CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: moller

AKADKU YANG TERAKHIR [AMAR BAHARIN DAN TIZ ZAQYAH]

 Close [Copy link]
Post time 30-3-2016 04:28 PM | Show all posts
moller replied at 30-3-2016 04:24 PM
siapakah gerangannya kan
kemain...mcm x de banatal lain dah
kalo pempuan peluk comey je tgk nya: ...

kalo dia jadi tukang payung
apa motip kene bawa kulu kilir bantal stobewi tu ek
ke tu bantal busyuk amar??hahahhaah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2016 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hijau88 at 31-3-2016 10:45 PM

Wehuuuuuuu. Jam 6 lak tygannya. Xpe la, harus cari masa utk tgk. Hiks.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 11:21 AM | Show all posts
Cite ni ganti uda dan dara ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2016 12:53 PM | Show all posts
qis13 replied at 31-3-2016 11:21 AM
Cite ni ganti uda dan dara ek

aah...ganti uda dara
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaaaaaaa. Bru tau amar ni lagi tua dr TZ rupanya. Kikikiki.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hijau88 at 1-4-2016 02:03 PM

Laaaaaaaa. Pengarah pun btukar rupanya. Apsl eyh? Pelikkkkk.
http://www.hmetro.com.my/node/126792?m=1
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-4-2016 08:41 AM | Show all posts
hijau88 replied at 31-3-2016 10:45 PM
Laaaaaaaaa. Bru tau amar ni lagi tua dr TZ rupanya. Kikikiki.

amar nk masuk 31 taun ni uols...
awet muda dia tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2016 01:51 PM | Show all posts
tukar pengarah...tukar heroin...
blh tahan gak masalah drama ni sblm start
hope akan terbayar dgn sambutan yg baik....haraplah



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2016 01:59 PM | Show all posts
dr harian metro

Selepas kejayaan telenovela Memori Cinta Suraya yang ditayang-kan sepanjang tahun lalu hingga awal tahun ini, Global Station Sdn Bhd tampil dengan buah tangan terbaru mereka berjudul Akadku Yang Terakhir.
Drama bersiri 43 episod ini mempertaruhkan pelakon hebat Tiz Zaqyah dan Amar Baharin selaku pelakon utama.
Biarpun mereka pertama kali disatukan sebagai pasangan hero dan heroin, pengarahnya Harris Fadzillah Abd Samad, 48, yakin keserasian mereka mampu menarik perhatian penonton.
Harris turut menyifatkan pembabitan Tiz pada saat akhir bagi menggantikan pelakon asal, Mia Ahmad adalah tepat.
“Saya melihat Tiz mempunyai keistimewaan tersendiri dalam melakonkan watak Rania. Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengannya, jadi saya rasa dia tidak mempunyai masalah membawakan watak itu.
“Kebolehan dan kemampuannya melakonkan sesuatu watak tidak perlu dipertikaikan. Jadi, saya tidak berdepan sebarang masalah. Begitu juga dengan Amar, dia sangat memberi dalam watak Irham.
“Saya sudah tahu cara kerja dan lakonan mereka. Tinggal lagi saya perlu memberi sedikit sentuhan supaya ia berbeza daripada watak lakonan mereka sebelumnya,” katanya.
Menurut Harris, selain perlu berdepan dengan perubahan pelakon utama, dia juga terpaksa menggantikan kerusi pengarah yang pada mulanya diberikan kepada Amie Maziah.
“Ini kali pertama saya melalui situasi seperti ini. Namun, saya tidak kisah kerana menganggap ia adalah rezeki dan kepercayaan daripada pihak penerbit.
“Pada mulanya saya berasa pelik, tetapi saya sekadar bersangka baik. Saya tidak mahu mencampuri apa masalah yang berlaku sebelumnya. Jadi saya meminta mereka untuk memberi masa supaya saya dapat memahami jalan cerita dan watak,” katanya.
Harris berkata, dia mengambil alih tugas Amie Maziah selepas pengarah itu mengarah selama 15 hari.
“Saya bermula dari awal apabila perlu membaca skrip dan mengenal karakter setiap watak. Malah, terdapat beberapa babak perlu dirakam semula.
“Bagaimanapun, ia tidak memberikan banyak kesan kerana dalam tempoh 15 hari itu ia membabitkan banyak babak dan bukannya pada satu episod penuh semata-mata,” katanya.
Menurut Harris, bukan perkara mudah apabila perlu menyambung tugas orang lain kerana sentuhan setiap pengarah berbeza.
Drama yang mengambil masa penggambaran selama lima bulan ini memberi satu lagi pengalaman baru buat Harris yang belum pernah mengarahkan drama berepisod yang panjang.
Drama Akadku Yang Terakhir mengisahkan Irham Zahri lakonan Amar ialah seorang pengurus pemasaran berjaya.
Namun, dia diarahkan bapanya Tuan Alaudin (Rusdi Ramli) untuk berjumpa dengan pakar psikiatri.
Ini kerana Irham sudah berkahwin dan bercerai tiga kali dalam tempoh tiga tahun. Bagaimanapun, Irham menentang cadangan bapanya yang dirasakan mengarut.
Sementara itu, Rania (Tiz Zaqyah) adalah pakar psikiatri muda yang diarahkan ketuanya untuk mengendalikan kes Ihram Zahri.
Pada sesi pertama terapi, Irham tidak memberi kerjasama dan berharap Rania akan berputus asa terhadapnya.
Irham pula menawarkan Rania RM5,000 bagi tujuan memalsukan laporan kedatangan sesi terapinya.
Selain Tiz dan Amar, drama ini turut menampilkan beberapa pelakon lain iaitu Rusdi Ramli, Fikhree Abu Bakar, Mardiana Alwi, Puteri Emilia Norfarihin Mohd Hanif, Kuza, Zulkifli Ismail dan Dian P Ramlee.
Drama ini bakal menemui penonton pada 6 April depan di saluran Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Buang rasa kekok
Amar, 31, mengakui gemuruh apabila kali pertama berlakon de-ngan Tiz Zaqyah.
“Semua tahu Tiz adalah pelakon yang bagus. Jadi apabila mengetahui dia yang melakonkan watak Rania, saya sedikit gementar. Namun, sikapnya yang mudah mesra dan bersahaja di lokasi membuatkan saya cepat selesa.
“Saya juga terkejut dengan sikapnya yang ‘gila-gila’. Bukan apa, selama ini saya melihat kebanyakan watak dilakonkan adalah wanita lembut,” katanya.
Menurut Amar, sudah menjadi rutin di lokasi dia dan Tiz mengadakan latihan dialog dan merancang babak yang ingin dibuat sebelum memulakan penggambaran.
Mengenai pertukaran pelakon dan pengarah, Amar sebagai pelakon tidak mahu masuk campur sebaliknya terus bersikap profesional.
“Memang agak terkejut juga apabila Tiz menggantikan tempat Mia. Bukan apa, sebelumnya peminat sudah berkongsi di laman sosial berkenaan pembabitan Mia. Namun, apabila berlaku pertukaran, saya okey. Tidak timbul soal saya memilih pelakon.
“Begitu juga dengan pertukaran pengarah, ia sangat mengejutkan keseluruhan pasukan. Saya sebagai pelakon menghormati setiap keputusan dibuat. Dari segi lakonan, tidak ada yang terjejas,” katanya.
Sementara itu, Tiz tidak berdepan sebarang masalah apabila berlakon bersama Amar mahupun pengarahnya.
“Lakonan Amar memudahkan proses penggambaran. Kami saling bekerjasama dan memberi supaya watak itu jadi seimbang.
“Sikapnya yang mudah mesra membuatkan kami cepat serasi. Walaupun tidak pernah berjumpa, saya mengenalinya sebagai pelakon yang mempunyai ramai peminat,” katanya.
Tiz berkata, dia sentiasa mempercayai bakat pelakon lelaki yang berlakon dengannya.
Tiz juga tidak sesekali mencipta jurang sebaliknya saling berbincang bagi mendapatkan ‘feel’ dalam seseuatu babak.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2016 02:03 PM | Show all posts
with tenaga kerja AYT


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2016 02:05 PM | Show all posts
masa wat montaj kan








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2016 02:06 PM | Show all posts
suka yg ni...walau takat tnjuk tngn je




Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
moller replied at 1-4-2016 01:51 PM
tukar pengarah...tukar heroin...
blh tahan gak masalah drama ni sblm start
hope akan terbayar dgn  ...

Memacam hal. Klu pelakon tu sbb mia yg xnak kan, ada tawaran lain. Bab pengarah tu, curious iols, apsl la tew.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 10:32 PM | Show all posts
ulaangan slot nih hari apa kul brp??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2016 08:50 AM | Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 1-4-2016 10:32 PM
ulaangan slot nih hari apa kul brp??

ulangan mcm bese kul 12 tgh mlm
tiap senin smpai jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 03:58 PM | Show all posts
apeeee??....abam misai pon arini ade?......weh mau mereng dok keja tv nihhh...

mne nk keja abam rambut kembang ...abam misai...adehhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2016 04:21 PM | Show all posts
tweety_kl replied at 4-4-2016 03:58 PM
apeeee??....abam misai pon arini ade?......weh mau mereng dok keja tv nihhh...

mne nk kej ...

Kihkih...
abam misai stat 6-Apr...rabu ni
bkn hari ni
x lama g gegirl oii
mmg berpinau mata dok nk tgk si misai ngn si rmbut kembang
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 04:26 PM | Show all posts
moller replied at 4-4-2016 04:21 PM
Kihkih...
abam misai stat 6-Apr...rabu ni
bkn hari ni

oh yeke.....hehhe  teradvance laks abam misai ahakssss....
terpsiko awal lakssss...hahhaaa...
xmenahan ost kelah2 kt taman gitewww..hahaaa....hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeszaaaaa. Xlama lgi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 03:18 AM | Show all posts
moller replied at 4-4-2016 08:50 AM
ulangan mcm bese kul 12 tgh mlm
tiap senin smpai jumaat

ooooo ok...tq

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.117164 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list