CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-IIN

Da'i Wan Coretkan Surat 'Cinta' Untuk Uqasha Dengan Penuh Makna

[Copy link]
Post time 1-9-2016 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape tau knp dia fesyen bertudung dulu? Brp thn dh fesyen btudung tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2016 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Poyo sgt la surat cam tu..nak nasihat perlu ke gitu skali..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 08:06 AM | Show all posts
LauraRichis replied at 1-9-2016 06:40 PM
Belahan jiwa kalau x silap

oh ok..hahaha ingatkan belahan ape la tadi
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 07:56 PM | Show all posts
SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA WAN DAZRIN

Lewat malam semalam saudara menulis sebuah karangan panjang mengenai satu luahan perasaan (bagi saya ia bukan mesej dakwah jika anda mendakwa begitu) yang kononnya mengajak wanita tersebut untuk istiqamah bertudung.

Oleh kerana saudara adalah public figure yang menjadi perhatian umum dan menggelar diri sebagai seorang Da'i (pendakwah), saya tuliskan surat terbuka ini bagi menyampaikan kekesalan atas tindakan saudara.

Saya keliru sebenarnya saudara cuba menyampaikan mesej dakwah pada wanita berkenaan atau sedang mengorat, memancing cinta wanita berkenaan atau mencari perhatian netizen.

Jika saudara ingin menyampaikan dakwah, mesej yang anda ingin sampaikan tidak mencapai maksud yang sebenar.

Kerana ia lebih kepada nada memujuk dan merayu kepada wanita yang bukan mahram, dengan kata-kata yang tidak matang dan ayat-ayat yang tidak sesuai sehingga mengundang fitnah yang sangat buruk. Fitnah bahawa pendakwah boleh mengambil pendekatan itu dengan tiket untuk berdakwah.

Netizen melihat ia sesuatu yang tidak salah, malah menggalakkan. Sedangkan di dalam Islam ada batasan akhlak dan syari'at yang memandu method dakwah yang suci dari kehendak nafsu atau manfaat peribadi.

Ia agak keterlaluan bila anda sampaikan di medium umum dan menyeru netizen untuk viralkan. Saudara boleh berfikir dengan matang apa yang saudara tuliskan itu sebenarnya menyampaikan maksud sebenar atau sekadar mencari perhatian netizen.

Saya kesal dengan akhlak dan tindakan saudara yang mencemarkan imej seorang Muslim yang ingin berdakwah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat untuk menyampaikan dakwah tidak menghalalkan anda menulis ayat-ayat sedemikian yang tidak layak bagi seorang Da'i.

Oleh yang demikian, dengan penuh rasa hormat saya menyeru saudara untuk DELETE semua surat cinta saudara yang bertopengkan agama tersebut di semua saluran Facebook, Twitter dan mana-mana medium agar fitnah ini tidak jauh tersebar.

Bertakwalah kepada Allah.

Semoga Allah mengampunkan dosa saya, saudara dan seluruh netizen.

#talbisiblis
#daimilenia

Khairunnisa binti Mazlan
Ketua Beliawanis
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)



Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 08:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 08:03 PM | Show all posts
beliawanis  pun poyo kirim surat terbuka ke setad wan poyo tersebut .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2016 08:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 2-9-2016 08:03 PM
beliawanis  pun poyo kirim surat terbuka ke setad wan poyo tersebut .

Tu la pasal , asal tak pm tak dm tak whatsapp tak mesej ke .. hahaha ! nasib la beliawanis tak tulis mohon viral mohon share sampai ke pgetahuan setad  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2016 12:59 AM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 04:11 AM | Show all posts
Lol. Confident sangat mamat ni masuk syurga. Dahlah rumah dia satu taman dengan rumah isteri nabi. Amboi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
beliawanis ni kl mekap sikit. tudung2 instant lilit.. kompom dai wan tersentuh baca surat ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama bersambung

“Di saat dunia maya sedang menunggu kemaafan dari saya”

Saya nak sampaikan satu benda dari sisi yang lain terlebih dahulu.

**********************************************
Slot pertama.

Saya tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu mengapa tiada satu orang pun dikalangan yang tidak bersetuju dengan saya bertanyakan pada saya tentang penerimaan Uqasha Senrose sendiri, apa respon dia, dan apa jawapan dia?

Belum ada.

Jadi kalian mengeluarkan pendapat dari persepsi sendiri. Kiranya begitu, saya pun punya persepsi saya, maka saya menghormati kalian, dan kalian perlu juga menghormati saya.

Saya pilih untuk diam kalian terus bersuara. Jadi sungguh tidak adil buat saya. Ini buat yang keluarkan komen2 yang tidak sesuai dan sepatutnya seperti geli, nak muntah, nak mengurat dan lain-lain.

Sungguh, dalam saat saya menukilkan coretan itu, niat saya tidak pernah pun bahkan terfikir pun tidak, untuk sampai ke tahap yang kalian sangkakan itu. Jikalau penggunaan perkataan saya yang salah, saya nak minta maaf, tapi nanti dulu, ada sesuatu yang saya nak bagitahu, 'Bukan semua berfikiran sama seperti kalian'. Itu.

Selain itu, saya turut ingin buat pencerahan tentang surat tersebut. Surat itu bukan satu surat teguran ya. Ia adalah surat yang memberi panduan padanya. Jadi saya minta sangat kepada semua, untuk perbetulkan semula. Ia bukan satu surat teguran. Tetapi satu coretan yang memberi panduan dan tips untuk istiqomah dalam berhijrah buat Uqasha dan mereka yang sama dengannya. Ia satu list panduan buat Uqasha. Perasankan point utama 1 hingga 3 saya?

Jika kalian masih ingat, perkataan saya. “Sampaikan pada bintang2 yang lain dilangit” itu adalah metafora yang sangat bermakna buat yang membacanya sambil berfikir.

Itulah coretan panduan saya buat barisan selebriti yang mana tidak kira siapa-siapa, yang tua yang muda, yang baru-baru ini Pn Normah Damanhuri (Bukan saya sahaja Da’i, kalian pun sama. Apa kata cuba buat coretan version baru yang boleh menggantikan atau lebih baik dari surat saya untuk Uqasha? Ia bukan tugas saya seorang sahajakan.)

Mereka semua sama bagi saya. Tidak ada yang nak dahulukan yang cantik atau yang tidak. Kita ini cuma seorang hamba. Rezeki pun Allah yang bagi. Hidayah pun Allah yang bagi. Saya dah selesaikan tugas saya untuk Uqasha, kalian bantu saya pula untuk Normah Damanhuri, cubalah sehalus mungkin lebih baik dari saya, saya akan bantu untuk share dan forwardkannya untuk manfaat kita semua. Jangan risau. Itu janji saya. Tetapi ingat, ia perlulah penulisan yang bukan sebuah teguran, tapi penulisan yang menjaga hati si penerima dan memberi inspirasi padanya, panduan dan saranan. Ciptakan lebih baik dan terjaga kata-katanya dari saya.

Saya akan berikan bantuan pada kalian. Pm sahaja saya. In shaa Allah.

**************************************************************
Slot Kedua.

“Respon Uqasha”

2 malam lepas, kami berhubung through what’s app.

Dia beritahu, yang dia menangis saat kali pertama baca coretan saya itu, dia kata:

“Saya minta jasa baik ustaz, doakan saya dan keluarga saya”

Yang paling bermakna, yang buat saya tahu dakwah saya sampai ke satu tahap yang orang lain belum tentu lagi boleh buat, ialah bila:

Dia buat permintaan, ‘Ustaz bimbing saya’.

Waktu ini, saya dapat rasakan sesuatu dari kata-kata dia, dia betul2 maksudkannya, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia menginginkan bimbingan sebenarnya dari kita, Allahul musta’an. Saya bagitahu saya tak mampu seorang diri, namun saya akan bawakan ustazah-ustazah dan selebriti muslimah mungkin boleh bersama-sama dengannya dalam masa kedepan.

Malam ini, tiada lagi kisah langit dan syurga.

Sedang berpijak pada bumi yang nyata, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, untuk hadir keruangan komen dia, dan kita berikan sokongan dan doa yang tidak putus-putus pada dia.
Saya minta kita lakukannya. Selebihnya biarlah urusan pilihan dia dengan Allah swt. Kita bantu setakat yang mampu.

“Pahala yang tercipta dari usaha baik kita akan kekal tercatat dalam buku amal malaikat Roqib dan ‘Atid, namun dosa macam mana punya teruk pun, kita ada Allah swt yang ‘Maha memberi keampunan’ yang akan arahkan mereka untuk hapuskannya bila sekali kita datang sujudkan dahi atau menadah tangan untuk Dia.”

Saya akan cuba bantu dengan sedaya saya dibelakang tabir, berserta dari barisan asatizah dan selebriti muslimah yang lain yang sudi hulurkan bantuan sama, kita nak dia bersama dengan kita tanpa satu paksaan. Dari kerelaan hati nurani sendiri. Namun ini semua takkan menjadi, tanpa bantuan dan sokongan kalian.


Seterusnya, ini bahagian yang paling penting.

************************************************************************************
Slot Ketiga

“Permohonan kemaafan saya”

Saya memohon maaf atas cara kata-kata saya yang mengundang ribuan fitnah dalam bab atau ‘Perenggan atas’ tempoh hari.

Permohonan maaf ini sepatutnya menjelaskan tentang:

Yang pertama, saya tidak pernah rasa untuk tinggi diri dengan apa yang telah Allah swt takdirkan untuk saya kini atau memilih untuk sombong dengan tak menerima sebarang teguran. Tidak, sungguh saya akui saya salah. Saya terima bulat-bulat teguran kalian ya.

Yang kedua, saya belajar dari kesilapan kecil itu yang kalau tidak berhati-hati atau jaga, maka ia boleh menjadi fitnah yang besar.

Yang ketiga, saya berusaha untuk tidak mengulanginya. Yang keempat, ya, sudah tentu saya wajib menginsafinya.

Dengan ini, saya mengucapkan terima kasih pada saudari Khairunnisa’ dari Pembina, saya akan ingat pesanan saudari saat perbualan kita diruangan FB Mesengger, Ustaz Dr Rozaimi, Hafiz Adnan dan banyak lagi yang telah lakukan teguran dibelakang dan juga depan.

“Kita boleh untuk tidak bersetuju satu sama lain, tetapi kita tidak boleh hilangkan atau tawarkan rasa kasih sayang sesama hamba itu hanya kerana ‘Tidak bersetuju’.”

Jangan tanamkan kebencian sesama kita, itu pinta saya dengan tertunduknya kepala saya pada kalian kini, saat saya menaip ini. Tanda betapa tingginya saya meletakkan penghormatan buat kalian.

Saya pilih untuk ‘Rendahkan diri dan hati’ jika ini yang terbaik yang boleh buat saya dekat dengan ajaran Nabi dan Rasul kita dan berada dalam ruang lingkungan keredhaan dan rahmatnya Dia.

Namun,

Saya tidak akan berhenti menjadi seorang Da’i yang terbaik dalam menghiasi dunia dakwah dengan keindahan dan kematangan bahasa dari bakat yang telah Allah anugerahkan pada saya hari ini, bukan sebagai seorang ustaz, ya, saya akui yang saya memang tidak layak untuk title itu, namun bila setiap kali saya dijemput ceramah, semua orang yang berurusan dengan saya, akan panggil saya ustaz, itu yang buat saya terbiasa dengan panggilan tu. Hingga terbahasakan diri pula. Maafkan saya juga untuk itu.

Dengan ini, maka tamatlah segala-galanya. Penantian kalian dari jawapan balas saya, sudah saya berikan.

Malam ini, post ini, tepat jam 10 malam, bertarikh 2/9/2016, ia menjadi saksi buat saya sendiri.

Ketika saya dipanggil berhadapan untuk timbang amal nanti, saya tahu saya akan minta Allah swt untuk imbaskannya buat saya semula.

“Astaghfirullahal’adzim allazii laailahaillaahual hayyul qayyum wa atubu ilaih”

Semoga saya mendapat perlepasan dari-Nya dengan persaksian lafaz saya ini.

Saya telah memilih untuk delete post saya, bagi mengelakkan fitnah terus hidup.

Bismillah,

Esok hari yang baru semula untuk saya.

Saya akan pastikan saya akan menjadi lebih baik lagi dimasa depan. In shaa Allah.

Saya berjanji untuk menjadi seseorang yang memberikan impak penulisan yang membuka minda dalam hari ke hari yang akan kita lalui nanti.

Terima kasih semua yang menyokong, yang selalu ada dibelakang, yang pilih untuk bersama saya, selepas atau sebelum mengenali atau baru mengenali pun dan juga pada yang tidak bersetuju dengan saya.

Tetap sahaja terus menyayangi kalian kerana Allah swt.

Assalammu’alaikum.

Yang benar, Da’i Wan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Respon feveret iols by fdaus ahmad

Da'i Wan

1. Semoga da'i tenang menanti kehidupan berjiran dengan Uqasha di syurga nanti. Cuma saya kasihankan artis lain yang sama keperluan mereka membuka tudung (setelah memakainya) tidak mendapat belai surat kasih sayang dari Da'i Wan. Antara mereka yang saya boleh sebutkan ialah Nina Iskandar, Elyana dan Diana Johor. Ohhh yaaa, mungkin mereka ini artis suam suam jadi tidak perlu diberi perhatian dan tidak perlu berjiran dengan siapa siapa di syurga nanti. Mungkin juga mereka tak berapa cun di mata masyarakat?

2. Saya hairan. Dalam kemelut yang pelbagai ini tuan da'i masih ada ruang yang luas untuk memberi perhatian kepada isu tudung Uqasha. Bukan lah perkara itu tidak perlu diambil peduli langsung, cuma saya membayangkan dengan title rasmi Da'i yang dianugerahkan, tanggungjawab lebih besar harus tuan da'i pikul terutamanya memimpin masyarakat dalam menjelaskan hal ehwal semasa yang lebih berkepentingan kepada kami semua.

3. Pergelutan child sex abuse yang menjadi topik perbincangan hangat sebagai contoh, adalah perkara aula yang seharusnya da'i dan kawan kawan ulas, kupas, tunjukkan jalan selesai, kalau tidak mahu menyebelahi siapa siapa pun sekurang kurangnya Da'i boleh memandu arah kepada masyarakat akan kebobrokan gejala pencabulan seksual ke atas kanak kanak. Boleh juga tuan da'i dan kawan kawan mengupas isu isu lain seperti pendidikan, hak kemanusiaan, penyelewengan dana awam, dan ahhhh bermacam lagi atau paling tidak pun kupas lah hal ehwal agama seperti buruk baik cadangan mufti mengharamkan kitab kitab Ibnu Tamiyyah di Malaysia seperti yang tersiar baru baru ini.

Kenapa mesti tudung Uqasha?

Cukup lah dulu PU Rahmat menulis surat kepada Mira Filzah, dan seorang Imam Muda pula menolak vaksin.

Harus sampai bila Da'i, PU dan Imam Muda mahu menyorok nyorok dengan idea idea permukaan begini? Sedang di dasar kehidupan masyarakat sudah membarah.

4. Da'i ada menyebut hendak memakmurkan manusia di bumi.
Saya ingin bertanya, makmur yang bagaimana? Da'i hendak memimpin kami semua pergi ke mana?

Saya bimbang apa yang da'i (dan ahli yang dipimpin) akan hujahkan nanti kalau tiba tiba Emilia de Strange datang bersemuka ingin berdebat?

Da'i kenal siapa Emilie de Strange?

Emilie ni pernah menjadi aset penting dan kebanggaan masyarakat suatu ketika dahulu. Mana tidaknya, dia lah pelajar terbaik SPM 1989 di sebuah negeri pantai timur dengan keputusan 9A.
Da'i, dapat 9A SPM di era 80an bukan hal yang kecil. Cuma berpuluh atau berbelas orang saja calon SPM seluruh negara yang bisa menikmatinya ketika itu.

Tapi itu semua telah menjadi sejarah. Emilie sekarang tinggal di Norway melarikan diri lepas kantoi administrate page Murtad Pantai Timur beberapa tahun lepas.

Ya. Emilie de Strange sudah lama mengaku murtad. Dia juga pembenci agama, dan juga pembenci Tuhan. Tidak sekadar itu, dia juga sedang bebas sebarkan keraguan beragama (dan keraguan bertuhan).

Dia orang bijak pandai tuan Da'i. Entah berapa banyak buku dia dah telaah dan kaji, entah berapa banyak hujah dia dah analisis.

Kalau kita masih terus diajar untuk memulihkan tudung Uqasha,
Macam mana kita nak berhadapan dengan Emilie (dan kawan kawan seangkatannya) dalam berhujah isu keTuhanan, falsafah, perbandingan agama, human rights, isu plurality, sekularism, diskriminasi gender, patriaki, feminism, atheism, agnosticism, LGBT dan aduhhhh tak cukup data internet kalau nak listkan.

Nak makmurkan manusia yang macam mana?

5. Itu baru sorang Emilie muncul. Kita tak tahu ada berapa ribu lagi Emilie yang tengah habiskan pelajaran dan akan timbul bangkit bila bila masa saja melawan dogma dan sistem kepercayaan umat manusia yang semakin rapuh.

Takkan kita dan generasi bawah kita mahir nak bercakap pasal tudung dan aurat sahaja depan mereka ni nanti?

6. Persoalan yang mungkin Da'i tanya, mana datangnya Emilie ni? Ingat saya bangkitkan yang di atas tadi, antara isu yang mesti kita ambil berat adalah pencabulan seksual kanak kanak.

Ya. Emilie de Strange lahir dengan sejarah hitam sebagai mangsa cabul kanak kanak seawal usianya 5 tahun. Dia tidak dipedulikan.

Lihat lah sekarang, seorang mangsa cabul kanak kanak 35 tahun yang lampau telah membesar dan melontar masalah kepada seluruh masyarakat yang terus terusan gagal memberi jawapan.

7. Jadi masih tidak jelas kah kenapa saya katakan tugas Da'i, PU dan Imam Muda memimpin masyarakat untuk melawan penindasan itu sepatutnya menjadi hal lebih utama berbanding berbincang soal berjiran dengan Uqasha di syurga?

Ohhh yaa, Emilie de Strange ni ada tinggalkan pesan di pagenya dulu (melalui kata kata Enstein);

"Dunia ini takkan hancur dengan kejahatan manusia, sebaliknya ia hancur oleh manusia yang hanya melihat kejahatan namun tidak berbuat apa apa"

Emilie de Strange, tokoh murtad, turut faham keperluan ini.

Apatah lagi kita?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 10:36 AM | Show all posts
sebagai perempuan...aku rase semuanye mesti terasa dengan isi surat tu..... dan "awak hidup di langit bersama bintang2 lain" dan ini secara tersirat ditujukan pada artis pompuan lain....

betul je ape isi kandungan surat tu....bukan semua dakwah perlu dengan kekerasan.....especially dengan wanita... bengkoknye seperti rusuk...terlalu lembut x jadi...terlalu keras nanti patah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 10:42 AM | Show all posts
amboi..ustaz

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 10:49 AM | Show all posts
bulanbulat replied at 4-9-2016 08:24 AM
Respon feveret iols by fdaus ahmad

Da'i Wan

suka gaya penulisan macam ni, straight and tak berbunga-bunga sangat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2016 11:49 AM | Show all posts
ala ala nak usha uqasha dgn penulisan ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 02:55 PM | Show all posts
Ustaz pun lelaki..ade nafsu..asalkan tegur menegur ke arah kebaikan..tegurlah.....Tp jgn pilih kasih pulak...ha2...adatla org cantik sentiasa dapat perhatian.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 03:02 PM | Show all posts
uztaz sampah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 5-9-2016 02:55 PM
Ustaz pun lelaki..ade nafsu..asalkan tegur menegur ke arah kebaikan..tegurlah.....Tp jgn pilih kasih ...

Isu negara tuh....uqasha bkk tudung....mira filzah demam....aku baca surat terbuka sorang2 rasa nak demam plok.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.243282 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list