|
Ikan Bilis Penuh Khasiat (BILIS KOPEK dari SABAH)
[Copy link]
|
|
GiftofBorneo replied at 14-9-2016 11:14 AM
Siapa kata Ikan Bilis tinggi Cholestrol?
ye ke...ikan bilis mesti sentiasa ada kat dapur,senang nak masak beli yg dah siap kopek je |
|
|
|
|
|
|
|
kalau masak nasi goreng memang saya akan tumbuk sekali dgn cili dan bawang...
rasanya umph
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 3-10-2016 07:41 PM
sedikit info tentang ikan bilis
Ikan bilis merupakan ahli keluarga (Engraulidae) bagi ikan air masin kecil yang lazim. Ikan ikan genera Stolephorus dan Encrasicholina (bunga air) adalah biasa di Malaysia. Ikan bilis ialah ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada badannya. Panjang maksimumnya ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang kecil dan tajam pada kedua-dua rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan herring. Makanan utama ikan bilis ialah plankton.
Ikan bilis juga dikenali sebagai "ikan teri" di Indonesia. Di Malaysia, Indonesia, dan beberapa tempat di Singapura, ikan bilis digunakan untuk membuat pati ikan, sambal, atau digorang minyak banyak serta dihidangkan dengan nasi lemak. Ikan bilis biasanya digunakan dengan cara yang sama dengan udang kering dalam masakan Malaysia. Ikan bilis juga digunakan dalam penghasilan budu, melalui proses penapaian. Di Vietnam, ikan bilis adalah ramuan utama sos ikan- nước mắm- sos kebangsaan tidak rasmi Vietnam.
Khasiat Ikan bilis
Mengandungi Kalium (untuk saraf dan otak), Kalsium (tulang), Selenium(yang sangat diperlukan oleh jantung), protein (untuk tisu dan otot),
Namun ikan bilis juga mengandungi banyak purin yang meningkatkan asid urik yang tidak sesuai untuk pesakit gout. Jika ingin kurangkan kolestrol, buang isi perut dan kepala sebelum memasak.
Masakan menggunakan ikan bilis
Sambal ikan bilis
Sambal hijau ikan bilis
Sambal hitam ikan bilis
Sambal petai ikan bilis
Serunding ikan bilis
Kerabu ikan bilis
Ikan bilis juga boleh digunakan sebagai perasa dalam masakan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terus rasa cam nak gi mkn lunch je bila tgh masakan awak ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|