CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Jenayah] KEMAS KINI - Kes bunuh Nur Farah Kartini: Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah.

[Copy link]
Post time 17-7-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ehh apsal la acik kertu/tak berapa kertu/ muda mudi dok KECAM pompuan yg ada affair dgn laki org dlm forum ni ha???

yg patut kena SERANAH 1st & forMOST is JANTAN KEPARAT TAK GUNA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadikn ikhtibar..mncabar dgn ank ank skrang.semoga dilindungi kturunanku dr musibah mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
koko2 replied at 17-7-2024 01:02 PM
ehh apsal la acik kertu/tak berapa kertu/ muda mudi dok KECAM pompuan yg ada affair dgn laki org dlm ...

Iya, mmg jantan Indon hanat lahabau hawau nilah yg patut dikeji, dicerca secara berjemaah 40 hari 40 malam
I yaqqin dialah yg memula tabur umpan utk menjerat Allahyarhamah supaya jatuh suka kat dia just so that dia boleh perguna serta mengambil kesempatan atas kenaifan Allahyarhamah, utk kepentingan sendiri
Then bila Allahyarhamah dah angau kat dia, dia nak lepas tangan. Taknak teruskan hubungan
Tak mustahil jugak sebab dia dah ada skandal baru utk ditunggang
Dia sebenarnya takde sekelumit pon rasa cinta & sayang kat Allahyarhamah. Kalau ada, dia takkan sampai hati utk bunuh. Bahkan dia akan cari jalan untuk memiliki secara halal

Tengok hidung jambu dia pon dah tau mmg sejenis jantan tak boleh pakai, suka memanipulasi pompuan yg lemah
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Qatrunnadaain replied at 17-7-2024 01:33 AM
Iols tertarik part chuols cakap polis akan bongkar habis2an, sebab polis ni esp yang io banyak yan ...

Nak jadi io ni at least degree holder. So ada bijak sikit laaa pemikiran + kreatif lepas jumpa pelbagai org. Dapat pulak sifu yg hebat berpengalaman, lagi cepat laa io tu berkembang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 17-7-2024 02:45 PM
Nak jadi io ni at least degree holder. So ada bijak sikit laaa pemikiran + kreatif lepas jumpa pel ...

Betul sangat. Academically/ book smart and street smart sangat diaorg ni. Kes2 gaduh2 mcm kawan iols tu kira hujung jari je maklumat dan tekaan dia.. dgn tak teragak2 okay dia tanya, perempuan ni pasangan kamu ke?, padahal  dua2 perempuan.. dah la io melayu.. haha gituuu polis kita sekarang.. lgbt awareness!
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 03:31 PM | Show all posts
koko2 replied at 17-7-2024 01:02 PM
ehh apsal la acik kertu/tak berapa kertu/ muda mudi dok KECAM pompuan yg ada affair dgn laki org dlm ...

bg dorg musibah yg berlaku berpunca dpd arwah yg disebarkan ada hubungan sulit dgn laki org wicis suspek
jd org ke3 ni end up selalunya buruk
yes, we get that

tp focus should be more on what he did
he killed a person
die yg patutnya dicondemn sehabis2nya



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2024 03:32 PM | Show all posts
anggeriklatifah replied at 16-7-2024 08:19 PM
Wow wow..apekah masud bapak suspekk...
Ade video kee..jeng jeng jeng...
Iols kann bukan apaa tau.

muka mcm faye kusyairi skit2
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 17-7-2024 04:07 PM
Qatrunnadaain replied at 17-7-2024 01:33 AM
Iols tertarik part chuols cakap polis akan bongkar habis2an, sebab polis ni esp yang io banyak yan ...


Mcm arwah ts zaman khan digelar supercop. Ada satu kes, anak2 buah puas cari kelongsong peluru dalam hutan tak jumpa2. Dia datang ada maklumat serba sedikit terus jumpa. Pengalaman dia yg banyak dan peka dengan sekeliling. Tak nmpk siapa lagi supercop zmn sekarang. Sohai haily tu lagak je lebih.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 17-7-2024 03:32 PM
muka mcm faye kusyairi skit2

Faye tu pun org sarawak.

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pocongkiutss at 17-7-2024 04:07 PM

Jantan tak guna pun kalau takde yg melayan..takde la terjadi benda ni semua

Ye dia mmg bunuh org.. semoga dia pun kena hukum gantung dan dpt balasan paling setimpal!!

Tp rasa kasihan iols lebih kpd bini and anak kecik jantan hanat ni..full stop..ini iols.. perasaan iols

Pada yg tgh menggarit dgn laki org skrg ni..stop it la..kalau tak anda yg meninggal..si bini pulak dibunuh mcm kes chriss watts...itu laaaaagi triple tragis..dgn anak2nya dibunuh sbb betina penyondol

Perempuan kalau ada empati sesama kita..takkan jd kes2 camni..jantan tak guna tu usap jela kote dia sorg2
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 17-7-2024 02:40 PM
Iya, mmg jantan Indon hanat lahabau hawau nilah yg patut dikeji, dicerca secara berjemaah 40 hari  ...

pueh ati aku baca reply ko... TERBELA jugak feeling arwah... BESAR HARAPAN aku moga jantan hanat haramjadah barua ni dpt BALASAN dunia & akhirat... mmg JANTAN KEPARAT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2024 04:31 PM | Show all posts
UTAMA

Polis jumpa telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]



ANGGOTA Unit skuba dan sub akuatik forensik PDRM menemui telefon pintar dipercayai milik mangsa Nur Farah Kartini di lokasi kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor. FOTO Asyraf Hamzah


Hulu Selangor: Telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, 12.21 tengah hari tadi.

Peranti itu ditemui anggota Unit Sub Akuatik Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas sejam menyelam.

Pada masa sama, polis turut membawa suspek, 26, ke lokasi kejadian untuk proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah Kartini.

Ketika ini, proses mencari bahan bukti lain masih dijalankan.


Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan mati, kelmarin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Berita Berkaitan

Ibu Nur Farah Kartini lakukan ujian DNA

Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat dikenal pasti

Jenazah Nur Farah Kartini kebumi di Pekan - Abang

Telefon pintar, rantai milik Nur Farah Kartini antara bukti penting dicari polis di lokasi kejadian

Pasukan penyelam polis digerakkan cari telefon pintar milik Nur Farah Kartini di lokasi kejadian esok

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Keputusan bedah siasat 'Pending Laboratory Investigation'

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan hampir mereput

Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati

Kes bunuh Nur Farah Kartini: PDRM akan siasat secara telus, adil - KPN

Suspek dibawa ke lokasi mayat ditemui

Lokasi pembunuhan Nur Farah Kartini antara kawasan tumpuan kaki pancing

Suspek sudah berkhidmat lima tahun dalam PDRM

UPSI sedia bantu urus jenazah Nur Farah Kartini

Kronologi kes bunuh Nur Farah Kartini

Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini seorang anggota polis

Kampung gempar selepas penemuan mayat

Penjawat awam direman 7 hari

Polis sahkan suspek adalah teman lelaki

'Sebak, tapi saya kena teruskan baca berita juga'

Penjawat awam ditahan bantu siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh

'Pulanglah, semua orang tunggu Farah...'

Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini

Disiarkan pada: July 17, 2024 @ 12:46pm


https://www.hmetro.com.my/amp/ut ... k-nur-farah-kartini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2024 04:34 PM | Show all posts

  


  
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dakewa replied at 16-7-2024 10:44 PM
Kalau bukan boipren dia takkanlah pulis nak cakap tu teman lelaki dia. Mestilah ade bukti2 yg menu ...


Mcm kes ira kazar kan.. elok2 bgtau bini dgn mak boyfriend sekali..siap hantar gambar lagi katanya ...aman2 sheols tak kena bunuh.. dpt pulak kawin..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2024 05:46 PM | Show all posts
UTAMA

Jenazah Nur Farah Kartini tidak boleh dituntut hari ini, perlu tunggu keputusan DNA

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]



HUSSEIN ketika hadir di lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor. FOTO Asyraf Hamzah


Sungai Buloh: Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tidak boleh dituntut hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu kerana pihaknya perlu menunggu keputusan sampel DNA (asid deoksiribonukleik) yang diambil daripada ahli keluarganya.

"Tidak (tuntut jenazah hari ini) kerana ia (keputusan ujian DNA) mungkin ambil masa beberapa hari," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Perkara itu turut diakui oleh abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, yang memaklumkan pihaknya perlu menunggu keputusan DNA sebelum boleh menuntut jenazah adiknya itu.

Sehingga 4.15 petang tadi, tiada kelibat ahli keluarga Nur Farah dilihat di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Nur Farah hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Klebang, Hulu Selangor.

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang, kelmarin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam berusia 26 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis Perak kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: July 17, 2024 @ 4:33pm


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... lu-tunggu-keputusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2024 05:48 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 17-7-2024 05:48 PM

Kesian arwah yeolss. Lamanya. Tersiksa arwah. Dahlah sana sini spekulasi
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 06:47 PM | Show all posts
koko2 replied at 17-7-2024 01:02 PM
ehh apsal la acik kertu/tak berapa kertu/ muda mudi dok KECAM pompuan yg ada affair dgn laki org dlm ...

Haa aku pun x faham. Dlm titok pun gitu. Mentang2 org dah mati yg kat luar ni ckp mcm2. Yg tahu cerita sebenar hanya dia n jantan tu. famili jantan pun dh stat nak memberatkan tuduhan ke arwah

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dikebumikan di Pekan...abang dia stay Pekan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2024 06:53 PM | Show all posts
MUTAKHIR

Ibu Nur Farah Kartini lakukan ujian DNA

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]



AHLI keluarga dilihat sebak selepas mengetahui keputusan bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, semalam. FOTO Bernama


Sungai Buloh: Ibu kepada Nur Farah Kartini Abdullah, 25, melakukan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) di Hospital Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, yang dihubungi, hari ini.

Difahamkan, urusan menuntut jenazah akan dilakukan sebaik sahaja urusan pengambilan sampel DNA ibu mangsa di Hospital Kuala Kubu Bharu, selesai.

Mohd Fariza berkata, pihak keluarga mahu menyelesaikan dahulu urusan pengambilan sampel DNA ibu mereka sebelum menuntut jenazah mangsa.

"Saya tak pasti lagi jam berapa boleh datang ke Jabatan Perubatan Forensik (Hospital Sungai Buloh) untuk tuntut jenazah.

"Kami perlu selesaikan perkara ini dahulu (urusan pengambilan sampel DNA ibu) di Hospital Kuala Kubu Bharu sebelum tuntut jenazah", katanya.

Beliau turut memaklumkan jenazah Nur Farah Kartini akan dikebumikan di Pekan, Pahang, namun tidak berkongsi maklumat lanjut berhubung perkara itu.

"Saya akan kongsikan kepada media sebaik tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh nanti," katanya.

Setakat jam 12.30 tengah hari, tiada kelibat ahli keluarga mahupun waris terdekat dilihat berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, beberapa pengamal media yang 'berkampung' di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan sejak jam 7 pagi tadi masih menunggu ketibaan ahli keluarga Nur Farah Kartini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Nur Farah hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang, kelmarin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam berusia 26 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis Perak kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: July 17, 2024 @ 12:43pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-lakukan-ujian-dna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.110896 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list