CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ustaz

UMRAH V, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 10-6-2009 03:20 PM | Show all posts
Jijik Pada Hajarulaswad

Kira-kira lima tahun lalu semasa saya sedang menunggu para jemaah di lobi hotel untuk ke Masjidil haram,
salah seorang jemaah yang berada tidak jauh dari saya, tiba-tiba menjerit memanggil-manggil saya.

Ustaz!!!ustaz!! Macam mana ni?!!! Apa kita nak buat!!!. Kata Rahman termengah-mengah. Muka nya pucat lesi.

Saya yang sedang membaca surat khabar cukup terkejut melihat muka cemasnya.
Dalam hati saya mengagak, tentu ada sesuatu yang amat penting.

Bertenang Man..bertenang. Kenapa ni?
Cerita perlahan-lahan..kata saya sambil menepuk-nepuk belakangnya.

Selepas menarik nafas panjang, Rahman termengah-mengah cuba bersuara.
Entahlah ustaz.. tak tahu macammana saya nak mulakan.. katanya seperti orang baru lepas lari 100 meter.

Kenapa pula ?? saya bertanya lagi.

Ustaz ingat tak pada Dr. Hisham yang bertugas dgn Kementerian Kesihatan tu.
Tadi pagi tiba-tiba saja, saya lihat mukanya  ustaz lain macam.. kata Rahman lagi menggeleng-geleng kepala.

Lain macam mana?.. saya bertanya sedikit cemas.

"Dr. Hisham tu kan ke berkulit cerah, tapi pagi tadi saya terserempak dengannya,
hajat nak mengajaknya solat subuh, saya lihat mukanya hitam legam.
Saya betul-betul terkejut ustaz. Saya ingatkan jemaah kulit hitam dari Afrika.
Tetapi apabila dia memanggil saya beberapa kali.. barulah saya sedar dia itu Dr. Hisyam.
Saya gamam ustaz, lepas tu dia menangis depan saya.."

"Saya rasa ..eloklah kita pergi jumpa dia, bertanya sikit apa yang berlaku..dia nampak gusar benar..
seperti ada sesuatu " kata Rahman bersungguh-sungguh.

Saya terus mengekori Rahman menaiki lif menuju ke bilik Dr.Hisyam.
Dalam hati , saya tertanya-tanya apa yang berlaku.
Sebaik pintu lif ternganga, kami mempercepatkan langkah menuju ke biliknya.

Tiba di pintu, Rahman mula mengetuk-ngetuk perlahan-lahan. Tuk..tuk..tuk..tapi tiada jawapan.

Lima minit kemudian setelah bergilir-gilir kami mengetuk, barulah kami mendengar tapak kaki, dan krekkkk,
bunyi tombol pintu di tarik.

Sebaik pintu terbuaka, saya terpaku melihat wajah doktor berkenaan, sama seperti yang diceritakan Rahman sebentar tadi. Memang wajahnya hitam serti arang tapi tangannya masih seperti sediakala.

"Assalamualaikum.".. tiba-tiba perkataan itu keluar dari mulut saya. Rahman mencuit pergelangan tangan saya.

"Waalaikummussalammm. Silakan masuk Rahman, ustaz,". balas Dr Hisham sambil menunduk-nundukkan kepala.

Saya dan Rahman melangkah masuk dan mengambil tempt duduk di sofa yg terletak di tepi katil.
Saya memandang wajah doktor yang lewat 30an itu, tak tahu macam mana nak mulakan pertanyaan.

Dr. Hisham cuma berdiri di tepi katil. Sebaik terpandang mukanya dalam cermin solek di bilik itu,
dia menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.

"Kenapa dengan saya ustaz? Kenapa saya boleh jadi sampai macam ni?".. tiba-tiba
Dr. Hisham meraung-raung seperti histeria.

Saya dan Rahman berpandang-pandangan. Saya tak tahu nak kata apa.
Yang saya tahu dia seorang yang taat kepada ajaran agama.
Kerana itulah dia kerap dihantar bertugas di Tanah Suci oleh Kementerian Kesihatan.

"Sabar, sabar doktor! Kita tak dapat meneka-neka urusan Allah. Namun kita jangan berhenti daripada berusaha," saya menasihatkannya sambil mengurut-ngurut belakangnya. Rahman terus terpaku.

"Ustaz, ini balasan Allah ke?".. dia bertanya seperti orang bodoh.

"Balasan apa? Jangan cuba mencari-cari doktor",.kata saya lagi.

"Memang saya bersalah ustaz. Selalu mulut saya ni celupar. Mungkin ini yang saya terima".. kata Dr. Hisham sambil mengongoi-ngongoi.

Saya dan Rahman sekali lagi berpandangan. Bisu. Kami biarkan saja apa yang ingin diluahkannya.
Kami benar-benar tak tahu apa maksud kata-katanya.

"Ya lah saya ni doktor, tentu pentingkan kesihatan.
Sejak berada di sini, saya sering bayangkan bagaimana orang boleh cium dan kucup Hajarulaswad. Saya cukup geli!!! Dalam kepala saya sering terbayang betapa banyaknya kekotoran dan kuman yang melekat di situ.
Saya terlalu jijik dan geli untuk mendekati Hajarulaswad, jangankan nak menciumnya!".. katanya sunguh-sungguh.

"Setiap kali tawaf, saya pandang Hajarulaswad tu penuh jijik dan memualkan.
Saya melayan perasaan saya .. melihat bagaimana orang boleh berebut-rebut mahu menciumnya.
Mereka tak tahu kotor ke?".. Katanya dalam suara yang cukup menyesal.

"Astaghfirulllah hal azim,".. saya mengucap berkali-kali mendengar pengakuannya. Saya mengeleng-geleng.

"Bangun tidur pagi semalam, saya terperanjat melihat wajah saya dalam cermin sudah berubah,".. katanya teresak-esak.

"Beginilah..seelok-eloknya doktor ambil wuduk dan lakukan solat sunat taubat.
Mohonlah keampunan daripada Allah.
Lebih baik di hadapan Kaabah dan lepas itu bersungguh-sungguh pergi mengucup hajarulaswad,".. kata saya untuk menenangkannya.

"Diterima Allahkah doa saya ustaz? Dosa saya terlalu besar, mempersoalkan apa yang ada di tanah haram ini.
Bantu dan bimbinglah saya. Saya insaf kini",.. katanya dalam nada yang mendayu-dayu.

Saya, Rahman dan doktor itu terus ke Masjidilharam yang hanya terletak kira-kira 200 meter dari tempat penginapan.

Setelah mengambil wuduk di telaga zam zam, kami sama-sama menunaikan solat hajat
dan memohon kepada Allah agar mengampunkan segala dosa kami.

Saya lihat Dr. Hisham menangis teresak-esak sambil menadah tangan ke langit.
Terharu sungguh saya melihatnya. Saya dapat rasa apa yang dirasinya ketika itu.

Sejak itu setiap kali ke Masjidilharam, Dr. Hisham tidak lupa manunaikan solat-solat sunat selain wajib.
Dia kemudian akan berebut-rebut menuju ke Hajarulaswad.
Dikucup di ciumnya Hajarulasad sepuas hati sambil memohon ampun di atas keterlanjurannya.

Berkat doa yang tidak putus-putus, tiga hari kemudian, wajah Dr. Hisham beransur-ansur cerah,
akhirnya menjadi seperti sediakala, malah lebih berseri.

"Saya berjanji akan menjaga segala perbuatan dan tidak akan memepersoalkan kekuasaan Allah lagi.
Saya akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku,"..kata Dr. Hisham bersungguh-sungguh.

"Alhamdulillah. Eloklah kalau macam tu.Anggaplah semua ini ujian Allah,".. kata saya sambil menepuk-nepuk bahunya. Berkali-kali dia mengesat airmatanya.

Diceritakan oleh ustaz Abdul Latif Palemban dari Harom fast travel kepada MASTIKA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2009 03:21 PM | Show all posts

Reply #3228 mimi_19's post

Insyaalah mimi, terima kasih doakan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:22 PM | Show all posts
Originally posted by ayahjoe at 10-6-2009 14:42

Dik el...tolong doakan agar ayahjoe, emak, kakak dan abg ipar diizinkan Allah utk menjadi tetamuNya utk menunaikan rukun Haji tahun nih dan dipermudahkan segala urusan kami.....makasih adik el



Insyaallah ayahjoe..
sama2 la kita mendoakan sesama kita..

[ Last edited by  el at 10-6-2009 15:30 ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:23 PM | Show all posts
Originally posted by el at 10-6-2009 15:02
Hussain,

el mmg tak bawa byk jubah..hanya 4 or 5 helai jer..
bukan tak nak beli jubah kat sana tp maklum la kita ni badan kecik..nak cari size payah sikit
klu beli pon tak boleh nak pakai te ...


el..
Kalau rasa nak beli Jubah kat sana..
Beli semasa kat Madinah..
Kat Madinah lebih banyak pilihan..
Insyallah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:24 PM | Show all posts
hukumnya sunat jer.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by mlsnklyn at 10-6-2009 15:07

kena paham betol2 ,apa niat dia kuarkan statement mcm tu berulang2
tak mcm gedik ke?
pada saya mmg mcm nak menggedik.

hak individu.......terpulang pada kita utk menilainya...lebih baik bersangka baik dari bersangka buruk.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2009 03:27 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 10-6-2009 15:06


Ni dah bangus dah, boleh ajak mimi sekali sebab mimi kat Bangsar kalau mimi free
Nanti setlah date dan timenya  dengan (kak) azie,

Ailyyyyy..
mailah join sekali.....


boleh sgt
tp bgtau at least sehari awal ye ibu
kalo ari keje, pas keje insyaAllah free..pasni kalo weekend, harap2 free...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by ayahjoe at 10-6-2009 15:25

hak individu.......terpulang pada kita utk menilainya...lebih baik bersangka baik dari bersangka buruk.......

baik boss

[ Last edited by  mlsnklyn at 10-6-2009 15:42 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2009 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by mlsnklyn at 10-6-2009 15:35

hak individu juga kalo nak sangka baik
sangka baik pun kenalah pada yg berniat baik.
tak gitu?

Betulllll.....dan saya yakin kak azie berniat baik......sbb kalu kita bersangka baik...takkan kita akan anggap org tuh berniat tak baik....mari kita sama2 buat cenggitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:44 PM | Show all posts
Originally posted by ayahjoe at 10-6-2009 15:43

Betulllll.....dan saya yakin kak azie berniat baik......sbb kalu kita bersangka baik...takkan kita akan anggap org tuh berniat tak baik....mari kita sama2 buat cenggitu

baik boss
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:50 PM | Show all posts
Selasa, 2 Juni 2009 12:35:37 PM

Sebutan Mukarramah dan Munawwarah adalah Ijma` Ulama

Jakarta (MCH).
Gelar Al-Mukarramah untuk Mekah serta Al-Munawwarah untuk Madinah merupakan kesepakatan ulama
pada abad kelima Hijri, bukan penetapan syariat Islam.
Hal ini dikemukakan Pangeran Salman bin Abdul Aziz, Direktur Pusat Sejarah Mekah dan Madinah
yang dikutip harian Al-Watan edisi Selasa, 2 Juni hari ini.

Salman merasa perlu memberi penjelasan kepada pembaca karena munculnya polemik atas tulisan harian Al-Watan edisi Kamis, 26 Jumadil Awal 1430 atau 21 Mei lalu, Al-Watan edisi Senin, 29 Jumadil Awal atau 25 Mei lalu, serta Al-Watan edisi 6 Jumadil Akhir atau 31 Mei lalu tentang penyebutan gelar dua kota suci tersebut.

"Gelar-gelar ini muncul bukan dari ketetapan syraiat, namun muncul sejak beberapa abad lalu.
Jika kita teliti gelar-gelar itu muncul pada abad kelima Hijri dan berlangsung terus hingga kini.
Gelar itu tak lain untuk memuliakan dua kota suci itu.
Gelar itu merupakan lambang kecintaan dan pemuliaan kaum muslimin."

Menurut Salman, ulama besar Arab Saudi Syaikh Muhammad bin `Utsaymin serta
Syaikh Bakr Abu Zayd tak pernah menyebut sebagai ta`arhub (fanatis) dengan menyebut gelar itu.
Keduanya juga menyatakan tidak makruh menyebut gelar itu meski ia menyatakan
bahwa gelar itu termasuk baru (bid`ah).

Malah, Syaikh Bakr menyebut gelar itu sangat layak disandangkan untuk dua kota suci itu.
(Musthafa Helmy)
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by el at 10-6-2009 15:18
Assalamulaikum semua,

Dikesempatan ini, el nak mohon ampun dan maaf sekiranya ada posting el yg buat kalian terasa hati atau tersinggung..kadang kita tak sedar dan tak perasan...harap dimaafka ...



Sama juga dgn Akak..
Kita sampai menyampaikan ilmu yg ada..
Alhamdulillah Thread ni banyak membantu utk mereka yg nak pi mengerjakan Ibadah Umrah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:53 PM | Show all posts
mcm ni baru betul niat baik
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 10-6-2009 15:06


Ni dah bangus dah, boleh ajak mimi sekali sebab mimi kat Bangsar kalau mimi free
Nanti setlah date dan timenya  dengan (kak) azie,

Ailyyyyy..
mailah join sekali.....


Kak Ros..
Apa pun jangan lupa sms or pm ye..
Begitu juga dgn lemon..mimi..
Insyallah..
Husain kalu nak join pun apa salahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by mlsnklyn at 10-6-2009 15:11
sampai kt sana nanti ketawa la puas2
sampai koyak mulut tu pun tak per
baru tau 'sakitnya' ketawa kt sana.


Orang-orang Melayu terdahulu memang terkenal dengan kehalusan budi dan bahasa.
Itulah sebabnya tercipta bidalan  Melayu yang mengatakan ada ketika dan  masanya " Diam  itu lebih baik dari berkata-kata "
dan "Bila melihat bintang di langit, jangan  lupa rumput di bumi".
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 10-6-2009 15:55


Kak Ros..
Apa pun jangan lupa sms or pm ye..
Begitu juga dgn lemon..mimi..
Insyallah..
Husain kalu nak join pun apa salahnya...


Insya Allah, azie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2009 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 10-6-2009 15:06


Ni dah bangus dah, boleh ajak mimi sekali sebab mimi kat Bangsar kalau mimi free
Nanti setlah date dan timenya  dengan (kak) azie,

Ailyyyyy..
mailah join sekali.....


Salam Kak Ros, kalau ambik Mimi ambik lah saya sekali dah dekat Bangsar & Pusat Bandar Damansara (itu kalau hari kerja). Kalau weekend no problem boleh suruh hubby hantarkan

[ Last edited by  aily at 10-6-2009 16:07 ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 04:04 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 10-6-2009 15:57


Orang-orang Melayu terdahulu memang terkenal dengan kehalusan budi dan bahasa.
Itulah sebabnya tercipta bidalan  Melayu yang mengatakan ada ketika dan  masanya " Diam  itu lebih baik dari be ...

kalo nak rasa dihormat,kenalah hormat menghormati.
InsyaALLAH

[ Last edited by  mlsnklyn at 10-6-2009 16:11 ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 04:10 PM | Show all posts

Reply #3166 aziefa's post

w'salam acikjie,

Plan saya nak jalan2 bawak anak2 pergi PJ/CJ tak jadi. Anak yg sulong tu skrg ni dah 1 malam kat ampang puteri. Kena tahan utk observation sbb dah dekat sebulan lebih batuk dia tak baik2 lagi. Jadi plan awal2 nak pergi jalan2 hangus ingat dapat cyberview tapi dapat ampang elevated higway punye view.

skrng ni dok kena administer ubat utk cairkan kahak dia. umi dia dgn saya ganti2 jaga.
insyaallah esok dia keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by mlsnklyn at 10-6-2009 16:04

kalo nak rasa dihormat,kenalah hormat menghormati.
InsyaALLAH

Betulllll tuh mlsnklyn.......maka marilah kita semua saling hormat menghormati setiap individu yg masuk dlm benang nih.....kita sama2 hormati setiap yg dikongsikan di sini.....tanpa sebarang prejudis...bersangka baiklah kita sesama hamba Allah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061950 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list