CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
Post time 14-2-2012 09:05 PM | Show all posts
ade kes sorang leh dapat lebih dari sekali tu camne lak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 09:07 PM | Show all posts
BR1M sumber judi ka sumber casino PAHANG - mcm kat penang DULU
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 10:33 PM | Show all posts
mcm2 yg mengata...tp bila dh dpt amik jugakkan.?
duit tu dr hasil incometax termasukla yg aku bayar tiap2 buln tau...
klu rasa duit tu dr sumber yg meragukan xpayah la nk bising2...JGN isi borang tu je
klu layak terima TAK PAYAH amik..ramai lg yg nak kn duit tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 11:02 PM | Show all posts
BR1M Bukan Sumber Pinjaman


PUTRAJAYA: Kerajaan tidak meminjam daripada mana-mana pihak termasuk Bank Dunia atau menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai Program Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Selasa menjelaskan bahawa kerajaan melaksanakan program BR1M menggunakan peruntukan perbelanjaan mengurus yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012.

"Oleh itu, adalah jelas kerajaan tidak meminjam daripada mana-mana pihak. Kerajaan juga tidak menggunakan wang KWSP atau mana-mana entiti tempatan untuk membiayai program ini," katanya.

Program BR1M yang bertujuan mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah dan mudah terjejas akibat kenaikan kos sara hidup mendapat sambutan mengalakkan daripada kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM3,000.

Sehingga 12 Februari, sebanyak RM602,579,500 baucar BR1M telah ditunaikan.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,597,434 orang telah membuat permohonan BR1M dan 3,580,916 permohonan telah diluluskan.

Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula BR1M boleh dibuat sehingga 15 Mac dan format khas rayuan BR1M boleh didapati di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan www.treasury.gov.my.

Kementerian Kewangan berkata sebanyak 54,531 permohonan borang rayuan telah diterima dengan 31,368 permohonan rayuan masih diproses dan 21,827 permohonan telah diluluskan.

Kenyataan itu berkata antara sebab permohonan BR1M tidak berjaya ialah maklumat di borang permohonan tidak lengkap atau salah, pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan permohonan lebih daripada sekali oleh individu dalam isi rumah yang sama.

"Kerajaan amat berpuas hati dengan kejayaan program BR1M yang sedang dilaksanakan dengan giatnya. Bagi mereka yang tidak berjaya dan belum mengemukakan rayuan, mereka dipohon berbuat demikian dengan segera," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 06:24 PM | Show all posts
TPM: BR1M wang rakyat, bukan 'rasuah'


3:59PM Feb 16, 2012


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Bantuan Rakyat Malaysia (BR1M) bukan "rasuah" sebaliknya adalah wang rakyat yang diberikan semula kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata bantuan berkenaan diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik.
   
"Itu duit rakyat, dan tidak salah beri balik, orang PAS (pun) naik pentas ambil bantuan itu," katanya ketika berucap di majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Pusat Rekreasi Air Balok, Beserah yang dihadiri lebih 20,000 orang di Kuantan, hari ini.
   
Muhyiddin berkata kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa prihatin akan bebanan yang ditanggung rakyat ketika ini.

"BN tawar apa yang  mampu sahaja, dan tidak buat pinjaman untuk beri bantuan termasuk BR1M, kita guna simpanan sendiri," kata Muhyiddin.
   
Muhyiddin berkata kerajaan juga membelanjakan sejumlah RM33 bilion setahun untuk subsidi kepada rakyat.
   
"RM10 hingga RM12 bilion untuk bahan api, ramai yang tidak sedar, kita juga subsidi harga gula dan harga gula lebih rendah (berbanding) di Thailand, (sedangkan Thailand) merupakan negara pengeluar keenam gula di dunia," katanya.
   
Timbalan perdana menteri berkata kerajaan telah melakukan pelbagai program dan bantuan semata-mata untuk memastikan rakyat tidak dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi.
   
"Isu yang dimainkan pembangkang menjelang pilihan raya ialah kenaikan kos hidup, sebenarnya kerajaan telah bantu tingkatkan pendapatan rakyat termasuk beri bantuan kepada petani, usahawan dan sebagainya.
   
"Pelbagai inisiatif yang diambil adalah bagi pastikan rakyat mendapat pendapatan yang tinggi, produktiviti negara meningkat, kawal inflasi dan kurang perbelanjaan kerajaan," katanya.
   
Beliau berkata kerajaan juga telah memperkenalkan kawalan harga untuk memastikan harga barang tidak terus membebankan rakyat.
   
"Jika kerajaan BN tidak masuk campur, harga barang ini adalah tinggi, kos hidup akan lebih tinggi," katanya.
   
Muhyiddin berkata bagi mencapai sebuah negara maju, kerajaan juga mensasarkan pendapatan per kapita adalah sebanyak US$15,000 menjelang tahun 2020 berbanding ketika ini iaitu US$9,500.
   
"Kita perlu kekalkan pertumbuhan ekonomi pada kadar lima peratus setahun, kerajaan BN mempunyai wawasan dan berpandangan jauh, kita bukan hendak selesaikan masalah hari ini sahaja tapi generasi akan datang," katanya.
   
Beliau berkata rakyat perlu menyokong usaha transformasi yang dilakukan kerajaan dan mereka (rakyat) perlu sedar bahawa tanpa perancangan dan transformasi yang utuh, negara maju dan kaya seperti negara tertentu di Eropah juga boleh jatuh miskin.
   
Di majlis berkenaan, Muhyiddin turut mengumumkan beberapa peruntukan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan berjumlah RM19.8 juta, antaranya membina masjid Chengal Lempong, Beserah bernilai RM4 juta, membina dewan serbaguna Kampung Peramu, Kuantan (RM1juta), menaiktaraf sistem perparitan di kampung nelayan Beserah (RM3.5 juta), dan pembinaan semula gerai dan pasar ikan di Beserah (RM6 juta).

- Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 06:26 PM | Show all posts
BR1M: Kementerian Kewangan beri penjelasan

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Kerajaan tidak meminjam daripada mana-mana pihak termasuk Bank Dunia atau menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai Program Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, pelaksanaan program BR1M adalah menggunakan peruntukan perbelanjaan mengurus yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012.

"Oleh itu, adalah jelas kerajaan tidak meminjam daripada mana-mana pihak. Kerajaan juga tidak menggunakan wang KWSP atau entiti tempatan untuk membiayai program ini.

"Program BR1M yang bertujuan mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah dan mudah terjejas akibat kenaikan kos sara hidup mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM3,000.

"Sehingga 12 Februari, sebanyak RM602,579,500 baucar BR1M telah ditunaikan. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,597,434 orang telah membuat permohonan BR1M dan 3,580,916 telah diluluskan," kata kenyataan itu hari ini.

Bagi pemohon yang gagal, Kementerian Kewangan memberitahu, rayuan semula BR1M boleh dibuat sehingga 15 Mac dan format khas rayuan boleh didapati di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan www.treasury.gov.my.

Tambah kenyataan itu, sebanyak 54,531 permohonan borang rayuan telah diterima dengan 31,368 masih diproses dan 21,827 diluluskan.

"Antara sebab permohonan BR1M tidak berjaya ialah maklumat di borang tidak lengkap atau salah, pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan memohon lebih daripada sekali oleh individu dalam isi rumah yang sama.

"Kerajaan amat berpuas hati dengan kejayaan program BR1M yang sedang dilaksanakan dengan giatnya. Bagi mereka yang tidak berjaya dan belum mengemukakan rayuan, mereka diminta berbuat demikian dengan segera," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-2-2012 06:27 PM | Show all posts
Kerajaan sedia lanjutkan tempoh rayuan BR1M - Najib

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia melanjutkan tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang layak selepas 15 Mac ini.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memberi peluang kepada para pemohon yang layak sungguhpun nama mereka tidak tersenarai sebelum ini.

"Yang layak, boleh buat rayuan dan diteruskan sampai 15 Mac tetapi kalau ada lagi, boleh sambung.

"Ini supaya semua yang ditafsirkan layak boleh menerima bantuan BR1M," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.

Perdana Menteri berkata, BR1M merupakan satu bentuk kaedah yang sangat berkesan bagi membantu meringankan beban rakyat.

"Mesyuarat hari ini memaklumkan bahawa pemberian ini sangat dihargai oleh rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Najib memberitahu, mesyuarat malam ini telah meluluskan keahlian tiga pertubuhan sebagai Ahli Gabungan BN.

Katanya, tiga pertubuhan tersebut ialah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Persatuan Bekas Anggota Kemas dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.\

"Tiga permohonan itu diputuskan daripada 11 permohonan yang kami terima," katanya.

Kepada satu soalan, beliau berkata, semua pihak berhak menganjurkan perhimpunan termasuk Perhimpunan Hijau di Kuantan dua minggu lagi selagi ia selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2011.

"Kita tidak akan halang, malahan perhimpunan kita jauh lebih besar dan dihadiri ramai orang," tegasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 06:27 PM | Show all posts
kat opis ada keleg dpt bantuan BR1M..

Dia cerita, mula2 gi daftar kat LHDN..dlm 2 minggu dpt sura ...
carold Post at 13-2-2012 10:19



    x yah pergi dengar ucapan tu pun xper kan? tu semua nak amik mileage politik ajer ...nanti diorang serahkan juga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2012 06:49 PM | Show all posts


*rezeki jangan ditolak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 09:33 AM | Show all posts
x yah pergi dengar ucapan tu pun xper kan? tu semua nak amik mileage politik ajer ...nanti ...
abgboroi Post at 16-2-2012 18:27



   entah la boroi..
keleg ckp..dari pejabat daerah mmg disuruh pegi ke pejb. umno..
jadi keleg pun pergi je la...mana dia tau ada ucapan ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 09:41 AM | Show all posts
Reply 369# along3746

keh keh keh!

Happy je pakcik tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2012 09:44 AM | Show all posts
Reply 371# kasmela


    rezeki jangan ditolak bang..
    nak pangkah mana tu lain kira..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2012 09:45 AM | Show all posts
Reply 370# carold


    biasa lah parti yang dah lebih 50 thn memerintah ni..
    duit kerajaan dia buat mcm duit parti dia jer..
    susah nak ubah mentaliti ni dah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 09:47 AM | Show all posts
Reply  kasmela


    rezeki jangan ditolak bang..
    nak pangkah mana tu lain kira..
along3746 Post at 17-2-2012 09:44


pangkah je kepala hotak dia berkepiah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 09:51 AM | Show all posts
Reply  carold
    biasa lah parti yang dah lebih 50 thn memerintah ni..
    duit kerajaan dia ...
along3746 Post at 17-2-2012 09:45



   nak bagi. bagi je la
suh kesana kemari..
duit minyak, masa yg terbuang. dpt rm500 pun tpi mesti bebekas rasa sakit hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2012 09:52 AM | Show all posts
pangkah je kepala hotak dia berkepiah tu.
kasmela Post at 17-2-2012 09:47



    hai bang.. marah ke pakcik tu dapat BR1M ni..
    rilex lah, dah memang dia layak.. ape salahnyer dia terima..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 09:54 AM | Show all posts
Reply 376# along3746

EH! tak marah lah. I pangkah2 manja gittew. Tengok muka pakcik tu ada gak muka rejeki, selain dari muka tak tau malu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 10:12 AM | Show all posts
entah la boroi..
keleg ckp..dari pejabat daerah mmg disuruh pegi ke pejb. umno..
jadi kel ...
carold Post at 17-2-2012 09:33



saya rasa logik laa pemberian tu dengan umno sebab kerajaan BN masih memerintah...ehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2012 10:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 11:22 AM | Show all posts
BR1M recipients throw manners out the window in Selangau

SELANGAU: A stampede almost occured when the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 vouchers were given out to the third batch of 3,000 successful applicants at SJK Tong Ah Hall here.

The recipients were, to put it simply, a nasty lot — pushing and shoving each other to get to the prime spots hoping to get their vouchers early, yesterday.

They were so impatient and intent on getting the vouchers that they just ignored Tamin assemblyman Joseph Mauh Ikeh’s appeal to them to behave in an orderly manner.

What was sad to see was that even the elderly were involved in the scuffle.

The recipients assembled in front of the stage and when it was time to give out the vouchers, those from behind pushed forward so hard that a stampede almost happened.

Some of the elderly had to be helped onto the stage as they were caught and almost squashed in the seething crowd.

The emcee for the function, including several officers from the Selangau District Office, had to warn the crowd to stop pushing and even threatened not to distribute the vouchers if they continued to be disorderly.

The warning did not work, of course. In fact, it agitated many in the crowd who grew even more impatient.

A man was heard shouting at the officers, telling them to just do their jobs of serving the rakyat by giving them the vouchers.

Successful applicants began gathering at the hall as early as 7am, although the vouchers were to be distributed at 10.30am after Mauh had delivered his speech.

Being a very impatient lot, some in the crowd grumbled about having to listen to Mauh’s speech when instead, they just wanted to get the vouchers and be off to whatever else they wanted to do for the rest of the day.

In his speech, Mauh explained that the Government was giving out the aid because it cared for the people regardless of race and religion.

“It is only the Government of the day that can help you. Thus, it is important that you continue to give your support to the Barisan Nasional Government — election or not.” Perhaps Mauh should not have said that.

Some of the listeners were later heard to say that whatever money the Government gave away belonged to the taxpayers.


Mauh also advised them to take their children’s education seriously as with the implementation of Sarawak Corridor of Renewable Energy, a lot of skilled workers would be needed.

He also mentioned that Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyddin Yassin would visit Selangau on Feb 24 to meet the people.


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=...420&sec=sarawak

-----------------------------------
angin je kene paksa dengar ceramah.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kru Kabin Malaysia Airlines Diiktiraf Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia.No 1 Singapore Airlines
YgBenarKru Kabin Malaysia Airlines Diiktiraf An
Views : 7422 Replies : 4
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 294816 Replies : 7326
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9315 Replies : 22
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78827 Replies : 3284
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10052 Replies : 82
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13329 Replies : 104
Bob Marley, One Love (2024)
maklukpenggodaBob Marley, One Love (2024)
Views : 6194 Replies : 2
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106877 Replies : 2928
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 12550 Replies : 167
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 17685 Replies : 147

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.081890 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list