CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

[Copy link]
 Author| Post time 3-8-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
@nuena & @mienina

Shark ni memang sesuatu kan? (Setakat baca sampai Cerita 21 ni)

Baru tadi ada forummer Cari Inbox aku tanya ada 18SX ke lepas ni? Amboi! Tingginya imaginasi...Esok aku update kenapa aku kurang senang pada sesetengah senior Form 5 masa aku & Shark Form 1.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2016 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur Shark pakai juga boxer, kalau terkongtang-kanting jer... dah terpaksa masuk kategori lain cerita ko ni. Ada jer yang bergentanyangan secara rawak di sini-sana, TT jangan lupa mengupdate yer...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tt lagi tt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2016 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 3-8-2016 10:39 PM
Mujur Shark pakai juga boxer, kalau terkongtang-kanting jer...  dah terpaksa masuk kategori la ...

Nasib baik dia pakai boxer!

Kalau tak pakai apa apa. Memang esoknya aku akan pergi Admin mintak tukar bilik lain. Kalau terpaksa duduk dalam bilik kosong sebelah tandas (refer cerita Panjang jumpa Shark sendirian) tu pun aku rela.

Yupp. Aku perasan. Aku pun bergentayangan ke rumah rumah lain jugak. Nak tengok jugak perabot apa yang baru. Cat warna apa yang sesuai untuk rumah setinggan aku ni.    
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
benang 10 tahun lepas pun aku baca juga sementara tunggu updates...
  Minimalist sudah, bentang tikar jer pun kitorang datang asalkan ada updates.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 3-8-2016 11:14 PM
benang 10 tahun lepas pun aku baca juga sementara tunggu updates...
  Minimalist sudah, ben ...


Ada jugak hajat nak yang sempoi sempoi je    

Tapi rasanya tak bentang tikar kot, sebab baru je order karpet tebal ni haa...Cuma sayangnya, tak dapat nak show off masa raya baru ni. Hahaha...

Insya-ALLAH hari ni kalau tak sibuk, aku cuba sambung cerita lagi ya?  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2016 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelasssss ko...karpet tebal lagi. Tak sabar nak melepakria serta bergolek2
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 10:22 AM | Show all posts
baru abis rempit arini...

akk tak kisah dek cite ko macam pempuan ke, kisah shark takde ke, yg penting cite ko sedap dibaca dan seram ! giciu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 01:36 PM | Show all posts
FizahZainal replied at 2-8-2016 11:31 AM
Best citer TT... aku pon ad byk crite.. misteri tp xseram la... skrg ni pon yard blakang opis aku ad ...

bukak la cerite.. hehe

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 02:02 PM | Show all posts
9teen replied at 3-8-2016 04:54 PM
CERITA DUA PULUH SATU : PADA SIAPA?

P/S: Maaf kalau apa yang aku akan cerita mula dari Cerita 21 ...

hahahah..baca cerita shark peluk2 ko ni..buat aku teringat kawan baik ak masa skola dlu2..
kira shark xdela degil sangat bila ko sound dia terus xpeluk..

kawan baik aku dulu,siap peluk rapat berdepan2 lagi tido time kt asrama..
bila satu aspura hot cerita dia tido peluk2 aku, asal dia tido sebelah je aku tuka katil..
aku tuka katil, boleh plak dia ikut n peluk2 lagi..xkisah pasal gosip hot yg blegar ke apa..
haha..mujurlah dia bukan pindah2 saka kat aku..
~sori o.t
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ffawwaz replied at 4-8-2016 02:02 PM
hahahah..baca cerita shark peluk2 ko ni..buat aku teringat kawan baik ak masa skola dlu2..
kira s ...

Ada masa dia dengar kata. Ada masa degil nak mampus. Sebab tu aku cakap friendship aku & Shark ni macam Boleh layan-takut-Boleh layan-takut.

Sepanjang sekolah, tiap tiap semester memang dia bawak sekali bantal golek (bantal peluk yang panjang tu), tapi langsung tak pernah guna. Kalau dia tak bubuh atas locker, dia bubuh dalam locker. Hari inspection atau hari lawatan asrama je baru dia letak bantal golek dia tu dekat atas katil dia.  

Agak agak kau kenapa dia tak pernah guna bantal golek dia? Aku jugak jadi mangsa.       
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 02:28 PM | Show all posts
9teen replied at 4-8-2016 02:19 PM
Ada masa dia dengar kata. Ada masa degil nak mampus. Sebab tu aku cakap friendship aku & Shark ni  ...

huhuhuh..adakah bantal golek itu menjadi bungkus? ~ttibe..
macam kawan baik aku dlu, bila aku marah2 suruh dia pluk bantal golek dia ckap "bantal golek xpanas..badan ko panas..aku sejuk"..
siot je rasa.. mentang2 la aku mokmok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
CERITA DUA PULUH DUA : DUGAAN

Semalam aku janji nak cerita kenapa aku sangat sangat sangat anti dengan beberapa senior Form 5 masa aku Form 1. Terutamanya sebab diorang suka buat meeting & hukum budak budak junior yang tak ikut perintah diorang.

Hidup kat asrama memang tak lari dari kena ragging. Ada yang berbentuk fizikal, mental & tak kurang jugak (ada tapi jarang jarang & maybe dirahsiakan) secara seksual. Setakat basuhkan baju, jemurkan baju, masakkan Maggi, ambilkan makanan dari Dewan Makan bawak ke bilik senior, belikan makanan dekat kafe bawak ke bilik senior, tolong beli barang masa outing & even tolong urut badan adalah benda biasa.  

Apa yang aku maksudkan sebagai ragging atau buli ni, bila mana senior dah mark sorang junior tu sama ada secara personally atau group untuk buat sesuatu yang bagi benefit pada senior tanpa kerelaan & persetujuan atau consent dari junior tu sendiri.

Kalau senior tu bagi upah dan mintak tolong pada sesiapa yang sukarela nak tolong, tu lainlah. Sebab tak ada paksaan kat situ. Ini based on pendapat aku lah.

Apa yang aku cerita ni jangan pulak korang jadikan excuse untuk halang mana mana orang untuk further study dekat sekolah asrama taw?

Lain sekolah, lain budayanya. Ada je sekolah yang takde ragging ni. Biasanya sekolah yang ada ragging ni bila ada semangat seniority dan juniority yang kuat. Masing masing nak tunjuk diorang dah besar & lebih tua. Kononnya lah...

-----------------------------------------

Macam biasa, setiap kali ada meeting batch dengan senior Form 5, Kapten Batch yang akan dapat tahu dulu. Bagi yang follow dari Cerita 1 mesti korang tahu kan yang Kapten Batch aku - Shark.

So Shark pun informlah kat budak budak lelaki batch kitorang tentang meeting batch tu. Budak budak perempuan memang tak join sebab diorang dah ada usrah.

Usrah ni program yang mana pelajar pelajar perempuan akan dikumpulkan masa budak budak lelaki pergi solat Jumaat. Kadang dekat dewan besar. Kadang dekat Dewan Makan. Kadang dekat surau. Ada sesi tarbiah dan kadang kadang bergasak (kalau tak terkawal dan ada rasa tak puas hati yang melampau)

Malam tu macam biasa, budak budak batch aku kumpul dekat aras atas Blok C tunggu budak budak Form 5 datang. Masing masing duduk atas lantai. Diam.

"Eh, couple gay kau dah balik erk?"

Sengih leader Form 5 yang jadi host untuk meeting batch tu. Dia sengih sengih masa nak duduk kat kerusi sambil pandang dekat Shark yang duduk paling depan since dia Kapten Batch.

"Kau bawak budak tu balik bilik. Siasat sikit apa yang perlu" Leader Form 5 ni panggil kawan dia.

"Bangun! Bangun cepat sikitlah, bangang!" Senior Form 5 (kawan yang dia suruh) tu paksa paksa aku bangun.

Aku yang tak tahu apa apa ni pun ikut je lah. First time aku join meeting batch macam ni. Lagipun, time tu sebelah tangan dia dah pegang bahu aku. Sebelah lagi tangan tekup mulut aku. Budak budak batch aku termasuk si Shark ni cuma boleh tengok je.

Aku ikut senior tu turun ikut tangga depan blok C turun ke bawah. Then, naik tangga blok D. Blok D ni blok budak budak Form 5.

Sampai je dekat satu bilik ni. Senior tu tolak aku masuk. Then, belum sempat apa apa. Dia serkup muka aku dengan beg isi kasut sukan tu. Dia tumbuk, sepak aku. Lepas dia tumbuk dan sepak, tak lama lepas tu, leader Form 5 (yang jadi host meeting tadi) pulak datang. Time tu betul betul senior ni baru lepaskan serkup muka aku.

Aku dah berdiri dah time tu. Lega aku sebab nampak leader Form 5 ni ada. Aku pun cubalah merayu.

"Bang, please bang... Lepaskan saya bang"

Mintak lepas tak dapat, boleh pulak dia hadiahkan aku penumbuk. Tiga kali sekaligus dekat perut! Aku dah terduduk.

"Kenapa tak henyak je? Lauk dah dekat depan mata kot!" Leader Form 5 ni sengih dekat senior yang angkut aku pergi bilik tu.

"Saja aku nak tengok reaksi dia sikit. Tengok macam ketat je ni. Kalau tak ketat, takkan dia takut pulak"

"Kau nak ***** kuat kuat ke slow slow, babe?" Sengih lagi.

Aku cuba bangun lagi. Leader Form 5 tu sepak aku. Bila dia sepak, aku terjatuh, then, dia hempap aku. Perut aku kena tumbuk beberapa kali acah acah macam dia lepaskan geram dia dekat aku. Yang senior lagi sekor pulak try hard nak tanggalkan seluar sukan yang aku pakai.

Si Leader tu dah puas menumbuk perut aku dan bila dia tengok seluar aku dah settle kawan dia cabut je, dia duduk pulak atas peha aku. Then, dia koyakkan baju aku.

"Kau ni macam perempuan. Asyik merayu je. Menangis pulak! Dah macam sundal aku tengok!"

"Nak sangat kot?" Sengih senior yang sorang tu

Time tu serius aku cakap aku dah menangis gila babi. Dengan bibir rasa pedih. Dengan perut rasa senak. Tapi, aku cuba jugak melawan eventhough aku tak boleh lawan 2 orang senior Form 5 yang memang lebih kuat ni. Aku lawan sebab kalau tak lawan macam meredhakan. Nanti makin hina rasanya hidup dekat asrama ni.

Senior 2 orang ni dah bukak baju dengan seluar dah. Tinggal boxer je masing masing. Time tu aku dah macam ayam yang tunggu kena sembelih je sebab dah lenguh lenguh nak melawan. Cuma mampu berdoa semoga Allah bantu selamatkan aku dari 2 ekor makhluk durjana ni.

Aku tak tahu atas sebab musabab apa, senior 2 ekor tu keluar dari bilik. Maybe Allah perkenankan doa aku. Tinggalkan aku sorang sorang. Pintu tak berkunci. Cepat cepat aku bangun, sarung baju T-Shirt yang terkoyak tu. Aku kutip seluar sukan aku dan jalan slow slow keluar dari bilik tu. Then ikut tangga belakang blok tu.

Aku jalan slow slow dengan pakai boxer dan baju T-Shirt koyak je dari Blok D ke Bangunan Kemahiran yang kat atasnya ada kelas kelas, termasuklah kelas aku - Tingkatan 1 masa tu. Aku nak nyorok kat sana. Aku rasa lebih selamat nyorok jauh dari asrama. Takut senior senior 2 ekor tu tengah gian.

Masa aku nyorok nyorok dekat kelas aku kat bahagian atas Blok Kemahiran tu, aku dengar macam ada 2 suara orang berborak. Aku masuk lagi ke dalam meja cikgu. Meja cikgu adalah port yang terbaik untuk menyorok sebab aku kecik molek je so muat sangat kalau nak menyorok bawah tu.

Risau jugak aku kalau Mak Guard & Pak Guard jumpa aku yang pakai T-Shirt koyak dan boxer je since Blok Kemahiran ni agak famous dengan kes kes budak buat projek. Tak memasal masuk kes disiplin pulak aku nanti.

Aku takut jugak kalau 2 mangkun ayun yang terlebih nafsu tu jumpa aku kat situ. Dah lah Blok Kemahiran ni memang agak sunyi waktu waktu macam ni. Tak memasal jugak aku jadi mangsa jenayah seksual diorang.

Aku tengok lampu suluh tu makin dekat. Then lampu sulut tu suluh suluh dekat lantai. Aku dah makin berdebar debar.

"Ice, jom balik!"

Aku kenal suara tu. Suara roommate aku. Eh, Shark sorang? Macam ada 2 suara tadi?

"Macam mana kau tahu aku kat sini?"

"Jomlah balik woi! Kenapalah kau sorok sini. Sini keras!"

Kegembiraan aku stop lepas Shark cakap macam tu. Aku bagi signal mata dekat Shark suruh dia jangan pandang belakang.

Aku bagi signal mata suruh dia melangkah cepat cepat dekat aku. Then, sampai je dekat aku, kitorang lari cepat cepat dari kelas tu. Benda alah makhluk asing tu dah mula lompat lompat. Lenguh lenguh pun aku paksa lari.

"Wei! Babi! Pocong woi!"

Aku dengan Shark time tu dah lari tak cukup tanah ikut tangga Blok Kemahiran since tangga tu je jalan paling shortcut dan terdekat dengan kelas tu. Paling cepat selamat dari amukan Pocong yang entah datang tak kena pada masa yang sepatutnya.

Sup sap sup sap, sampailah kitorang dekat bilik ikut pintu belakang blok. Time tu Doeh dengan Panjang pun baru je sampai bilik. Panjang lebar aku kena explain kat diorang bila nampak aku pakai baju T-Shirt koyak dengan boxer je. Selama ni diorang kenal aku as sorang yang jaga aurat even dalam bilik pun, aku tidur full set.

"Ice, aku nak sikit boleh?" Panjang sakat aku sambil jilat lidah dekat bibir. Doeh & Shark bantai gelak. Aku terus ambil tuala pergi mandi. Jadah je layan Panjang.

Esoknya aku cepat cepat pergi Bangunan Kemahiran nak ambik balik seluar sukan aku yang tertinggal dekat bawah meja cikgu sebelum budak budak datang kelas untuk prep pagi.

P/S : For sure ada yang tertanya tanya betul ke betul ke cerita 22 ni jadi pada aku. Yup, setakat yang aku tahu, memang betul betul berlaku. Unless satu masa aku terjaga dari tidur satu hari nanti, dan doktor inform, ni semua mimpi aku. Termasuklah aku update rumah setinggan dekat Cari Forum ni pun rupanya mimpi semata mata.

Aku dah tapis bahasa. Aku dah tapis jalan cerita. Aku cuma nak ceritakan je, supaya orang faham kenapa aku anti sangat dengan senior senior Form 5 masa aku Form 1 tu. Kalau macam agak kelucahan melampau, nanti aku edit balik.

Bila namanya duduk asrama memang macam macam boleh jadi. So jagalah iman. Jagalah akhlak. Jangan sakiti orang lain. Jangan ambil kesempatan atas orang lain.

Kalau diingat ingat balik part 2 senior mangkun hayun tu nak try aku, serius aku tak bangga langsung. Aku jadi jijik dekat diri sendiri. Rasa useless sebab sampai dapat attract senior senior lelaki untuk rasa sendiri junior lelaki dia ni. Rasa macam prostitute. Kalau jumpa diorang ni, serius aku nak ikat kat pokok sebab terlalu sadis tindakan diorang kat aku time tu.

Kalau diingat part aku nyorok dekat Bangunan Kemahiran, memang rasa thrill dia. Nak nak dekat part, aku & Shark lari tak cukup tanah nak selamatkan diri dari Pocong tak tahu datang dari mana tu.

Lastly, macam aku cakap, aku sekadar bercerita & taip je. No need untuk percaya 100% since aku pun bukan nak buat korang percaya semuanya. Cuma konsep aku, husnudzon (sangka baik) dalam segala yang kita tak hadapi sendiri.     

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 06:38 PM | Show all posts
9teen replied at 4-8-2016 05:29 PM
CERITA DUA PULUH DUA : DUGAAN

Semalam aku janji nak cerita kenapa aku sangat sangat sangat anti d ...

Ya rabbi........mangkuk hayun punya senior..boleh akak ckp gitu?
tapi tak mustahil benda gini berlaku kat asrama
kat U lagi teruk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 4-8-2016 06:38 PM
Ya rabbi........mangkuk hayun punya senior..boleh akak ckp gitu?
tapi tak mustahil benda  ...

Boleh boleh!

Cuba bayangkan diorang dah macam macam dekat Aku sepanjang tahun tu. Tup tup masa dekat dekat SPM, mintak halal semuanya yang zahir dan batin. Yang orang tahu dan yang orang tak tahu menahu. Mintak settle baik baik.

Haruskah aku memaafkan? Tapi macam biasalah, lama jugak aku fikir aku yang salah sebab mungkin cara aku buat diorang terpikir nak buat benda benda alah tu. Memang mostly mangsa akan rasa mangsa yang bersalah dan pesalah bebas berkeliaran macam tu je.    
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 07:23 PM | Show all posts
9teen replied at 4-8-2016 06:00 PM
Boleh boleh!

Cuba bayangkan diorang dah macam macam dekat Aku sepanjang tahun tu. Tup tup masa ...

tak apa lah..maafkanlah..janji ko dah selamat dari terjebak...
jaga diri, pilih kawan yang baik2...sbb pengaruh kawan ni paling ditakuti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2016 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 4-8-2016 07:23 PM
tak apa lah..maafkanlah..janji ko dah selamat dari terjebak...
jaga diri, pilih kawan yang baik2. ...

Aku dah maafkan masa diorang nak SPM lagi Kak.

Alang alang orang dah buat buruk buruk dekat aku. Masa tu lah nak balas dendam. Walaupun apa yang diorang buat aku akan ingat sepanjang hayat aku. Tak salah rasanya kalau time time nak SPM tu, aku ambik sikit kesempatan.

Aku request belanja aku time shopping. Takpe, tak salah pun mintak belanja sebab diorang ni spesies have have. Jimat sikit duit elaun aku untuk tahun depan (Form 2)    
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes buli / dera & asrama ni memang sejak sekian lama wujud. Tapi dera seksual tu memang tahap keji sangatlah & aku susah nak tolerate sebab kesan dia seumur hidup kot...
        @9teen nak tanya, mangkuk tingkat 2 ekor tu ada nampak apa2 ke masa nak menganu ko tu sampai diorang tinggalkan ko jer? Lagi satu, suara orang berbual yang ko dengar masa sembunyi tu suara Shark ke?    
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes bantal peluk panjang ni pun haru juga, sebab tu aku lagi suka bantal biasa jer buat peluk. Bukan sebab ada pengalaman apa2, cumanya aku tidur ganas. Bantal memang selalu jatuh bawah. Nak ambik tu yang bikin suspen sikit kalau menyerupai benda lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 4-8-2016 08:58 PM
Kes buli / dera & asrama ni memang sejak sekian lama wujud. Tapi dera seksual tu memang tahap keji s ...

@Inezkhalidi

Ni jawapan aku untuk soalan kau tu Kak :

1) Time sebelum SPM, senior senior 2 orang yang berkaitan ni datang mintak maaf dengan aku. Kitorang memang biasanya ada sesi salam menyalam dekat surau & satu lagi masa batch meeting dengan Form 5 kat asrama khas untuk budak budak yang nak SPM & PMR.

Diorang mintak halal semua kesalahan & kesilapan yang zahir dan batin. Yang orang tahu dan yang orang tak tahu (rahsia bertiga)

Aku pun time tu kononnya nak O-O lah kan. Kesian, orang nak SPM. Aku pun fikir aku pun nanti akan SPM jugak. So, aku kata okey je, as long as diorang beli barang barang yang aku nak time shopping. Diorang ni jenis have have so aku tak kisah pun mencukur diorang. Konon sweet revenge @ dendam yang terindah lah kononnya.

At least save sikit elaun aku untuk tahun depannya (Form 2). Tapi serious talk, even diorang dah belikan macam macam dan aku dah maafkan. Ada masanya aku teringat sendiri dan rasa bersalah gila kat diorang sebab aku rasa cubaan cubaan yang diorang buat tu semua atas salah aku jugak (cara aku react).

Mangsa memang selalu rasa bersalah pada diri sendiri & susah nak lupa kan? Yang korang baca kat atas tu salah satu je cubaan diorang.

Diorang kata malam tu, balik je bilik. Tengok aku dah tak ada. Kira kempunanlah diorang. Takde yang mistik pun, cuma diorang keluar sebab terlupa ada aksesori yang tertinggal. Diorang pergi bilik kawan nak ambik. Memang celaka!

2) Pasal suara yang aku dengar masa aku menyorok dekat dalam kelas dekat atas Bangunan Kemahiran tu aku tak pasti.

Yang aku pasti masa tu aku terdengar macam 2 suara tengah berborak antara satu sama lain. That's why masa aku menyorok tu aku syak either Mak Guard & Pak Guard atau 2 ekor senior mangkuk hayun gila seks je yang akan ronda ronda kawasan Bangunan Kemahiran tu.

Aku tak expect langsung Shark yang akan muncul dengan lampu suluh tu. Masa tu memang nak terkejut tapi tak sempat terkejut, malah tambah takut bila nampak Cik Pocong yang entah dari mana boleh selamba badak ikut masuk that moment.     

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.918315 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list