CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Buritan

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 29

 Close [Copy link]
Post time 11-1-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 10-1-2021 04:57 PM
Wah ciken rais syop ke.....

Bagaimanapun, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan
pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakala bagi
pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang
diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan
masing-masing. Ingin saya ingatkan, jumlah pekerja yang
ditentukan mestilah mengambil kira pematuhan ketat SOP yang
ditetapkan. Jangan sampai tiada penjarakan fizikal langsung
sewaktu berada di tempat kerja. Mana-mana majikan yang
melanggar SOP dan menyebabkan berlakunya penularan jangkitan
COVID-19 di tempat kerja, tindakan tegas akan diambil
berdasarkan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepanjang pelaksanaan PKP kedai makan dan gerai penjaja
dibenarkan beroperasi HANYA untuk perkhidmatan take away
manakala bagi kawasan PKP-B dan PKP-P, kedua-duanya
dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah
ditetapkan. Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.

Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi; serta bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKPpada tahap berjaga-jaga.

Patuhi SOP ketika berada di tempattempat ini seperti memakai pelitup muka dengan betul, jaga penjarakan fizikal dan kerap gunakan hand sanitizer. Sekiranya tidak ada keperluan segera atau mendesak, tidak perlulah keluar
rumah. Stay at home.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-1-2021 06:33 PM
Bagaimanapun, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan
pengurusan yang dibenarkan berada di pejab ...

Oh... construction boleh ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-1-2021 06:28 PM
Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan
rantaian COVID-19 ini, aktiviti sosial yang me ...

yay sbb bila iols sendiri pi rentas merentas, mmg susah la nk jaga jarak n elak kumpul2... lebih2 lg masa balik penang hari tu.. rasa seram n think awat laa gatal agree nk balik..
bila hujan, lg la susah nk jaga jarak time berteduh tunggu meja mkn esp masa kat kuantan..
iols ckp kat tok laki cukup la jln2 semua ni, x mo gedik dah.. mmg duduk rumah yg paling selamat walau bosan thp cipan

bila balik, dgr kwn2 dok citer org yg diaorg kenal pun positif walaupun x de gejala..lg iols nk pengsan dgr..
tp satu yg iols pelik, those yg ada gejala, ambik test n positif, bila masuk pusat kuarantin or hosp mmg hilang semua gejala... tak de demam
n flu.. so mmg bosan la duduk situ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 06:50 PM | Show all posts
noor2 replied at 11-1-2021 05:37 PM
Oh... construction boleh ke

Kena rujuk bebetul...ada klausa 10 km tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 06:50 PM | Show all posts
mrsjones replied at 11-1-2021 05:43 PM
yay sbb bila iols sendiri pi rentas merentas, mmg susah la nk jaga jarak n elak kumpul2... lebih2  ...

Ramai tak guna sanitizer, walau tersedia sana sini...SOP ke laut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-1-2021 06:50 PM
Kena rujuk bebetul...ada klausa 10 km tu...

Harap bidang construction dibenarkan lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 06:55 PM | Show all posts
noor2 replied at 11-1-2021 05:52 PM
Harap bidang construction dibenarkan lah.....

Status terkini COVID-19 setakat 11 Januari 2021


Jumlah sembuh baru: 1,006 kes
Jumlah kumulatif sembuh: 109,115 kes (78.9%)


Jumlah kes baru: 2,232 kes
Jumlah kes kumulatif: 138,224 kes
Jumlah kes aktif: 28,554 kes


Kes tempatan: 2,226 kes (1,769 WN, 457 BWN)
Kes import: 6 kes


Jumlah kematian baru: 4 kes (3 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 555 kes (0.4%)


Jumlah kes di ICU: 187 kes
Pesakit intubated: 87 kes

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2021 06:58 PM | Show all posts
noor2 replied at 11-1-2021 05:52 PM
Harap bidang construction dibenarkan lah.....

Bagi sektor ekonomi, Kerajaan telah mengenal pasti lima (5)
sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai
sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu pengilangan
dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan
pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:00 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 11-1-2021 10:47 PM



@ipes2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-1-2021 06:58 PM
Bagi sektor ekonomi, Kerajaan telah mengenal pasti lima (5)
sektor yang dibenarkan beroperasi da ...

Budak sekolah tingkatan 5 tahun 2021 school ke idak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:07 PM | Show all posts
Buritan replied at 11-1-2021 06:06 PM
Budak sekolah tingkatan 5 tahun 2021 school ke idak

Katanya Form 1...entah le...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:09 PM | Show all posts
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 11 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 2,232 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 138,224 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 28,554 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,226 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 1,769 kes adalah warganegara Malaysia (79.5 peratus) dan 457 kes adalah bukan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 557 kes (25.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 404 kes (72.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 396 kes (17.7 peratus) dan Sabah sebanyak 374 kes (16.8 peratus).

Sebanyak 194 kes (8.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Choh (157 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (20 kes), Kluster Tembok Gajah (12 kes), dan Kluster Pagar Siput (5 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 187 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 555 kes (0.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian        No. Kes        Negeri        Jantina (Warganegara)        Umur  (tahun)        Hospital/ Tempat Kematian        Latar Belakang

552        121697        Selangor        Perempuan (WN)        56        Hospital Sungai Buloh        Penyakit kencing manis

553        126619        Selangor        Lelaki (WN)        54        Hospital Sungai Buloh        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemmia, dan jantung

554        134204        Selangor        Perempuan (WN)        47        Hospital Sungai Buloh        Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung

555        133961        Sabah        Lelaki (BWN)        50        Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan        –

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:10 PM | Show all posts
Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.

1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 11 Januari 2021, 12.00 tengahari)

2) Infografik 2
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 11 Januari 2021, 12.00 tengahari)

3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 11 Januari 2021, 12.00 tengahari)

Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.

4) Infografik 4
Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 11 Januari 2021, 12.00 tengahari)

PERINCIAN KES

51 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (11 Januari 2021) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  38 kes adalah jangkitan tempatan dan 13 kes adalah jangkitan dari luar Perak.

a) Daerah Kinta (16 kes)

4 kes dari saringan kontak rapat.  2 kes adalah jangkitan tempatan dan 2 kes jangkitan dari luar Perak.

11 kes dari saringan bergejala.  4 kes adalah jangkitan tempatan dan 7 kes jangkitan dari luar Perak.

1 kes dari saringan lain-lain.  Kes adalah kes jangkitan dari luar Perak.

b) Daerah Larut Matang Selama (8 kes)

8 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah kes jangkitan tempatan.

c) Daerah Manjung (10 kes)

4 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes jangkitan dari luar Perak.

6 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Lumut Barat.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Lumut Barat adalah 6 kes.

d) Daerah Batang Padang (4 kes)

4 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Penjara Jalan Harapan.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Penjara Jalan Harapan adalah 127 kes.

e) Daerah Hulu Perak (2 kes)

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan dari luar Perak.

1 kes dari saringan bersasar di tempat kerja.  Kes adalah jangkitan dari luar Perak.

f) Daerah Muallim (4 kes)

4 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

g) Daerah Perak Tengah (1 kes)

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

h) Daerah Hilir Perak (3 kes)

3 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

i) Daerah Kampar (3 kes)

3 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

#penjarakanfizikal
#amalkannormabaharu
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#attackredprotectgreen
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:12 PM | Show all posts
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 11 Januari 2021, terdapat sebanyak 594 kluster telah dilaporkan termasuk lapan (8) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 336 kluster, termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Kemang, Kluster Taman Bunga, Kluster Damar Laut, dan Kluster Tapak Bina Awan Baru. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 258 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 68 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Choh (157 kes), Kluster Teratai (83 kes), dan Kluster Beringin (48 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER JALAN KELULI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor Bahru dan Segamat di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER MEDAN IDAMAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasaraya yang terletak di Medan Idaman. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JELITA
Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122769) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri dari Melaka. Nama kluster merujuk kepada tempat tinggal sementara kes indeks yang terletak di Taman Jelita, Miri. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG RENOK
Kluster ini melibatkan daerah Gua Musang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115045) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah pulang dari Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Renok Baru, Gua Musang. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG GETING
Kluster ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125400) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri dari Pulau Pinang. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti  di mana kes-kes dikesan iaitu Kampung Geting, Tumpat. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER LUMUT BARAT
Kluster ini melibatkan sebuah kem di daerah Manjung, Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114928) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah pulang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KUBANG BUJUK
Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian agama yang terletak di Kubang Bujuk, Kuala Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-131085) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KEJAYA
Kluster ini melibatkan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125428) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, Dungun. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:14 PM | Show all posts
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 11 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH37441,040
SELANGOR557 (1)40,284
WP KUALA LUMPUR204 (2)16,173
JOHOR396 (2)10,319
NEGERI SEMBILAN1029,109
PULAU PINANG1125,057
PERAK513,738
KEDAH403,591
WP LABUAN81,806
PAHANG461,655
MELAKA371,620
SARAWAK153 (1)1,428
KELANTAN951,393
TERENGGANU41525
WPPUTRAJAYA13420
PERLIS366
JUMLAH KESELURUHAN2,232 (6)138,224
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 2,232 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Januari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 557 kes
    • 121 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 283 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara;
    • 152 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 396 kes
    • 237 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Keluli;
    • 83 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 74 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 374 kes
    • 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 239 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 204 kes
    • 37 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Medan Idaman;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 106 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 153 kes
    • 72 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelita;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara
    • 78 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 112 kes
    • 48 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 102 kes
    • 41 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 95 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Renok dan Kluster Kampung Geting;
    • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 51 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lumut Barat;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 46 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  41 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kubang Bujuk dan Kluster Kejaya;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 40 kes
    • 11 kes daripada kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 37 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 13 kes
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 11-1-2021 05:46 PM
Ramai kat tesco tadi.. Walaupun x panjang beratur kat kaunter.

Wear mask all the time.. mmg klise nasihat tu.. tp sgt berguna.. sbb kita tak tahu siapa yg ada antara kita adalah pembawa.. dia mungkin sihat je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:15 PM | Show all posts
Pergerakan kes COVID-19 yang didaftarkan sepanjang tempoh 14 hari [ 28 Disember 2020 hingga 10 Januari 2021 ] mengikut mukim di daerah negeri Selangor (Tidak termasuk kes discaj dan kematian).

Pertambahan 557 kes baharu didaftarkan pada hari ini [556 tempatan dan 1 luar negara. Pecahan kes baharu adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK - 40

Batu  22
Saringan Bergejala  4
Saringan Kontak Rapat   16
Saringan Pra-pembedahan   1
Saringan SARI  1

Hulu Kelang  6
Saringan Bergejala  1
Saringan Kontak Rapat   5

Kuang   2
Saringan Bergejala  1
Saringan Kontak Rapat   1

Rawang   4
Saringan Bergejala  1
Saringan Kontak Rapat   3

Setapak  6
Saringan Kontak Rapat  6

DAERAH HULU LANGAT - 123

Ampang   32
Saringan Bergejala   6
Saringan Kontak Rapat   13
Saringan Pekerja  12
Saringan Swasta  1

Beranang  1
Saringan Kontak Rapat   1

Cheras   22
Saringan Kontak Rapat  20
Saringan Pekerja  2

Hulu Langat  3
Saringan Bergejala  1
Saringan Kontak Rapat  2

Kajang  49
Saringan Bergejala  4
Saringan Kontak Rapat   43
Saringan Pekerja  1
Saringan Post-partum  1

Semenyih  16
Saringan Bergejala  1
Saringan Kontak Rapat   9
Saringan Pekerja  6

DAERAH HULU SELANGOR - 7

Batang Kali  1
Saringan Bergejala  1

Serendah  6
Saringan Bergejala  2
Saringan Kontak Rapat   3
Saringan SARI   1

DAERAH KLANG - 197

Kapar   79
Saringan Bergejala  2
Saringan Bergejala (Kluster Seruling)  1
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) 1
Saringan Kontak (Kluster Teratai)  25
Saringan Kontak Rapat  13
Saringan Pekerja  10
Saringan Pekerja (Kluster Pasar Baru) 7
Saringan Pekerja (Kluster Sg Putus)  6
Saringan Pekerja (Kluster Teratai)  6
Saringan PKPD (Kluster Teratai)  7
Saringan SARI   1

Klang  118
Saringan Bergejala  14
Saringan Kontak (Kluster Halban)   8
Saringan Kontak (Kluster Jalan Klinik)  1
Saringan Kontak (Kluster Perigi) 1
Saringan Kontak (Kluster Teratai) 1
Saringan Kontak (Kluster Yayasan) 1
Saringan Kontak Rapat   66
Saringan Pekerja  24
Saringan Pekerja (Kluster Teratai)  1
Saringan SARI  1

DAERAH KUALA LANGAT - 40
Batu  2
Saringan Bergejala  1
Saringan Kontak Rapat  1

Jugra  1
Saringan Kontak Rapat  1

Morib  2
Saringan Bergejala  2

Tanjung Dua Belas (1)  27
Saringan Bergejala   3
Saringan Kontak Rapat   24

Telok Panglima Garang  8
Saringan Bergejala  4
Saringan Kontak Rapat   4

DAERAH KUALA SELANGOR - 40

Bestari Jaya  25
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak (Kluster Tanjung Suria)  11
Saringan Kontak (Kluster Teratai)  6
Saringan Kontak Rapat   5
Saringan Pekerja  2

Ijok  11
Saringan Kontak Rapat   8
Saringan Pra-penerbangan  3

Jeram 1
Saringan Bergejala  1

Kuala Selangor  1
Saringan Pekerja  1

Tanjung Karang  2
Saringan Kontak Rapat   2

DAERAH PETALING - 68

Bukit Raja  42
Saringan Bergejala  1
Saringan Kontak Rapat  4
Saringan Pekerja (Kluster Teratai)  37

Damansara 12
Saringan Bergejala  3
Saringan Kontak Rapat   9

Petaling  9
Saringan Kontak Rapat   9

Sungai Buloh   5
Saringan Bergejala  3
Saringan Kontak Rapat   2

DAERAH SABAK BERNAM - 5

Bagan Nahkoda Omar  1
Saringan Bergejala  1

Pasir Panjang   2
Saringan Bergejala  2

Sabak  2
Saringan Kontak Rapat   2

DAERAH SEPANG - 37

Dengkil  14
Saringan Kontak Rapat  11
Saringan Pekerja   2
Saringan SARI  1

Labu  21
Saringan Kontak Rapat  1
Saringan Pengusiran PATI   20

Sepang  1
Saringan Kontak Rapat  1

Import A (Bahrain)  1

#PutuskanRantaianJangkitan
#SihatMilikSelangor
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-1-2021 06:26 PM
Tidak boleh rentas negeri/daerah serta tidak boleh anjur sebarang majlis/acara.
Perintah Kawala ...

So sekolah tak buka la 20 Jan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:16 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.744569 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list