CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MellyNad

[tvN] Cheese In The Trap - Park Hae Jin & Kim Go Eun

[Copy link]
Post time 9-3-2016 10:07 AM | Show all posts
milanhawkin replied at 8-3-2016 02:52 PM
xtau nk review ke idak drama ni sbb ending dia menyakitkan hati....

setuju!!!!!!! sangat menyakitkan hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2016 01:31 PM | Show all posts
milanhawkin replied at 8-3-2016 02:52 PM
xtau nk review ke idak drama ni sbb ending dia menyakitkan hati....

review bkn perlu positif jek
negative review pun digalakkan


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 10:41 PM | Show all posts
dauswq replied at 9-3-2016 01:31 PM
review bkn perlu positif jek
negative review pun digalakkan

hahaha.. tp bila review yg positif barulah best @dauswq
baru semangat sket...


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 10:43 PM | Show all posts
kenot replied at 9-3-2016 10:07 AM
setuju!!!!!!! sangat menyakitkan hati.

kan @kenot.
iols follow citer ni pun sbb terpikat dgn gaya misterius park hae jin. x sangka heols kecewakan iols begini rupa...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 10:02 AM | Show all posts
zanie rasa ending dia tak la teruk sangat...
jung perlukan masa untuk berfikir dan mengenali diri sendiri..
dia kan cakap dia akan kembali bila dia dah ready..
kan scene akhir sekali, jung akhirnya baca email seol.. maksudnya dia dah bersedia utk couple balik dgn seol..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 10:04 AM | Show all posts
cuma peminat2 cheese in the trap mengharapkan scene2 gula manis lebih sikit.. me too... but to be honest, I am satisfied with the ending...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2016 12:31 PM | Show all posts
Edited by yoei at 28-3-2016 12:41 PM

yuppppppppppp...


aku pun mengharapkan ending yg manis. puikkkkk...sedey hokeyy.
jln cite best giler.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 11:46 AM | Show all posts
ending cheese in the trap ni adalah paling sangap sekali aku rasa. kot ye pon kasiklah hero dgn heroin jumpa last last tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 12:14 AM | Show all posts
korang dah habis meroyan baru tuna sempat nak layan citer ni

citer ni best gak
cair dgn park hae jin
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 04:53 AM | Show all posts
Edited by tuna_sandwic at 13-9-2016 04:59 AM

Dah siap aku nye review.. @dauswq .....

Rating Keseluruhan Drama:  9.8 +  9.5   +   9 +  3.8  + 4  = (9.025 /10)

1. Cerita  (9.8/10)
   
Cheese in The Trap ini berasaskan kisah webtoon yang masih belum tamat. Terlalu berbeza apabila diadaptasi ke drama. Bagi tuna, siri drama nampak lebih menarik berbanding webtoon yang agak lembab dan membosankan.


Secara kasarnya dilihat drama ini hanyalah sebuah kisah cinta kampus semata-mata. Namun sebaliknya ia mengupas isu pentingnya komunikasi dan perhubungan di dalam bermasyarakat. Samada di peringkat kampus/universiti/persekolahan, adab berguru, persahabatan, pekerjaan mahupun kekeluargaan.


Masalah komuniskasi yang ketara telah membawa kepada pelbagai salah anggap dan kecelaruan di dalam kehidupan seseorang yang terlibat secara langsung mahupun tidak.


Pada anggapan umum, Yoo Jung dianggap sebagai seorang anak muda yang paling berpengaruh dan bertuah di dalam kehidupan. Kaya raya, kacak dan disukai ramai pelajar kampus samada lelaki mahupun perempuan. Akhirnya bercinta dengan Hong Seol yang dianggap tiada apa-apa baik dari segi rupa mahupun harta.

Namun sepanjang perkembangan episod telah membawa kepada memahami siapa, mengapa dan bagaimana Yoo Jung boleh menjadi seorang insan yang sukar difahami sikapnya. Terkadang dingin, terkadang mesra.


Tuna sendiri semakin ingin tahu adakah Yoo Jung benar-benar tidak bersalah dalam setiap kecelaruan yang berlaku. Jika tuna berada di pihak Hong Seol, pastinya tidak mampu untuk meneruskan hubungan kerana sikap kami yang sangat berbeza.


Biarlah kaya raya pun, tapi kalau kita tiada persefahaman dan kepercayaan ia pastinya menghantui dan membina dinding pemisah tanpa disedari. Ini adalah hakikat kehidupan yang membuatkan tuna kembali merujuk kepada kehidupan sebenar.


Hong Seol yang datang dari keluarga sederhana mempunyai masalah kehidupan tersendiri. Bekerja sambil belajar untuk membiayai pengajiannya sendiri serta terpaksa bersaing dengan adiknya Jun demi meraih penghargaan daripada ibu bapa.
Pada peringkat awal, Hong Seol dipaparkan sebagai gadis yang biasa-biasa saja namun mempunyai fatal attraction yang terbina dari ciri-ciri bijaksana, rajin, suka mengalah dan sedikit blur.


Sepanjang episod kita disajikan dengan realiti kehidupan tentang persahabatan, persaingan, iri hati, ketidakpercayaan, masalah keluarga, pilih kasih dan pelbagai lagi yang digarap dengan gaya penceritaan ringkas dan mudah difahami.


Episod  14-15-16 adalah episod paling mendalam yang sangat memberi makna buat tuna kerana ia membuat fikiran tuna berputar memikirkan kenapa, mengapa, bagaimana, siapa dan apa. Akhirnya tuna jatuh cinta sepenuhnya dengan watak Yoo Jung and I feel pity with Baek In Ha & In Ho. Hong Seol, I love your sweet voice. Chinca!!!


Direktor bijak menyuntik elemen di persimpangan dilema untuk penonton. Samada ingin mempercayai atau tidak. Plot twist yang dipaparkan di sebalik flashback sangat membantu memahami pergolakan dalaman setiap watak.


Endingnya ditutup dengan sangat jelas dan teratur. Sukar untuk tuna jumpa ending yang sebegini di dalam mana-mana Kdrama yang hanya mementingkan sweet romance and live happily ever after. Ini adalah hakikat kehidupan sebenar. We will never get what we want, but we will somehow get it when we are ready.


Please, tak perlulah buat Part 2. Nanti makin melalut semata-mata nak puaskan hati semua orang untuk pastikan Hong Seol dan Yoo Jung bahagia berdua.


I wish to write more, tapi nanti melalut pula. So, tuna stop di sini dan korang semua cubalah menonton drama ini dengan pandangan mata hati yang terbuka. Meskipun ada watak-watak psiko lain yang membingitkan di antaranya Baek In Ho, Baek In Ha, Son Min Soo, Young Gon dan Sang Chul, tetapi ia dihasilkan dengan penceritaan yang sangat menarik.


2. Keberkesanan Lakonan (9.5/10)

Drama ini pada awalnya kita bayangkan pasti akan cliché dengan kisah cinta kampus. Namun begitu, selepas menghayati setiap episod, agak ternganga dengan hasil lakonan setiap watak. Pengarah berjaya membawa keinginan kita untuk mengetahui apakah yang berlaku sebenarnya.


Kebiasaannya bagi sesuatu drama berkaitan alam universiti, kita akan menonton kewujudan watak biasa-biasa saja. Tetapi untuk CITT ini, setiap watak memiliki kekuatan yang sama dengan pelakon utamanya. Ia digarap dengan baik dan ditutup dengan baik. I feel like watching a group of professional theatrical actors in action.





Kim Go Eun[Pencalonan Best Actress]
Watak ini mungkin biasa. Tetapi semakin episod berkembang, terserlah keperibadian dan daya penarik sebenar melalui penampilan simple dan rugged bagi watak ini.


Meskipun Kim Go Eun tidak perlu memaparkan memek muka yang berlebihan, namun mainan emosi dalamannya terserlah sebagai seorang yang naif dan menghadapi pelbagai masalah peribadi. Sangat suka dengan narration beliau yang menyentuh perasaan. Suara lembutnya sangat sesuai sebagai daya pujuk sewaktu berusaha menerangkan jawapan soalan kepada Baek In Ho. Serta, lontaran rasa kekecewaannya sewaktu dipaksa untuk berhenti belajar bagi membolehkan adiknya Jun belajar di luar negara. I feel your voice.

Park Hae Jin [Pencalonan Best Actor]
Lakonan PHJ pastinya nampak membosankan kerana tiada sebarang memek muka yang dipaparkan. Namun jika kita menghayati watak yang disampaikan, kita akan faham mengapa PHJ perlu dicalonkan sebagai Best Actor.

Melakonkan watak Yoo Jung sememangnya agak sukar kerana perlu memainkan emosi dalaman di mana kita perlu membenci dengan senyuman, kita perlu melahirkan rasa cemburu tanpa perlu melahirkan kata-kata kesat dengan riak wajah sebenar, kita perlu rasa sedih tanpa boleh mengeluarkan air mata. Terasa merentap hati apabila melihat Yoo Jung menangis di sisi Hong Seol yang kemalangan sambil berdialog secara dalaman bersama Hong Seol.

Beliau berjaya mewujudkan rasa SIAPAKAH Yoo Jung ini dan BETULkah Yoo Jung mencintai Hong Seol atau sebenarnya dia ada niat untuk memainkan hati dan perasaan Hong Seol.



Lee Sung-Kyung[Pencalonan Best Supporting Actress]
Watak wanita psycho yang annoying sememangnya membuat kita bingit telinga. Pada peringkat awal, ternyata ia sebuah watak yang menyakitkan dan kita rasa Baek In Ha ini tidak perlu wujud di dalam drama ini.
Namun begitu, semakin episod berkembang, semakin kita mula memahami konflik dalaman Baek In Ha disebalik keceluparan mulutnya dan kepsikoan tingkah lakunya. Memek muka, nada suara serta keagresifan gerak badannya membuat kita sendiri rasa geram, sedih, simpati dan rasa nak hempuk je perempuan gila ini. Good job!


Seo Kang-Joon
Seo Kang Joon memiliki ciri-ciri flower boy yang digilai ramai. Namun melalui drama ini SKJ membawa watak seorang yang agresif dan memiliki masalah peribadi yang sukar untuk dirungkaikan. Agak sukar untuk memendam rasa cintakan Hong Seol selain terpaksa menjaga kebajikan kakaknya Baek In Ha yang sengal. Aksi lasak beliau sangat menarik kerana dijiwai dengan sempurna. Semoga SKJ dapat menerima tawaran yang lebih baik dan minta tolong ubah penampilan flower boy tu.  


Ji Yoon-Ho[Pencalonan Best Supporting Actor]
Watak Young Gon sememangnya watak yang paling dibenci kerana meskipun pelbagai cara telah dilakukan namun masih kekal mengganggu Hong Seol. Agak menakutkan melihat ekspresi wajah psiko Young Gon yang tampak normal tapi sebenarnya ada masalah jiwa.


I wish to nominate ramai lagi para pelakon di dalam CITT ini. Di antaranya termasuklah Eun Taek, Bo Ra, Sang Chul, Son Min Soo, Da Young, Professor Kang (mama mia!). Arghhhh! Tak cukup kertas nak tulis ni. They are GREAT actors! I have never felt content with all the actors in one single drama.
Pencalonan:
·         Kim Go Eun  – Pencalonan Best Actress
·         Park Hae Jin – Pencalonan Best Actor
·         Lee Sung-Kyung – Pencalonan Best Supporting Actress
·         Ji Yoon-Ho – Pencalonan Best Supporting Actor



3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (9/10)

Pada asalnya tuna sangkakan drama kisah pelajar universiti pastinya bosan dan penuh lovey dovey dan romantic scene yang overdose. Tetapi tuna silap.  Penulis berjaya melahirkan watak-watak yang selari dan serasi dengan kehidupan sebenar.


Dari sudut pengarahan, ia bersesuaian dengan jalan cerita. Sinematografi yang well-balanced dan sesuai dengan apa yang ingin disampaikan. Not too flashy showing off how rich Park Hae Jin is like what usually happen in other romantic drama.

Kekurangan pada drama ini adalah dari segi editingnya untuk penyambungan setiap scene. Itu saja. Yang lain. PERFECTO!

Tidak dinafikan watak Yoo Jung agak berkurangan di beberapa episod terakhir namun bagi tuna, it is still moderately okay!

4. Skor muzik (3.8/5)
Semua background music/OST biasa-biasa saja. Ia serasi dengan plot dan jalan cerita namun begitu, tiada yang boleh membuatkan teringat-ingat. I wish ada lagu yang boleh buat kita berhantu mendengarnya. Kerana tanpa lagu yang kuat, ia menyukarkan untuk kita recall babak yang menarik.


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)

Drama ini agak addicted untuk ditonton semula kerana terbayang-bayang aksi Baek In Ho bagi memastikan keselamatan Hong Seul. Terbayang-bayang watak gila Baek In Ha, Son Min Soo dan Oh Young Gon. Menyeramkan dan menakutkan tapi ada unsur kelakar. Terbayang-bayang memek muka Yooo Jung yang kita tidak tahu sebenarnya dia ni jahat atau baik. Sedang bercakap benar atau menipu. Terdengar-dengar suara lembut Hong Seol. Cute sangat!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Comments

TOTAL = 9.8 + 9.5 + 9 + 3.8 + 4 =9.025 Terima Kasih atas review Nomination: Kim Go Eum, Park Hae Jin,Lee Sung Kyung   Post time 13-9-2016 04:53 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 11:24 PM | Show all posts
baru marathon sampai habis.. tertinggal keretapi betul
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
tuna_sandwic replied at 13-9-2016 04:53 AM
Dah siap aku nye review.. @dauswq .....

Rating Keseluruhan Drama:  9.8 +  9.5   +   9 +  3.8  + 4 ...

Pas baca review tuna... trus rasa nak tenguk cite ni ...lagi satu suka tenguk kim go eun dlm goblin & nam joo hyuk dlm kimbokju...
Tu yg ingat nak marathon cite ni plak pas ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:48 AM | Show all posts
qis13 replied at 15-12-2016 12:54 AM
Pas baca review tuna... trus rasa nak tenguk cite ni  ...lagi satu suka tenguk kim go eun dlm go ...

jgn lak tak tau ade lee sung kyung (cheese in the trap) gak dlm ni..
dia jd minah kepoh
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 07:23 AM | Show all posts
qis13 replied at 15-12-2016 12:54 AM
Pas baca review tuna... trus rasa nak tenguk cite ni  ...lagi satu suka tenguk kim go eun dlm go ...

tengok jangan tak tengok. tapi citer ni tak sama macam citer biasa. kita akan ada high expectation yg tak akan diperolehi dalam citer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 11:21 AM | Show all posts
qis13 replied at 15-12-2016 12:54 AM
Pas baca review tuna... trus rasa nak tenguk cite ni  ...lagi satu suka tenguk kim go eun dlm go ...

sila la tgk..
iols masa layan drama ni, iols layan sekali webtoon..

cete ni best coz watak park hae jin y psiko...

kim go eun takut gila dgn park hae jin...

best coz leh tgk camne kim go eun leh buka hati dia kt park hae jin pelan2...

menarik jugak la.. lain dari y lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 02:13 PM | Show all posts
Syik_Gojet replied at 15-12-2016 11:21 AM
sila la tgk..
iols masa layan drama ni, iols layan sekali webtoon..

aa memang nak tengukk.. tunggu cite2 yg current tgh tayang habis.... banyak nau dah cite aku layan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
qis13 replied at 15-12-2016 12:54 AM
Pas baca review tuna... trus rasa nak tenguk cite ni  ...lagi satu suka tenguk kim go eun dlm go ...

Kim go eun dh menambat hati iols sbb tgk dia dlm goblin..iols br start donlod n akan maraton cite ni..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 11:59 PM | Show all posts
mesti benang drama ni up sebab KGE kan..
drama ni memula best, watak hero-heroin menjadi, 2nd hero pon ok
tp dkt nak habis, hampeh..
smpai iolls terus skip 1,2 ep

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 10:32 AM | Show all posts
Edited by alien88 at 16-12-2016 10:33 AM





Tarikh tutup : 20 December 2016


@wima  @Syik_Gojet   @qis13 @alien88 @annisa_kyra @ohnoLia @gerbera.memopad @idakamaruddin  @ rukia2  @YoonArang  @rei_fiesya  @thafly  @nadie90 @WeAiNe  @olnkrm @wanzulina   @idadae  @spankee_fili  @Yoongie @nada89  @pauliza  @chippotato  @bdhia @mayutaka @mushroomsup
@runaway_dida @dauswq @milanhawkin @zanierpk @Claudia_Lestat @makdik2301







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:04 PM | Show all posts

Saksikan debaran pengumuman TOP 5 #carikdramaawards


--->KLIK SINI<---

Pencalonan awal ditutup jam 11:59pm 20/12/2016. --->KLIK SINI 2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076413 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list