CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eyka

SUAMIKU ENCIK SOTONG [Start 27/10 AstroMaya/Ria][Sharnaaz,Amyra,AmarBaharin]

[Copy link]
 Author| Post time 4-11-2014 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ep 2 lagi la klakarnya

farish dgn erika nikah koboi kat pejabat agama...  pegawai agama pelik jer tgk dorang...  siap cincin lupa beli..

dah nikah peguam bgtau lagi syarat wasiat... farish kena sambung belajar masuk kolej dan erika belajar mcm biasa .. perbelanjaan ditanggung... rumah pun ada

Tengku Atilia start dgn rancangan jahat dia suruh Tengku Izhan tackle Erika.. supaya lg 3 tahun dia boleh kawen dgn erika dan dptkan harta... pastu suka hati nak buat apa..

Tengku Izhan start call Erika... dtg kolej bawak bunga... bawak gi tempat makan.. ngorat la katakan hehe

konvo yg klakar2 tu tolong senaraikan.... kekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 09:38 AM | Show all posts
canteq erica dlm citer ni.. kulit muka flawless.. suka tgk bibir penuh dia.. hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts


teaser ep 3
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 12:16 PM | Show all posts
Sharnaaz Komen Watak Lelaki 'Sotong' Tidak Menjadi

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan watak lelaki lembut yang dilakonkannya menerusi drama bersiri Suamiku Encik Sotong bukanlah satu kegagalan walaupun banyak pihak mempersoalkan karakter itu yang dianggap tidak menjadi.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia telah melakonkan watak tersebut sebaik mungkin namun mengakui terdapat sedikit kelemahan yang perlu diperbetulkan.

"Pada mulanya, saya menerima tawaran melibatkan diri dalam drama itu adalah kerana skripnya yang bagus selain watak lelaki lembut sebagai Farish yang belum pernah saya bawa.

"Dan saya melakonkan watak itu selembut yang mungkin disertakan dengan sedikit komedi tetapi diakui, pada tiga episod pertama, lakonan saya dilihat sedikit malu-malu," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.

Suamiku Encik Sotong
merupakan drama terbitan Global Station Sdn Bhd yang diadaptasi daripada novel karya Syikin Zainal.




[size=0.75em]Salah satu babak drama Suamiku Encik Sotong.



Drama yang sudah pun memasuki episod kedua itu ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Astro Maya HD.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia tidak berkecil hati dengan sebarang komen berbetuk kritikan terhadap lakonannya itu memandangkan ia merupakan watak lembut yang pertama dilakonkannya.

"Saya terbuka dengan setiap komen yang diberi kerana ia sedikit sebanyak membantu saya mengasah bakat untuk watak seperti itu.

"Cuma janganlah mengharapkan terlalu tinggi kerana saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak melainkan memberi komitmen 100 peratus terhadap watak yang dibawa itu," ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon yang mula popular menerusi drama Dottie itu bersyukur apabila Suamiku Encik Sotong mendapat rating tinggi iaitu sebanyak 1.3 juta tontonan pada episod pertama ia disiarkan.

"Saya gembira apabila ia mendapat respons yang sangat baik pada episod pertama. Saya harap rating tontonan itu dapat meningkat setiap minggu," tuturnya.

Selain Sharnaaz, Suamiku Encik Sotong turut dibintangi Amyra Rosli dan Amar Baharin.[size=0.875em]Tags / Kata Kunci:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 01:03 PM | Show all posts
qis13 posted on 5-11-2014 12:16 PM
Sharnaaz Komen Watak Lelaki 'Sotong' Tidak Menjadi

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifat ...

Jujurnya..pada I mmg tak menjadi.
tapi good try la kan.
dah dia pelakon..kena try la.

tapi akak tak leh tgk..larat layan 10min je..
sbb..mcm budak terencat pembawakan nya.
masih beri hrpn moga next episod bertambah baikla lakonannya tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2014 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
penat ahhh seminggu sekali jer citer ni.... baru ep 2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-11-2014 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pinkzara posted on 5-11-2014 01:03 PM
Jujurnya..pada I mmg tak menjadi.
tapi good try la kan.
dah dia pelakon..kena try la.

pada pendapat aku kira ok la tu... farish tak sepatutnya jadi sgt lembut... dia hanya lembut sbb mempunyai minat mcm pompuan... pada tafsiran aku ikut buku farish ni lemah lembut sbb yg bela dia semua pompuan... yg asalnya normal.... sbb later dia akan transform bila dah ke dunia luar walaupun hati dia dan dalaman dia sangat2 lembut....

kalau ikutkan sebenarnya hanya erika yg panggil farish tu sotong... sbb suka buat keja pompuan dan suka segala benda kaler pink..

mungkin sbb seminggu sekali jer..... lambat btol...

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 11:01 PM | Show all posts
x best nya yg pegang watak datin n mama lia tu..
sapa depa tu eh? x kenal langsung
bagi je watak tu kat Amyza ke, sharifah sahora ker,, dila ahmad  (mama lia)., sesuai la kot..
dah tu peguam tu lak, letak jer la sapa2 yg seangkatan ngan nama2 kat atas tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2014 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
cinta hati abgIz

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 09:33 AM | Show all posts
‘Ramai nak tengok Sharnaaz lembut’

Hampir lima tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan, pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat seorang yang 'versatile' apabila berjaya melakonkan apa juga watak yang diberikan.
Terbaru menerusi drama bersiri 20 episod, Suamiku Encik Sotong terbitan Global Station Sdn Bhd, Sharnaaz berjaya memecahkan rekod penonton apabila rating mencapai sehingga 1.28 juta selepas tayangan episod pertamanya pada 27 Oktober lalu.
Melalui drama adaptasi daripada novel tulisan Syikin Zainal itu, buat pertama kalinya Sharnaaz melakonkan watak sebagai lelaki lembut berbeza sebelum ini dia lebih banyak berlakon sebagai lelaki normal termasuk gangster.
Selain Sharnaaz drama ini turut dilakonkan Amyra Rosli, Amar Baharin dan Hanis Zalikha.
Penerbit Global Station, Datin Zaiton Mohd Jiwa ketika dihubungi berkata, dia sendiri terkejut tidak menyangka gandingan Sharnaaz dan Amyra di dalam cerita ini berjaya menarik perhatian penonton.
"Saya memang tidak sangka dan begitu terkejut apabila mendapat tahu daripada Astro rating episod pertama siri ini paling tinggi iaitu 1.28 juta.
"Memang tidak sangka untuk episod pertama saja sudah berjaya menarik ramai penonton menyaksikannya.
"Mungkin juga kerana peminat belum pernah melihat Sharnaaz membawakan watak sebagai lelaki lembut menyebabkan ramai yang setia di depan televisyen untuk terus menonton.
"Tahniah saya ucapkan kepada Sharnaaz dan semua pelakon yang terbabit kerana berjaya membawa watak masing-masing dengan berkesan," katanya.
Zaiton berkata, dia berharap drama ini akan terus meraih lebih ramai lagi penonton pada episod-episod berikutnya di samping mempertingkatkan lagi rating penonton.
"Saya percaya drama ini adalah adaptasi sebuah novel yang menghiburkan di samping terdapat unsur pengajaran dan tauladan untuk semua," katanya.
Suamiku Encik Sotong mengisahkan Erica yang terpaksa berkahwin dengan Farish seorang lelaki berperwatakan lembut yang turut digelar 'sotong'.
Bagi mendapatkan tempat sebagai pengerusi di syarikat Khaleeda Holdings dia perlu berkahwin selama tiga tahun mengikut syarat yang ditetapkan oleh arwah neneknya, Tengku Khaleeda.
Selepas dinikahkan, Erica pulang ke Kuala Lumpur melanjutkan pelajarannya manakala Farish menolong Mama Lia di butik. Farish akhirnya akur dengan kemahuan arwah nenek Tengku Khaleeda yang mahu dia melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur.
Di kolej, Farish berkenalan dengan Dhia Adirra, gadis tomboi yang selalu melindungi Farish daripada sering diejek teman sekuliah. Rupa-rupanya Farish belajar sama kolej dengan Erica. Masing-masing menyembunyikan perkahwinan mereka daripada teman-teman.
Izhan, sepupu Erica mula memikat Erica meÂ-ngikut perancangan mamanya, Tengku Atylia yang mahukan jawatan pengerusi Khaleeda Holdings.
Erica memberitahu Farish yang dia sudah jatuh cinta dengan Izhan. Sejak itu, Erica mula perasan Farish banyak berubah menjadi kacak dan macho. Farish juga memberitahu Erica dia juga jatuh cinta pada Dhia Adirra dan gadis itu yang membuatkan dirinya berubah.
Tanpa diduga, Erica terlanjur dengan Izhan ketika mereka bercuti di Bali. Izhan menyesal namun dia berjanji akan bertanggungjawab ke atas Erica. Erica pula terdengar pebualan Tengku Atylia dan Qarina yang Izhan hanya mempermainkan dirinya menyebabkan Erica kecewa.
Saksikan drama Suamiku Encik Sotong yang disiarkan di saluran Astro Ria dan serentak di Maya HD pada setiap Isnin jam 10 malam.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengku Izhan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
cerita makin menarik... tp watak suporting huhuhu byk yg tak best
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 09:12 AM | Show all posts
ep3 smlm baru rasa terhibur..
bila mana sotong ada kawan ngan jellyfish..
kat mana  link nak sedot ep3? kat KB blom ada lagi ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
reddots posted on 11-11-2014 09:12 AM
ep3 smlm baru rasa terhibur..
bila mana sotong ada kawan ngan jellyfish..
kat mana  link nak  ...

eh masih takde lagi ke??? aku tak sabar nak tgk ep seterusnya huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mlm ni jgn lupa tgk Meletop! segala hidupan laut berkumpul mlm ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
eyka posted on 11-11-2014 05:20 PM
mlm ni jgn lupa tgk Meletop! segala hidupan laut berkumpul mlm ni...

Kerang , ikan bilis dan lala sapa?
Lebih berminat ngan sotong dan jellyfish jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
eyka posted on 11-11-2014 05:19 PM
eh masih takde lagi ke??? aku tak sabar nak tgk ep seterusnya huhuhu

Dah ada dah td... selamat dh d sedot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
reddots posted on 11-11-2014 05:44 PM
Kerang , ikan bilis dan lala sapa?
Lebih berminat ngan sotong dan jellyfish jer..

jelly fish sape? haha tp mlm ni amyra dgn keknis pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
eyka posted on 11-11-2014 06:51 PM
jelly fish sape? haha tp mlm ni amyra dgn keknis pun ada

Laaa.. terlupa la mlm ni

Jellyfish  bff sotong.. xtau watak apa.kalau dlm novel watak Shua..
Ala...p.a mastura dlm bkatc tu.. smlm masa geng diva marah kat sotong.. ada sebut sotong dn jellyfish.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 10:51 PM | Show all posts
aku penat tgk watak erica..hadoi baru episod 3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.240712 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list