CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nuralisa

Lagi Remaja / Kanak-Kanak Hilang

  [Copy link]
Post time 27-3-2012 01:11 AM | Show all posts
Reply 329# kucingTomey


  
Reply 328# NURMIMIE


    sapa kata tak dak org nak wat tebusan org2 biasa nih cam kita nih..kucem ni ari2 org nak culik........nak mintak tebusan 1juta


kucem memang sangatlah bernilainya hatta tiada ada nilaiannya

Subject: Inilah sebabnya, Rasulullah sukakan kucing




Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Lantas kenapa Rasulullah Saw, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 05:51 AM | Show all posts
tipah tertipu

Isnin Mac 26, 2012

Remaja Perempuan Rancang Lari Ke Thailand, Bukan Diculik


SHAH ALAM: Remaja perempuan Malaysia, yang berjaya diselamatkan oleh polis Thailand pada 19 Mac lepas bersama-sama lima remaja Myanmar, adalah perancang utama kes penculikan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata maklumat itu diperolehi daripada keterangan konsisten lima remaja Myanmar terbabit ketika disoal siasat selepas dibawa ke negara ini pada Khamis lepas.

"Kesemua remaja Myanmar berkenaan yang berusia antara 14 dan 17 tahun itu memberitahu bahawa remaja perempuan berusia 14 tahun itu merupakan perancang utama dalam episod kes penculikan itu.

"Mereka turut memaklumkan kepada polis bahawa remaja perempuan itu memberikan idea supaya memberitahu pihak berkuasa Thailand bahawa kesemua mereka diculik walaupun berdasarkan kronologi kejadian kesemua mereka sebenarnya memang merancang perjalanan ke Thailand," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata sebaik dihantar oleh ibunya di perhentian bas di Seksyen 9 di sini pada 30 Jan lepas, remaja perempuan terbabit menelefon kesemua remaja Myanmar berkenaan dan bertemu di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 14 di sini.

Katanya, kumpulan remaja itu berpeleseran di sekitar Shah Alam sehingga pagi sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk ke Seremban dengan alasan mencari nenek seorang daripada mereka pada 31 Jan, selain mahu melarikan diri daripada dua individu yang dikenali sebagai Shah dan Sadiq yang memaksa mereka untuk meminta sedekah.

Zahedi berkata kesemua mereka bagaimanapun dijumpai merayau-raya di Terminal One, Seremban dan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebelum dibebaskan keesokan paginya.

"Ketika ditahan di kompleks itu, remaja perempuan itu turut mengaku dirinya warganegara Myanmar bersama lima yang lain. Mereka kemudian pulang ke Kuala Lumpur pada 1 Feb dan meminta sedekah sehingga berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM400.

"Kumpulan remaja berkenaan menggunakan wang berkenaan untuk bermalam di sebuah hotel murah di Jalan Chow Kit dan membeli tiket bas untuk ke Rantau Panjang, Kelantan pada 8 pagi 2 Feb lepas dan tiba pada 6 petang sebelum terus menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok, Thailand dan bermalam di rumah pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit," katanya.

Beliau berkata kumpulan remaja itu kemudian menaiki keretapi menuju ke Bangkok pada 3 Feb dan berjumpa dengan seorang lagi pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit, yang membantu mereka mendapatkan kerja dengan upah RM20 sehari di sebuah tapak projek.

Pada 11 Mac, Zahedi berkata seorang daripada remaja Myanmar terbabit mengajak mereka pulang ke Malaysia namun ketika mereka sedang menaiki keretapi untuk pulang ke Malaysia, kesemua mereka ditahan oleh polis Thailand di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok.

Beliau berkata rentetan kejadian itu, remaja perempuan berkenaan bertindak menghubungi ibunya pada 12 Mac dan mendakwa dirinya diculik oleh sekumpulan lelaki yang menaiki van putih di Seksyen 9 dan dibawa ke Thailand.

Zahedi berkata siasatan kes itu sudah 90 peratus siap dan esok, polis dijadual mengambil keterangan keluarga kesemua remaja Myanmar yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

"Kita jangka kertas siasatan akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi sebelum dimajukan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Zahedi berkata difahamkan kumpulan remaja terbabit termasuk remaja perempuan itu menjalankan aktiviti kutipan derma secara haram dan mengenali rapat antara satu sama lain.

Remaja perempuan itu dilaporkan hilang pada 30 Jan lepas selepas ibunya Norazura Roski, 37, menghantar mangsa yang tinggal di Seksyen 8 di sini ke sebuah perhentian bas di Seksyen 9 untuk ke rumah kawannya.

Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada 31 Jan selepas anak gadisnya itu tidak pulang ke rumah.

Remaja perempuan itu bagaimanapun menghubungi ibunya pada 12 Mac lepas dan memaklumkan dia berada di Thailand selepas diculik sekumpulan lelaki di stesen bas di Seksyen 9 di sini dan berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok. - BERNAM
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 07:01 AM | Show all posts
Reply  AHMADVW
itu nampaknya macam kucemtomey sahaja ...
kumandulwtnbe Post at 27-3-2012 00:47

honda expai abe kuc ado vtec,taw
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 08:22 AM | Show all posts
bijaknya budak2 skang....bijak x kene tempat..bijak yg menyusahkann...mak pulak dah tua2 baru nak jadi bijakkk....tp bijakkkk makan diri....haihhh mcm2 laaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 08:30 AM | Show all posts
Leh jadi pelakon terbaik kat FFM budak ni....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 08:45 AM | Show all posts
binawe sungguh anak beranak ni...:@:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2012 08:48 AM | Show all posts
kronologi perjalanan budak yang di katakan kena culik tu...hebat sungguh....
macam2 perangai budak2 sekarang....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 08:49 AM | Show all posts
elok2 duduk kat rumah yang selesa ada keluarga ada mak ayah, sanggup nak keluar rumah utk minta sedekah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 08:59 AM | Show all posts
Kreative yang tak kena pada tempatnya budak2 ni. Seolah dia orang memikir  ni bukannya mencuri,bukannya merompak atau  melacur. Minta sedekah je..Nasib tak baik boleh didakwa buat laporan palsu oleh polis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 09:22 AM | Show all posts
bukan hanya pada masa akan datang, sekarang pun kita kena lebih tegas..

dah memang metaliti k ...
NURMIMIE Post at 26-3-2012 23:56



    by the time abis nak bukak mangga pintu .. sempat je penyangak masuk diri kat tepi .. hati hati
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 09:43 AM | Show all posts
tipah tertipu

Isnin Mac 26, 2012

Remaja Perempuan Rancang Lari Ke Thailand, Bukan Diculik

...
mixed Post at 27-3-2012 05:51



    mmg dah agak dah something wrong somewhere...

kesian pada mak bapak budak nih
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 09:44 AM | Show all posts
sungguh tinggi daya pemikiran budak ni utk wat rancangan yg mcm tue so klu polis bangkok x tahan diaorg maknanya diaorg akan tersu menerus dok kat bangkoklah, dr dok pikir yg camtue baik belajar pandai2
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:17 AM | Show all posts
pandai buat drama...... tapi dia ingat polis m'sia x siasat.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:22 AM | Show all posts
budak2 zaman sjrg nih mm pelik lahh. xde mcm zaman kita dulu2... Ya Allah, jauhkan lah perangai anak2 ku supaya tak jadik mcm nih.. scary sgt tak kesian ker kat mak bpk tuh dik oiiiiiiiiiii. patutler mak dia xnak di intv..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:58 AM | Show all posts
budak-budak sekarang...baru 14tahun dah jadi perancang utama, ntah-ntah dah besar besok tah apa dibuatnya.

budak-budak ni nanti terlepas begitu sajakah, nak tau juga kisah budak taman tas, jerantut dan terbaru ni...apakah dilepaskan disebabkan bawah umur...budak-budak ni patutnya diletak dipusat pemulihan biar diorg tau apa akibatnya kalau menyusahkan org. Bagi pengajaran sikit
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 12:05 PM | Show all posts
Reply 318# Changa


    no comment tentang itu... pemikiran mungkin berbeza mengikut tempat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 12:09 PM | Show all posts
by the time abis nak bukak mangga pintu .. sempat je penyangak masuk diri kat tepi .. hati ...
nkhairuddin1 Post at 27-3-2012 09:22


Aiiiiiii laki bini pegawai beruniform....pintu rumah mangga bertepek tepek? Aku ingat terror camna.........
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 12:12 PM | Show all posts
sungguh tinggi daya pemikiran budak ni utk wat rancangan yg mcm tue so klu polis bangkok x tahan dia ...
fatehana Post at 27-3-2012 09:44


Akal budak semakin panjang...polis polis yang semakin harbam...

Kau lihat je lah dalam Malaya ni....setakat kasi input dalam forum je yang dia champion.....Ala ala spokesperson bertauliah......

Mengalahkan majistret..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 12:14 PM | Show all posts
baru 15 tahun dah pandai jadi mastermind international crime sehhh

bangga mak
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 12:19 PM | Show all posts
baru 15 tahun dah pandai jadi mastermind international crime sehhh

bangga mak
NURMIMIE Post at 27-3-2012 12:14


Kau tengok....sedangkan kau yang dah berkhidmat setua usianya..asik stress memanjang je ...sampai aku dengar nak resign dari perkhidmatan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.042184 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list