Edited by MMISS at 25-1-2017 10:21 AM
nak kata teror tu taklah tapi aku pernah ler buat. jumaat nak buat lagi
Pai Tee
Bahan-bahan
150 gm tepung beras 50 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung 300 ml air 1 biji telur Secubit garam
Bahan Inti :
Sengkuang – parut Carrot – parut sedikit udang kering-tumbuk
Mix vege pun boleh jika suka
Isi udang –rebus Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat:-
1. Campurkansemua bahan dan kacau sehingga sebati. Tapis dan biarkan selama 20 minit.
2. Panaskanminyak untuk menggoreng.Celup acuan pai tee ke dalam minyak panas selama 2minit .
3. Celupkan acuan ke dalam bater sehingga hampir penuh acuan kemudian masukkan ke dalamminyak panas. Biarkan adunan keras sedikit sebelum longgarkan bahagian tepi kulit pai sehingga tertanggal dari acuan.
4. Goreng sehingga keperangan kemudian toskan dengan kitchen towel.
5. Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
6. Isikan dengan inti kegemaran dan hidangkan.
guna api kecik ja untuk buat kulit pai tee. aku masak dalam periuk. hang kena beli acuan dia (besi). beli satu cukuplah kalu buat sorang pasal nanti bukan dan nak guna byk acuan. dia kan nipis sebab tu guna api perlahan. nanti cepat hangus
|