CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tora bora

Kenapa Padri ni masuk Islam ?

 Close [Copy link]
Post time 11-2-2011 06:23 PM | Show all posts
Saya faham mengapa anda merasa begitu pelik, kerana apabila perkataan satu bahasa diterjemah kep ...
tora bora Post at 11-2-2011 09:41


Jadi..sepatutnya sallo/sallu dlm ayat 33:35 patut diterjemakan to pray dan bukannya blessing.

Dalam tradisi Islam sperti bbeberapa tafsir yang aku copy n paste..konsep Allah berdoa untk makhluk ciptaan bukan ler sesuatu yg asing.

Jadi dlm kes ini, dlm konteks kritikan sr thdap Yesus yg bdoa kepada Bapa, sr. perlu lihat...perkara yg sama juga berlaku dlm tradisi Islam.

Dalam kes Kristian...Yesus berdoa/memuji Bapa.

Dalam kes Islam, Allah berdoa utk makhluknya.

Jadi, kesimpulannya, hujah anda hanya kerana Yesus berdoa/memuji Bapa, maka bagi anda Yesus bukan TUHAN adalah terbatal..Kalau anda tetap nak menggunakan hujah tersebut sebagai asas anda untuk mempertikaikan ketuhanan Yesus, maka org Kristian juga akan berbuat perkara yang sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 06:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_shalom at 11-2-2011 18:34

Reply 338# tora bora


Bagi saya itu adalah masalah benar..,..seolah kesesatan agama Kristian ini adalah dirancang oleh TUHAN itu sendiri!

Kemudian, selepas beberapa ratus tahun..baru TUHAN Allah beritahu perkara sebenar..wahai St. Peter..St. Thomas..St. Mark...dan umat Kristian sekalian alam, yang korg ratip atas kayu salib tu bukan Yesus...


Bagaimana esok lusa, datang seorang ngaku nabi dan berkhubah kepada anda org Islam...

"wahai org Islam..sesungguhnya Mohd itu adalah manusia biasa...telah datang kepada mu seorang Nabi Agung, iaitu XTHCSY...dan agama yang disukai oleh ALLAH hanyalah agama MANDU..tinggalkan agama Islam..masuk agama MANDU...sekiranya kamu engkar, walaupun setelah diberi peringatan, maka neraka jahaman adalah tempatmu."
(Surah MANDU ayat 20)

adakah anda dengan mudah meninggalkan Islam, setelah ratusan tahun anda org Islam beriman bahawa Muhamad itu nabi, dan memeluk agama MANDU? dan paling teruk diancam dengan azab api neraka sekiranya engkar..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 06:32 PM | Show all posts
Pihak gereja telah membuat banyak kesalahan dgn penterjemahan, Spt Esau menjadi Jesus, Al-Masih menjadi "Christ", Cephas menjadi "peter" dan lain-lain.


Hurmmm... Esau bukan diterjemah jadi Jesus lah. Esau is the first-born of Jacob, and the second offspring of Jacob is Isaac. Esau means berbulu. Awak tahu tak Jesus maknanya apa? Jesus dari transliterasi bahasa Aramaic ke bahasa Greek disebut sebagai Iesous. Dalam bahasa Suryani nama Jesus disebut sebagai Eeshoo bukan Esau.

Dalam bahasa Hebrew dan Suryani Barat, Jesus disebut sebagai Yahoshea' dari kata Ya dan Ho'shea'. Dalam bahasa Arabic digunakan dalam hymn Christian Middle East sebelah Barat, mereka sebut Jesus sebagai Yasu' berdekatan dengan bunyi Yahoshea'. Orang Nasrani Timur seperti kami di sebelah kawasan Hindia Timur dan Iraq ni gunakan nama Jesus dengan sebutan Suryani Timur iaitu 'Eeshoo yang dekat2 bunyi dengan 'Isa. Mana salah terjemahannya? Ini bukan terjemahan, ini lebih kepada transliterasi atau perubahan morfologi bahasa dan tulisan lah, abang Tora.

Saya tak tahu macam mana awak dapat ni semua? Awak buat cross check bagaimana? Awak beli tak kamus bahasa Suryani dan bahasa Hebrew sambil buat cross check linguistical characteristics between these three major dialects of Semitic language?

al-Masih adalah sebutan bagi gelaran Jesus dalam bahasa Arab. Christ adalah terjemahan ke bahasa Greek, sebutannya Christos, Hiristos dari bahasa Suryani iaitu Mashikha. Dalam bahasa Hebrew ia disebut sebagai ha'Mashikha dan dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Maseeh maksudnya yang disapu (dengan minyak). Perkataan Masih ni juga menerbit kata nama pemadam iaitu mimsah dalam bahasa Arab sebab fungsi pemadam tu sendiri melibatkan kerja menyapu sesuatu misalnya debu kapur kat papan hitam sampai terpadam.

Makna Christos atau Mashikha sebenarnya ialah yang diurapi minyak, biasanya guru agama, tuk imam atau rabbi yang menjalankan tanggungjawab dalam syariat kami memang diurapi minyak. Syariat kepada Muhammad buat juga kah?

Lihat juga dalam The King James Version, memilih kata 'Ghost' drp kata 'spirit' ketika menterjemahkan 'pneuma'..


Apa makna pneuma? Pneuma also means angin kan? Awak belajar teori fizik tak berkenaan dengan pneumatic? Sky dah lama tinggal sekolah pun masih ingat lagi benda-benda ni. Spirit bukan macam angin kah? Awak tak nampak angin tapi awak boleh rasanya bila ia tiup, rambut awak mengerbangan? Awak sangkakan Ghost dalam bahasa Inggeris macam ghost yang ada dalam drama2 Melayu di TV3 kah? Sky tak rasa wujud masalah pun di sini sebab kami faham ajaran agama kami dan apa yang nak disampaikan walaupun melalui terjemahan

Awak ade ambik tauliah terjemahan tak dari USM atau dari Institut Terjemahan Negara Malaysia atau dari mana-mana universiti di seluruh dunia yang menawarkan kursus penterjemahan dan interpretasi? Susah nak cakap dengan orang tak bertauliah dalam bidang sebegini awak mungkin tak tahu pula teori2 ilmu penterjemahan dan penafsiran. Kami orang Nasrani dah buat terjemahan dan tafsiran lebih lama sebelum kelahiran Muhammad lagi walaupun kemudian orang Muslim ambil ilmu kami dan kemudiannya hanya sebutkan apa yang ada di Andalusia saja walhal yang di Baghdad, Iskandariah dan di Damsyiq ditinggalkan dari sejarah kamu sebab orang Nasrani yang terjemahkan. Kami faham bias berlaku di mana-mana pun jangan risau
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 06:43 PM | Show all posts
Yang Cephas tu nama orang yang berbeza dari Peter. Caiaphas adalah mufti agama orang Yahudi. Sebutannya Kayafa. Awak pernah dengar tak Yusuf Bar Kayafa dan peristiwa Jesus dibawa pergi ke pengadilan? Kayafa ni siapa bagi awak? Awak baca Bible betul2 tak niiiii?   

Awak ni lagi boleh, sampai tangkap muat nak cari kesalahan je ye kepada agama Nasrani dan Masihi Dah mengalahkan missionary2 yang kacau Ahmad Deedat kat kedai runcit tempat beliau kerja dulu tu sebelum beliau bukak pusat dakwah. Awak nak orang Nasrani bertindakbalas macam Ahmad Deedat gak? Kami sebenarnya hormat kepada Muhammad tapi penganut ajaran yang disampaikan kepada Muhammad dah jadikan kami rasa muak pula.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 06:54 PM | Show all posts
menolaknya sebab 'ego' dan 'sombong' dlm diri mereka.


Jadi apa pula jadi kepada orang Islam yang menjauhkan umat lain dari ajaran Muhammad dengan menghina mereka? Adakah diampunkan oleh Allah juga?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 07:09 PM | Show all posts
Kemudian, selepas beberapa ratus tahun..baru TUHAN Allah beritahu perkara sebenar..wahai St. Peter..St. Thomas..St. Mark...dan umat Kristian sekalian alam, yang korg ratip atas kayu salib tu bukan Yesus.


Walaupun kita mungkin berbeza pemahaman teologi bang Shalom, tapi dalam hal rentetan peristiwa yang berlaku kepada al-Masih masih lagi sama bagi kita semua.

Mereka semua selalu kata mereka tak caya Jesus dah mati atas palang salib tu sebaliknya diangkat ke langit. Kita ni berada dalam kesamaran sama macam orang Yahudi yang jadi talibarut penjajah Roman.

Tapi dalam account New Testament kita ada disebut pasal Jesus was Resurrected. Jadi dalam bahasanya, nabi Isa dibangkit kembali selepas 3 hari lalu naik (diangkat) ke langit. Jadi persoalannya kenapa dekat point ni tiba2 je sama pulak, maksud Sky naik ke langit tu? Napa dorang tak sebut rentetan peristiwa ni sekali bila nak berdalil? {:1_126:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2011 07:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_shalom at 11-2-2011 19:37

Reply 344# sky_ephemeris


kalau ikut Kristian..senang je...Yesus wafat kemudian pada hari ketiga bangkit semula dan kemudian naik ke surga.

Umat Kristian dari zaman Para Rasul beriman akan kronologi perkara ini:

Yesus telah wafat
Yesus telah bangkit
Yesus akan kembali


Sebaliknya, Islam pula...banyak perkara yg masih samar2...dorg pun x sepakat siapa yang diatas kayu salib..x sure adakah yesus benar2 wafat atau tidak...mcm2 teori yg kita dengar. Ahmad Deedat pun aku dengar ikut fahaman Ahmadyiah..dimana Yesus pengsan..lepas tu pergi India mari..

SKY klik kat website ni:

http://christianthinktank.com/4157.html

dan baca artikel ini:

http://christianthinktank.com/qdeath1.html

Aku galakkan SKY slalu buka website ini...teramat berguna utk umat Kristian:

http://christianthinktank.com/
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 01:23 AM | Show all posts
Reply  tora bora


Bagi saya itu adalah masalah benar..,..seolah kesesatan agama Kristian ini ad ...
cmf_shalom Post at 11-2-2011 18:29

bukan kesesatan kristian, malah setiap perkara yg berlaku keatas manusia adalah ujian yg dirancang/ditakdirkan berlaku sebagai ujian kpd manusia.  dlm kes kristian ini, manusia diuji adakah manusia boleh menerima  secara logic nya iaitu adakah jesus itu manusia atau tuhan.

guna kan lah logic anda itu yg memang tuhan telah bekalkan kpd manusia.
dgn logic juga boleh dikesan saamada ajaran mana2 agama itu betul atau sesat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2011 02:39 AM | Show all posts
manusia diuji adakah manusia boleh menerima  secara logic nya iaitu adakah jesus itu manusia atau tuhan.


Awak boleh baca theological explanation Gereja kami iaitu Gereja Saint Thomas (Gereja Timur) pasal divine and human personality of Jesus yang saya dah terang panjang berjela2 di thread lain-lain. Saya tak tahu lah berapa ramai orang Islam boleh faham pasal Insan Kamil.

Kami percaya kepada takdir Ilahi yang tak boleh berubah-ubah sebab ia hanya berada dalam pengetahuan-Nya sahaja walaupun kita berdoa sesuatu pun di dunia ni dan tiba2 nasib kita berubah sebenarnya perbuatan kita berdoa pada masa tu pun berada dalam pengetahuan-Nya.

Dalam beriman, logic dan keyakinan perlu ada sama. Kalau ada satu sahaja makanya iman awak tak lengkap. Benda2 ni semua Metropolitan (Imam2) kami dah sebutnya dulu sebelum orang Islam sebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 12:06 PM | Show all posts
Jadi apa pula jadi kepada orang Islam yang menjauhkan umat lain dari ajaran Muhammad dengan menghina mereka?  Adakah diampunkan oleh Allah juga?


Setiap orang akan diadili diakhirat nanti dgn seadil-adilnya, termasuk orang Islam. Orng Islam yang berdosa juga tidak terlepas dari seksa api neraka, cuma mereka akhirnya akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga setelah dosa mereka dibalas.

Namun bagi yang bukan Islam, akan diseksa dlm api neraka utk selamanya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 03:45 PM | Show all posts
Orng Islam yang berdosa juga tidak terlepas dari seksa api neraka, cuma mereka akhirnya akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga setelah dosa mereka dibalas.


Orang Yahudi pun cakap begitu juga abang Tora. Mereka dimasukkan sehari je dalam neraka kemudian akan masuk syurga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 08:03 PM | Show all posts
Orang Yahudi pun cakap begitu juga abang Tora. Mereka dimasukkan sehari je dalam neraka kemudian akan masuk syurga


Dalam kepercayaan st thomas pula macam mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 09:42 PM | Show all posts
Semua bergantung kepada roh awak sama ada ia suci atau tak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 10:21 PM | Show all posts
Semua bergantung kepada roh awak sama ada ia suci atau tak


Kalau orng buddha, hindu or Islam, sucikah roh mereka ni menurut st thomas ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 11:47 PM | Show all posts
Aiyo abang, Saint Thomas tu apostle Jesus lah. Beliau pergi ke India Selatan spesifiknya ke Kerala dan ajarkan orang Israel di situ ajaran al-Masih sekitar abad ke-51 sesudah kenaikan al-Masih.

Gereja pecahan kami tak sama dengan pecahan sebelah Barat. Gereja memang dipanggil Gereja Saint Thomas, tapi ada banyak aliran di bawahnya. Ada juga aliran yang sama dengan orang Byzantine seperti orang Nasrani yang tersebut dalam Quran kena bakar beramai-ramai oleh raja orang Yahudi di Selatan Semenanjung Arab. Kenapa Quran sebut pasal mereka kalau mereka sembah manusia?

Hal roh tu. Ya, jika roh awak suci maksudnya fikiran dan hati awak suci bersih selain dari perhambaan awak kepada Allah melalui disiplin-disiplin yang diajarkan dalam syariat yang membantu awak mencapai hati bersih jiwa yang tenang tu. Hati yang bersih akan dilimpahi dengan ilham yang baik dari Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 12:03 AM | Show all posts
Hal roh tu. Ya, jika roh awak suci maksudnya fikiran dan hati awak suci bersih selain dari perhambaan awak kepada Allah melalui disiplin-disiplin yang diajarkan dalam syariat yang membantu awak mencapai hati bersih jiwa yang tenang tu. Hati yang bersih akan dilimpahi dengan ilham yang baik dari Allah.


Ertinya, tak kira manusia tu sembah siapalah,
walaupun seumur hidup dia hanya sembah Tuhan orang Hindu umpamanya...
pun boleh masuk 'kalo hatinya suci', begitukah ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2011 12:04 AM | Show all posts
orang Nasrani yang tersebut dalam Quran kena bakar beramai-ramai oleh raja orang Yahudi di Selatan Semenanjung Arab


Boleh tunjukkan surah apa dan ayat ke berapa ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 01:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by sky_ephemeris at 13-2-2011 01:45

Awak tak baca kitab sendiri kah, omG? Surah al-Buruj ayat 4-8. Orang Kristian Najran yang dihukum bunuh oleh raja Zi Nuas sekitar abad ke-4 M beberapa lamanya sebelum nabi awak tu lahir? Kan ada kisah pasal anak kecil dikendong ibunya semasa hendak terjun ke parit kerana hendak mempertahankan keimanan kepada ajaran nabi Isa kami tu, ibu berasa ragu-ragu bila melihat anaknya yang masih bayi sampai kemudian Allah beri kebolehan kepada anak kecil tu bercakap beritahu ganjaran Allah menunggu di belakang?

Melalui cross check sejarah, didapati mereka yang disuruh terjun parit tu adalah penganut agama Kristian aliran Myaphysite dan juga orang dari Gereja Nestoria iaitu gereja kami. Awak check balik Myaphysite tu cakap pasal apa? Takkan mereka tu pengikut Muhammad dan baca Quran kot? Quran belum diberi lagi kepada Muhammad sebab Muhammad tak lahir lagi. Hari syahid orang2 yang terbakar dalam parit tu dirayakan ikut kalendar Romawi 24 Oktober dan seorang mangsa kejadian tu yang kena hukum baling dalam parit dicanonize dalam gereja Roman Catholic juga sebagai seorang Saint, dikenali sebagai Saint Aretas. Nama Arabnya, Qiddisil Harith.

Awak tak pernah baca kisah ni? Pelik lah. Awak tahu tak macam mana ajaran nabi Isa masuk ke Southern Arabia? Kalau orang Nasrani tu pagan sembah saidina kami nabi Isa, buat apa mereka nak berdoa kepada Allah supaya hantar angin hancurkan pokok kurma yang orang Arab pagan sembah?

Awak  tahu dari mana seorang Hindu tu sembah Zat Yang Maha Suci atau sembah dewa-dewa kecil atau sembah jin syaitan atau manusia? Awak dah belajar falsafah-falsafah Hindu? Ayat al-Quran memang sebutkan hal-hal polytheisme semua tapi ayat-ayat tersebut juga bercakap dari segi konteks dan juga ada penafsiran dari orang-orang alim awak. Sesetengah tafsiran dilakukan oleh orang2 yang hidup dalam sesuatu keadaan dan ruangan masa sebab pentafsir tu bukan dapat wahyu terus dari Allah macam nabi-nabi. Kalau sebut Hinduisme atau Buddhisme semua yang un-Islamic saja awak akan hukumkan terus tanpa awak pergi baca kitab-kitab mereka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 12:04 AM | Show all posts
Awak tak baca kitab sendiri kah, omG? Surah al-Buruj ayat 4-8. Orang Kristian Najran yang dihukum bunuh oleh raja Zi Nuas sekitar abad ke-4 M beberapa lamanya sebelum nabi awak tu lahir?


1. OMG... Ini hadis lah, bukan Al-Quran.

2. Ajaran kami tak pernah kata perempuan itu org Kristian. Tetapi mereka adalah penganut agama yang mentauhidkan Allah.

3. Islam adalah agama para nabi. Islam ertinya 'selamat, sejahtera, berserah diri kpd Allah', makanya semua para nabi adalah Islam termasuk Jesus. Jesus tidak pernah kata, masuklah agama Kristian.. kalau ada tolong beritahu saya, ayat mana dlm bible yang Jesus pernah kata macam itu..

2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 10:46 PM | Show all posts
[QS 2:79] Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.

Yeremia 8:8
Berani benar kamu berkata bahwa kamu bijaksana, dan tahu hukum-hukum-Ku! Coba lihat bagaimana hukum-hukum-Ku itu diubah oleh ahli-ahli agama yang curang!

BUKTINYA ALKITAB TUHAN DIUBAH OLEH MANUSIA..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.104887 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list