Edited by Clover_Hill at 21-12-2015 10:03 PM
Dari situlah dia cerita apa yang berlaku kat rumah tu.
Setakat sudu senduk jatuh sendiri kat dapur masa kita tengah masak, owhh itu amatlah biasa. Kunci kereta baru letak atas meja masa nak minum air jer pun, tetiba hilang. Cari-cari nuhhh kat atas rak tv kat ruang depan sinun nuh. Bila time pulak kunci tu ‘berjalan’ kedepan sedangkan tuan dia baru jerk letak kat tepi?
Bila aku ngusik dia “ entah-entah abang silap letak takk..??” “Heh..abang belum nyanyuklagiiii..baruuu letak atas meja takkan terus ilangggg..?” Member aku ni orang melakeeee..so dia punya stailo terlebih harokat sikit..
Penah satu kali tu, dalam pukul 3 pagi tetiba isteri member ni kejutkan dia..
“Abang..dengar tak??” “Macam bunyi radio..eh awak tak off radio ke sebelum naik tadi..?” “Kan kita sama-sama kat dapur tadi.Kalau tak off, mesti abang pun sama dengar kan..?” Terdiam member.
Maka bertolak-tolakla mereka laki bini untuk turun ke tak turun ke bawah bagi melihat apa yang dok srot sret srot srett bunyi radio buruk itu. Finally terpaksala turun jugak. Maunya nak lelap lena kalau telinga asyik dengar bunyi-bunyian yang penuh misteri itu.
Turun saja member tu ke dapur, memang yaradio tu tengah on!
Esok siang Tanya anak-anak sape yangpasangkan radio tapi tak tutup, sorang pun tak ngaku. Tapi nak tuduh anak-anak dia pun tak boleh juga sebab member dan bini dia orang last duduk di dapur. Dan anak-anak dorang ni jenis kalau dah off semua lampu bawah, tunggu esok siang la pulak baru memasing berani nak turun bawah.
Misteri sungguh.
Klimaksnya yang buat member ni terus decided nak pindah rumah bila ‘bende’ tu mula berani tunjukkan diri. Anak bongsu dia yang masa tu baru berumur 4 tahun, entah macam mana tertangkap dek member sendiri sedang bercakap-cakap dengan siapa tak tahu, tapi cara ke menyembang tu macam adaorang di depan dia. Dengan gelak kihkihkih nya..macamkan lucu nau.
Bila ditanya sembang dengan sape..anakdia selamba jer cakap..’With grandpa..” “Grandpa mana lak ni..? “Tuuuuuuuuuuuuuu..” siap tunjuk lagi posisi si ‘grandpa’ tu tadi.
Mula-mula mereka berandaikan si budak kecik tu dok berangan sembang dengan imaginary friend dia. Biasala kan budak-budak, suka imejin macam-macam, lepas tu bercakap sorang-sorang. Tapi yang ini lain macam, bilamana si kakak yang sulung pun mendakwa pernah beberapa kali ternampak lelaki tuaberambut putih duduk steadi jah atas katil di bilik adik bongsunya itu. Agaknya itu la kot ‘grandpa’ yang dimaksudkan oleh anak bongsu member ni. Kot grandpa macam dalam cerita ‘grandpain my pocket’ oke la jugak.
“Haritu kunci kereta tetiba hilang, lain masa pulak barang rumah banyak terkalih sendiri..kadang-kadang tengah ngadap buku kat meja study tetiba kepala kene sengguk dari belakang..mana leh tahan,bangggg..”
“Tu belum kes katil bergoyang masa tidur, bunyi katil berkeriuk macam orang baru bangun dari katil sedangkan dalam bilik takde sesapa…ni anak pulak Nampak ‘grandpa’..wahhh ini sudah lebeiiiihhh” Beria laa member ni bercerita.
So tak heranlah kalau dia amek keputusan drastik nak pindah pun. Lagi lama tunggu entah apa lagi‘surprise’ yang bakal dihadap.
No wonder masa aku keluar dari rumah dia, masa tu dah senja, entah kenapa tetiba tergerak hati nak toleh ke belakang dan pandang ke tingkap atas. Terasa seperti ada someone dok perati kita dari situ. Tapi bila toleh, takde sapa. Bila melangkah lagi, terasa seperti ada balik. Maybe time tu lebih ke perasaan sendiri,kata hati ku..tapi bila Tanya member tu, dia sendiri mengiyakan hal yang sama.
Aku hanya mampu ber huuu huu huu.
|