CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cantthinkofany

Pertandingan Pantun Ria Warga FD

 Close [Copy link]
Post time 30-7-2007 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by magdalina at 30-7-2007 11:12 AM



Jual

Anak menteri ke taman memetik seroja
Untuk dibuat hiasan sanggul puteri
bila dekat sering bertelingkah sahaja
bila jauh mengapa rindu tak terperi

kanda beli ye mag...

Pergi ke kedai bersama Balaci
Balaci tak jadi pegi sebab terpijak paku
kanda gaduh bukan membenci
tapi wajah singa mu yang menjadi pujaan hatiku


kanda jual ye...

Pergi ke kedai bersama hantu
hantu tak jadi pegi sebab takut disumpah
kita sudah nak bermenantu
dinda dah ready kah menjadi opah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2007 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 30-7-2007 10:44 AM


Akaun Jualan....

Takkan ku lupa rupanya bulan,
Bila sang suria menyucuk mata,
Bila anak dah pandai berjalan,
Gembira atau susah hatikah kita?

beli ye...

Pergi ke kedai bersama Roslan
Roslan tak jadi pegi sebab nak tangkap kaldai
bila anak dah pandai jalan
boleh ku suruh dia ikut aku pergi ke kedai


jual ye...

Pergi ke kedai bersama Supit
Supit tak jadi pegi sebab tak bermaya badannya
anak2 sekarang suka merempit
salah siapa yang sebenarnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by zaidi_uitm at 30-7-2007 01:09 PM

kanda jual ye...

Pergi ke kedai bersama Manak
Manak tak jadi pegi sebab dia kata "pergilah dulu"
kalau dinda sayangkan anak
mengapa anak didera, dipukul dan dipalu
...


gua try beli ye....

isu politik panas terkini menjadi bualan harian
dinilai sebagai informasi terkini dari setiap liputan
dikutuk dikeji di puji mengikut pemahaman
yang benar diambik sebagai pengajaran
memang dah termaktub dalam sunnah nabi dan al-quran
mendera, memukul dan memalu tu kan ke salah satu dari teknik pengajaran
kalau tak, tak de la pepatah sayangkan anak tangan-tangankan
tapi ibu bapa mestilah berpedoman agar anak tidak tersalah anggapan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 01:52 PM | Show all posts
alamak selalu lupa nak jual...

membuang bayi semakin berleluasa dijalankan
dikalangan gadis remaja yang masih mentah usianya
apakah pertolongan dan juga bimbingan
yang sesuai diberi pada mereka gamaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 02:00 PM | Show all posts
Originally posted by zaidi_uitm at 30-7-2007 01:16 PM

Pergi ke kedai bersama hantu
hantu tak jadi pegi sebab takut disumpah
kita sudah nak bermenantu
dinda dah ready kah menjadi opah

...


Ini kak hanim beli:

Bunga mawar berhias kaca
Kaca diltampal bunga dan renda
Kad kawin mu baru ku baca
Berwawasan jauh dah nak jadi nenda

Pantun untuk dijual:

Anak cina tangkap rama-rama
Rama-rama disimpan di dalam raga
Tambahan gaji bulan ni baru terima
Sedangkan barang berbulan dah tambah harga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 02:00 PM | Show all posts
Originally posted by zaidi_uitm at 30-7-2007 01:23 PM
jual ye...

Pergi ke kedai bersama Supit
Supit tak jadi pegi sebab tak bermaya badannya
anak2 sekarang suka merempit
salah siapa yang sebenarnya


beli

hendak rewang di rumah Pak Cik Supit
Pesan sedekah tepung barang sekampit
anak-anak sekarang suka merempit
bosan dok rumah yang semakin sempit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-7-2007 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by zaidi_uitm at 30-7-2007 01:23 PM

jual ye...

Pergi ke kedai bersama Supit
Supit tak jadi pegi sebab tak bermaya badannya
anak2 sekarang suka merempit
salah siapa yang sebenarnya ...


gua beli lah.....

kes atlantuya sering hangat dieperkatakan
dimedia disoratkhabar di internet mendapat liputan
masyarakat tak pernah bosan mengikuti perkembangan
mengapa anak merempit menjadi soalan pada persekitaran
bukankah ahlinya merupakan remaja yang sudah berfikiran
baik dan buruk sepatutnya sudah dapat dibezakan....

gua jual ye....

pasukan bola iraq mula menunjukkan taringnya
menawan Asia menjadi taruhannya
anak yang salah didikan agamanya
adakah punca utama kesilapan dari ibubapanya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 02:10 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 30-7-2007 02:00 PM
Pantun untuk dijual:

Anak cina tangkap rama-rama
Rama-rama disimpan di dalam rga
Tambahan gaji bulan ni baru terima
Sedangkan barang berbulan dah tambah harga


beli
Rama-rama cantik sekali
ibarat melihat cahaya bulan
gaji naik syukur pada Ilahi
berjimat wajar dijadi kan amalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2007 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 30-7-2007 02:02 PM
gua jual ye....

pasukan bola iraq mula menunjukkan taringnya
menawan Asia menjadi taruhannya
anak yang salah didikan agamanya
adakah punca utama kesilapan dari ibubapanya...



mag beli

Pemenang Piala Asia sudah diketahui
pasukan Iraq yang semakin digeruni
salah asuhan mungkin dari ayah dan umi
tidak kurang juga dari masyarakat sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 02:20 PM | Show all posts
mag jual :

Satu dua tiga ketuk
Nape pulak mag rasa  mengantuk?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by magdalina at 30-7-2007 02:20 PM
mag jual :

Satu dua tiga ketuk
Nape pulak mag rasa  mengantuk?????


empat lima enam lentuk
tujuh lapan sembilan lekuk
macam mana mag tak rasa mengantuk
memalam memanjang je sibuk....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 30-7-2007 02:02 PM

pasukan bola iraq mula menunjukkan taringnya
menawan Asia menjadi taruhannya
anak yang salah didikan agamanya
adakah punca utama kesilapan dari ibubapanya...


Beli yer

Lembu dan kambing Bising sedang berlaga
Hingga tertumpah padi di lesong
Bergaduh merebut limau dan anggur
Bersekitaran dan kawan keliling berperanan juga
Bukan kurang diajar tapi tak masuk langsung
Berbuih mulut ibubapa mengajar, menegur

Jual...

Pegi ke pantai mencari kerang
Kerang dibasuh tepi perigi
Apa nak jadi perkahwinan sekarang
Inai masih merah dijari suami sebok bercinta lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 02:57 PM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 30-7-2007 11:24 AM
gua jual...

ruangan gosip forum sentiasa menjadi pujaan hati
ditatap direnungi hampir forumer satu dunia
dari gosip gembira ke gosip menusuk hati
mengapa janda tidak ghairah mencari pengganti
tetapi sang duda, masih merah tanah kuburnya
rombongan merisik dah mula mencari ganti...


Tanam halia tepi perigi
Sambil menanam mulut menyanyi
Papan diatur melapik guni
Janda berdoa disurga bertemu lagi
Duda tak sanggup menahan sunyi
Kubur masih merah boleh tanam rumput permaidani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 30-7-2007 02:42 PM

Jual...

Pegi ke pantai mencari kerang
Kerang dibasuh tepi perigi
Apa nak jadi perkahwinan sekarang
Inai masih merah dijari suami sebok bercinta lagi


I beli yer hani....

Pergi ke rimba waktu dinihari,
Ingin mencari pucuklah paku,
Walau inai masih merah dijari,
Perkahwinan ini tanpa relaku....

Jualannya....

Jalan yang becak sudah berlubang,
Masihlah jauh hendak ke pekan.
Anak kakak, adik dan abang,
Mengapa perlu saling bandingkan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 03:26 PM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 30-7-2007 03:16 PM


Jualannya....

Jalan yang becak sudah berlubang,
Masihlah jauh hendak ke pekan.
Anak kakak, adik dan abang,
Mengapa perlu saling bandingkan?
...


pembelian yang dilakukan oleh tuan rumah yer.....

pembunuhan berlaku dimana-mana dengan berbagai cara
kerana manusia semakin terdesak memburu kejayaan
masa dan teknologi sentiasa berubah acara
perbandingan perlu untuk menjana penyuburan minda kalian...

tuan rumah menjual

monday blues menyerang rakyat malaysia
banyak yang MC dan banyak juga yang cuti
perkenalan bermula dari hati ke hati sesama manusia
mengapa akhirnya pasangan sering menyakitikan hati????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 04:21 PM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 30-7-2007 03:16 PM

Jualannya....

Jalan yang becak sudah berlubang,
Masihlah jauh hendak ke pekan.
Anak kakak, adik dan abang,
Mengapa perlu saling bandingkan?


Akak beli yer Madiey

Buah  selasih dalam tempayan
Buah kepayang isinya masam
Disana terkurang kasih, disini terlebih sayang
Atuk dan nenek tidak perasan

Nak jual pula

Keropok ikan kesukaan ramai
Keropok dari ikan tamban
Adakah salah benih ku semai
mawar berputik senduduk yang kembang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2007 04:30 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 30-7-2007 04:21 PM


Nak jual pula

Keropok ikan kesukaan ramai
Keropok dari ikan tamban
Adakah salah benih ku semai
mawar berputik senduduk yang kembang...


ni benih apa ni hani???????.....sorry morry...monday blues...otak gua pun semakin bluuuuuuuuueeeeeeeeeeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 30-7-2007 03:26 PM
tuan rumah menjual

monday blues menyerang rakyat malaysia
banyak yang MC dan banyak juga yang cuti
perkenalan bermula dari hati ke hati sesama manusia
mengapa akhirnya pasangan sering menyakitikan hati????


Tetamu nak beli...

Hujung minggu ke perpustakaan,
Meminjam buku tentang dunia,
Masa bercinta penuh kepuraan,
Sesudah kahwin itulah musibahnya.

Jual balik...

Jangan memandu tanpa halatuju,
Pastikan destinasi sana atau sini,
Dunia sekarang bertambah maju,
Malukah kita untuk bertani?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 30-7-2007 03:26 PM

monday blues menyerang rakyat malaysia
banyak yang MC dan banyak juga yang cuti
perkenalan bermula dari hati ke hati sesama manusia
mengapa akhirnya pasangan sering menyakitikan hati????


Beli yer tuan rumah..

Burung pipit di dahan menyanyi-nyanyi
Nak makan rambutan tapi sakit gigi
Masa berkasih perangai tak elok terkunci tersembunyi
Sudah bersama rahsia mu bukan rahsia ku lagi

Ni nak jual pulak ni..

Mandi-manda di air kali
Masak ubi tidak menjadi
Lebuhraya indah besar sekali
Kenapa kemalangan menjadi-jadi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 30-7-2007 04:21 PM

Nak jual pula

Keropok ikan kesukaan ramai
Keropok dari ikan tamban
Adakah salah benih ku semai
mawar berputik senduduk yang kembang


'Adik' beli ye 'Akak' hani....

Pakai baju kancingla suasa,
Segak bergaya dan juga lawa,
Itu la ujian dari yang Esa,
Bagi hamba yang kuat bertakwa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.086630 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list