|
Sape2 yg tau pasal Silat Kegayungan Acheh Helang Putih x? Sape yg tau, citer arr skit... Aku sgt b'minat dgn silat nie! |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by tdpp2006 at 20-4-2007 07:26 PM
JOHOR BAHRU 18 April |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kopratasa at 10-7-2007 11:26 AM
Sape2 yg tau pasal Silat Kegayungan Acheh Helang Putih x? Sape yg tau, citer arr skit... Aku sgt b'minat dgn silat nie!
Silat ini adalah berasaskan pergerakan helang dan dikatakan berasal dari Acheh. Pengasas silat ini ialah ayah kandung pelakon Nasha Aziz. Selain silat seni taridra juga diajarkan. Masa tdpp kat KL dulu pejabat dia kat Pandan Indah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #289 tdpp2006's post
hohoho ye ker?
emmm aku masih minat kat nasha |
|
|
|
|
|
|
|
Mahaguru Omardin & Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM)
Misteri: Omardin ditanam 4 jam masih hidupOleh Nasron Sira Rahim
RANCANGAN 憀uar biasa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PROFIL
DATUK OMARDIN MAUJU
Usia: 68 tahun
Asal: Dilahirkan di Puchong, Selangor dan dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Kuala Lumpur.
Jawatan: Mahaguru dan pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).
Pengalaman: Omardin menghidap penyakit polio sejak kecil. Ketika berusia 18 tahun, beliau bertemu guru silat iaitu Syed Abdul Rahman Syed Ismail di Pulau Besar, Melaka dan guru silat berkenaan menasihatinya mempelajari 慡ilat Tarah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya sikit boleh tak? Kenapa silat cekak tak membolehkan orang yang bukan Islam mempelajari silat ini?Kalau nak diberi alasan bahawa terdapat doa doa,saya rasa silat silat lain pun mempunyai doa2 sepeti doa bukak gelanggang,doa penamat dan lain lain lagi tetapi dalam masa yang sama masih membuka keahlian kepada orang yang bukan Islam.Bahkan silat mereka ini sudah berkembang ke luar negara.Bukankah silat itu juga adalah ilmu Allah jua seperti mana ilmu ilmu lain seperti matermatik,sains dll.Jika seseorang ingin belajar dari kita,bukankah menjadi kewajipan kepada kita untuk mengajarkan ilmu tersebut? Ada sesiapa dari pertubuhan silat cekak yang boleh menerangkan tentang perkara ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #35 adwim79's post
hoh ada perkara begini ya?
haku pong tak perasan hee hee |
|
|
|
|
|
|
|
Ya,perkara ini memang ada dalam perlembagaan/peraturan Silat Cekak.Sebab tuh saya bertanya untuk mendapatkan kepastian daripada ahli ahlinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa itu Kuntau? Gabungan Kung Fu dan Silat? |
|
|
|
|
|
|
|
hi
huhu sedihnya kat radio jer ada pasal silat sedunia kat kuantan. Harap ada rakaman la. Ni silat sedunia la .... kalau daerah lagi tak ada publisiti
21 Oktober, 2007 21:35 PM | | Tiga Pesilat Negara Melangkah Ke Suku Akhir Kejuaraan Silat Sedunia
KUANTAN, 21 Okt (Bernama) -- Tiga daripada empat pesilat negara berjayamelayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas menewaskan lawanmasing-masing pada pusingan awal acara silat olahraga dalam KejuaraanSilat Sedunia ke-13 di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA) di sini,sehingga petang tadi.
Suhairi Chin berjaya menewaskan pesilat dari Brunei Muhd KhairulAzmi Sulaiman 4-1 dalam kategori B, sebelum Ahmad Shahril Zailuddinmenewaskan Musayev Tofig 5-0 dari Azerbaijan dalam kategori D.
Norhasmizan Abdullah pula menewaskan Uemura Ryota dari Japan dalamkategori E, manakala Mohd Neezam Jelani tewas kepada Vu The Hoang dariVietnam 0-5 dalam kategori G.
Ketua jurulatih Nasri Nasir berkata beliau yakin dengan kemampuanpesilat-pesilat negara untuk memberi tentangan sengit dalam kejuaraanitu selepas persembahan memberangsangkan yang ditunjukkan dalampusingan awal hari ini.
"Walaupun Vietnam dilihat menghantar lebih ramai pesilat yangberpengalaman, kita menganggap ia sebagai cabaran untuk memantapkanlagi persembahan pesilat kita, terutama 14 pesilat negara yang akan keSukan SEA Korat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
-- BERNAMA
[ Last edited by tdpp2006 at 22-10-2007 01:09 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni kan berlangsung kejohanan silat dunia di SUKPA Kuantan, Pahang... 21-26 hb Oktober tak silap saya lah... tapi peliklah.. dalam berita bagai takder highlight langsung tentang kejohanan ni... walhal ianya peringkat dunia... ke saya yang terlepas pandang... nak dpt info pun.. saya tanya husband.. sebab dia salah seorang petugas kejohanan... hmmm
oh.. dalam radio jer ker... saya jarang dengar radio... terutama sekali RTM.. hehhe
[ Last edited by honeysweet at 22-10-2007 02:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
23 Oktober 2007
5 pesilat kita ke suku akhir silat sedunia
KUANTAN |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KUANTAN, 24 Okt (Bernama) -- Kecederaan pada bahagian lutut tidak menghalang pesilat wanita negara Suzy Mohd Sulaiman untuk menghadiahkan pinggat emas pertama negara pada Kejuaraan Silat Sedunia ke-13 di Stadium Tertutup Sukan Pahang di sini, Selasa malam.
Suzy memenangi emas bagi kategori Jurus Tunggal Putri, manakala pesilat Vietnam Vu Thi Thao memperoleh perak dan Brunei mendapat gangsa menerusi pesilatnya, Norleymah Raya.
Suzy yang ditemui pemberita selepas pertandingan itu berkata beliau amat berpuas hati dengan persembahan yang diberikan setelah membuat persediaan sejak April lepas.
"Walaupun saya terpaksa menahan kesakitan akibat kecederaan pada bahagian lutut, saya anggap ia sebagai satu cabaran untuk melakukan yang terbaik pada kejuaraan ini," katanya.
Beliau yang juga pemegang emas pada kejuaran sama pada 2004 adalah wakil negara dalam acara seni silat pada Sukan SEA di Korat, bertekad untuk mengulangi pencapaian emas pada kejohanan itu nanti.
Sementara itu, bagi kategori lelaki Jurus Tunggal pinggat emas dimenangi oleh pesilat dari Vietnam, Nguyen Viet Anh, Eko Wahyudi (Indonesia) mendapat perak dan Ahmad Shaiful Lubis Shamsuddin (Malaysia) memperoleh gangsa.
Bagi kategori Ganda Putra pingat emas dimenangi gandingan pesilat Vietnam, Malaysia (perak) dan Indonesia (gangsa) manakala kategori Ganda Putri dimenangi pesilat Vietnam (emas), Malaysia (perak) dan Indonesia (gangsa).
Pingat emas bagi Kategori Regu Putra dimenangi pesilat Singapura, Vietnam (perak) dan Malaysia (gangsa) manakala Vietnam mendapat emas bagi kategori Regu Putri, Malaysia (perak) dan Indonesia (gangsa).
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia finish second in World Championships
KUANTAN: Malaysia picked up seven gold, five silver and eight bronze medals to finish second overall at the 13th World Silat Championships, which ended at the Pahang Indoor Stadium here on Thursday.
Vietnam were crowned overall champions with a haul of 12-8-4 while Singapore, with a 3-0-7 tally, finished third.
Team manager Ruslan Zakaria said that overall he was satisfied with the result.
揂ll our athletes and coaches showed good commitment although Vietnam were a difficult side to beat, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum..mengupas isu silat ni pada pandangan saya..biarlah kite sebelom menuntut, kita tau latar belakang silat atau ilmu yg kita nak belajar tu mcm mana..bagaimana pembawakan guru..siapakah guru..maklumlah..kata org tua2 tersilap belajar ilmu dan amalan mungkin membawa mudarat dan tak mustahil makan tuan..silat kita silat melayu..bukan silat murah yg ditinggalkan oleh nenek moyang kita..silat kita beradap, silat kita berseni dan silat kita penuh dengan petua2 yg lazimnya diamalkan oleh panglima2 dahulu kala yg dibawa hingga ke hari ini..amatlah rugi pada bangsa kita yg menolak sama sekali silat melayu kononnnya lembut, lembik dan tak praktikal, lebih mengagungkan seni bela diri org dari seni sendiri yg dtg dari darah daging bangsa kita..saya cukup terkilan bila melihat anak bangsa sanggup bersusah payah, berhabis wang ringgit, masa, hanya untuk menghayati seni org..sedangkan seni anak bangsa sendiri..tak memerlukan kos yg mahal..dipandang mcm najis..sampai begitu sekali masyarakat melayu yg terpengaruh dengan aksi2 seni orang..pada saya, bukan nama yg dicari..bukan gelaran yg diburu dan bukan juga untuk menunjuk kuat atau handal.. cukuplah sekadar dapat mempertahankan diri..maruah diri sendiri dan keluarga..ingatlah..setiap gerak datangnya dari-NYA..kita sekadar menumpang sekelumit ilmu yg diturunkan untuk dipelajari..usahlah lupa..
maaf jika terlanjur kata
[ Last edited by hamidonn at 13-11-2007 03:33 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
2 hari ni ada siaran tertunda di rtm1 kejohanan silat dunia ke 13 yang berlangsung baru2 ni... tapi diorang tunjuk pesilat malaysia jer.. tak best langsung..camner nak banding performance negara lain. bila tengok time berlawan dengan thailand untuk silat olahraga... saya tengok pesilat thailand tu cam bertomoi jer.. takder bunga silat langsung masa pasang tuh... camner nak panggil silat cenggituh...
mesti tergelak time paluan gong... sebab yang jaga masa n palu gong tuh husband saya... |
|
|
|
|
|
|
|
err..silat olahraga..mmg xde bunga.. |
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
Seni bela diri Melayu yang kita semua panggil "silat" tu sebenarnya sudah cukup sifat nya, bathin dan zahir. terpulang pada yang membawa untuk tahu dan kenal apa yang dia bawa. Kalau ada yang memperlekeh, itu urusan dia. Yang membawa, tak kurang sehabuk apa pun...
Bak kata seorang yang amat saya hormati, "biar kita menjadi tiang. Ditolak tidak rebah, ditekan makin kukuh..."
Belajar lah apa seni bela diri pun, itu tidak menjadi apa. Yang penting, kita mesti tahu siapa kita dan apa yang kita bawa sebenarnya...jika tidak, nanti kita akan jadi buta dalam terang. Banyak tahu tapi tak ada manafaat. Buruk di kata, "Bodoh tak boleh diajar...pandai tak boleh ditumpang..."
pada tahu saya yang tiada, dalam seni bela diri Melayu, banyak disiplin Ilmunya yang terbahagi kepada 3 teras yang utama. Ilmu yang zahir, Ilmu yang Bathin dan Ilmu tentang Rohani. Yang zahir tu biasanya dikait dengan Silat. Kita diajar oleh guru dari sekecil-kecil pergerakan, sampailah sebesar-besar perbuatan. Mengalir keringat, letih kita dan jenuh kita belajar, dengan harapan satu hari pandailah kita bersilat, sama seperti guru kita yang mengajar.
Kalau dalam banyak perguruan, kepandaian dan kemahiran kita itulah dinilai dalam ujian misalnya. Lalu yang berjaya melepasi satu-satu tahap, diberi talipinggang atau bengkung atau lain-lain anugerah bagi membezakan tahap dan sebagai penghargaan pada pencapaian si pesilat tadi.
Ilmu yang zahir ini tidak berhenti setakat itu. Ada Ilmu urat saraf, Ilmu tentang makan minum, Ilmu tentang penjagaan badan dan lain-lainlah.
Ilmu yang bathin pula suatu yang tidak dilihat tapi dirasa. Kalau satu perbuatan silat contohnya, kalau dibuat asal jadi tentu saja berbeza dengan perbuatan yang diserta dengan hati. Ada orang yang memberi nama "seni" dan bermacam-macam lah. Lebih jauh, Ilmu yang bathin ini diserta doa, bacaan-bacaan tertentu yang antara lain, menguatkan semangat, memberi keyakinan serta lebih jauh, mendatangkan berkat dan manafaat pada Ilmu.
Bacaan-bacaan yang kebanyakannya adalah doa dan Ayat-ayat suci itu pun sudah banyak memberi kelebihan bagi pengamal silat dari segi akhirat. dalam ertikata lain, Ilmu yang bathin ini membina peribadi, menguatkan hati serta menjadikan diri seseorang itu lebih berkat. Ada saudara kita yang berkata tentang "tenaga dalam". Kalau saya tidak salah, di peringkat ini Ilmu tersebut ada diajarkan...
Bila seorang pengamal silat itu sudah matang, sudah jauh perjalanannya, sudah banyak sakit dan jerih dilaluinya dan dia pun sudah tidak peduli lagi tentang gawat dan lintang pukang dunia, dan dia sudah berjumpa apa yang dia cari dalam seni bela diri ini, maka sampai lah dia ke peringkat tertinggi iaitu Ilmu rohani. Golongan ini biasanya sudah tidak peduli lagi dengan segala macam cerita dan putar belit dalam apa hal sekalipun. Tetapi, tidak bermakna dia sudah tidak mampu lagi bersilat dan berseni. Langkahnya masih mantap, kunciannya masih melemas dan membinasa dan serapahnya masih ampuh...
Semoga seni bela diri Melayu yang bernama "silat" ini akan terus ada yang belajar dan mengajarkan...
begitulah lebih kurang...moga ada manafaat.
wallahua'lam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|