Edited by Syik_Gojet at 7-8-2016 07:24 AM
1. Cerita (8/10) Beautiful mind ialah drama berkonsepkan perubatan mengisahkan Doc Lee Young Oh yang diakui sebagai pakar neuro (otak), akan tetapi Young Oh tidak mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan. Drama ni fokus kepada bagaimana Doc Lee Young Oh yang dilebal psychopath berubah perlahan-lahan memahami erti kemanusiaan dan emosi untuk menjadi “good doctor”. Sejak kecil lagi beliau dicop sebagai “monster”oleh bapa angkatnya. Beliau berusaha sedaya upaya utk menjadi normal demi memenuhi expectation bapa angkat yang juga merupakan doctor pakar neuro. Beliau diasuh oleh bapak angkatnya utk belajar mengenal ‘body language” utk menutupikelemahan beliau. Beliau sorg yang logikal, sombong, berkenyakinan tinggi,adil, cool dan tiada perasaan.
Sejak beliau bekerja di hospital bapak angkatnya, satu demi satu kematian berlaku yang berkaitan dgn beliau secara langsung. Beliau dijadikan kambing hitam oleh hospital tempatnya berkerja utk menutup konspirasi produk stem cell. Oleh kerana beliau mempunyai penyakit anti-sosial disorder, mudah bagi pihak pengurusan hospital menuduh beliau menjadi dalang kematian yang berlaku di hospital.
Dalam masa yang sama, sorang rookie polis traffic bernama Jin Sung, menyiasat kes-kes kematian di hospital ini. Jin Sung juga asalnya seperti orang lain mensyaki Young Oh menjadi dalang. Tetapi semakin lama Jin Sung menyedari Young Oh cuma sorg doc yang berusaha sungguh2 selamatkan pesakitnya.. Jin sung seorang yang bersifat terburu-buru dan mempunyai emosi yang kuat. Oleh itu Jin Sung dan Young Oh saling lengkap melengkapi. Mereka digelar couple Wi-Fi.
Yang menarik tentang drama ni ialah setiap kes emergency ada implikasinya kepada kehidupan Young Oh lantas mengajar Young Oh mengenal erti sifat kemanusiaan.Contohnya kes budak didera oleh maknya. Young Oh berasa pelik kenapa budak itu rela didera dan tidak mahu ceritakan kepada sesiapa. Malah budak itu sanggup tahan sakit sehingga membahayakan diri sendiri. Jin Sung menjelaskan yang bagi setiap budak, makpak adalah Cinta Pertama mereka.. budak itu sanggup tak cerita kepada sesiapa kerana takut makpak akan bercerai. Young Oh mula memahami keadaan budak itu kerana beliau jugak didera emosi oleh bapak angkatnya sejak kecil secara tak langsung. Byk lagi kes emergency yang menyentuh perasaan. Tak boleh cerita lebih-lebih kang spoiler.hehehe
Selain itu tertarik perkembangan watak Young Oh bila mula belajar erti cinta.. Young Oh sangat naïf. Young Oh membuktikan cinta tak perlu dibuktikan dgn kata-kata,tetapi melalui perbuatan. Sweet sgt.. hehe
Satu lagi yang aku kagum dgn writer drama ini ialah ayat yang puitis tapi spot on. Membuatkan penonton berfikir dan terkesan dgn scene tersebut.
Contoh ayat yang disebut oleh Young Oh kepada pesakitnya:
"I cannot feel your pain. I can't be in pain for you. I have a disability that impairs my ability to empathise with others. As you have said, I cannot even appreciate music.Thats why, Im planning to stand by your side. I won't ever turn a blind eye to your pain or feel exhausted. Whenever you need me, I will extend out my hand, until the moment you leave the hospital with a healthy body" Walapun drama ini agak berat tetapi ada diselitkan element komedi iaitu Doc Power Rangers terdiri 5 doc kaki gossip ala2 ahjumma. Tabik hormat kt writer kerana karektor komedi Power Rangers diketegorikan sebagai smart komedi.. Tak perlu menjerit2 or buat aksi pelik tetapi menghiburkan. Sentiasa ternanti2 babak mereka disetiap episode. Namun disebabkan drama ni rating tak tinggi, drama dipendekkan kepada 14 epi tuk beri laluan kepada Olympic. Ini mencacatkan jalan cerita terutama epi 13 dan 14 agak rushing . Penutup kes kematian dan stem cell konsipirasi tidak di kupas dgn lancar.Kisah cinta Jin Sung dgn Young Oh pun berlaku agak pantas. Selain itu setengah karektor yang muncul masa awal2 episode tiba-tiba menghilang contoh doc Suk Joo hanya muncul sekali sekala.Terpaksa potong markah di sini..
Sepanjang menonton drama ini aku sentiasa terbayang kata-kata ni.. " some people born as Monster but some people create as Monster". Mana satukah kategori Doc Young Oh? Drama ni mengulas panjang lebar tentang pernyataan ini.. Semuanya akan terjawab..
Kesimpulannya... One of the best Medical Drama yang aku pernah tengok...!!
2. Keberkesanan Lakonan (9/10) Jang Hyuk sebagaiDoc Lee Young Oh – calon best actor Standing ovation..!!! Tepuk tangan sampai naik lebam.. Watak Young Oh sebenanrnya sangat la berat.. Tetapi Jang Hyuk memang berjaya menjiwai watak pysopath yang berusaha menjadi normal. Babak paling diingati semasa disoal siasat oleh polis dgn memakai alat pengesan tipu. Memang psiko habis sampai polis give up.. Satu lagi babak masa Young Oh dipecat oleh bapak angkat. Kemudian Young Oh jalan dalam keadaan tak tentu arah ke tengah jalan. Terasa gila emosi kekecewaan yang ditonjolkan..He nail it..
Park So Dam sebagai Jin Sung Walaupun pada asalnya watak Jin Sung agak annoying tetapi lama kelamaan watak ini penting utk merubah Young Oh. Lakonan Park So Dam boleh dikategerikan sebagai baik tapi tidak la sehebat mana. Boleh diperbaiki lagi.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (7/10) Oleh kerana drama ni byk scene dipotong maka tak leh bagi markah lebih tuk pengarahan kerana tampak agak tergesa gesa.Tetapi dari aspek sinematografi menarik dan bagus
4. Skor muzik (3/5)
Lagu ost Dirt berhantu.Best.. Sesuai dgn tema cete ni. Tapi lagu ost yang lain biasa2 ja.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
Jika ada masa nak tengok lagi..terutama ada term2 perubatan yang tak berapa nak faham..
TOTAL = 8+9+7+3+4 =31 Nomination:Jang Hyuk
cc @dauswq
~ panjang gila aku tulis....hadooii..bertabahlah baca.. |