CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
 Author| Post time 6-2-2012 05:49 PM | Show all posts
BR1M: Bukti sumber kewangan kerajaan kukuh


Mustapa Kamal Mohd. Yusoff (dua dari kanan) menyampaikan Baucar BR1M kepada sebahagian penerima bantuan pada Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Parlimen Seputeh di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 5 Feb. - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 membuktikan kerajaan memiliki sumber kewangan yang kukuh dan mampu membantu rakyat meningkatkan taraf hidup terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff berkata, sekiranya keadaan ekonomi di negara ini tidak stabil, bantuan yang melibatkan jumlah kewangan yang besar itu tidak mungkin dapat dilaksanakan.

"Peruntukan yang disalurkan untuk BR1M tidak dipinjam daripada mana-mana institusi kewangan, sebaliknya ia adalah duit dari sumber pendapatan negara.

"Sehubungan itu, dakwaan pembangkang mengenai harga barang dan cukai akan dinaikkan selepas pilihan raya untuk menampung pemberian BR1M adalah tidak berasas sama sekali," katanya selepas menyampaikan BR1M fasa pertama bagi Parlimen Seputeh kepada 500 penerima di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang mengenai harga barang serta cukai akan dinaikkan selepas pilihan raya bagi menampung semula pemberian BR1M.

Tambah Mustapa Kamal, rakyat diminta untuk tidak terpengaruh dengan dakwaan tersebut yang memperlekehkan niat murni kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 05:56 PM | Show all posts
ade yg dapat lebih dari satu kali tu camne lak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 05:59 PM | Show all posts
bilalaaa agaknya peti surat rumah aku ni nak dapat surat pengesahan???
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 06:16 PM | Show all posts
bagus kerajaan bn ni ya..
prihatin pada nasib rakyat...

pilihanraya umum nanti musti menang besar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 06:24 PM | Show all posts
Reply 322# shahx


    kalau ikut sepatutnyer satu isi rumah hanya layak sorang jer bantuan ni..
    kalau ada yang dpt lebih tu tak tau lah, ada yang tak kena lah ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 06:27 PM | Show all posts
Reply 323# golok mail

kalau hantar sendiri ke LHDN memang lambat lah dpt surat..
tapi kalau hantar melalui JKKK/JKKKP memang akan cpt dpt surat..
siapa dapat surat lampiran ada logo dacing lagi suruh tuntut kat skian2 majlis yang ada pembesar2 datang..
dia org ni buat duit bantuan kerajaan ni mcm duit parti dia org jer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2012 06:30 PM | Show all posts
kat kg aku ada 3 org nenek yg duduk satu kawasan rumah(rumah lain2 tapi alamat sama).aku isi gak borang tapi sampai hari ni lum terima jawapan.harap diorang dapat laaa.sejak merdeka undi kapal layar tue.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 10:17 PM | Show all posts
apaler pocik2 ni semua buat ngan duit rm500
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 10:53 PM | Show all posts
hai menang besar BN pilihanraya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 10:56 PM | Show all posts
Reply 326# along3746


    mmg ler segala mak nenek dlm malaysia ni umno/bn yg punya......pppfffttthhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 11:29 AM | Show all posts
200,000 layak terima BR1M


Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


PASIR MAS 6 Feb. – Sebanyak 200,000 daripada 600,000 pemohon di negeri ini layak untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk fasa pertama.

Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kira-kira 300,000 keluarga lagi dijangka diluluskan apabila laporan mengenainya disiapkan tidak lama lagi.

Katanya, kelulusan itu tidak dapat disegerakan berikutan masalah penyampaian borang dan maklumat kepada sebahagian pemohon yang sesetengahnya tinggal di kawasan pedalaman.

“Namun mereka yang berkenaan tidak perlu bimbang kerana bantuan itu adalah hak mereka dan lambat laun pasti menerimanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong di sini, semalam.

Hadir sama termasuk Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat dan Penyelaras DUN Chetok, Johan Che Pa.

Sementara itu, dalam ucapannya, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menggesa penduduk membuat perubahan dengan memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

“Kita memerlukan kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat serta boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi.

“Biarpun BN tidak memerintah Kelantan, kita masih terus menyalurkan peruntukan untuk membangunkan rakyat tetapi kita tidak boleh melaksanakan lebih daripada itu kerana kuasa amat terhad,” katanya.

Katanya, justeru BN memerlukan mandat daripada penduduk di negeri ini supaya dengan itu lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 11:30 AM | Show all posts
Permohonan gagal BR1M disemak

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan menyemak semula borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pemohon yang mengemukakan rayuan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, semakan itu bertujuan memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai sekali bayar sebanyak RM500 itu.

"Sebanyak 900,000 permohonan tidak dapat kelulusan kerana kesalahan teknikal seperti gagal kemuka borang permohonan lengkap dan ada juga yang ditolak kerana proses awal mendapati pemohon tidak layak.

"Bagaimanapun kita akan semak setiap permohonan ini dengan syarat pemohon terbabit mengemukakan rayuan kepada kementerian Kewangan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Pemberian BR1M diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 Oktober tahun lalu membabitkan pengagihan wang tunai sekali bayar RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 11:41 AM | Show all posts
politik di balik BR1M, dari penyerahan borang, hinggalah kepada penyampaian bantuan ni boleh tahan juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 10:30 AM | Show all posts
Malu waktu terima BR1M


Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my



HILMI Yahaya (kanan) memberi penerangan berhubung pengagihan baucar BR1M di Pulau Pinang, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


TELUK BAHANG 7 Feb. - Terdapat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan wang bantuan persekolahan RM100 dari parti pembangkang enggan bersalam dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) semasa menerima bantuan tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Menurut Hilmi, keadaan itu mungkin berlaku akibat rasa malu kerana selama ini mereka suka mengkritik segala bentuk bantuan kebajikan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat.

Beliau menambah, perasaan itu juga timbul kerana mereka sebelum ini tidak yakin BN akan memberinya kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira ideologi politik.

“Ada yang mungkin malu kerana sebelum ini asyik menghentam kerajaan BN dan tidak yakin dapat bantuan.

“Mereka ini apabila naik atas pentas, tangan kanan disembunyikan di belakang (badan), tidak mahu salam dengan saya tapi tangan kiri ambil,” katanya yang juga Setiausaha BN Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan baucer BR1M fasa ketiga di sini hari ini.

Seramai 922 penerima dari kawasan DUN Teluk Bahang menerima bantuan tersebut.

Hilmi memberitahu, bagi menangani isu-isu semasa yang sering diputar-belit oleh pembangkang, BN negeri kini giat mengadakan program-program penerangan yang memberi fokus kepada kumpulan-kumpulan sasar.

Jelasnya, selain risalah dan ceramah, media baru turut digunakan termasuk blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memastikan penyampaian maklumat dapat dibuat secara menyeluruh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 10:33 AM | Show all posts
Malu waktu terima BR1M


Oleh ZABRY MOHAMAD




HILMI Yahaya (kanan) memberi penerangan be ...
along3746 Post at 8-2-2012 10:30



    diharap dpt diteruskan utk tahun depan & seterusnya...jgn tahun ni jek..boleh tak??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 10:38 AM | Show all posts
Reply 335# kecimpret


    ni gula2 nak pilihanraya jer ni bro..
    thn dpn mcm tipis jer nak dpt lagi mcm ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 10:42 AM | Show all posts
tangan kanan sorok belakang, tangan kiri ambil baucar.... hehehehehe hilmi...hilmi....
ayat bombastik sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 09:50 AM | Show all posts
BR1M ni takleh wakil eh g ambik? kalau orang tuh lumpuh separuh badan..takde kerusi roda nk diangkut ke kaunter penyerahan? camno?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2012 02:27 PM | Show all posts
Warga emas terharu terima BR1M

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Che Yah Che Yusoff tersenyum menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang disampaikan Wan Hanapi Wan Yaacob di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, Tumpat, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


TUMPAT 11 Feb. - Menjadi salah seorang penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan sesuatu yang amat menggembirakan terutamanya bagi golongan tidak berkemampuan.

Itulah yang dirasai oleh seorang warga emas, Che Yah Che Yusoff, 90, dari Kampung Pasir Pekan, apabila menerima BR1M sebanyak RM500 dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah dekat sini hari ini.

Bantuan disampaikan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Wan Hanapi Wan Yaacob. Hadir sama, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, Nik Norizal Nik Salleh.

Warga emas berkenaan yang lumpuh sejak dua tahun lalu, menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada pihak kerajaan di atas bantuan tersebut.

"Makcik tak tahu nak kata apa, hanya mampu ucapkan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada pihak kerajaan. Pemberian ini amat besar bagi orang tua seperti saya," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, dengan wang tersebut dapatlah dia gunakan untuk membeli barangan keperluan harian selain ubat-ubatan bagi meredakan penyakit darah tinggi yang dihidapinya.

Sementara itu, Wan Hanapi berkata, seramai 26,000 rakyat di jajahan itu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah telah memohon BR1M dan sebanyak 14,000 permohonan diluluskan setakat ini.

"Sehingga hari ini, seramai 6,348 pemohon layak menerima agihan BR1M melibatkan peruntukan RM3.17 juta. Pemberian BR1M membuktikan kerajaan begitu komited membantu golongan bawahan.

"Ini membuktikan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bukanlah satu omong-omong kosong pihak kerajaan seperti yang diuar-uarkan pembangkang," katanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 02:39 PM | Show all posts
ramai org fon hotline tu x dapat...line bz bangat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.243631 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list