CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

[Copy link]
Post time 2-8-2016 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
alamak dah banyak tertinggal, thanks tt. nanti sambung lagiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2016 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Siputjelly replied at 2-8-2016 02:33 PM
alamak dah banyak tertinggal, thanks tt. nanti sambung lagiiii

Takpe. Jemputlah baca kalau sudi

Terima kasih sudi singgah rumah setinggan aku ni. Insya-ALLAH lepas ni aku update lagi demi korang yang masih nak tahu tentang Shark    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
CERITA DUA PULUH - USAHA

"Ayah ada cara nak ubat Ice?"

"Bergantung pada cucu aku tu jugak. Aku boleh usahakan, semuanya atas izin Allah. Seeloknya biar dua dua berubat. Yang induk pun kena ubat sama. Lagi lama dia tanggung, lagi banyak 'kawan' dia makan. Cucu aku tu pun, dah ada yang berkenan. Kalau lambat, takut menumpang sampai habis"

"Dah tu, nak buat macam mana ayah?"

"Aku nak ubat sorang, mungkin tak dapat. Nanti aku mintak tolong kawan aku. Kau orang kenal jugak. Orang tua yang selalu ngeteh dengan aku dekat kampung sana tu"

"Ayah rasa kawan dia punya kerja ke?"

"Induk dia pun tak tahu menahu. Jadi, aku tak boleh tuduh ni induk punya kerja sebab Allah dah cakap kerja syaitan ni menyesatkan anak cucu Adam sampai kiamat. Aku sedih sebab budak tu tak tahu menahu yang benda tu turun songsang pada dia. Mungkin benda yang jadi pada cucu aku tu asbab untuk kita bantu induk dia keluarkan segala yang dah sebati dalam darah daging"

"Iyalah. Tak logik jugak kalau kawan dia punya kerja. Orientasi belum sampai seminggu. Takkan dah ada yang benci. Ice tu kan ke pendiam?"

"Ni aku tak pulihkan terus. Aku putihkan dulu. Buang apa yang ada, sebelum bertambah. Kita ikhtiar. Semua serah pada Allah je. Aku berdoa semoga cucu aku & induk tak terkesan sampai ke hujung"

"Mimpi yang cucu perempuan aku mimpi tu boleh jadi mainan, boleh jadi betul. Kalau betul, mungkin dia nak bersatu dengan cucu aku (Ice) tu. Ajar ajarlah sikit adab nak tidur ke, pendinding ke. Jangan biar tadah je. Nanti lain jadinya..."

Takut ibu aku bila dia dengar Tok Rom aku cakap yang benda tu makan diri orang yang dia menumpang. Gila tak takut!

Nak cakap saka keluarga, tak pernah langsung Tok Rom bukak cerita. Tup tup, tak ada apa apa sebab, tiba tiba ada pulak yang sudi nak menumpang kat badan anak teruna dia sorang ni.

Nanti aku sambung apa yang Tok Rom & kawan atuk aku ni buat ya?

Aku pun baru tahu kenapa Shark macam agak rapat dengan aku (lepas korek korek cerita dengan dia) sampai orang speku bukan bukan walaupun dia agak kuat cakap dengan budak budak batch aku yang lain jugak.

Rupa rupanya Shark ni bukan anak tunggal sebenarnya. Selama aku sekolah dengan dia kat sekolah ni, aku ingatkan dia memang anak tunggal. Sepatutnya ada adik beradik lain. Kalau kakak & adik perempuan dia hidup, dia mesti 3 beradik. Kakak & adik perempuan dia tak sempat lahir ke dunia sebab mak Shark keguguran. So, hidup Shark ni memanglah ditatang macam minyak penuh bak kata cikgu cikgu Bahasa Melayu.

Senang cakap Shark rapat dengan aku tu macam satu gurun yang kering kontang yang tiba tiba jumpa sumber air lah kononnya. Shark anak tunggal. Aku pulak anak bongsu. Sesuailah kalau nak berkawan rapat.

Nanti aku sambung ya? Takde mood nak update. Hehe...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram wehh story uols, adoii dah la aku sorang2 je kat umah
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 2-8-2016 05:42 PM
CERITA DUA PULUH - USAHA

"Ayah ada cara nak ubat Ice?"

Jadi si shark ni induk la ya?
Dia ada 'something'....
Ke akak yg salah faham?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 2-8-2016 09:01 PM
Jadi si shark ni induk la ya?
Dia ada 'something'....
Ke akak yg salah faham?

Pergh! Ni mesti baca dari Cerita 1-Cerita 20 (tolak 4 & 13) kan?    
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2016 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 2-8-2016 09:50 PM
Pergh! Ni mesti baca dari Cerita 1-Cerita 20 (tolak 4 & 13) kan?

Akak tk baca semua dik..

Tk tahu pun rupanya kisah 4 dan 13 tu tak ada

So, dari citer 22 tu..akak speku la..
Betul tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 2-8-2016 11:19 PM
Akak tk baca semua dik..  

Tk tahu pun rupanya kisah 4 dan 13 tu tak ada  

Owh I see. Jangan baca semua. Sebab ada jugak yang tak seram.

Tapi, tugas Aku memang sampaikan cerita cerita yang berkaitan dengan tajuk rumah setinggan aku ni, sama ada seram, misteri atau seram seram kuku. So kira as long as aku dah taip, amanah aku dah berjalan lah kan?     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2016 09:20 AM | Show all posts
Kesian Shark jd induk.. Turun saka cara songsang lak tu.. Patutnya Saka tu nak perempuan kan?

Ke speku aku ni salah hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 10:34 AM | Show all posts
9teen replied at 2-8-2016 10:35 PM
Owh I see. Jangan baca semua. Sebab ada jugak yang tak seram.

Tapi, tugas Aku memang sampaikan ...

erkk.sorry. , bukan citer 22...citer 20,  advance nya hakak ni..dah citer 22...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Saka songsang ni biasanya berlaku pada waris yang songsang. Biasa saka ni perempuan yang akan ambik, but under certain situation, saka ni diambil oleh waris lelaki sama ada secara sukarela, paksarela atau tak tahu menahu.

To be honest, based on apa yang aku tahu, saka ni degil. Kadang tak semestinya dalam lineage (keturunan) yang sama. Dia boleh jugak turun pada seseorang yang lain sama ada yang rapat dengan induk atau yang disukai oleh saka belaan tu sendiri.

Betulkan aku kalau aku salah. Ni based on apa yang aku tahu lah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 03:05 PM | Show all posts
lagi bila nak update ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 03:17 PM | Show all posts
cepat lah tt update jangan lama lama.. aku dah tinggalkan semua kerja kerja aku semata mata nak marathon rumah setinggan tt ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 03:39 PM | Show all posts
Finally @Ipo  pun dah start speku Shark ialah induknya..

Aku dah macam boleh agak sejak TT story pasal hal pemutihan dan induk tu..

Tapi tak berani nak speku lelebih..huhu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2016 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 3-8-2016 04:56 PM

CERITA DUA PULUH SATU : PADA SIAPA?

P/S: Maaf kalau apa yang aku akan cerita mula dari Cerita 21 ni korang tiba tiba rasa geli nak termuntah ke apa. Tapi, honest aku cakap apa yang aku taip dalam thread rumah setinggan aku ni semuanya betul betul berlaku. That's why aku samar samarkan pelaku, tahun & tempat kejadian.

--------------------------------------------

Aku rasa macam ada orang yang peluk aku rapat rapat dalam selimut. Aku memang kalau kena touch, automatically akan terjaga. Dahlah aku malas nak bukak mata sebab sejak dua menjak duduk asrama ni, asal bukak mata je nampak yang tak menyenangkan. Ni pun baru je balik semula. Esok nak start masuk kelas. Kenal cikgu cikgu pulak.

Aku cuba celikkan mata. Serious shit! Shark rupanya yang peluk aku! Aku terus dapat detect tu Shark sebab jarak muka aku dengan dia tak jauh mana.

Aku tengok jam kat dinding bilik nasib baik lambat lagi nak Subuh. Aku risau kalau abang abang Badan Dakwah jumpa kitorang macam tu. Mampus!

Aku cuba tolak si Shark yang selamba badak dia je peluk aku. Dahlah tak pakai baju. Aku cuba tengok kalau kalau dia pakai seluar ke tak. Lagi shit! Boxer je? Aku cuba lagi tolak tak dapat sebab aku ni kecik lagi dari dia. Last last aku gigit tangan dia sebab tu je yang dapat aku capai nak bagi dia bangun. Gigit sikit. Just nak kejut dia.

Bahaya wo! Kalau orang jumpa 2 budak lelaki. Yang sorang cuma pakai boxer tak berbaju bawah katil. Aku pulak memang jenis sopan kalau tidur memang full set. Takde maknanya seluar seluar pendek ni kalau tidur. Mesti seluar sukan panjang dengan T-Shirt.

"Kenapa?" Boleh dia buat terkebil kebil macam orang tak bersalah.

"Kenapa kau peluk aku?"

Shark lepaskan aku, lepas tu bangun pergi dekat suis kipas. Then, dia patah balik, tarik selimut dan baring sebelah aku balik. Aku cuba lari sikit dari tempat aku baring tadi. Nak jaga jarak dengan Shark.

Aku baru perasan masa Shark pergi dekat suis kipas. Si Doeh dengan Panjang tak tidur kat bilik. Merempat mana lah pulak 2 orang budak ni. Siot je tinggalkan aku dengan Shark yang aku macam boleh layan-takut-boleh layan-takut-boleh layan. Memang approach si Shark tu buat aku jadi macam sekejap takut dengan dia, sekejap boleh layan. Macam tu lah.

"Ice, aku nak tanya. Kau ada mimpi apa apa tak sebelum kau balik masa orientasi?"

"Hmmm...Kenapa kau tanya?" Aku dah start pelik.

"Sebab aku ada mimpi perempuan yang kita nampak malam tu. Aku agak memang perempuan tu sebab baju dia sama. Satu kali aku mimpi, dia nak bagi gamelan. Kali kedua aku mimpi, 1 gamelan dah takde"

"Eh? Kenapa macam sama erk? Tapi aku mimpi ada 2 gamelan. Mana pi 1 gamelan lagi?" Aku tambah pelik

"Perempuan tu cakap pada kawan aku. Aku tanya kau sebab aku rasa dia maksudkan kau, Ice"

"Eh, aku ke? Tapi dia kata kawan?" Aku dah cuak.

Lama camtu aku jadi sikit bengong. Terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Dalam kepala duk ligat fikir apa entah. Aku jadi tak perasan yang si Shark dah makin rapat walaupun tadi aku dah ubah jarak dari tempat aku tidur. Bila aku perasan, terus aku mintak dia tidur katil sendiri.

"Shark, boleh tak kalau kau tidur katil kau?"

"Kau takut abang Dakwah ke?"

"Aah. Tak bestlah kan kalau kita cuma kawan kawan, tapi orang duk cerita bukan bukan. Kesian diorang dapat dosa kering"

"Oh...Kau tak payah takut pasal tu. Abang Dakwah tak kejut kejut dah macam selalu. Masa orientasi je diorang rajin"

"Macam tu pulak? Tapi, aku tak selesalah kau peluk peluk. Tidur kat katil kau, boleh?"

"Aku tak peluk dah. Saja je teman kau tidur. Lagipun, kau baru balik sini. Aku tak nak ada orang teman kau tidur je"

Then, Shark tidur sendiri. Dia tak belah dari katil aku. Nak kejut pun dah tak guna. Aku memang kalau dah terjaga, susah nak tidur. Kepala otak duk pikir apa yang Shark cakap tadi.

Suratan atau kebetulan? Aku pun tak pasti.

P/S : Time aku sekolah ni Tok Rom tak bukak cerita apa apa pun pasal saka songsang ke whatever ke, sebab yang aku tahu aku balik sebab nak pemutihan. Lagipun aku tak ingat apa. Yang aku tulis sebelum sebelum ni (yang masa balik rumah pun aku tulis based on apa yang keluarga aku cerita)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2016 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
jomZ replied at 3-8-2016 03:17 PM
cepat lah tt update jangan lama lama.. aku dah tinggalkan semua kerja kerja aku semata mata nak mara ...

Aku update guna phone je. So slow sikit.
Gigih benor nak merempit ya? Sampai tinggal semua kerja?    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2016 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
9teen replied at 3-8-2016 06:12 AM
Aku update guna phone je. So slow sikit.
Gigih benor nak merempit ya? Sampai tinggal semua kerja ...

mestilah tt..aku ni kalau dah terjebak semua aku tinggalkan..urgent ke tak..cerita belakang..ya g penting aku dapat baca cerita ko ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2016 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
nuena replied at 3-8-2016 03:39 PM
Finally @Ipo  pun dah start speku Shark ialah induknya..

Aku dah macam boleh agak sejak TT story  ...

Rasanya ramai orang memang speku Shark tu induk kan?
Since tajuk thread pun pasal Shark    

Terima kasihlah pada yang terus sudi bergentayangan dekat rumah setinggan aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 08:44 PM | Show all posts
Hahahaha...ape-ape pun, terbaik laa thread ko ni TT

Tak sabar nak tau lebih banyak pasal Shark
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam tt.... Misterius betul cerita tt ni... Terutamanya pasal shark... Mmg sesuatu sgt dia kan....  Teruskan ek... I follow....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.064035 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list