CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)

[Copy link]
 Author| Post time 29-10-2014 08:30 PM | Show all posts
Muhammad Shafee dijangka beri hujah balas, petang esok
  
PUTRAJAYA: Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebentar tadi menjelaskan beliau dijadualkan akan memberikan hujah balas, petang esok.

Shafee berkata, hujah beliau tidak akan dimulakan dengan keterangan saintifik iaitu merujuk kepada perkara berkaitan integriti DNA seperti dibangkitkan hari ini, namun ia hanya akan dilakukannya pada pagi Jumaat.

"Saya mungkin bermula (hujah) esok tengah hari, mungkin bermula 2.30 petang, saya tidak mula dengan keterangan saintifik, keterangan saintifik mungkin saya akan buat hujahan pada Jumaat pagi.

"Saya akan ambil dua jam (hujahan saintifik itu)," katanya kepada media ketika keluar dari Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman di sini, sebentar tadi.


Shafee juga menjangkakan keputusan rayuan kes liwat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan diputuskan hakim Jumaat ini.

"Saya rasa keputusan bukan hari yang sama (Jumaat), sebab banyak yang hakim kena baca," katanya.

Ditanya pandangannya mengenai pembabitan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang sudah bersara sebagai peguam bela dalam kes rayuan berkenaan, Shafee berkata ia adalah hak Gopal.

"Bagi saya tepulang kepada individu, kita tidak boleh buat apa-apa sekatan terhadap sesiapa pun termasuk bekas hakim.

"Kalau dia nak terus jadi peguam lepas bersara, itu hak dia. Kalau dia rasa terkilan, malas nak jadi peguam selepas duduki Mahkamah Persekutuan sebelum ini, terpulang juga kepada mereka," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2014 08:31 PM | Show all posts


Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemubual wartawan di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 08:39 PM | Show all posts
Anwar tegur penyokong sendiri

FATHIN ATHIRAH HASLI
29 Oktober 2014



Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berjumpa penyokongnya selepas keluar dari Mahkamah Putrajaya bagi perbicaraan Kes Liwat 2 pada hari ke-2. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berjumpa penyokongnya selepas keluar dari Mahkamah Putrajaya bagi perbicaraan Kes Liwat 2 pada hari ke-2. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


PUTRAJAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati penyokongnya supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan semasa berhimpun menuntut keadilan terhadapnya.

Beliau ketika berucap di hadapan para penyokong berkata, kumpulan penyokong himpunan harus melantik seorang ketua untuk mengawal dan mengurus segala kesulitan mengelakkan timbulnya pelbagai masalah yang tidak diingini.

"Nak bersorak, boleh.. Bersorak la sekuat mana pun.

"Tapi jangan cetuskan insiden dan provokasi. Mungkin ada kumpulan penyokong yang cetuskan provokasi, jangan sertai mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika muncul menemui penyokongnya di pekarangan Istana Kehakiman selepas berakhirnya kes perbicaraan rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau menemui penyokongnya pada jam 6 petang dan memberi ucapan ringkas sebelum pulang kira-kira 10 minit selepas berucap.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilihat keluar meninggalkan pekarangan Kompleks Istana Kehakiman jam 5.35 petang sebelum memberi ucapan kepada penyokong bapanya.

Himpunan hari ini adalah himpunan yang kedua diadakan sejak semalam.

Keputusan kes dijangka diumum mahkamah Jumaat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:41 PM | Show all posts
addamnor posted on 29-10-2014 08:04 PM
Iya kak liwat itu boleh berlaku pada sesiapa.. Dgn syarat yang dijuburi itu merelakan jubur nya di ...


ada rela secara suka sama suka
ada rela secara terpaksa   

kedua-dua rela nie..tanpa memerlukan kekasaran fizikal


Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:43 PM | Show all posts
rashiman posted on 29-10-2014 07:59 PM
kenapa peguambela anwar tidak menyenaraikan Dr Osman sebagai saksi..

ko ikut ke tak kes DSAI di fitnah ni  ? ke main komen je ?

Pihak Mahkamah Tinggi sepatutnya membuat pertimbangan kenyataan yang dibuat Dr Mohd Osman yang jelas sekali bertentangan dengan kenyataan Saiful Bukhari Azlan serta mengambil kira kekuatan pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Hari ini, N Surendran meneruskan hujah pembelaan kes Fitnah II dengan menekankan tentang penyalaharahan mahkamah (misdirection) oleh Mahkamah Rayuan.

Surendren dalam hujahnya berkata, Anwar satu-satunya pihak yang memberi kenyataan daripada kandang tertuduh.
“Ini menyebabkan penyalaharahan yang memerlukan campur tangan Mahkamah Persekutuan,” kata Surendran menerusi laporan lidah rasmi PKR Keadilandaily.

Dalam hujahnya semalam Surendran berkata berlaku penyalaharahan oleh Mahkamah Rayuan.
Jelas beliau ada kesilapan yang serius dalam keputusan Mahkamah Rayuan dalam menggambarkan kenyataan Anwar sebagai penafian semata-mata.
Semalam, penghujahan peguambela yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram, beliau menyatakan aduan pertama dibuat di Pusrawi, dan pihak pendakwaan tidak memanggil Dr Osman.
Katanya, hanya aduan pertama dapat digunakan untuk menguatkan dan bukan aduan yang berikutnya


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 08:55 PM | Show all posts
Penyokong Anwar solat di tapak himpunan

FATHIN ATHIRAH HASLI
29 Oktober 2014



Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

PUTRAJAYA - Beberapa penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan berganjak dari lokasi himpunan di hadapan kompleks Istana Kehakiman di sini, menunaikan solat dan membaca surah Yassin menjelang tengahari di lokasi himpunan hari ini.

Berteduhkan pepohon dan beralaskan hamparan tikar, kira-kira 40 lelaki dan perempuan memilih untuk menunaikan solat Zohor dan solat Hajat secara berjemaah di tengah lokasi himpunan.

Sebelum itu, kumpulan sama berkumpul di sini sejak pagi tadi turut membacakan surah Yassin beramai-ramai.

Antara doa yang diminta kepada ILAHI termasuk keadilan dan pembebasan terhadap pemimpin mereka yang kini menghadapi perbicaraan rayuan akhir terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Usai solat Zohor dan solat hajat, siri ucapan pemimpin PR kembali mewarnai suasana himpunan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-10-2014 09:15 PM | Show all posts
Shafee: Saiful Bukhari saksi berkredibiliti

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
29 Oktober 2014



Saiful Bukhari


PUTRAJAYA - Ketua Pasukan Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu bahawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Saiful Bukhari Azlan, 29, adalah saksi yang mempunyai kredibiliti.

Menurutnya, kredibiliti Saiful Bukhari yang juga pengadu dalam kes liwat ini telah diputuskan semasa prosiding di mahkamah tinggi dan Mahkamah Rayuan yang lepas.

"Saya lihat beberapa isu yang dibangkitkan oleh peguam bela hari ini adalah bukan isu baru dan ianya adalah seperti yang dijangkakan.

"Kami sudah bersedia dengan jawapan untuk menjawab isu tersebut," katanya kepada wartawan di luar kamar Mahkamah Persekutuan semalam.

Ditanya adalah ini kali pertama beliau 'beraksi' bersama Peguam Utama Pembelaan Tan Sri Gopal Sri Ram, Muhammad Shafee menafikannya.

"Saya pernah bersamanya dalam kes pecah amanah dan pada waktu itu saya memegang jawatan Timbalan Pendakwa Raya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 10:11 PM | Show all posts
Ingatkan juak -juak Sipool mengikuti perkembangan kes, rupanya tidak..

Ada lagi yg boleh tanyak, kenapa tak panggil Dr Osman?

Dari awal kes, Anwar dah mintak Dr Osman jadi saksi, tapi x dapat, mintak pegawai penyiasat si Jude Pereira dipanggil balik masa rayuan pun ditolak.

Yg diterima si Sipool dan seluar dalamnya yg sekejap basuh, sekejap tidak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 10:17 PM | Show all posts
semoga bung nuwar dan para peguamnya sentiasa sihat sepanjang perbicaraan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 10:37 PM | Show all posts
bluemenx posted on 29-10-2014 08:43 PM
ko ikut ke tak kes DSAI di fitnah ni  ?  ke main komen je ?

Pihak Mahkamah Tinggi ...


Dr Osman cuma buat pemeriksaan biasa, dari pandangan mata kasarnya, tanpa memgambil specimen untuk dihantar ujian makmal, lapuran tanpa pathology report. Lagi pun..kes-kes yg macam ini hanya melibatkan hospital kerajaan saja.
Jadi buang masa mengambilnya sebagai saksi...akan dipertikaikan...

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 10:40 PM | Show all posts
putr@polo posted on 29-10-2014 08:55 PM
Penyokong Anwar solat di tapak himpunan

FATHIN ATHIRAH HASLI


Berdoalah....semoga ditunjukkan kebenaran.
sama ada Anwar ataupun Sepol....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman posted on 29-10-2014 10:37 PM
Dr Osman cuma buat pemeriksaan biasa, dari pandangan mata kasarnya, tanpa memgambil specimen unt ...

Pihak pendakwa ke atau pihak pembela kena panggil dr ni jadi saksi?.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:02 AM | Show all posts


Bekas hakim kes fitnah liwat 1 sekarang menjadi Ketua Pembela Anwar dalam kes fitnah liwat 2 Allah maha berkuasa, siapa dapat menyangka apa yg Allah rancangkan. siapa Datuk Sri Gopal Sri Ram , beliau adalah bekas hakim kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dulu. Hakim yg tidak dapat membebaskan Anwar Ibrahim kerana terikat, dengan kuasa Allah beliau tampil ke hadapan untuk menjadi ketua pembela Dato seri Anwar Ibrahim secara Percuma..

Siapa sangka ,satu persatu manusia yg di paksa menjatuhkan Anwar Ibrahim tampil ke hadapan membela manusia bernama Anwar Ibrahim. Last edited by bluemenx on 30-10-2014 12:06 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman posted on 29-10-2014 10:40 PM
Berdoalah....semoga ditunjukkan kebenaran.
sama ada Anwar ataupun Sepol....

Itu yg tbaik, sgt setuju
Hanya Allah yg tau siapa antara dua ni yg tipu
Kbnaran akn terserlah jua nnti
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:11 AM | Show all posts
Salaam.

Pengajaran untuk kita semua; jangan sekali-kali ambil mamat jambu jadi PA
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 07:13 AM | Show all posts
BelovedTaeyeon posted on 30-10-2014 01:11 AM
Salaam.

Pengajaran untuk kita semua; jangan sekali-kali ambil mamat jambu jadi PA

Ingat tu ye semua......pengajaranya di situ. PA sewajarnya muka ganaz, misai melentik, muka kerutu kawah bulan.
Kalau tiba-tiba ada kes macam ini, penghakiman dari orang ramai itu lebih mudah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 07:39 AM | Show all posts
tak tahu siapa nak sokong....confuse akak confuse.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:02 AM | Show all posts
bluemenx posted on 30-10-2014 12:02 AM
Bekas hakim kes fitnah liwat 1 sekarang menjadi Ketua Pembela Anwar dalam kes fitnah liwat 2 Al ...



Yang diketahui, Datuk Sri Gopal Sri Ram adalah bekas hakim,

Tapi Betul ke....atau berita palsu
tak pernah dengar dia mengendalikan  kes liwat anwar dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:29 AM | Show all posts
masih terpikir camna bleh kena liwat.... mungkin dia diberi ubat tido/dadah kot sbb tu x bleh lawan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:39 AM | Show all posts
devilito2 posted on 30-10-2014 08:29 AM
masih terpikir camna bleh kena liwat.... mungkin dia diberi ubat tido/dadah kot sbb tu x bleh lawan. ...


Ini secara umum....

Bagi seseorang yang terlalu menghormati ketua/majikan/keluarga, jika diminta merelakan sesuatu yang salah pun, dia akan KELIRU pada waktu tersebut... kes ni macam sumbang mahram.... datuk rogol cucu, bapa rogol anak. Disebabkan mangsa sangat menghormati pelaku, dan pelaku sangat berpengaruh (apatah lagi jika pelaku dikenali sebagai pemimpin besar masyarakat) bukan mudah nak menolak, melawan, membantah, memberontak, pada peringkat awalnya.... sehingga dapat kekuatan kemudiannya baru diceritakan orang lain yang dipercayai...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.413655 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list