2 anda, dan kitab2 anda maksum sehingga mereka sentiasa benar, tepat dan tak mampu dikritik? Atau dalam erti kata lain, tafsiran yg benar ialah tafsiran Ahlus Sunnah, tafsiran yg batil ialah tafsiran S.Fathimah s.a ketika menuntut warisannya? Begitu?
Bilamasa saya menisbahkan mereka berdua Syiah? Mungkin anda salah faham, atau penulisan saya yang membuatkan anda salah faham? Yang dimaksudkan telahpun dijelaskan dari post yang lepas, iaitu tentang kenyaatan Umar terhadap Ali dan Abbas. Bukan mereka yang mencela Abu Bakr, tapi Syiah lah yang berbuat demikian.
Bahasa yg saya gunakan mudah sahaja, namun begitu anda masih tetap kabur. Begini, anda mengatakan bahawa hanya Syiah yg mencela Abu Bakar. Maka sekiranya anda mengatakan org yg mencela Abu bakar adalah Syiah, lalu dgn standard anda ini maka Imam Ali a.s and Abbas adalah Syiah kerana mereka mencela Abu Bakar spt yg tercatat dalam riwayat Bukhari Muslim, itulah yg saya maksudkan.
Lihatlah, bila saya katakan Fatimah RA tidak maksum, terus anda buat kesimpulan mendiskredit beliau sebagai terbelenggu dengan keduniaan. Hujjah saya dari dulu lagi tidak mendiskredit beliau dari segi keduniaan, sebab itu saya pernah katakan yang setelah Abu Bkar menjelaskan tentang harta Nabi tidak diwarisi, Fatimah akhirnya tidak membuat tuntutan lagi. Maksud tidak lagi membuat tuntutan itulah yang menjadi pertikaian, samada marah yang bermaksud kemurkaan Allah (seperti yang Syiah faham), ataupun kecewa tidak diperkenankan tuntutannya, dan akhirnya akur dengan kebenaran keputusan Abu Bkar (tidak lagi membuat tuntutan), tidak sama sekali membabitkan mendiskredit Fatimah RA.
Bila masa sebenarnya saya katakan bahawa anda mendiskredit S.Fathimah s.a kerana menolak kemaksumannya? Saya mengatakan anda mendiskreditkan beliau a.s apabila anda menyebutkan tentang kemarahan S.Fathimah s.a ‘kerana harta’. Saya telah menjawab sebelumnya bahawa Mengasumsi penuntutan Fadak sebagai tuntutan yg bersifat duniawi semata hanyalah upaya utk merendahkan kredibiliti hujjah S.Fathimah s.a. Perhatikan kembali hujjah saya.Hujjah saya dari dulu lagi tidak mendiskredit beliau dari segi keduniaan, sebab itu saya pernah katakan yang setelah Abu Bkar menjelaskan tentang harta Nabi tidak diwarisi, Fatimah akhirnya tidak membuat tuntutan lagi. Maksud tidak lagi membuat tuntutan itulah yang menjadi pertikaian, samada marah yang bermaksud kemurkaan Allah (seperti yang Syiah faham), ataupun kecewa tidak diperkenankan tuntutannya, dan akhirnya akur dengan kebenaran keputusan Abu Bkar (tidak lagi membuat tuntutan), tidak sama sekali membabitkan mendiskredit Fatimah RA.
Anda terlalu suka menakwil sesuatu yg telah sangat jelas dan cuba mengaburi maksudnya hanya kerana ianya bertentangan dengan kehendak anda. mari kita teliti, marah jenis yg mana satukah ini wahai MNM?
"..So Abu Bakr refused to give anything of that to Fatima. So she became angry with Abu Bakr and kept away from him, and did not talk to him till she died. (فوجدت ‏ ‏فاطمة ‏ ‏على ‏ ‏أبي بكر ‏ ‏في ذلك فهجرته فلم تكلمه حتى توفيت) She remained alive for six months after the death of the Prophet. When she died, her husband 'Ali, buried her at night without informing Abu Bakr and he said the funeral prayer by himself.
http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/resources/texts/muslim/hadith/bukhari/059.sbt.html#005.059.546
Anda fikirkanlah, kemarahan apa yang dipamerkan S.Fathimah s.a yg ianya berlangsung selama 6 bulan lamanya, dan tak pernah berakhir hingga bertemu kembali dengan ayahandanya? Malah kemarahan apa yg dikandung S.Fathimah s.a hingga saat pengebumiannya sekalipun, beliau s.a ‘tidak sanggup berbaik’ dengan Abu Bakar? Sekali lagi, Kemarahan jenis yg mana satukah ini wahai saudara?
Dan tentang kata2 anda ini
sebab itu saya pernah katakan yang setelah Abu Bkar menjelaskan tentang harta Nabi tidak diwarisi, Fatimah akhirnya tidak membuat tuntutan lagi” & “dan akhirnya akur dengan kebenaran keputusan Abu Bkar (tidak lagi membuat tuntutan)
Masyaallah! Anda sentiasa suka membuat takwilan, dan kemudian menuduh saya membuat tafsiran sendiri! Bukti kukuh sudah cukup mematahkan hujjah anda selama-lamanya, apa anda tidak nampak atau seperti biasa buat tak nampak?
“Abu Bakr refused to give anything of that to Fatima.”
Kemudian apakah S.Fathimah redha dengan hal itu, atau redha dengan kebenaran keputusan Abu bakar seperti yg anda ngan2kan itu? Perhatikan lagi:
“So she became angry with Abu Bakr and kept away from him, and did not talk to him till she died.”
Di bahagian mana anda menakwilnya sebagai ‘akur dengan kebenaran’?!! Sudah sepatutnya anda berhentil menakwil dengan logik serendah ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kembali lagi kepada takwilan anda yg seterusnya: Post Last Edit by mnm77 at 4-8-2009 09:37
Maksud tidak lagi membuat tuntutan itulah yang menjadi pertikaian,samada marah yang bermaksud kemurkaan Allah (seperti yang Syiah faham),ataupun kecewa tidak diperkenankan tuntutannya,
mnm77 Post at 4-8-2009 01:01 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sebelum saya jawab persoalan anda ini, saya jemput anda melihat masalah Khumus yg menjadi salah satu subjek pertikaian S.Fathimah s.a dengan Abu Bakar. Utk pengetahuan anda, Abu Bakar juga mengeluarkan Ahlul Bait and Bani Hasyim dari senarai saham khumus:
Khumus dalam Al-Quran
Ayat yang manjadi basis hukum bagi Fardhu khumus adalah ayat berikut yang menjelaskan bahawa Khumus dibahagi menjadi enam bagian atau saham, dipisahkan berdasarkan tempat-tempatnya yang disebutkan dalam ayat tersebut. Allah swt berfirman, "Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, dzil qurba, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan ibnu sabil... " (QS.al-Anfal [8]: 41).
Fardhu Khumus dalam Hadis
Kerana tidak mahu etrlalu panjang, saya cukupkan dengan hadis dari Sahih Bukhari ini:
http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/resources/texts/muslim/hadith/bukhari/053.sbt.html#004.053.327
Nabi saaw berkata: "…I order you (to do) four (things) and forbid you (to do) four: I order you to believe in Allah, that is, to testify that None has the right to be worshipped but Allah (the Prophet pointed with his hand); to offer prayers perfectly; to pay Zakat; to fast the month of Ramadan, and to pay the Khumus (i.e. one-fifth) of the war booty to Allah and I forbid you to use Ad-dubba',
Abu Bakar menggugurkan Ahlul Bait daripada saham Khumus
- Sayidatina Fathimah s.a meminta bahagian Khumusnya dari Abu Bakar, namun Abu Bakar menolaknya. Ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu ya’la, Ibnu jarir dan Al-Baihaqi sebagaimana yg dinyatakan oleh As- Suyuthi dalam Jami’ Al-Hadis, Jil.25, hlm.12, hadis no.27555. Ibnu Hajar juga menyebutkan bahawa ianya diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Dawud dari jalan Abu Thufail r.a.
- Al-Albani dalam Al-Irwa', 1242 bahawa Jubair bin Mut’am meriwayatkan bahawa beliau dan Uthman bin Affan pergi kepada Rasulullah saaw Utk komplen mengenai pembahagian Khums yang hanya diberikan kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib: “Wahai Rasulullah, mengapa anda memberikan Khumus kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib dan tidak memberikan kami apa-apa sedangkan kami adalah setara dengan mereka dari kekerabatan dengan anda?” Rasulullah saw menjawab, “Hanya Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib setara dalam hubungannya denganku!” Jubair berkata: “Baginda tidak memberikan sebarang saham kepada BAnu Abdu Shams dan Bani Naufil sebagaimana yang baginda lakukan kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib. Abu Bakar memberikan Khums dengan cara yang sama juga hanya sahaja beliau tidak memberikannya kepada kerabat dekat Rasulullah apa yang diberikan Rasulullah kepada mereka. Umar dan Uthman sebaliknya memberikan juga sebahagian daripadanya kepada mereka. “
http://arabic.islamicweb.com/Books/albani.asp?id=13657
(Hadith sama dari Sahih Bukhari tanpa penjelasan bahagian akhir http://www.quranexplorer.com/Had ... ri/004.053.368.html )
- Berkenaan tindakan Abu Bakar ini, Az-Zamakhsyari berkata,"Diriwayatkan dari Ibn ‘Abbas bahwa khumus itu dibahagi menjadi enam saham, yaitu untuk Allah dan untuk Rasul-Nya adalah dua Saham, dan satu saham untuk keluarga Rasulullah saw hingga beliau wafat. Kemudian Abu Bakar membagi khumus menjadi tiga saham. Demikian pula yang diriwayatkan tentang 'Umar dan para khalifah sesudahnya. Juga diriwayatkan bahwa Abu Bakar melarang Bani Hasyim menerima khumus (secara khusus).”
- Pembatalan Khumus terhadap bahagian Dzil Qurba ini pernah dikeluhkan oleh Ibnu Abbas sepertimana yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim : Yazi bin Hurmuz meriwayatkan: Najdah bin' Amir al-Haruri al-Khariji menulis kepada kepada Ibn ‘Abbas. Dalam suratnya itu Ibn Hurmuz berkata, "Saya menyaksikan ketika Ibn 'Abbas membaca surat itu dan ketika ia menuliskan surat balasannya. Ketika itu Ibn 'Abbas berkata, 'Demi Allah, kalau saya tidak akan memalingkannya dari kebusukan dan pandangan yang tak menyenangkan, tentu aku tak akan menuliskan surat jawaban kepadanya." Kemudian dalam surat balasannya itu Ibn ‘Abbas menerangkan, "Engkau bertanya kepadaku tentang khumus (bill:yakni Bhg Dzil Qurba) kepada siapa ia diberikan, telah kamia katakan bahawa ia adalah untuk kami (bill:Keluarga Rasulullah saaw) Tetapi kaum kami menolak hal itu.”
(Bila check dalam terjemahan Inggeris, kaum kami itu telah dinyatakan sebagai bani Umaiyyah. (Check Sahih Muslim, Book 019, Number 4456)
Yg berikut ini dari perbahasan Khumus:
(http://www.geocities.com/zahranakumayl/khumus.html)
- Ibn Qudamah, dalam al-Mughni, setelah meriwayatkan hadis yang menyebutkan bahwa Abu Bakar ra dan 'Umar ra rnernbagi khumus menjadi tiga saham, menyebutkan, "Itu adalah pendapat orang-orang yang rnenggunakan pertimbangan sendiri - Abu Hanifah dan kelompoknya. Mereka mengatakan bahwa khumus itu dibagi rnenjadi tiga saham, yakni untuk anak-anak yatim, orang- orang miskin, dan ibnu sabil. Mereka rnenggugurkan saham untuk Rasulullah karena beliau telah wafat dan saham untuk kerabat Rasulullah."
Malik berkata, 'Fa 'i dan khumus adalah gamma, keduanya diserahkan ke Baitul Mal.
Ats-Tsawri berkata, 'Khumus diserahkan kepada imam untuk dibagikan kepada orang-orang yang telah ditentukan oleh Allah Azza wa Jalla.'
Pendapat Abu Hanifah di atas bertentangan dengan lahiriah ayat. Sebab, Allah telah rnenetapkan sesuatu untuk Rasul-Nya dan kerabatnya dan memandang rnereka memiliki hak dari khumus, seperti juga Allah rnenetapkan tiga kelornpok lain (yang berhak menerirna khumus). Barangsiapa yang rnenyirnpang dari ketentuan itu, berarti ia rnenyirnpang dari nas Al-Qur'an. Adapun tentang tindakan Abu Bakar ra yang menetapkan saham untuk dzil qurba untuk kepentingan dijalan Allah, hal itu telah ditanyakan kepada Ahrnad. Tetapi Ahmad tidak memberikan jawaban kecuali menggelengkan kepala dan tidak berpendapat demikian. la rnemandang pendapat Ibn ' Abbas dan orang-orang yang sepakat dengannya sebagai pendapat yang lebih baik karena sesuai dengan Kitab Allah dan sunah Rasul-Nya saw."
---------------------------------------------------------------------------------------------
Kini apakah anda sudah mahu mula faham bagaimana layanan Abu Bakar terhadap Sayyidah Fathimah s.a dan Ahlul Bait a.s? Perhatikan fakta berikut:
1. Abu Bakar telah menolak Sunnah Nabi saaw yg memberikan Fadak kepada S.Fathimah s.a sebagaimana yang terdapat pada kesaksian S.Fathimah s.a sendiri. Dengan ini Abu Bakar telah menolak kejujuran S.Fathimah s.a
2. Abu Bakar telah membatalkan Hak S.Fathimah s.a atas Kepemilikan Fadak
3. Abu Bakar telah menolak hak Pewarisan S.Fathimah s.a dari ayahandanya Rasulullah saaw dengan membawakan hadis ahad: Para Nabi tidak mewariskan….
4. Abu Bakar telah membatalkan Khumus kepada S.Fathimah s.a dan Ahlul Bait a.s sebagaimana yg telah ditetapkan Allah dalam kitabNya, dan dinyatakan dalam Sunnah RasulNya.
Apa yg terjadi setelah itu ialah Sayyidatina Fathimah s.a menjadi murka kepada Abu Bakar, memboikotnya sehingga kewafatannya 6 bulan setelah kewafatan Rasulullah saaw. Imam Ali a.s menyempurnakan jenazah sucinya, merahsiakan upacara pengkebumiannya dan memboikot Abu Bakar dari menghadirinya. Abu bakar tidak pernah mengetahui lokasi sebenar pusara Puteri Rasululullah saaw itu, malah hingga ke hari ini ia kekal tidak diketahui.
Kini kembali semula kepada persoalan anda itu; Maka dengan semua ini, anda rasa kemarahan bagaimana yg dikandung S.Fathimah s.a terhadap Abu Bakar? Jujurlah dalam menganalisa dan memutuskan! |
|
|
|
|
|
|
|
Soal kemarahan Fatimah itu tidak boleh menjadi dalil kemurkaan Allah terhadap Abu Bakr sebab dalam Al Quran pun disebutkan kemuliaan Abu Bakr, dan kemuliaan ini akan terus berada dalam Al Quran sehingga Hari Kiamat INSHA ALLAH.
Iblis sebelum dilaknat, merupakan makhluk yang beriman kepada Allah (dan dimuliakan kerana beriman). Namun Al Quran tidak menyebutkan pun tentang kemuliaan Iblis sebelum ia dilaknat. AL Quran hanya menyebut tentang keburukan Iblis sahaja, bermula dari kesombongannya dan kufurnya ia bermula dari keengganannya sujud kepada Adam AS. Jika benar Abu Bakr dilaknat sampai Kiamat, kenapa pula kemuliaan Abu Bakr pula disebutkan sampai Kiamat? Ingatlah, Al Quran akan terus-menerus dibacakan....
Dinukilkan kemuliaan Abu Bakr dalam Al-Quran, tidak mungkin pengakhirannya dilaknat:
Kalau kamu tidak menolongnya maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir mengeluarkannya sedang dia salah seorang dari dua semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir terkebawah dan Kalimah Allah ialah yang tertinggi, kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (At-Taubah, 40)
Kemurkaan Allah itu adalah hak Allah wahai saudara. Bukan saya atau Syiah yg menetapkan siapa yg patut dimurkai dan siapa yg tidak. Dalam hal ini, anda sendiri sudah jelas bahawa Syiah hanya berpegang kepada apa yg dinyatakan hadis bahawa Nabi saaw menjadi murka dengan kemurkaannya S.Fathimah s.a – tidak lebih dari itu.
Namun atas atas dasar berdiskusi dan bukan utk merendahkan Imam pegangan anda, saya terpaksa mengatakan bahawa dalil anda di atas adalah sangat lemah saudara. Saya akan komen hanya secara ilmiah dan tidak atas dasar kepentingan mazhab pada bahagian yg telah anda boldkan, bhg yg anda rasa merupakan keutamaan Abu Bakar dalam Al-Quran.
bersambung |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_billionaire at 16-8-2009 01:26
“Salah seorang dari dua”: Saya bertanya anda dengan jujur, di bahagian mana keagungannya?
“berkata kepada sahabatnya”: Saudara, Org Islam dan kafir masing-masing boleh menjadi sahabat kepada sesama mereka kerana itulah Allah SWT di dalam Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Yusuf a.s menggelarkan dua org kafir yang bersamanya dalampenjara sebagai “sahabatku” semata2 kerana kedekatan beliau a.s bersama mereka di penjara. "Wahai sahabatku berdua yang sepenjara! (Yusuf 41).
(lihat misalnya:http://www3.pmo.gov.my/WebNotesA ... 32753d?OpenDocument atau di sini:http://www.al-islam.com/maknazlatin/Hits.asp?l=mal&;p=0-4-8-2-3- ) Lalu di bahagian mana kebesaran Abu Bakar pada bahagian ini?
“sesungguhnya Allah bersama kita.” – saya masih tidak nampak di mana poin anda kerana Al-Quran sendiri menyatakan yg ini:
“Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dia-lah keempatnya. Dan tiada lima orang, melainkan Dia-lah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS Al Mujaadilah 58:7)
Dan inilah yang seperti dikatakan Rasulullah saaw pada riwayat Bukhari ini:
Volume 5, Book 58, Number 259:
Narrated Abu Bakr:
I was with the Prophet in the Cave. When I raised my head, I saw thefeet of the people. I said, "O Allah's Apostle! If some of them should look down, they will see us." The Prophet said, "O Abu Bakr, be quiet!(For we are) two and Allah is the Third of us."
Dan perhatikan lagi hadis di atas, bagaimana dapat tindakan Abu Bakar sehingga Nabi saaw terpaksa mendiamkannya dipandang sebagai satu keutamaan bagi dirinya?
Dan seandainya begitu besar keutamaan Abu Bakar di sisi Allah danRasulNya, mengapa pada akhirnya beliau dikecualikan daripada menerima Sakinah? Perhatikan ayat yg anda petik itu: “Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya…”
Sedangkan pada ayat lain, Mukmin turut sama berkongsi Sakinah bersama Rasulullah saaw:
“Kemudian Allah menurunkan Sakinah kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman” (At Taubah 26),
“lalu Allah menurunkan Sakinah kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin” (Al-Fath 26).
Bukankah hanya ada Nabi saaw dan Abu Bakar berdua sahaja di dalam gua namun masih sahaja Abu Bakar dikecualikan daripadanya?
--------------------------- ------------------------------
Ttg Kata-kata anda:Jika benar Abu Bakr dilaknat sampai Kiamat, kenapa pula kemuliaan Abu Bakr pula disebutkan sampai Kiamat? kemuliaan Abu Bakr pula disebutkan sampai Kiamat? Ingatlah, Al Quran akan terus-menerus dibacakan....
Pertamanya, kita tidak membincangkan ttg laknat kepada Abu Bakar. Kalau ia pandangan Syiah yg mereka (Kaum Syiah) percaya ia dari sumber yg benar, maka itu adalah satu isu berasingan yg harus diisolasikan perbicnangannya kerana pandangan sesuatu mazhab terhadap satu perkara itu sudah tentu berbeda pada poin-poin tertentu bergantung sumber mereka dan perbedaannya dianggap sebagai pandangan mazhabiyyah. Sama seperti halnya ketika saya tidak mengangkat isu mengapa Abu Bakar masih diagungkan setelah terbukti S.Fathimah s.a murka kepadanya - yg merupakan petunjuk jelas kemurkaan Allah dan RasulNya, atau tindakannya yang meragui S.Fathimah s.a sedangkan meragukan Fathimah s.a bererti meragukan Nabi saaw, dan sebagainya.
Keduanya, Kita hanya Cuma mahu mencari pencerahan ttg kebenaran tuntutan S.Fathimah s.a, atau mungkin kebenaran tindakan Abu Bakar. Adapun mengenai hukuman ke atas yg bersalah, itu dalam perbahasan yg lain.
Manakala yang lainnya, yakni ttg kepercayaan anda bahawa bila sebutan terhadap Khalifah Abu Bakar itu (yg anda anggap satu keutamaan besar) ada dalam Al-Quran, yg tidak akan pernah berubah sehingga Hari Kiamat, maka yg kerananya sudah tentu pula Abu Bakar akan diingati selama-lamanya maka saya menghimbau anda utk kembali memerhatikan perbicaraan kita yg lalu dimana Bukhari telah meriwayatkan bagaimana Abu bakar dan Umar telah berlaku kurang sopan di hadapan Nabi saaw hingga diancam digugurkan amalannya (ayat 2 Surah Al-Hujurat). Bukankah ayat Al Hujurat ini juga kekal dan makanya, bukankah KISAH bahawa mereka pernah berlaku sikap kurang sopan itu juga kekal?
Bahkan yang lebih utama dari itu, ayat-ayat yang membuktikan keutamaan Sayyidah Fathimah s.a dan Ahlul Bait a.s juga lebih relevan dalam kes fadak ini tiadks epatutnya juga anda abaikan. Dan kewujudan ayat2 etrsebut sepatutnya tidak menjadikan Abu Bakar berani melukakan hati Puteri Nabi saaw. Misalnya, sebuah ayat yg relevan pada pembuktian kejujuran dan keutamaan S.Fathimah s.a ke atas manusia lainnya di mana Allah SWT telah menjadikan Sayyidatina Fathimah s.a sebagai hujjah kebenaranNya yang terjadi pada peristiwa seruan bermubahalah. Bukankah ayat ini juga kekal?
Allah SWT berfirman: “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahaiMuhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya;‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61).
Muslim dalam Sahihnya, pada Kitab Fadhail sahabah, Bab Keutamaan Ali bin Abi Thalib r.a, mencatatkan bahawa Amir bin Saad bin Abi Waqqas meriwayatkan dari bapanya (Saad) bahawa Muawiyyah bin Abi Sufyan telah melantik Saad sebagai Gabenor dan berkata: Apa yang menghalangmu dari melaknat Abu Turab (Ali bin Abi Thalib)? Saad menjawab, “Selagi mana aku masih mengingatkan tiga perkara yang diucapkan Rasulullah (saw) kepadanya, maka selagi itu aku tidak akan pernah melaknatnya, seandainya diberikan kepadaku salah satu sahaja dari ketiganya, itu lebih aku sukai berbanding sekiranya kuperolehi unta-unta merah. Aku mendengar Rasulullah (saw) berkata mengenai Ali ketika meninggalkannya pada sebuah perang (iaitu Tabuk). Ali berkata kepadanya, ‘Wahai Rasulullah!, Engkau tinggalkan aku bersama perempuan-perempuan dan kanak-kanak.’ Yang atasnya Rasulullah (saw) menjawab: “Tidakkah engkau redha bahawa kedudukanmu di sisiku seumpama kedudukan Harun di sisi Musa, hanya sahaja tidak ada Nabi sesudahku!" Aku juga telah mendengar baginda bersabda di hari (perang) Khaibar: “Aku akan berikan besokpanji-panji kepada seorang lelaki yang cintakan Allah dan Rasulmenyintainya.” Sa'ad berkata: Kami telah membentang kepadanya(panji-panji). Maka baginda bersabda: “Panggillah Ali untukku.” Kemudian Ali telah datang dengan mata yang sedang sakit, maka baginda telah meludah ke dalam kedua belah matanya dan menyerahkan panji-panji kepadanya dan Allah s.w.t. telah memberikan kemenangan di dalam tangannya. Manakala turun ayat al-Mubahalah: Maka katakanlah:"Marilah kitamemanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami danwanita-wanita kamu." Maka Rasulullah (saw) menyeru Ali, Fathimah,Hasan, dan Husein. Baginda bersabda: "Allahumma Haula' Ahli (Wahai Tuhanku!Mereka itu adalah keluargaku)".
Saudara MNM, Sebagai HujjahNya pada waktu ingin membuktikan kebenaran Agama Allah, Allah SWT telah memerintahkan RasulNya untuk mengajak Sayyidatina Fathimah s.a (bersama Imam Ali serta Imam Hasan dan Huseina.s). 5 jiwa suci ini sahajalah yang Allah SWT angkat untuk mewakilkan kebenaran. Tidak ada selain mereka di atas muka bumi ini yang Allah jadikan sebagai hujjahNya pada hari itu! Kalau ada yg lebih benar dari mereka, atau paling tidak, cukuplah sekadar yang setara dengan mereka,sudah tentu mereka diikut sertakan dalam peristiwa tersebut - Namun tiada selain dari mereka berlima.
Kalau anda menyebutkan perihal ayat ‘satu dari dua dalam gua’ kekal selama-lamanya hingga hari Kiamat, maka sudah tentu juga status Sayyidah Fathimah s .a sebagai Hujjah Allah pada ayat Mubahalah itu akan kekal selama-lamanya. Bukankah Allah telah menjadikan S.Fathimah s.a standard kebenaranmenentang kebathilan spt pembohongan, pemalsuan spt FirmanNya: "kemudian kita bermubahalah agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” Lalu mengapa pula anda meragukan kebenaran tuntutan sayyidah Fathimah s.a pada masa ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_billionaire at 16-8-2009 01:45
sekali lagi, saya tujukan tulisan ini kepada para pecinta S.Fathimah s.a, yang meyakini bahagian dan kedudukan besarnya dari islam, semoga bermanfaat.
Bukti Hadis “Kami para Nabi tidak mewariskan” adalah palsu
1. Sayyidah Fathimah s.a dan Imam Ali a.s sendiri menolak riwayat tersebut sedangkan mereka adalah Hujjah kebenaran (spt pada peristiwa Mubahalah), mereka adalah kembarannya Al-Quran yg tidak akan samasekali menolak perintahnya.
2. Kemarahan Sayyidah Fathimah s.a membuktikan hadis tesebut tidak benar. Ternyata setelah mendengar Abu Bakar meriwayatkan hadis Para Nabi tidak mewariskan atau harta peninggalan para Nabi menjadi sedekah, Sayyidah Fatimah menjadi marah dan mendiamkan Abu Bakar selama 6 bulan, kemudian wafat dalam keadaan memboikot Abu Bakar. Mungkinkah Sayyidah Fathimah s.aatau Ahlul Bait akan menjadi marah mendengar hadis Rasulullah saaw? Sudah tentu tidak bukan? Andai sahaja hadis itu benar maka sudah tentu S.Fathimah s.a tidak akan menolaknya sesuai dengan kedudukannya sebagai bahagian dari diri Nabi, Pemimpin Wanita di Syurga yg kekal abadi.
3. Al-Quran menyatakan: “Dan Sulaiman telah mewarisi Daud” (An Naml 27:16). Ahli Sunnah menyatkan bahawa yg diwarisi nabi Sulaiman dari bapanya adalah Kenabian, ilmu, kerajaan. Persoalannya, bukankah kenabian itu tidak diwarisi? MNM selalu menyebut ttg kewujudan anak2 Nabi Daud a.s yg lain (selain Nabi Sulaiman a.s). Maka sekiranya kenabian itu diwarisi, bukankah sudah tentu anak2 Nabi yg lain juga sepatutnya menjadi Nabi? Paling jelas ialah bukankah sepatutnya saudara2 yusuf juga sepatutnya menjadi Nabi sebagai mewarisi Kenabian Nabi Yaakub? Dan perhatikan lagi hakikat bahawa Nabi Sulaiman telah menjadi Nabi pada masa hayat Nabi Daud lagi:
“Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman, karena tanaman itu dirusak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu…” (Al-Anbiya’ 78-79)
Sudah tentu Nabi Daud a.s telah berhukum dengan hukum syariat yg terdapat pada waktu itu. Namun Allah SWT telah menyatakan hukum baru dan ia disampaikan melalui Sulaiman. Sudah tentu hukum yg menaskhkan hukum sebelumnya tidak diberikan kepada orang-orang biasa melainkan kepada seorang Nabi juga.
“Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hambanya yang beriman” (An-Naml 15)
Nabi Daud dan Nabi Sulaiman adalah Nabi pada masa yang bersamaan maka sudah tentu tidak benar Nabi Sulaiman mendapat maqam kenabian menerusi pewarisan ayahnya Nabi Daud selepas kewafatan nabi Daud.
4. “(Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria, yaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut, Ia berkata "Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku[898] sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diridhai." (QS Mariam 19:2-6)
Sehubungan dengan ayat ini, Pada halaman 5 post 115, MNM pernah mengatakan: “Yang dipohon adalah anak yang soleh, dan diperkenankan menjadi Nabi mewariskan keNabian Zakariyya.”
Namun, kalaulah Kenabian itulah yg diwariskan pada ayat di atas, mengapa perlu nabi Zakaria merasa takut terhadap mawalinya yg akan mewarisinya stelah kewafatannya nanti? Bukankah kenabian tidak akan diberikan kepada org2 jahat (lihat ayat semula) sehingga beliau a.s tidak sepatutnya gusar ttg kenabian setelahnya diwariskan kepada mawalinya?
5. Abu Bakar sendiri mengakui bahawa Sayyidatina Fathimah s.a sebagai ahli waris Nabi saaw
Telah diriwayatkan bahawa Abu Bakar benar-benar telah mengakui bahawa Sayyidah Fathimah s.a adalah Ahli Waris Nabi saaw!
Musnad Ahmad bin Hanbal, ta’lik Syeikh Syu’aib Arnauth yg menyatakan:
عن أبي الطفيل قال لما قبض رسول الله صلى الله عليه و سلم أرسلت فاطمة إلى أبي بكر أنت ورثت رسول الله صلى الله عليه و سلم أم أهله قال فقال لا بل أهله
Dari Abu Thufail: Setelah kewafatan Rasulullah saw, Fathimah menanyakan Abu Bakar “Apakah anda mewarisi Rasulullah atau ahlinya (keluarganya)? Jawab Abu Bakar: “Bahkan keluarganyalah (yg mewarisinya)”
Berkata Syeikh Al-Arnauth ttg riwayat ini:
إسناده حسن رجاله ثقات رجال الشيخين غير الوليد بن جميع فمن رجال مسلم
Isnadnya Hasan, para perawinya Thiqat, semuanya periwayat Syeikhain (Bukhari dan Muslim) kecuali Al-Walid bin Jami’ yang merupakan perawi Muslim.
Manakala dalam Musnad Abi Ya’la, Jil.1, hlm.40, hadis 37 – Damsyiq, Tahqiq Syeikh Husein Salim Asad menyatakan:
عن أبي الطفيل قال : أرسلت فاطمة إلى أبي بكر فقالت : ما لك يا خليفة رسول الله صلى الله عليه و سلم ؟ أنت ورثت رسول الله أم أهله ؟ قال : لا بل أهله
Seperti riwayat yg sebelumnya juga, Sayyidatina Fathimah s.a bertanya kepada Abu Bakar ttg waris sebelum menanyakannya ttg Khumus: أنت ورثت رسول الله أم أهله ؟ قال : لا بل أهله “Apakah anda mewarisi Rasulullah atau ahlinya (keluarganya)? Jawab Abu Bakar: “Bahkan keluarganyalah (yg mewarisinya)”
Syaikh Husain Salim Asad menyatakan:
رجاله رجال الصحيح
“Rijalnya Rijal sahih”
As-Suyuthi juga menyebutkan hadis yg sama sambil menyatakan bahawa ia telah diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Ya’la, Ibnu Jarir dan Al-Baihaqi ( Jami’ Al-Hadis, Jil.25, hlm.12, hadis no.27555). Ibnu Hajar juga menyebutkan bahawa ianya diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Dawud dari jalan Abu Thufail r.a (Fathul Bari 6/202) dan menyatakan bahawa ia Sahih.
Dalam hadis ini, Abu Bakar telah mengakui bahawa keluarga Nabi adalah ahli warisnya, namun persoalannya ialah kalau S.Fathimah s.a adalah ahli waris Nabi saaw, mengapa pula Abu Bakar mengatakan, "Para Nabi tidak mewariskan?" Bukankah Abu bakar telah menyalahi hadisnya sendiri?
bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_billionaire at 22-8-2009 16:34
6. Jika semua harta Nabi saaw menjadi sedekah sehingga Sayyidah Fathimah s.a ternafikan haknya dari pewarisan Rasulullah saaw, lalu mengapa Aisyah puteri Abu Bakar dilepaskan dari hukum yg sama?
Sahih Muslim, Book 024, Number 5149:
“…Here is the cloak of Allah's Messenger (may peace be upon him). and she brought out to me that cloak made of Persian cloth with a hem of brocade, and its sleeves bordered with brocade and said: This was Allah's Messenger's cloak with 'A'isha until she died, and when she died. I got possession of it. The Apostle of Allah (may peace be upon him) used to wear that, and we waslied it for the sick and sought cure thereby. “
7. Ummul Mukminin Aisyah juga menyimpan dua pakaian Rasulullah saaw selepas kewafatannya.
Sahih Muslim, Book 024, Number 5181:
Abu Burda reported: I visited A'isha and she brought out for us the coarse lower garfnent (of Allah's Messenger) made in Yemen and clothes made out of Mulabbada cloth, and she swore in the name of Allah that Allah's Messenger (may peace be upon him) died in these two clothes.
Apakah Rasulullah saaw mewasiatkan pakaian itu utk Aisyah atau Abu Bakar telah mengecualikan Aisyah puterinya sendiri dari hadis yg beliau sendiri riwayatkan itu?
8. Para Isteri Nabi menuntut hak pewarisan mereka dari Abu Bakar. Dalam hadis yg pernah dijadikan hujjah oleh MNM, Uthman juga dikatakan telah mengaku mendengar hadis “Kami para Nabi tidak mewariskan…”. Perhatikan riwayat ini yg menunjukkan bahawa Uthman sendiri tidak membantah utk mewakili para isteri nabi saaw menuntut bahagian mereka. Jika Uthman benar2 pernah mendengar hadis tersebut, mengapa uthman malah membiarkan dirinya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hadis yg didengarnya? Dan riwayat ini juga menunjukkan bahawa hanya Aisyah, puteri Abu Bakar sendiri merupakan satu-satunya isteri Nabi saaw yg mengetahui hadis Abu Bakar tersebut.
Sahih Bukhari, Volume 5, Book 59, Number 367:
“I heard 'Aisha, the wife of the Prophet saying, 'The wives of the Prophet sent 'Uthman to Abu Bakr demanding from him their 1/8 of the Fai which Allah had granted to his Apostle. But I used to oppose them and say to them: Will you not fear Allah? Don't you know that the Prophet used to say: Our property is not inherited, but whatever we leave is to be given in charity?”
(pada riwayat lain Aisyah sebenarnya mengatakan bahawa dia mendapatkan hadis itu dari Abu bakar. Kalau tak silap saya dari Ibnu katsir, nanti kalau ada masa saya cari semula dan saya edit di sini : (dah jumpa!)
As-Suyuthi dalam tarikh Khulafa’ hlm.86 menyebutkan bahawa telah dikeluarkan oleh Al-Baghawi dan Abu bakar Asy Syafii dalam Fawaid nya, dan juga oleh Ibnu ‘Asakir (Tarikh Damsyiq, 30/311) dari Aisyah yg berkata: لما توفي رسول اللّه عليه الصلاةوالسلام . . . اختلفوا في ميراثه، فما وجدوا عند أحد من ذلك علماً.فقال أبو بكر: سمعت رسول اللّه عليه الصلاة والسلام يقول: إنّا معاشرالأنبياء لا نورث ما تركناه صدقة
Bahawa telah berlaku ikhtilaf tentang pewarisan Rasulullah saaw setelah kewafatan Baginda saaw dan tidak ada sesiapapun yang mempunyai informasi tentang itu kemudian Abu Bakar berkata bahawa beliau mendengar bahawa Rasulullah saaw menyatakan bahawa kami para Nabi tidak mewariskan, apa yang kami tinggalkan adalah sedekah………..
Dan begitu juga yg dinyatakan Ibnu Hajar Haithami mengenai halyang sama dalam Sawa’iq Muhriqah hlm.19: وقال ابن حجر المكّي في صواعقه:«اختلفوا في ميراث النبي صلّى اللّه عليه وسلّم، فما وجدوا عند أحد في ذلك علماً،فقال أبو بكر: سمعت رسول اللّه
)
ini menunjukkan hanya Abu Bakar yg mendakwa mendengar hadis ini)
Namun pada masa Umar, nampaknya hal ini sudah jadi sebaliknya:
Sahih Bukhari, Volume 3, Book 39, Number 521:
The Prophet concluded a contract with the people of Khaibar to utilize the land on the condition that half the products of fruits or vegetation would be their share. The Prophet used to give his wives one hundred Wasqs each, eighty Wasqs of dates and twenty Wasqs of barley. (When 'Umar became the Caliph) he gave the wives of the Prophet the option of either having the land and water as their shares, or carrying on the previous practice. Some of them chose the land and some chose the Wasqs, and 'Aisha chose the land.
Namun apa yang memilukan ialah bahawa bahagian Khaibar inilah sebenarnya yang pernah diminta oleh Sayyidah Fathimah s.a daripada Abu Bakar dahulu:
Diriwayatkan dalam sahih Bukhari bahawa Aisyah telah berkata: “Fatimah meminta bagiannya kepada Abu Bakar dari harta yang ditinggalkan Rasulullah saw berupa tanah di Khaibar dan Fadak dan sedekah Beliau (kurma bani Nadhir) di Madinah. Abu Bakar menolak yang demikian kepadanya dan Abu Bakar berkata “Aku tidak meninggalkan sesuatu yang dulu diperbuat oleh Rasulullah SAW kecuali akan melaksanakannya, Sesungguhnya aku khawatir menyimpang dari kebenaran bila aku meninggalkan sesuatu dari urusan Beliau”. Fatimah lalu marah.....
Sesungguhnya pada saat ini saya terpaksa berhenti seketika dari terus menaip kerana tangan saya tidak mampu lagi bergerak saat air mata mula tumpah. Demi Muhammad dan Keluarga Muhammad! Bukankah ketidakadilan telah berlaku ke atas Sayyidah Fathimah s.a dan beliau sangat menuntut keadilan ke atas dirinya ditegakkan, namun mengapa masih ada sebaliknya mengabaikan permintaan beliau a.s ini malah bermati-matian pula membela orang yg menimpakan kezaliman ke atas beliau s.a? Apakah kecintaan anda terhadap Abu Bakar dan doktrin penyelamatan imej sahabat menyebabkan anda terpaksa menutup mata terhadap hujjah2 Puteri Nabi (saaw)?
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al-Maidah 8)
Bukankah kita semua wajib membela org yang meminta keadilan atas dirinya, meminta kezaliman diangkat dari dirinya, dan bukankan Puteri Nabi kita sendiri turut mengharapkannya pada saat beliau dinafikan hak2nya!? Dan bukankah setelah berlalu ribuan tahun masih sahaja hak2 beliau dinafikan?!
“Beginilah kamu! Kamu sekalian adalah orang-orang yang berdebat untuk (membela) mereka dalam kehidupan dunia ini. Maka siapakah yang akan mendebat Allah untuk (membela) mereka pada hari kiamat?...” (An Nisa’ 109)
----------------------------------------------------------------
Wahai Puteri Nabi! Sesungguhnya Aku tidak lain selain dari mengharap keampunan Allah dan kasih sayangnya melalui syafaat Ayahandamu Muhammad saaw, pada hari di mana semua amal sudah tidak berguna lagi, dan keimanan pada saat itu tidak lagi bermanfaat! Maka aku pun membelamu kerana keredhaanmu adalah keredhaan bapamu, kemurkaamu adalah kemurkaannya pula sedangkan keredhannya adalah keredhaan Allah dan kemurkaannya adalah kemurkaan Allah pula kerana aku takut “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan” (Al Ahzab 57) Janganlah lupakan kami di sisi Allah, dan di sisi ayahandamu. Wassallallahu ‘Ala Muhammad Wa Aali Muhammad.
wassalaam |
|
|
|
|
|
|
|
salam ke atas bill,
syukran di atas info2 yg bermanfaat guna menjelaskan lagi historis pertikaian tanah fadak yg disertakan dgn fakta2 yg jelas juga dalil2 ALQURAN yg terkini.
Wahai Puteri Nabi! Sesungguhnya Aku tidak lain selain dari mengharap keampunan Allah dan kasih sayangnya melalui syafaat Ayahandamu Muhammad saaw, pada hari di mana semua amal sudah tidak berguna lagi, dan keimanan pada saat itu tidak lagi bermanfaat! Maka aku pun membelamu kerana keredhaanmu adalah keredhaan bapamu, kemurkaamu adalah kemurkaannya pula sedangkan keredhannya adalah keredhaan Allah dan kemurkaannya adalah kemurkaan Allah pula kerana aku takut “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan” (Al Ahzab 57) Janganlah lupakan kami di sisi Allah, dan di sisi ayahandamu. Wassallallahu ‘Ala Muhammad Wa Aali Muhammad.
amin. ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan lebih ironik, anda beriya2 sejak dulu minta saya pertimbangkan riwayat2 memuji Abu Bakar, namun sebenarnya andalah yang sebaliknya meninggalkan riwayat kemurkaan S.Fathimah s.a dan meninggalkan terus riwayat2 yang sangat penting membuktikan keutamaan, kebenaran dan kejujuran tuntutan S.Fathimah s.a! Why dont you practice what you preach?
cmf_billionaire Post at 16-8-2009 00:21 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Wahai saudara bill, setelah melihatkan reply anda yang agak banyak dan kesungguhan anda untuk menegakkan hujjah anda, mungkin saya tidak berkesempatan untuk memjawab satu per satu kerana kesuntukan masa walaupun saya nampak beberapa hujjah yang tidak adil tetapi dijadikan standard kebenaran untuk kedua-dua Sunni dan Syiah.
Pertanyaan anda di atas juga saya boleh jawab dengan pertanyaan, "kenapa anda tidak menyebut keutamaan Abu Bakr RA?" Sesungguhnya saya tahu yang anda tidak perlu menyebutnya kerana anda berhujjah untuk menampakkan kebenaran tuntutan Sayidah Fatimah RA. Saya menyebut tentang kemuliaan Abu Bakr untuk menyatakan yang ada kebenaran di pihaknya, tanpa menjatuhkan maruah Fatimah RA sebagai Ahlul Bait.
Saya tidak menyebut kemurkaan Fatimah kerana anda menjadikan kemurkaan Fatimah sebagai dalil kemurkaan Allah (hal berkaitan AQIDAH), kerana saya menyatakan kemurkaan Fatimah adalah sebagai sifat manusia. Saya tiada masalah untuk menyebut tentang kemuliaan Fatimah RA..... boleh di thread yang sesuai (contoh, kalau ada thread kemuliaan dan kelebihan Fatimah Az-Zahra)
Lagipun, apakah ulamak2 anda, dan kitab2 anda maksum sehingga mereka sentiasa benar, tepat dan tak mampu dikritik? Atau dalam erti kata lain, tafsiran yg benar ialah tafsiran Ahlus Sunnah, tafsiran yg batil ialah tafsiran S.Fathimah s.a ketika menuntut warisannya? Begitu?
cmf_billionaire Post at 16-8-2009 00:21 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bukanpun saya kata mereka (Ulama Ahlussunnah) maksum, bahkan para sahabat pun bukan maksum, dan sebab itulah ada riwayat2 yang berbeda-beda. Masalahnya anda mempunyai sumber anda yang anda kira benar, TETAPI anda CHOOSE and PICK dari riwayat Ahlussunnah untuk menampakkan kebenaran dakwaan anda. Jika anda ingin berbuat demikian untuk memuaskan hati anda tak mengapalah, tetapi apabila dihujjahkan maka mengapa anda susah untuk terima jika ada kekeliruan?
Ada telah pergi terlalu jauh sehingga menyatakan Hadith Harta Nabi TIDAK diwarisi adalah PALSU. Hadith tersebut terkandung dalam Bukhari, Muslim dan Ahmad. Juga terkandung dalam riwayat Syiah sendiri dan dikira sahih oleh standard Syiah sendiri.
Berkenaan dengan FAI, Abu Bakr sendiri menyatakan yang Ahlul Bait berhak menggunakan harta dari FAI. Bukannya Abu Bakr menolak sepenuhnya hak Fatimah RA! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_billionaire at 16-8-2009 01:45
sekali lagi, saya tujukan tulisan ini kepada para pecinta S.Fathimah s.a, yang meyakini bahagian dan kedudukan besarnya dari islam, semoga bermanfaat.
Bukti Hadis “Kami para Nabi tidak mewariskan” adalah palsu
cmf_billionaire Post at 16-8-2009 01:38 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Anda telah membanjiri point-point anda untuk menguatkan hujjah anda. Saya kira saya perlu 'refresh' balik point2 yang dah terjawab...
The status of Fadak
The land of Fadak can be only one of two things:
* It was either INHERITED by Fatimah from Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa-alihi wasallam,
* or it was a GIFT given to her by Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam on the day of Khaybar.
FADAK AS INHERITANCE
Its status as inheritance is contained in the report documented by al-Bukhari, Muslim and others, wherein it is stated that
after the demise of Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa-alihi wasallam, Fatimah came to Abu Bakr requesting her inheritance from the Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam, from Fadak, his share in Khaybar, and other places. Abu Bakr said: “I heard Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa-alihi wasallam saying, ‘We do not leave inheritance. What we leave behind is charity.’ ” (Sahih Muslim, Kitab al-Jihad was-Siyar, no. 49)
The same reported in Musnad Ahmad reads:
We, the Prophets, do not leave heirs. (Musnad Ahmad, vol. 2 p. 462)
Fatimah radiyallahu ‘anha became displeased with Abu Bakr, since she viewed the issue in the general scope of the verse, “Allah directs you in (the matter of the inheritance of) your children: to the male a portion twice the portion of the female.” (Surah an-Nisa:11)
At this point, let us be neutral, and let us forget that the person requesting her inheritance is a personality whom we love and respect because she is the daughter of our Prophet, and that she has that revered position both within our hearts and with Allah. Let us say: The words of Muhammad sallallahu ‘alayhi wa-alihi wasallam takes precedence over the words of anyone else. Therefore, if a hadith like this is authentic, what reason have we to lay blame at the door of Abu Bakr for following the dictates of the hadith and for applying it in practice?
The fact of the matter is that the hadith “We, the Prophets do not leave heirs” is authentic by both the Ahl as-Sunnah and the Shi‘ah. Why is it then that Abu Bakr is condemned for appropriating an authentic statement of Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa-alihi wasallam, and that he be accused of fabricating the hadith in order to dispossess Fatimah of Fadak?
With the Ahl as-Sunnah the authenticity of the hadith by the Ahl as-Sunnah is in no need of clarification. The following section clarifies the authenticity of the hadith in the sources of the Shi‘ah and by their standards. |
|
|
|
|
|
|
| |
|