CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
 Author| Post time 27-2-2007 08:27 AM | Show all posts
Singapura : 27 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
DUA KERETA SATU NOMBOR PLAT

PEMILIK SAH JADI MANGSA Oleh
Saini Salleh

KERETA Mercedes-Benz yang ditumpangi Encik Osman Hamza terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah teksi di Ekspreswe Bukit Timah (BKE).

Selepas masalah kemalangan itu diselesaikan seca ra damai, beliau dan pemandu kereta tersebut, Encik Shaukath Ali, pemilik syarikat perkapalan Baltic Shipping, terus pulang ke pejabat.

Encik Osman, pengarah syarikat Casvelli Pte Ltd, membiarkan soal kemalangan pada 16 Disember lalu itu luput daripada ingatan.

Namun, beliau dihantui oleh satu lagi kemalangan yang berlaku pada tarikh yang sama.

Encik Osman menerima e-mel lengkap dengan gambar daripada sebuah syarikat insurans yang memintanya mengesahkan satu kemalangan melibatkan 'kereta' beliau dengan sebuah kereta sekitar 6.50 petang di Upper Serangoon Road pada tarikh tersebut.

Melihat gambar yang dipercayai diambil pemandu kereta yang dilanggar 'keretanya' itu membuat beliau lega - ia jenis Chery manakala kereta beliau Hyundai Getz.

Namun, beliau berasa bimbang apabila melihat nombor plat kereta itu, SGB779T - sama dengan nombor plat keretanya.

Kereta Encik Osman dibeli oleh Encik Shaukath, yang juga pengarah Casvelli, tetapi didaftarkan atas nama beliau untuk kegunaan pejabat.

Nombor platnya adalah hasil taruhan $1,001 yang dibuat oleh Encik Shaukath.
Tanpa berlengah, Encik Osman membuat aduan kepada polis, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Pusat Pemeriksaan Kerosakan Bebas (Idac).

Beliau menyangka masalahnya telah berakhir, namun tidak.

Pada awal bulan lalu, beliau menerima surat merah saman kesalahan meletak kereta di Hougang Avenue 5 pada 8 Januari lalu, kononnya melibatkan keretanya.

Beliau dan Encik Shaukath terpaksa berkunjung ke HDB Hub untuk menjelaskan bahawa kesalahan itu dilakukan kereta Chery yang mempunyai nombor plat palsu itu dan bukan keretanya.

Penjelasannya diterima.

Selang dua minggu kemudian, Encik Osman menerima lagi surat merah saman kesalahan meletak kereta melibatkan 'keretanya' di Hougang Avenue 7 pada tarikh yang sama.

Encik Osman menolak sekeras-kerasnya kononnya beliau terlibat dalam kemalangan tersebut mahupun dua kesalahan meletak kereta itu.

'Saya sangat bimbang kerana patutkah saya tanggung kesalahan yang dibuat orang lain. Katakan kereta dengan nombor palsu itu terlibat dalam nahas melibatkan kematian atau rompakan, tentunya saya yang kena tarik ke mahkamah. Panjang cerita,' kata beliau dengan nada penuh marah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2007 08:28 AM | Show all posts
Singapura : 27 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
LTA AKUI PEMILIK SAH DAN SEDANG SIASAT PEMALSUAN

PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) mengesahkan hanya Encik Osman Hamza yang mendaftarkan nombor taruhan SGB779T pada keretanya. Pengesahan itu bermakna nombor plat keretanya itu tiada duanya.

Jurucakap LTA, Cik Naleeza Ebrahim, dalam jawapan e-mel Jumaat lalu kepada pertanyaan Berita Harian mengenai pemalsuan nombor kereta Encik Osman, berkata: 'Encik Osman telah menghubungi divisyen penguatkuasaan kami pada 21 Disember dan telah memberi perincian dan maklumat mengenai kesnya. Kami sedang giat menjalankan siasatan.'

Di bawah Akta Trafik Jalan Raya (RTA), memalsukan tanda pengenalan sebarang kenderaan adalah satu kesalahan. Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda sehingga $5,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Cik Naleeza menekankan LTA memandang serius kesalahan itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2007 08:29 AM | Show all posts
Luar Negara : 27 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
TIGA MURID CEDERA DIPUKUL DENGAN KASUT TUMIT TINGGI PADANG TERAP (Kedah): Tiga murid darjah empat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai (SKPS) di sini cedera di kepala selepas dipukul dengan kasut tumit tinggi oleh guru bahasa Inggeris sekolah itu kerana tidak membawa buku mata pelajaran berkenaan kelmarin.

Guru terbabit dikatakan memukul lapan murid - enam lelaki dan dua perempuan. Tiga daripada mereka cedera dan kepala mereka berdarah.

Kejadian itu berlaku sekitar 10 pagi, dan pelajar terbabit dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa, Mohd Fakrul Razi Mohd Yusuf dan Mohd Tarmizi Md Rik, berkata berikutan kejadian itu mereka takut untuk ke sekolah.

Kejadian itu menyebabkan Mohd Fakrul Razi dan Mohd Tarmizi menerima dua jahitan setiap seorang. Seorang lagi rakan mereka, Basri Omar, satu jahitan.

Mohd Fakrul Razi berkata walaupun menyedari guru wanita itu garang dia tidak menyangka beliau akan bertindak memukul mereka dengan kasut disebabkan kesalahan itu.

'Guru marah kerana kami terlupa membawa buku Bahasa Inggeris yang diberikan kerja rumah pada minggu lalu.

'Pada mulanya, guru tersebut menyuruh kami berdiri dan kemudian beliau menanggalkan sebelah kasut tumit tingginya lalu mengetuk kepala saya dan rakan-rakan. Walaupun sakit dan berdarah saya tidak berani menangis kerana bimbang dipukul lagi,' katanya.

Mohd Fakrul Razi berkata mereka bertiga dihantar ke hospital oleh seorang guru yang meminta mereka memberitahu kecederaan itu disebabkan terhantuk pada kerusi ketika jatuh.

Bapanya, Encik Mohd Yusuf Hassan, 57 tahun, berkata beliau kesal dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi pihak sekolah menyuruh murid terbabit berbohong. - BHM.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 09:08 AM | Show all posts

Reply #343 iansuryani's post

kuang ajar punya cikgu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 08:20 AM | Show all posts
Singapura : 28 Februari 2007
Mudah cetak | E-mel
MASALAH MELANDA GARA-GARA KONTRAK PASANG PENYIDAI BAJU Oleh
Shamsul Jangarodin

SANGKANYA apabila beliau membeli penyidai baju aluminium, ia akan memudahkan dirinya menyidai selimut dan cadar yang berat.

Namun, sebaliknya berlaku dan kini pelbagai masalah mula menghantuinya.

Semuanya ini gara-gara terburu-buru menandatangani kontrak penjualan penyidai baju aluminium yang boleh ditarik masuk (retractable clothes hanger) pada April tahun lalu.

Cik Norazia Kamis, 40 tahun, kerugian $244 kerana terpaksa membayar separuh daripada kos penyidai itu.
Malah, beliau masih dihantui rasa takut kerana bimbang diambil tindakan oleh syarikat penyidai itu.

Menurut Cik Norazia, beliau didatangi seorang jurujual yang ingin melihat tempat penyidai pakaian di dapur di flatnya di Bukit Batok East Avenue 5 pada 4 April tahun lalu.
Ketika itu, beliau menyangka jurujual tersebut adalah pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), lantas membenarkannya masuk.

'Apabila beliau berkata bahawa penyidai boleh ditukar kepada yang boleh ditarik masuk, saya fikir mudahlah untuk saya mengangkat cadar dan selimut saya yang berat,' ujar suri rumah berusia 40 tahun itu.

Jurujual itu kemudian menyiapkan kontrak penjualan dan meminta Cik Norazia menandatanganinya.

'Beliau berkata bahawa harganya $488, tetapi beliau tidak mahu wang tunai. Sebaliknya, beliau mahu saya membayar $51 sebulan untuk setahun.

'Saya kira-kira, ansuran harganya lebih $612. Saya rasa tertipu.

'Jeriji tingkap saya juga tidak ditutup jika mengguna kannya. Saya khuatir kerana saya mempunyai dua orang anak kecil,' jelas ibu dua anak perempuan berusia lapan dan enam tahun itu.

Namun, pegawai syarikat itu berjanji akan memasang pengadang.

Tidak berpuas hati, Cik Norazia meminta melihat rumah yang telah dipasang dengan penyidai baju itu.

'Penyidainya nampak tidak kuat dan sempit. Ia melendut apabila digantung dengan benda berat,' jelas beliau.

Pada petang yang sama, Cik Norazia meminta membatalkan kontrak pembeliannya.
'Mereka marah. Mereka berkata saya sudah menyusahkan mereka. Mereka meminta saya membayar $244, separuh kosnya, seperti yang tertera dalam kontrak jika urusan dibatalkan. Saya membayarnya,' ujar beliau.

Pegawai syarikat itu juga mengugut mahu membawa perkara tersebut ke mahkamah.

'Saya takut. Tidak boleh tidur. Walaupun setelah mendapatkan nasihat Case, saya tetap membayar mereka,' ujar beliau.

Menurut jurucakap Persatuan Pengguna Singapura (Case), setiap pelanggan berhak membatalkan kontrak penjualan tanpa sebab dalam masa tiga hari setelah menurunkan tandatangan di bawah Akta Perlindungan Pelanggan dan Perdagangan Adil (Consumer Protection and Fair Trading Act).

Namun jiran Cik Norazia, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Sofia, 43 tahun, berasa kesal kerana memasang penyidai baju daripada syarikat yang sama pada Ogos tahun lalu kerana penyidai itu tidak lagi praktikal digunakan.

Ketika dihubungi, penyelia syarikat di Yishun itu, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Chua, berkata syarikatnya mempunyai 20,000 hingga 30,000 pelanggan tetapi tidak menetapkan pelanggan membayar secara ansuran.

'Jika pelanggan membatalkan kontrak dalam masa tiga hari, kami menghormati kemahuan mereka. Kami tidak memaksa,' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 08:59 AM | Show all posts

Reply #345 iansuryani's post



salah sendirik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2007 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 27-2-2007 08:25 AM
Singapura : 27 Februari 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax/print.jpg  Mudah cetak | E-melDUA WARGA SINGAPURA NYARIS DIPENJARA GARA-GARA CAP PASPORT Seorang temui kesukaran keran ...



ni kalo aku panggil selenger takut marah lak

tapi please, la , immigresen cop kat mana pun tak tahu ke?

nampak sah cant be bothered punye orang...cek la tak sampai berapa saat pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 11:41 AM | Show all posts
Forum : 28 Februari 2007   

AWAS, ADA CURI-CURI AMBIL GAMBAR

BARU-BARU ini sekitar 6 petang, berlaku insiden anak perempuan saya dicuri intip gambarnya yang mahu mandi oleh seorang belia yang menggunakan kamera/video telefon bimbitnya dari luar tingkap bilik air (saya tinggal di tingkat satu).

Anak saya menjerit ketakutan apabila ternampak pancaran cahaya dari kamera dan kemudian bunyi telefon bimbit jatuh ke lantai.

Saya segera meluru ke luar dan ternampak seorang belia bergegas lari ke tingkat dua. Apabila saya menemuinya, dia menafikan perbuatan itu dan terus melarikan diri.

Peristiwa ini kali kedua berlaku dengan yang pertama pada Julai lalu dan saya telah membuat laporan polis.

Saya mengetengahkan cerita ini agar menjadi iktibar tentang perbuatan sesetengah orang yang suka menghendap atau mengambil gambar secara curi-curi bagi merakamkan seseorang dalam keadaan yang mengaibkan.

Apa yang membimbangkan kami adalah mungkin gambar seperti ini boleh diedarkan kepada orang lain atau mungkin dimuatnaikkan ke Internet bagi tatapan seluruh dunia yang boleh memalukan anak saya dan kami sekeluarga.


Khatijah Ahmad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2007 01:24 PM | Show all posts
TNP harini cerita pasal budak 9 tahun dah jadi mak.. sedih seh baca...
tahun ni budak ni ambik PSLE, anak dia dah 3 tahun.

aku masa 9 tahun masih lelari main kejar kejar dgn kambing nama bobbi
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 01:28 PM | Show all posts
9 tahun dah jadi mak? mangsa keadaaan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by LoLiPoP at 28-2-2007 01:28 PM
9 tahun dah jadi mak? mangsa keadaaan?

nope.. dia selalu have sex dgn bf dia.. sama  primary school ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 28-2-2007 01:29 PM

nope.. dia selalu have sex dgn bf dia.. sama  primary school ...


astaghfirullahallazim

sex @ 9 years?????

aku 9 years period pun lum datang lagik

sesungguhnya aku seram bila bayangkan wani dah besar kang macam mana pulak surrounding dia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 01:34 PM | Show all posts
Originally posted by LoLiPoP at 28-2-2007 01:32 PM


astaghfirullahallazim

sex @ 9 years?????

aku 9 years period pun lum datang lagik

sesungguhnya aku seram bila bayangkan wani dah besar kang macam mana pulak surrounding dia.

itu kau

dia 8 years old dah baligh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by LoLiPoP at 28-2-2007 01:32 PM


astaghfirullahallazim

sex @ 9 years?????

aku 9 years period pun lum datang lagik

sesungguhnya aku seram bila bayangkan wani dah besar kang macam mana pulak surrounding dia.


i'm not surprise sex at 9 years old sbb ada satu budak kat tempat sekolah aku da start ada "period" at primary 4...


[ Last edited by  iansuryani at 28-2-2007 01:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 28-2-2007 01:41 PM


i'm not surprise sex at 9 years old sbb ada satu budak kat tempat sekolah aku da start ada "period" at primary 4...8 years old

budak genius eh?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 28-2-2007 01:44 PM

budak genius eh?...

not really......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2007 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 28-2-2007 01:41 PM


i'm not surprise sex at 9 years old sbb ada satu budak kat tempat sekolah aku da start ada "period" at primary 4...

apa macam pulak kau tak surprise?

normal ke budak primary have sex?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 01:49 PM | Show all posts
budak genius aje ke boleh period cepat? budak tak genius tak boleh eh??
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by LoLiPoP at 28-2-2007 01:49 PM
budak genius aje ke boleh period cepat? budak tak genius tak boleh eh??

sebab dia tulis budak tu 8 yrs old dah primary 4
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 01:59 PM | Show all posts

Reply #349 Browneyes's post

kak b post cam stail bang  matz
taip sikit jer... pi lah scan...




ps: rindu abg matz...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.091824 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list