CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abu_syafiq

WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)

[Copy link]
Post time 31-8-2006 03:48 PM | Show all posts
Saya cuma ingin mengulangi disini permintaan saya pada tuan Abu Syafiq tentang Haji Hadi Awang (presiden PAS semasa), mgkn sahabat-sahabat yang lain boleh memberi pandangan sama. spt Grave or adik Seri Hartatie, sekiranya anda yakin pandangan Hadi Awang adalah silap dan perlu diperbetulkan maka anda telah melakukan satu kebaikan yang sgt amat besar didunia ini dan telah membantu saudara-saudara anda yang lain memasuki syurga Allah dan menjauhi azab neraka...

Apakah pandangan tuan abu Syafiq tentang tuan guru hj Abdul Hadi Awang yang menulis buku bertajuk 'Beriman pada Allah', adakah beliau seorang Wahabi?, penipu? pembohong? dan penyesat umat islam di bumi Malaysia ini, yang sewajarnya dicaci maki spt mana yang saudara tunjukkan disini? kerana didalam buku tersebut beliau membahagikan tauhid kepada 3 bahagian dan menyatakan Abu Al-Hassan as-Sha'ari berkata tentang surah Thaha:5 bahawa 'Bersemayam di atas Arasy-Nya tidak dengan hak dan kaifiyyah seperti bersemayamnya makhluk-makhluk'.. Harap saudara Abu Syafiq dapat menyatakan disini hukuman atas tuan guru hj Abdul Hadi Awang, semoga ahli-ahli PAS yang lain spt saya dapat menyedarinya...

kemudiannya.. nak promote sikit, keluaran 'Majalah-I' bagi September 06 byk kisah ttg Hizbullah, asal-usul dll. serta pandangan Yusuf al-Qaradhawi yg positif ttg Hizbullah (adakah beliau Wahabi juga?) dan juga pandangan tokoh yang pastinya digelar' Wahabi' Malaysia disini Dr Asri Zainol Abidin ttg Hizbullah.... dan juga kebetulan lah jugak... ada artikel Dr Daniel pasal penciptaan alam dan teori Big Bang yg selari dengan penceritaan al-Quran tentang langit dan bumi, pernah saya sebutkan didlm post sebelum ini...harap yg ada kelapangan sudilah membacanya.....bacaan yg baik utk semua....

wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2006 08:17 PM | Show all posts
bilakah seseorg tu dikatakan wahabi?
- lepas baca buku & beramal dgn muhammad abdul wahab?
- tak baca qunut?
- kafir-mengkafir org?
- duduk mekah?
- duduk perlis?
- berkata Tuhan bersemayam di arasyNya?
- berkata Tuhan ada kaki?

masih konfius lagi...

kalau nak analogi dengan takrifan melayu = org yg beragama islam yg bercakap & mengamalkan budaya melayu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 31-8-2006 03:48 PM
Saya cuma ingin mengulangi disini permintaan saya pada tuan Abu Syafiq tentang Haji Hadi Awang (presiden PAS semasa), mgkn sahabat-sahabat yang lain boleh memberi pandangan sama. spt Grave or adik  ...


Rasanya tak perlulah engko mengganggu Tuan abu Syafiq dengan soalan-soalan yang akan menyimpang dari tajuk perbahasannya dengan Tok Mufti Sherali itu. Biarlah mereka berbahas dulu sebab nampaknya semakin menarik hujjah-hujjah dari pandangan ASWJ terhadap dakyah-dakyah wahabi yang begitu gigih dipertahankan oleh pencinta-pencinta wahabi dan kelihatan semakin tersungkur.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by orang_awam at 31-8-2006 08:17 PM
bilakah seseorg tu dikatakan wahabi?
- lepas baca buku & beramal dgn muhammad abdul wahab?
- tak baca qunut?
- kafir-mengkafir org?
- duduk mekah?
- duduk perlis?
- berkata Tuhan bersemayam di arasyNya?
- berkata Tuhan ada kaki?


Seseorang itu dikatakan sebagai wahabi apabila dia mengikut dan mengambil doktrin-doktrin ajaran Muhammad Abdul Wahab sebagai fahaman dan amalan dalam kehidupannya.

tak baca qunut?

Ya..ajaran wahabi tidak membenarkan membaca qunut khusus dalam solat subuh. Membaca qunut bererti melakukan satu bidaah dan pembuat bidaah akan masuk neraka. Ajaran wahabi tidak menemukan hadis-hadis yang mengatakan nabi ada membaca qunut dan jika ada hadis pun maka pastinya hadis-hadis tersebut lemah..kata mereka. Hanya wahabi saja yang boleh mengatakan sesuatu hadis itu lemah atau sahih.

kafir-mengkafir org?

Yang pasti sesiapa yang tidak beramal dengan cara mereka maka adapun mereka-mereka itu termasuk kesesatan belaka. Maka adapun orang-orang yang sesat semuanya masuk neraka. Maka adapun mereka semua ahli bidaah maka adalah wajib memerangi mereka sehingga mati. Maka ada pun orang-orang yang syahid memerangi ahli-ahli bidaah maka syurga lah balasannya. Maka adapun Yahudi dan Amerika itu bukanlah ahli bidaah maka mereka itu sahabat-sahabat kita juga.

duduk mekah?
duduk perlis?

Tidak...tempat bukan menyabitkan seseorang itu dengan wahabi. Pentadbirannya mungkin bersandarkan fahaman wahabi tetapi penduduk tak semua boleh tertipu dengan ajaran wahabi.
Di Perlis sendiri yang mengikuti fahaman ala-wahabi cuma beberapa tempat tertentu saja dan pemaksaan kerajaan wahabi Perlis terhadap penduduk-penduduknya masih kurang berjaya. Masih banyak masjid-masjid yang masih mengamalkan amalan-amalan bidaah mengikut wahabi.


berkata Tuhan bersemayam di arasyNya?
berkata Tuhan ada kaki?

Ya...itulah yang diperkatakan oleh mereka bahkan Tuhan juga ada dua biji mata, tangan serta telinga tapi tak sama seperti manusia. Ishk...nak samakan macam apa lak ya dengan otak kemampuan manusia yang ada?? Takut nanti jadi macam Tuhan Hindu lak yang hebatnya dengan berpuluh tangan, biji mata keliling kepala dan....ishk...ishk...astaghfirullahil azim!

[ Last edited by  Gravedigger at 1-9-2006 11:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 05:26 PM | Show all posts
Wahabi, wahabi juga.....SYIAH jangan dilupa......:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:29 AM | Show all posts
sekadar mengingatkan semua, kalau menggunakan akal, mustahil Nabi s.a.w. boleh Isra' dan Mikraj dalam satu malam... akal menafikan tapi iman mengiakan... maka sempurnalah iman apabila seseorang itu beriman seperti mana diwahyukan Allah dan diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. membenarkan setiap sesuatu yang tak difahami oleh akal dan akal tidak digunakan untuk menghujahkan balik apa yang diwahyukan dengan 'mengapa?' dan 'bagaimana?'.....  saya bukan seorang ilmuan agama, saya cuma berusaha untuk amalkan agama..dan saya tidak akan menyandarkan agama sekadar dengan kata-kata dan dakwaan manusia yang mendakwa... atau cerita-cerita rakyat didalam kitab-kitab sejarah yg ditulis manusia untuk membatalkan keterangan-keterangan yg jelas dari al-quran dan as-sunnah..

wallahu'alam..

petikan dari laman web al-ahkam....http://www.al-ahkam.net/home/mod ... ticle&sid=14619

Tafwidh yang saya maksudkan di sini ialah dalam masalah mensabitkan sifat-sifat Allah s.w.t. Jika dikatakan tafwidh, bermakna menyerahkan kepada Allah Taala.

Di sini timbul persoalan, apa yang mahu diserahkan kepada Allah Taala?

Kurang jelas persoalannya? Mari saya tunjukkan contohnya. Lihat surah ar-ra'd: 2:
"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.."

Ayat di atas menyatakan Allah Taala bersemayam di atas Arasy. Ada sebahagian golongan yang mentakwilkan ayat berkenaan dengan maksud menguasai. Takwilan ini dilakukan oleh golongan khalaf.




Ada satu lagi penjelasan mengenai masalah "Allah bersemayam di atas Arasy". Iaitu tafsiran tanpa takwilan. Didakwa bahawa idea tanpa takwilan untuk ayat ini ataupun ayat sifat lain datangnya dari para salaf.

Tanpa takwilan inilah timbulnya tafwidh. Menyerahkan kepada Allah Taala. Apa yang mahu diserahkan? Terdapat dua golongan yang menggunakan pendekatan tafwidh. Kedua-duanya dikatakan sebagai aliran salaf:

Golongan pertama (Asya'irah):
Tafwidh ialah menyerahkan maksud "Allah bersemayam di atas Arasy kepadaNya". Golongan ini terdiri dari mazhab Asya'irah.

Golongan kedua (Salafi):
Tafwidh ialah menyerahkan kaifiat atau bagaimana Allah bersemayam kepadaNya. Golongan ini dari aliran yang dipelopori oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah. Kita sebut sahaja selepas ini dengan salafi.

Golongan ini menetapkan sifat sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran. Mereka tidak mentakwilnya serta tidak tafwidh maknanya. Yang mereka tafwidh ialah kaifiatnya. Ia tidak sama dengan makhluk.

Mereka memberi makna bersemayam itu dengan maksud zahirnya, iaitu bersemayam.

------------------------------
Golongan Asya'irah mempersoalkan, jika tidak takwil dan tidak tafwidh, ini bermakna kita beriktikad bahawa Allah Taala itu bersemayam di atas Arasy. Jika begitu bermakna kita telah menjisimkan Allah Taala. Kita mengatakan Allah Taala menempati di suatu tempat.

Golongan salafi menjawab:
- Bersemayam di atas Arasy adalah sifat. Dalam ayat di atas, Allah Taala telah meyifatkan diriNya dengan bersemayam di atas Arasy. Kewajipan kita sebagai mukmin adalah menetapkan sifatNya dengan apa yang telah Dia sifatkan sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran. Jika kita tidak melakukannya bermakna kita telah mengurangkan satu sifat dari sifat-sifat Allah.

Tafwidh dengan menyerahkan maknanya kepada Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh golongan Asya'irah bermakna tidak menyifatkan Allah Taala seperti Dia telah menyifatkan diriNya di dalam al-Quran. Dengan kata-kata yg lebih mudah, mengurangkan salah satu sifatnya.

- Mentakwilkannya pula bermakna telah menyimpangkan maksud sebenarnya dari apa yang dikehendaki oleh Allah.

- Masalah menjisimkan Allah Taala bila tidak mentakwil atau bila mengatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy tidak timbul samasekali. Kerana:
Bukankah Allah itu tidak sama dengan makhluk. Bila tidak sama dengan makhluk maka dia bersemayam juga tidak sama dengan makhluk. Bagaimana cara dia bersemayam hanya Allah sahaja yang tahu. Kita tafwidh caranya kepada Allah. Hanya dia yang tahu. Pokoknya tidak sama dengan makhluk. Tidak boleh difikir dan tidak boleh dibayangkan oleh manusia.

----------------------------
Bila kita teliti memang sebagai mukmin kita wajib menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Allah Taala telah menetapkan sifatNya begitu, maka begitulah yang kita terima. Tanpa mengabaikannya dengan tafwidh maknanya. Atau tanpa melencongkan maknanya dengan mentakwilkannya.

Bila golongan Asya'irah mengatakan bahawa menetapkan sifat Allah dengan bersemayam di atas Arasy seperti yang termaktub di dalam al-Quran itu sebagai menjisimkan Allah Taala atau menganggap Allah seperti makhluk adalah hujahan yang tak boleh diterima samasekali.

Kerana bila Allah katakan bahawa Dia bersifat mendengar. Maka kita akan tetapkan bahawa Dia itu bersifat mendengar. Kita tidakpun mentakwilnya. Atau tafwidh maknanya.

Allah Taala bersifat mendengar. Kita juga bersifat mendengar. Ini kita semua akui. Dengan pernyataan ini, kita tidakpun mengatakan bahawa orang yang mengatakan Allah Taala mendengar itu sebagai telah menjisimkan ALlah. Atau telah menyerupakanNya dengan makhluk. Kerana sifat mendengar Allah itu tidak sama dengan sifat mendengar makhluk. Maha Suci Allah dari semua itu.

Begitulah halnya dengan sifat bersemayam. Allah bersemayam di atas Arasy. Manusia juga boleh bersemayam. Namun sudah tentulah semayamNya itu tidak sama dengan makhluk. Mahasuci Allah dari semua itu.

Bila dikatakan berulang-ulang sifatNya tidak sama dengan makhluk, maka tidak dapat diterima samasekali dakwaan orang yang mendakwa golongan salafi menjisimkan Allah.

Bila golongan Asya'irah mengatakan bahawa menyifatkan Allah Taala dengan bersemayam di atas ArasyNya itu bermakna mengatakan Allah Taala menempati suatu tempat. Atau mengambil ruang. Katanya ini menyamakan Allah dengan makhluk.

Ini juga hujahan yang tidak dapat diterima. Kerana sudah berkali-kali dikatakan bahawa Dia tidak sama dengan makhluk!

---------------------
Mengapa timbul persoalan?

Ya, mengapa timbul persoalan menyifatkan Allah Taala bersemayam di atas ArasyNya bermakna telah menjisimkan Allah. Atau menyatakan Allah menempati satu tempat dengan mengambil ruang. Atau menyamakanNya dengan Makhluk?

Perkara ini amat jelas bagi kita. Bila kita terlalu menggunakan pendekatan logik dalam mentauhidkan Allah Taala, inilah padahnya. Semuanya perlu pertimbangan logik, hingga dalam masalah bersemayam di atas Arasy juga mereka kembali kepada logik.

Mereka menggunakan pertimbangan logik manusia dalam menyifati Allah. Bila dikatakan Allah Taala itu bersemayam di atas Arasy, maka pertimbangan logik manusia mereka gunakan. Mereka akan memikirkan, kalaulah bersemayam bermakna duduk di singgahsana seperti raja-raja. Bila bersemayam bermakna mengambil ruang seperti duduknya manusia di atas kerusi. Bila bersemayam bermakna begitu dan begini seperti manusia...

Itu semua adalah logik-logik dan bayangan-bayangan karut dan tidak boleh diterima. Apakah mereka tidak beriman dengan:
" (Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat." (Syuraa: 11)

Bacalah kata-kata Imam Malik yang terkenal mengenai semayam (Istiwa'):
"Istiwa (semayamnya Allah) adalah hal yang sudah jelas, sedang bagaimananya adalah tidak diketahui, iman terhadapnya adalah wajib, dan mempertanyakannya adalah bid'ah."

Bukankah lebih sejahter pegangan aqidah yang tidak menyelewengkan makna apa yg telah Dia sifatkan atas diriNya. Atau lebih parah lagi bila kita menafikan sifat berkenaan dengan tafwidh makna!

Semoga bermanfaat untuk semua..


[ Last edited by  ahmadi_bangi at 4-9-2006 11:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 5-9-2006 10:31 AM | Show all posts
Jelas kejahilan Wahhabi dalam ilmua aqidah islam bila sering berhobi menukar tajuk.

Sheir抋li telah tersungkur....kini siapa lagi nk menyebok menyebarkan ajaran sesat Wahhabi yg kata 慉llah Duduk
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 5-9-2006 10:47 AM | Show all posts
ahmadi_bangi..anda telah membawa kenyataan mengkafirkan golongan islam Asya'iroh..

hobi anda mengkafirkan mereka ke?! dah lah tanpa dalil..anda mendakwa sesuatu yg tiada dalil...mana dan dalam kitab mana golongan asya'roh mengurangkan sifat Allah dan menafikan sifat Allah..anda telah membuat satu fitnah yg besar sambil mengkafirkan golongan asyairoh..

ahmadi_bangi :

sebagaimana yang telah dilakukan oleh golongan Asya'irah bermakna tidak menyifatkan Allah Taala seperti Dia telah menyifatkan diriNya di dalam al-Quran. Dengan kata-kata yg lebih mudah, mengurangkan salah satu sifatnya.


SOALAN SAYA ...DALAM KITAB MANA GOLONGAN ASYAIROH MENGURANGKAN SIFAT ALLAH DAN TIDAK MENYIFATKAN ALLAH DGN APA YG TELAH DINYATAKAN DLM ALQURAN..DLM KITAB MANA?!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 03:03 PM | Show all posts
Insya'Allah, semua boleh membaca dan memahami dengan baik apa yang saya tulis dan petik dari web al-ahkam, tentang masalah isra dan mikraj Nabi s.a.w., sy yakin semua memahami apa yang saya sampaikan, cuma Abu Syafiq yang dilihat kebingungan dan mengzahir sifat kelam-kabut dan terburu-buru.. baik mari kita kaji peristiwa isra dan mikraj Nabi s.a.w.... apa yang berlaku pada peristiwa tersebut? bukankah Nabi s.a.w. telah ke Baitul Maqdis dan kemudian 'naik' ke Langit? bukankah Nabi s.a.w. telah berjumpa para-para Nabi terdahulu dan melihat syurga dan neraka? bukankah Nabi s.a.w. telah menerima kewajiban solat terus dari Allah setelah naik ke Langit? wahhhhhhhhh?????????.... ALLAH DILANGIT KAH??????????????? SAYA HARAP ABU SYAFIQ MENJAWAB PERMASALAHAN INI? INI CABARAN TERUS DARI SAYA.. TOLONG SELESAIKAN MISTERI INI? dan lagi SATU APA PANDANGAN SAUDARA TTG TG HJ ABDUL HADI AWANG? MASIH TAK JWB LAGI KER? LAMA DAH TUNGGU...

masalah ke-2 tu merupakan satu petikan dari web al-ahkam bukan tulisan saya, saya cuma cut & paste untuk rujukan semua dan untuk semua memahami hujah oleh pihak lain yg disini dinamakan 'wahabi'... adakah saya telah mengkafirkan sesiapa dengan menyampai maklumat tersebut....saya cuma berkata berhati-hatilah dalam mengkafirkan org lain, golongan yg dinamakan 'Wahabi' mempunyai hujah dan sandaran yg jelas tentang masalah tersebut.........kalau saudara Abu Syafiq berminat bolehlah berbahas dengan pihak web al-ahkam.... kalau golongan Syiah pun boleh menyampaikan hujah, maka adalah wajar sy menyampaikan apa hujah golongan 'Wahabi' didalam masalah 'bersemayam di Arasy'....untuk makluman Abu Syafiq, kwn2 rapat saya lebih mengenali saya sbg org PAS dan org Tabligh.. dan bukannya 'Wahabi'... tapi sy biasa gak memasuki laman web al-ahkam dan membaca buku-buku golongan tersebut, apa yg setuju sy terima apa yg sy tak setuju sy tinggalkan especially bab sikap yg berlebihan dalam ijtihad mereka, bagaimanapun masalah ini sy lihat berlaku pada semua manhaj dan gerakan..tak kisahlah apa penamaan yang dinamakan...PAS ker, Tabligh ker Salafi ker...

Mengkritik biarlah adil dan nmpk kebenaran mengapa hujah kita sepatutnya diterima.. bukannya dengan memekik melolong tak tentu hala...

wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 5-9-2006 03:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 03:42 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 5-9-2006 03:03 PM
IInsya'Allah, semua boleh membaca dan memahami dengan baik apa yang saya tulis dan petik dari web al-ahkam, tentang masalah isra dan mikraj Nabi s.a.w., sy yakin semua memahami apa yang saya sampaikan, cuma Abu Syafiq yang dilihat kebingungan dan mengzahir sifat kelam-kabut dan terburu-buru.. baik mari kita kaji peristiwa isra dan mikraj Nabi s.a.w.... apa yang berlaku pada peristiwa tersebut? bukankah Nabi s.a.w. telah ke Baitul Maqdis dan kemudian 'naik' ke Langit? bukankah Nabi s.a.w. telah berjumpa para-para Nabi terdahulu dan melihat syurga dan neraka? bukankah Nabi s.a.w. telah menerima kewajiban solat terus dari Allah setelah naik ke Langit? wahhhhhhhhh?????????.... ALLAH DILANGIT KAH??????????????? SAYA HARAP ABU SYAFIQ MENJAWAB PERMASALAHAN INI? INI CABARAN TERUS DARI SAYA.. TOLONG SELESAIKAN MISTERI INI? dan lagi SATU APA PANDANGAN SAUDARA TTG TG HJ ABDUL HADI AWANG? MASIH TAK JWB LAGI KER? LAMA DAH TUNGGU...


fahaman saya,  komen Abu Syafiq itu adalah perkataan tuan berkenaan dengan hukum aqal dan hukum adat...ie harus aqal, mustahil aqal, mustahil adat etc.
kerana tuan kata mustahil aqal nabi naik ke langit dalam satu malam padahal sebenarnya mengikut kata kebanyakkan ilmuan islam dahulu dan sekarang (boleh pi tanya mana2 ustaz usuluddin pondok) ianya hanyalah mustahil adat tetapi harus aqal.

Tentang Allah di langit tu ketika israk mikraj, saya teringat ada seorang ustaz membuat perumpamaan macam orang pi panjat bukit untuk tengok anak bulan. Adakah anak bulan itu berada di bukit tersebut?  Itulah analoginya yang saya faham dan puas hati dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 05:39 PM | Show all posts
Sebagai orang melayu saya cuma berpantun...
             Pohon Delima Pohon Kasturi
             Hinggap Nuri Bersiul-siulan
             Di Padang Masyar sendiri-sendiri
             Pandai-pandailah sediakan jawapan

Dan jawapan yg baik adlh bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah, memahami islam sebagaimana yg diajar oleh Rasulullah dan disebarkan oleh Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w..tentang masalah isra dan mikraj.... dan juga 'bersemayam di Arasy' bagi sy yg terbaik adalah carilah jawapan berdasar nas-nas al-Quran dan Hadis dan amalan-amalan sahabat.. bagaimanakah beramal dengan firman2 Allah tersebut..bagi yg mempunyai ilmu maka sampaikanlah pada yg lain...supaya manfaat ilmu dimiliki oleh org lain...

Semua orang boleh memekik-melolong, memaki hamun, mendakwa orang lain suka putar belit, mendakwa orang lain suka mengkafirkan orang lain, mengkafirkan orang lain, mendakwa diri cukup berilmu dan banyak kajian, mengambar diri serba tahu...mendakwa telah menang dlm berbahas dan macam-macam lagi lah........dan kita boleh lihat secara jelas dari post-post yg kita baca..

Bagi sy apa yg penting, saya dpt beramal dengan yg sebaik mgkn untuk iman dan islam, dan sebarang teguran yg membina dari semua pihak amat saya alu-alukan...kerana teguran yg benar akan membantu sy memasuki syurga Allah...walaupun tak sedap ditelinga saya..tapi amat baik untuk kehidupan akhirat saya...

wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 5-9-2006 05:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 06:04 PM | Show all posts
Post  2 sept 2006 ini oleh alfaqir101 di Bicara Sufi
http://www.bicarasufi.com/bsc/vi ... er=asc&start=25

Cuma mahu berkongsi dengan rakan2 di sini. Semoga tuan empunya post tidak marahkan saya yang jugak faqir ini.

Semoga Allah menyelamatkan saya dan saudara rakan-rakanku  sekalian daripada segala kesesatan.

Bismillah...Alhamdulillah...Selawat dan Salam buat Rasulillah s.a.w...

Penjelasan-penjasalan tuan-tuan/puan-puan amat terang dalam persoalan ini. Terima kasih juga kepada tuan Bonang Penerus, dengan penjelasan yang mendalam.

alfaqir cuma ingin tambah sedikit tentang persoalan tauhid Rububiyyah dan Uluhiyah ini, di samping menegaskan, bahawa Shiekh Fuad Kamaluddin Al-Rembaui telahpun menjelaskan secara terperinci dan terang dalam buku beliau tentang persoalan tersebut (semoga Allah s.w.t. membalasi usaha beliau).

Terlebih dahulu, apakah Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyyah di sisi pengasasnya iaitu Sheikh Ibn Taimiyah?

Menurut beliau, Tauhid Rububiyah (ketuanan) ialah: mengakui dan mempercayai bahawa hanya Allah s.w.t. lah yang menciptakan dan mentadbir seluruh makhluk dalam alam ini. Ia juga termasuklah beriman bahawa, hanya Allah s.w.t.lah yang memberi manfaat dan mudarat kepada makhluk-makhluk-Nya.

Menurut beliau, orang-orang kafir dan musyrik Mekkah dan para musyrikin turut beriman dengan Tauhid ini, kerana walaupun mereka menyembah selain dari Allah s.w.t., namun mereka tetap beriman bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan seluruh makhluk Adapun tujuan mereka menyembah selain Allah s.w.t., adalah untuk menghampirkan diri mereka kepada Allah s.w.t., dengan penyembahan mereka kepada berhala-berhala dan sebagainya.

Tauhid Uluhiyah (keTuhanan) pula ialah: mengakui dan beriman bahawa, hanya Allah s.w.t.lah sahaja, Tuhan yang layak disembah. Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah s.w.t., dan hanya kepada-Nya setiap ibadah, doa dan ketaatan mutlak para hamba-hamba-Nya.

Ibn Taimiyah seterusnya menerangkan bahawa, hanya orang-orang Iskan sahaja yang beriman dengan Tauhid Uluhiyyah.

Jadi, kesimpulan yang dibuat olehnya, setiap orang yang beriman dengan Tauhid Uluhiyah akan beriman dengan Tauhid Rububiyah dan tidak semestinya setiap yang beriman dengan Tauhid Rububiyah akan beriman dengan Tauhid Uluhiyah, seperti orang-orang mursyrikin.

Ibn Taimiyah juga turut mengataka n bahawa, para Rasul tidak diutuskan oleh Allah s.w.t., melainkan untuk menyeru manusia kepada Tauhid Uluhiyyah. Adapun Tauhid Rububiyyah, seluruh manusia beriman dengannya samada orang kafir atau muslim.

Tauhid Rububiyah dan Uluhiyah: Suatu Penilaian

Tauhid ini tersebar dengan meluas, saban zaman, di bawah panji perjuagan golongan Wahhabi, sehingga turut mempengaruhi Sistem Pendidikan Agama di Malaysia, di mana kita dapati, ianya dijadikan sebagai silibus dalam Pengajian Al-Qur'an dan Sunnah dalam SPM.

Bahkan, ramai dikalangan para ulama' yang memperluaskan konsep tauhid ini, di serata dunia.

Namun, dalam perkembangan yang lain, sebahagian besar golongan ulama' dari serata dunia menolak tauhi tersebut, khususnya para ulama' dari Mesir (ulama' Al-Azhar), Syria, Jordan, dan sebagainya, kerana memahami hakikat sebenar di sebalik agenda mempopularkan konsep tauhid Uluhiyah, Rububiyah dan Asma' Wa Sifat ini.

Konsep Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyah dalam neraca Al-Qur'an dan As-Sunnah

Persoalan yang paling utama ialah, adakah pembahagian tauhid tersebut pernah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para ulama' salafus soleh?

Jawapannya: Tidak.

Jadi, bagaimana Ibn Taimiyah dan golongan Wahhabi yang amat keras menentang segala bentuk bid'ah, mengetengahkan konsep Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyah yang merupakan suatu bid'ah dalam masalah aqidah ini?

Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani menegaskan bahawa, tidak pernah timbul perbezaan di antara
istilah Rabb dengan Ilah (Tuhan) dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Bahkan, tidak pernah disebut bahawa, sesiapa yang beriman dengan Tauhid Rububiyah, tidak semestinya beriman dengan Tauhid Uluhiyah. Jika kita baca dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, apa yang kita dapati bahawa, sesiapa yang beriman dengan Tauhid Rububiyyah secara tidak langsung, telahpun beriman dengan Tauhid Uluhiyyah dan sesiapa yang tidak beriman dengan Tauhid Uluhiyah secara tidak langsung, tidak beriman dengan Tauhid Rububiyah. Jadi, orang-orang kafir tidak beriman sama sekali dengan Tauhid Rububiyah mahupun Tauhid Uluhiyah.

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Yusuf, atas lisan Nabi Yusuf a.s. kepada penghuni-penghuni penjara dalam usaha untuk mendakwah mereka: "Adakah Arbab (banyak Rab) yang banyak, lebih baik atau Allah yang Maha Esa..."

Dari ayat ini jelaslah bahawa, tiada beza antara Ilah dan Rab dalam Al-Qur'an, bahkan ianya juga membatalkan dakwaan Ibn Taimiyah bahawa para Rasul tidak mengajak melainkan kepada Tauhid Uluhiyah, bukan Tauhid Rububiyah, sedangkan Nabi Yusuf a.s. sendiri mengajar tentang Tauhid Rububiyah kepada penghuni penjara, kerana tiada beza antara Rab dengan Ilah dalam Al-Qur'an.

Bahkan, dalam ayat Misaq (perjanjian antara roh-roh manusia dengan Allah s.w.t.) juga menceritakan bahawa, Allah s.w.t. bertanya kepada roh-roh manusia "Tidakkah kamu mengaku Akulah Rab kamu" Kalaulah Tauhid Rububiyah berbeza dengan Tauhid Uluhiyah, dan kalaulah Tauhid Rububiyah semata-mata tidak dapat membezakan antara orang-orang kafir dengan orang-orang Islam, maka soalan dari Allah s.w.t. tersebut, tidak cukup untuk membuktikan penyaksian Tauhid mereka terhadap Allah s.w.t., dan ini merupakan sesuatu yang tertolak.

Ini kerana, jka kita baca ayat tersebut seterusnya, orang-orang kafir mengatakan bahawa: "Sesungguhnya kami lalai terhadap perjanjian tersebut". Kalaulah benar perkataan Ibn Taimiyah bahawa, orang-orang kafir juga beriman dengan Tauhid Raububiyah, mengapa mereka mengatakan bahawa, mereka lalai dari perjanjian tersebut sedangkan perjanjian tersebut juga berkaitan dengan Tauhid Rububiyah.

Ini jelas membuktikan bahawa, Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah tidak berbeza, bahkan ianya merupakan suatu perkara yang sinonim antara satu sama lain. Sesiapa yang beriman dengan Tauhid Rububiyah maka, mereka juga beriman dengan Tauhid Uluhiyah, dan begitu juga sebaliknya.

Adapun dalam As-Sunnah juga, tidak wujud perbezaan antara Rab dan Ilah dan tidak wujud di perbezaan antara Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah. Bacalah hadis tentang soalan kubur di mana malaikat akan bertanya kepada manusia: "Siapakah Rab (Tuhan) kamu?" Hanya orang mukmin sahaja mampu menjawab soalan tersebut, sedangkan orang kafir akan disiksa kerana tidak mampu menjawab soalan tersebut kerana kesyirikan mereka.

Kalaulah benar konsep Tauhid yang dibawa oleh ibn Taimiyah ini, dan kalaulah benar orang-orang kafir sudah beriman dengan Tauhid Rububiyah, mengapa mereka tidak mampu menjawab soalan malaikat tentang Tauhid Rububiyah tersebut, dan apa gunanya malaikat bertanya "Siapakah Rab kamu" kalau soalan tersebut tidak membezakan antara orang mukmin dengan orang kafir, seperti dakwaan Ibn Taimiyah bahawa orang kafir juga beriman dengan Allah sebagai Rab?

Kesimpulannya, konsep perbezaan antara Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah adalah tertolak menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, bahkan ianya merupakan suatu bid'ah yang amat jelas dalam aqidah. Rab ialah Ilah dan Ilah ialah Rab di dalam nas-nas syar'ie, kerana kedua-dua itu membawa maksud Tuhan.

Jadi, orang-orang kafir tidak pernah beriman dengan Tauhid Rububiyah, kerana mereka mensyirikkan Allah s.w.t. dalam penyembahan mereka.Sesiapa yang tidak beriman dengan Tauhid Uluhiyah bererti dia tidak beriman dengan Tauhid Rububiyah.

Agenda di Sebalik Mempopularkan Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Rububiyah

Sheikhuna Dr. Umar Abdullah Kamil dan Ust Fuad Al-Rembawi jelaskan bahawa, tujuan golongan Wahhabi menyebarkan ialah untuk mengkafirkan golongan yang bercanggah dengan mereka khususnya golongan sufi yang bertawassul dengan orang-orang yang telah mati dan sebagainya.

Oleh itu, pembahagian tauhid ini perlulah ditolak agar ianya tidak menjadi suatu pintu perpecahan umat Islam.

P/S: Adapun teks penuh tentang penolakan Sheikhul Islam Yusuf Ad-Dijawi Al-Maliki Al-Azhari terhadap konsep pembahagian aqidah Ibn Taimiyah tersebut, boleh di dapati dari laman web: http://www.al-razi.net/kwathare/nqd.htm
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 09:43 PM | Show all posts

Assalamualaikum ya Sheikh Abu Syafiq. Sekadar ingin mengetahui bagaimanakah saudara mentafsir & mengimani firman2 ALLAH AZZAWAJALLA dibawah ini:



Maksud firman Allah swt :
揝esungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 10:42 PM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 31-8-2006 12:51 PM
sheir'ali yg kafirkan ( menyamakan dgn org kafir) kpd umat islam yg melakukan amalan maulid..nah!

anda dan Imam Suyuti dan Ibnu Kathir...sapa lebih alim?!

Ibnu Kathir menceritakan amalan maul ...


Saya bukan bermaksud nak menolak atau nak merendah2kan mana2 ulamak tapi mana yg bertentangan quran dan sunnah maka kita terima dan mana yg bertentangan卛tu adalah kesilapan yg dtgnya dr manusia spt kita juga
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 5-9-2006 10:31 AM
Jelas kejahilan Wahhabi dalam ilmua aqidah islam bila sering berhobi menukar tajuk.

Sheir抋li telah tersungkur....kini siapa lagi nk menyebok menyebarkan ajaran sesat Wahhabi yg kata 慉llah Du ...



sblm anda nak menuduh saya menyebarkan fahaman "ALLAH DUDUK" cuba buktikan dulu bhw saya mengatakan bhw saya berpegang kpd aqidah tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 5-9-2006 10:44 PM



sblm anda nak menuduh saya menyebarkan fahaman "ALLAH DUDUK" cuba buktikan dulu bhw saya mengatakan bhw saya berpegang kpd aqidah tersebut..


Incik Sheir'ali setuju ker dengan fahaman wahabi? Berapa peratus agaknya yang incik boleh terima pandangan-pandangan mereka??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 6-9-2006 02:02 PM | Show all posts

to sheir'ali

Ketidakfahaman golongan Wahhabi terhadap nas alquran dan hadis amatlah diketahui umum para ulama islam.

sheir'ali kata :

Kalau nak lihat pendapat yg menolak amalan maulidurrasul ni ramai jg ulamak yg menolaknya


saya bertanya kpd anda wahai sheir'ali..boleh tak anda senaraikan siapakah ulama2 muktabar tersebut dan dari kitab mana mrk nyatakan penolakan maulidurRasul? harap bagi detail seperti yg saya kemukakan pandangan ulama yg mengharuskan amalan maulidurRasul.

kali ini sy tidak akan katakan Wahhabi pd ulamak muktabar (sekiranya ada)yg menolak amalan maulid tapi saya hanya nak tahu siapakah ulama muktabar yg menolak amalan mauliddurRasul? sila kemukakan Nama ulama muktabar yg terdahulu ( bukan hanya skrg) dan dalam Kitab apa serta nyatakan cetakan dan mukasuratnya sekali. Ini sebagai rujukan. shier'ali kata 'RAMAI'.......mari kita lihat berapa ramai.......

sheir'ali kata lg :

bahkan ramai jg ulamak mengatakan bhw raja muzaffar yg mula2 menganjurkan upacara maulidurrasul ini adalah seorg yg zalim lalu dia membuat amalan ini bertujuan nak menutup kesalahannya itu..


SILA NYATAKAN SECARA DETAIL NAMA DAN KITAB MANA ULAMA TU CKP MCM ANDA DAKWA.

to sy dapati sheir'ali hanya sebut 'Ramai'  tapi adakah tuan2 nmpk SATU JEK NAMA ULAMA TERSEBUT DISENARAIKAN DAN KITABNYA DINYATAKAN OLEH SHEIR'ALI ?...sy tak nmpk plak...mcm mana "ramai' tapi tak nmpk? adui...

ok..sila jwb kedua soalan diatas wahai sheir'ali..sy nk dr ulama terdahulu samaada zaman salaf atau sezaman dgn Ibnu Kathir dan Imam Sayuti.

satu lg...yg ana nmpk anda berhujah atas angin...ana tak pasti Nazam mana yg anda maksudkan..tetapi yg ana tahu kebanyakan tempat dimalaysia nie tak guna nazam berbunyi mcm tu...tp mungkin ada...

so...boleh tak sheir'ali bawakan secara detail mengenai nazam maulid yg didakwa oleh sheir'ali sebagai SYIRIK tuh? sy tak pernah nampak plak dan saya tak pernah amalkannya pulak...kalau betul yg dinyatakan oleh sheir'ali kita pakat2 banteras apa yg tak betul.

so..sheir'ali..saya mahukan nazam tersebut kerana saya tak mempunyainya dan tak pernah dengar..sila kemukakan Nazam Maulid trsebut, kita akan sama2 bincang secara ilmiah.

[ Last edited by  abu_syafiq at 6-9-2006 02:12 PM ]
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 6-9-2006 02:37 PM | Show all posts

to skywalker

sblm sy menjawab soalan anda(sy akan menjawab)d..sy ingin bertanya soalan yg amat pendek pd anda dan soalan yg amat mudah..kerena saya bimbang apabila sy menjawab soalan anda silap pula pemahaman anda.

ok..wahai skywalker   ...apakah yg anda faham dari perkataan 'bersemayam'?

sy tidak kata bersemayamnya Allah!
atau bersemayamnya manusia atau bersemayamnya apa2...just..apakah erti 'bersemayam' yg anda faham?!

itu jek,sila jwb..sekiranya tak tahu nk jwb soalan semudah itu sila rujuk kamus dewan bahasa apakah erti 'bersemayam' atau semayam. sy tidak menyerang anda...jgn takut.

sy menunggu jwpn anda..
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 6-9-2006 02:58 PM | Show all posts

to ahmadi_bangi

Ahamadi_bangi kata:

masalah ke-2 tu merupakan satu petikan dari web al-ahkam bukan tulisan saya, saya cuma cut & paste untuk rujukan semua dan untuk semua memahami hujah oleh pihak lain yg disini dinamakan 'wahabi'... adakah saya telah mengkafirkan sesiapa dengan menyampai maklumat tersebut....saya cuma berkata berhati-hatilah dalam mengkafirkan org lain, golongan yg dinamakan 'Wahabi' mempunyai hujah dan sandaran yg jelas tentang masalah tersebut


sy katakana pdnya..inilah padahnya bila hang mempertahankan ajaran yg hang sendiri tak fhm.

Knp yg pie cut & paste kenyataan yg mengkafirkan golongan Asyairoh?! Sedangkan kenyataan mrk itu tidak langsung bersandarkan fakta yg tepat..

krn itulah sy Tanya pada anda..dlm kitab mana Aisyairoh menafikan sifat Allah dan mengurangkan sifat Allah?!
Dalam kitab mana?

anda yg mendakwa sebegitu dgn mengunakan cara cut & paste dan anda MEMPERSETUJINYA?
ahmadi_bangi kata ;
golongan yg dinamakan 'Wahabi' mempunyai hujah dan sandaran yg jelas tentang masalah tersebut.........


oleh krn anda mempersetujinya (iaitu mengkafirkan Asyairoh dgn mengatakan Aysiroh tidak menisbatkan sifat Allah bahkan mengurangkan sifat Allah) maka soalan saya,

dari kitab Asyairoh mana anda atau antum kutip?! Dari kitab mana anda sanadarkan bahawa Asyairoh mengurangkan sifat Allah..sila nyatakan..

ahmadi_bangi kata lg:

Mengkritik biarlah adil dan nmpk kebenaran mengapa hujah kita sepatutnya diterima.. bukannya dengan memekik melolong tak tentu hala...


Bagi sy?udah cukup kitab Allah dan HAdis nabawi serta ijmak ulama yg menafikan sifat duduk bagi Allah....sy rasa itu hujah yg cukup adil..
Dan sy tidak pula memekik melolong sprit  org ni..:

Ahmadi_bangi :
bukankah Nabi s.a.w. telah menerima kewajiban solat terus dari Allah setelah naik ke Langit? wahhhhhhhhh?????????.... ALLAH DILANGIT KAH???????????????


Anda yg memekik dan melolong bukan org lain..
Wassalam.
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 6-9-2006 03:20 PM | Show all posts

to umum

Assalamualaikum..

bleh tak sapa-sapa terangkan disini...

DIMANAKAH SEBENARNYA 'TUHAN' YANG DISEMBAH OLEH WAHHABI?!

krn sy lihat sekejap mrk ( Wahhabi) kata : TUHAN ATAS ARASY, kemudian mrk kata pula : TUHAN DILANGIT, kemudian mrk kata pula : TUHAN BERSEMAYAM ATAS ARASY..lepas kita tengok mrk kata : TUHAN BERSEMAYAM KE LANGIT.


so....dilangitkah 'tuhan' Wahhabi atau di atas arasy atau
bersemayam atas arasy ke bersemayam atas langit 'tuhan' Wahhabi nih?

sila jelaskan kepada sy wahai yg arif...jwpn yg SATU

[ Last edited by  abu_syafiq at 6-9-2006 03:24 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060527 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list