|
Uji Rashid Mohon Rumah PPR, Gagal Bayar Sewa - Lewat Bayar Jerr Bukan Tak Mampu
[Copy link]
|
|
CiliPadiSedap replied at 15-3-2018 07:08 AM
kita tak tahu tahap sihir cico kena, sado tak semestinya sihat. hentikan mengata banyakkan bersangka ...
Dia kena sihir apa and sapa nak sihir si cico ni? |
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 15-3-2018 08:01 AM
mak iols kata laki sheols tu dulu janji nak bg hadiah pulau nk binakan istana. sekali kantoi ...
Oh kiranya hadiah pulau tu angan2 lakinya semata2? |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 16-3-2018 01:49 AM
Tahun dia popular duit show berapa sen sangat kan. Ada pulak anak yang ditatang bagai minyak yang p ...
Sebenarnya nak kata sikit duit show zaman dulu pun tak jugak. Tahun 90an satu show dah dibayar 10K-15K utk artis top. Masa tu nasi ayam harga RM2.50 lagi sepinggan. Keyword dia adalah sama ada kita beringat utk zaman susah atau tidak... |
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk replied at 15-3-2018 09:12 AM
cico tuh menagih dadah,tambahkan beban hidop uji rashid jah.satu sen tak berguna punya cico
Yeke? Selalu org menagih ni badan susut. Macam mana boleh besar badan dia ni? Selalunya kalau buat badan mmg tak amik dadah. Kalau steroid tak tau la. |
|
|
|
|
|
|
|
biasala uols pendadih ni bulan bintang semua dia blh janji
|
|
|
|
|
|
|
|
Hanya Lewat Bayar Sewa, Uji Rashid Tanggung Malu Tersebar Berita Diusir
PETALING JAYA: Primadona Uji Rashid menanggung malu selepas tersebar berita dia diusir dari kediamannya di Ampang, dekat sini sehingga terpaksa meminta bantuan untuk tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Pengurusnya Kit Rushuhaimin berkata, berita tersebut menyebabkan penyanyi veteran itu tidak dapat untuk berhadapan dengan orang ramai kerana tanggapan serong masyarakat terhadap kehidupannya kini.
"Dia terduduk semalam selepas membaca berita tentang itu dan mengadu pada saya bahawa dia benar-benar malu untuk keluar berhadapan dengan orang ramai.
"Dia kata kepada saya, biar bumi telan kak Uji daripada dia hendak berhadapan dengan persepsi masyarakat terhadapnya, lagi pula dia perlu ke hospital pada hari Khamis sehari selepas berita itu tersebar," ujarnya kepada mStar Online pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Uji Rashid Diarahkan Keluar Rumah, Gagal Bayar Sewa Baca
Kit berkata, penyanyi lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu berada dalam keadaan tertekan apabila dihubungi pelbagai pihak berkaitan hal berkenaan.
"Saya kasihan dengan dia, tak sanggup nak angkat telefon kerana ramai yang bertanya hal itu. Pada saya dia seorang wanita yang kuat berhadapan dengan ujian.
"Sejak setahun kebelakangan ini kehidupannya agak sukar dan terpaksa menanggung keluarga seorang diri. Anaknya Cico sedang sakit dan banyak duit dihabiskan untuk pembiayaan rawatan Cico," katanya.
Pada Rabu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menerusi laman sosialnya mendedahkan penyanyi itu bersama anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico, 39, dan cucunya hadir ke pejabat kementerian berkenaan bagi meminta bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menurut Noh, Uji Rashid melalui detik yang sukar ketika ini apabila telah diarah mengosongkan rumahnya di Taman Dagang, Ampang dipercayai gagal membayar sewa.
Noh berkata, pihaknya telah memberi kelulusan khas untuk Uji dan keluarga mendiami rumah dipohonnya.
Dalam pada itu, Kit berkata, terdapat kesilapan dan salah faham dalam kenyataan yang diberikan pada akaun Facebook menteri berkenaan.
Katanya, Uji Rashid masih menetap di kediaman yang sama, namun mengakui kelewatan membayar sewa rumah itu membuatkan dia digertak agar mengosongkan rumah berkenaan.
"Dia masih tinggal di sana, cuma apa yang diberitahu ialah sering lewat membayar sewa membuatkan dia digertak untuk kosongkan rumah.
"Pihak menteri juga sudah menghubungi saya dan menyatakan permohonan maaf terhadap perkara berkenaan," ujarnya.
Dalam pada itu menerusi laporan Utusan Malaysia pada Jumaat, Uji berkata, sudah berpuluh kali dia berpindah rumah sejak 1990 kerana masalah kesempitan hidup.
Bagaimanapun kelulusan permohonan rumah PPR yang dipohonnya disambut dengan rasa syukur dan penuh terharu.
Berita Cedok mstar |
|
|
|
|
|
|
|
Seniman Tak Dapat Kerjasama Uji Rashid Untuk Hulur Bantuan
Dalam pada itu Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang menaungi artis di negara ini sudah sedia maklum tentang masalah tempat tinggal yang dialami oleh Uji selepas diberitahu pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Presidennya, Zed Zaidi berkata, dia dan ahli persatuan cuba menghubungi Uji bagi menguruskan hal dokumentasi permohonan tersebut, namun gagal.
"Saya dimaklumkan tentang masalah yang dihadapi oleh Uji Rashid menerusi pihak KPKT baru-baru ini yang mahu kami menguruskan hal berkaitan borang dan melengkapkan dokumen mengikut prosedur ditetapkan.
"Malangnya, usaha menghubungi Uji gagal kerana dia tidak mengangkat telefon dan mungkin sibuk. Saya hubungi pengurusnya iaitu Kit dan minta Uji menghubungi KPKT sendiri untuk urusan dokumentasi itu," ujarnya.
Menurut Zed, pihaknya sukar untuk memberi bantuan kepada mana-mana anak seni yang tidak memaklumkan tentang masalah yang mereka hadapi dan enggan memberi kerjasama.
"Kita ada membuka peluang dan tawaran 10 buah rumah bawah Seniman tahun lalu dan ia sudah diluluskan pihak menteri dan Uji Rashid ini kes istimewa yang diluluskan menteri menjadikan 11 buah rumah bawah Seniman.
"Dia tidak menghubungi Seniman dan kami juga sukar untuk mendapatkan maklumat dan bantuan kerana tiada kerjasama," ujarnya.
Dalam pada itu, Zed berkata, satu majlis penyerahan kunci kepada 11 orang artis termasuk Uji Rashid akan diadakan dalam masa terdekat.
Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid yang popular pada era 1980-an difahamkan telah beberapa kali membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan dan perumahan namun semuanya tidak berjaya.
Selain kementerian berkenaan, sumber memberitahu mStar Online pelakon itu juga pernah memohon sumbangan daripada Kementerian Kewangan namun ia turut gagal
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah permudahkan urusan Uji Rashid! |
|
|
|
|
|
|
|
itu ler pasalnya...kalau sambung belajar time tu...kurang2 ada gak kelulusan...tapi benji tu bakat lakonan mantap...kalau dia serius dalam bidang lakonan mesti boleh buat duit...tapi terjebak dgn dadih pulekkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
kan...salute dgn arwah kak pah....
|
|
|
|
|
|
|
|
sheols ini ala ego jua kan??
kiranya kalau boleh tak nak orang tahu sheols mohon rumah pprt???
|
|
|
|
|
|
|
|
sheols mmg ego, beberapa ketika dulu sheols asyik la jugak klr statement ala2 kesentapan bila org asyik hargai kak pah berbanding sheols. masih perasan diva walopon dh melarat.
gigih la nk sebut ank sakit mcm la org xtahu sakit mendadih. denial.
diusir keluar dengn digertak untuk diusir keluar tu pon dh mmg 2x5, menunjukkan xde duit , kehidupan yg ssh. kot mana pon mmg org tahu dia ssh.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga nasib mereka akan berubah dan dipermudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit di jadikan alasan..banyak je org cacat boleh je keja cari rezeki.. ni tgk badan taff sihat jek..try la bawak grab ke uber ke...haishhh |
|
|
|
|
|
|
|
SERING lewat...SERING ok...kalau aku tuan rumaj aku bukan aja gertak, memang aku halau terus...
|
|
|
|
|
|
|
|
motip malu nak ngaku hidup susah? patut syukur lepas viral,ada orang calling2 tanya sbb diaorang concern. malu sebab dapat rumah PPR kot. kalau dapat rumah landed/apartment medium cost rasanya takde la malu |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya anak belajar dari bapak la ni ye... pastu masa overdose gigih uji cover kata kena sihir...
|
|
|
|
|
|
|
|
balasan mungkin la ni sebab pernah memperkecilkan tempat dia dilahirkan dan dibesarkan... last2 susah jugak... sebaek la musim pru so menteri laju je bagi satu kat dia... kalo tak... |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 16-3-2018 10:01 AM
kiranya anak belajar dari bapak la ni ye... pastu masa overdose gigih uji cover kata kena sihir... ...
Baru jah kut baca dia kata anak dia mcm ala2 terlantar kaku takleh becakap, tak kenal orang (ala2 locked-in syndrome la kut?), punyala kronik, sbb kena tikam dekat leher, dekat otak...gitu lahhh
Tup2 segar bugar gi mintak rumah pprt ngan mak |
|
|
|
|
|
|
|
Uji Rashid nii bukan ke ada anak pompuan nama Yazmeen??... pernahlah baca dlm berita dulu. tak taulah anak angkat ke hapa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|