CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: CARI-LTS

Kalau Pembangkang Menang, Muhyiddin Akan Dilantik Sebagai PM- Mahathir

[Copy link]
Post time 28-9-2016 11:14 PM | Show all posts
madey will always madey.

baru sehari dua dlm pembangkang terus rasa mcm abang besar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2016 11:22 PM | Show all posts
GILIRAN PAKATAN PIKUL BEBAN “BIAWAK HIDUP”

Giliran Pakatan melayan karenah nya, akur lah pada kehendak nya.

Belum apa apa lagi Mahathir sudah berlagak dia sebagai Ketua kepada Pakatan Harapan.

Dengan selamba sahaja Mahathir umum Muhyiddin bakal jadi Perdana Menteri jika Pakatan menang piilihan raya ke14 nanti.

Atas kapasiti apa dan tanpa rasa malu Mahathir mengistiharkan nya , semua orang tertanya tanya juga.

Namun dari apa yang dinyatakan oleh Mahathir , amat jelas sekali ia hanya untuk memberi laluan kepada Perdana Menteri yang sebenar nya yang dia kehendaki, tiada lain melainkan anak nya sendiri.

Maka dengan menamakan Muhyiddin sebagai PM, maka Mahathir menutup awal awal pintu untuk pihak lain menamakan calon mereka lain dari kelompok Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri.

Jelas sekali dari dulu sehingga hari ini , itu sahaja yang ada dalam kepala otak Tun Mahathir , kerana Muhyiddin adalah “boneka” yang boleh di suruh arah buat kerja kotor meluluskan dan melakukan apa yang Abdullah Badawi dan DS Najib Tun Razak enggan laksanakan.

Selepas Muhyiddin melakukan kerja kerja Mahathir dan diberi kenikmatan merasai jawatan Perdana Menteri , maka dengan mudah diarahkan turun bila dikehendaki.

Sebenar nya ini adalah rencana Tun Mahathir dikala Muhyiddin masih menjadi orang nombor 2 UMNO, tetapi dibatalkan kerana Muhyiddin sudah di terajang keluar dari UMNO. Malah Mukhriz juga sudah diterajang keluar dari UMNO juga.

Maka rencana ini disambung dalam Pakatan Harapan pula.

Kini mula lah Pakatan Harapan merasai apa yang UMNO alami selama ini.

Sentiasa melayani karenah dan kehendak seorang individu sahaja, jika tidak dia akan merajuk keluar dan memporak peranda kan parti.

Jika dia tidak merajuk keluar, dia akan mencipta isu seperti yang dikenakan kepada Abdullah Ahmad Badawi.

Atas kebijaksanaan Majlis Tertinggi dan Presiden UMNO DS Najib, cubaan kali kedua telah gagal dan berjaya dihalang.

Semua auta dan temberang nya hanya dipercayai oleh Pembangkang dan pentaksub sahaja, isu ciptaan seperti 1MDB sudah tidak laku lagi ahli UMNO menyatakan “tidak” pada cubaan kali kedua nya.

Akhir nya dia melompat kepada pembangkang untuk meneruskan skim “cepat naik” untuk anak nya.

Hanya kepada anak nya sahaja yang dia boleh curah dan bisikan rahsia “berapa” ada pada “siapa” untuk di tuntut dengan kuasa tekanan Perdana Menteri.

Kini PaHa harus terimalah padah memikul “biawak” hidup yang selama ini beban itu dipikul oleh UMNO

Layan lah karenah nya, akur lah pada kehendak nya, selama ini dia tiada kesetiaan kepada sesiapa pun, sekian lama dia bersama UMNO kerana kuasa dan kekayaan sahaja, bila sudah terhenti , kesetiaan nya hilang.

Lihat lah nanti apabila ada wakil dari Pakatan Harapan yang melawan nya, dia mengumumkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tanpa merujuk kepada sesiapa dalam Pakatan Harapan, kerana dia tidak pernah biasa dengan “berkongsi kuasa” kerana selama ini dia hanya faham maksud “diktator” sahaja.

Belum pun apa apa lagi dia sudah pun menunjuk kan belang nya.
Kepada Pakatan Harapan, kami ucapkan terima kasih dan selamat memikul “biawak’ hidup, kini giliran kamu merasai nya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2016 12:28 PM | Show all posts
janji tukar dh bosan
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.035353 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list