|
Pelakon Nas-T mendedahkan anak tirinya, Nur Sofia (Opi) memanggilnya sebagai Abe Hite (Abang Hitam) walaupun sudah mengahwini ibu kanak-kanak tersebut, Atita Haris.
Nas-T berkata, dia mendapat gelaran itu ketika pertama kali Atita perkenalkan Opi kepadanya beberapa bulan yang lalu.
“Semuanya gara-gara Atita. Opi panggil saya 'Abe Hite' kerana ibunya yang perkenalkan nama itu kepadanya.
"Saya bertemu Opi selepas pulang dari Pulau Perhentian. Biasalah kalau berada di pulau, kulit kita akan pasti akan menjadi sedikit gelap dan Atita mula memanggil saya dengan gelaran tersebut.
“Jadi sebaik sahaja saya tiba di Kuala Lumpur, dia (isteri) bawa saya jumpa Opi dan kenalkan saya sebagai 'Abe Hite'. Akibatnya, nama itu melekat sehingga ke hari ini.
“Sekarang kami dalam proses nak ajar Opi supaya panggil saya Baba tetapi lain pula jadinya kerana panggilan itu bertukar menjadi 'Baba Hite'," ujarnya ketika ditemui pada sidang media khas bertempat di QNA Republic Café, Bandar Baru Bangi pada petang Rabu.
Dalam pada itu, Nas- T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar turut menjelaskan mengenai perkahwinannya bersama selebriti Instagram, Atita Haris yang berlangsung secara tertutup di Surau Al-Ikhlas, SS19, Subang Jaya, Jumaat lalu.
“Kami memang merancang untuk bernikah pada 4 Mac tetapi disebabkan berita kami menghadiri kursus kahwin sudah diketahui ramai, maka keluarga kami meminta supaya perkahwinan dipercepatkan.
“Kami tidak mempunyai niat untuk rahsiakan berita baik ini daripada pengetahuan sesiapa. Mengikut perancangan awal, perkahwinan kami sepatutnya dilakukan secara berperingkat sehinggalah semuanya selesai pada Mac nanti, tetapi jodoh kami tiba lebih awal," katanya.
Bagaimanapun, kata Nas-T, tarikh untuk majlis resepsi masih lagi sama iaitu pada 4 Mac depan.
Nas- T, 32, dan Atita Haris, 24, berkenalan selepas pemilik sebuah produk, bertindak menyatukan kedua-duanya yang berstatus 'single' pada tahun lalu.
Bermula dari situ hubungan mereka semakin akrab sebelum memutuskan untuk berkahwin pada Jumaat minggu lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
baca pasal abe hite, terus i xjadi nak hencap baju atita yang nampak bonjot sup ittteeewww!
|
|
|
|
|
|
|
|
faiz-za replied at 4-2-2016 05:35 PM
Pelakon Nas-T mendedahkan anak tirinya, Nur Sofia (Opi) memanggilnya sebagai Abe Hite (Abang Hit ...
Hahaa klakar aku bace |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha lawak laaa.
Nasib ko la sebab hitam
|
|
|
|
|
|
|
|
congrats for this sweet couple. |
|
|
|
|
|
|
|
Baju tu cantik tp pelik. Anyway congrats to them. |
|
|
|
|
|
|
|
Tita ni mcm muka fasha plak tengok kat hlive ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by munchkin at 4-2-2016 08:59 PM
hmmm aku tak gemar org yang panggil / label skin color org lain. pastu ngajar anak pulak tu.
nanti adalah batak dia marah menegakkan benang yg basah kata why not, and she's always right .
tahniah atas pernikahan. nampak simple and sweet.
|
|
|
|
|
|
|
|
baju nikah tu mungkin certain angle nampak cun kot. so far tak nampak lagi la kecantikannya.
baju sanding nanti harapnya lagi lawa la..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tita kemain meleset lagi kat hlive tadi hehehe.
"Saya takde tema impian, penting yg wajib je janji kami dah halal" tita sambil lentok kat bahu baba itey |
|
|
|
|
|
|
|
hangdenim replied at 4-2-2016 09:17 PM
Tita kemain meleset lagi kat hlive tadi hehehe.
"Saya takde tema impian, penting yg wajib je jan ...
Kekekekkek..sabor je lahh ayat tita ni..hahha
Ok jugak dia cakap camtu. Nanti kalo dia ke hulu hilir berdeting dengan baba hitey tanpa ikatan lagi banyak thread dia kat porem..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha
Muka puas hati sgt dia... tadi pon tak lepas dok paut tgn baba hite siap gosok perut six pack lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MissMoustache at 5-2-2016 12:34 AM
gambar dari fb zamrimatTouch inspired
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa cantik je baju nikah tita ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantekkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah nastita
sempoi je diorang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
MissMoustache replied at 4-2-2016 10:26 PM
gambar dari fb zamrimatTouch inspired
Awat design mcm baju nursing..yg boleh selak then bf anak....hehehe
Tp, ok. Cantik baju ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|