|
220796 posted on 27-6-2013 08:55 AM 
orait! jom!!!
Ayu PM saya untuk spree ni... tq 
|
|
|
|
|
|
|
|
sis2 sayang laling sekalian.....please jgn guna ayat 'pm sy' tu..kang habis thread ni kene campak ke thread jualbeli.....juz pm sy personally sbb kite jd rakan underground tuk spree kan....
sori mod~sila jgn murka kat saya....  |
|
|
|
|
|
|
|
220796 posted on 24-6-2013 02:59 PM 
jom sis....kumpul 5org dpt harga special...spree.....
hi akak,
saya cadangkan akak buka thread spree khas utk thread ini di bod jual beli sana. link thread spree sana boleh diletakkan disini.jadi sape2 yang tanya nak spree ke apa bagi je dorang link ni.
daripada reply post sorang2 ajak buat spree macam tak cool lah.lagipun kalau kita buat gini spree tu lebih teratur.
kita nak kekalkan thread di bod ini utk perbincangan aje.thread lain pun dah buat benda sama iaitu buka thread jual beli/spree di bod jual beli dan letak link di sini.saya ok je.tapi khas utk link forum cari je ye.
terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
baru start mkn maixara last week..telan 2 bijik sehari..nampak pori2 makin kecik & black heads dah byk kurang..pasni ingat nak.try phytonatal NR..bole ke mkn skali ngan maixara? |
|
|
|
|
|
|
|
sepoibahasa posted on 18-6-2013 01:51 PM 
tak cantik..gedik je lebih dok menukar2..wakakakakakak...sekarang dok Makan RS..sebelum ni NH coll ...
ahkak cepoi mkn RS tu okeh tak? tgk testi kat IG Rita kemain letop..
|
|
|
|
|
|
|
|
baru 2 hari makan yg HA tu... too soon to tell the difference... cuma 1 aje ai noticed, cepat dahaga... b4 this makan yg without HA... member kata cerah sket... anyway, nk terus continue makan maixara yg tablet ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tabasco posted on 27-6-2013 01:06 PM 
hi akak,
saya cadangkan akak buka thread spree khas utk thread ini di bod jual beli sana. link ...
jgn le murka sis....dh bukak dah....cara tu mmg tak cool tp hot  |
|
|
|
|
|
|
|
220796 posted on 2-7-2013 09:59 AM
jgn le murka sis....dh bukak dah....cara tu mmg tak cool tp hot
Hahaha xdak murka...cuma explain je sebab mungkin ada yang masih belum faham.
|
|
|
|
|
|
|
|
tabasco posted on 2-7-2013 04:58 PM 
Hahaha xdak murka...cuma explain je sebab mungkin ada yang masih belum faham.
kalau bukak je tak selit kat sini takde sape yg join le sis...sini yg plg ramai wanita gojes dtg melawat kawasan..... |
|
|
|
|
|
|
|
alih2 jadi tempat berniaga gak lar... |
|
|
|
|
|
|
|
Tengah kemam Maixara sambil melayan 'porem'...  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada siapa-siapa berminat dengan produk maixara..boleh pm saya ya..ada harga promosi |
|
|
|
|
|
|
|
elok ke maixara ni?
dah try order mcs satu. nakkan kulit sekata dan bersih je. tak putih takpe.
ada sape2 dpt negative side effect tak? |
|
|
|
|
|
|
|
crunchez posted on 5-7-2013 02:13 PM 
elok ke maixara ni?
dah try order mcs satu. nakkan kulit sekata dan bersih je. tak putih takpe.
Yup! Nk kata putih tu tkde la kot... tp kulit nmpk bersih n halus gitu! Klu mmg ikutkan tk cukup kemam sebiji Maixara... kadang2 Hakak kemam smpi dua - tiga biji! 
|
|
|
|
|
|
|
|
maixara kene rampas. Da tak leh makan ke? Aduiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kna rampas.
Sejak bila la produk ni menjadi pun aku x tau..
Propa je lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
dah stop makan produk ni sebab period tak datang for 2 mths since mkn produk ni..... lepas tu bila period dtg macam paip air bocor n blood pressure naik.... doktor refer tu pakar tapi tak sempat jumpa pakar period tu stop after 14 dys...... tp org komen muka glowing n cantik .......... |
|
|
|
|
|
|
|
baru aje nk menerai...
tpi sbb baru dpt tau kata diri ini pregnant,so stop angan2 nk beli produk yg berbagai2 panjang dlm list nih...
walopon ada yg kata bole aje...
tpi me was was nk makn time preggy nih..
so da buang kertas tuh...huihuu |
|
|
|
|
|
|
|
Produk kecantikan haram guna artis popular diserbu
Dua pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memeriksa mesin memproses suplemen kecantikan dalam serbuan di sebuah kilang di Semenyih, Selangor, semalam.
HULU LANGAT 23 Julai - Bagi menyakinkan pelanggan dan melariskan produk, sepasang suami isteri yang mengeluarkan suplemen kecantikan melantik seorang pelakon jelita tempatan sebagai duta bagi mempromosikan produk tersebut.
Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.
Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.
Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).
Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.
Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.
Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.
Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.
"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.
"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.
Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.
Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|