|
Originally posted by uda at 12-5-2006 06:41 PM
Oh ye, Lupa nak pesan sikit.Bagi sesiapa yang nak pi Umrah.Bila lepas tawaf dan nak cium Hajarul 'Aswad: JANGAN terima offer dari org Indon (mostly budak2 muda) untuk tolong bawa untuk kucup.Dia or ...
my mom yg baru balik 2 minggu yg lepas pun ader gak bercerita pasal hal ni.
so, berhati-hatilah.
aku masih ingat masa aku gi umrah ari tu, bile time nak bertahlul.
gunting takder, punyerlah ramai budak2x kat situ offer gunting.
ingatkan ikhlas, tapi lepas tu dier minta kiter 10 riyal camtu.
hubby aku bagi 5 riyal jer.
budak tu tak mau, sampai boleh cakap umrah kitorg haram.
aku punyerlah hot.
my cousin bro yg ader dgn kitorg apalagi..., kluar segala hujah kat budak tu.
siap cakap bahasa arab standard lagi.
last2x, 2 riyal pun amik gak!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by uda at 12-5-2006 06:41 PM
Oh ye, Lupa nak pesan sikit.Bagi sesiapa yang nak pi Umrah.Bila lepas tawaf dan nak cium Hajarul 'Aswad: JANGAN terima offer dari org Indon (mostly budak2 muda) untuk tolong bawa untuk kucup.Dia or ...
betul tu uda,ada kawan cerita hal yg sama...ingatkan org indon tu ikhlas tapi minta duit.200 riyal sorang.Kdg2 budak indon kerja dgn pakej pun sama,offer nak tolong tolak org yg tak sihat guna wheel chair dan caj ratus riyal,padahal wheel chair tu free je utk digunakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Bukit Marwah, ramai budak-budak yang memegang gunting yang akan meminta mereka yang handak bertahalul menghulurkan kepala untuk dipotongkan rambut. Kawan aku tak tahu apa-apa, terus hulur kepala. Selepas digunting rambutnya, budak tu minta 20 riyal. Tak dapat siap ikut dan kepung dgn kumpulannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah, semua yang dihajati di sana dapat ditunaikan dgn izin Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by btho at 12-5-2006 07:34 PM
my mom yg baru balik 2 minggu yg lepas pun ader gak bercerita pasal hal ni.
so, berhati-hatilah.
aku masih ingat masa aku gi umrah ari tu, bile time nak bertahlul.
gunting takder, punyerlah ...
masa gi hj sebelum 9/11 boleh bawa gunting sendiri utk bertahalul dan selalu tlg guntingkan rambut perempuan lain...tapi bila selepas 9/11 seme gunting kena rampas depan pintu masjid so kena balik bergunting.Kdg2 sorok juga..dlm beg sandang..seronok bersama keluarga tawaf dan saei kemudian bertahalul dan cium pipi each other sbb lengkap rukun haji.Bila musim haji org terlalu ramai guard tak kisah tapi habis musim hj org dah kurang mereka semakin strict.Yg paling lucu,guard perempuan raba2 dan seluk2 dlm beg sandang kemudian jumpa gula2,ingatkan dia cakap apa...tapi nak minta satu... |
|
|
|
|
|
|
|
Satu hari tu, ada kawan serombongan demam dan tak boleh bangun. Aku pun bawa dia pergi klinik swasta naik teksi. Itupun pihak hotel yang beri business kad klinik tu. Aku pun tahan teksi dan tunjuklah kad tu. Rupanya kat sana , caranya tak sama macam klinik kat sini. Selepas saja diperiksa doktor, bayaran dibuat. Aku ingat dengan ubat sekali. Tapi hanya diskripsi ubat saja dan ubat perlu dibeli di farmasi. Nasib baik bawa duit. |
|
|
|
|
|
|
|
Suasana kat kota Mekah sentiasa sibuk. Bunyi hon kereta jangan cakap la. Hon sana , hon sini. Dah jadi budaya agaknya. Kalau kat Malaysia, mungkin dah bergaduh. Kereta tak kira yg besar ke atau yg kecil, kemek sana , kemek sini. Itulah agaknya budaya orang arab yang sentiasa kasar agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sekarang benda yang aku paling sayang yang aku beli dan dapat kat sana ialah tasbih kayu koka dan kain kelambu kaabah yg diberikan oleh seorang mutawif ketika di sana.
http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka.html
Sila Baca dengan Teliti dan Faham Maksud serta Tujuan SEBENAR.
RAHSIA & KELEBIHAN KAYU KOKKA
Jenis kayu Bahtera Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi Musa AS
Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.
Sepertimana kita sedia maklum, Platinum, Emas dan Perak merupakan antara bahan logam yang paling berharga. Platinum merupakan logam yang paling mahal dan antara kelebihan yang ada padanya adalah kemampuan menyingkirkan haba. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam yang bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras dan ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah logam yang paling aneh dan unik.
Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.
Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak 慒irst Aid |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Nek_Fiona at 12-5-2006 07:50 PM
masa gi hj sebelum 9/11 boleh bawa gunting sendiri utk bertahalul dan selalu tlg guntingkan rambut perempuan lain...tapi bila selepas 9/11 seme gunting kena rampas depan pintu masjid so kena ba ...
iye ke?
saya sejak budak2x tu buat cari rezeki dgn memerah duit org, saya beli gunting sendiri kat pasar zink.
gunting tu sentiasa ader dlm beg setiap kali kluar masuk masjid.
alhamdulillah..., takder aper pulak2x.
cuma kena rampas masa kat airport sbb terlupa nak simpan dlm luggage.
rasa terkilan sgt masa tu.....bole buat kenang2xan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rezeki at 12-5-2006 08:17 PM
Sampai sekarang benda yang aku paling sayang yang aku beli dan dapat kat sana ialah tasbih kayu koka dan kain kelambu kaabah yg diberikan oleh seorang mutawif ketika di sana.
http://www. ...
aku cuma tahu satu perkara ttg kayu koka ni.
kapal nabi nuh as pakai kayu koka.
dan kayu koka terbaik dtg dr turki.
eh eh..., jadi dua perkara pulak.
:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
part kayu kokka dan kain kelambu kaabah tu tak berani nak komen ...Kjaan Arab saudi mmg berpesan jgn percaya pd benda yg merosakkan iman..dan merosakkan ibadah hj serta umrah....masa kat jeddah pun dah distribute buku kecil yg ada penerangan pasal benda yg khurafat dan syirik memberitau para jemaah apa yg boleh dibuat dan apa yg dilarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Umrah July 06
hb acun nak gi bulan july ni...agak2 camana cuaca kat sana ekk masa tu.
dia pegi ngan Lintas Travel RM4300 jek. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Acun at 14-5-2006 04:42 PM
hb acun nak gi bulan july ni...agak2 camana cuaca kat sana ekk masa tu.
dia pegi ngan Lintas Travel RM4300 jek.
panasssss....kiranyer tgh summer tu.
bykkan minum air dan jgn terdedah sgt kat matahari.
pkj dier amik tu brape lama acun? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #373 btho's post
dlm 14 hari.....
thanks btho's kang kita pesan ngan dia suh minum air byk2..:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
seronoknye baca pengalaman umrah di bulan puasa.... bobo -alhamdulillah- berkesempatan buat umrah pada 1993 dan haji 1998.....
teringin juga nak pergi bulan puasa....
kalu berada di sana, banyakkan minum air.... air zamzam (tong, paip) amat banyak didapati.... suasana panas kering di sana memang cepat menghidrat air dalam badan... kalau kurang air, harus untuk rasa lemah, pengsan, kulit kering, bibir pecahj, tumit pecahj, dll.......
pergi ke sana tak terasa perbezaan waktu (beza 5 jam) tapi kalau balik ke Malaysia semula mesti jadi kaki tidor.... saya je kot.... ahakss..........
tawaf boleh tahan la (walaupun sangat ramai dan sesak) tapi saie memang jauh.... buat sekali je dah rasa penat tumit fasal pijak mamar.... mak saya citer zaman dia pergi dulu batu kerikil....
tempat tawaf dan laintai tingkat atas bumbung ada pendingin... tak perlu takut pijak lantai panas la.... dedulu orang tua citer bawahnya lautan air zam-zam... tu sebab lantainye sejuk.... padahal disebabkan teknologi......
umrah senang je........ niat di miqat, tawaf, saie, bergunting.... semata-mata amalan fizikal / jasmani.....
biasanya 1st timer (macam saya dulu) bersungguh2 baca bacaan dalam saie dan tawaf.......... atau join mutawif baca....... bacaan ini sunat sahaja dan better baca zikir-zikir yang kita faham maksudnya daripada folo mutawif baca..... bukan apa, ditakuti apabila terpisah, fikiran kita hanya memikirkan "di manakah mutawif tadi? di manakah group tadi?"... kalau tak, kita berpusing kaabah tidak dinamakan tawaf... tawaf mesti kita berpusing kaabah dengan qasad (bermatlamat) untuk buat tawaf. tak boleh berfikir utk tujuan lain........ hal ini saya sedari masa ikuti kursus haji....
untuk lelaki la, kalau teringin nak cium hajar aswad time umrah bulan biasa.... sila datang ke kaabah menjelang azan zuhur dan asar......... anda akan dapati orang beratur untuk kucup... tidak berebut-rebut.. alhamdulillah saya dapat kucup 7 kali masa umrah...... tu pun 'formula' ini saya sedarimenjelang hari nak balik.... time haji, formula ni tak apply....
nak citer pengalaman aneh.... bagi saya biarlah jadi rahsia peribadi saya..... setiap orang ada yang merasai dan ada yang tidak..... semoga amalan kita diterima ALLAH TAALA........ :lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
kalau anda yang pernah pergi ke sana, kalau terdengar lagu ini, pasti menyentuh perasaan.....
(touching beb...............) pernah dengar ke? ho ho hoo......
bersimpuh di hadapanmu
menghadap ALLAH tuhanmu
ALLAH yang Maha Pencipta
dengan segala pinta
tuhan... hamba-Mu
datang... memuja-Mu
air mata... tak tertahankan
cerminan keharuan
suasana rasa surgawi
yang ditandai kerinduan
tiada ungkapan kata
mampu mengungkap rasa
bahagia tersendiri
bersenandung di hati
kebahagiaan tamu Ilahi
kenikmatan dan kebanggaan yang
penuh misteri
perasaan tiap peribadi
rasanya pertemuan denganmu
seumpama waktu
rasanya perpisahan denganmu
serasa hempedu
penuh khayalan
selalu terbayang
penuh kenangan
selalu terkenang
suasana rasa surgawi
yang ditandai kerinduan
"DI HADAPAN KAABAH"
(Almanar, Indonesia)
Lirik/Lagu : Mohd. Sham / Ridwan Sham |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
btol ker pakej umrah tabung haji ader tolak 300 jemaah mase musim cuti skolah ni???
ader sesaper dgr berita??? |
|
|
|
|
|
|
|
Flower pergi umrah bulan August/Sepetmber 2005 bersama suami for the first time .. Alhamdulillah sampai juga hajat flower nak ke Mekah .. Kami ikut package Tabung Haji and berkursus kat sana juga .. every Sunday from 10:00 to 12:00 .. bagi mereka yang nak kan kelengkapan umrah and haji .. dapatkan saja kat Tabung Haji tu ... macam-macam ada ..
[ Last edited by Flower007 at 7-6-2006 09:05 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sy gi umrah tahun 97 mase tu tak kawin lagik, mmg best banget, terasa damai bila ada kat sana. Mmg di syor kan pergi dgn TH, sbb TH kan dah ariff dgn haji & umrah ni cuma TH ni ade mahal sket lah. Tp mahal pun worth it coz hotel bila kat sana kira ade standard lah tak ler mcm hotel yg runtuh masa musim haji akhir thn ari tuh.
Pas2 utk tips, masa kat sana minum byk air, kat dlm masjid tu merata ade tong air zamzam, ade cup disediakan tp klu boleh bwk ler botol kecik kosong sendiri, bersih sket. Klu kurang minum nnt tak de suara + batok2 bila balik M'sia. ;)
Mak sy cite nk gi umrah time org tak ramai is lps habis musim hj, lebih kureng 2 mths after hj, kerajaan Saudi pun baru bukak utk visa umrah. Time ni org tak ramai & herga package pun ade murah sket. Mak sy x-TH, dh pencen awal thn, mak sy gi haji selang 2 thn, atas urusan kerja lah kan, sambil bekerja smbil buat hj. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya baru balik dari menunaikan umrah pada 9hb May lepas.. Berada di sana 13 hari 11 mlm. Ikut pakej travel agent kat KL. Seronok kat sana...Tenang setenang-nya....syahdu jer rasa bila berada di hadapan Kaabah.. Dari KL, transit di DOha kerana naik Qatar Airways... ke Jeddah.. Tiba di Jeddah terus ke Kota Mekkah... Berada di Mekah 9 hari hari.... walapun cuaca agak panas 41 C, tidak terasa bahangnya....Alhamdullillah dikurniakan kesihatan yg baik ketika disana. Ketika disana, byk2 lah minum air. Ambil peluang juga utk minum air zam-zam yang byk disediakan di sekitar Masjidil Haram.. Khasiat nya terlalu byk.
Ambil lah peluang untuk mengucup Hajarul Aswad. Mengucup Hajarul Aswad ini adalah sunat. Akan tetapi sekiranya keadaan tidak perlu lah... Walaupun skrg mereka memberi peluang kepada kaum Muslimat (wanita) waktu untuk mengucup Hajarul Aswad adalah dari jam 7 am - 9 am setiap hari, kaum Muslimin juga berebut2 ketika itu.
Waktu yg sebaik nya utk mengucup hajarul aswad adalah selepas habis mengerjakan umrah bagi hari tersebut kerana dikuatiri akan terkena wangian yg diletakkan disitu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|