|
alamak sori server mengong |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #322 semutkurus's post
senang jer..
p klik edit kat tiap2 satu posting yang dah keluar berbondong2 tu
kat sebelah kiri nanti, akan nampak kotak2 options kat
tgk kat bawah sekali (bold)
Delete! This post
kalau tak silap, klik kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengkritik AF6 lebih suka 'menghentam'
JURI popular Ogy, Ning dan Adlin.
ASSALAMUALAIKUM. Minggu ini siri kedua dalam ruangan ini saya menyentuh mengenai Akademi Fantasia 6 (AF6). Selepas penat lelah menjalani uji bakat pemilihan pelajar AF6, kita sebulat suara memilih pelajar apa yang anda lihat sekarang di kaca TV. Sebenarnya saya sungguh tertarik dengan penyertaan Mama Rina atau Hairina Abdul Halim, 44, yang begitu sporting ketika uji bakat.
Saya ada juga melihat pelajar yang berpotensi menjadi artis sekiranya mereka meneruskan pembelajaran mereka di akademi dengan cemerlang. Saya sememangnya tidak boleh bias menyebut beberapa nama pelajar berkenaan kerana AF6 masih berlangsung.
Ada juga beberapa pelajar secara peribadi, saya meminati suara mereka yang begitu unik. Tidak perlu saya menyebut nama mereka kerana peminat AF6 akan tahu juga nanti. Bagi saya, mereka berpotensi menjadi penyanyi yang hebat suatu hari nanti. Cuma, saya perlu mengasah bakat pelajar berkenaan dengan begitu tekun dan betul.
Kita dengan sebulat suara memilih 14 pelajar dalam musim keenam ini. Kalau mengikut graf, saya dapat mengagak, grafnya menaik dan menurun dari segi perwatakan dan standard pelajar masing-masing. Saya sudah memasuki akademi untuk minggu yang pertama dan sistem pembelajaran berjalan begitu rancak.
Kalau melihat kepada keriangan pelajar yang begitu teruja, maklumlah kali pertama diterima ke dalam akademi. Ada juga perwatakan pelajar berkenaan yang saya lihat sungguh berbeza ketika uji bakat dan selepas memasuki akademi. Di dalam kelas, mereka seolah-olah terkena kejutan budaya. Mereka tidak berpura-pura apabila terkejut berada dalam akademi. Saya memahami situasi itu.
Persediaan dalam kelas begitu teratur dari segi silibus dirancang. Anda lihat saja dari segi pemilihan lagu yang diberi mengikut 憌ish list |
|
|
|
|
|
|
|
Memang perit jadi pelajar Akademi Fantasia
Oleh Ramli Ms
[email protected]
Selepas enam musim pengundi semakin bijak menilai kebolehan dan kelemahan peserta
ASSALAMUALAIKUM. Minggu ini masuk siri ketiga saya menulis mengenai Akademi Fantasia 6 (AF6). Pelajar saya yang pertama terkeluar ialah Yana (Marliyana Omar Walid), saya sudah dapat mengagak, dia akan terkeluar pada minggu pertama. Namun, apabila Yana terkeluar, saya tidak terkejut kerana wataknya ketika berada dalam Diari AF, sungguh bosan. Itu mungkin sebab utama dia terkeluar dari AF.
Kalau dilihat dari sudut pembelajaran, Yana sungguh gigih, namun memandangkan wataknya yang tidak begitu digemari di dalam Diari AF, dia tidak mendapat undi yang cukup untuk melayakkannya terus kekal dalam akademi.
Begitu juga Ika (Ika Nabila Abdul Rahim) yang begitu teruk dikritik dan akhirnya tersingkir. Bagi saya, pengundi sekarang sudah semakin bijak mengundi dari segi persembahan pelajar menerusi Diari AF mahupun konsert setiap minggu. Sebenarnya saya tidak mahu mengulas panjang mengenai penyingkiran demi penyingkiran yang berlaku dalam AF6 kerana semuanya hak pengundi.
Namun, pada kesempatan ini, saya ingin menerangkan sedikit pengalaman baru sebagai Pengetua AF6. Sebenarnya tugas saya seminggu dalam akademi, hanya empat jam saja. Dua jam ketika pemberian lagu kepada pelajar pada hari Isnin dan dua jam lagi ketika prelude konsert mingguan setiap Jumaat.
Tapi, tahukah anda, selepas minggu pertama, saya melihat keadaan pelajar dan atas dasar jangkaan bahawa harapan peminat begitu tinggi terhadap persembahan pelajar AF6, saya memperuntukkan masa 10 jam sehari di akademi. Hari-hari saya berada di akademi bersama pelajar untuk mempertingkatkan lagi mutu pembelajaran mereka. Saya sebenarnya memperuntukkan kira-kira 50 jam seminggu di akademi. Semuanya untuk memastikan pembelajaran pelajar berjalan dengan cepat.
Di sini, saya ingin mengupas sedikit mengenai pemilihan lagu. Tahukah anda, dari AF musim pertama hingga AF5, pihak Astro sudah mendendangkan lebih 700 lagu secara keseluruhan ke atas semua pelajarnya. Saya menghadapi kesukaran untuk memilih lagu bagi pelajar saya musim ini disebabkan banyak lagu popular sudah dinyanyikan pada konsert sebelum ini.
Justeru, apabila saya memilih lagu Inggeris, Indonesia, tolonglah fahami keadaan kami. Kita tidak ada lagu popular ‘sebesar’ Isabella, Suci Dalam Debu, Getaran Jiwa dan apa saja lagu hits kita suatu ketika dulu sepanjang zaman. Bukannya kita hendak menyisihkan lagu tempatan, tapi sekiranya saya memberikan lagu yang tak sedap, tidak menepati halwa telinga, saya pasti akan dikutuk. Kami di akademi bekerja sungguh keras untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar.
Selepas 10 jam sehari berada di akademi, saya sebenarnya sudah mula memahami betapa susahnya pelajar dalam akademi itu. Berbanding ketika di AF2 dulu, macam-macam saya hendak, tapi apabila memasuki AF6, saya lebih memahami jiwa pelajar dan memberi sedikit ruang kepada mereka. Tegas, saya tetap tegas terhadap mereka. Tapi, saya tidak garang macam dulu. Saya tahu keperitan menjadi pelajar dalam akademi.
Saya memberi contoh seperti Naim (Muhammad Shauqi Naaim Salmi) atau pelajar yang berasal dari kampung. Begitu juga Nadia (Nadia Haswani Hasnan) yang berasal dari Kuala Lumpur, tapi kuat dengan budaya Melayu. Kehidupan harian mereka tidak didedahkan dengan budaya Inggeris seperti keluarga Cikgu Fatimah Abu Bakar yang bertutur bahasa Inggeris di rumah. Sebaliknya Naim dan Nadia bercakap 100 peratus bahasa Melayu.
Bayangkan apabila ada pelajar yang diberi lagu Inggeris, yang perlu dihafal dengan sebutan tepat, bersama pergerakan, penghayatan lagu, dengan melodi, gugup dan macam-macam lagi, harus berjalan seiring. Di situlah keperitan yang saya lihat, mereka sungguh gigih dan saya memberi hormat kepada mereka.
Saya berani cakap, sesiapa pun penyanyi profesional, masuklah akademi, baru mereka tahu betapa peritnya. Contohnya jika Hazami atau Jaclyn Victor menyertai AF, saya akan mengajar pada tahap mereka, tahulah betapa peritnya nanti. Setiap minggu dikritik lagi. Pengkritik sememangnya sudah tugas mereka, mereka akan mencari ruang walaupun sebesar lubang jarum untuk menjadi bahan kritikan mereka. Tapi, dah saya kata, jangan sampai ke tahap mengherdik dan menghina pelajar saya.
Sepanjang berada di akademi juga, saya memantau keadaan pembelajaran supaya ada peningkatan. Saya turut memantau keadaan protokol budaya yang perlu ada dalam akademi memandangkan saya mempunyai pelajar seperti Mama Rina (Hairina Abdul Halim) yang berumur 44 tahun dan Nadia serta Stacy (Stracie Angie Anam) yang berusia 18 tahun. Perbezaan umur mereka begitu ketara.
Protokol budaya seharusnya ada, umpamanya dalam pembelajaran apabila Mama Rina setaraf dengan Nadia dan Stacy. Tapi, ketika di meja makan, Mama Rina tetap Mama Rina yang perlu dihormati. Sebab itu kadang-kadang saya berang dengan segelintir pelajar yang tidak menghormati Mama Rina. Keadaan seperti itu yang harus saya pantau.
Tenaga pengajar juga sudah bekerja dengan gigihnya. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang memberikan komitmen begitu konsisten. Setakat ini saja untuk minggu ini, insya-Allah kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju, tp bab lagu amat la x setuju. da xder lagu best ke? aku rs berlambak lg. kalo xtau meh tanye aku lgu ape. tingtong la ramli nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar cemerlang dapat hadiah lagu baru
Oleh Ramli Ms
[email protected]
ASSALAMUALAIKUM. Minggu ini genap sebulan saya menulis perihal Akademi Fantasia 6 (AF6). Saya baru saja kehilangan Naim (Muhammad Shauqi Naaim Salmi) dan Lufya (Lutfyah Sheikh Omar) menerusi konsert yang menampilkan irama rock, baru-baru ini. Saya sungguh kecewa dengan Faisal (Muhammad Faisal Abdullah) yang begitu 憄ekak bunyi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 summer_snow's post
|
|
|
|
|
|
|
ok2, boleh2.aku pun cam dah terminat plak nak baca aspirasi Ramli MS ni. Pi kalo tukang tulisnyer tak baca apa comment tuk dia pun cam tak best gak... |
|
|
|
|
|
|
|
'Penyakit' malu penghalang besar buat Saida
Oleh Ramli MS
ASSALAMUALAIKUM. Selepas sebulan bercakap mengenai Akademi Fantasia 6 (AF6), minggu ini masuk siri kelima saya menulis mengenainya. Saya akan menyentuh mengenai AF6 hingga program ini berakhir. Minggu ini saya memperkatakan mengenai Saida (Siti Norsaida Tarudin), kakak kepada Datin Seri Siti Nurhaliza.
Dari minggu pertama saya perhatikan dia, selepas diuji bakat, saya agak sabar menunggu kemunculan bakat beliau yang pernah saya dengar sewaktu saya bekerja dengan adiknya sebagai Pengarah Muzik. Ketika itu saya pernah mendengar Saida juga jadi penyanyi, tetapi disebabkan dia sudah berumah tangga, beliau berhenti menyanyi.
Justeru, demi had umur yang mengizinkan Saidi layak menyertai uji bakat AF6, kami sebulat suara menerima beliau menyertai AF musim ini demi mengembangkan lagi bakatnya. Selepas berada dalam akademi selama dua minggu, Saida tidak berubah, beliau ada satu 憄enyakit |
|
|
|
|
|
|
|
saida mmg berbakat.. tapi betul kata ramli dia terlalu pemalu that why xdapat perform dgn baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mama Rina sukar buang imej lama, Alif lambat belajar
Peminat AF dan pengundi semakin bijak nilai kebolehan pelajar menerusi prestasi dan mutu persembahan pada konsert mingguan
ASSALAMUALAIKUM. Pertama kali apabila saya melihat Mama Rina (Hairina Abdul Halim), dia ni sungguh unik dan berani. Dia juga seorang pelajar yang paling berumur, usianya mencecah 44 tahun. Dalam banyak-banyak peserta uji bakat yang datang di bawah umur 45 tahun, saya melihat Mama Rina seorang saja yang layak untuk Akademi Fantasia 6 (AF6) ini walaupun ada juga yang menyanyi lebih baik daripadanya. Tapi, disebabkan visual yang kurang menarik dari segi kesihatan, jadi kami sebulat suara memilih Mama Rina.
Serba sedikit latar belakang mengenai Mama Rina yang berasal dari penyanyi kelab yang sudah pun menyanyi selama 25 tahun, memang susah dia hendak membuang tabiat menyanyi kelabnya yang terbawa-bawa sampai ke dalam akademi. Saya faham, jangka masa selama 25 tahun itu, untuk berubah dalam masa sebulan, memang payah.
Memang Mama Rina sudah berusaha sedaya upaya. Saya juga pernah menyatakan, umur sepertinya akan saya letakkan di barisan paling hadapan tarian Menuju Puncak. Tapi, saya silap dari segi kudrat apabila Mama Rina tidak sepantas pelajar yang jauh lebih muda daripadanya.
Dalam banyak-banyak persembahannya menerusi beberapa siri konsert mingguan, Mama Rina memang berpengalaman menyanyi di atas pentas. Kalau anda perasan, Mama Rina sering mendapat tepukan yang gemuruh di dalam dewan. Tapi, saya tidak melihat keadaan itu, sebaliknya memang dia bijak mencuri peluang. Saya melihat pembelajaran beliau yang lambat berubah.
Apa yang diajar di dalam kelas, apabila sampai di pentas, beliau akan menyanyi seperti mula-mula dia menyertai AF6! Inilah yang saya katakan tadi, disebabkan tabiat.
Tapi, bercakap mengenai showmanship, persembahan pentas, memang saya akui, beliau mempunyai banyak pengalaman. Lihat saja apabila dia diberikan lagu dari minggu pertama hinggalah sebelum dia terkeluar, beliau memang pandai merebut peluang dan tidak mensia-siakannya.
Apabila Mama Rina terkeluar pada minggu keenam, saya tidak menyalahkan mengundi.
Sudah saya katakan sebelum ini, pe ngundi memang semakin bijak.
Mereka akan mengundi ketika berlangsungnya konsert. Sesiapa saja yang tidak membuat persembahan dengan baik ketika konsert, mereka gagal mendapat tempat di hati pengundi.
Bagi saya, apabila Mama Rina bertahan sehingga minggu keenam, saya kira beliau mencipta sejarah dalam AF, beliau pelajar paling berumur, bertahan se hingga konsert minggu keenam!
Itu satu semangat yang sungguh kuat di dalam akademi walaupun penuh ranjau menerusi Diari AF.
Sebenarnya, itu satu kehidupan seharian yang dipaparkan.
Saya ucapkan Selamat Mahu Jaya kepada Mama Rina. Teruskan perjuangan anda. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak tempias yang positif daripada AF6.
Sementara itu, konsert AF6 minggu ketujuh, memang saya yang mencadangkan, ia diadakan di Istana Budaya (IB) demi mencari kelainan dan pengalaman baru kepada pelajar saya. Pelajar AF6 ini sungguh beruntung disebabkan berpeluang menyanyi bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) seramai 40 orang di IB!
Saya mengucapkan terima kasih kepada IB kerana memberi tajaan tempat dan orkestra. Jutaan terima kasih kepada Ketua Pengarahnya, Muhamed Juhari Shaarani kerana menimbangkan cadangan saya.
Sudah beberapa kali saya katakan, pengundi AF semakin bijak setiap tahun. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik, tapi apabila tidak menampilkan persembahan yang membanggakan, anda tetap tersingkir.
Itu yang terjadi kepada Alif (Mohamad Aliff Mohd Razali) yang terkeluar pada minggu ketujuh.
Memang peningkatan Alif begitu statik, mendatar nyanyiannya.
Ketika menyanyi, dia tidak begitu spontan, seolah-olah menyusun satu persatu persembahannya.
Saya tidak terperanjat, Alif akhirnya tersingkir. Satu persatu pelajar saya terkeluar disebabkan pembelajaran dan persembahan mereka yang begitu kosong dan hambar.
Sekali lagi saya tidak me nyalahkan pengundi. Saya sedia menerima apa saja kritikan daripada penonton. Tapi, anda boleh melihat kami, tenaga pengajar begitu bekerja keras. Pelajar yang membuat persembahan hambar dan terkeluar awal, sememangnya itulah hukuman yang mereka dapat daripada pengundi.
Apabila anda melihat ada pelajar yang kekal seperti Riz (Mohammed Idris Mohd Zaizizi) dan Stacy (Stracie Angie Anam), anda dapat membezakannya, pelajar yang masih kekal dan yang sudah ter singkir apabila bercakap soal bakat. Baiklah, setakat ini saja dulu, mudah-mudahan kita bertemu lagi, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuhan tidak anugerah buah, tetapi baja dan benih
Semua pelajar AF6 diingatkan jangan sia-siakan bakat, usah mudah terpedaya dengan populariti hingga lupa diri
ASSALAMUALAIKUM. Merdeka! Penat lelah saya selama tiga bulan baru saja berakhir 24 Mei lalu apabila tamatnya konsert akhir Akademi Fantasia 6 (AF6). Kini, barulah hidup saya berasa sungguh nyaman untuk tidur lena selepas bersengkang mata selama 40 jam seminggu di akademi bersama pelajar. Tapi, tak pernah saya menyesal dengan keadaan itu. Saya rasa, saya sudah menjalankan tugas sebaik mungkin.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung tahniah kepada pemenang AF6 - Stacy, Riz, Nubhan, Toi dan Nadia.
Ini adalah tulisan terakhir saya bercakap mengenai AF6. Saya sungguh gembira pada malam konsert akhir AF6. Terima kasih juga kepada Astro kerana memberikan saya 30 pemuzik orkestra untuk mengiringi persembahan pelajar saya apabila saya sen diri bertindak sebagai Pengarah Muzik.
Tidak lupa terima kasih buat semua tenaga produksi Astro, termasuk penerbit, krew penerbitan dan tenaga pengajar AF6 yang sentiasa bekerjasama dengan saya sepanjang tiga bulan itu. Kami semua gembira apabila pada malam konsert akhir itu, semua tugasan dapat diselesaikan dengan sebaiknya selari dengan kerjaya kita.
Pada kesempatan ini juga, saya ingin bercakap mengenai juara AF6, Stacy. Banyak temu bual yang saya jayakan bersama media sebelum ini bertanyakan mengenai pendapat saya mengenai individu pelajar.
Memang saya tak mahu bercakap mengenainya kerana AF6 masih berlangsung. Kini, semuanya sudah selesai justeru, saya hendak bercakap mengenai personaliti beberapa pelajar saya.
Bagi saya, Stacy adalah seorang pelajar yang sangat bijak merebut peluang. Dia tidak akan mensia-siakan ilmu yang dicurahkan kepadanya. Pembelajarannya terus meningkat dari minggu ke minggu. Apa yang diajarkan kepadanya di dalam kelas, dia akan mempraktikkannya di atas pentas. Sekuman teori yang diajar kepada Stacy, sekuman juga praktikal yang dipersembahkan di atas pentas.
Bagi memperkuatkan kenyataan Stacy seorang pelajar yang bagus, saya ibaratkan dirinya seorang askar yang sungguh taat. Seandainya saya seorang Jeneral, dia askar, saya suruh dia tembak Presiden, dia akan tembak! Begitulah taatnya pembelajaran Stacy.
Saya hendak anda melihat betapa tekunnya dan taat setianya dia di dalam kelas. Justeru, memang layak pengundi dan peminat AF6 menobatkannya sebagai juara!
Kalau anda melihat carta Pengetua, Stacy sering berada di kedudukan paling atas. Bukannya saya menidakkan kebolehan finalis AF6 yang lain, memang mereka berbakat, tapi ketekunan Stacy belajar daripada tenaga pengajar dan mempraktikkan ilmu itu di atas pentas, berbeza de ngan pelajar lain. Tuhan sangat adil.
Dia membuatkan setiap daripada kita berbeza, ada yang cepat belajar dan ada yang perlahan.
Bagi saya, pelajar di kedudukan 14 dengan nombor lima, tidak akan sama dengan nombor satu. Pelajar di tempat kedua pun tidak akan sama dengan nombor satu. Nombor satu, lazimnya berdiri sendiri.
Terus-terang saya mengatakan, bakat yang paling saya suka dan unik ada pada Nubhan. Dia memiliki satu tone suara yang sangat merdu.
Nubhan seharusnya tidak membuang tuah daripada Tuhan memberikannya suara yang begitu sedap didengar. Dia seharusnya menggunakan anugerah Tuhan itu.
Dulu saya pernah cakap, saya mencari bakat daripada anugerah Tuhan. Memang Tuhan sudah memberikannya kepada saya. Terus-terang saya katakan, Tuhan tidak menabur duit dari atas langit, kita hanya memungutnya di bumi, tidak! Tuhan tidak memberikan saya buah, sebaliknya baja. Saya perlu menanam biji benih itu, menyiram dan membaja biji benih berkenaan supaya ia tumbuh menjadi buah yang ranum.
Itulah keadaan yang ada pada diri setiap finalis AF6. Bagi saya, setiap individu yang melangkah ke final AF6, bakat mereka tidak sama, sebaliknya tersendiri. Saya melihat keadaan itu sebagai satu pemberian Tuhan yang saya cari selama ini. Selepas ini, kerja yang berat harus ditanggung oleh Maestro Talent & Management untuk membaja finalis berkenaan supaya bakat mereka terus subur.
Bagi saya, apabila finalis AF6 menduduki tempat pertama hingga kelima pada malam final, itu adalah rezeki masing-masing. Paling pen ting ialah inti pati atau isi kandungan yang saya cari daripada anugerah Tuhan, Tuhan sudah beri kepada saya. Syukur, alhamdulillah, saya sudah memilikinya.
Justeru, Maestro perlu bekerja lebih keras untuk menggilap bakat yang sedia ada ini dengan adanya kerjaya kakitangan yang profesional.
Bersama kerja keras kakitangan berkenaan, bakat yang ada di Maestro boleh membiak, seterusnya lebih bersinar bakat, keupayaan dan kebolehan yang ada pada bintang AF6 ini.
Tanggungjawab saya sebagai Pengetua sudah selesai, kini terserahlah kepada Maestro menggilap bakat yang ada pada finalis ber kenaan. Pesanan saya kepada kelima-lima finalis AF6, berpijak di bumi nyata.
Ingatlah apa yang saya pernah cakap di dalam Diari AF sebelum ini, jangan bongkak! Ikan kecil di dalam akuarium, apabila diberi makan setiap hari, akan membesar suatu hari nanti. Jangan terpedaya dengan populariti, bekerja keraslah untuk ke arah lebih cemerlang.
Baiklah, setakat ini saja untuk minggu ini, mudah-mudahan kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #334 Syd's post
Askum, aku cam ada soalan ni...aku baca2, Syd ni cam tau semua pasal Ramli MS ni...Syd ni plak saper sebenarnya??Syd ni ada apa2 talian persaudaraan ker ngan Ramli MS??ke stakat peminat jer? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #335 rodfudz's post
hehe
peminat tegar
jiran tetangga dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #336 Syd's post
jgn2 syd = ramli ms
aku pun suker masuk thread ni kerana banyak info berguna |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #337 pinguin\ catat
hahaha..aku raser tak kot...
Syd org lain...Ramli MS org lain...
pi diorang ni mmg kenal satu sama lain.
Aku ni kurang minat artis...aku lebih minat composer..or yang seangkatan dengannya la...
Dulu aku respect M.nasir jer...skarang Ramli MS pun dah masuk list la...
sorang lagi pakcik aku...gang2 Ramli MS ni jugakla aku raser...Fauzi Marzuki. |
|
|
|
|
|
|
|
Usah sesekali ambil gambar porno sendiri
Artis pula tidak boleh salahkan dan tuduh media mahu jatuhkan mereka jika foto berahi dirakam tersebar
ASSALAMUALAIKUM. Topik yang saya akan kupas ini, kalau nak salahkan siapa, saya pun tak tahu. Media cetak dan media elektronik sekadar menjalankan urus niaga mereka yang mencari sasaran di kalangan orang seni sebagai pelaris mereka, lebih-lebih lagi isu yang ingin saya kupas hari ini iaitu penyebaran gambar pornografi yang membabitkan selebriti wanita popular.
Sebetulnya penyebaran gambar pornografi ini sudah wujud sejak dulu lagi, tapi disebabkan media dulu tidak secanggih hari ini, paparan mengenainya tidak begitu meluas.
Sekarang, dalam masa satu, dua saat saja, penyebaran gambar pornografi boleh tersebar satu dunia hanya menerusi internet!
Jadi, siapa yang perlu kita persalahkan?
Saya secara peribadi, tidak mahu menyalahkan media. Semua itu adalah bahan pelaris mereka. Cuma, apabila di media, paparan gambar pornografi itu dikaburkan untuk tatapan umum, tetapi apabila tersebarnya gambar pornografi yang jelas, gambar yang menampakkan muka si artis di kalangan umum menerusi internet, ia boleh tersebar dengan cepat seluruh Malaysia!
Di sini, saya agak kurang faham, kenapa tuan punya badan merelakan atau tidak berfikir panjang sehingga melakukan adegan yang terlalu bersifat peribadi? Sekalipun bersifat peribadi, tapi apabila ia membabitkan artis, orang sudah kenal, sudah ada nama, tujuan media memang tidak mahu menggunakan gambar itu untuk menjatuhkan artis berkenaan, sebaliknya mensensasikan cerita supaya urus niaga mereka berjalan lancar!
Kalau difikirkan sepintas lalu tujuan media yang menyiarkan gambar pornografi, memang kita fikir ia bertujuan menjatuhkan artis, tapi sebenarnya sekadar urus niaga apabila mereka memperoleh bukti yang cukup.
Memang gambar berkenaan dikaburkan, tapi sesetengah pihak yang ada gambar pornografi yang asli, mereka boleh menyebarkan kepada individu kepada individu lain, maka lama kelamaan tersebarlah secara meluas.
Saya tak boleh cakap jangan buat kepada artis sebab tuan punya badan sendiri tak fikir panjang, suka nak buat, mungkin atas alasan peribadi dan menyintai pasangan masing- masing, rela berbuat apa saja. Bukan juga menghalalkan, cuma berpada-pada.
Zaman sekarang begitu canggih, hanya petik saja, semuanya ada di hujung jari, lebih-lebih lagi perkara seumpama ini menjadi idaman media cetak dan elektronik.
Kita perlu ingat, yang malu adalah diri kita, ibu bapa, saudara mara terdekat dan rakan sekeliling. Pernah terjadi suatu ketika dulu, artis yang terbabit dengan aktiviti pornografi, menghilangkan dirinya keluar negara.
Justeru, cerita seumpama ini seharusnya menjadi iktibar kepada diri kita supaya tidak memaparkan hal-hal peribadi sehingga boleh tersebar kepada umum.
Artis memang mempunyai hak untuk tidak memberi komen hal peribadi kepada wartawan apatah lagi hal yang berkaitan dengan baju dalam kita yang sememangnya media ingin tahu! Apabila sudah ada bukti dengan tersebarnya gambar pornografi artis, memang kita tidak boleh menyalahkan media. Sekiranya individu yang tidak dikenali bergambar bogel, media tidak memaparkannya, tapi apabila artis, ia mendapat liputan, ini urus niaga!
Bukan saya nak benarkan kebenaran media ataupun menyalahkan artis tapi seperti saya katakan tadi, ini satu urus niaga. Apatah lagi apabila artis wanita itu popular, cantik dan memiliki gambar pornografi, memang artis itu cari mati! Memang cari mati apabila gambar pornografi mereka jatuh ke tangan media. Jadi, berhati-hatilah dengan apa saja jenis kamera.
Artis jangan lalai dengan kata-kata dan jangan sekali ambil gambar pornografi sendiri. Ambil gambar sendiri adalah satu tabiat yang tidak sihat.
perkara seumpama ini seharusnya dihindarkan. Mungkin individu yang ambil gambar pornografi artis itu hari ini dia kawan baik kita, jadi dia bolehlah simpan rahsia kita, bayangkan suatu hari nanti apabila sudah bergaduh, apa-apapun boleh jadi bahan ugutan dan seterusnya jadi sebaran umum.
Kesimpulannya, kepada artis dan selebriti wanita popular, jangan cari mati!
Setakat ini saja untuk minggu ini, mudah-mudahan kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe
baru jupe ke thread ni?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|