CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Jenayah] Kita Tunggu Mereka Beratur Minta Maaf Pada PM

[Copy link]
 Author| Post time 24-7-2015 06:53 PM | Show all posts
Pemilik The Edge mengaku tawar AS$2 juta kepada Justo
24 Julai 2015 3:38 PM

KUALA LUMPUR 24 Julai - Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong mengakui menawarkan wang sebanyak AS$2 juta kepada bekas pengarah PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo sebagai helah untuk memperdayakannya.


Justo dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan The Straits Times dari Singapura mendedahkan beliau dijanjikan wang tunai itu sebagai pertukaran kepada maklumat berkaitan urus niaga syarikatnya.

Kooi Ong kemudiannya dalam satu kenyataan akhbar hari ini mengakui individu dimaksudkan Justo adalah dirinya dan menyatakan beliau menjanjikan bayaran itu sebagai helah untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB.

“Justo jelas adalah seorang lelaki pemarah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.

“Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.

“Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa,” kata Kooi Ong dalam kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.PmzYfnev.dpuf

P/s;- Dah tipu, tak mahu bayar plak..lepas tu pi buat cerita...dah The EDGE kena gantung...mengelupor plak...ngan macai2 sekali mengelupor...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2015 06:58 PM | Show all posts
Polis rujuk Peguam Negara supaya keterangan Justo boleh dirakam
THOMAS CHONG  |  24 Julai 2015 3:56 PM
  4  1 Google +0

Polis rujuk Peguam Negara supaya keterangan Justo boleh dirakam

SEPANG 24 JULAI 2015 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) berkata sesuatu kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (kanan) sebaik sahaja tiba dari Bangkok, Thailand. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

SEPANG 24 Julai - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk berkomunikasi dengan pihak berkuasa Thailand supaya keterangan bekas pekerja PetroSaudi International, Xavier Andre Justo boleh dirakamkan.

Khalid berkata, walaupun pihak Thailand pada masa ini tidak membenarkan percakapan Justo diambil pihak berkuasa Malaysia, tetapi negara itu memberi kerjasama yang baik termasuk memberi taklimat mengenai proses siasatan yang dijalankan.

Khalid berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini sebaik sahaja tiba dari Bangkok, Thailand.

Polis Thailand dilaporkan menolak permohonan Malaysia untuk soal siasat Justo berhubung isu kontroversi membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Media Thailand melaporkan ketua polis negara berkenaan, Somyot Poompunmuang telah meminta Khalid menggunakan saluran yang betul memandangkan Justo bukan warganegara Malaysia. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.HnAcdUtG.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 07:11 PM | Show all posts
Pihak berkuasa Thailand bagai-manapun belum memutuskan sa-ma ada akan membenarkan polis Malaysia menyoal siasat Justo, kini dalam tahanan Thailand, atas alasan Malaysia harus menggunakan saluran sewajarnya bagi mendapatkan maklumat diperlukan.

Belum di beri keputusan Ketua Polis Malaysia sudah pi thailand untok apa??

Xavier Justo memberitahu The Straits Times menerusi sebuah temuramah di dalam penjara yang dia tidak pernah dibayar sebagaimana yang dijanjikan oleh ahli perniagaan Malaysia itu. Menurutnya, urusniaga tersebut telah dibuat di Singapura pada Februari atas penjualan dokumen-dokumen tersebut, yang kemudiannya diikuti dengan perbincangan bagaimana kaedahnya dia dibayar

Straits sudah dapat temuramah si Justo ....Ketua Polis malaysia dah dapat temuramah??

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 07:12 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 24-7-2015 06:49 PM
1MDB: Justo dakwa ditawar AS$2 juta oleh ahli perniagaan Malaysia
24 Julai 2015 3:20 PM
  58  1 Go ...

Polis thailand tak benarkan malaysia temuramah si Pak Justo ini. Baik pemberita mau pun ketuan Polis negara. kesian  


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 24-7-2015 07:12 PM
Polis thailand tak benarkan malaysia temuramah si Pak Justo ini. Baik pemberita mau pun ketuan Pol ...

Nampak sangat Ketua polis Malaysia kerajaan najib dipandang rendah banding dgn wartawan Singapore....malunya rasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2015 07:17 PM | Show all posts
JUMAAT, 24 JULAI 2015 @ 7:11 PM 1MDB - Terus bertahan harungi badai KUALA LUMPUR:

Walaupun pelbagai kritikan dan tumpuan berkisar kepada isu-isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kerja-kerja terus berjalan di tapak Tun Razak Exchange (TRX). Begitu juga dengan proses korporat bagi Edra Global Energy serta minat pelabur yang diterima terhadap projek Bandar Malaysia. Apa yang diharapkan nanti, hasilnya adalah ketiga-tiga syarikat ini berjaya berdiri sendiri dengan autonomi penuh serta kawalan terhadap operasi dan prestasi kewangan mereka.

Akhir-akhir ini, banyak diperkatakan mengenai 1MDB, syarikat pembangunan strategik yang ditubuhkan untuk memacu pembangunan ekonomi mapan dengan menjalinkan kerjasama global strategik. Mengenai dakwaan terhadap syarikat itu, kita biarkan saja penyiasat melakukan tugas mereka.

Namun apa yang diperhatikan, 1MDB mempunyai kekuatan untuk keluar daripada kemelut semasa, malah lebih kukuh daripada apa yang disangka ramai. 1MDB mengambil beberapa langkah konkrit untuk mengurangkan hutang dan memastikan nilai maksimum dihasilkan sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang berjalan dengan baik.

Selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama dengan Lend Lease dari Australia untuk membangunkan 6.87 hektar daripada 28 hektar di TRX, terdapat banyak kerja-kerja fizikal dijalankan di tapak berkenaan. Lend Lease bukan peserta baharu dalam industri. Ia adalah kumpulan hartanah antarabangsa yang terkenal dan telah bekerja di projek utama di Malaysia - Menara Kembar Petronas, Setia Mall City dan Pinewood Iskandar Malaysia Studios. Ketua Pegawai Eksekutif bagi Asia, Rod Leaver telah berkata semasa majlis menandatangani perjanjian itu pada Mac bahawa firma itu melaksanakan penilaian dan kajian daya maju sendiri sebelum memulakan projek dan amat komited kepada TRX.

Firma itu juga berminat untuk mengembangkan kehadirannya di sini dan membawa masuk lebih banyak pelabur, katanya. TRX, yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion akan menjadi antara pembangunan terbesar dalam portfolio semasa projek global Lend Lease, yang ia mempunyai perkongsian 60 peratus dalam projek Lifestyle Quarter dengan pemaju induk TRX, 1MDB Real Estate. Pembabitan peserta hartanah dengan kedudukan sedemikian membuktikan potensi projek itu. Bandar Malaysia pula, mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM150 bilion.

Ia membabitkan pembangunan bandar kegunaan bercampur seluas 200 hektar, akan menjadi penanda aras bagi komuniti bandar mapan di rantau ini. Pembangunan itu akan berfungsi sebagai pintu masuk Kuala Lumpur kepada rel kelajuan tinggi ke Singapura dan, dengan dua laluan transit aliran massa di lokasi, akan menjadi hab pengangkutan utama di bandar raya.

Perunding hartanah bebas 1MDB, CH Williams Talhar and Wong, turut mengumumkansudah menerima pernyataan minat daripada lebih 40 pihak tempatan dan luar negara untuk menjadi rakan pembangunan bagi Bandar Malaysia. Sementara itu, penjanaan wang aset tenaganya di bawah Edra Global Energy juga rancak, bukan saja menarik pelabur domestik tetapi pelabur asing berpotensi.

Antaranya, Tenaga Nasional Bhd yang baru-baru ini mengumumkan minat memperoleh aset berkenaan. Mengikut laporan baru-baru ini, pihak-pihak berminat termasuk YTL Power, Malakoff, IJM Corp dan Sembcorp Industries dari Singapura.

Walaupun terdapat minat yang banyak, 1MDB tidak menetapkan tempoh bila aset berkenaan akan dijual, kerana syarikat itu mahu memastikan ia memperoleh nilai maksimum bagi pemegang saham 100 peratusnya, Kementerian Kewangan.

Bagi aset yang lain, pada 30 Jun 2015, 1MDB mengumumkan hasrat untuk melantik perunding hartanah bebas untuk membantu meneliti minat yang diterima bagi tanah syarikat itu di Air Itam, Pulau Pinang dan Pulau Indah.

Dengan sebahagian besar perniagaannya masih aktif, syarikat itu juga sedar dan terus komited dalam menangani obligasi kewangannya. Antara lain, syarikat sudah menyelesaikan pembayaran balik pinjaman AS$975 juta (kira-kira RM3.6 bilion) pada 8 Jun 2015, berdasarkan perjanjian dengan International Petroleum Oil Co (IPIC), yang akhirnya akan mengurangkan kira-kira RM16 bilion hutang 1MDB.

Tiada bayaran balik pinjaman utama yang perlu dibayar dalam masa terdekat. Bagaimanapun, dengan tekanan awam, segala persepsi yang 1MDB perlu hadapi, tidak hairanlah ia menjadi tugas sukar untuk mengemudi syarikat.

Untuk berlaku adil, tidak ada syarikat atau organisasi mampu menyusun semula perniagaan dalam sekelip mata.

Tetapi dengan kemajuan yang dicapai setakat ini, 1MDB yakin dapat mengurangkan hutangnya dengan banyak dan memastikan kemapanan jangka panjang tiga aset terasnya -- TRX, Bandar Malaysia dan Edra Global Energy. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69870
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2015 07:21 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 24-7-2015 07:12 PM
Polis thailand tak benarkan malaysia temuramah si Pak Justo ini. Baik pemberita mau pun ketuan Pol ...

So...apa masalahnya?..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 10:31 PM | Show all posts
confuse saya priority siasatan malaysia ... kes 1mdb ni
siasatan more towards siapa yang keluarkan semua data yg katanyer  confirm FITNAH...bukan siasat dakwaan?

HANYA-DI-MALAYSIA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 11:34 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 24-7-2015 12:06 AM
Editor: Cenderawasih | Diterbitkan pada: 23 July 2015| Kategori: Komentar,Utama | 1 Comment »
...

Hermmm..nak pertahankan najib punya psl cerita zmn jepon pun dikoreknya, org tu dah tak jd pm, kita berckp psl skrg bukan time TDM jd pm kena desak letak jwtn bagai, masa tu dah berakhir dah tak blh ubah, yg skrg niiiiii zmn najibbb ni, kehidupan kita yg skrg niiii. Takkan kut yg tu bahallll nak faham!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 01:16 AM | Show all posts

The problem is
KPN no access tapi wartawan  tiada pangkat dalam negara boleh pula?
ada paham?
dalam erti kata lain, somebody so bloody big with power
so so so extremely high up there yang beri wartawan ni lesen sampai boleh berjumpan dengan Justo

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 25-7-2015 01:16 AM
The problem is
KPN no access tapi wartawan  tiada pangkat dalam negara boleh pula?
ada paham?

Itu je masalahnya...alahaiiii...besarnya masalah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 06:01 AM | Show all posts
Kooi Ong diselar dakwa Justo salah faham mengenai pembayaran
25 Julai 2015 1:14 AM
  
KUALA LUMPUR 24 Julai – Pemilik Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong diselar kerana mendakwa bekas eksekutif kanan PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo tersalah faham mengenai pembayaran yang dimaksudkan bagi pihaknya mendapatkan bukti.

ABDUL RAHMAN DAHLAN

Pengarah Komu-nikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rah-man Dahlan ber-kata, jika The Edge boleh ‘menipu’ se-li-cik Justo, tidak mengejutkan sekiranya media itu juga boleh ‘menipu’ rakyat biasa yang lain.

“Ya, organisasi be-rita beruntung kerana mendapatkan maklumat tanpa bayaran tetapi organisasi itu tidak sepatutnya menipu bagi mendapatkan maklumat.

“Sebaliknya, reputasi mereka juga terjejas kerana menipu untuk mencuri maklumat yang juga dicuri,’’ kata Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan Justo ketika di dalam pusat tahanan reman kepada media Straits Times Singapura hari ini bahawa pengendali laman Sarawak Report dan seorang ahli perniagaan Malaysia berbincang untuk ‘meminda’ maklumat dalam dokumen syarikat tersebut.

Justo yang menjadi sumber kebocoran maklumat itu berkata, dia bersetuju untuk menjual dokumen berkenaan yang didakwanya dicuri dari syarikat PetroSaudi untuk bayaran sebanyak AS$2 juta (RM7.6 juta).

Sementara itu, Kooi Ong mengakui mengelirukan Justo berhubung bayaran untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB.

Bagaimanapun katanya, tindakan itu dibuat bagi memastikan pihaknya memperoleh bukti daripada bekas eksekutif kanan PetroSaudi tersebut.

“Ya, kami mengelirukan dia. Tetapi hanya itu cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil warga Malaysia dan asing menipu rakyat Malaysia (membabitkan) AS$1.83 bilion (RM6.97 bilion).

“Kenyataannya mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini, kami tidak membayar kepada sesiapa,’’ kata Kooi Ong dalam kenyataannya hari ini.

Tambah Abdul Rahman, berikutan pendedahan itu, setiap yang diperkatakan The Edge selepas ini tidak lagi bernilai.

Malah, beliau memberitahu, fakta The Edge yang mengatakan dokumen-dokumen yang dicuri itu langsung tidak diganggu, amat tidak sejajar dengan pandangan pakar-pakar forensik komputer antarabangsa termasuk pihak berkuasa Thailand.

Sementara itu, Abdul Rahman ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu atau Kooi Ong yang menggunakan helah dengan menjanjikan wang AS$2 juta (RM7.63 juta) kepada Justo bagi membocorkan maklumat mengenai 1MDB.

Katanya, tindakan tersebut umpama mengkhianati negara walaupun menggunakan helah untuk mendapatkan maklumat.

Jelasnya, memandangkan ahli perniagaan itu dituduh terlibat menjanjikan wang berkenaan, maka timbul isu utama iaitu pengkhianatan dan cuba menjatuhkan kerajaan.

“Kalau ada unsur-unsur pengkhianatan, kerajaan atau Polis Diraja Malaysia perlu menyiasat Kooi Ong,’’ katanya.
Menurut Abdul Rahman, pengakuan Justo dan Kooi Ong itu membuktikan terdapat keraguan dalam dokumen yang didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal (WSJ).

“Ada keraguan tentang data dan hal ini mempunyai agenda tersembunyi iaitu menjatuhkan kerajaan,“ ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.tiML9OFT.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 06:02 AM | Show all posts
Keterangan Justo dirakam selepas didakwa di Thailand
25 Julai 2015 1:16 AM
  0  0 Google +0

SEPANG 24 Julai – Pihak berkuasa Malaysia hanya berpeluang merakam keterangan Xavier Andre Justo selepas bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd. itu didakwa di Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis Thailand menjelaskan, pihak berkuasa Malaysia pada masa ini tidak boleh merakam keterangan Justo kerana beberapa faktor termasuk kemungkinan mengganggu proses pendakwaan lelaki tersebut di negara berkenaan.

Katanya, usaha merakam keterangan Justo bertambah rumit kerana beliau bukan warganegara Malaysia tetapi warga Switzerland yang ditahan di Thailand.

“Justo ialah warga Switzerland dan kerajaan berkenaan (Switzerland) turut menyatakan keprihatinan mengenai kes ini. Jika dia warga Malaysia, proses ini akan menjadi mudah,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Bangkok, Thailand di sini hari ini.

Polis Thailand dilaporkan menolak permohonan Malaysia untuk menyoal siasat Justo berhubung kontroversi membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Media Thailand pula melaporkan ketua polis negara itu, Jeneral Somyot Poompanmoung telah meminta Khalid menggunakan saluran yang betul memandangkan Justo bukan warganegara Malaysia.

Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghubungi pihak polis Thailand selepas Justo melalui proses pendakwaan di mahkamah negara tersebut.

“Sekiranya usaha ini tidak boleh dilakukan antara polis (Malaysia dan Thailand) seperti biasa, kita akan meminta Jabatan Peguam Negara untuk menghubungi bahagian pendakwaan di Thailand supaya keterangan Justo boleh dirakam,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata, polis Thailand telah memberi kerjasama yang baik termasuk memberikan taklimat kepadanya berhubung proses siasatan terhadap Justo yang dijalankan di negara berkenaan.

Dalam perkembangan ber-kaitan, Khalid berkata, polis Thailand telah memaklumkan kepadanya bahawa mana-mana pihak tidak dibenarkan merakam percakapan Justo tetapi tidak pasti sama ada keputusan itu turut membabitkan petugas media.

“Saya diberitahu tiada pihak yang dibenarkan merakam percakapan Justo. Bagaimanapun, saya tidak pasti jika arahan pihak Thailand ini merangkumi petugas media,” katanya ketika mengulas mengenai laporan The Straits Times Singapura yang menemu ramah Justo dari dalam penjara.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.uhwAb3AB.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 12:56 PM | Show all posts
Seorang lagi Datuk direman bantu siasatan kes berkaitan 1MDB
25 Julai 2015 12:38 PM

PUTRAJAYA 25 Julai -Seorang lagi pengarah urusan bergelar Datuk direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Individu berumur 48 tahun itu merupakan orang keempat yang ditahan reman dalam siasatan kes berkaitan pelbagai tuduhan mengenai 1MDB.

Dalam pada itu, seorang lagi pengarah syarikat yang juga bergelar Datuk yang merupakan individu kedua ditahan dalam kes berkaitan 1MDB telah dibebaskan hari ini selepas ditahan reman selama empat hari sejak Rabu lalu.

Pengarah berumur 54 itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.KozkSMSR.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 10:44 PM | Show all posts

Shahrir Pertikai Niat Sebenar The Edge Tidak Serah Dokumen 1MDB Kepada Pihak Berkuasa


Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBCC) Tan Sri Shahrir Abd Samad mempertikaikan niat sebenar akhbar The Edge apabila tidak menyerahkan dokumen dakwaan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak berkuasa setelah memperolehnya daripada bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

Shahrir berkata tindakan itu membayangkan akhbar berkenaan hanya ingin melariskan jualan dengan menerbitkan berita sensasi tanpa perlu mencari kebenaran.

“Pada masa sama, kita soal adakah ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan atau (mencetuskan) huru-hara sedang akhirnya pihak berkuasa juga yang akan memainkan peranan (dalam kes ini).

Jadi, dapatkan dokumen, menipu orang dan kemudian menyiarkan melalui tafsiran sendiri, ia tidak akan mempunyai keputusan. Ia menimbulkan syak wasangka dan huru-hara dan sebagainya kerana kita tidak mahu menggunakan sistem yang ada iaitu institusi dalam negara ini,” katanya kepada media ketika Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Johor Baharu, di sini Sabtu.

Anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata, sebagai media yang bertanggungjawab, The Edge harus mengenepikan perasaan untuk mencari berita sensasi sebaliknya menyerahkan dokumen terbabit kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Kita faham kebebasan akhbar tetapi kebebasan akhbar pun ada tanggungjawab. Ia tidak bermakna sesebuah akhbar bebas mendedahkan apa sahaja untuk suruh orang memberontak, mesti ada proses undang-undang.

Sebab itu, apabila kita mendapat sesuatu maklumat yang rasa sahih, kita kena rujuk kepada pihak berkuasa.”

Mengenai Gerakan Harapan Baru (GHB), beliau menyifatkan ia hanya parti untuk ‘golongan yang kecewa’ dalam parti asal mereka dan bukanlah sebuah harapan baharu.

— BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 11:03 PM | Show all posts
Sarawak Report: KDN berurusan dengan Britain
25 Julai 2015

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berurusan dengan kerajaan Britain melalui Wisma Putra jika terdapat 'prima facie' untuk tindakan perundangan ke atas pengendali laman Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Scotland Yard sudah sedia terjalin dan ini akan memudahkan tindakan susulan dibuat bagi melakukan ekstradisi jika diperlukan.

"Jika terdapat unsur-unsur jenayah yang dilakukan oleh Clare Brown, hubungan dua hala dalam bentuk pertukaran maklumat risikan sudah sedia terjalin antara Malaysia dan Britain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang tindakan yang akan diambil bergantung kepada siasatan muktamad PDRM.

"Sebagaimana prinsip kedaulatan yang dihormati antara negara, sudah pasti pihak British tidak merestui mana-mana individu warganegaranya mencampuri urusan dalaman negara lain," katanya.

Ahmad Zahid berkata biarpun kebebasan pendapat dilaksanakan di negara ini, namun sebarang maklumat yang dipinda dan diada-adakan tidak boleh diterima.

"Apatah lagi jika paparan berita atas talian oleh Clare Brown mempunyai niat jahat," katanya.

Dalam temu bual eksklusif dengan akhbar Straits Times dari Singapura di penjara Thailand baru-baru ini, bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Andre Justo Xavier mendakwa dia bersetuju menjual maklumat sulit
yang dicuri daripada bekas majikannya kepada Brown dan seorang ahli perniagaan Malaysia yang merancang meminda  maklumat berkenaan sebagai cubaan menjatuhkan kerajaan Malaysia. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2015 08:17 AM | Show all posts
Justogate: Jangan biar mereka terlepas
PEDAS-PEDAS KARI
AZMAN ANUAR ([email protected])  |  26 Julai 2015 12:49 AM

Topik utama dalam majlis berhari raya di kampung ma-hu-pun bandar sekarang ialah Skandal Justogate dan 1MDB. Kisah ini bertambah menarik apabila pengkhianat negara sekarang sanggup menyuap rasuah sehingga RM7.6 juta (AS$2 juta) untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Jumlah suapan itu didedahkan oleh bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo berhubung dakwaaan mengenai pertemuan sulit dengan seorang ahli perniagaan di Singapura.

Siapa yang menawarkan wang sejumlah itu, biar pihak po-lis membuat siasatan dengan menyoal siasat Justo di Thailand dahulu. Matlamat utamanya mungkin sudah dapat kita ba-yang-kan sekarang.

Justo ditawarkan wang yang cukup lumayan itu untuk menyelewengkan maklumat kepada beberapa nama peng-khia-nat sewaktu mereka bertemu di Singapura.

Daripada pengakuan Justo kepada pasukan penyiasat di Thailand mendedahkan wujud pihak dari dalam dan luar negara yang sengaja mahu memutar-belitkan isu berkaitan 1MDB. Agenda busuk mereka adalah untuk memburuk-buruk kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh pemimpin Melayu.

Justo bertemu dengan kira-kira 10 orang, daripada media dan daripada kalangan ahli politik. Warga Switzerland itu di-la-porkan menjual data yang telah diambil daripada Pet-ro-Saudi untuk dijual kepada kumpulan tersebut.

Bukti yang didakwa Justo berlaku komplot mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB itu wujud dalam bentuk transkrip penuh dengan semua perbualan WhatsApp beliau dengan kumpulan itu semasa rundingan dan perbincangan mereka tentang bagaimana beliau akan dibayar.

Kisah Justo bertemu beberapa individu warga Malaysia di Singapura itu menjelaskan wujud satu komplot. Namun ber-da-sarkan perkembangan terbaharu ini, mereka yang terlibat dalam pertemuan sulit itu pasti kepanasan punggung sebab mereka mungkin didakwa mahu menjatuhkan kerajaan pim-pinan Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak demokratik.

Tunggu sahaja pendedahan nama 10 orang yang terlibat ber-te-mu Justo apabila pasukan penyiasat yang mungkin diketuai oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ke Thailand untuk menyoal siasat bekas eksekutif PetroSaudi itu tidak lama lagi.

Bukan sahaja Sarawak Report yang menjadi penyebar mak-lumat berunsur fitnah, bahkan The Edge turut terlibat apa-bila menerbitkan laporan mendakwa bahawa 1MDB dan rakan usahasamanya, PetroSaudi International, telah menipu rakyat Malaysia berbilion ringgit.

Maklumat

Dengan penahanan Justo oleh polis Thailand, portal pem-bang-kang itu akhirnya mengaku menggunakan maklumat yang dicuri oleh Justo.

Memetik kata Pengarah Komu-nikasi dan Strategi Ba-ri-san Nasional, Datuk Abdul Rah-man Dahlan, jika Justo tidak di-tang-kap sehingga hari ini, pasti por-tal pembangkang itu tidak akan mengaku maklumat yang di-perolehi sehingga hari ini.

Justo - yang kini ditahan di pen-jara di Thailand kerana cuba me-meras ugut bekas majikannya, Pe-troSaudi, men-dedahkan bahawa dia dijanjikan RM7.6 juta sebagai pertukaran untuk data di-am-bilnya daripada bekas ma-ji-kannya.

Sudah pasti maklumat itu amat ber-har-ga sampai sanggup bayar har-ga yang mahal. Tetapi apabila men-dapati maklumat yang ada tidak me-muaskan hati, sebab itu dalam interbiu di penjara Thailand dengan akhbar Singapura The Straits Times, Justo mendakwa beliau tidak per-nah menerima bayaran yang dijanjikan oleh ahli perniagaan ter-kenal dari Ma-laysia itu.

Orang otak penipu ligat cari jalan memperdayakan orang lain. Tidak hairanlah kalau dokumen yang tidak wujud penyelewengan itu terpaksa diubah supaya sesuai untuk menjadi bahan fitnah.

Plot penyiasatan perihal 1MDB makin menarik, peng-khianat su-dah tidak senang duduk. Justo ke-na tipu hidup-hidup oleh salah se-o-rang pengkhianat yang berhajat sangat menggulingkan Najib. Kita tunggu perkembangan se-lan-jutnya.

Sejak selesai Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008 dan ke-mu-dian PRU 2013, tidak henti-henti parti pembangkang mahu memporak-perandakan urusan pentadbiran kerajaan dengan pelbagai dakwaan palsu dan fitnah yang disebarkannya.

Setelah memburuk-burukkan beberapa pemimpin utama kerajaan dan serangan ke atas agensi kerajaan dan GLC, kemuncaknya ialah serangan ter-hadap Najib pula selaku Perdana Menteri.

Inilah perancangan pihak pembangkang yang begitu mudah mempengaruhi minda rakyat dengan momokan cerita fitnah.

Namun rakyat kita yang terdedah dengan maklumat daripada media baru begitu mudah pula menelan bulat-bulat berita fitnah daripada pemimpin pembangkang.

Rakyat Malaysia sekarang seolah-olah lebih percayakan persepsi dan spekulasi, sementara fakta yang betul ditolak be-gitu sahaja. Segelintir daripadanya bagaikan hendak sangat Na-jib berundur. Fikirkanlah, jika Najib boleh ditumbangkan de-ngan persepsi dan fitnah, apakah pengganti Najib tidak boleh dijatuhkan dengan strategi yang sama? Tidak ada ja-minan.

Sudah ada tanda-tanda kebangkitan mahu memperlekehkan kepimpinan yang diterajui oleh orang Melayu. Ingat tidak sepanjang Ramadan lalu, puak-puak pakatan pembangkang rajin menghidangkan fitnah kepada umat Islam dan Melayu untuk menu sahur dan berbuka puasa.

Namun, akhirnya keadaan bertukar apabila polis Thailand ber--jaya menahan dan menyoal siasat Justo. Justogate meng-hi-dangkan kebenaran untuk hidangan di Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kes Justogate ini, kita akan lihat siapa yang akan ter-kena. Bak kata orang utara - siapa yang akan menjadi kalut. Macam mana de-gu-pan jantung 10 orang yang pernah bertemu dengan Justo?

Kita ingin kebenaran di-tegakkan. Kepada pihak berkuasa, ber-tin-daklah ke atas individu rakyat Malaysia yang terlibat dalam kon-spi-rasi yang berbekalkan dokumen curi yang diubah suai semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan.

Golongan ini memang patut dikenakan tindakan undang-undang kerana telah merosakkan nama baik kerajaan dan ne---gara Malaysia. Sudah banyak masa dan tenaga dihabiskan se-panjang tempoh tujuh bulan dalam tahun 2015 ini, jangan biarkan mereka terlepas.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.HjrolLUE.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2015 02:27 PM | Show all posts
Penghantar surat direman siasat kes 1MDB
26 Julai 2015 11:43 AM

PUTRAJAYA 26 Julai - Seorang penghantar surat di sebuah syarikat direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Individu berumur 27 tahun itu merupakan orang kelima yang ditahan reman dalam siasatan kes berkaitan pelbagai tuduhan mengenai 1MDB.

Dia diberkas di rumahnya di Bentong, Pahang petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di Mahkamah Majistret di sini hari ini mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.- UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.6AXW7nyB.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 08:15 AM | Show all posts

tak ada masaalah perkara biasa. ia hanya menunjukkan yg thailand tak percaya dgn malaysia. walau yg mau jumpa justo ketua polis malaysia.Thai tau lah semua involve mau tutup lobang2 1mdb. bukan thai saja. satu duniya


Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 08:19 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 26-7-2015 02:27 PM
Penghantar surat direman siasat kes 1MDB
26 Julai 2015 11:43 AM

despatch rider sudah kena. makcik cleaner bakal kena juga


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.063352 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list