CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

◄☺☺ Nabil - Juara Raja Lawak 2☺☺►

[Copy link]
Post time 28-5-2008 02:56 PM | Show all posts
ala rohaakkk...aku berkampung merata2 laaaa...meh la biasa2 kan diri kat sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2008 09:59 AM | Show all posts
seronok tengok family bang bil....

semoga berjaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2008 11:39 AM | Show all posts
Kolaborasi Harith dan Nabil hujung tahun ini!
10-07-2008 11:12:47 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

NAMA Harith Iskander Musa sememangnya cukup dikenali sebagai pelakon dan pelawak atau 'stand-up comedian'. Namun, pelakon berusia 42 tahun ini secara jujurnya akui yang dia sebenarnya tidak suka berlakon.

Menjadi seorang pelakon, kata Harith, lebih banyak membuang masa kerana bak katanya, "hanya 10 peratus masa saya berlakon sementara 90 peratus masa lagi lebih banyak dihabiskan untuk menunggu".

Sebetulnya, minat Harith lebih tertumpu kepada bidang pengarahan dan penulisan skrip. Jika ada yang tidak tahu, Harith mula menceburkan diri dalam industri seni ini sebagai pengarah siri komedi Jangan Ketawa sekitar tahun 1991 dan 1992.

Entah bagaimana beliau boleh melibatkan diri dalam bidang lakonan, Harith menganggapnya sekadar kebetulan.

"Ia berlaku pada masa yang sama semasa saya mengarah dan boleh dikatakan secara tak sengaja," ujar penggemar karya seni Datuk Lat ini.

Harith bakal tampil dalam persembahan komedi I Don't Know
di Actor Studio.
Selain itu, beliau kini terlibat membuat skrip drama TV dan filem. Harith juga bakal mengarah siri baru bermula September ini untuk siaran Astro yang diterbitkan oleh Tall Order Production.

Siri 26 episod ini mengisahkan tentang 'super hero'. Beliau enggan bercerita lebih lanjut tentang siri tersebut kerana ia masih dalam proses penulisan skrip.

Namun, Harith menjangkakan siri ini bakal disiarkan pada hujung tahun ini.

Walaupun Harith melakukan banyak perkara dalam satu masa, beliau tidak pernah menganggap semua kerja tersebut sebagai beban. Malahan, beliau tidak mungkin akan melakukan satu kerja sahaja pada masa hadapan.

"Di Malaysia ni, mana boleh kita tumpukan kepada satu kerja sahaja. Kita kena buat kerja lain juga. Walaupun sibuk dengan mengarah dan menulis skrip, saya tetap akan membuat 'stand-up comedy'," kata Harith yang bakal menjayakan persembahan komedi keduanya dalam tahun ini di Actor Studio, Bangsar.

I Don't Know- persembahan komedi kedua

Kata Harith, persembahan tersebut dinamakan Iskandar's Comedy Show- I Don't Know.

"Selepas saya melakukan persembahan komedi bertajuk "Eh, got free ticket ar?" pada bulan Februari lalu di tempat yang sama, semua orang tanya bila nak buat lagi?.

"Jadi, saya pun merancang untuk melakukan persembahan kedua ini. Tajuk "I Don't Know" tu saya dapat apabila orang selalu bertanya kepada saya tentang tajuk persembahan kali ini. Kemudian, saya cakaplah, I don't know. Kiranya tajuk kali ini datang secara spontan yang sama juga seperti tajuk persembahan pertama dahulu," cerita lelaki berkacukan Inggeris di sebelah ibunya ini.

Menyentuh tentang sedikit-sebanyak persembahan bermula 30 Julai hingga 3 Ogos nanti, Harith berkata pelakon Douglas Lim akan turut serta dalam persembahan tersebut.

"Persembahan pembukaan akan dilakukan oleh Douglas. Selepas itu, giliran saya pula untuk melakukan persembahan. Persembahan apa, tunggulah nanti.

"Di akhir persembahan itu pula, Douglas dan saya akan membuat sebuah sketsa. Kami akan menari dan menyanyi sambil mengajak penonton menulis lagu pasal orang itu.

"Namun, corak persembahan akan berubah pada setiap hari," beritahu Harith lagi.

Berkolaborasi dengan Nabil

Seperti yang diketahui sebelum ini, Harith selalu sahaja muncul dalam sesebuah teater atau persembahan lain bersama-sama rakan karibnya seperti Douglas Lim, Hans Isaac, Afdlin Shauki dan ramai lagi.

Namun, ini tidak bermakna Harith akan sentiasa didampingi oleh rakan-rakan seperjuangannya sahaja kerana beliau turut mempunyai keinginan untuk mevariasikan persembahannya pada masa akan datang.

Dengan kemunculan program baru seperti Raja Lawak di Astro Prima, ramai bakat-bakat baru yang tampil di dalam industri ini sekaligus menambahkan bilangan pelawak yang boleh melakukan stand-up comedy seperti Harith. Contohnya adalah Juara Raja Lawak musim kedua iaitu Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil.

Kata Harith, beliau mempunyai perancangan untuk melakukan persembahan dengan Nabil pada hujung tahun ini.

"Saya memang suka Nabil. Kami pernah berjumpa sebelum ini dalam sebuah majlis dan berbual-bual. Dia nampak berminat untuk mendalami stand-up comedy dan bertanya pendapat dan nasihat kepada saya.

"Saya rasa Nabil ni bagus juga dan boleh pergi jauh lagi. Insya Allah, saya akan membuat satu persembahan dengannya pada hujung tahun ini. Saya sudah bertanya kepadanya dan dia bersetuju.

"Tentang persembahan yang bagaimana, ia masih dalam proses perbincangan..," kata Harith yang turut mencari idea untuk berkomedi melalui program-program realiti seperti Gang Starz.

Komedi datang daripada kehidupan

Harith sanggup datang untuk menonton program tersebut secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semata-mata untuk mencari idea. Kata Harith, beliau pergi sebanyak dua kali ke sana.

Jelas Harith, setiap apa yang dilihat dan didengar dalam kehidupan ini akan dijadikan sebagai idea untuk beliau melakukan setiap persembahan.

"Saya saja-saja datang untuk mencari idea kerana komedi datang daripada kehidupan sekeliling kita.

"Ia juga datang daripada benda-benda yang biasa dan kemudian saya akan sampaikan dari sudut yang lain," tutur Harith mengakhiri perbualan.

Untuk menonton persembahan Iskandar's Comedy Show- I Don't Know di Actor Studio, Bangsar, pada 30 Julai hingga 3 Ogos ini.

Dapatkan tiket berharga RM88 dan RM68 bermula sekarang dengan mendail 03-20941400.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 11:08 PM | Show all posts
nk tumpang upkan rumah bang bil..dah bersawang dah...manelah tuan rumahnye ni ek?....






bersama heroin, puteri sarah liyana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 09:53 AM | Show all posts

Tengok Nabil kat FFM hari tu makin lama makin macam Saiful Apek je
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 08:26 PM | Show all posts

Reply #345 houdini's post

Abe dini..tenkiu for the credit....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2008 10:24 PM | Show all posts
assalammualaikum..... lama tul tak singgah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 10:31 PM | Show all posts
banyak nyer gambar....

thank q eyla....

lama arr tak jenguk sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2008 12:47 PM | Show all posts
outeri sarah jd heroin
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 09:34 PM | Show all posts
hi brit cam sedih je tu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 02:05 PM | Show all posts
salam..

meh tgk ulangan Bang Bang Boom Nabil kat sini

http://tv3.com.my/Shows/EpHighli ... pID=18993#anchorVid

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 02:06 PM | Show all posts
salam..meh tgk ulangan Bang Bang Boom Nabil kat sini

http://tv3.com.my/Shows/EpHighli ... pID=18993#anchorVid

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 08:42 AM | Show all posts
揝aya bukan tamak
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 08:45 AM | Show all posts
Kisah hidup Nabil difilemkanOleh METRA SYAHRIL MOHAMED
[email protected]

BARISAN pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie.Gambar NOOR AZLINA JAAFAR dan ihsan SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd.

SELEPAS diberi kepercayaan membintangi filemSifu, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil kini mengorak langkah apabilaberlakon dalam filem keduanya iaitu Lu Pikirlah Sendiri de Movie.
Bersandarkan hampir 70 peratus kisah hidup Nabil, ia memperlihatkan perjalanan Raja Lawak Astro musim kedua itu sebelum bergelar anak seni.
Mengambil latar kerja yang pernah dilakukan oleh Nabil seperti menjadi mat despatch,penjual kuetiau di pasar malam dan menjual ayam, Nabil dilihat sebagaimempunyai cita-cita tinggi, berdikari dan sering menyimpan rasa sedihmengenangkan nasib keluarga yang susah.
Berteraskan pendirian semua orang boleh berjaya kalau berusaha,Nabil mewakili remaja biasa yang hanya mempunyai pendidikan setakatSijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
Walaupun begitu, kerana usahanya, Nabil berjaya mengubah nasib diri dan keluarganya.
Memperlihatkan konsep komedi, di samping usaha Nabil memecahkurungan kesusahan, ia juga menyelitkan cinta remaja selain saratdengan sentuhan emosi kekeluargaan.
Menurut pengarah Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Aminah Rhapor, filem yang menelan perbelanjaan sebanyak RM2 juta itu mengambil masa selama 28 hari pengambaran.
Pengambaran bermula pada 15 Julai lalu di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Sungai Buloh.
"Ini merupakan filem pertama arahan saya di bawah SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd. dan bakal ditayangkan pada tahun depan.
"Kita mengambil latar kisah benar kerana ia lebih dekat di hatipenonton berbanding watak yang direka-reka,'' kata Aminah kepada Hits ketika ditemui baru-baru ini.
Selain Nabil dan Puteri Sarah, Lu Pikirlah Sendiri de Movieturut dibintangi Mila sebagai Aisyah (adik Nabil), kumpulan Meet UncleHussein, Tasya, Zizan Raja Lawak, Vanida Imran, Ebby Yus, Ummi Nazeera,Zaibo, Harun Salim Bachik, Amy Search, Liza Othman, Hisyam AhmadTajudin, Aziz M. Osman dan Faizal Tahir.
Turut sama, Qazem Nor, Sallehuddin Bakar, Md. Eyzendy, Azwan Kombos,Bulya, Ain Nordin, Fahrin Ahmad, Ilyas Ismail, Aiman Husin dan IlyanaZakirah.
Ujar Aminah, sebelum judul filem dipilih sebagai Lu Pikirlah Sendiri de Movie, ia pada mulanya berjudul Biarkan Kami Bercinta.
"Ia kemudiannya ditukar selepas mendapat khidmat nasihat Grand Brilliance Sdn. Bhd..
"Saya seterusnya menghubungi Nabil dan dia tidak kisah andai programnya di Astro iaitu Lu Pikirlah Sendiri dijadikan sebagai judul filem.
"Astro juga tidak memberikan halangan kerana filem itu ditambah dengan perkataan de Movie," jelas Aminah yang juga pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.
Aminah berkata, dia menjangkakan Lu Pikirlah Sendiri de Movie bakal mencecah box office memandangkan beberapa faktor iaitu barisan pelakon, perjalanan cerita yang rapat di hati penonton dan komedi.
Alasan Osman Ali tarik diri
Sementara itu, Aminah turut menjawab dakwaan mengenai penarikan diri Osman Ali sebagai pengarah filem berkenaan.
"Memang pada mulanya Osman dipilih sebagai pengarah tetapidisebabkan dia punyai komitmen lain, saya sendiri mengambil alihsebagai pengarah.
"Mula-mula dulu memang rasa susah hendak mengarah tetapi banyakpihak termasuk krew produksi dan pengurusan SDAF memberikan sokongankepada saya.
"Meskipun tidak menjadi pengarah, Osman Ali tetap ada menghubungi dan bertanyakan mengenai perjalanan filem ini,'' katanya.
Jelas Aminah, SDAF yang baru beroperasi sejak April lalu juga mempunyai barisan tenaga kerja yang cukup profesional.
"Selepas ini, kami sudah punyai perancangan untuk menghasilkan drama siri dan juga filem,'' tambahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 08:55 AM | Show all posts
sendu jer umah nabil ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 02:30 AM | Show all posts
Lorr..
Awat umah ni dibiarkan tanpe maintanance nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2008 10:33 AM | Show all posts
Nabil tawan Media Prima

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]

TIADA siapa mampu menafikan populariti yang dikecapi juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih popular sebagai Nabil.

Daripada seorang despatch yang langsung tidak dikenali, kini namanya begitu gah seantero negara sehingga dia kini dilabelkan pengganti Saiful Apek yang memegang takhta sebagai pelawak nombor satu negara.

Meskipun Nabil merupakan bintang kelahiran Astro, tetapi rezekinya lebih menyerlah di rangkaian saluran Media Prima Berhad (MPB) apabila menjadi salah seorang pengacara rancangan hiburan sensasi, Melodi.

Orang ramai mula membuat telahan bahawa Nabil kini lebih selesa untuk berpayung di bawah konglomerat media terbesar di Asia Tenggara itu.

Perkara itu diperkukuhkan lagi apabila untuk tahun 2009, wajah komik Nabil akan dapat ditonton oleh para peminat setia beberapa rancangan di TV3 dan TV9.

Untuk saluran TV3, dia akan muncul bersama Raja Azura menerusi rancangan Ewah-Ewah, manakala di TV9 pula dalam rancangan kanak-kanak, Pondok Pondok.

Dengan adanya Nabil, sudah pasti rancangan di TV3 dan TV9 akan melonjak ratingnya dan ini merupakan strategi yang cukup baik oleh MPB apabila mempertaruhkan populariti anak kelahiran Negeri Sembilan itu.

Dengan lambakan wajah Nabil di dua saluran itu tahun hadapan, secara tidak langsung ia juga mampu memberikan implikasi yang negatif di mana seolah-olah ia bagaikan menjerat Nabil dan MPB sendiri.

Ini kerana peminat dan penonton mungkin akan mula merasa muak dan bosan apabila terlalu kerap wajah Nabil dipertontonkan.

Apabila situasi itu timbul, maka ia boleh menyebabkan penonton menukar saluran mereka dengan menonton rancangan lain.

Bukan untuk bersikap negatif tetapi selalunya kalau wajah seseorang selebriti itu terlalu kerap ditampilkan, maka, hilanglah nilai eksklusif artis berkenaan.

Tetapi setidak-tidaknya ia membuktikan bahawa Nabil mempunyai nilai populariti yang cukup tinggi untuk menarik perhatian para penonton TV3 dan TV9.

Menjawab persoalan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Farid Ridzuan menjelaskan, isu bosan tidak timbul kerana kedua-dua rancangan kendalian Nabil mempunyai pendekatan yang cukup berbeza.

“Tidak dinafikan, kami memang mengambil Nabil kerana popularitinya. Masalah pendedahan yang berlebih-lebihan oleh Nabil tidak timbul kerana kalau diperhatikan kelak, kedua-dua rancangan tersebut amat berbeza.

“Sebelum kami meneruskan rancangan ini, kami sudah fikirkan langkah terbaik supaya tidak timbul masalah seperti mana yang anda maksudkan tadi.

“Malah, kami yakin dan optimis rancangan tersebut akan mendapat sambutan apabila ditayangkan kelak,” jelasnya pada sidang akhbar Media Prima Television Screenings 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Selain Farid, turut hadir pada majlis yang penuh ceria dan warna-warni itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Abdul Rahman Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar; Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda serta Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Suridah Jalaluddin.

Farid turut mengumumkan jumlah penonton untuk semua saluran MPB iaitu TV3, TV9, ntv7 dan 8TV semuanya menunjukkan peningkatan yang membanggakan.

Stesen TV3 misalnya, terus unggul menjadi stesen paling digemari dengan mencatatkan sebanyak 22 peratus manakala TV9 pula terus berkembang dan menjadi stesen kedua yang paling ramai ditonton oleh kaum Melayu

Begitu juga dengan ntv7 dan 8TV yang berjaya menjadi saluran berbahasa Cina paling ramai ditonton di Malaysia dengan mewakili 21 dan 17 peratus.

Menyambung bicara, Farid memberitahu, memandangkan tahun depan diramal paling mencabar dan audiens mula mencari medium hiburan percuma, maka MPB telah melabur sebanyak RM250 juta untuk pengisian rancangan untuk di kesemua rangkaian saluran MPB.

“Apa yang lebih membanggakan medium baru yang kami tawarkan iaitu online TV atau catch-up TV juga mencatatkan jumlah tontonan yang cukup menggalakkan iaitu dengan lebih 20 juta tontonan video setiap bulan.

“Untuk itu, kami berjanji untuk terus menghidangkan sesuatu yang menarik dan pastinya, penonton setia kami tidak akan kecewa dengan apa yang kami tampilkan sepanjang tahun 2009,” katanya sambil memberitahu TV3 akan mewujudkan slot waktu pagi yang diberi nama Senda Pagi.

Farid berkata, TV9 akan mengalami perubahan daripada segi kandungannya yang akan menjadi lebih matang serta lebih dekat kepada kanak-kanak dan remaja dan kontemporari.

“Bukanlah sebelum ini imej TV9 tidak begitu memberangsangkan. Jika tidak, mana mungkin ia mampu menjadi stesen TV nombor dua negara.

“Cuma, untuk tahun baru ini, kami mahu menjadikan TV9 lebih segar dengan pengisian kandungan yang lebih menarik,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Farid juga memberi berita gembira apabila saluran TV5 di Filipina yang juga merupakan saluran rangkaian MPB berjaya menambat hati penonton di sana.

“Kami tidak menyangka sama sekali dengan penerimaan luar biasa rakyat Filipina terhadap TV5 dan apabila ia dilancarkan pada 9 Ogos yang lalu. Ia berjaya menempatkan diri di tangga ketiga pada minggu pertama dilancarkan. Ini merupakan petanda positif untuk kami terus berjaya di luar negara,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 09:46 AM | Show all posts
nabil ni ensem gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2009 11:28 AM | Show all posts
dia skandal ngan irma tu skrg yek?

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:33 AM | Show all posts
ramai dh yg nampak dia kuar ngan irma ....kawan jer katanya

ngan anak poad onah pun still ON
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.100755 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list