Edited by zamzuri_a at 13-9-2017 01:02 PM
OK baik.
Isu diabetes ialah isu kekurangan nutrisi dan paras insulin yang tinggi (bukan paras gula yang tinggi). Dua strategi yang saya gunakan:
PLANT-BASED SUPPLEMENTATION (AVOID SINTHETIC!) Dalam banyak kajian mendapati tahap nutrien (vitamin & mineral)adalah rendah di kalangan pesakit T2D. Supplementation adalah penting. Antaranya:
(a) chromium - meningkatkan kecekapan insulin dalam mengawal paras gula dalam darah. Dos yang dicadangkan 400-600 mcg sehari.
(b) vitamin B complex - meningkatkan metabolisma glukos, memperbaikipengaliran darah untuk mengelakkan salur darah tersumbat. Dos yang dicadangkan50 mg utk setiap komponen vitamin setiap hari.
(c) zink - kekurangan mineral ini dikaitkan dengan diabetes. Dos yang dicadangkan 50-80 mg sehari.
(d) magnesium - tahap magnesium dikenalpasti rendah dikalangan pesakit diabetes. Antara fungsi magnesium ialah menjaga arteri koronari, mengawal selera makan dan menghalang komplikasi rabun akibat diabetes. Magnesium terlibat dalam 325 tindak balas kimia dalam tubuh. Dos yang dicadangkan 750 mg sehari.
(e) calcium - mengawal pH darah. Dos yang dicadangkan 1500 mg sehari.
(f) vitamin A - menjaga kesihatan mata. Dos yang dicadangkan 15000 IU sehari. Wanita yang mengandung ambil kurang drpd 10000 IU sehari.
(g) vitamin C - antioksidan yang kuat dan menghalang komplikasi penyakit jantung. Dos yang dicadangkan 3000-6000 mg sehari.
(h) vitamin E - memperbaiki pengaliran darah dan antioksidan larut lemak yang baik. Dos yang dicadangkan 400 IU sehari.
INTERMITTENT FAST (IF) / BERPUASA Berpuasa mengawal pengambilan karbohidrat dan merendahkan tahap insulin dalam darah. Tahap insulin yang tinggi menyebabkan insulin resistance di mana sel-sel tubuh tidak dapat mencernakan gula dengan baik dan sempurna. Apabila glukos dapat dicernakan dengan baik paras glukos kembali normal.
Kegemukan juga saling berkait dengan diabetes. Pengambilan ubat-ubatan dan suntikan insulin meningkatkan paras insulin dalam darah. Akibatnya lemak dalam tubuh tidak dapat dicernakan atau dibakar untuk menghasilkan tenaga;peningkatan berat badan akan berlaku. IF akan merendahkan tahap insulin dantubuh akan mula menggunakan lemak dalam tubuh sebagai sumber tenaga. Beratbadan akan menurun. IF juga merangsang human growth hormone (HGH) dihasilkan. Antara faedah HGH adalah:
(a) Kekuatan otot meningkat (b) penurunan berat badan (c) tulang yang lebih kuat (d) risiko mendapat penyakit kardiovaskular yang lebih rendah (e) proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat (f) mengelakkan kes mati pucuk (g) mempercepatkan proses penurunan berat badan (h) emosi yang tenang dan proses kognitif yang lebih tajam
Saya gunakan formula 16:8 iaitu 16 jam berpuasa (tiada makanan dan minuman kecuali air dan minuman tanpa susu dan gula) dan 8 jam masa untuk makan. IF bertujuan utk mengurangkan kuantiti kalori makanan. Cuma masa makan avoid karbohidrat untuk make sure insulin kekal rendah.
Formula ni agak gila untuk setengah orang tapi it is an awesome idea. Dari pengalaman saya rasa sangat bertenaga sebab lemak adalah sumber tenaga yang lebih berkualiti. Craving saya hilang selepas 3 hari berpuasa sebab tubuh dah adjust kepada sumber tenaga yang baru. Tambahan pula craving sudah tiada lagi kerana keperluan nutrisi telah mencukupi melalui supplemention. Saya semakin bertenaga. Pada kebiasaannya saya hanya jog 5/6 km 2 kali seminggu.Setelah saya mengamalkan IF saya kini berlari 8 km 3 kali seminggu. More energetic than ever for my age at 48 yrs old.
For those yang interested for my advise or coaching do let me know personally. I would love to help you.
|