CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: runaway_dida

KELAB PENGKRITIK DAN PEMINAT KOREA (KMANIA)

[Copy link]
 Author| Post time 30-11-2016 02:34 PM | Show all posts
Edited by runaway_dida at 30-11-2016 02:39 PM
ayushuhada04 replied at 30-11-2016 11:41 AM
mohon pencerahan yer TT

klu register utk jadi ahli kena bayar..

Hi kaka ayu...
Tq sbb bertanya..

Ape ahli akan dpt kalau register dgn club ni?

Antaranya ahli dpt menyertai event yang dianjurkan berkaitan korea..kpop..kdrama secara percuma. (Yang ini bergantung samada pihak kelab dapat media pass atau tidak)

Sebagai contoh untuk aktiviti baru2 ni 100plus challenge bersama kwangsoo kami telah berikan peluang tersebut kepada ahli bertuah kami iaitu @YoonArang

Selain tu dengan bayaran tu juga, pihak kelab akan gunakan untuk membayar kepada pentadbir laman web yg mana kita outsource kpd 3rd party selain membiayai perjalanan kelab sperti aktiviti..pengiklanan dan sebagainya.

Jika bajet memcukupi bayaran itu juga akan digunakan utk majlis makan malam yg akan diadakan nnt sempena Majlis Anugerah Kdrama 2016 seumpanya.

Alang2 kak ayu dah tanya..
Kelebihan yg dpt pada kelab plak..


kita akn majukan jenama kmania ni keseluruh dunia secara amnya dan di Malaysia khususnya. kita juga akan pastikan kelab ini di recognize sbg sebuah entiti kelab berteraskan hiburan dan kebudayaan Korea di Malaysia yg bertanggungjawab menguruskan event2 selebrities in future...
Kami juga sangat berharap agar kelab ini juga boleh menjadi sebuah kelab pelopor terutama di Malaysia yang mana public boleh rely on us dan jd sebuah badan boleh diharapkan dalam menyalurkan informasi-informasi berkenaan hiburan serta kebudayaan Korea di masa akan datang. Kita juga harap Kmania boleh menjadi media rasmi bagi aktiviti-aktiviti berteraskan hiburan serta kebudayaan Korea di Malaysia

Antara next program yg still in progress kak ayu antaranya


kita juga akan buat social activities  seperti menyalurkan sumbangan , bantu orang gelandangan misalnya, beri bantuan kepada pelajar Korea selama mereka di malaysia, handle korean-malaysia tourism booth untukaktiviti yang dianjurkan samada peringkat kerajaan mahupun swasta.Untuk pengetahuan kak ayu juga, kami sekarang dalam proses untuk menjalinkan hubungan baik dengan persatuan-persatuan Korea di Malaysia supaya kita dapat bekerjasama dengan mereka memandangkan persatuan-persatuan yang ada agak aktif dengan penganjuran aktiviti yg fokus kepada hiburan dan kebudayaan Korea. (contoh persatuan yang ditubuhkan di universiti tempatan dan swasta) mungkin kelab ini akan bertindak sebagai media rasmi bagi aktiviti yang dijalankan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2016 02:36 PM | Show all posts
ayushuhada04 replied at 30-11-2016 12:21 PM
yer betul tu daus...
biar yg berkenaan jer bg penjelasan...

kak ayu..
sorry ye lmbat reply.. ada hal tadi..
tp kalau kak ayu masih kabur boleh je tanya lagi

insya-allah saya cuba jawab sebaiknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2016 02:37 PM | Show all posts
ismaha replied at 30-11-2016 12:31 PM
Assalamualaikum......
Is masuk mengadap.....
jgn ckp is tak payung

wslm..
xkan masuk tangan kosong ja..
iolls xnak umbrella tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 03:03 PM | Show all posts
runaway_dida replied at 30-11-2016 02:34 PM
Hi kaka ayu...
Tq sbb bertanya..

hi dida...
terima kasih sbb bg pencerahan dan kini dh boleh faham maksud
ditubuhkan kelab ni...dah tau apa tujuannya...

menarik...dan boleh dipertimbangkan utk menyertainya nti
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 03:05 PM | Show all posts
runaway_dida replied at 30-11-2016 02:36 PM
kak ayu..
sorry ye lmbat reply.. ada hal tadi..
tp kalau kak ayu masih kabur boleh je tanya lagi ...

tk per..yg penting dida dh bagi pencerahan...
terima kasih byk2 le yer...

klu ada apa2  cadangan juga boleh le dikemukakan yer...
misalnya buat t-shirt ker...apa2 jer barangan yg boleh dijual
tk kira ler pada ahli or bukan ahli...dan duit tersebut boleh
disalurkan pada tujuan yg baik....buat amal..or dinner/gathering
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2016 03:18 PM | Show all posts
ayushuhada04 replied at 30-11-2016 03:05 PM
tk per..yg penting dida dh bagi pencerahan...
terima kasih byk2 le yer...

sama2 kak ayu

molek sangat tu kak ayu
tu antara intipati thread ni dibuka
kita nak kawan-kawan bagi cadangan atau suarakan apa yg perlu
bila ramai org join thread ni maka bykla idea2 kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2016 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
runaway_dida replied at 30-11-2016 02:37 PM
wslm..
xkan masuk tangan kosong ja..
iolls xnak umbrella tau


Is tak bawak umbrella yer......is bawak screen skali ni ha
sah ko tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
runaway_dida replied at 30-11-2016 10:52 AM
Kita ada buka untuk pendaftaran ahli baru
For the first time byrn dikenakan sbyk RM60 termasuk RM ...

Orr kena renew membership every 1 year ke ?. SEDEX membership pon renew every 3 year. Kelas kau jah.
Eh apa kelebihan kita bayar RM 50 tu ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2016 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
puracendana replied at 1-12-2016 10:10 AM
Orr kena renew membership every 1 year ke ?. SEDEX membership pon renew every 3 year. Kelas kau ja ...

Yup.. membership renew annually..
For the next q.. do refer posting #21.
Its being explained already.

Harap menjawab soalan
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 10:30 AM | Show all posts
Check-in TT
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 01:48 PM | Show all posts
xde ke buat lawatan ke korea or jupe retis korea khas utk kelab ni?

kalau ada nk join

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 2-12-2016 01:48 PM
xde ke buat lawatan ke korea or jupe retis korea khas utk kelab ni?

kalau ada nk join

Join dulu baru dpt qasa
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak msuk mengadap n mengucapkan bebyk terima kasih bg peluang kt iols jmpe kwng soo.. My first experience ever dpt pass media bagai and iols tersgt la seronokkssss..

Heee..

Tq KMania.. Jom join reramai
Tq jgk dkt @MellyNad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2016 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 2-12-2016 01:48 PM
xde ke buat lawatan ke korea or jupe retis korea khas utk kelab ni?

kalau ada nk join

Do join us..
Kalau bkn masa skrg maybe in future.
Skrg still newbie gittew..
Lots of things to be explored and experienced..

Ko da sign up blm ni..
Ko ni dah masuk status wajib ni   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2016 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
MellyNad replied at 2-12-2016 10:30 AM
Check-in TT

Adakah cek in semata...

  

Sila bg pandangan tentang aktiviti yg cuolls dah cover... just to let others know
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2016 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
YoonArang replied at 3-12-2016 10:17 PM
Iols nak msuk mengadap n mengucapkan bebyk terima kasih bg peluang kt iols jmpe kwng soo.. My first  ...

Most welcome yoon..
Keep on supporting us..
Nnt ada gath/event dgn club sila join sekali.
Tq sharing ur experienced gittew...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2016 10:33 PM | Show all posts
Nk bg cadangan...


Dpt Pass masok mnet awards - mama
Jd guest tuk variety show tb koya - 2d 1n ker ??
Jumpe sister slam dunk - live



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2016 10:13 AM | Show all posts

hi ina

thank you untuk cadangan itu. In future Insya-Allah kita boleh buat.
Buat masa sekarang, we are working hard to highlight this club within Malaysia 1st.

Ina dah sign up belum. Jom la sign up dengan KMania.
Antara keistimewaan ina boleh review posting #21.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2017 04:22 PM | Show all posts
Edited by runaway_dida at 4-4-2017 04:25 PM

Ji Chang-wook ke Malaysia untuk Tayangan Perdana Filem “Fabricated City”




Masih tidak percaya dengan apa yang anda baca? Pencuri hati ramai wanita di luar sana, aktor JI Chang-wook buat pertama kalinya akan berada di Malaysia bagi membincangkan filem terbaru beliau, “Fabricated City” pada 8 April 2017 ini! Filem ini dipersembahkan oleh tvN Movies, satu-satunya saluran filem Korea hebat di dunia yang telah dilancarkan di Malaysia melalui HyppTV (CH 222) pada 1 April 2017 yang lepas.

Sinopsis Filem


Diarahkan oleh pengarah tersohor, PARK Kwang-hyun, filem “Fabricated City” mengisahkan tentang seorang pemain permainan video tegar bernama Kwon Yu (JI Chang-wook) yang banyak menghabiskan masanya di sebuah kafe siber dek kerana keruncingan masalah pengangguran. Kwon pada asalnya merupakan seorang ahli Taekwondo kebangsaan namun disingkirkan kerana mengasari rakan sepasukannya. Hidup Kwon sekelip mata berubah apabila dia tiba-tiba ditahan dan berdepan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membuat serangan seksual serta membunuh seorang gadis bawah umur yang dikatakan berlaku selepas Kwon memulangkan sebuah telefon bimbit terbiar kepada seorang pemanggil misteri. Dengan bantuan teman alam mayanya, Kwon dan rakan-rakannya merungkai konspirasi sebuah organisasi misteri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan jenayah itu. Filem ini turut dibintangi oleh AN Jae-hong (Reply 1988) dan SHIM Eun-kyung (Miss Granny, Tomorrow Cantabile).

Pengarah Puji Keupayaan JI Chang-wook

Pengarah PARK, yang sebelum ini mengarahkan filem hit ‘Welcome to Dongmakgol’ pada tahun 2005, memuji keupayaan pelakon drama hangat “The K2” (2016) dan “Healer” (2014) ini:

“JI Chang-wook berjaya memahami dan mempersembahkan lakonan serta babak aksi yang meyakinkan. Daripada melakonkan watak seorang lelaki yang kuat sehinggalah kepada seorang yang nampak lemah, spektrum lakonan beliau sangat luas”.

Filem “Fabricated City” ini juga merupakan filem debut pertama JI sebagai pelakon utama di layar perak selepas sebelum ini banyak membintangi drama-drama popular. JI akan berada di Kuala Lumpur bagi menjayakan tayangan perdana filem “Fabricated City” ini yang dijadualkan pada 8 April 2017 di GSC Cinemas, Pavillion Kuala Lumpur. Pihak media dan tetamu jemputan, termasuklah KMania sendiri akan berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan pelakon popular ini semasa sidang media dan tayangan perdana yang akan diadakan pada hari yang sama.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan wajah kacak JI Chang-wook dan aksi lasak penuh mendebarkan dalam filem “Fabricated City” yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 April 2017!


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 04:34 AM | Show all posts
mana lagih movies nyer?
sy mencari movies korea utk b ining sy
dia suka kuria2 ni semua

3 ari lepas dia habiskan The Vanished
mana lagi movies.. biarla aktiviti nya sama dgn title thread
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.072402 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list