|
Dakyah-dakyah kotor SYIAH sebenarnya memburukkan Ahlul Bayt!!
[Copy link]
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 13
Jadi…Dimanakah kasih sayang dan sikap tolong-menolong serta keharmonian di antara Ahlul Bait dan para sahabat Besar lagi Agung disisi Ahlus Sunnah yang di’pukul canang’kan oleh anda wahai MK?
Inilah perkara yang paling utama sekali yang sangat-sangat bertentangan dengan al-Quran dan As-Sunnah. Bukankah telah jelas hujjah-hujjah yang saya kemukakan tadi membuktikan bahawa jabatan khilafah adalah HAK imam Ali a.s dan keturunannya. Sila rujuk semula hujjah-hujjah di atas dengan tenang dan amanah.
Abu Bakar juga mengaku membunuh Al-Fuja`ah as-Silmi dengan membakarnya hidup-hidup tetapi membebaskan dan membiarkan pula Al-Asy`ats bin Qais hidup meskipun dia sedia maklum bahawa Asy`ats adalah seorang munafik besar. Jadi dimanakah keadilan dalam berhukum? Demi Allah ini adalah satu kezaliman yang nyata.
Pengakuan Imam Ali a.s
Pada hakikatnya, Amirul mukminin Ali a.s telah menerangkan kedudukannya mengenai Imamah / Khilafah kepada Sulaim bin Qais al-Hilali yang mengemukakan soalan kepada beliau. Ibnu Qais bertanya kepada imam Ali: Apakah yang menghalang anda dari menghunus pedang untuk menuntut jawatan Imamah / Khilafah? (100)
Ali a.s menjawab: Wahai Ibnu Qais! Dengarlah jawapanku, bukanlah kerana perasaan pengecut dan kebencianku menemui Tuhanku. Aku bukanlah tidak mengetahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagiku daripada dunia dan kekal di dalamnya. Tetapi perintah Rasulullah s.a.a.w yang telah menghalangku dan janji baginda kepadaku. Rasulullah s.a.a.w telah memberitahuku bahawa umat akan belot sesudah kewafatannya.(101) Meskipun begitu, aku tidak yakin terhadap apa yang mereka perlakukan di hadapanku kerana aku lebih menyakini sabda Rasulullah s.a.a.w daripada apa yang aku melihatnya sendiri.
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah janji anda kepadaku sekiranya ia berlaku sedemikian? Baginda bersabda: Jika kamu dapat mencari pembantu-pembantu, maka tentangilah (Perangilah) "mereka" dan jika kamu tidak dapat pembantu-pembantu, maka tahanlah tanganmu, peliharalah darahmu sehingga kamu mendapat pembantu-pembantu bagi menegakkan agama, kitab Allah dan Sunnahku. (102)
Rasulullah s.a.a.w telah memberitahuku bahawa sesungguhnya umat akan menghinaku, membai`at dan mengikut orang lain selain daripadaku. Rasulullah s.a.a.w juga telah memberitahuku bahawa kedudukanku di sisinya sepertilah kedudukan Harun disisi Musa dan umat selepasnya seperti kedudukan Harun serta orang yang mengikutnya,(103) dan kedudukan al-`Ajl (anak lembu jantan) serta orang yang mengikutnya kerana Musa berkata kepadanya: "Wahai Harun, apa yang menghalang kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat? apakah kamu tidak mengikutiku (perintah)? Maka apakah kamu telah (sengaja) mendurhakai perintahku? Harun menjawab: Wahai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan (pula) kepalaku, sesungguhnya aku bimbang bahawa kamu akan berkata (kepadaku): Kamu telah memecahbelahkan antara Bani Isra'il dan kamu tidak memelihara amanatku" (Taha:92-94)
Apa yang dimaksudkan oleh Allah adalah sesungguhnya Musa telah memerintahkan Harun ketika baginda melantik saudaranya itu sebagai penggantinya. Sekiranya mereka sesat dan Harun dapat pembantu-pembantu, maka hendaklah beliau menentang mereka dan sekiranya beliau tidak dapat pembantu-pembantu, maka hendaklah beliau menahan tangannya dan memelihara darahnya dan janganlah beliau melakukan perpecahan di kalangan mereka. (104) Dan sesungguhnya aku takut saudaraku Rasulullah s.a.a.w akan berkata kepadaku “Kenapa kamu memecahbelahkan mereka dan tidak memelihara ummatku? Sedangkan aku telah berjanji kepadamu, sesungguhnya jika kamu tidak ada pembantu-pembantu, maka hendaklah kamu menahan tangan kamu, memelihara darahmu, darah keluarga kamu dan Syiah kamu?” (105)
Amirul mukminin Ali berkata lagi: Apabila Rasulullah s.a.a.w wafat, orang ramai cenderung kepada Abu Bakar lantas mereka memberi bai`at kepadanya, sedang ketika itu aku sibuk memandikan dan mengkafankan jenazah Rasulullah s.a.a.w Kemudian aku menghabiskan masaku dengan mengumpulkan al-Quran sehingga aku mengumpulkannya di dalam satu kain. Setelah itu, aku bersama Fatimah dan di tangan-nya Hasan dan Husein, menyeru semua orang yang terlibat di dalam peperangan Badar dan orang-orang yang terdahulu memeluk Islam yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar, semuanya aku telah mengemukakan hujah-hujahku dengan nama Allah s.w.t mengenai hakku dan aku telah menyeru mereka supaya membantuku. Tetapi semua mereka tidak menyahut seruanku selain daripada empat orang al-Zubair, Salman, Abu Dzar dan al-Miqdad. (106)
Kemudian Ali meneruskan kata-katanya: Wahai Ibnu Qais, sesungguhnya mereka telah memaksaku dan menekanku hampir mereka membunuhku. Jika mereka berkata kepadaku: Kami semata-mata mahu membunuh anda, nescaya aku akan menghalang pembunuhan mereka terhadapku sekalipun aku seorang. Tetapi mereka berkata: Sekiranya anda memberi bai`at (kepada Abu Bakar) nescaya kami akan melepaskan anda, memuliakan anda, mendampingi anda, menghormati anda. Dan sekiranya anda tidak melakukannya, nescaya kami membunuh anda. (107) Apabila aku tidak dapati seorangpun yang akan membantuku, maka akupun memberi bai`at kepada mereka. Tetapi bai`atku terhadap mereka bukanlah membenarkan kebatilan mereka dan tidaklah mewajibkan kebenaran untuk mereka.
Kemudian Ali berkata lagi: Sekiranya aku dapati pada hari Abu Bakar dibai`at 40 orang lelaki yang taat, nescaya aku menentang mereka. (108)
Imam Ali a.s begitu menyesali sikap orang-orang Ansar dan Muhajirin yang tidak membantunya. Beliau mengatakan bahawa mereka telah mencintai Abu Bakar dan Umar secara membuta tuli. Beliau berkata:
Hairan sekali! Hati umat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada mereka berdua dan mencintai orang-orang yang menyimpang dari jalan Allah.
Sekiranya umat ini berdiri di atas tanah dan meletakkan debu di atas kepala mereka sambil bermunajat kepada Allah, serta membuat dakwaan di hari kiamat terhadap orang-orang yang telah menyesatkan dan menghalang mereka dari jalan Allah, menyeru mereka ke neraka, membentangkan mereka kepada kemurkaan Allah dan mewajibkan azab-Nya ke atas mereka kerana jenayah yang “mereka” (Abu Bakar dan Umar) lakukan ke atas mereka, nescaya mereka juga tergolong dari orang-orang yang cuai (muqassirin).
Begitu juga pengkaji yang benar dan alim dengan Allah dan Rasul-Nya juga masih merasa takut untuk mengubah sesuatu sunnah dan bid`ah mereka berdua kerana orang ramai (umat) akan memusuhinya kerana apabila dia melakukannya (mengubah sesuatu sunnah dan bid`ah mereka berdua) umat akan menyulitkan kehidupannya, menentangnya, melepaskan diri daripadanya, menghinanya, merampas haknya. Dan sekiranya ia mengambil sunnah mereka berdua, mengakuinya, memujinya dan menjadikannya agama, nescaya umat akan mencintainya, memuliakannya dan menyanjunginya. (109)
Demi Allah sekiranya aku menerangkannya kepada tenteraku segala kebenaran yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi-Nya, dan aku mendedah pentafsirannya menurut apa yang aku dengar dari Nabi s.a.a.w nescaya sedikit sahaja tenteraku yang akan tinggal kekal bersamaku kerana mereka takut mendengarnya. (110)
Sekiranya janji Rasulullah s.a.a.w tidak ada padaku, nescaya aku melakukannya (menyerang mereka dengan pedang). Tetapi Rasulullah s.a.a.w bersabda kepadaku: "Wahai saudaraku! Apabila seorang hamba itu terpaksa melakukan sesuatu (yang ia tidak redhai tetapi kerana kemaslahatan umat)), maka Allah menghalalkannya untuknya dan mengharuskannya untuknya".
Dan aku mendengar baginda bersabda: "Taqiyyah adalah dari agama Allah, tidak ada agama (al-Din) bagi orang yang tidak melakukan taqiyyah untuknya" (111)
Kini jelaslah bahawa imam Ali a.s menuntut dengan sekeras-kerasnya jawatan tersebut kerana ia adalah jawatan yang dilantik oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan sekiranya beliau tidak mampu mengumpulkan kekuatan untuk menentang |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 14
kekuatan yang ada ketika itu, maka Nabi s.a.a.w memerintahkan beliau agar bersabar dengan sabdanya: Jika kamu dapat mencari pembantu-pembantu, maka tentangilah "mereka" dan jika kamu tidak dapat pembantu-pembantu, tahanlah tangan kamu, peliharalah darah kamu sehingga kamu mendapatkan pembantu-pembantu bagi menegakkan agama, kitab Allah dan Sunnahku.
Pengakuan imam ini juga membuktikan bahawa pembai`atannya terhadap Abu Bakar bukan kerana kerelaan hati tetapi kerana tidak mahu perpecahan umat Islam berlaku kerana pengaruh Abu Bakar dan Umar sangat kuat hingga boleh menyebabkan huru-huru yang lebih dahsyat. Inilah juga niat murni Nabi Allah Harun yang tidak mahu memecahbelahkan umat bani Israil hingga Nabi Musa memarahinya.
“Membai`at kerana kesatuan umat Islam!!”
Menerusi pengakuan imam Ali ini, tentu ada yang mendakwa bahawa ini jelas menunjukkan imam Ali lebih rela bersekongkol dengan kejahatan dan kebatilan dari menegakkan kebenaran.
Saya menjawab: Astagfirullah….kiranya inilah hujjah anda, maka saya katakan bahawa anda tidak dapat memahami dengan baik setiap kisah yang diceritakan imam Ali kepada Sulaim bin Qais juga anda tidak kenal siapakah imam Ali a.s dengan sebenar-benarnya.
Perkara Pertama: Apa yang perlu anda perhatikan ialah wasiat Nabi s.a.a.w yang berbunyi: “Jika kamu dapat mencari pembantu-pembantu, maka tentangilah "mereka" dan jika kamu tidak dapat pembantu-pembantu, tahanlah tangan kamu, peliharalah darah kamu sehingga kamu mendapatkan pembantu-pembantu bagi menegakkan agama, kitab Allah dan Sunnahku” Ini adalah wasiat dari Nabi kepada imam Ali dan beliau berpegang teguh kepadanya.
Perkara Kedua: Adalah kerana beliau mahu memelihara kemaslahatan dan kesatuan umat kerana kiranya perpecahan berlaku maka ianya akan jadi satu kepayahan untuk menyatukan mereka semula apalagi untuk menyampaikan mesej dakwah. Cuba anda perhatikan bagaimana pada awal kebangkitan Islam perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah adalah menyatukan umat iaitu di antara kaum Aus dan Khazraj. Dan setelah mereka melihat akhlak yang ditunjukkan Nabi maka mudahlah bagi mereka untuk menerima agama yang Haq. Jadi apakah imam Ali mahu merosakkan kesatuan yang telah dibina?
Tambahan pula, imam Ali memerlukan sokongan dari orang ramai meskipun sokongan moral demi memperlihatkan Islam yang sebenar. Imam Ali tidak mahu ada pembunuhan dan perpecahan sesama umat Islam kerana kelak beliau akan dipandang hina oleh mereka yang kurang pandai menggunakan akal dalam menilai sebuah kebenaran.
“Bila Hati Sudah Tertawan Maka Segala Apa Yang Disampaikan Menjadi Satu Ikutan”
Selain itu juga, Satu perkara yang tidak boleh nafikan bahawa imam Ali a.s sering menegur dan memperbetulkan tindakan-tindakan khalifah yang salah dan menyeleweng bila beliau berkesempatan. Ini jelas menerusi pengakuan Umar yang berbunyi: “Kalau tidak kerana wujudnya Ali, maka akan binasalah Umar”. Ini menunjukkan imam tidak redha dengan kebatilan dan sebarang penyelewengan. Tetapi bila kesempatan itu tiada, maka apakan daya baginya hanya seorang insan terbuang yang dipandang hina oleh masyarakat setempat. Buktinya apabila imam Ali diangkat sebagai khalifah selepas pembunuhan Utsman, beliau menukarkan Ibu Pejabat pemerintahan di Kufah tempat beliau mendapat sokongan. Beliau sanggup meninggalkan Madinah, tempat dimana wujudnya jenazah suci Rasulullah s.a.a.w dan isterinya Fatimah az-Zahra. Juga tempat lahir anaknya Hasan dan Husein
Perhatikan kata-kata imam yang menunjukkan betapa kuat pengaruh Abu Bakar dan Umar: Pengkaji yang benar dan alim dengan Allah dan Rasul-Nya juga masih merasa takut untuk mengubah sesuatu sunnah dan bid`ah mereka berdua kerana orang ramai (umat) akan memusuhinya kerana apabila dia melakukannya (mengubah sesuatu sunnah dan bid`ah mereka berdua) umat akan menyusahkan kehidupannya, menentangnya, melepaskan diri daripadanya, menghinanya, merampas haknya. Dan sekiranya ia mengambil sunnah mereka berdua, mengakuinya, memujinya dan menjadikannya agama, nescaya umat akan mencintainya, memuliakannya dan menyanjunginya
Lihatlah betapa kuat pengaruh Abu Bakar dan Umar hingga segala kesalahannya dikaburkan dengan mabuk cinta orang ramai terhadapnya. Maka untuk mengikiskan rasa cinta itu bukanlah satu perkara mudah jika tidak dilakukan dengan hikmah dan teliti.
Inilah di antara sebab imam Ali tetap bersabar kerana mahu mencari sokongan dan tumpuan orang ramai terhadapnya, lalu jatuh cinta kepadanya dan seterusnya membelanya dengan ikhlas kerana Allah s.w.t
Selain itu juga, sekiranya imam Ali tetap melawan dengan keras terhadap pemerintahan tiga khalifah itu, maka umat akan memandang bahawa imam Ali ‘Gilakan’ jawatan hingga sanggup memecah belahkan umat. Dan secara tidak langsung haknya tidak akan terbela bahkan tidak akan kembali kepangkuannya.
Bak kata pepatah: “Berundur setapak ke belakang bukan bererti kalah, tetapi menyusun kembali langkah seterusnya”
* Merangka Strategi…..Menyatukan Kekuatan
Lihatlah bagaimana permulaan dakwah Rasulullah s.a.a.w. Baginda diperakui seorang yang amanah dan jujur oleh masyarakat setempat tetapi bila baginda menyampaikan yang haq, mereka menghinanya dan mengenepikan faktor-faktor yang boleh dijadikan ukuran kepada kebenaran baginda. Baginda dituduh pemecah belah umat dan penghina Tuhan-Tuhan mereka juga menuduh baginda gila. Sedangkah sebelum itu mereka mengakui bahawa baginda adalah al-Amin yang sangat amanah dalam tindakan dan percakapan. Kerana apa mereka berubah sikap? Tidak lain tidak bukan kerana semata-mata tidak boleh menerima penghinaan terhadap Tuhan-Tuhan mereka. Di Mekah sokongan yang baginda perolehi tidak banyak, hanya beberapa orang sahaja yanhg dapat ditawan hati mereka untuk menerima Islam. Akhirnya Rasulullah secara rahsia mencari sokongan orang ramai, seterusnya baginda diterima oleh orang-orang Madinah dan akhirnya baginda berhijrah ke sana mendapatkan tapak kekuatan untuk menegakkan agama Allah.
Begitulah juga imam Ali yang pada awalnya diperakui keutamaan beliau oleh masyarakat setempat akan kesempurnaan ilmunya, tetapi oleh kerana mabuk cinta mereka terhadap Abu Bakar dan Umar, mereka tidak rela kiranya “Tuhan-Tuhan” mereka itu dihina dan diungkit-ungkitkan kesalahannya seperti perampas hak orang lain dan sebagainya. Imam Ali akan dituduh gila kuasa, pemecah belah umat dan sebagainya. Sokongan yang beliau dapat hanyalah beberapa orang sahaja sekaligus tidak cukup kuat untuk menentang pemerintahan yang ada, maka beliau terus mencari sokongan orang ramai secara rahsia, seterusnya beliau diterima oleh orang-orang Kufah dan akhirnya beliau berhijrah ke sana mencari tapak kekuatan untuk menegakkan kebenaran Islam.
Fahamilah….
Bukti Lain Khilafah Dan Imamah Adalah Hak Ali a.s
Ketika pemerintahan imam Ali a.s beliau telah berkhutbah dan berkata:
Aku harap setiap orang Islam yang pernah mendengar Rasulullah bersabda di Ghadir Khum: Siapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya, hendaklah dia bersumpah dan berdiri memberi kesaksian keatas apa yang telah dia dengar. Dan janganlah berdiri melainkan orang yang benar-benar menyaksikannya dengan kedua matanya dan mendengar dengan kedua telinganya.
Maka berdirilah 30 orang sahabat dan 16 orang darinya adalah ahli Badar lalu memberi kesaksian bahawa baginda s.a.a.w telah mengangkat tangan Ali sambil bersabda: Tahukah kamu bahawa aku ini lebih diutamakan oleh orang-orang mukmin ke atas diri mereka? Mereka menjawab: Benar. Lalu Nabi bersabda: Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali ini pemimpin baginya. Ya Allah cintailah mereka yang mencintainya dan musuhilah mereka yang memusuhinya.
Meskipun begitu sebahagian sahabat yang pernah hadir di Ghadir Khum dan pernah mendengar sabda tersebut tidak bangun membuat penyaksian di antaranya Anas bin Malik. Setelah melihat Anas tidak mahu bangun dan membuat penyaksian, imam Ali lalu turun dari mimbar menuju kepadanya dan berkata: Wahai Anas, mengapa kamu tidak bangun bersama-sama sahabat Rasulullah dan memberikan penyaksian seperti mereka? Anas menjawab: wahai Amirul mukminin, usiaku sudah lanjut dan aku lupa. Maka imam Ali berkata: Jika kamu berbohong, maka Allah akan menimpakan keatasmu penyakit sopak (keputihan) yang tidak dapat ditutupi oleh serban. Belumpun sempat Anas bangun dari tempat duduknya, tiba-tiba wajahnya menjadi belang (bertompok-tompok) dan setelah itu dia terus berkata: Aku telah terkena sumpahan seorang hamba soleh kerana aku menyembunyikan persaksiannya.
Peristiwa ini sangat masyhur disebutlkan oleh Ibnu Qutaibah dalam kitabnya al-Ma`arif (112) yang mana beliau menggolongkan Anas dalam golongan orang-orang cacat dalam kategori penyakit belang (sopak). Begitu juga imam Ahmad menyebutkan di dalam Musnad-nya (113) …maka berdirilah mereka kecuali tiga orang yang tidak berdiri lalu terkena sumpahannya. |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 15
Tiga orang yang dimaksudkan menerusi riwayat imam Ahmad itu ada disebut oleh al-Baladzuri didalam kitabnya Ansabul Asyraf (114) dengan menyambung riwayat tersebut. Katanya: Aku bawakan peristiwa sumpahan imam Ali terhadap persaksian itu, dibawah mimbar tersebut adalah Anas bin Malik, al-Barra` bin Azib dan Jarir bin Abdullah al-Bajilli. Setelah itu imam Ali mengulangi permintaannya tetapi tiada seorangpun yang menyahutnya. Kemudian beliau berdoa: Ya Allah, siapa yang menyembunyikan persaksian sedang ia mengetahuinya maka janganlah Engkau keluarkan dia dari dunia ini melainkan setelah Engkau jadikan padanya satu tanda yang dapat dikenali padanya. Anas menjadi sopak, al-Barra` menjadi buta dan Jarir kembali menjadi murtad setelah berhijrah kemudian datang kepada Khawarij dan mati dirumah ibunya.
Peristiwa ini sangat masyhur dan dinukil oleh sekumpulan besar dari kalangan ahli sejarah. (115)
Kenapa? Tak percaya ke?? Sila rujuk!!
Kesalahan-Kesalahan Abu Bakar
Tambahan lagi!!! Ketahuilah bahawa Abu Bakar telah melakukan perbuatan atau hukum yang tidak sesuai dengan seorang khalifah bahkan bertentangan dengan hukum Allah dan Rasul-Nya sebanyak 24 perkara menurut catatan Ahlus Sunnah. Di antaranya:
Pertama: Memberi arahan menyerang rumah Ali dan Fatimah untuk memaksa mereka membai`atnya. Jika golongan Ahlus Sunnah tetap mahu menolak hujjah yang mendakwa bahawa Abu Bakar yang memberi arahan tersebut, maka saya katakan bak kata pujangga arab:
“Assukut `Alamatur Ridha” bermaksud: Diam itu tanda redha.
Abu Bakar meredhai apa yang diperlakukan ke atas Fatimah dan Ali a.s oleh Umar bersama pengikutnya. Ini pun sudah cukup sebagai hujjah keatas kebatilannya.
Kedua: Ijtihad Perangi Muslim
Abu Bakar berijtihad memerangi orang-orang yang tidak mahu membayar zakat setelah menjawat jawatan khalifah.
Tindakan tersebut jelas bertentangan dengan nas. Bukankah Rasulullah s.a.a.w pernah bersabda: Aku diperintahkan (Allah) agar memerangi manusia hinggalah mereka mengatakan tiada Tuhan selain Allah. Apabila mereka mengucapkannya, maka terpeliharalah darah dan harta mereka dariku melainkan dengan haknya dan hisab mereka adalah disisi Allah.? (116)
Menurut teks hadits diatas tiada langsung menyebut sebarang keizinan memerangi dan membunuh orang-orang Islam meskipun mereka tidak mahu membayar zakat.
Persoalannya: Apakah Abu Bakar tidak pernah mendengar hadits tersebut?
Jawapannya: Ya! Abu Bakar telah mendengar hadits tersebut yang dikemukakan oleh Umar. Tetapi dengan rasa takabbur dan keegoaannya sebagai seorang khalifah Islam yang baru diangkat, maka perintahnya wajib ditaati, maka dia berijtihad. Satu perkara yang pelik dan menghairankan ialah bagaimana Umar tetap bersetuju dengan Abu Bakar dalam keputusannya meskipun dia sendiri yang mengemukakan hadits tersebut? Bahkan dia menyokong sambil berkata: Tiada lain hanyalah aku melihat Allah telah menenangkan jiwa Abu Bakar untuk berperang, maka aku tahu ianya adalah benar! (117)
Bagaimana Umar boleh berkata dan berfikiran begitu sedangkan hadits mengharamkan memerangi bahkan membunuh orang-orang yang telah mengucapkan 2 kalimah syahadah? Bukankah tindakan itu melanggar Nas hadits Rasulullah!! Jadi dimanakah ketenangan dan kebenaran itu?
Tambahan pula Rasulullah s.a.a.w sendiri tidak pernah memerintahkan membunuh Tsa`labah yang tidak mahu membayar zakat pada zaman hidup baginda s.a.a.w. Jadi bukankah tindakan Abu Bakar dan Umar melawan sunnah Rasulullah s.a.a.w?
Apakah Malik bin Nuwairah bersama kaumnya itu yang tidak mahu membayar zakat telah jatuh kafir-murtad hingga mereka diperangi dan dibunuh? Kiranya mereka benar telah jatuh kafir-murtad maka mengapakah Umar bertegas kepada Khalid al-Walid selaku yang bertanggungjawab mengetuai peperangan tersebut: Kamu telah membunuh seorang Muslim! Dan kamu telah berzina dengan isterinya! Demi Allah, aku akan merejam kamu dengan batu! (118)
Kata-kata Umar ini cukup membuktikan bahawa Malik bin Nuwairah serta kaumnya adalah golongan Muslim dan Khalid telah berzina dengan isteri Malik sebaik sahaja beliau dibunuh. Jika tidak mengapa Umar berkata: Kamu telah membunuh seorang Muslim!?
Oleh itu pembunuhan ke atas Malik bin Nuwairah dan kaumnya tidak patut dilakukan kerana mereka adalah Muslim. Keengganan mereka membayar zakat kepada Abu Bakar tidak boleh menjadi hujjah kepada kemurtadan mereka. Umar meminta Abu Bakar merejam Khalid tetapi Abu Bakar enggan melaksanakannya.
Atau mungkinkah ada sebab lain atau tersirat sebuah rahsia yang menyebabkan mereka tetap bertegas mahu memerangi Malik bin Nuwairah bersama kaumnya yang tidak mahu membayar zakat….?
Ketiga: Abu Bakar juga telah membakar Fuja`ah as-Silmi hidup-hidup, kemudian dia menyesalinya sebelum meninggal dunia.(119)
Bukankah banyak Nas yang mengharamkan membakar hidup-hidup binatang dengan api?! Apatah lagi membakar manusia!!
Keempat: Menghentikan Khumus kepada Ahlul Bait.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Abu Bakar dan Umar telah menghentikan khumus (1/5 dari harta Ghanimah) kepada keluarga Rasulullah s.a.a.w Tindakannya itu jelas disebutkan didalam kitab-kitab hadits shahih pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Bahagian yang dituntut oleh sayyidah Fatimah kepada Abu Bakar tetapi dia melarangnya dengan membawakan hadits ciptaannya lalu membuatkan Fatimah berasa kecewa lalu marah dan tidak menegurnya hingga beliau wafat.
Tindakan Abu Bakar berijtihad untuk menghentikan pemberian khumus kepada Ahlul Bait adalah sangat-sangat bertentangan dengan nas menerusi surah al-Anfal: 41: yang berbunyi:
“Dan ketahuilah bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai Ghanimah, maka sesungguhnya 1/5 daripadanya dibahagikan untuk (Jalan) Allah, dan untuk Rasul-Nya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan untuk anak-anak yatim, dan untuk orang-orang miskin, serta untuk orang-orang musafir yang keputusan (bekalan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh kami kepada hamba Kami (Muhammad) pada hari al-Furqan iaitu hari bertemu 2 angkatan tentera (Islam dan kafir di medan peperangan Badar)..”
Abu Bakar berijtihad (Inilah juga pendapat Ahlus Sunnah) bahawa maksud ‘Ghanimah’ didalam ayat diatas adalah khusus bagi harta rampasan perang. OIeh kerana itulah dia menghentikan pemberian 1/5 dari harta ghanimah tersebut kepada Ahlul Bait Nabi s.a.a.w yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Tindakan ijtihadnya itu jelas bertentangan dengan penjelasan Nabi s.a.a.w tentang keluasan maksud Ghanimah. Menerusi beberapa buah hadits shahih riwayat Bukhari secara langsung menolak ijtihad Abu Bakar tersebut. Rasulullah s.a.a.w telah bersabda:
“Barang-barang galian seperti logam (al-Ma`din) adalah percuma (bebas dari 1/5) sementara harta galian seperti emas dan perak yang dikeluarkan dari perut bumi (Ar-Rikaz) itu 1/5 (dikhumuskan)” (120)
Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.a.w telah bersabda: “Semua jenis binatang itu bebas, dan telaga juga bebas, hasil galian seperti logam juga bebas tetapi harta Rikaz itu dikhumuskan” (121)
Berkata Ibnu Abbas: Anbar (sejenis wangian) bukan termasuk rikaz. Anbar adalah sesuatu yang dihempaskan ombak laut ke tepian pantai.
Berkata pula Hasan: Kewajipan mengeluarkan khumus (1/5) yang telah ditetapkan oleh Nabi s.a.a.w adalah sesuatu yang tidak diambil dari lautan atau dari dalam air. Jadi oleh sebab Anbar dan Mutiara itu berasal dari air, maka tidak perlu dikeluarkan khumus daripadanya. Manakala Rikaz adalah harta yang tersimpan didalam bumi atau tanah (maka ia wajib di khumuskan). (122)
Maka jelaslah menerusi keterangan hadits-hadits ini membuktikan bahawa harta yang wajib dikhumuskan bukan hanya khusus bagi harta rampasan perang tetapi ianya mencakupi harta yang lain seperti barang-barang Rikaz. Jadi adakah tepat Abu Bakar mentakwilkan berdasarkan ijtihadnya bahawa Ghanimah hanyalah khusus bagi harta-harta rampasan perang?
Untuk memperjelaskan lagi hakikat ijtihad Abu Bakar melawan Nas, maka disini dibawakan kenyataan imam Zamakhsyari (123) seperti berikut: |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 16
Daripada Ibnu Abbas katanya: Sesungguhnya khumus dibahagikan kepada 6 bahagian: Bagi Allah dan Rasul-Nya 2 bahagian, 1 bahagian untuk kerabatnya sehingga wafat. Abu Bakar menegah bani Hasyim dari khumus begitu juga Umar.
Kenyataan ini jelas membuktikan bahawa Abu Bakar dan Umar telah menghentikan pemberian Khumus kepada keluarga Rasulullah s.a.a.w dan ianya sangat-sangat bertentangan dengan nas.
Kelima- Merampas Fadak milik Fatimah az-Zahra.
Kes Fadak yang dituntut dan dipertikaikan oleh Fatimah a.s. dari Abu Bakar memperlihatkan bahawa perbalahan tersebut ialah berpunca dari hadits riwayat Abu Bakar iaitu Rasulullah s.a.a.w pernah bersabda: Kami para Nabi tidak mewarisi dan apa yang ditinggalkan menjadi sedekah. Hadits ini dipertaruhkan olehnya bagi menasakhkan nas al-Quran yang dijadikan hujjah oleh Sayyidah Fatimah dan imam Ali a.s ke atas haknya yang dituntut.
Sekiranya benar para Nabi tidak mewarisi, lalu mengapa sayyidah Fatimah menuntut haknya? Apakah ada yang berfikiran bahawa Fatimah a.s akan bersikap menentang pendapat bapanya iaitu Rasulullah s.a.a.w dengan mengenepikan hadits riwayat Abu Bakar itu?
Diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari Ibnu Abbas dan al-Bazzar dari Abu Sa`id bahawa setelah turun ayat: Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya (al-Isra`:26) Rasulullah s.a.a.w menyerahkan Fadak kepada Fatimah. (124)
Ini jelas menunjukkan satu pemberian yang khas dari Rasul kepada anaknya Fatimah dan perkara tersebut telah diabadikan didalam al-Quran. Tiada yang boleh membatalkan ayat tersebut melainkan al-Quran sendiri.
Kesalahan Abu Bakar juga terpancar menerusi sebuah riwayat yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Sa`ad dari Abu Ja`afar katanya: Fatimah a.s datang bertemu Abu Bakar dan menutut warisannya, begitu juga yang dituntut oleh al-Abbas bin Abdul Muththalib dan bersama mereka berdua imam Ali a.s. Maka Abu Bakar mendakwa bahawa Rasulullah s.a.a.w pernah bersabda: Kami tidak mewarisi dan apa yang kami tinggalkan adalah menjadi sedekah”
Lantas imam Ali menjawab: “dan Nabi Sulaiman mewarisi Nabi Daud” (an-Naml: 16) dan berkata Nabi Zakaria: “….yang layak mewarisi aku, juga mewarisi keluarga Ya`qub” (Maryam: 6) Lalu Abu Bakar menjawab: Ia memang begitu. Demi Allah engkau mengetahui sepertimana aku mengetahuinya. Maka berkata imam Ali a.s: Ini adalah kitab Allah yang mengatakan! Lantas mereka semua diam dan beredar. (125)
Sekiranya golongan Ahlus Sunnah mendakwa bahawa kes Fadak adalah kes yang berkaitan dengan masalah ijtihad di antara Abu Bakar dengan Fatimah a.s, maka saya katakan bahawa ijtihad Fatimah a.s adalah ijtihad yang paling benar dan Haq kerana Fatimah adalah termasuk Ahlul Bait yang disucikan Allah s.w.t dan kembar bagi al-Quran. Jadi mengapakah perlu kita mengikut ijtihad Abu Bakar yang tidak suci bahkan pernah menyembah berhala selama 40 tahun semata-mata meriwayatkan sebuah hadits yang bertentangan dengan ayat suci al-Quran?!
Apakah mungkin as-Sunnah akan bertentangan dengan al-Quran? Adakah mungkin Ahlul Bait a.s tidak mengenal al-Quran sedangkan kedua-duanya tidak mungkin akan berpisah sehingga keduanya kembali kepada Rasulullah di al-Haudh?! Adakah mungkin Ahlul Bait a.s tidak mengetahui hadits Nabi s.a.a.w? Apakah mungkin hadits dapat membatalkan al-Quran?
Jawapannya: Tidak mungkin sama sekali!! Ini jelas hadits CIPTAAN Abu Bakar.
Kes perbalahan ini berlanjutan hingga kewafatan Fatimah iaitu 6 bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.a.w. Diriwayatkan secara shahih bahawa Fatimah tidak menegur Abu Bakar sehinggalah beliau wafat.
Kes Fadak ini telah pun dihuraikan secara luas oleh Billionare dan Laxmana. Sila rujuk!!
Keenam: Jahil tentang hukum Islam
Sebagai contoh: Pembahagian harta pusaka yang dituntut oleh seorang nenek kepada Abu Bakar dan dia tidak tahu mengenainya hinggalah Mughirah bin Syukbah memberitahunya bahawa Nabi memberi bahagian nenek itu sebanyak 1 / 6. Tetapi dia merasa tidak berpuas hati dengan kenyataannya lalu meminta penyaksian dari sahabat lain hinggalah Muhammad bin Muslimah memberi saksi kebenaran Mughirah barulah dia mempercayainya. (126)
Abu Bakar bagaikan tidak percaya kepada hadits yang diriwayatkan Mughirah hingga memintanya membawakan saksi lain untuk memberi pengakuan.
Begitu juga Umar yang mengikut sunnah Abu Bakar iaitu menolak juga hadits riwayat Mughirah tentang kes wanita keguguran yang mana dia jahil tentangnya hinggalah Mughirah memberitahunya bahawa Nabi memberi hukuman dengan memberikan pampasan bagi janin. Tetapi Umar merasa tidak berpuas hati tentang kesahihan riwayat tersebut hinggalah Muhammad bin Muslimah memberi penyaksian.(127) Mengapakah kedua-dua khalifah ini bagaikan merancang untuk tidak mempercayai Mughirah hingga memintanya saksi dalam periwayatannya?
Golongan Sunni memberikan alasan bahawa tindakan kedua khalifah ini adalah untuk menunjukkan ketelitian dalam penerimaan sesebuah khabar tetapi anda akan mendapati bahawa Umar menerima dengan senang hati hadits riwayat Abdul Rahman bin Auf yang mendakwa bahawa Nabi telah bersabda: Jika kamu mendapati ada wabak penyakit didalam sesebuah negara maka janganlah kamu pergi kesana tetapi jika kamu ada didalamnya maka janganlah kamu keluar lari darinya.(128) Jika benarlah mereka berniat ‘murni’ mahu memelihara hadits Nabi maka mengapakah Umar tidak meminta penyaksian dari hadits Abdul Rahman tetapi berlainan pula reaksinya terhadap Mughirah?
Sebenarnya segalanya punca dari kejahilan Abu Bakar tentang hukum hakam adalah kerana dia pernah memberi arahan yang berbunyi: “Kamu meriwayatkan hadits-hadits dari Nabi s.a.a.w yang diperselisihkan di antara kamu. Dan manusia sesudahmu akan lebih dahsyat berselisihan terhadapnya. Maka janganlah kamu meriwayatkan sebarang hadits pun dari Nabi. Dan jika kamu ditanya maka katakanlah diantara kami dan kamu ada kitab Allah, halalkanlah apa yang dihalalkannya dan haramkanlah apa yang diharamkannyanya”. (129)
Persoalannya: bukankah hadits itu sebagai penerang dan pentafsir maksud ayat-ayat al-Quran? Dan jika hadits tidak boleh diriwayatkan bagaimana mereka mampu untuk memahami al-Quran dengan baik khususnya untuk memahami ayat-ayat mutasyabihat (kabur), sebab-sebab turun ayat, ayat yang umum dan khusus dan sebagainya? Dan seterusnya bagaimana mahu menghalalkan dan mengharamkan jika tidak tahu perkara-perkara yang berkenaan dengannya? Selain itu juga, tidak semua hokum itu terkandung di dalam al-Quran seperti hukuman rejam. Jadi apakah Abu Bakar akan tahu mengenainya tanpa merujuk kepada hadits?
Bukankah elok jika dikumpulkan sahaja hadits didalam sebuah buku yang khas agar umat dapat merujuk kepadanya untuk memahami maksud al-Quran yang sebenar?. Atau mungkinkah ada sesuatu yang menghalang mereka dari menulis hadits-hadits Nabi?!
Ketujuh: Enggan menjatuhkan hukuman rejam ke atas Khalid al-Walid.
Punca dari kes ini adalah setelah Khalid al-Walid membunuh Malik bin Nuwairah, dia terus memiliki isteri Malik pada malam itu juga. Lalu berita tersebut sampai kepada Umar, dan dia berasa marah lalu berkata: Kamu telah membunuh seorang Muslim! Dan kamu telah berzina dengan isterinya! Demi Allah, aku akan merejam kamu dengan batu! (130) Setelah itu Umar meminta Abu Bakar menjatuhkan hukum hudud ke atasnya tetapi Abu Bakar enggan dan memberi alasan bahawa Khalid berijtihad tetapi tersilap. Kemudian setelah itu Abu Bakar memaafkan tindakan Khalid itu dan ia dilepaskan begitu sahaja. (131)
Apakah boleh diterima akal bahawa Khalid tersilap ijtihad lalu diampunkan begitu sahaja? Kiranya benar Abu Bakar telah mengampunkannya maka pengampunan itu sepatutnya disusuli selepas hukuman. Bukankah hukum Islam menetapkan agar menghukum ke atas setiap kesalahan umat Islam yang melampaui batas sebagai tanda pengampunan dari Allah?
Jika setiap dosa itu cukup dengan diampunkan melalui mulut maka sudah pasti Nabi tidak merejam dan memotong tangan mereka yang melanggar hukum Allah seperti mencuri, berzina dan sebagainya. Tetapi fakta sejarah dan hadits membuktikan bahawa Nabi tetap menjalankan hukuman keatas mereka yang berdosa kemudian barulah kesalahan itu diampunkan.
Bukankah telah jelas Khalid telah berzina menerusi saksi kata-kata Umar tersebut. Dan secara tidak langsung, pengampunan Abu Bakar itu juga membuktikan Khalid berdosa jika tidak untuk apa ia diampunkan? Ini menunujukkan Abu Bakar ada rasa kasihan kepadanya dan redha dengan ijtihadnya. Jika tidak mengapa tiada tindakan susulan darinya terhadap perbuatan Khalid?
Sepatutnya Khalid dirotan dengan 100 sebatan tanpa rasa belas kasihan berlandaskan hukum Allah menerusi surah an-Nur: 2 yang berbunyi
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap orang dari keduanya dengan 100 kali sebatan. Dan janganlah ada rasa belas kasihan kepada |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 17
keduanya menghalang kamu untuk (menjalankan) agama Allah sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah perlaksanaan hukuman ke atas mereka itu disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”
Jadi apakah tindakan Abu Bakar itu lebih adil sementara Allah dan Rasul-Nya zalim?! Rasulullah zalim kerana melaksanakan hukum Allah dengan tidak merasa kasihan dan memperdulikan harapan keampunan dari orang yang bersalah? Allah dan Rasul-Nya tiada belas kasihan seperti Abu Bakar? Tidak sekali-kali!!
Atau mereka berpegang kepada hadits ciptaan mereka iaitu ijtihad sahabat jika salah dapat 1 pahala dan jika benar dapat 2 pahala? Buat salah pun dapat pahala? Mustahil!!
Jelaslah Abu Bakar mengenepikan hukum Allah dan Rasul-Nya secara terang-terangan!!
Sebagai bukti rasa tidak puas hati Umar terhadap keputusan Abu Bakar tersebut, maka pada awal perlantikannya sebagai khalifah, dia memecat Khalid sebagai panglima tentera dan digantikan dengan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah. (132)
Inilah sebahagian kecil dari kesalahan dan penentangan yang dizahirkan oleh Abu Bakar terhadap syariat Muhammad s.a.a.w Inilah juga peribadi Abu Bakar…seorang individu yang diagung-agungkan oleh Ahlus Sunnah. Berijtihad dan berijtihad meskipun bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi tindakan Abu Bakar ini tidak pelik bahkan tidak ada salahnya bagi golongan Sunni kerana bagi mereka ijtihad sahabat adalah satu sunnah yang benar dan perlu diikuti kerana kedudukannya sama dengan sunnah Nabi s.a.a.w. Sunnah Khulafa` ar-Rasyidin….
Kesalahan-kesalahan Umar
Menentang perintah Allah dan Rasul-Nya pada peristiwa hari khamis.
Huraian ringkas peristiwa tersebut:
Tiga hari sebelum kewafatan Nabi s.a.a.w, para sahabat berkumpul dirumah baginda Rasulullah kerana baginda gering. Ketika melihat ramai orang yang hadir, maka baginda memerintahkan agar mengambil kertas dan dakwat untuk dituliskan sebuah wasiat yang akan memelihara mereka dari kesesatan. Namun para sahabat saling berselisihan. Sebahagian memberi alasan untuk mengelak dari mematuhi arahan baginda bahkan ada yang menuduh baginda meracau (nyanyuk)!! hingga baginda murka lalu menghalau mereka dari sisinya tanpa menulis sebarang wasiat.
Secara terperinci akan saya bawakan kisah tersebut dari kitab-kitab shahih Ahlus Sunnah Wal Jamaah:
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya: Hari khamis…..oh hari khamis! Lalu beliau menangis teresak-esak sambil meneruskan kata-katanya. Ketika Rasulullah tenat kegeringan, baginda bersabda: Mari aku tuliskan untuk kamu satu pesan agar kamu tidak akan sesat sesudahku. Umar berkata: Disisi kalian ada al-Quran. Cukuplah bagi kami kitab Allah! Orang-orang yang berada di dalam rumah saling berselisihan dan bertengkar. Ada yang mengatakan supaya bawakan apa yang dimahukan oleh Nabi sementara yang lainnya mengikuti pendapat Umar. Ketika pertengkaran semakin hangat dan riuh, Rasulullah lalu bersabda: Pergilah kalian dari sisiku!
Inilah peristiwa juga tragedi yang digambarkan oleh Ibnu Abbas dengan katanya:
Sesungguhnya satu bala besar / celaka besar adalah perkara yang menghalang Rasulullah untuk menuliskan satu pesan untuk mereka kerana pertengkaran dan perselisihan mereka. (133)
Tindakan Umar memberi alasan atau membuat pilihan sendiri adalah bertentangan dengan firman Allah yang bermaksud:
“Orang mukmin dan mukminah tidak sepatutnya apabila sesuatu perkara itu diputuskan oleh Allah dan Rasul-Nya (lalu mereka mahu) menentukan pilihan mereka sendiri. Barangsiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, nyatalah mereka itu sangat sesat” (al-Ahzab: 36)
Berdasarkan hadits di atas Umar telah membuat pilihan sendiri bila Rasulullah s.a.a.w menganjurkan agar dibawakan kepadanya kertas dan dakwat bagi menuliskan sebuah wasiat yang bakal memelihara mereka dari kesesatan setelah kewafatannya.
Bukankah kehendak dan pilihan Nabi itu adalah kehendak Allah? Maka atas dasar apakah Umar memberi syor dan alasan bagi menghalang Nabi dari menulis wasiat tersebut? Bukankah tindakannya itu sudah dinamakan derhaka kepada Allah dan Rasul?
Firman Allah lagi menerusi surah an-Nur: 51 yang bermaksud:
“Sesungguhnya jawapan (reaksi) orang-orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar berhukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan: Kami Mendengar dan Kami Patuh Taat. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”
Apakah Umar dan penyokongnya benar-benar patuh dan taat segala kehendak Nabi s.a.a.w? Apakah mereka benar-benar seorang yang beriman?
Firman-Nya lagi didalam surah al-Hasyr: 7 yang bermaksud:
“Segala apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu, maka Terimalah dan apa yang dilarang tinggalkanlah”
Apakah Umar dan penyokongnya menerima dengan hati terbuka perintah Nabi tersebut? Bahkan yang lebih dahsyat lagi ada di antara mereka yang menuduh Nabi sudah nyanyuk dan meracau!!
Ya. Memang benar Umar membuat anjuran lain dari kehendak Nabi dengan mengatakan “Cukuplah bagi kami kitab Allah”. Tetapi persoalannya disini ialah apakah dia lebih mengetahui dan prihatin tentang apakah yang paling baik untuk umat Islam dari Rasulullah? apakah Umar benar-benar mahir dengan al-Quran yang dipilihnya? Jika benar dan tepat pilihan Umar itu maka seharusnya Nabi mengucapkan terima kasih kepadanya tetapi apa yang dapat dilihat Nabi menghalau mereka yang berada disisi baginda dengan sabdanya: Pergilah kalian dari sisiku!!
Golongan Ahlus Sunnah sering memberi alasan bahawa tindakan Umar adalah bukti keprihatinannya dan kasihnya terhadap Rasulullah kerana dia mahu mengurangkan rasa tekanan yang lahir dari kegeringan baginda, maka dia cuba menenangkan baginda dengan “alasan” nya itu!!?
Pendapat ini juga masih tidak dapat diterima secara positif kerana Rasulullah tidak langsung berasa tenang dengan alasan tersebut bahkan bersabda: Pergilah kalian dari sisiku!! Tambahan pula, Ibnu Abbas telah menggambarkan bahawa peristiwa hari khamis tersebut adalah satu tragedi kerana Nabi terhalang dari menulis wasiat yang akan memelihara umat dari kesesatan bahkan ianya merupakan satu Bala Besar dan Kecelakaan Besar.
Golongan Ahlus Sunnah juga memberi alasan lagi bahawa sekiranya baginda Rasulullah benar-benar mahu berwasiat sesuatu yang amat mustahak, bukankah baginda hidup sesudah peristiwa tersebut selama 3 hari. Maka bukankah masih banyak peluang bagi baginda untuk berwasiat tetapi terbukti baginda tidak mengulanginya!!?
Benarkah baginda tidak mengulanginya? Tidak! Baginda tetap teruskan kata-katanya tetapi dibuat-buat lupa atau sengaja dilupakan oleh mereka!!
Buktinya…setelah melihat para sahabat berselisihan dan bertegang urat hanya kerana baginda meminta dakwat dan kertas untuk menulis wasiat, maka baginda hanya mampu untuk bercakap tanpa menulis sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Sa`id bin Jabir dari Ibnu Abbas bahawa baginda bersabda: Aku wasiatkan kamu 3 perkara iaitu: 1- Keluarkan golongan musyrikin dari semenanjung tanah Arab (Mekah dan Madinah). 2-Izinkan setiap rombongan ke arah yang telah aku izinkan. 3-……..?? (134)
Menerusi riwayat ini periwayat mendiamkan diri atau dikatakan dia lupa perkara ketiga. Sila rujuk!!
Persoalannya, apakah perkara yang ‘Ter’lupa tersebut? Jika banyak perkara yang diwasiatkan baginda maka masih boleh lagi diterima akal yang ianya akan terlupa. Tetapi hanya 3 perkara sahaja yang diwasiatkan. Mustahil boleh dilupakan!! Atau ianya sengaja dilupakan?!!
Satu perkara yang bertentangan dan pelik pula ialah riwayat dari Aisyah yang bertegas mengatakan bahawa Rasulullah tidak langsung berwasiat, bahkan ketika baginda wafat dia sendiri tidak menyedarinya?!! Maka bilakah baginda berwasiat?!! (135)
Benarkah???! Sila buat kajian mengenainya!!
Sementara sebuah riwayat dari Thalhah bin Musharrif telah bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa: Apakah Rasulullah telah berwasiat? Dia menjawab: Tidak! Aku bertanya lagi: Bagaimana baginda tidak berwasiat sedangkan baginda memerintahkan umatnya agar berwasiat? Dia menjawab: Baginda berwasiat agar berpegang kepada kitab Allah. (136)
Riwayat ini menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.a.w telah memerintahkan umatnya agar berwasiat. Tetapi menerusi riwayat ini juga, timbul kesangsian iaitu apakah Nabi memerintahkan sesuatu terhadap umatnya tetapi baginda tidak melaksanakannya? |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 18
Apakah Nabi bersikap “Cakap tak serupa bikin”? Bukankah Rasulullah itu contoh terbaik bagi umat menerusi firman Allah: Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh terbaik buat kamu. (al-Ahzab:21)
Bahkan terlihat Abdullah terjerat bila dihujjah oleh Thalhah lalu dia menjawab menurut kecenderungannya terhadap jawapan Umar iaitu Kitab Allah.
Persoalannya: Apakah Umar benar-benar mahir dengan al-Quran? Bukankah al-Quran itu ‘bisu’ maka siapakah yang layak memahami al-Quran dan menjelaskan maksud darinya? Umar??
Jawapannya: Tidak sekali-kali!! Umar bukan orangnya bahkan dialah di antara sahabat yang benar-benar tidak mahir dengan al-Quran bahkan sanggup berfatwa, berijtihad dan bertindak dengan sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran!! Buktinya:
Pertama: Jahil tentang tayamum.
Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah, Nasaie dan lainnya bahawa seorang lelaki datang kepada Umar lalu berkata: Saya dalam keadaan junub tetapi saya tidak mendapatkan air (untuk mandi). Umar menjawab: Jangan sembahyang!! (Mendengar perkara itu) Ammar berkata: Apakah anda tidak ingat wahai Amirul mukminin ketika kita dalam satu pasukan, lalu kita junub dan tidak menemukan air. Adapun anda tidak solat, sedang saya berguling-guling di atas tanah dan solat. (Setelah mengadukan hal tersebut kepada Nabi), maka Nabi bersabda: Apa yang kamu perlu hanyalah menepukkan kedua tanganmu ke tanah, kemudian tiup, dan usapkan ke wajah dan kedua telapak tanganmu. Umar lantas berkata: Takutilah Allah wahai Ammar! Ammar menjawab: Kalau anda mahu saya tak akan mengulangi cerita tersebut. (137)
Sebuah hadits ini sudah cukup membuktikan kejahilan Umar dengan al-Quran dan as-Sunnah. Kalaulah ada yang berhujjah dan mencari alasan “Demi Umar” bahawa dia terlupa kejadian dan hadits yang diceritakan oleh Ammar itu, maka bagaimana pula dengan ayat Allah menerusi surah al-Maidah: 6
“…dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhuk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih – sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu – dengan debu itu -…”
Ayat ini sangat jelas dan terang memerintahkan agar bertayamum jika menghadapi kes ketiadaan air dan seumpama dengannya. Jadi apakah masih diberikan alasan yang Umar juga TERLUPA dengan ayat tersebut?! Atau memang dia tak tahu langsung dengan ayat tayamum itu?
Lagipun bukankah mustahil Umar boleh terlupa satu kejadian yang menimpa dirinya sendiri?
Sekiranya golongan Ahlus Sunnah berpendapat mengatakan fatwa Umar tersebut adalah satu ijtihad, maka kiranya dia benar dapat 2 pahala tetapi kiranya salah dia mendapat 1 pahala.
Ya. Umar memang pernah berpendapat tidak perlu sembahyang ketika berkeadaan junub tetapi bukankah Rasulullah sudahpun memperbertulkan dan menerangkan kesalahan Umar dalam pendapatnya itu? Jadi, mengapakah dia masih berani memberi fatwa dari ‘sunnah’ yang dia pernah buat kepada orang lain? Masihkan dia diberi pahala dari kesalahannya?
Tambahan pula, setelah Umar diperingatkan Ammar, dia masih tidak mahu menerima persaksian tersebut. Apa buktinya? Perhatikan riwayat berikut:
Sebuah riwayat shahih menyebut bahawa Abu Musa bertanya Abdullah sekiranya seseorang dalam keadaan junub dan tidak mendapatkan air selama sebulan, maka bagaimana keadaannya untuk solat? Abdullah memberi jawapan yang sama dengan Umar iaitu jangan solat meskipun selama sebulan. Maka Abu Musa mengutarakan ayat: kamu tidak mendapat air (untuk berwudhuk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih – dan dia menceritakan kisah yang terjadi antara Umar dengan Ammar lalu Abdullah berkata: Apakah kamu tidak nampak yang Umar tidak mahu menerima cerita Ammar itu? (138)
Kenapa Umar tidak mahu menerima penyaksian Ammar bin Yasir? Sebab malu mahu mengaku kesalahan dan kejahilannya di hadapan orang yang bertanyakan masalah tersebut? Atau Khalifah tak boleh ditegur? Bodoh sombong!!
Akhir sekali satu perkara yang pelik dari riwayat di atas iaitu bagaimana Abdullah juga berfatwa seperti fatwa Umar? Apakah dia tidak berani mengubah SUNNAH UMAR?
Sunnah Khulafa` ar-Rasyidin….. itulah alasan Ahlus Sunnah yang mengatakan sunnah sahabat sama ‘standard’ dengan sunnah Rasululllah!! Meskipun melawan Nas al-Quran dan Hadits!
Kedua: Mengubah Hukum Talak
Umar telah mengubah hukum talak yang telah ditetapkan oleh Allah menerusi surah al-Baqarah: 230 yang bermaksud:
“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik”
Sunnah Nabi s.a.a.w telah menjelaskan bahawa seseorang isteri tidak haram bagi suaminya melainkan setelah 3 kali talak, setelah itu barulah diharamkan bagi suami tersebut merujuk kembali melainkan setelah bekas isterinya itu bernikah dengan lelaki lain kemudian bercerai dengannya. Secara ringkasnya talak 3 dengan 1 kali lafaz dianggap satu.
Tetapi Umar telah merubah hukum tersebut dengan kuasa ijtihadnya iaitu dengan sekali lafaz talak tiga maka haram bagi sang suami merujuk kembali isterinya.
Bukti keberaniannya adalah seperti berikut:
1- Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya: Pada zaman Rasulullah s.a.a.w, zaman pemerintahan Abu Bakar dan 2 tahun di zaman kekuasaan Umar, talak 3 dianggap 1.” (139)
2- Dari Abu Shabha` bertanya kepada Ibnu Abbas: Apakah benar pada zaman Nabi s.a.a.w dan zaman pemerintahan Abu Bakar talak itu dianggap satu, tetapi kemudian Umar menganggapnya tiga? Ibnu Abbas menjawab: Ya!. (140)
3- Dari Abu Shabha` bertanya lagi kepada Ibnu Abbas: Bukankah pada zaman Rasulullah s.a.a.w dan zaman pemerintahan Abu Bakar talak tiga itu dianggap satu? Ibnu Abbas menjawab: Memang benar! Itulah keadaannya. Tetapi ketika zaman pemerintahan Umar, orang ramai mahu cepat di dalam menjatuhkan talak, maka dia pun meluluskannya. (141)
Perhatikan riwayat ketiga diatas dimana Umar sanggup memberi muka kepada orang ramai dengan menurut kehendak mereka meskipun mengubah hukum Allah dan Rasul-Nya. Ini tiada lain hanya semata-mata jalan politik bagi memancing kecintaan orang ramai dan sekaligus memberikan sokongan terhadapnya.
Satu perkara yang perlu kita ketahui meskipun talak menjadi perkara cabang (Furu`) tetapi hukumnya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan telahpun dilaksanakan oleh baginda Rasulullah s.a.a.w iaitu talak yang boleh dirujuk ialah 2 kali. Maka tidak ada ruang lagi bagi sesiapa pun untuk berijtihad bahkan berijtihad dalam hal ini adalah membatalkan nas.
Menerusi keterangan-keterangan di atas maka jelaslah bahawa Umarlah orang yang sangat berani mengubah hukum Allah dan Rasul-Nya.
Ketiga: Membatalkan Zakat Golongan Muallaf.
Di dalam sunnah Nabi s.a.a.w, baginda telah mengkhususkan bahagian zakat untuk orang-orang muallaf yang baru memeluk Islam. Tetapi Umar telah membatalkan pemberian tersebut pada zaman kekuasaanya dengan membatalkan hak tersebut menerusi veto ijtihad yang dimilikinya. Umar telah berkata kepada golongan muallaf: Tiada keperluan lagi untuk kamu. Sesungguhnya Allah telah muliakan Islam dan tidak memerlukan kamu.
Bahkan hukum tersebut juga telah dibatalkan olehnya pada zaman pemerintahan Abu Bakar lagi ketika mana orang-orang muallaf seperti biasa pada zaman Nabi mereka datang kepada Abu Bakar meminta bahagian mereka. Lalu Abu Bakar menulis sepucuk surat rasmi untuk diserahkan kepada Umar, kemudian mereka pergi kepada Umar dan menyerahkan surat tersebut tetapi dikoyakkan oleh Umar dan berkata: Tiada keperluan lagi untuk kamu. Sesungguhnya Allah telah muliakan Islam dan tidak perlukan kamu. Sekiranya kamu tidak Islam maka antara kami dan kamu akan berperang! Setelah itu golongan muallaf tersebut terus pergi bertemu Abu Bakar dan berkata: Kamu khalifah atau Umar? Abu Bakar menjawab: Bahkan Umar insya Allah. Dan seterusnya Abu Bakar menuliskan sepucuk surat bagi menyetujui ijtihad Umar tersebut. (142)
Tindakan Umar dan Abu Bakar ini terang-terang bertentangan dengan al-Quran di dalam surah at-Taubah: 60 yang bermaksud: |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 19
“Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan untuk orang-orang miskin, dan untuk amil-amil yang mengurusnya, dan untuk orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba yang mahu memerdekakan dirinya…”
Jelas? Sila rujuk!!
Keempat: Cubaan Membakar Rumah Fatimah a.s
Cubaan membakar rumah Fatimah dan Ali a.s oleh Umar untuk memaksa mereka supaya membai`at Abu Bakar telah dicatatkan di dalam banyak kitab-kitab sejarah Ahlus Sunnah Wal Jamaah seperti Thabari, Ibnu Qutaibah, Ibnu Katsir dan lainnya dimana Umar telah berkata: Aku akan membakar kamu semua sehingga kamu keluar untuk memberi bai`at kepada Abu Bakar” (143)
Fikirkan sahaja kebatilan tindakan Umar ini!!
Kelima: Mengharamkan Nikah Mut`ah
Bukti hukum halal nikah mut`ah terkandung di dalam surah an-Nisa`: 24 yang bermaksud:
“Dan isteri-isteri yang kalian nikmati (istamta`tum) di antara mereka, maka berilah kepada mereka mahar (upah) mereka sebagai satu kewajipan…”
Jumhur ulama Ahlus Sunnah mengatakan ayat ini turun pada awal kebangkitan Islam kerana keizinan nikah mut`ah dan disokong dengan pembacaan (Qiraat) Ubay bin Ka`ab, Ibnu Abbas dan Said bin Jabir iaitu: “ dan isteri-isteri yang kalian nikmati (istamta`tum) di antara mereka “dalam tempoh yang telah ditetapkan (Ila Ajalin Musamma)” maka berilah kepada mereka mahar (upah) mereka sebagai satu kewajipan” (144)
Diriwayatkan oleh Abdu bin Humaid, Ibnu Jarir, Ibnu al-Anbari dalam al-Masahif dan al-Hakim menshahihkannya bahawa Ibnu Abbas dan Ubay bin Ka`ab membacanya dengan bacaan: “ dan isteri-isteri yang kalian nikmati (istamta`tum) di antara mereka “dalam tempoh yang telah ditetapkan (Ila Ajalin Musamma)” maka berilah kepada mereka mahar (upah) mereka sebagai satu kewajipan” (145)
Begitu juga diriwayatkan oleh Abdu bin Humaid dan Ibnu Jarir dari Mujahid bahawa ayat ini turun kerana (keizinan) nikah mut`ah. (146)
Berdasarkan ayat ini diriwayatkan dari Musaddad bin Hushain berkata: sesungguhnya setelah turun ayat mut`ah dalam al-Quran, maka kami melaksanakannya pada zaman Nabi s.a.a.w, dan tiada ayat lain yang menasakhkannya. Begitu juga baginda tidak menghalangnya sehingga baginda wafat. Hanyalah ada seorang lelaki yang berijtihad (mengharamkannya). Muhammad berkata: Katanya orang lelaki itu adalah Umar. (147)
Diriwayatkan juga dari Jabir bin Abdullah berkata: Kami dahulu melaksanakan nikah mut`ah beberapa hari dengan (mas kahwin) kurma dan tepung pada zaman Rasulullah s.a.a.w dan Abu Bakar sehinggalah akhirnya Umar melarang dari melakukannya kerana `Amru bin Huraits. (148)
Imam Suyuthi memetik kata-kata Abu Hilal Al-Askari bahawa Umar adalah orang pertama yang mengharamkan nikah Muta`ah. (149)
Satu perkara yang pelik dan ajaib bila golongan Sunni mendakwa bahawa Rasulullah s.a.a.w yang mengharamkan mut`ah bukan Umar. Mereka membawa beberapa buah hadits bagi menyokong dakwaan tersebut.
Pelik kerana menurut riwayat Jabir di atas mengatakan pada zaman Nabi hidup juga zaman pemerintahan Abu Bakar nikah mut`ah masih dihalalkan tetapi dalam masa yang sama ia juga diharamkan oleh Rasulullah?! Apakah Abu Bakar dan orang ramai tidak mengetahui pengharamannya melainkan setelah di’Isytiharkan’ oleh Umar? Ini sangat bertentangan!!.
Bukankah Rasulullah telah lama wafat, mustahil orang ramai masih meneruskan nikah tersebut pada zaman Abu Bakar jika ianya telah di haramkan!! Khususnya bila kita mendapati bahawa nikah mut`ah kononnya telah diharamkan oleh Rasulullah pada zaman penaklukan Mekah (Fathu Makkah) (150) maka sudah tentu pada masa itu ramai orang yang mendengarnya khususnya Abu Bakar. Jadi mustahil mereka tetap meneruskannya pada zaman Abu Bakar!!
Tambahan pula apa yang telah diharamkan oleh baginda adalah haram buat selama-lamanya begitu juga sebaliknya. Maka bagaimana Rasulullah boleh menyampaikan sesuatu hukum yang berubah-ubah? Sekejap halal sekejap tidak macam biskut “Chipsmore”. Ini mustahil sama sekali!!
Persoalan yang penting sekali ialah hukum halal bagi nikah mut`ah sudah terdapat didalam al-Quran maka apakah boleh hadits-hadits menasakhkan dan membatalkan al-Quran? Adakah Nabi akan bertindak sesuatu yang menyalahi al-Quran? Mustahil!!
Hadits tidak boleh menasakhkan al-Quran!!
Dan kiranya ayat mut`ah tersebut dinasakhkan maka sudah pasti al-Quran juga yang menasakhkannya kerana firman Allah yang bermaksud:
“Apa sahaja ayat keterangan yang Kami batalkan (mansukhkan) atau Kami tinggalkan (tangguhkan), Kami akan datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau sebanding dengannya. Tidakkah engkau ketahui bahawasanya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu” (al-Baqarah: 106)
Berdasarkan ayat ini maka terbukti segala hadits-hadits yang menasakhkan ayat mut`ah adalah batil dan ciptaan semata-mata kerana tidak mungkin Nabi s.a.a.w akan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah!!
Selain itu juga, Umar sendiri telah mengakui bahawa dialah yang mengharamkan nikah mut`ah menerusi riwayat berikut yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:
“Ada 2 Mut`ah yang ada (halal) pada zaman Nabi. Sekarang aku melarangnya dan akan memberi saksi bagi melaksanakannya: Mut`ah haji (haji Tamattu`) dan mut`ah permpuan (nikah mut`ah)” (151)
Lihatlah betapa jelasnya Umar mengakui bahawa nikah mut`ah telah dihalalkan oleh Rasulullah tetapi dialah orang yang mengharamkannya dengan kuasa ijtihad yang dia miliki.
Para ulama Ahlus Sunnah telah mencatatkan bahawa Umar-lah yang telah mengharamkan nikah mut`ah menerusi riwayat-riwayat berikut:
1- Imam Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar pernah ditanya tentang nikah mut`ah, maka dia menjawab bahawa hukumnya halal. Si penanya tidak berpuas hati lalu bertanya lagi dengan berkata: Bukankah ayahmu melarangnya? Abdullah menjawab dengan mengajukan sebuah pertanyaan: Bagaimana pendapatmu jika ayahmu melarang sesuatu yang mana Rasul membolehkannya. Pendapat Rasul yang harus kau ikuti atau pendapat bapamu? Si penanya menjawab dengan tegas: Tentu pendapat Rasulullah!! (152)
2- Al-Raghib di dalam al-Muhadarat meriwayatkan bahawa Yahya bin Aktam berkata kepada seorang syeikh di Basrah: Siapakah orang kamu ikuti tentang harusnya nikah mut`ah? Dia menjawab: Umar al-Khattab. Yahya bertanya lagi: Bagaimana? sedangkan Umarlah orang yang melarangnya. Dia menjawab: Menurut riwayat yang shahih bahawa Umar menaiki mimbar masjid dan berkata: “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah menghalalkan untuk kamu 2 mut`ah. Tetapi aku mengharamkankedua-duanya. (mut`ah perempuan dan mut`ah haji)”. Maka kami menerima kesaksiannya tetapi tidak menerima pengharamannya.(153)
3- Imam Ali a.s berkata: Sekiranya Umar tidak melarang nikah mut`ah maka sudah tentu tiada seorang pun yang berzina melainkan orang yang celaka.(154)
4- Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bin Abdullah katanya: Kami telah melakukan 2 mut`ah pada zaman Rasulullah s.a.a.w kemudian ianya dilarang oleh Umar, maka kami tidak mengulanginya. (155)
5- Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abdullah bin Mas`ud katanya: Kami pergi berperang bersama Rasulullah s.a.a.w dan disisi kami tiada sesuatu, maka kami meminta sebarang pemberian, tetapi kami dilarang darinya. Kemudian Rasulullah mengizinkan menikahi perempuan dengan sehelai baju hingga tempoh yang tertentu dan baginda membacakan ayat: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan perkara-perkara yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu. Dan janganlah kamu melampaui batasan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (al-Maidah: 87) (156)
Kaji semula soal nikah mut`ah ini!!
Keenam: Menambah Hukum Sebat.
Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Daud dan Nasaie dari Anas bin Malik katanya: Seorang lelaki dibawa menghadap kepada Nabi s.a.a.w kerana kesalahan meminum arak, maka baginda merotannya dengan 2 pelepah kurma sebanyak 40 kali sebatan. Begitu juga yang dilaksanakan oleh Abu Bakar. Tetapi setelah zaman pemerintahan Umar, dia berbincang dengan orang ramai lalu Abdul Rahman bin Auf menganjurkan agar ditambah sebatan sebanyak 80 sebatan. (157) |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 20
Hebat…!! Hukum Rasulullah boleh dibincang-bincangkan untuk membuat pilihan sendiri.
Firman Allah s.w.t:
“Orang mukmin dan mukminah Tidak Sepatutnya apabila sesuatu perkara itu diputuskan oleh Allah dan Rasul-Nya (lalu mereka mahu) Menentukan Pilihan Mereka Sendiri. Barangsiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, nyatalah mereka itu sangat sesat” (al-Ahzab: 36)
Jelaslah bahawa yang mahu menentukan pilihan mereka sendiri dengan mengenepikan satu keputusan Allah dan Rasul-Nya maka dia telah sesat. Sesat yang nyata!!
Islam tidak pernah menzalimi sesiapapun, maka setiap hukuman yang dilaksanakan oleh Rasulullah adalah semata-mata sebagai satu pendidikan dan pengajaran agar jangan mengulanginya, bukan untuk menyiksa. Tetapi Umar lebih prihatin dari Nabi hingga melaksanakan suatu tambahan hukum dari cadangan Abdul Rahman bin `Auf tanpa merasakan ianya suatu kesalahan…!!
Ketujuh: Larangan Menulis dan meriwayatkan hadits
Sunnah Khulafa` ar-Rasyidin….Larangan ini adalah warisan dari Abu Bakar dan diteruskan oleh Umar kemudian Utsman.
Pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab secara terang-terang dia menghalang penulisan as-Sunnah hingga mengeluarkan arahan menangkap dan memenjarakan sesiapa sahaja yang meriwayatkan as-Sunnah. Bahkan Abu Hurairah sendiri mengakui bahawa sekiranya beliau meriwayatkan sebarang hadits pada zaman hidupnya Umar maka beliau akan dipukul dengan tongkatnya. (158)
Selama hampir satu abad iaitu seratus tahun hadith tidak ditulis mahupun dibukukan secara rasmi oleh pihak pemerintah hinggalah di zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz (rahimahullah) dan ketika itu kebanyakan para sahabat yang bersama Nabi yang pernah mendengar ucapan yang keluar dari mulut suci baginda telah meninggal dunia dan berpindah ke negara lain.
Sebuah riwayat dikeluarkan oleh az-Dzahabi dari Ibrahim dari bapanya Abdul Rahman bin A`uf katanya: Umar telah memenjarakan 3 orang kerana banyak meriwayatkan hadits: Ibnu Mas`ud, Abu Darda` dan Abu Dzar. Mereka bertiga tidak diizinkan keluar dari Madinah hinggalah Umar meninggal dunia.(159)
Diriwayatkan juga oleh ad-Darawardi dari Abu Hurairah ketika ditanya apakah dia meriwayatkan hadits pada zaman Umar? Dia menjawab: Sekiranya aku meriwayatkan hadits pada zaman Umar seperti sekarang ini maka aku akan di pukul dengan tongkatnya. (160)
Persoalannya mengapakah di zaman para sahabat, as-Sunnah tidak ditulis sedangkan ketika itu al-Quran telah lengkap ditulis dan disusun didalam sebuah buku? Mungkinkah ditakuti as-Sunnah akan bercampur aduk dengan al-Quran lagi sedangkan al-Quran telah ditetapkan oleh Nabi kepada orang-orang tertentu?
Itulah alasan yang sering kita dengar iaitu tindakan Umar melarang penulisan hadits kerana ditakuti as-Sunnah akan bercampur-aduk dengan al-Quran…?!
Benarkah ini satu hujjah yang kukuh?. Apakah al-Quran dan as-Sunnah itu seperti garam dan gula, yang mana bila keduanya bercampur kita tak dapat membezakan antara keduanya? Kiranya begitu, bukankah baik kalau dikhaskan garam didalam bekasnya manakala gula didalam bekasnya yang khas supaya tidak TERcampur. Jadi mengapakah para khalifah tersebut tidak mengambil inisiatif begitu dalam memisahkan antara keduanya? Bukankah baik kalau dibukukan hadits-hadits Nabi didalam sebuah buku yang khas sepertimana al-Quran dibukukan? Apatah lagi diwaktu itu para sahabat Nabi masih banyak lagi yang hidup dan zaman hidup mereka dengan Nabi juga masih belum jauh berpisah. Bukankah ianya satu peluang keemasan?!
Pelik…Satu tindakan yang sungguh pelik..!! Bagai ada udang disebalik batu.
Dengan tindakan Umar melarang para sahabat menulis dan meriwayatkan hadits-hadits sebenarnya punca munculnya timbunan hadits-hadits palsu kerana ia tidak terpelihara didalam sebuah buku, maka bagaimana mahu dirujuk kebenaran sesebuah riwayat yang sampai dikemudian hari?
Tetapi golongan Ahlus Sunnah berhujjah bahawa bilangan hadits terlalu banyak bebanding al-Quran, jadi amat payah untuk menyatukannya.
Saya katakan ini adalah satu hujjah yang tidak munasabah. Secara logik jika difikirkan, bukankah pada waktu Abu Bakar dan Umar memerintah para sahabat masih banyak yang hidup dan peluang keemasan masih terbuka untuk melaksanakankan tugas tersebut. Jadi mengapa mereka tidak mengeluarkan perintah sahaja kepada setiap sahabat meskipun yang berada didalam atau luar Madinah agar membukukan hadits-hadits yang mereka pernah mendengarnya dari Rasulullah kemudian diserahkan kepada pihak pemerintah untuk disimpan dan dijadikan rujukan? Bukankah hadits itu penting kerana ia berperanan sebagai pentafsir al-Quran? Hanyalah sebahagian sahabat yang membuat pengumpulan hadits secara peribadi seperti Abdullah bin `Amru al-`As yang dinamakan as-Sadiqah Jabir bin Abdillah dan Ali bin Abi Thalib. (161)
Tiada inisiatif untuk memelihara hadits malah menghalang para sahabat meriwayatkan dan menyampaikan hadits-hadits Nabi bahkan mengancam pukul dengan tongkatnya!!
Sunnah Abu Bakar dan Umar dalam melarang para sahabat menulis dan meriwayatkan hadits terus disambung oleh Utsman yang mana dia pernah memberi amaran kepada orang ramai dengan berkata: Jangan sekali-kali seorangpun (dari kalian) meriwayatkan sebuah hadits pun dari Rasulullah yang aku tak pernah dengar pada zaman Abu Bakar dan Umar! (162)
Disini maka seharusnya kita memuji tindakan Umar bin Abdul Aziz yang lebih cerdik dan sedar dari Umar al-Khattab kerana memikirkan nasib hadits Nabi yang tidak terpelihara lalu beliau memberi perintah keseluruh pelusuk negeri agar membukukan semua hadits-hadits yang ada sebagai memelihara keasliannya. Tetapi malangnya, ketika perintah dikeluarkan sudah seabad lamanya iaitu sekitar 100 tahun hijrah, zaman para sahabat sudah agak jauh ketinggalan bahkan ramai yang sudah meninggal dunia. Maka tidak mustahillah dalam pengumpulan tersebut hadits-hadits palsu dan ciptaan sesebahagian pihak yang tidak bertanggung jawab terkandung sekali dalam pengumpulan tersebut.
Sebenarnya jika anda mengkaji semula tindakan Umar anda akan mendapati bahawa ianya memakan dirinya sendiri hingga terlalu banyak hukum-hukum yang pernah dilaksanakan oleh Nabi yang dia tidak mengetahuinya. Disini dibawakan serba sedikit darinya:
1- Diriwayatkan oleh Abdul Razzaq dari Qatadah dan Sya`bi keduanya berkata: Seorang perempuan datang bertemu Umar lalu berkata: Suamiku sering bangun tengah malam (untuk solat) dan berpuasa disiang hari. Maka Umar berkata: Bagus kamu telah memuji suamimu! Lalu Ka`ab berkata (kepada Umar): Perempuan ini (sebenarnya) mengadukan masalah. Umar menjawab: Bagaimana pula? Ka`ab menjawab: Perempuan ini mengadu bahawa suaminya tidak memberi bahagian untuknya (sebagai sepasang suami isteri). Umar lalu berkata: Kalau kamu faham perkara itu, kamu hukumlah antara keduanya. Maka Ka`ab berkata: Wahai Amirul Mukminin, Allah telah menghalalkan bagi seseorang wanita itu 4 hari. Pada setiap 4 hari baginya 1 hari dan setiap 4 malam baginya 1 malam (memberi nafkah batin). (163)
Bukankah golongan Ahlus Sunnah banyak meriwayatkan hadits tentang keutamaan Umar bahawa dia sering disetujui oleh Allah hingga banyak ayat al-Quran yang turun kerananya, maka mengapa pula hukum bagi wanita tersebut dia tidak mengetahui hingga perlu Ka`ab menyelesaikan masalah tersebut? Selain itu juga, Umar bagaikan orang jahil yang tidak memahami maksud zahir kata-kata wanita tersebut hingglah Ka`ab yang menerangkannya. Apakah perlu wanita tersebut berterus terang yang suaminya tidak memberi nafkah batin kepadanya? Apakah ini selayaknya digelar Amirul Mukminin?
2- Umar juga diriwayatkan jahil tentang perkara kecil seperti adab memberi salam hinggalah terjadi kepada dirinya dimana Abu Musa al-Asy`ari datang kerumahnya lalu memberi salam sebanyak 3 kali tetapi tiada jawapan keizinan dari Umar maka dia pun pulang. Lalu umar mengejar Abu Musa dan bertanya mengapa dia pulang? Maka Abu Musa mengkhabarkan padanya sebuah hadits dari Nabi tentang adab tetamu apabila datang memberi salam kepada tuan rumah sebanyak 3 kali tetapi tidak dijawab, maka pulanglah. Tetapi Umar tidak percayakan Abu Musa lalu memberi ancaman pukul sekiranya dia tidak dapat menghadirkan saksi bagi riwayat hadits tersebut. (164)
Sangat pelik tindakan Umar ini, sudahlah tidak tahu tentang perkara sekecil itu, bahkan tidak mahu menerima kejahilannya dengan tidak mempercayai Abu Musa bahkan mengancam pukul kiranya Abu Musa tidak mendatangkan saksi kepada hadits tersebut.
Meskipun begitu golongan Ahlus Sunnah tetap mencari alasan bahawa tindakan Umar itu adalah sebagai tanda berhati-hati untuk menerima sesebuah pengkhabaran kerana ditakuti ada hadits-hadits akan dipergunakan untuk kepentingan diri. Hujjah ini agak berat sebelah kerana jika diperhatikan dari riwayat shahih yang lain Umar telah menerima riwayat hadits Abdul Rahman bin `Auf tanpa meminta sebarang saksi bagi meyakinkannya. (165)
Selain itu juga, Umar dapat menerima hadits riwayat Abdul Rahman bin `Auf tanpa sebarang saksi apabila dia tidak tahu bagaimana mahu melaksanakan hukum ke atas |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 21
orang-orang Majusi, lalu Abdul Rahman mengatakan bahawa Rasulullah s.a.a.w pernah bersabda: Hukumlah mereka seperti hukuman untuk Ahli kitab. (166)
3- Diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi dari Hisyam bin Yahya al-Makhzumi berkata: Seorang lelaki dari tsaqif datang bertemu Umar lalu bertanya tentang hukum wanita yang dalam keadaan haid sedang dia berada di kawasan Kaabah, maka apakah baginya segera keluar darinya? Umar menjawab: Tidak perlu! Maka lelaki tsaqif itu berkata kepada Umar: Rasulullah telah menjelaskan kepadaku bagi kes seperti wanita tersebut tetapi bukan seperti yang kamu fatwakan. Lalu Umar memukul lelaki itu dengan tongkatnya dan berkata: Kenapa kamu minta fatwa dariku yang telah difatwakan Nabi kepadamu? (167)
Apa yang jelas menerusi riwayat ini membuktikan bahawa Umar jahil tentang hukum yang pernah dilaksanakan oleh Nabi s.a.a.w. Satu kemungkinan besar juga lelaki tsaqif tersebut mahu menguji kepandaian Umar lalu menanyakan soalan yang pernah dia tanyakan kepada Nabi, dan ternyata fatwanya berbeza. Sebabnya apa? Sebab Umar tidak mahu mengambil inisiatif mengumpulkan hadits-hadits Nabi yang penuh terkandung dengan berbagai fatwa dan nasihat-nasihat dari Nabi s.a.a.w yang dia tidak pernah mendengarnya kerana sibuk berniaga.
Sebagai tambahan kejahilan Umar terhadap hukum-hukum yang terdapat didalam al-Quran ialah pada satu ketika Umar mahu menjalankan hukuman rejam ke atas seorang wanita yang hamil pada tempoh 6 bulan sahaja. Lalu dia ditegur oleh imam Ali a.s dengan membawakan hujjah al-Quran: “…sedang tempoh mengandungnya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan…” (al-Ahqaf: 15) juga ayat: “dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap..” (al-Baqarah: 233) lalu umar menarik balik hukumannya. (168)
Inilah sebahagian dari kuasa veto ijtihad Umar melawan nas al-Quran dan as-Sunnah juga kejahilannya. Apakah selepas ini masih ada yang meyakini bahawa riwayat-riwayat yang menyatakan Umar banyak memberi buah fikiran dan idea kepada Nabi dalam soal kemaslahatan umat (kononnya) dan akhirnya banyak ayat-ayat al-Quran turun kerana buah fikirannya yang “bernas” itu seperti kononnya Umarlah orang yang mencadangkan agar isteri-isteri Nabi memakai hijab dan akhirnya turunlah ayat hijab sebagai tanda setuju dari Allah terhadap “keprihatinan” Umar?
Mustahil!! Jelas riwayat-riwayat seumpamanya itu adalah salah satu cara untuk mengangkat kedudukan Umar! Kerana apa? Adakah dia lebih prihatin dan peka dari Nabi tentang kemaslahatan isteri-isteri baginda dan umatnya? Tambahan pula, telah jelas Umar berijtihad melawan nas maka bagaimana nas boleh bersetuju dengannya? Apakah ini sikap orang yang kononnya syaitan takut kepadanya hingga ia terpaksa melalui lorong lain selain lorong yang dilalui oleh Umar??! Fikirkan…..
Kesalahan-Kesalahan Utsman
Pertama: Menyempurnakan Solat Ketika Musafir
Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Umar katanya: Rasulullah s.a.a.w melaksanakan solat ketika musafir di Mina sebanyak 2 rakaat, begitu juga Abu Bakar sesudah Nabi kemudian Umar sesudah Abu Bakar dan Utsman pada zaman pemerintahannya. Sesudah itu Utsman sembahyang 4 rakaat. (169)
Diriwayatkan juga oleh Muslim dari Salim bin Abdullah dari bapanya bahawa Rasulullah s.a.a.w melaksanakan solat sebagai seorang musafir di Mina dan juga ditempat lain sebanyak 2 rakaat, begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar. Kemudian Utsman pada awal pemerintahannya dia menyempurnakan solat musafir kepada 4 rakaat. (170)
Dengan terang Utsman beramal sesuatu yang berlawanan dengan sunnah Nabi. Apakah dia lebih taat dan keras berpegang kepada hukum Allah daripada Nabi?
Bahkan yang paling jelas sekali, dia telah mengabaikan satu kemudahan yang diberikan Allah kepada hamba-Nya menerusi firman-Nya di dalam surah an-Nisa`: 101:
“Dan apabila kamu musafir dimuka bumi, maka kamu tidaklah berdosa menqasarkan (memendekkan) sembahyang..”
Meskipun ayat ini menunjukkan satu keizinan (rukhshah) dari Allah, tetapi adalah lebih afdhal Utsman mengikuti sunnah Nabi iaitu memendekkan solat dari 4 rakaat menjadi 2. Bahkan jika diukur dari sudut pendapat disisi mazhab Hanafi perlakuan Utsman menyempurnakan solat ketika musafir adalah HARAM kerana bagi mereka memendekkan solat bagi musafir adalah wajib. (171)
Bukankah Rasulullah s.a.a.w pernah bersabda: Barangsiapa yang asing dari sunnahku maka dia bukan dari kalanganku. (172)
Jelaslah….
Kedua: Mengusir Abu Dzar al-Ghiffari ke Rabazah
Di antara orang yang kuat menyokong imam Ali a.s adalah Abu Dzar al-Ghiffari. Satui hari pada zaman pemerintahan Utsman Abu Dzar telah berucap di masjid Nabi di Madinah dengan berani dan lantang membuka pekong Utsman dalam menentang sunnah Rasulullah s.a.a.w. Beliau berkata:
Wahai manusia, barangsiapa mengenaliku, maka dia telah mengenaliku. Dan barangsiapa yang belum mengenaliku maka aku perkenalkan diriku. Aku adalah Abu Dzar al-Ghiffari, aku Jundub bin Junadah ar-Rabzi….
Beliau meneruskan kata-katanya hinggalah sampai kepada katanya: …dan Muhammad adalah pewaris ilmu Adam dan segala yang dilebihkan kepada para Nabi. Manakala Ali bin Abi Thalib adalah wasiat (pengganti) Muhammad dan pewaris ilmu baginda….hingga akhir
Abu Dzar r.a juga mengungkap seluruh sikap dan perlakuan Utsman yang menukar dan merubah sunnah-sunnah Rasulullah s.a.a.w lantas beliau dibuang negeri ke Syam atas dasar takut pengaruhnya berkembang. Tetapi beliau tetap dengan pendiriannya berkata benar dan dipintu masjid Damsyiq setelah selesai solat subuh beliau berkata: Telah datang sekumpulan unta berjalan seiringan membawa api. Laknat Allah ke atas mereka yang memerintahkan membuat kebaikan tetapi mereka sendiri yang meninggalkannya dan laknat Allah juga ke atas mereka yang melarang kemungkaran tetapi mereka sendiri yang melakukannya.
Kelakuan Abu Dzar merunsingkan Muawiyah selaku gabenor Syam, lantas dia mengirimkan sepucuk surat kepada Utsman mengadukan perihal Abu Dzar tersebut lalu Utsman memerintahkan Abu Dzar pulang ke Madinah bertemunya.
Setelah beliau tiba di Madinah dan dibawa bertemu Utsman yang ketika itu disisnya ada pengikutnya, dia lalu bertanya kepada Abu Dzar: Telah sampai berita kepadaku bahawa engkau mengatakan telah mendengar Rasulullah bersabda: Apabila bani Umayyah cukup 30 orang berkumpul, mereka akan menjadikan negeri-negeri Allah sebagai dinasti, hamba-hamba Allah sebagai hamba sahya mereka dan menjadikan agama Allah binasa. Beliau menjawab: Benar! Aku telah mendengar Rasulullah mengatakan perkara tersebut. Utsman (tercengang-cengang sambil) bertanya kepada jemaahnya: Adakah kalian pernah mendengar hadits tersebut?. Lalu Utsman mengutus seseorang memanggil Ali a.s, lalu beliau datang dan dia bertanyakan kepada Ali a.s berkenaan hadits tersebut. Maka imam Ali menyaksikan bahawa tiada orang yang lebih benar dari Abu Dzar.
Secara ringkas dari kisah tersebut akhirnya Abu Dzar diusir keluar dari Madinah ke Rabazah dan Utsman tidak mengizinkan sesiapa pun bercakap-cakap dengannya hinggalah beliau meninggal dunia disana.(173)
Atas dasar apakah Utsman mengusir Abu Dzar r.a dari tanah suci Madinah? Takut rahsia terbongkar? Kerana beliau begitu berani berkata: Ali adalah wasiat peninggalan gantian Rasulullah? Apakah Utsman terasa pedas bila Abu Dzar mengakui hadits penyelewengan bani Umayyah bila bersatu?
Ketiga: Melantik Gabenor Pemabuk
Sekitar tahun 25-26 hijrah, Utsman telah melucutkan jawatan Sa`id bin Abi Waqqas selaku gabenor di Kufah dan digantikan dengan al-Walid bin Uqbah bin Mu`ith.
Al-Walid adalah seorang peminum arak hingga dia menambah solat subuh menjadi 4 rakaat ketika menjadi imam dan termuntah di mihrab. Bahkan dia berkata: Kamu semua mahu aku tambah lagi rakaat sembahyang? Setelah itu, dia duduk ditengah-tengah masjid lalu memanggil tukang-tukang sihir yang ada di sekitar Kufah bagi melakukan perkara-perkara ajaib. (174)
Bagaimana seorang khalifah boleh melantik seorang pemabuk arak menjadi gabenor? Tambahan pula, apakah Utsman tidak tahu bahawa al-Walid bin Uqbah bin Mu`ith itu telah digelar oleh Allah sebagai seorang Fasiq?!
Inilah jelas ketika mana al-Walid pernah diutus Nabi untuk memungut zakat daripada bani Mustaliq, lalu dia pulang dan memberitahu Nabi bahawa bani Mustaliq telah keluar untuk memerangi mereka. Mendengarkan berita tersebut, lalu Nabi bersiap sedia dengan tentera untuk bertahan dari serangan mereka.(175) Maka turunlah ayat:
“Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti (berita yang disampaikannya) agar kamu tidak |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 22
menimpakan satu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (al-Hujurat: 6)
Mustahil Utsman tidak mengetahuinya!! Jadi atas dasar apakah dia masih melantik seorang fasiq menjadi gabenor? Apakah baginya orang fasiq itu boleh dipercayai dan layak menjawat jawatan gabenor selaku pemimpin setempat umat Islam?
Kelima: Memukul Ammar bin Yasir
Secara ringkas dari kisah di atas, Ammar bin Yasir dan Miqdad beserta 10 orang yang lain menulis sepucuk surat menentang tindakan dan kelakuan Utsman yang terlalu mementingkan kroni-kroninya dan menentang beberapa sunnah Rasulullah s.a.a.w Kemudian Ammar menghantar surat tersebut kepada Utsman dan ketika itu bersamanya Marwan bin al-Hakam. Setelah membaca isi kandungan surat tersebut, Utsman bertanya kepada Ammar siapakah bersama beliau dalam penulisan surat tersebut, tetapi beliau enggan memberitahunya. Lantas Marwan mengapi-apikan Utsman maka dia memerintahkan Ammar dipukul hingga mengoyakkan perutnya, lalu Ammar pengsan dan mereka menghantarnya ke rumah Ummu Salamah r.a
Setelah itu, berita Ammar dipukul sampai ke telinga bani Mughirah / Makzum, maka mereka menjadi marah kerana Ammar adalah ketua kaum mereka. Ketika Utsman keluar untuk solat zohor, Hisyam bin al-Walid bin Mughirah berjumpanya dan berkata: Demi Allah, sekiranya Ammar mati kerana pukulan tersebut, maka pasti aku akan membunuh seorang lelaki besar dari bani Umayyah!! Utsman lalu menjawab: Aku tiada ketika kejadian itu.(176)
Tidak perlu lagi saya mengulas sikap Utsman menerusi kisah ini. Fahamilah!!
Keenam: Memanggil Pulang Al-Hakam Dan Anaknya Marwan Dari Buangan
Pada pemerintahan Utsman, dia telah memanggil pulang al-Hakam bin al-`As dari buangan negeri. Al-Hakam adalah pakcik Utsman yang telah dihalau oleh baginda Rasulullah s.a.a.w dari Madinah. Abu Bakar dan Umar sendiri tidak berani memanggil al-Hakam pulang ke Madinah tetapi Utsman memanggilnya pulang kerana kecintaannya terhadap kroni-kroninya dari bani Umayyah. Pernah ketika zaman pemerintahan Abu Bakar dan Umar, Utsman cuba memujuk mereka berdua agar memanggil pulang al-Hakam dan anaknya Marwan tetapi keduanya enggan melakukannya.(177)
Al-Hakam bin Abu al-`Ash bin Umayyah bin Abd Syams diusir dan dilaknat oleh baginda Rasulullah dari Madinah. Dia adalah bapa kepada Marwan dan bapa saudara Utsman bin Affan.
Al-Faqihi telah meriwayatkan dengan sanad daripada az-Zuhri dan `Atha`al-Khurasani bahawa para sahabat menziarahi Nabi ketika itu baginda melaknat al-Hakam. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa dengannya? Baginda menjawab: Dia memasuki rumahku melalui dinding yang pecah sedangkan aku bersama isteriku didalamnya.
Nabi s.a.a.w berjalan didepan al-Hakam lalu dia mencuitkan Nabi dengan anak jarinya (mempersendakan baginda). Maka Nabi berpaling dan melihatnya dan bersabda: Wahai Tuhanku, jadikannya seorang yang tak berguna!. Kemudian al-Hakam segera lari ke tempatnya yang dinamakan Khait al-Bathil (benang palsu) Rasulullah berkata: Celakalah umatku daripada keturunan lelaki ini!. (178)
Inilah pakcik tersayang Utsman!!
Utsman adalah pemerintah yang terlalu memberi muka dan mengutamakan keturunannya iaitu bani Umayyah. Hinggakan pada zaman pemerintahannya, terlalu ramai sahabat yang pernah dilantik oleh Abu Bakar dan Umar sebagai gabenor di semua tanah jajahan Islam dilucutkan olehnya dan digantikan dengan ahli keluarganya. Seperti melucutkan jawatan Sa`ad bin Abi Waqqas gabenor Kufah dan digantikan dengan saudaranya seorang fasiq dan pemabuk iaitu al-Walid bin Uqbah bin Mu`ith, Abu Musa al-Asy`ari gabenor Basrah digantikan dengan Abdullah bin `Amir bin Kuraiz iaitu anak saudaranya, melantik Abdullah bin Sa`ad bin Abi Sarh yang zalim dan dia adalah saudara susuan dengan Utsman dan banyak lagi.
Maka tidak hairanlah Utsman dibenci oleh sekumpulan besar para sahabat Rasulullah kerana sikapnya itu dan akhirnya dia mati dibunuh dengan hinanya!!
Pembunuhan Utsman
Secara ringkas tentang sebab pembunuhan Utsman adalah sepertimana yang dikisahkan oleh Sa`id bin Musayyab menantu Abu Hurairah kepada az-Zuhri (179) ketika dia ditanya bagaimana terjadinya pembunuhan Utsman dan atas sebab apa.
Di antara kisahnya beliau menceritakan bahawa ketika Utsman menjadi khalifah, sekumpulan para sahabat sangat benci dengan pemerintahannya kerana Utsman terlalu mengutamakan kaumnya sendiri. Selama 12 tahun Utsman memerintah, dia banyak melantik beberapa orang dari keluarganya bani Umayyah yang dibenci oleh sahabat-sahabat Rasulullah.
Utsman telah melantik Abdullah bin Sa`ad bin Abi Sarh sebagai gabenor Mesir selama beberapa tahun dan orang-orang Mesir telah mengadukan kezaliman Abdullah terhadap mereka kepada Utsman. Lalu Utsman mengutus surat nasihat kepada Abdullah tetapi dia tidak mengendahkannya bahkan berani memukul orang-orang utusan Utsman dari Mesir hingga menyebabkan kematian. Lalu 7 orang Mesir datang mengadukan hal tersebut kepada para sahabat ketika waktu-waktu solat tentang apa yang telah dilakukan oleh Abdullah, maka Thalhah bin Ubaidillah pergi (berjumpa Utsman) dan bercakap kasar dengannya (kerana melantik Abdullah yang zalim). Sementara Aisyah pula mengirim surat kepada Utsman dan berkata: Para sahabat Muhammad datang kepadamu (meminta) agar kamu memecat Abdullah tetapi kamu enggan. Dan ini salah seorang dari mereka (orang Mesir) telah mati, maka tenangkanlah mereka dengan gantian gabenor yang lain.(180) Begitu juga Ali bin Abi Thalib masuk bertemu Utsman dan berkata: Mereka (orang-orang Mesir) meminta kamu menggantikan (Abdullah) dengan lelaki lain, maka uruskanlah gantian tersebut.
Selepas melakukan beberapa pilihan akhirnya orang-orang Mesir mahu Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq menggantikan tempat Abdullah bin Sa`ad, lalu beberapa orang sahabat dari golongan Muhajirin dan Ansar berangkat mengiringi Muhammad menuju ke Mesir untuk bertemu Abdullah bagi membuat gantian.
Setelah 3 hari mereka berjalan keluar dari Madinah menuju ke Mesir, tiba-tiba muncul seorang lelaki hitam berkuda terkejar-kejar, maka para sahabat bertanya kepadanya: Kamu seperti terkejar-kejar, kenapa? Jawab lelaki itu: Saya orang utusan Utsman, dan beliau mengutus saya bertemu gabenor Mesir. Lantas seseorang berkata kepadanya: Inilah (Muhammad bin Abu Bakar) gabenor Mesir. Dia menjawab: Bukan ini yang aku mahu. Lalu mereka menceritakan kepadanya tentang perlantikan Muhammad sebagai gabenor Mesir yang baru, kemudian dia ditanya lagi: Siapakah kamu? Dia menjawab: Orang utusan Utsman. Dan bila ditanya lagi dia menjawab: Orang utusan Marwan…Lalu Muhammad bertanya kepadanya: Kepada siapa kamu diutuskan? Dia menjawab: Kepada gabenor Mesir. Ditanya lagi: Atas tujuan apa? Dia menjawab: Kiriman surat. Ditanya lagi: Surat tersebut ada bersama kamu? Dia menjawab: Tiada. Lantas dia diperiksa dan akhirnya mereka terjumpa sekeping surat dari Utsman kepada Abdullah bin Sa`ad yang berbunyi: Apabila tiba kepadamu Muhammad bin Abu Bakar bersama fulan dan fulan, maka berkeraslah kepada mereka meskipun terpaksa berperang. Batalkan surat akuan (perlantikan Muhammad bin Abu Bakar). Tangkap dan penjarakan mereka yang mengadukan hal kezalimanmu kepadaku dan tunggu perintah susulan dariku.
Setelah membaca surat tersebut, mereka lalu berpatah balik ke Madinah, maka berkumpullah Thalhah, Zubair, Ali bin Abi Thalib, Sa`ad dan beberapa orang para sahabat Rasulullah lalu mereka menceritakan tentang budak utusan dan isi surat tersebut. Maka seluruh ahli Madinah berasa marah dengan Utsman. Ditambah pula dendam kesumat terhadap Utsman dari beberapa golongan kaum seperti bani Zuhrah dan bani Huzail kerana apa yang Utsman lakukan kepada Ibnu Mas`ud, sementara bani Ghaffar sangat-sangat marah kepada utsman kerana perlakuannya terhadap Abu Dzar (buang negeri) manakala bani Makhzum berdendam kerana perintah Utsman memukul Ammar bin Yasir yang parah. Semua golongan kaum berkumpul lalu mengepung rumah Utsman iaitu sekitar tahun 35 hijrah dan mereka semua bersama-sama Muhammad selaku ketua yang mengepung Utsman mengancam keras terhadap Utsman disertai kaumnya iaitu bani Taim.
Kemudian Ali bersama Thalhah, Zubair, Sa`ad dan beberapa orang ahli Badar masuk bertemu Utsman dan bertanyakan tentang surat tersebut tetapi dia tidak mengakuinya meskipun pada surat itu terdapat cop rasmi kerajaan. Dan akhirnya mereka menuntut Utsman agar menyerahkan Marwan tetapi dia enggan. Setelah dia dikepung beberapa hari hinggakan air minuman tiada ditambah dengan serangan panah bertubi-tubi ke arah rumahnya akhirnya rumahnya dirempuh lalu dia mati dibunuh sementara Marwan pula terkena panahan.(180)
Sila rujuk kisah pengepungan dan pembunuhan Utsman menerusi kitab-kitab tarikh Ahlus Sunnah seperti Tarikh al-Khulafa`oleh imam Suyuthi, Al-Imamah Was Siyasah oleh Ibnu Qutaibah, Al-Kamil Fit Tarikh oleh Ibnu Atsir dan banyak lagi. Pastikan anda merujuknya!!
Kenapa Utsman tidak mahu memecat Abdullah bin Sa`ad meskipun Aisyah telah mengirim surat agar melucutkan jawatan Abdullah? Bahkan imam Ali sendiri menasihatinya agar berbuat seperti yang disyorkan oleh Aisyah. Kerana sayang pada saudara susuannya?
Benarkah bukan Utsman yang menulis surat tersebut? Tetapi jika dilihat dari sikapnya yang tidak mahu mengaku kesalahan memukul Ammar ketika ditanya oleh Hisyam bin |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 23
al-Walid bin Mughirah, apakah boleh terima kejujurannya dalam hal surat tersebut? Tambahan pula surat itu terdapat cop rasmi kerajaan.
Mengapa pula Utsman berkeras tidak mahu menyerahkan Marwan kepada para sahabat untuk disoal siasat? Takut rahsia terbongkar? Kerana sayang pada sepupunya?
Fikirkan…dan kajilah dengan sebaiknya.
Inilah sikap seorang sahabat besar junjungan Ahlus Sunnah hingga mencipta sebuah riwayat lalu disandarkan kepada Nabi bahawa Utsman adalah orang yang disegani oleh para malaikat tetapi tidak kepada Nabi!!
Sikap dan tindakan para sahabat yang menyeleweng sesudah kewafatan Nabi Muhammad s.a.a.w terlalu banyak jika mahu dirungkaikan. Khususnya sahabat-sahabat besar iaitu Abu Bakar, Umar dan Utsman. Mereka dengan terang-terang dan berani menentang segala sunnah Rasulullah s.a.a.w bahkan sanggup membelakangi al-Quran dan hukum-hakamnya. Mereka bagaikan tidak pernah redha dengan keputusan Allah dan Rasul-Nya dalam menetapkan sesebuah hukuman lantas mahu menukarkannya dengan sunnah dan ijtihad mereka sendiri semata-mata mahu membuktikan bahawa mereka memiliki kuasa veto merubah dan membatalkan hukum Allah dan Rasul-Nya.
Al-Quran mengikut zaman atau zaman mengikut al-Quran??
Apakah al-Quran itu bukan sesuatu yang Haq hinggalah memerlukan ijtihad manusia menapis kemaslahatannya? Firman Allah:
“Dan Allah menurunkan bersama para nabi itu kitab-kitab suci (yang mengandungi keterangan yang) Haq untuk manusia berhukum di antara mereka apa yang diperselisihkan” (al-Baqarah: 213)
Apakah Allah itu tidak adil hingga hukum-hukum-Nya perlu digubal? Firman Allah:
“ Bukankah Allah seadil-adil Hakim?” (at-Tin: 8)
Begitu juga Rasul, apakah baginda Rasulullah melaksanakan sesuatu hukum menurut hawa nafsunya sendiri hingga sunnahnya perlu ditukar ganti dengan pendapat yang mereka perbincangkan? Firman Allah:
“Demi bintang semasa ia menjunam, teman kamu (Muhammad) tidak menyeleweng (dari jalan yang benar) dan tidak pula dia sesat (dengan kepercayaan yang salah), dan dia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, segala yang diperkatakan itu tidak lain melainkan wahyu yang diturunkan kepadanya” (an-Najm: 1-4)
Jika perkara tersebut telah jelas di hadapan anda maka fahamilah firman Allah berikut:
“Orang mukmin dan mukminah tidak sepatutnya apabila sesuatu perkara itu diputuskan oleh Allah dan Rasul-Nya (lalu mereka mahu) menentukan pilihan mereka sendiri. Barangsiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, nyatalah mereka itu sangat sesat” (al-Ahzab: 36)
Firman-Nya lagi:
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (al-Maidah: 45)
Firman Allah lagi:
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq” (al-Maidah: 47)
Firman Allah s.w.t lagi:
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir” (al-Maidah: 44)
Fikirkanlah sebaiknya…
Apakah segala amalan dan aqidah yang kita pegang selami ini benar jika hanya kerana menerimanya dari para sahabat yang menyeleweng dari jalan Allah? Kaji semula dari A hingga Z segala amalan yang kita laksanakan selama ini kerana ditakuti ianya bukan dari Allah dan Rasul-Nya.
Para sahabat bukan maksum dan tindak tanduk mereka tidak semestinya benar dan shahih.
Golongan Ahlus Sunnah sering berhujjah bahawa segala tindak tanduk sahabat tidak boleh dipertikaikan dan seluruh pendapat dan ijtihad mereka samada benar atau salah tetap mendapat pahala berdasarkan hadits Rasulullah iaitu: Apabila seorang hakim berijtihad lalu benar ijtihadnya itu maka baginya 2 pahala, tetapi sekiranya salah maka baginya 1 pahala.
Buat salah pun dapat pahala?
Tidak pernah terfikirkah anda bahawa jika mengikut orang yang salah maka kita juga berada dalam kebatilan. Lalu bagaimana mungkin diberikan pahala? Apakah anda mahu mengikut mereka yang salah?
Tambahan pula para sahabat sesama sendiri pun berselisihan dalam beberapa perkara, jadi yang mana satu yang betul dan perlu diikut? Diikuti pula mazhab yang 4 juga berselisihan dalam banyak perkara, maka siapakah yang paling benar? Semua benar? Tak mungkin!! Satu sahaja yang benar, tetapi siapa? Hanafi, Maliki, Syafi`ie atau Hanbali? Mereka juga tak lari dari kesalahan!!
Jadi siapakah yang dalam keadaan Haq??
Insya Allah akan disambung….Wassalam |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 24
Kitab-Kitab Rujukan
1- Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Musnad Ahmad: 2/332
2- Shahih Bukhari: Juz 2 hal 209 dan Juz 5 hal 192
3- Shahih Bukhari: Juz 4 hal 63
4- Shahih Bukhari: Juz 7 hal 112
5- Shahih Bukhari: Juz 4 hal 144 dan Juz 8 hal 192
6- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 28
7- Shahih Muslim: 4691, Abu Daud: 2939, Tirmidzi: 2226 dan Tuhfatul Asyraf: 10521
8- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 18 dan sesudahnya.
9- Abu Ishaq Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim an-Naisaburi ats-Tsa`labi. Wafat pada tahun 337H. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa beliau adalah satu-satunya ulama dalam ilmu tafsir di zamannya yang kutipannya benar dan dapat dipercayai.
10- Tafsir Ibnu Katsir: Jil 2 hal 66. Beliau mengulas hadits tersebut tiada cacat sanadnya.
11- Majama` az-Zawaid: Juz 7 hal 20
12- Fathul Qadir: Jil 2 hal 66
13- Fathul Qadir: Jil 2 hal 64
14- Al-Kasysyaf: Juz 1 hal 636
15- Ad-Durul Mantsur: Juz 3 hal 119
16- Ibid.
17- Shahih at-Tirmidzi: 3046
18- Fathul Bari: Juz 6 hal 31, al-Bidayah Wan Nihayah: Juz 8 hal 102, Siyaru A`alamin Nubala`: Juz 2 hal 436 dan al-Isabah: Juz 3 hal 287
19- Fathul Qadir: Juz 2 hal 3
20- Ad-Durul Mantsur: Juz 3 hal 3 dan Fathul Qadir: Juz 2 hal 3
21- Ibid
22- Ad-Durul Mantsur: Juz 3 hal 4
23- Ibid.
24- Ibid.
25- Fathul Qadir: Juz 2 hal 75 dan ad-Durul Mantsur: Juz 2 hal 298
26- Musnad Ahmad: 1/281, Tarikh Baghdad: 7/290, Tafsir ath-Thabari, Mafatihul Ghaib: 3/636, Sawa`iqul Muhriqah oleh Ibnu Hajar dan lain-lain.
27- Khasais Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib: Hal 21, Ahmad, 1/118, al-Bazzar: 3/189 dan 2539, al-Hakim: 3/109, ath-Thabrani dalam Mu`jam al-Kabir: 5/166,4969-4670, Ibnu Abi `Asim dalam as-Sunnah: 2/909 dan 1399 dan al-Khawarizmi dalam al-Manaqib: Hal 182 dan banyak lagi.
28- Sunan Ibnu Majah: 116 dan Tuhfatul Asyraf: 1797
29- Musnad Ahmad: 4/372 dan Majma`uz Zawaid: Juz 9 hal 107
30- Musnad Ahmad: 2/281, Kanzul Ummal: 15/117 dan Fadhailul Khamsah as-Sihah as-Sittah: 1/350
31- Musnad Ajmad: 4/281 dan Misykatul Mashabih: 6103
32- Mustadrak al-Hakim: 3/109
33- Sawa`iqul Muhriqah: Hal 25. Riwayat yang dinukil oleh Ibnu Hajar dari Thabrani, al-Hakim dan Tirmidzi
34- Majma`uz Zawaid: Juz 9 hal 107
35- Majma`uz Zawaid: Juz 9 hal 109
36- As-Sawi`uqul Muhriqah: Hal 188
37- Tafsir Ibnu Katsir: Jil 2 hal 14 dan ad-Durul Mantsur: Jil 2 hal 259
38- Tarikh Baghdad: Jil 8 hal 290
39- Juga dikeluarkan oleh Al-Khawarizmi dalam al-Manaqib: Hal 70
40- Bukhari: 3092-3093, Muslim: 1759, Abu Daud: 2967 dan Ahmad: 1/10
41- Tarikh Ya`qubi: Juz 2 hal 84, Al-Kamil Fit Tarikh: Jil 2 hal 194, Al-Imamah Was Siyasah: Hal 1-18 dan sesudahnya.
42- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 20 dan Tarikh Ya`qubi: Juz 2 hal 84
43- Al-Kamil Fit Tarikh: Jil 2 hal 194
44- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 18 dan Al-Kamil Fit Tarikh: Jil 2 hal 192-193
45- Tarikh Ya`qubi: Juz 2 hal 83 dan Al-Kamil Fit Tarikh: Jil 2 hal 193
46- Al-Imamah was Siyasah: Hal 21
47- Shahih Bukhari: 7147, Muslim: 16, Tuhfatul Asyraf 9/487, At-Targhib Wat Tarhib: Jil 3 hal 115 dan Subulus Salam:: 1301
48- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 28
49- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 24
50- Al-Bidayah Wan Nihayah: Jil 7 hal 203, Tarikh Thabari: Jil 3 hal 198 dan Tarikh Abu Fida`: Jil 1 hal 156
51- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 21-23 dan Tarikh Ya`qubi: Juz 2 hal 85
52- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 23
53- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 25
54- Siyaru A`alamin Nubala`: 13/296-302
55- Wafayatul A`ayan: Jil 2 hal 246
56- Al-Bidayah Wan Nihayah: Jil 2 hal 48
57- Lisanul Mizan: Jil 3 hal 357
58- Siyaru A`alamin Nubala`: 13/196-302
59- Shahih Bukhari: 3711, 3712, 4035, 4036, 4240, 4241, 6725 dan 6726 Shahih Muslim: 4555, Sunan Abu Daud: 2968-2970, Nasaie: 4152, Tuhfatul Asyraf: 6630 dan Musnad Ahmad: 1/10
60- Muslim: 4555
61- Al-Ihtijaj: Jil 1 hal 115-129
62- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 18-19, Murujuz Zahab: Jil 2 hal 302 dan Tarikh Ya`qubi: Juz 2 hal 127
63- Al-Milal Wan Nihal: Jil 1 hal 9
64- Lisanul Mizan: VI hal 78, Al-Manaqib: Hal 7 dan Al-Bidayah Wan Nihayah: VII hal 356
65-Yanabi`ul Mawaddah: Hal 91-92
66- Musnad: 1/156, Tirmidzi: 2/ 461, Mustadrak: 2/51, Al-Isabah: 2/509 dan Kanzul Ummal: 1/246
67- Mustadrak: 2/53-54
68- Musnad: VI hal 370, Asbabun Nuzul al-Wahidi: Hal 150, Ad-Durul Mantsur: 2/298, Yanabi`ul Mawaddah: Hal 120, Tarikh Baghdad: VIII hal 290, Nurul Absar: Hal 75 dan Tarikh Ya`qubi: 2/32./ Juga rujuk perbahasan saya yang telah lepas.
69- Ad-Durul Mantsur: 2/293, Mafatihul Ghaib: 3/417, Al-Kasysyaf: 1/422 dan Asbabun Nuzul al-Wahidi: Hal 4
70- Musnad: 1/175, Kanzul Ummal: VI hal 117, Mustadrak: 3/116, Tirmidzi: 2/301, Khasaish Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib karya Nasaie: Hal 78 dan Al-Manaqib: Hal 83
71- Al-Kasysyaf: 1/482, Mafatihul Ghaib: 3/20, Musnad: 1/185, Ad-Durul Mantsur: 3/38, Asbabun Nuzul al-Wahidi: Hal 47 dan Nurul Absar: Hal 101
72- Jami`ul Bayan: XXII hal 502, Ad-Durul Mantsur: V hal 198, Musnad: 3/259 dan Asbabun Nuzul al-Wahidi: Hal 251 |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 25
73- Ibid.
74- Asbabun Nuzul al-Wahidi: Hal 331, Mafatihul Ghaib: VIII hal 392, Al-Isabah: VIII hal 68, Usudul Ghabah: V hal 350 dan Nurul Absar: Hal 102
75- Lisanul Mizan: V hal 76, Al-Bidayah Wan Nihayah: VI hal 80, Musykilul Atsar: 2/8 dan Yanabi`ul Mawaddah: Hal 137
76- Ibid. Dan Kifayatut Thalib: Hal 227
77- Ibid. Hal 230-231
78- Ibid: Hal 379 dan Majma`uz zawaid: IX hal 168
79- Sawai`qul Muhriqah: Hal 84-85, Dhakhai`rul `Uqba: Hal 29 dan Kifayatuth Thalib: Hal 298-299
80- Kifayatuth Thalib: Hal 204 dan Yanbi`ul Mawaddah: Hal 166
81- Yanabi`ul Mawaddah: Hal 519
82- Musnad: 1/ /3, Mizanul I`ktidal: 1/306 dan Ad-Durul Mantsur: 3/309
83- Shahih Tirmidzi: 2/299, Mustadrak: 3/130, Hilyatul Awliya`: vi HAL 339, Usudul Ghabah: IV hal 30 dan Murujuz Dzahab: 2/49
84- Kanzul Ummal: VI hal 154, Tahdzibut Tahdzib: 3/178 dan Kifayatuth Tahdzib: Hal 167-168
85- Kifayatuth Thalib: Hal 112
86- Al-Isabah: 3/20, Kanzul Ummal: VI hal 155 dan Mustadrak: 3/128
87- Al-Manaqib: Hal 60-63
88- Al-Manaqib: Hal 90 dan Kifaytuth Thalib: Hal 76
89- Usudul Ghabah: V hal 530 dan Kifayatuth Thalib: Hal 348-349
90- Mustadrak: 3/5
91- Yanabi`il Mawaddah: hal 81
92- Al-Khasaish Ali: Hal 17, Mustadrak: 3/125, Shahih Tirmidzi: 2/301 Dan Kifayatuth Thalib: Hal 201
93- Yanabi`ul Mawaddah: Hal 100
94- Dhakha`irul `Uqba: Hal 29, Sawa`iqul Muhriqah: Hal 85 dfan Kifayatuth Thalib: Hal 298
95- Lihat umpamanya, Tarikh Baghdad: IV hal 403
96- Lihat umpamanya. Al-Imamah Was Siyasah: Hal 18-19 dan Tarikh Ya`qubi: 2/127-128
97- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 32, Tarikh Damsyiq, Tahdzibut Tarikh: 13/122-123, Al-Mu`jam al-Kabir: 1/62-63, Al-Amwal: Hal 144-145, Tarikh Thabari: 4/53, Diringkaskan oleh Abu Nuaim dalam Hilyatul Awliya`: 1/34, Al-`Ilal: 1/181, Al-Mizan: 3/108-110, Lisanul Mizan: 4/188-190, Musnad Fatimah Az-Zahra: Hal 72, Tarikh Ya`qubi: Juz 2 hal 94, `Aqdul Farid: 2/54 dan Majma` az-Zawaid: 5/202-203
98- Musnad fatimah az-Zahra: Hal 72-73
99- Tafsir Ibnu Katsir: 4/100, Tafsir Al-Kasysyaf: 4/213 Fathul Qadir: 4/670 dan Ihya`ul Mayyit Bi Fadhail Ahlil Bait: Bil. Hadits: 2
100- Kitab Sulaim bin Qais: hal 127
101- Lihat umpamanya, Shahih Bukhari: IV hal 94-99
102- Kitab Sulaim: Hal 128
103- Shahih Muslim: 2/236
104- Kitab Sulaim: Hal 127
105- Ibid: 127
106- Ibid. dan Al-Imamah Was Siyasah: Hal 24
107- Lihat umpamanya, Al-Imamah was Siyasah: Hal 21-25
108- Kitab Sulaim bi Qais al-Hilali: Hal 129
109- Ibid: Hal 151
110- Yanabi`ul Mawaddah: Hal 403
111- Kitab Sulaim: hal 151
112- Al-Ma`arif: Hal 251
113- Musnad Ahmad Ibnu Hanbal: 1/119
114- Ansabul Asyraf: Juz 1&2 hal 152
115- Tarikh Damsyiq: Juz 2 hal 7&3&150, Syarah Nahjul Balaghah karya Ibnu Abi Hadid: Juz 19 Hal 217, Abaqatul Anwar: Juz 2 hal 309, Manaqib Ali bin Abu Thalib: Hal 23 dan Sirah halabiyah: Juz 3 hal 337
116Bukhari: 1399, Muslim: 20, Abu Daud: 1556, Tirmidzi: 2616 dan Nasaie: 5/14
117- Sila rujuk Musnad Ahmad Ibnu Hanbal: 1/11, 19: 35-36 dari hadits Ubaidillah bin Utbah dari Abu Hurairah
118- Tarikh Thabari: IV hal 1928
119- Tarikh Thabari: VI hal 52
120&121- Bukhari: 6912 dan 6913, Muslim: 4440-4444, Tirmidzi: 1377, Abu Daud: 3085 dan 4093 Nasaie: 2494-2496, Ibnu Majah: 2509, 2673 dan lainnya.
122- Shahih Bukhari: Bab sesuatu yang dikeluarkan dari laut.
123- Tafsir al-Kasysyaf: 2/214
124- Fathul Qadir: 3/278 dan Tafsir Ibnu Katsir: 3/36
125- Musnad Fatimah az-Zahra oleh imam Suyuthi: Hal 71 dan Ath-Thabaqat Ibnu Sa`ad: 6/315
126- Sila rujuk Tazkiratul Huffaz oleh Az-Zahabi: Jil 1 Hal 2
127- Tazkiratul Huffaz: 1/7
128- Bukhari: 5730 dan 6973, Muslim: 5748 dan Tuhfatul asyraf: 9720
129- Tazkiratul Huffaz: 1/3
130- Tarikh Thabari: IV hal 1928 dan Al-Kamil Fit Tarikh: 2/216
131- Al-Kamil Fit Tarikh: 2/216
132- Al-Kamil Fit Tarikh: 2/277
133- Bukhari: 114, 3053, 4431, 4432, 5669 dan 7366, Muslim: 4208, 4209 dan 4210, Abu Daud: 3029 dan Tuhfatul Asyraf: 5517 dan 5841
134- Bukahari: 3053, 3168 dan 4431, Muslim: 4208, Abu Daud: 3029 dan Tuhfatul Asyraf: 5517
135- Bukhari: 2741 dan 4459, Muslim: 4207, Nasaie: 3624-3625, Ibnu Majah: 1626 dan Tuhfatul Asyraf: 15970
136- Bukhari: 2740, 4460 dan 5022, Muslim: 4203, Tirmidzi: 2119 Nasaie: 3622, Ibnu Majah: 2696 dan Tuhfatul Asyraf: 5170
137-Bukhari: 338-343 dan 346-347, Muslim: 816-819, Abu Daud: 322-328, Tirmidzi: 144, 311, 315-318, Ibnu Majah: 569, Nasaie: 319 dan Tuhfatul Asyraf: 92476, 10360 dan 10362.
138- Bukhari: 345-347, Muslim: 816, Abu Daud: 321, Nasaie: 319 dan Tuhfatul Asyraf: 9247 dan 10360
139&140- Muslim: 3658, Abu Daud: 2200, Nasaie: 3406 dan Tuhfatul Asyraf: 5715
141- Muslim: 3660 dan Tuhfatul Asyraf: 3660
142- Al-Jauharatun Naiyyirah Fil Fiqhi Hanafi: 1/164
143- Al-Imamah Was Siyasah: Hal 24, Al-Bidayah Wan Nihayah: Jil 7 hal 203, Tarikh Thabari: Jil 3 hal 198 dan Tarikh Abu Fida`: Jil 1 hal 156
144 - Fathul Qadir: 1/567
145&146- Fathul Qadir: 1/ 574
147- Shahih Bukhari: Kitab Tafsir 6/27 |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Meniti Kebenaran
Part: 26
148- Muslim: 3402 dan Tuhfatul Asyraf: 2850
149 Tarikh al-Khulafa`: Hal 165 dan Al-Awail: Hal 117
150- Muslim: 3411 dan 3414
151- Sunan Al-Baihaqi: 7/206
152- Shahih Tirmidzi: 1/157
153- Al-Muhadharat: 2/94
154- Tafsir ath-Thabari: 7/9 Tafsir ar-Radzi: 3/200 dan Ad-Durul Mantsur: 2/140
155- Muslim: 3015 dan 3403 juga Tuhfatul Asyraf: 3109
156- Shahih Bukhari Kitab Nikah 4/7
157-Bukhari: 6773 dan 6776. Muslim: 4427-4429, Tirmidzi: 1443, Abu Daud: 4479, Ibnu Majah: 2570 dan Tuhfatul Asyraf: 1254 dan 1352
158 Sila rujuk Jami` Bayanil Ilmu: Juz 2 hal 120
159 Al-Ihkam Fi Usulil Ahkam: 1/195 dan Tazkiratul Huffaz: 1/7
160 Tazkiratul Huffaz: 1/7
161- Silarujuk: Jami` Bayani Ilm: Juz1 hal 76
162- Musnad Ahmad: Jil 1 hal 363 Sila rujuk Sunan Ibnu Majah: Bab Keutamaan para sahabat. Jil 1 hal 92. Shahih Tarmidzi dan Nasaie juga Musnad Ahmad jil iv hal 163.
163- Tarikh Al-Khulafa`: Hal 171
164- Shahih Bukhari: 2062, Muslim: 36 dan Al-Muwaththa`:1736
165- Tazkiratul Huffaz: 1/7
166- Ar-Risalah karya imam Syafie: hal 430
167- Miftahul Jannah karya as-Suyuthi: Hal 31
168- Al-Ihkam Fi Usulil Ahkam: 1/186
169- Muslim: 1591 dan Tuhfatul Asraf: 7850
170- Muslim: 1588 dan Tuhfatul Asyraf: 6899
171- Shahih Muslim Syarah Nawawi: 5/199
172- Shahih Muslim: 3389, Nasaie: 3217 dan Tuhfatul Asyraf: 334
173- Al-Kamil Fit Tarikh: 3/10 dan Tarikh Ya`qubi: 2/119-120
174- Tarikh Ya`qubi: 2/114, Al-Kamil Fit Tarikh: 2/474 dan Al-Imamah Was Siyasah: Hal 46
175- Tafsir Ibnu Katsir: 4/187
176- Tarikh Al-Khulafa`: Hal 189 dan Al-Imamah Was Siyasah: Hal 46
177- Tarikh Ya`qubi: 2/144
172- Al-Ibanah: Hal 12.
178- Tarikh Al-Khulafa`: Hal 188 dari riwayat Ibnu `Asakir.
179- Tarikh Al-Khulafa`: Hal 189 dan Al-Imamah Was Siyasah: Hal 151
180- Tarikh Al-Khulafa`: hal 189-192, Al-Imamah Was Siyasah: Hal 48-51, Al-Kamil Fit Tarikh: 2/494 dan 3/3-58 dan Tarikh Ya`qubi: 2/112-122 |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Respon buat Nahzaluz
Salam...Nahzaluz.
Terima kasih dan syukur kpd Allah.
Insya Allah jika diberi kesempatan, ana akan berbincang dengan anta/anti. Cuma yang ana mintak anda baca semula setiap baris dari hujjah ana dari yang pertama kiriman ana hinggalah yang terbaru ni. dan kalau boleh print buat simpan dan kajian. Takuti ana ada salahnya. Al-Maklum ana bukan dari kalangan ulama.
Salamun alaik.. |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Nasihat buat MK
Salam...MK
Maafkan saya sebab saya ni bukan alim bahkan jahil. tapi maaflah kiranya saya katakan bahawa anda tidak langsung memahami dari 'karangan' yang saya 'posting'kan. Hujjah anda terlalu naif kerana saya telah menjelaskan dan menghuraikan 2 pendapat yang bercanggahan menerusi hadits sebab turunnya ayat Ikmaluddin tersebut berdasarkan kepada hadits-hadits Ahlus Sunnah sendiri. Ternyata ada 2 perkara yang bertentangan iaitu pertama ia diturunkan di Ghadir Khum dan kedua ia diturunkan di Arafah. saya juga sudah mengeluarkan sebahagian besar dari teks khutbah yang terkandung dalam bicara Nabi di Arafah. Kemudian saya cantumkan jadi satu supaya takde yang ketinggalan. segalanya telah saya huraikannya dan harapan saya tolonglah anda rujuk padanya. Bertenang..jangan terlalu ghairah dengan hujjah para ulama-ulama kerana riwayat hadits terlalu banyak hingga memeningkan kepala: Mana satu yang betul dan tepat?. Jadi cubalah anda buat perbandingan sendiri.
Dan lagi satu saya kurang berminat dengan cara anda menyindir. Saya sedikitpun tak pernah mendabik dada yang saya ini pelajar al-Azhar. DEMI ALLAH. Meskipun setinggi mana pun kelulusan ianya hanya satu sandaran bukan berkekalan.
Al-Haq bukan dari kelulusan. Terima Kasih
Salam......
[ Last edited by UdiNo on 9-9-2003 at 04:01 AM ] |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Respon buat Nahzaluz: 2
Waalaikum salam...Nahzaluz.
Allahu Akbar! Nahzaluz saya minta anda baca semula 'karangan' saya tu. Sebab majoriti persoalan anda ada tersurat didalamnya. Cuma saya mahu ulas iaitu
1- Kepimpinan Ali a.s memang wujud didalam al-Quran berdasarkan sebab turun ayat dari surah al-Maidah tersebut. Al-Quran menitipkan wahyu yang umum sementara hadits-lah yang mengkhususkannya. Ternyata menerusi perbandingan yang saya buat maka saya dapati ianya ditujukan kepada imam Ali a.s yang sedang ruku` ketika sedang memberi sedekah tersebut. Sila anda rujuk seluruh riwayat yang saya bawakan dalam 'karangan' saya. Terima kasih.
Jika umat berpegang kepada ayat al-Maidah 55 dan juga sebab turun ayat tersebut maka tidak akan wujud khilaf siapakah pengganti Nabi s.a.a.w. Kerana itulah saya menggunakan Tajuk "Kepimpinan Ali..." Dan maksud 'raki`un' juga sudah saya huraikan. sila rujuk. Terima Kasih.
2- Imam Ali a.s di'masukkan' kedalam kategori Khulafa ar-Rasyidin oleh imam Hanafi dan sebelum itu beliau tidak langsung disebut-sebut kerana sejak dari pemerintahan bani Umayyah hingga ke zaman pemerintahan akhir-akhir bani Abbasiyah Ahlul Bait (Alawiyin) ditindas dan diketepikan hingga individu yang masyhur dari kalangan mereka terselindung kerana pihak pemerintah. Sila anda rujuk semula tarikh yang berkaitan dengannya. Insya Allah anda akan lihat betapa dahsyat Ahlul Bait ditindas dan disisihkan.
Insya Allah, saya akan perbentangan masalah tersebut.
Sebagai tambahan, anda huraikan sahaja persoalan yang ada, dan insya Allah saya akan jawab dengan izin-Nya. Samada cepat atau lambat. Cuma satu yang saya mintak supaya anda membaca semua 'karangan' saya dari awal hingga akhir dan fahami setiap baris satu persatu. Saya doakan anda dapat menjawab soalan anda sendiri dengan baik kerana Allah berfirman: al-Ankabut: 69
"Dan orang-orang yang berjihad (berusaha dengan sebaiknya) ke arah Kami (mencari al-Haq) maka Kami benar-benar akan tunujukkan kepada mereka jalan-jalan (dalam pencariannya itu) Dan seseungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat baik"
Salam...Terima Kasih.
[ Last edited by UdiNo on 9-9-2003 at 04:40 AM ] |
|
|
|
|
|
|
UdiNo This user has been deleted
|
Waalaikum salam...Nahzaluz.
Allahu Akbar! Nahzaluz saya minta anda baca semula 'karangan' saya tu. Sebab majoriti persoalan anda ada tersurat didalamnya. Cuma saya mahu ulas iaitu
1- Kepimpinan Ali a.s memang wujud didalam al-Quran berdasarkan sebab turun ayat dari surah al-Maidah tersebut. Al-Quran menitipkan wahyu yang umum sementara hadits-lah yang mengkhususkannya. Ternyata menerusi perbandingan yang saya buat maka saya dapati ianya ditujukan kepada imam Ali a.s yang sedang ruku` ketika sedang memberi sedekah tersebut. Sila anda rujuk seluruh riwayat yang saya bawakan dalam 'karangan' saya. Terima kasih.
Jika umat berpegang kepada ayat al-Maidah 55 dan juga sebab turun ayat tersebut maka tidak akan wujud khilaf siapakah pengganti Nabi s.a.a.w. Kerana itulah saya menggunakan Tajuk "Kepimpinan Ali..."
2- Imam Ali a.s di'masukkan' kedalam kategori Khulafa ar-Rasyidin oleh imam Hanafi dan sebelum itu beliau tidak langsung disebut-sebut kerana sejak dari pemerintahan bani Umayyah hingga ke zaman pemerintahan akhir-akhir bani Abbasiyah Ahlul Bait (Alawiyin) ditindas dan diketepikan hingga individu yang masyhur dari kalangan mereka terselindung kerana pihak pemerintah. Sila anda rujuk semula tarikh yang berkaian dengannya. Insya Allah anda akan lihat betapa dahsyat Ahlul Bait ditindas dan disisihkan |
|
|
|
|
|
|
|
Udino, :bg:
Terima kasih dan syukur kpd Allah.
Insya Allah jika diberi kesempatan, ana akan berbincang dengan anta. Cuma yang ana mintak anda baca semula setiap baris dari hujjah ana dari yang pertama kiriman ana hinggalah yang terbaru ni. dan kalau boleh print buat simpan dan kajian. Takuti ana ada salahnya. Al-Maklum ana bukan dari kalangan ulama.
Alhamdulillah. Marilah kita berbincang dgn baik semoga kita mendapat manfaat darinya. Ana menghormati pegangan anta.
Ana sejak dulu lagi memang berminat dgn posting 1 anta tu. Cuma nak berbincang tu kena mengambil masa sbb ia agak panjang dan sarat dgn rujukan. Ana kena baca dan rujuk dahulu.
Berkenaan dgn point kepimpinan S. Ali r.anhu, ana dah baca apa yang anta post tu. Ana baru bermula. Bila masuk bab nuzul ayat dan seterusnya kita akan bincang Insya Allah. Ana nyatakan dulu pegangan ana sebagai mukaddimah sebagaimana anta menyatakan pegangan anta.
Berkenaan dgn tajuk tu, ana mencadangkan sahaja, sesuai dgn skop perbincangan kita. Ana hanya melontarkan pandangan ana. Point berkaitan penukaran tajuk tu sebenarnya bukanlah besar sangat. Tak perlulah kita bincang panjang-panjang. Kalau anta tidak bersetujupun tidak mengapa. Cuma yang ana nak bagitau ialah S. Ali memang diiktiraf sebagai pemimpin kita. ASWJ dan Syiah tidak khilaf dalam masalah itu. al-Qur'an telah menyatakan sifat-sifat pemimpin, dan sifat-sifat itu memang ada bukan sahaja pada S. Ali, bahkan pada sahabat-sahabat lain juga.
Insya Allah, kalau sempat petang ni ana sambung sikit lagi.
Wassalam :bg:
[ Last edited by nahzaluz on 9-9-2003 at 04:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam saudara Udino
selamat berkenalan. Semoga Allah merahmati anda.
alhamdulillah, udino telah menunjukkan kepada kita semua hujjah2 mengenai kebenaran Ahlul Bait a.s, yg sekiranya kita semua membuka hati kita, kita akan dapat melihat petunjuk daripadanya.
dan pengikut mazhab Ahlul Bait a.s sejak selepas Rasulullah saaw telah mengikuti Ahlul Baitnya sesuai dengan perintah Allah SWT dan RasulNya
Allah berfirman:
"Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, Rasul dan orang2 yg beriman- yg mengeluarkan zakat seraya ruku'"
dan siapa lagi yg mengeluarkan zakat seraya ruku' kalau bukan Imam Ali a.s?
Allahumma salli 'Alaa Muhammad wa aali Muhammad! |
|
|
|
|
|
|
| |
|