|
Pelancong Australia Dijumpai Selamat Di Taman Negara Mulu
[Copy link]
|
|
syukur la jumpa hidup..
semoga jangan gatal2 lagi masuk utan sorang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Gaskell examined by medical officer at Mulu airport
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib jmpa..klu x mereput la ko d dalam hutan sana |
|
|
|
|
|
|
|
tp berani jugak la mamat oz ni kan..
ala2 man vs wild giteww
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi FC ..
tu bukan berani
tu menyusahkan haa
dah la dengan musim hujan sekarang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
best wooo camping lam hutan
bangkem dah ketagih nih camping dengan member2
makin sikit bekal dibawak, makin best dan thrill |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah..nasib skuad penyelamat malaysia ni still power
kalo tak dah mereput tu
|
|
|
|
|
|
|
|
sik best li ..
paling mek sik suka nyamuk
barang makan skit kmk ok jak
datok mek ada ajar juak la skit2 survival dalam hutan
barang d mbak takat beras ngan garam
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 1-11-2016 07:42 PM
Bagi FC ..
tu bukan berani
tu menyusahkan haa
dia ingat hutan borneo tu x tebal mcm semak samun kt aussie jah agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Berita sblom d jumpai ..
sekadar nak tunjuk.. penyelamat-penyelamat yang terlibat
OPS SAR MULU-GASKELL
01 November - MULU : The Search and Rescue OPeration for missing Australian engineer Andrew James Gaskell, 26, enters its 6th day.
According the Chief of Zone 6 of the state Fire and Rescue department #Bomba Law Poh Kiong, the department's 3-member Multi Skill Team MUST and Special Tactical Operation and Rescue team STORM will begin their search along the trail to the Mulu Summit.
This is to ensure no stones are left un-turned although the trail had been searched by Team SAR 3 on their way up the 4-day trek to the summit 5 days ago. Team SAR 3 are now at the summit to extend their search for the missing man.
Today's seach also see an additional team, Team SAR 1 consisting of 5 police personnel and 2 Mulu Management staff concentrating their search in and around the house of one Timothy, a friend whom Andrew Gaskell was staying with before he went missing.
In the meantime, the operation also see an additional team SAR 5 consisting of 7 policemen including K9 tracking dog set up at the request of the the victim's family to search Camp 1 area.
Earlier, a OPS SAR briefing was held at the Mulu Management Office.
Today's SAR operation involves 63 people divided into 5 SAR teams.
The rest of the teams SAR 2, 3 and 4 continue their search in and around the Paku river, Deer Cave and summit areas.
Team SAR 3 who began their journey to the summit 4 days ago are expected to reach the summit today to extend their search.
The bomba M17 heli is expected to fly in from Miri ETA Mulu at 12.30 to launch another aerial search and recce.
The breakdown of the 63 search and rescuers are:
1. Bomba - 17
MUST TEAM - 3
STORM - 2
Personnel - 12
2. Police - 24
3. SFC- 4
4. BPM-8
5. Others-10
POS KAWALAN/MONITORING POST
Bomba- 2
PPgB Mohd Nazmi &
PB Jamal Bin Mohd Yussof
Polis- 3
Pengurusan Mulu- 2
|
|
|
|
|
|
|
|
harap lepas ni dia jangan la prgi sensorang lagi kan
|
|
|
|
|
|
|
|
steady !!
'Ilmu hutan' bantu kelangsungan hidup selepas 12 hari sesat Oleh Kandau Sidi [email protected] GASKELL yang hilang di Taman Negara Mulu selama 12 hari dijumpai selamat di Hidden Valley kira-kira 1 tengah hari tadi.
- Foto BERNAMA MIRI: Berbekalkan sedikit 'ilmu hutan', termasuk kemahiran mengenali jenis tumbuhan boleh dimakan, Andrew James Gaskell, 26, masih mampu untuk hidup selepas 12 hari dilaporkan hilang ketika 'menjelajah' Taman Negara Mulu, di sini. Malah, sepanjang tempoh itu juga, Gaskell yang berasal dari Australia turut berkesempatan 'menjamah' pucuk paku pakis, selain bergantung kepada air sungai untuk meneruskan kelangsungan hidup sebelum ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 1 tengah hari tadi. Bagi jurutera berpengalaman itu, peristiwa berkenaan pasti tidak akan dilupakannya sepanjang hayat, malah beliau turut menghargai dedikasi pasukan SAR, terutama Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam usaha menjejakinya walaupun berdepan pelbagai cabaran, khususnya faktor cuaca di lokasi kejadian. "Terima Kasih Malaysia... Terima Kasih Sarawak. Tidak mungkin saya dapat melupakan pengalaman ini," katanya ketika ditemui BH sejurus tiba di Hospital Miri, di sini semalam selepas diterbangkan dari Taman Negara Mulu bagi mendapatkan rawatan lanjut. Ketibaan Gaskell disambut oleh beberapa anggota keluarganya yang datang dari Australia untuk membantu gerakan mencari dan menyelamat. Gaskel berkata, untuk tempoh seminggu selepas sesat beliau hanya bergantung hidup kepada air sungai sebagai minuman tanpa menjamah sebarang makanan. "Hanya tiga hari lalu, saya mula mencari makanan iaitu paku pakis untuk dimakan. Bukan untuk kenyang, namun sekadar mengalas perut, menahan lapar dan memastikan saya terus bertenaga untuk mencari jalan keluar. "Syukur semuanya selamat, malah saya juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius kecuali luka gigitan pacat dan nyamuk," katanya. Gaskell dilaporkan hilang pada 20 Oktober lalu, sebelum operasi SAR dilancarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dengan kerjasama agensi berkaitan, termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Sarawak Forestry Corporation sejurus dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata pelancong asing berkenaan ditemui dalam keadaan kepenatan, namun cukup bersemangat. Katanya, sejurus ditemui, mangsa diberikan air minuman sebelum diberikan rawatan kecemasan oleh anggota bertugas, seterusnya diterbangkan ke Hospital Miri menggunakan helikopter Mi-17. "Mangsa ditemui di lokasi dikenali sebagai `Hidden Valley' dalam kawasan pencarian 'Camp 1' kira-kira jam 1 tengah hari tadi. Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali dalam keadaan lemah dan kepenatan. "Mangsa kemudian dinaikkan ke helikopter milik Unit Udara Bomba dan Penyelamat menggunakan teknik 'winching' sebelum diterbangkan ke Lapangan Terbang Mulu untuk pemeriksaan awal, seterusnya dipindahkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut," katanya. Farhan berkata, pasukan penyelamat berdepan pelbagai cabaran dalam usaha menjejak dan menyelamat dilaksanakan disebabkan faktor muka bumi, selain keadaan cuaca tidak menentu, termasuk angin kencang di lokasi kejadian. "Hujan lebat menyebabkan laluan di lokasi pencarian agak licin dan merbahaya, malah arus sungai juga agak deras menyebabkannya sukar menyeberang. "Namun, pegawai dan anggota kita cukup bersemangat meneruskan operasi sehingga berjaya menemui mangsa," katanya. INFO
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/208375
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada waze utk jungle pasti perkara ini dapat dielakkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|