CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

[Copy link]
 Author| Post time 14-3-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu laporan kawasan pertanian terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim - Salahuddin

KHAMIS, 14 MARCH 2019 @ 12:11 PM

Anggota pasukan HAZMAT membuat pemeriksaan sebelum kerja-kerja pembersihan sisa bahan toksik di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang dimulakan. - NSTP/Hasan Ismail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani belum menerima laporan berhubung sektor pertanian dan perikanan terjejas berikutan pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayob, berkata pihaknya sedang menunggu laporan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berhubung perkara itu.

“Setakat ini saya masih menunggu laporan daripada Jabatan Pertanian khususnya rakan saya (Dr Sahruddin) dan jika ada yang terjejas, kita akan ambil tindakan pantas dan serta-merta.

“Setakat ini kita memberi tumpuan kepada penduduk yang terkesan akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan pihak membuang sisa kimia berkenaan.

“Saya akan lihat dari semasa ke semasa (kawasan pertanian dan perikanan terjejas), katanya kepada media selepas merasmikan Dialog Niaga Agrobank 2019 (DNA 2019), di sini, hari ini.

Hari ini, akhbar ini melaporkan peniaga ikan di sekitar Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, mendakwa kerugian lebih 50 peratus setiap hari apabila penduduk enggan membeli tangkapan laut kerana bimbang ia mungkin tercemar dengan bahan kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim.

Peniaga, Malek Mohd Sah, 52, berkata perniagaannya terjejas teruk sejak Khamis lalu apabila berita mengenai pencemaran Sungai Kim Kim mula tersebar melalui media sosial dan akhbar tempatan.

Katanya, sebelum ini dia biasanya mampu menjual hasil laut sehingga 50 kilogram (kg) sehari manakala pada hujung minggu pula jumlah jualan akan meningkat berkali ganda disebabkan kehadiran warga Singapura.

Sehingga semalam, lebih 500 individu membabitkan murid, pelajar dan orang awam sekitar kawasan Pasir Gudang terkesan akibat pencemaran dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 12:27 PM | Show all posts
ni kalau hujan..cepat2 la masuk rumah atau pegi cari perlindungan..hujan asid ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:36 PM | Show all posts
sadisnya pasir gudang.. bertabah la, doa yang terbaik.
kesan jangka panjang mesti ada ke atas tahap kesihatan penduduk di sana
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Fikir profit aja Kan. Mampus Kamu Kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:37 PM | Show all posts
blastoff replied at 14-3-2019 10:39 AM
dlm sejarah malaysia tarak pernah satu sungai pun yg dah digelar sebagai "mati" kerana terlampau t ...

rasanya kalo kerajaan lambat bertindak sultan johor dh boleh bg bantuan dulu kot kat penduduk situ, sultan kan kaya bape sen sangat lah keluar untuk rakyat, dan sultan boleh tegas dng kerajaan sebelum perkara yg x diingiini berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:42 PM | Show all posts
safieyah1984 replied at 14-3-2019 12:37 PM
rasanya kalo kerajaan lambat bertindak sultan johor dh boleh bg bantuan dulu kot kat penduduk situ ...

dah turun mencemar duli ke belum atau murka dari istana jer?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2019 12:43 PM | Show all posts
safieyah1984 replied at 14-3-2019 12:37 PM
rasanya kalo kerajaan lambat bertindak sultan johor dh boleh bg bantuan dulu kot kat penduduk situ ...

Sultan dah  bagi 1 juta. semoga digunakan sebaiknya dgn telus.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
declare darurat...so askar blh amik alih....diaorg ada fasiliti bencana...hospital medan, Kor jurutera blh naikkan pemindahan sementara...segalanya cukup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 01:05 PM | Show all posts
tikusmontok replied at 14-3-2019 12:42 PM
dah turun mencemar duli ke belum atau murka dari istana jer?

xberani nak komen lebih2 kang jadi kes pulak tapi kalo sultan dah membantu alhamdulillah semoga Allah murahkan rezeki sultan, dalam hal ni xpayah tunggu sape yg patut bertindak dulu. harap2 kes ni dapat settle cepat
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 01:07 PM | Show all posts
haznor replied at 14-3-2019 12:43 PM
Sultan dah  bagi 1 juta. semoga digunakan sebaiknya dgn telus.

alhamdulillah harap2 digunakan sepenuhnya, jangan ada tangan ghaib plak yang songlap. kita doakan yg terbaik sahaja. bagi kesalahan buang sisa tu setakat  tahun x cukup sbb melibatkan ramai org, patutnya hukuman mati jek
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 01:08 PM | Show all posts
matamata replied at 14-3-2019 12:49 PM
declare darurat...so askar blh amik alih....diaorg ada fasiliti bencana...hospital medan, Kor jurute ...

mb lembab lambat bertindak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Usul Isytihar Darurat Pasir Gudang Dibahas Petang Ini

DEWAN Rakyat hari ini meluluskan usul untuk membahaskan usul pengisytiharan darurat akibat pencemaran toksid di Pasir Gudang, Johor.

Usul dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin itu diluluskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusof.

Beliau memberikan tempoh sejam untuk dibahaskan bermula 4.30 petang ini.


Terdahulu, ketika Sesi Pertanyaan Menteri (MQT) Hassan Abdul Karim (PH PKR-Pasir Gudang), mengemukakan usul tergempar pengisytiharkan darurat di Pasir Gudang harus dibahaskan hari ini.

"Saya sudah menyerahkan usul itu untuk Speaker benarkan bahas hari ini. Kerajaan Pusat mesti isytihar darurat," tegasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
#Tahniah ANTARA calon SPM 2018 yang mengambil keputusan SPM, hari ini. FOTO Zulkepli Osman, Nadim Bokhari, Ramdzan Masiam, Mohd Azren Jamaludin

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 02:19 PM | Show all posts
teruk disaster macam fukusima cernobel gayanya
yg kawasan berdekatan kasi pindah rumah kawan2 saudara mara lain
pasti harga hartanah jatuh
apa cerita singapok berdekatan pulau ubin punggol takdak raknyatnya terkena ka angin dari arah timur laut  bertiup turun hala singapok
takkan diorg buang sg kim2 jah, sg lain mesti check sg pandan tebrau plentong tiram

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 02:24 PM | Show all posts
tikusmontok replied at 14-3-2019 12:42 PM
dah turun mencemar duli ke belum atau murka dari istana jer?

dah datang melawat dah...RZS pun dah melawat.tapi g asing2. RZS pegi awal2 dulu. SJ macam baru g harini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga penjenayah dihukum dengan hukuman yang paling berat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukum jgk siapa yg bagi lesen dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauhi Sungai Kim Kim dalam jarak 5km

14 Mar 2019

JANATUL FIRDAUS YAACOB
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai berada dalam jarak 5 kilometer dari Sungai Kim Kim yang dicemari sisa toksik berbahaya.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, arahan ini sebagai langkah pencegahan agar tidak terkesan dengan udara yang dihidu daripada sisa toksik yang mencemari Sungai Kim Kim tersebut.

“Nasihat pencegahan adalah orang ramai menjauhi kawasan khususnya di 5km (paling bahaya) dari sungai Kim Kim yang kita kenal pasti dan elak masuk ke kawasan itu.

“Dapatkan maklumat terkini dari sumber yang sahih dan fasilti terdekat jika terdapat gejala pedih mata, pening, muntah, sesak nafas sehinggakan pengsan jadi kesemua ini kami memahami gejala toksik kesan keracunan itu," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Selain itu, beliau turut menyangkal pihaknya lambat bertindak membantu mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Dr Dzulkefly berkata, rawatan perubatan diberikan sejak hari pertama kejadian itu berlaku.

“KKM bertindak sejak hari pertama lagi. Saya menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor sejak hari pertama dan telah beri rawatan sejak kes, baik yang serius mahu pun yang ringan.

“Ada yang kami masukkan untuk pemerhatian jadi isu KKM bertindak lewat memang tidak benar sama sekali,” katanya.


Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor turut menolak dakwaan kononnya ada mangsa yang meninggal dunia akibat pencemaran bahan kimia tersebut di Pasir Gudang.

Sejak kejadian pembuangan sisa kimia berlaku pada 7 Mac lalu, ramai individu tidak menularkan beberapa kenyataan bercanggah hingga menyebabkan panik.

Setakat ini, sejumlah 209 orang dirawat dengan lapan daripada mereka masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) berikutan pencemaran akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Khamis lalu.

Berikutan itu, kerajaan juga mengarahkan semua 111 sekolah di Pasir Gudang, ditutup serta-merta mulai semalam sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
C&p

Hospital Sultan Ismail dah sesak.

Hospital Sultanah Aminah menunggu..

Pusat rawatan sementara Tmn Pasir Putih dan Tmn Mawar x menang tangan.

Kilang Idemitsu dah ada y pengsan, kilang  tutup. Kilang Grand banks dh ada y pengsan, baru tutup pukul 12. Johor port pun dh kena. Sekolah pun tunggu org pengsan2 baru nak evacuate.

Jiran2, rakan2, saudara dan seluruh rakyat Pasir Gudang, takkan perlu ada y tercungap macam ikan atas darat, baru kita nak panik. Ini bukan jerebu biasa y boleh ditapis oleh toping biasa. Ini gas y perlu ditapis oleh topeng berharga ratusan ringgit.

Pindahlah!

Cukuplah racun yang telah kita sedut berhari2 ini. Kata pakar,  kalau tidak skrg, di masa akan dtg. Hanya pada Allah kami berserah.

Kepada semua di luar sana. Tanyalah khabar kenalan, saudara mara di Pasir Gudang. Ada y tiada arah tujuan. Ada tiada sumber kewangan.

BANTULAH RAKYAT PASIR GUDANG!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lintas langsung kerja-kerja pembersihan dari lokasi pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim yang menyebabkan pencemaran udara di Pasir Gudang

Lapor Mojos Sinar Harian : Masturah Suradi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.145242 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list