CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nodiman

negara israel

[Copy link]
Post time 28-7-2008 09:15 PM | Show all posts
haha...mungkin kot...ada lagi, " yang pahit itu ubat, yang manis itu racun"  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2008 11:50 AM | Show all posts

Reply #362 migdal_bavel's post

Alhamdulillah, tak ambil hati. Nak jwb ya? Tapi akak ada soalan lagi la.

Ini petikan yg terkandung dlm kitab org2 Yahudi:

Yang Bukan-Yahudi adalah Hewan di bawah Derajat Manusia

Yebamoth 98a, "Semua anak keturunan orang kafir tergolong sama dengan binatang".

Abodah Zarah 36b, "Anak-perempuan orang kafir sama dengan 憂iddah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 03:26 PM | Show all posts

Reply #364 HOTlips's post

Yebamoth 98a, "Semua anak keturunan orang kafir tergolong sama dengan binatang".


Salam akak HOTlips, biarlah ak balas soalan ini dulu yer....

memang dah cari cari tadi tapi tak terjumpa pula ayat Mishnah atau Gemarah dalam Talmud dalam Masechet Yevamot (Kitab Yevamot),  Pereq 98:Alef (Surah ke-98, muka surat pertama) yg mengatakan semua anak org kafir ni termasuk golongan binatang...

dr mana ayat Talmud di atas akak ambil?

[quote]Abodah Zarah 36b, "Anak-perempuan orang kafir sama dengan 憂iddah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 04:12 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 24-7-2008 01:28 PM


Sabda Rabbi Menachem: " Ijtihad-ijtihad di dalam Talmud adalah ilhamterus daripada Allah Yang Maha Hidup. Allah sendiri bertanyakanpendapat (bersyura) dengan para rabbi di Bumi ketika terdapatpermasalahan-permasalahan sukar di Langit. (Qodashim)...



Macam mana Tuhan Yang Maha Berkuasa di Atas Tiap-Tiap Sesuatu, apabila terdapat permasalahan di langit, meminta pendapat daripada makhluk ciptaan-Nya sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 04:15 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 24-7-2008 01:28 PM


Sabda Rabbi Menachem: " Ijtihad-ijtihad di dalam Talmud adalah ilham terus daripada Allah Yang Maha Hidup...



kalo cenggitu, apa tujuan diturunkan Nabi dan Rasul?  Jika ijtihad-2 di dalam Talmud itu ilham terus dari Allah dan tak buleh dipertikaikan lagi, maka tak perlulah diturunkan Nabi dan Rasul.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 04:20 PM | Show all posts
yea, para leluhur yg degil degil itu telah tersesat dengan melaratnyadi padang pasir selama 40 tahun...dan mereka mati dlm kesesatan dirimereka

tapi setelah itu, bani israel menyahut seruan nabi yehoshua', iaitudidikan moshe rabbeinu yg memimpin mereka utk masuk ke tanah suci danmereka memangpun berjaya memasukinya... [/quote]


Seorang nabi adalah insan dipilih oleh Tuhan. Bila dipilih oleh Tuhan, maka seseorang nabi tersebut haruslah mempunyai akhlak yang mulia dan boleh dijadikan contoh/role model samada oleh pihak lawan ataupun kawan.

Boleh citer lebih lanjut tak, selepas nabi Yehoshua dan pada pengikutnya mengelilingi tembok Tanah Suci tersebut sebanyak 7 kali (kalo tak silap) dan menawan Tanah Suci itu kembali.......apa yang diperlakukan oleh Nabi Yehoshua dan para pengikutnya terhadap tawanan perang, terutama sekali golongan wanita dan kanak-kanak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2008 10:48 AM | Show all posts

Reply #365 migdal_bavel's post

dr mana ayat Talmud di atas akak ambil?

Pakcik Google yg beritahu.   Sebenarnya byk lagi ayat2 yg x bape sedap
di dgr. Tp... ye lah, mungkin mereka hy ambil sebahagian shj. Mcm Quran juga.
Ada yg mengambil sebahagian saje utk menghentam muslim

Akak tabik spring la kat migdal sebab pandai terjemahkan talmud dlm BM

ni hanyalah perumpamaan yg diberikan oleh para rabbi yg mulia utk menghalang umat Yahudi dr mendekati wanita2 kafir dr suku Kan'an....

oh! ok. noted.

dan orang2 Islam serta org palestine bukanlah org kafir....

Jadi apakah pandangan Yahudi terhadap org2 Islam? Adakah roh kami juga
akan hilang begitu shj nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 04:20 PM | Show all posts

Reply #348 HOTlips's post

Migdal. ada beberapa persoalan yg akak nak tanya:

[quote]QUOTE:
dan salah satu sifat Nefesh Yehudi ini ialah menentang Allah sejak azali lagi..sebab itulah nama Yisrael dijolokkan kepada kami iaitu bermaksud "Dia Yang Menandingi Allah" atau "Dia Yang Menentang Allah"


Yg ni sape yg kata? Org Yahudi sendiri ke yg mengaku mcm ni? Dan sejak bila Allah x pernah mendgr doa2 org Yahudi? Setelah kejadian leluhur membuat dosa ke?[/quote]

sejak haikal termusnah dan kami terhalau ke serata dunia...selagi kami masih meratap utk Haikal dan umat kami, dan menyambut hari2 yg menyedihkan, selagi itulah seolah olah Allah xpernah mendengar doa2 kami

Dalam Judaism, iaitu menurut Kitab Zohar (kitab muktabar bagi Kabbalah), setiap manusia terdiri daripada 3 unsur ghaib:
1. Nefesh (Jiwa atau Nafsu)
2. Ruach (Roh)
3. Neshamah (Akal atau Hati Kecil)

Unsur yg mula2 dimasukkan ke dalam diri manusia (dan juga binatang, tapi tidak bg tumbuhan) oleh Allah ialah Nefesh. ia seperti nyawa bagi setiap makhluk agar ia boleh hidup. Nefesh ini akan mati ketika Ruach kita dicabut dari jasad.

Inilah unsur yg membolehkan kita berfungsi secara fisiologi (lapar, letih, stress etc) dan psikologi (sedih, gembira, marah, sayang, benci etc)..

Nefesh ini juga memberi seseorang itu berkehendakkan sesuatu yg dapat memberi kepuasan pada diri dlm bentuk fizikal (makanan, teman, tempat tinggal, harta, anak etc)

tapi, yg membezakan antara seorang Yahudi dan bukan Yahudi ialah org Yahudi mempunyai Nefesh Yehudi.

Nefesh Yehudi sama seperti Nefesh org biasa, tapi ia ada satu fungsi yg berpaksikan kepada 2 perasaan yg menjadi tema penting dalam kehidupan seorang Yahudi iaitu Simchah (Kebahagiaan) dan Atsuvah (Kesedihan)

Simchah adalah kebagiaan yg diperoleh terhadap ganjaran daripada Allah apabila Dia ditaati dan Atsuvah pula adalah penderitaan yg diperoleh akibat balasan daripada Allah apabila Dia diingkari.

kedua dua ini adalah perasaan yg diletakkan oleh Allah dalam setiap Yahudi turun temurun semenjak nabi Ya'akov, leluhur kami sendiri...

di mana kesedihannya semasa terpisah dgn nabi Yosef (akibat sikap pilih kasihnya terhadap Yosef), ketika isterinya Rachel meninggal dunia di waktu masih awal (akibat melebihkan Leah), perasaan itu diwarisi oleh kami semua ketika membaca Taurat yg mengisahkan cerita itu dan ketika melawati makamnya. Begitu jugalah derita leluhur bani Israel dalam penghambaan Mesir, penghancuran Haikal, penghambaan Assyria dan Babilon serta penyembelihan kaum kami semasa Holokaus dan pogrom2 etc

maka samalah juga dgn peristiwa2 yg menggembirakan leluhur kami-peristiwa bersatunya keluarga Ya'akov, Pengeluaran dr Mesir, Penawanan Tanah Suci, ketika Haman dijatuhkan hukuman mati oleh raja, etc etc

dalam kehidupan sbg seorg Yahudi, dua perkara inilah yg menjadi tema kehidupan semenjak turun temurun.

Sebagai contoh, Hari Tesha Ba'av, Hari Yahrtzeit (Ulang Tahun Kematian), Yom Kippor (Hari Kaffarah), Yom HaZikaron (Hari Mengingati) dan Yom HaShoah (Hari Holokaus) akan disambut dgn ratapan dan kesedihan...

sedangkan hari Bar Mitzvah, Rosh HaShanah, Purim, Pesach etc akan disambut dgn penuh keramaian dan kegembiraan..

Nefesh Yehudi menjadikan setiap Yahudi benar2 menghayati dgn penuh perasaan keadaan Simchah dan Atsuvah tu dalam setiap Moed (Perayaan atau Sambutan dalam ajaran Yahudi) agar perasaan itu sama seperti perasaan nenek moyang kami yg menghadapi situasi sebenar pada ribuan tahun yg lalu...

sebab itula org yg dilahirkan sbg bukan Yahudi, memang tidak munasabah langsung kalau dia mahu masuk agama Yahudi sbb dirinya tiada Nefesh Yehudi, maka bagaimana dia boleh menghayati Moed tersebut padahal menyambut Moed adalah salah satu ibadah terpenting selain Tefillah (Solat).

Nefesh Yehudi, jika ia berada dalam keadaan Atsuvah, maka ia akan berperasangka terhadap Allah dan beranggapan bahawa Allah telah meninggalkan dirinya malah menentangnya pula. perasaan kami akan menjadi seperti perasaan ketika dalam Kitab Ratapan (Eichah) itu..

tapi, bila Nefesh Yehudi itu berada dalam keadaan Simchah, maka ia akan mendampingi Allah, bernaung di bawah Allah, dan menjadikan seolah-olah Allahlah Bapa yang menyayanginya. Perasaan kami sebagai kesayangan Allah yang teragung wujud dengan adanya Simchah ini.

maka, secara teorinya, Kabbalah menyuruh kita agar menyeimbangkan kedua-dua perasaan ini melalui Ruach dan Nesahamah pada tahap yg paling minima sebab yg dianjurkan oleh Kabbalah hanyalah kita beroleh Shechinah (Ketenangan) dalam diri, dan bukannya semata-mata Simchah, jauh sekali Atsuvah.

Ruach berfungsi dalam membezakan yg baik dan yg buruk. Bagi org Yahudi, ia dinamakan Ruach Yehudi (Roh Yahudi).

Ruach Yehudi lah yg mengambil perjanjian dgn Allah di atas Gunung Sinai utk memikul suruhan (+ve Mitzvah) dan larangan (-ve Mitzvah) Allah.

Oleh itu, dikatakan mereka (bukan Yahudi) yg tidak ingin mengambil perjanjian ini seolah olah rohnya tersia-sia sahaja.

Walaupun roh mereka boleh membezakan yg baik dgn yang buruk, tp mereka masih xnak mempraktikkan dgn mengikuti suruhan dan menjauhi larangan Allah melalui perjanjian di alam Roh itu.

tapi di dunia ini, mereka masih ada harapan iaitu dengan mengikuti undang2 nabi Nuh yang 7 serta bernaung di bawah umat Yahudi sbg Cahaya mereka.

sebab roh mereka lemah dan tak sanggup utk menerima tanggung jawab yg berat, maka diberikan 7 perintah sahaja di dunia ini.

Ruach Yehudi dan Ruach bukan yahudi yg ikut 7 perintah ini tidak akan hilang apabila ia keluar dr jasad

sedangkanRuach manusia lain yg bukan Yahudi (x ikut 7 perintah) yg hidup dlm keadaan baik, tidakmenyekutukan Allah, tidak menentang umat Yahudi, maka Ruach mereka akanhilang begitu saja.

ada juga Ruach HaQodesh (Roh Kudus), di mana Ruach ini akan bersatu dgn Ruach setiap nabi yg akan menerima wahyu drpd Allah. Sebab utk menerima wahyu, memerlukan Ruach yg kudus dan suci..

Neshamah pula adalah unsur yg tertinggi tingkatnya dlm diri manusia. Ia hanya wujud pada manusia saja dan tidak pada binatang dan makhluk lain

inilah yg membolehkan kita berfikir dan mempunyai fitrah tentang keperluan kita untuk mencari Tuhan yang Esa dlm kehidupan kita. Fungsi neshamah ini dinamakan sbg Chayyah (Kehidupan)

sedangkan bg ulama2 yg mencapai ketenangan yg tinggi dlm Kabbalah, maka dikatakan mereka telah mencapai fungsi Yechidah (Kesatuan) yakni bersatu akal fikirannya dgn Allah.

Neshamah membolehkan seseorg itu melaksanakan ibadah dalam keadaan Kavanah (Konsentrasi atau Khusyuk) agar tercapainya Shechinah (Ketenangan) dalam diri.

Shechinah adalah God's Presence yg akan menundukkan Nefesh Yehudi melalui keseimbangan Simchah dan Atsuvah.

Apabila Nefesh itu telah dikawal oleh Neshamah melalui kuasa Shechinah, maka bolehlah seseorg Yahudi itu hidup sebagai hamba Allah yang tidak menentang sama ada dari aspek menyama tarakan dirinya dengan Allah ataupun menganggap Allah sbg musuh yg membencinya.


berbalik kpd soalan akak, memang secara pemahaman kami, org Yahudi memang berperasaan menentang Allah sbb kami adalah Yisrael (Dia Yang Menandingi Allah). Sebab itulah kami disuruh mencapai Shechinah agar dapat menjadi hamba-Nya yg taat.

tapi malangnya, ini semuanya teori semata-mata

secara realitinya, mmg ak x pernah rasa Shechinah dlm diri....sbb ak x dpt nak lakukan ibadah dalam keadaan Kavanah..begitu juga dgn rmi Yahudi lainnya. byk kali kami bertanyakan bgaimana caranya utk mendapatkan Kavanah tp kesemua jawapan xmembolehkan kami praktikkan dgn berjaya.

sbb Atsuvah yg kami rasakan tu terus menerus terwujud dlm diri...kenapa? bnd inilah yg dibahaskan oleh para Rabbi...

Adakah Allah masih murka pada kami?Di manakah Dia ketika Shoah?

maka mereka yg lemah smangat, akan menjauhkan diri dr agama, menjadi sekular atau menganut agama lain...

disebabkan inilah, ada puak Hassidim yg memperkenalkan jalan Simchah dlm setiap ibadat mereka, padahal ini jelas menyalahi Kabbalah. sgt pelik bila melihat mereka terlampau menunjukkan kegembiraan, seolah olah seperti menipu diri sendiri..

di Israel, jemaah Na Nach Nachman Meuman lah yg mengamalkan ajaran mcm ni...menari nari dan bernyanyi dgn riang di jalan2 raya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2008 04:20 PM | Show all posts

Reply #348 HOTlips's post

Kalau dlm Juddaism, Yahudi dah diampunkan kenapa perlunya lg kalimahShema Koleinu (Dengarlah Suara Kami) dan Shema Hashem?


secara teorinya kami telah terampun, tapi dr segi amalannya, seolah2kami belum pun terampun tp x ad saperla yg nak mengaku dirinya xterampun...susah nk terangkan mcm mana...

QUOTE:
p/s: Kitab ini diakhiri dengan persoalan yang tidak kami ketahuimengapakah Allah Hashem, Yang Maha Pengampun sangat murka kepada kamidalam jangka masa yg begitu lama...

Maknanya x larilah dr kenyataan yg ini:

QUOTE:
tapi dalam al-Qur'an, seolah olah umat Yahudi tidak pernah terampunmalah dibenci-Nya pula dan seakan-akan ia menjadi jawapan kepadakesengsaraan umat Yahudi sehingga kini


jadi, dalam Islam, org Yahudi mmg masih belum diampunkan oleh Allah? sebab apa?

QUOTE:
sehingga sekarang, para Gedolim (Ulama-Ulama)tidak dapat menjelaskan kenapa peristiwa Shoah (Holocaust) itu berlakudan umat Yahudi dibiarkan disembelih tanpa belas kasihan dan tiadalangsung pertolongan daripada Allah.

Ada pernah terfikir tak bhw Allah memang marah sebab Yahudi memang x betul. Salah, spt yg diberitahu dlm Quran.

Kalau ikut agama Islam, yg me fahamlah ye.... Allah tak melaknat Yahudi selama2nya krn mereka bangsa Yahudi TAPI
krn anutan dan kepercayaan mereka yg Allah laknat. Sebab tu Allah sendiri kata bangsa Yahudi ini memang hebat.
Pernah x terfikir bhw.... dgn menganuti ajaran Islam, Allah akanampunkan segala dosa2 dan menghilangkan segala kemurkaan?


oh, maksudnya kepercayaan Judaism ni dibenci? kenapa pula? x adasalahnya. jika sbb seolah olah Judaism hanya utk umat Yahudi, iniadalah salah paham terhadap Judaism.

Judaism menyediakan undang2 lain utk umat bukan yahudi dgn syarat mereka taat dan patuh pada kami..itu jer

apa yg Islam tawarkan kpd umat Yahudi? adakah tradisi Yahudi masih boleh diamalkan jika seseorg yahudi itu memeluk Islam?

QUOTE:
begitulah caranya utk berdoa, kite menyingkap perbuatan Allah sendiri supaya Dia mengehentikan perbuatan itu...

Pernah x terfikir cara berdoa tu pun dah menunjukkan keangkuhan. Bangsa Yahudi angkuh dan hanya menganggap mereka
umat yg terbaik. Malah kpd Allah pun masih menunjukkan sifat keangkuhan secara terpimpin.
err.... layakkah kita makhlukNya yg diciptaNya, memberi arahan kpd Pencipta?


harap akak dah paham kenapa Yahudi berdoa sedemikian setelah memahami konsep Simchah dan Atsuvah dalam Nefesh Yehudi

[ Last edited by  migdal_bavel at 31-7-2008 04:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 06:55 PM | Show all posts

Reply #359 thessailly's post

masih menunggu jawapan.....

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 03:20 PM | Show all posts

Reply #371 migdal_bavel's post

Salam
oh, maksudnya kepercayaan Judaism ni dibenci? kenapa pula? x adasalahnya. jika sbb seolah olah Judaism hanya utk umat Yahudi, iniadalah salah paham terhadap Judaism.

Judaism menyediakan undang2 lain utk umat bukan yahudi dgn syarat mereka taat dan patuh pada kami..itu jer

apa yg Islam tawarkan kpd umat Yahudi? adakah tradisi Yahudi masih boleh diamalkan jika seseorg yahudi itu memeluk Islam?


Sesungguhnya orang-orang mu'min, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara
mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari
Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (al-Baqarah,. 2:62)

Pada pandangan akak, Islam menawarkan apa2 shj yg ditawarkan kpd SEMUAumat Islam yg taat dan patuh pada perintahNya serta meninggalkan segalalaranganNya. Maksudnya..... tanpa mengambil kira bangsa si penganutitu. Jadi, bg Yahudi yg menganut agama Islam, faedahnya tetap samaselagi dia mentaati ajaran Islam. Mengenai tradisi, yg akak tahu,selagi tradisi itu tidak bersalahan dgn syariat dan tidak menyalahiaqidah, maka tiada salahnya ia diamalkan. Sebagai contoh, ada org cinayg memeluk agama Islam tapi masih boleh meraikan thn baru cina bersamakeluarganya yg belum islam. Sebaliknya jika meraikan thaipusam, xmas,wesak dan apa2 shj perayaan yg berupa ritual selain dr islam tentu shjdilarang.

Sebenarnya Allah membenci apa2 shj agama yg menyengutukanNya. Allah itu Esa. Tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Kalamnya adalah benar dan yg terakhir disampaikan melalui Muhammad saw.

Hai manusia, sembahlah Tuhan-mu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa.
Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit,
lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu
mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. (al-Baqarah, 2:21-22)

Katakanlah:"Dialah Allah, Yang Maha Esa". Allah adalah Ilah yang bergantung kepada-Nya segala urusan. Dia tidak
beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. (al-Ikhlas, 1-4)

Okeh, mengenai kenapa Judaism dibenci....

"Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang
besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka,
akibat apa yang mereka kerjakan. (al-Baqarah, 2: 79)

Diriwayatkan oleh an-Nasa'i yang bersumber dari Ibnu Abbas bhw ayat ini merujuk tentang ahli kitab yang memalsukan Taurat.

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa turunnya ayat ini (S. 2: 79) tentang padri-padri bangsa Yahudi yang mendapatkan
sifat-sifat Nabi SAW tertulis dalam kitab Taurat yang berbunyi: Matanya seperti yang selalu memakai celak, tingginya sedang,
rambutnya kriting, mukanya cantik." Akan tetapi mereka hapus (kalimat tersebut dari Taurat) karena dengki dan benci serta
menggantinya dengan kalimat: "Badannya tinggi, matanya biru, rambutnya lurus."
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ikrimah yang bersumber dari Ibnu Abbas.)


"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya:
'inilah dari Allah', (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan
besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka,
akibat dari apa yang mereka kerjakan." (Al-Baqarah: 79)

Atas penyimpangan-penyimpangan ini, Islam tidak mengiktiraf Yahudi sebagai agama yang benar.

Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan
dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi. (ali-Imran. 3:85)

Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al Masih itu putera Allah."
Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu.
Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling? (at-Taubah, 9:30)

Berdasarkan ayat Al Quran ini, boleh migdal jelaskan pandangan yahudi terhadap Uzair?
Dan pd pandangan migdal, ada kemungkinan tak taurat asal tlh diubah?Kenapa diubah? Utk kepentingan peribadi. Tak boleh terima kedatanganNabi baru di kalangan org bukan Yahudi.

[ Last edited by  HOTlips at 2-8-2008 03:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by tarabas1976 at 29-7-2008 04:12 PM

QUOTE:
Originally posted by migdal_bavel at 24-7-2008 01:28 PM


Sabda Rabbi Menachem: " Ijtihad-ijtihad di dalam Talmud adalah ilhamterus daripada Allah Yang Maha Hidup. Allah sendiri bertanyakanpendapat (bersyura) dengan para rabbi di Bumi ketika terdapat permasalahan-permasalahan sukar di Langit. (Qodashim)


Macam mana Tuhan Yang Maha Berkuasa di Atas Tiap-Tiap Sesuatu, apabila terdapat permasalahan di langit, meminta pendapat daripada makhluk ciptaan-Nya sendiri?


Bila aku baca bahagian tu, aku pun rasa pelik jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 09:52 AM | Show all posts
alhamdulillah
habis baca marathon sampai halaman 15
dua malam nak habiskan baca ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 09:57 AM | Show all posts
jadi kesimpulan aku

. Islam agama yang benar
. Allah yang esa / satu
. tiada agama lain yg benar selain Islam
. Pengikut ahil kitab yang dijanjikan syurga sudah pupus sebab taurat, talmud, injil, bible, zabur dan apa apa nama lain semuanya sudah lama diselewengkan untuk kepentingan imam / pemerintah / rabai mereka
. Nabi Muhammad nabi untuk umat zaman ini , zaman terakhir sebelum kiamat tiba
. Islam itu mudah, ringkas dan objektif
. bukannya subjektif dan sukar difahami
. sedangkan 2 ahli kitab yang ada sekarang sudah jauh menyeleweng
. walaupun masih ada saki baki konsep ketuhanan dan praktis yg bersamaan dengan Islam
. namun mereka tetap menyekutukan Allah
. Menyekutukan Allah bersamaan syirik
. tiada keampunan bagi dosa syirik
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 10:02 AM | Show all posts
disebabkan tiada ketulenan / keaslian dalam 2 kitab yang ada sekarang ni,
. hanya Al Quran yang tinggal dan sunnah Nabi Muhammad untuk dijadikan panduan
. kitab lain talmud taurat injil bible zabur dan segala nama yang berkenaan tidak boleh diterima penganutnya sebagai ahli kitab
. Allah hanya menjanjikan syurga kepada ahli kitab bukan sahaja mukmin tetapi keseluruhan ahli kitab
. tetapi disebabkan kitab yang lain itu sudah jauh menyeleweng, Allah menurunkan Al Quran dan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan yang BENAR DAN TERAKHIR
. jadi ahli kitab sekarang ini HANYALAH DARI AGAMA ISLAM itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 10:06 AM | Show all posts
untuk pengetahuan ko migdal,
. aku dah lama buar kajian perbandingan agama dan kepercayaan ini
. aku bertahun tahun tinggal serumah dengan kawan penganut hindu dan budha
. sekarang ni aku tingal bersama kawan penganit agama kristian
. dan hanya aku berdua yang Islam dalam pejabat 100 orang lebih kristian dll.

banyak persoalan yang mereka tanya pada aku mengenai Islam
dan banyak juga persoalan yang aku tanyakan kepada mereka tentang Kristian, hindu dll.
berkenaan Judaism, aku ada juga berbincang dengan kawan kawan

kesimpulan ringkas aku tentang Judaisam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2008 10:15 AM | Show all posts
kesimpulan ringkas aku tentang Judaisam menerusi tulisan migdal

. Judaism terlalu mengagungkan BANGSA, SUKU KAUM. dari awal sampai akhir talmud dan torah menceritakan perihal bangsa yahudi yang ditindas, merintih, menggunakan bahasa kesat terhadap Allah
. JUDAISM , hanya genetik dari ibu yang mewarisinya boleh menganut agama Judaism. kawan Kristian aku tanya semula, jika dia berminat untuk menganit agama ini, LANGSUNG tidak boleh sebab mak dan abah dia adalah kristian. jelas agama ini bersifat perkauman.

. Islam melihat semua manusia itu sejak dilahirkan itu bersih, dan semuanya sama rata . yang membezakannya khanya amalan dan ketakwaannya kepada Allah.
. Kristian kata setiap yang lahir berdosa dan mewarisi dosa nabi Isa) dalam
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 10:22 AM | Show all posts
dalam judaism inilah yang membuatkan mereka sungguh agung
kebenaran ini terungkai dalam talmud sendiri bahawa mereka dianugerahkan otak yang cerdik

. tetapi mereka silap
. mereka menggunakan kebijaksanaan untuk menindas, riba, senjata , dan sebagainya
. terlalu angkuh dengan bangsanya sehingga melihat bangsa lain tidak bermaruah.
. Al Quran juga menyatakan bangsa yahudi ini akan berterusan disiksa di dunia selamanya, disebabkan tangan tangan mereka.
. ini tidak terkecuali dengan manusia dan agama lain. akan diazab selagi tangan tangan mereka merosakkan dunia ini.

maaf migdal, kalau terasa dengan tulisan aku.
aku nak berkawan dgn ko juga.
dalam Islam juga mengajarkan umatnya bersahabat dengan seluruh manusia, berkenal kenalan dari pelbagai suku bangsa, warna , bahasa , bukannya saling membenci dan saling berbunuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 10:23 AM | Show all posts
salam perkenalan ..
kalau ko bercuti belah belah eropah .. PM aku ..
nanti aku tempah kapal
aku belanja ko ngeteh boleh ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 10:41 AM | Show all posts

Reply #381 budakjawa's post

ngeteh?blanja aku  gak,bleh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.086936 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list