CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: asampodeh

Nur Fathia Tunjuk Perangai Sebenar di London (Abil perli Fathia di IG -pg15)

[Copy link]
Post time 26-2-2014 08:09 PM | Show all posts
no wonder la semasa anugerah drama kl hr tu...she's not in the jovious mood...walaupun di samping bf aiman...even keith duduk satu meja pun dia x kisah...mungkin sbb "saya dah ada aiman"...even jd presenter pun muka fatia ketat lg kelat...x mesra alam langsung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2014 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Produksi nak cut cost ler ni...
Sian ko fatiya...dlm kontrak tulis 3 hari ko boleh rest  ....last last sampai ke hari nak balik pon produksi suruh ko shooting lg...

Alih alih ko jugak yg salah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 08:22 PM | Show all posts
jalfa posted on 26-2-2014 08:17 PM
Produksi nak cut cost ler ni...
Sian ko fatiya...dlm kontrak tulis 3 hari ko boleh rest  ....last l ...

nasib badan....dr london terus balik malaysia bengang dgn team AR sampai ke sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 09:45 PM | Show all posts
qutimah posted on 26-2-2014 04:02 PM
Berlakun boleh tahan je.
Tapi aku tak berapa setuju jugak dengan produser JR yang terang terang kut ...

betul cakap ko, aku bukan peminat tegar dia, tp sian jugak aku kat fathia nie...walauorg cakap mcm2... dia ttp buat selamba jer....xde lah dia meroyan dlm ig ker fb ker...cuma bila wartawan minta respon baru dia bgtau...dia jenis yg buat hal sendiri...dan jenis tunjuk perangai sebenar...x hipokrit...tp tulah org cam nie lah yg ramai org x suka...

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 09:49 PM | Show all posts
jalfa posted on 26-2-2014 08:17 PM
Produksi nak cut cost ler ni...
Sian ko fatiya...dlm kontrak tulis 3 hari ko boleh rest  ....last l ...

ialahkan dia student law...opkos dia faham ttg isi kandungan dlm contract tu....tp  entah lah...harap2 semuanya ok ler
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 09:52 PM | Show all posts
offwhite posted on 26-2-2014 08:09 PM
no wonder la semasa anugerah drama kl hr tu...she's not in the jovious mood...walaupun di samping bf ...

sian KF...kata BFF fathia....bila ada aiman KF babai.....tp jgn esok lusa ko fatia cari KF semula udah ler...

ada kemungkinan kot sbb mostly fans tegar AR mmg mendoakan agar KF dan Fathia ni betul2 bercinta...diaorb mmg swwwweeettt bila bersama..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2014 09:55 PM | Show all posts
shachihata33 posted on 26-2-2014 06:01 PM
fatiya latif ni orgnya mmg jenis suka buat hal sendiri je.... dia bkn jenis kaki bodek2 peminat ke,  ...

nah. okay la kalau fathia macam itu. bukan macam artis seorang yang baru menang juga award cikai. fc kaki kipas producer pengarah, burukkan artis lain. hint: muka tak lawa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tu la tu...
harap2 wartawan jangan sensenang nak melabel gelaran negatif kepada pelakon. patut siasat sikit, apsal ex-law student boleh gigih tak mau ikut arahan produksi. zaman menghukum sebab 'ada orang kata..' is so yesterday okeyyy...

aiols dengar pelakon Eja tu dulu pun bawak lawyer masa shuting sbb x tahan dgn kerenah produksi.
orang katala....:-)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2014 11:09 PM | Show all posts
theotherfriend posted on 26-2-2014 10:42 PM
tu la tu...
harap2 wartawan jangan sensenang nak melabel gelaran negatif kepada pelakon. patut sias ...

wartawan tu ada sekali di london bknnya dia dgr org kata ..
lagi pun kat m'sia jgk buat perangai

mcm mana la shooting shedule tak lari .. dtg lmbt scene dia saja dr pagi ke petang .. kena ulang
pelakon lain kena tunggu

kat bod drama nun dh lama citer ni ..
kalau tgk ig krew pun ada yg komplen
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 11:47 PM | Show all posts
ko ingat ko naomi campbell nk baling2 phone??!!!teruk sgt pms ko tue dik
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 11:56 PM | Show all posts
jellyjelly posted on 26-2-2014 09:55 PM
nah. okay la kalau fathia macam itu. bukan macam artis seorang yang baru menang juga award cikai.  ...

zara zya ke noks?

aku bukan sape2 fatiya tp aku minat dia dr mula2 jd artis. ms tu aku add fb dia dan dia mmg friendly. tp kadang2 dia buat dek je kt peminat..mcm kita manusia biasa. ada masa layan kawan2 kt laman sosial, ada masa layan gitu2 je sbb sibuk or malas...tp dia sempoi je kiranya. soalan psl dia, dia jawab tp tanya pasal kerjaya dia jarang nk reply...jadi rasa mcm borak dgn kawan (org biasa), bukan borak dgn retisss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
jellyjelly posted on 26-2-2014 09:55 PM
nah. okay la kalau fathia macam itu. bukan macam artis seorang yang baru menang juga award cikai.  ...

waaah uols pun dh mcm soseh2 tk mau sbt name tp bg hint @ clue je ek..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 07:28 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 26-2-2014 07:16 AM
macam laa Fazura sesuci embun pagi ke kak? dia sendiri yg mencapub diri lagipon bukn ke Fazura ...

tapi skrg..

wartawan2 ada jah tulis pasal dia

berani laks dorang ek

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 08:02 AM | Show all posts
offwhite posted on 26-2-2014 06:11 PM
sori again...pc aku ada problem sikit...

neway just sedikit info mengenai ayah nur fathia..

kalo name betul manager jalan niaga..iols copy kat rhb pye website..iols xtaw ni latest ke zaman tok kaduk pye website

Jalan Niaga11, 13 & 15, Jalan Niaga 16/3A, Section 16, 40000 Shah Alam, Selangor
  • Branch ManagerAbdul Latiff Bin Mohd Tahir
  • Tel1 300 888 742 (RHB)
  • Fax03.5519 6166

Last edited by nordin84 on 27-2-2014 08:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 07:08 AM | Show all posts
Syd posted on 27-2-2014 07:28 AM
tapi skrg..

wartawan2 ada jah tulis pasal dia



reporter ada sweetheart baru gitu... ye laaa asik gado je kejenya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 08:39 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 28-2-2014 07:08 AM
reporter ada sweetheart baru gitu... ye laaa asik gado je kejenya

kaka yip sapa sweetheart baru reporter tu.....nak tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2014 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hamek kau.. kene sedas ngan kiah propa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
naina posted on 24-2-2014 08:31 AM
Raut wajah she lawa, tp npe tah aku xbrkenan
mcm xde aura.mcm poyo, sombong n perasan cantik.xhumbl ...

Pernah jumpa dia sekali kt jom heboh few years ago kt terengganu.ada la beberapa org nk amek gambar ngn dia tp dia taknak layan.dia wt bodoh je pas 2 cakap kuat2 "panas laa.xtahan panas" sambil wt muka kekwat.azlee khairi ngan fizo relax je layan peminat
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 08:27 AM | Show all posts
offwhite posted on 28-2-2014 08:39 AM
kaka yip sapa sweetheart baru reporter tu.....nak tahu



ramai retis comel yg leh reporter himpit, Fazura ni yesterday flava je
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2014 10:18 PM | Show all posts
Enggan ditindas

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN


Pelakon jelita, Fathia sering terpalit dengan kontroversi, antara yang hangat diperkatakan adalah penampilannya yang seksi, insiden bergaduh dengan pengarah di lokasi serta masalah disiplin.

Terbaru, Fathia dikatakan buat hal di London saat menjayakan penggambaran episod akhir drama bersiri popular, Ariana Rose sebagaimana dilaporkan dalam satu akhbar, minggu lalu.

Fathia didakwa sering datang lambat ke set penggambaran di Kuala Lumpur dan sikap itu terbawa-bawa di London.

Malah dia dikatakan tidak hafal skrip sehingga babak membabitkannya terpaksa dilakukan berkali-kali sampaikan pelakon lain terpaksa menunggu lama dan menggigil dalam kesejukan.

Artikel itu turut mendedahkan gara-gara enggan melakukan promo pada hari terakhir di London, Fathia bertikam lidah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab.

Bagaimanapun Fathia yang menang anugerah Pelakon Wanita Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang julung kalinya berlangsung minggu lalu, mengaku terkejut dengan laporan itu.

Katanya, kegembiraannya bagai ‘terencat’ berikutan artikel itu.

Fathia atau nama sebenar, Nur Fathia Abdul Latiff, tampil membuat kenyataan kepada Selebriti Metro Ahad untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku supaya peminat tidak salah sangka dengan pendedahan insiden yang berlaku di London.

Tegasnya, ada salah faham berlaku dan tidak menyangka sama sekali perkara ini akan dibangkitkan sekali gus berasa tertindas walhal ketika penggambaran berlangsung semua yang terbabit bermanis muka dengannya.

“Sebelum ini saya banyak tutup mulut biarpun dikaitkan dengan gosip merepek.

Bagaimanapun, kali ini saya terpanggil untuk memberi penjelasan agar peminat tidak salah sangka.

Sampai bila saya mahu ditindas? “Soal datang lambat, saya akui.

Ketika penggambaran di sini saya ada terlewat sekali dua tetapi di London perkara itu tidak berlaku.

Seawal jam 5 atau 6 pagi saya sudah turun ke bilik kru untuk bersolek.

“Masalah timbul apabila produksi tidak maklumkan ‘call time’.

Pagi baru ketuk pintu bilik dan minta saya bersiap walhal mereka boleh beritahu awal sebelum tidur.

Tak kisahlah sama ada melalui Whatsapp atau datang ke bilik,” katanya.

Pelajar jurusan Undang- undang itu mengatakan, dakwaan dia tidak membuat persiapan sehingga mengganggu kelancaran penggambaran dan pelakon lain terpaksa menunggu lama tidak masuk akal kerana sebagai pelakon mana mungkin dia tidak ingat skrip.

Fathia tidak menafikan ada babak membabitkannya diulang dua tiga kali tetapi bukan kerana dia tidak hafal dialog sebaliknya kerana mahu dapatkan shot terbaik.

“Cuaca mengganggu kelancaran penggambaran tetapi saya dipersalahkan.

Nak tergelak bila timbul cerita Keith Foo terpaksa tunggu lama sampai hidung merah dan menggigil kesejukan.

“Saya pun menggigil sebab suhu sekitar 1 atau 2 darjah Celsius.

Sebagai pelakon, saya mahukan kepuasan apabila menzahirkan watak Ariana dan cuba berikan lakonan terbaik tetapi tak sangka pula begini jadinya,” katanya kecewa.

Kata Fathia, sebelum berlepas ke London, dia dimaklumkan hanya menjalani penggambaran selama empat hari.

Malah dalam jadual asal, ada diberikan cuti selama tiga hari.

“Memandangkan jadual tidak terlalu padat, saya mengajak adik, Nur Fasiha yang menuntut di Kolej Trinity di Dublin, Ireland datang ke London tetapi sebelum itu sudah pun mendapat kebenaran produksi.

“Selain Ariana Rose, ada penggambaran dua telefilem dan saya diminta menjayakan salah satu daripadanya bagi menggantikan produser Ziela Jalil.

Walaupun dimaklumkan saat akhir, saya tidak kisah kerana ia tidak mengganggu jadual.

“Tak sangka pula penggambaran yang sepatutnya empat hari berlarutan tujuh hari.

Kalau tahu dari awal saya tak akan ajak adik datang bertemu saya.

“Cuti yang sepatutnya tiga hari tinggal sehari saja disebabkan cuaca.

Kalau ikutkan, pada hari terakhir itu pelakon dan kru diberi pelepasan untuk buat aktiviti sendiri tetapi produser bersama, Jalena Rejab minta saya buat promo episod akhir Ariana Rose walhal saya sudah blok waktu itu untuk habiskan bersama adik.

“Disebabkan saya tolak, berlaku pertelingkahan mulut antara kami.

Sepatutnya mereka bertimbang rasa kerana adik saya datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa saya.

Saya tetap bersabar meskipun terkilan dengan sikap team produksi sepanjang di London,” katanya.

Jalena ketika dihubungi mengaku ada berlaku pertelingkahan dalam bas apabila Fathia menolak permintaannya.

“Saya dapat arahan saat akhir daripada TV3 supaya buat rakaman promo episod terakhir Ariana Rose.

Penggambaran drama ini jadualnya tamat pada 26 Januari dan keesokan harinya semua orang bercuti tetapi apabila dapat arahan, saya terpaksa ‘curi’ sedikit masa mereka untuk buat promo.

“Saya putuskan buat pada sebelah pagi kerana mahu menampakkan pemandangan kota London yang cantik.

Disebabkan dia berkeras tidak mahu dengan alasan produksi sudah berjanji mahu beri cuti pada 27 Januari, dia terpaksa buat juga pada malam 26 Januari di Eye of London.

“Intipati pertelingkahan tak perlulah saya jelaskan tetapi kejadian itu disaksikan ramai kru, pengarah, Raja Ahmad Alauddin dan wartawan yang membuat liputan,” katanya.

Tambah Jalena, ketegangan itu tidak lama apabila mereka bertegur sapa ketika berselisih di pusat beli-belah pada hari ‘cuti’ itu.

Katanya, keadaan kembali ‘tegang’ apabila Fathia langsung tidak menjawab panggilan serta membalas SMS pada hari berlepas pulang 28 Januari lalu dan ia berlarutan sehingga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya sudah sediakan dua bas besar untuk bawa semua pelakon termasuk adik Fathia dan kru ke lapangan terbang tetapi dia tidak maklumkan mahu pergi sendiri.

Puas saya hubungi dia tapi tidak berjawab dan tiba-tiba nampak pemandunya.

“Selepas itu dia langsung tak bertegur sapa dengan saya sampailah di KLIA.

Kalau pun betul kami bertegang urat, tak perlulah dipanjang-panjangkan kerana sebelum ke London kami tiada masalah,” katanya.

Jalena turut menjelaskan, ketika di London pelakon dimestikan berkumpul jam 6 pagi namun Fathia hanya akan turun dari bilik penginapannya jam 7.30 pagi.

“Sepanjang berada di sana, saya bangun jam 5 pagi masak sarapan semua pelakon dan kru.

Sama seperti di Malaysia, Fathia datang lambat walaupun saya sudah maklumkan tunjuk muka jam 6 pagi.

“Sebelum berlepas ke London, saya sudah maklumkan penggambaran memakan masa tujuh hari.

Selain Ariana Rose, ada dua penambahan penggambaran telefilem, Hanya Atas Kertas dan Salju Pertama.

Hairan kalau dia cakap hanya tahu pada saat akhir.

“Saya tak mahu panjangkan perkara ini kerana apa yang berlaku mungkin berpunca kerana masing-masing ada terasa hati,” katanya.



Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.963610 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list