|
NUR KASIH [REMY ISHAK,TIZ ZAKYAH,FIZZ FAIRUZ]
[Copy link]
|
|
aku ikut dr mula cite nie memang best...khabir bhatia wat cite memang x mengecewakan walaupon die amik pelakon bru tp pompuan 2 belakon x kaku....pndi die cri pelakon... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Nur Amina jadi bualanOleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]
Lakonan Tiz Zaqyah sebagai gadis kampung buka mata peminat drama Melayu
DRAMA bersiri Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang kini disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam, sudah semestinya akan memperkenalkan lagi nama pelakon baru ini kepada peminat tanah air.
Jika sebelum ini nama Tiz Zaqyah kurang mendapat perhatian, drama terbitan Filmscape itu pastinya membuka mata ramai peminat, dek lakonannya sebagai gadis kampung, Nur Amina. Dalam drama berkenaan, Tiz beraksi di samping Datuk Jalaluddin Hassan, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Ummi Nazeera, Sharifah Sofia, Liza Othman dan Ayu Raudhah.
Ketika artikel ini ditulis, penonton sudah pun menyaksikan ceritanya sehingga ke episod tiga. Melihat kepada komen yang diberikan mereka di laman web siri berkenaan (www.tv3.com.my/nurkasih), ramai yang teruja mengikuti kisah tulisan Mira Mustaffa.
Kini peminat hebat berdebat, mengapa Nur Amina dikahwinkan dengan Adam (Remy), sedangkan si abang, Aidil (Fizz) yang menyatakan keinginan untuk memperisterikan wanita itu kepada bapa mereka, Ustaz Hassan (Jalaluddin).
Sebelum mendapat peluang memegang watak utama dalam drama sebanyak 26 episod itu, gadis berusia 21 tahun ini terlebih dulu muncul sebagai pelakon pembantu dalam siri Impian Illyana musim satu dan dua, diikuti siri Impian.
Menceritakan detik awal pembabitannya dalam siri yang turut menjalani penggambaran di Sydney dan Jeddah itu, pelakon ini berkata, pada ketika dia menjayakan siri Impian, pengarah seni projek terbabit memintanya menghadiri uji bakat untuk sebuah produksi lain. Dia berjaya mendapat watak kecil dalam penerbitan berkenaan.
"Kemudian, saya diundang sekali lagi untuk sesi uji bakat, kali ini untuk siri Nur Kasih pula. Sebulan kemudian, pada penghujung Disember atau awal Januari, saya diberitahu, Kabir menyukai lakonan saya. Dia berasakan watak itu sesuai dilakonkan oleh saya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama itu baru-baru ini.
Pastinya, gadis manis ini amat terkejut apabila dirinya terpilih menjayakan drama arahan pengarah yang sudah begitu dikenali ramai. Memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas rezeki yang diterima, Tiz turut berasa bangga kerana diberikan ruang untuk beraksi bukan saja dalam produksi yang besar, malah berlakon pula di samping beberapa pelakon ternama.
Bagaimanapun, Nur Amina bukanlah watak yang mudah untuk dilaksanakan dan Tiz sendiri mengakui wujudnya kesukaran dalam menjayakan peranan berkenaan.
![](http://www.bharian.com.my/Monday/Hip/20090615054926/mainpix3) | Tiz Zaqyah |
"Cara dia bertutur, caranya membawa diri, semuanya agak berbeza dengan diri saya yang sebenar. Jadi, pada beberapa minggu pertama penggambaran, agak sukar juga untuk saya menjadi Nur Amina. Saya terpaksa mencari insiden lebih kurang sama, untuk merasai apa yang dirasakan watak berkenaan.
"Syukurlah, selepas itu, semuanya bertambah baik. Saya sendiri dapat berasakan perubahannya, apabila watak itu mula meresap dalam diri. Bekerja dengan Kabir juga amat menyenangkan kerana dia tahu apa yang diingini setiap kali sesuatu babak dirakam. Kami juga sering berbincang bagi mencari formula terbaik menghidupkan sesuatu watak atau babak," katanya yang berkeyakinan, peminat akan jatuh hati pada watak itu dek sifat baik yang wujud pada Nur Amina.
Katanya, Nur Amina seorang wanita kampung yang mempunyai hati yang baik, beragama, penyabar dan sanggup berkorban demi kebaikan orang lain. Dia yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke universiti juga reda dengan segala ujian menimpa dirinya, serta tabah menghadapi dugaan yang mendatang.
"Begitupun, Nur Amina sebenarnya seorang yang amat rapuh di dalam, walaupun orang ramai mungkin melihatnya agak kuat secara luaran," cerita pelakon berasal dari Kuala Lumpur ini.
Ditanya mengenai persamaan yang mungkin wujud antara dirinya dengan watak terbabit, Tiz yang menjalani penggambaran siri berkenaan sehingga Julai memberitahu, kelembutan hati serta sikap mudah terasa barangkali ciri-ciri yang dikongsi antara mereka berdua sebagai wanita muda.
Namun, pada dasarnya, Tiz yang menggemari filem bercorak aksi, seram dan thriller ini mengaku dia pada hakikatnya seorang gadis yang suka mengacau rakan-rakan, bersikap peramah dan suka ketawa.
Dia juga sudah mula jatuh cinta pada dunia lakonan dan mahu menjadikan bidang itu sebagai karier yang mampu membawanya ke tahap lebih tinggi dalam industri hiburan tanah air. Pada masa yang sama, Tiz teringin untuk menyambung pengajian yang terhenti, selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Info: Watak utama Nur Amina
Nama: Tiz Zaqyah Abdul Razak
Tarikh Lahir: 25 Oktober 1988
Asal: Kuala Lumpur
Adik-Beradik: Anak kedua daripada dua adik-beradik
Profesion: Pelakon
Siri televisyen: Impian Illyana, Impian dan Nur Kasih
Idola: Azean Irdawaty, Ida Nerina.
Credit to Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
last friday tu takde cite apa..aku tgk gak la..best la pulok! aku suke cite2 kampung ni..
sedihnye si aidil...aku terasa akan kesedihannya itu..![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah termiss 2 episod:@
asal macam xder promo sgat sblom tayang ekk??..ker aku termiss gakk promo dier..tpi btol aku x prasan..x mcam citer embun mutiara tuh..promo meletup-letup
dah jadik drama wajib tonton dlam list aku![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #295 nubi\ catat
a'a.. promo die kurang skit compare cite mutiara embun tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
masuk viiki tuh..
haruss kena pomot neh..![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
best ah cerita ni. dgn quality mcm ini malaysia boleh promote cerita melayu ke negeri indonesia.
asyik ambik cerita indon. indonesia patut ambik cerita malaysia.
somehow dah le agak storyline dia sikit bila si adam kata jgn jatuh cinta dgn dia. mesti lastx2 dia yg mula jatuh hati kat nur dulu but since dia ego sikit cerita ni akan panjang sikit for him nak luarkan perasaan. mcm iye aje aku ni. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu : Nur Kasih
Nyanyian : Yasin
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Nur kasih...
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hati ku di curi si Pencuri Guli![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #299 AyieBoyZ's post
sah. bila baca lirik tu, macam isihati adam nanti...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #300 fa_stellar's post
hatiku juga ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #288 fistik's post
tp ai rasa annoyed ngn umi ni kat every citer dia berlakon...
awan dania, drama raya ngn rosyam...![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #205 hijau88's post
yana ex pierre tu eh??? suka gak tgk dia...
ai start suka tgk siti saleha ni dlm 5 jingga (8tv) dia berlakon skali ngn antu harom...citer cheerleading...
tiz lak ai start kenal dlm puaka topeng putih..dlm impian ilyana xpasan sgt dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Ummi Nazeera akan ke New York???
"Minat saya begitu mendalam dalam bidang lakonan. Memang tidak pernah terlintas di hati saya untuk mencari glamor kerana misi saya ingin menjadi pelakon serius dan berilmu pada masa depan.
"Terus terang, saya tidak mahu dikenali kerana gosip atau kontroversi kerana ia bukanlah matlamat saya dalam bidang seni," katanya.
Justeru, dalam usaha menggapai menjadi pelakon berilmu, Ummi Nazeera atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin merancang mengambil kursus jangka pendek dalam bidang drama dan teater di sebuah universiti di New York, Amerika Syarikat pada November nanti.
"Sebenarnya, saya hanya sempat mengikuti pengajian satu semester saja di kolej swasta di ibu kota awal tahun ini kerana jurusan Sebaran Am yang dipilih itu rupa-rupanya tidak menepati minat saya.
"Justeru, saya memutuskan untuk mengambil kursus jangka pendek yang mengambil tempoh tidak sampai setahun di luar negara pada penghujung tahun ini.
"Sepatutnya, saya ke sana pada Ogos (summer course) tapi ditunda pada November (winter course). Sebenarnya, saya tidak bersendirian ke luar negara kerana turut ditemani abang yang turut sama mengambil kursus jangka pendek di sana nanti.
"Apa yang penting, saya keluar negara kerana ingin belajar bagaimana erti hidup berdikari di negara orang dan mencari pengalaman baru di sana. Ia selaras dengan hasrat saya menjadi pelakon yang berilmu dan bukan tampil dalam bidang seni dengan dada yang kosong.
"Minat macam mana sekalipun pada bidang lakonan, saya tetap inginkan pelajaran dan lakonan bergerak seiringan," katanya.
Mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, Ummi kini berdebar menanti reaksi peminat pada lakonannya dalam drama Klon Teja arahan Arab terbitan Tall Order Production untuk saluran Astro yang akan menemui penonton nanti.
"Saya tertarik berlakon dalam cerita superhero ini kerana ia ada kesan CGI yang tidak pernah saya lakonkan sebelum ini.Cerita ini dibintangi Hans Isaac (Hang Tuah) dan Vanidah Imran (Tun Teja).Saya bawa watak utama sebagai Yasmin yang juga dari keturunan Tun Teja," katanya.
Selain Bade dan Kabir, Ummi juga mengidam untuk bekerja dengan ramai lagi pengarah yang hebat seperti Osman Ali dan Yasmin Ahmad kerana karya mereka menepati jiwanya.
"Saya suka dengan karya mereka dan berhasrat untuk menimba ilmu lakonan dengan mereka pula.
"Setakat ini, saya baru buat satu filem iaitu Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Saya juga tidak kisah buat drama, filem, watak pembantu atau watak kecil sekalipun kerana yang penting ilmu yang saya dapat dari karekter yang diserahkan itu," katanya.
Ketika dihubungi Rap, Ummi berkata, dia sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod, Kejar arahan Bade Azmi dan terbitan Global Station Sdn Bhd.
"Ini kali kedua saya bekerja dengan Bade selepas drama bersiri 40 episod Dinasti Bilut. Saya suka bekerja dengan Bade kerana dia membimbing saya untuk menjiwai watak diserahkan dengan baik.
"Apa yang menarik, saya bawa dua watak berbeza dalam Kejar iaitu pasangan kembar yang terpisah iaitu Nadia dan Dira. Nadia dibesarkan di rumah anak yatim tapi Dira pula dipelihara oleh ibunya yang juga dari kaum orang asli.
"Nadia yang dibela oleh Sofia juga bekerja di pejabat bapa Rizz yang juga anak Rizal dari isteri pertamanya.
"Sebenarnya, watak Nadia ini penting kerana akhirnya dia yang membantu menyelamatkan keluarga Rizal dari musuh mereka," katanya.
Antara drama lakonan Ummi sebelum ini ialah Ali Din dan memegang watak pembantu dalam drama bersiri Awan Dania untuk Astro. Terbaru, dia juga dapat tawaran berlakon dalam drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia tetapi ia masih belum diputuskan lagi.
"Saya ditawarkan watak pembantu, Siti Sarah yang juga adik kepada Nur Kasih. Jika berjalan seperti direncanakan, saya dijangka berada di lokasi penggambaran pada April nanti," katanya.
Ditanya mengenai hubungan akrabnya dengan pelakon kacak Remy Ishak yang heboh diperkatakan ketika ini, Ummi berkata, dia belum terfikir untuk pergi lebih jauh dalam persahabatan yang terjalin itu.
"Saya belum terfikir soal cinta ataupun berkahjwin lagi. Buat masa ini, fokus saya pada kerjaya lakonan," katanya.
Profil
* NAMA PENUH: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin
* TARIKH LAHIR: 20 Ogos 1990
* ASAL: Kuala Lumpur
*STATUS: Bujang
* KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik
* PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
* FILEM: Lu Pikirlah Sendiri The Movie
* DRAMA: Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din,
Awan Dania, Klon Teja dan Kejar
ummi ("irritating" sarah) ni dgn remy ishak (adam) ada special relationship ah off screen. mcm tak caya la dia ni baru 19. |
|
|
|
|
|
|
| |
|