CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mbhcsf

Ibrah dari Tahfiz

[Copy link]
Post time 21-9-2017 09:57 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 21-9-2017 10:07 AM
orangbesi replied at 20-9-2017 09:33 PM
tq sudi jawab
maaf saya tak berani nak lebih2 pasal tak tahu/kenal yg disitu

Salam...

Saya pun tak tahu/tak kenal, cuma agak-agak permasalahan umum yang biasa timbul....

hanya dr pendengaran saja.......
bangunan di renovasi tanpa dapat kelulusan bomba
dan saya tak tahu ttg prosedur kelulusan majlis perbandaran setempat

Setahu saya yang renovasi tu bangunan yang satu lagi...yang terbakar tu yang sementara. Kalau ikutkan memang lah kena kelulusan bomba, walaupun sementara, cumanya yang sementara ni mungkin tak disangka akan dibakar. Kalaupun ada dua pintu untuk keselamatan, dan dengan perbuatan khianat yang nak bakar tu letak tilam dan petrol, tambah gas pula di depan ke dua-dua pintu, akan terperangkap juga....kalau dah niat nak bakar depan pintu...

ttg cuti dan masalah hafazan ni
ni pasal dok hafal je tanpa memahami perkataan/ayat tu - susah juga kan
kenapa tak di ajar terlebih dahulu bahasa arab (jangka masa setahun pun dah memadai)
maka lagi senang hafazannya kan dan ada masa cuti juga

'Tahfiz' ni utamakan hafazan, kalau 'Alim' akan belajar lebih tentang ilmu agama, termasuk tafsir utk memahami makna (bahasa Arab tu dah kemestian). Untuk hafazan, kebanyakan bermula di usia yang muda (dah semakin tua, semakin kurang daya ingatan mungkin sebab semakin banyak permasalahan keduniaan). Bila dah hafaz, nak lanjut 'Alim' nanti, terpulang lah kepada pelajar tu.

dan kedudukan tahfiz jauhlah sikit dr penduduk/aktiviti
untuk sementara - bila dah teguh iman/hati tu - silakanlah dimana sekalipun

Dah banyak pusat tahfiz yang lokasinya jauh dari kawasan perumahan...timbul pula permintaan yang lokasi dekat... bila dah ada waqaf takkan nak tolak pula?

Lokasi pusat tahfiz pun macam lokasi sekolah biasa juga, ada yang jauh, ada juga yang di kawasan padat penduduk...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 11:14 PM | Show all posts
mnm77 replied at 21-9-2017 09:57 AM
Salam...

Saya pun tak tahu/tak kenal, cuma agak-agak permasalahan umum yang biasa timbul....

'Tahfiz' ni utamakan hafazan, kalau 'Alim' akan belajar lebih tentang ilmu agama, termasuk tafsir utk memahami makna (bahasa Arab tu dah kemestian). Untuk hafazan, kebanyakan bermula di usia yang muda (dah semakin tua, semakin kurang daya ingatan mungkin sebab semakin banyak permasalahan keduniaan). Bila dah hafaz, nak lanjut 'Alim' nanti, terpulang lah kepada pelajar tu.



bab yg lain kena tinggalkan - nnt timbul lagi fitnah, ghibah adu-domba
kot yg dok baca yg sikit tu, ada le tersemat sikit


SABDA NABI: AL QURAN ITU DAPAT MEMBERI SYAFAAT DAN AKAN DITERIMA SYAFAATNYA
JUGA MENJADI PENUNTUT YANG SANGAT DIPERCAYAI
MAKA SIAPA YANG JADIKAN AL QURAN SEBAGAI PEMIMPINNYA PASTI DITUNTUN KE SYURGA
DAN SIAPA YG MELETAK AL QURAN DISAMPING BELAKANGNYA MAKA PASTI DI TARIK KE NERAKA


SABDA NABI AMAL YG UTAMA DI ATAS BUMI INI TIGA
PENUNTUT ILMU, BERJIHAD DAN USAHA KASAB
PENUNTUT ILMU ITU KEKASIH ALLAH, DAN PEJUANG JIHAD ITU WALILULLAH DAN YG USAHA KASAB ITU SHIDDIQQULLAH


SABDA NABI: SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENCABUT ILMU LANGSUNG DARI HATI ORANG
TETAPI DICABUTNYA DENGAN MATINYA ULAMA SEHINGGA BILA TIADA ORANG ALIM
MAKA ORANG2 AKAN MENGANGKAT PEMIMPIN2 BODOH
LALU MEREKA INI DITANYA DAN DIJAWAB MEREKA, MAKA TERSESATLAH MEREKA DAN MNEYESATKAN


SABDA NABI:  TIADA CARA YG LEBIH AFDHAL DISISI ALLAH DARIPADA MEMPELAJARI AGAMA BENAR2
SAMPAI BENAR DAPAT BEZAKAN HALAL DAN HARAM
SESEORANG YANG MENGERTI HALAL DAN HARAM, BAGI SYAITAN LEBIH BERAT DR SERIBU AHLI IBADAT YG BODOH
DAN TIAP SESUATU ADA SENDINYA, DAN SENDI AGAMA ITU IALAH ILMU FEQH


SABDA NABI:  ULAMA ITU SEBAGAI ORANG2 YANG DIPERCAYAI OLEH PARA RASUL UNTUK MEMIMPIN
DAN MENGAJARI HAMBA2 ALLAH SELAMA MEREKA TIDAK MENJILAT KEPADA RAJA DAN TIDAK RAKUS DUNIA,
MAKA APABILA TELAH MEMASUKI IRUSAN DUNIA, MAKA TELAH MENGKHIANATI NABI2 RASUL2,
MAKA JAUHILAH MEREKA DAN BERHATI-HATILAH DGN MEREKA


SABDA NABI:  JANGAN DUDUK MENDEKATI ORANG ALIM KECUALI YANG MENGAJAK KAMU DARI LIMA KEPADA LIMA
DARI RAGU KE YAKIN, DARI SOMBONG KE TAWADHU, DARI PERMUSUHAN KE NASEHAT/PERSAUDARAAN,
DARI RIYA KEPADA IKHLAS DAN DR RAKUS DUNIA KE ZUHUD


SANDA NABI:SIAPA YG BELAJAR UTK EMPAT MACAM MASUK NERAKA
UNTUK MENYAINGI PARA ULAMA, ATAU UNTUK MENDEBAT ORG BODOH ATAU MENCARI MUKA PADA ORANG2 ATAU
UNTUK MENCARI UANG DR PEMERINTAH/KEHORMATAN/KEDUDUKAN


Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. Al Israa 17-18



syukur, ada gak sikit aku boleh sampaikan......


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 01:30 AM | Show all posts
Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa tatkala Rasulullah s.a.w. sedang membahagi-bahagikan harta kepada orang Islam, tiba-tiba seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Muhammad, berlaku adillah engkau!” Mendengar ujaran tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berdaya menahan marahnya, seraya berkata, “Celakalah kamu! Siapakah yang akan menegakkan keadilan sekiranya aku tidak melakukannya?”

Umar bin Khattab yang ketika itu berada di samping Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai utusan Allah, izinkan diriku untuk memenggal leher manusia yang mengejek ini!” Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar, “Biarkanlah dia kerana suatu hari nanti dia akan mempunyai pengikut (iaitu kaum Khawarij) yang akan mencela solat kalian dengan membanding-bandiungkan dengan solat mereka. Mereka juga mencerca puasa kalian dengan membanding-bandingkan dengan puasa mereka. Mereka keluar daripada agama Islam (murtad) sepantas (secepat) anak panah yang keluar daripada busurnya.” (Sunan Abu Daud (6741))



Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. menegaskan, “Kelak akan muncul di antara umatku, suatu kaum (kelompok) yang membaca al-Quran. Bacaan kalian tidak dianggap oleh mereka dan solat kalian tidak diakui oleh mereka. Puasa kalian tidak memiliki erti di mata mereka. Mereka merasa paling berhak membaca al-Quran sehingga kalian akan menyangka bahawasanya al-Quran itu hanya milik (diturunkan kepada) mereka saja. Padahal, sebenarnya kelak di akhirat al-Quran akan melaknat mereka. Mereka terlihat rajin mengerjakan solat tetapi apa yang mereka baca ketika solat hanya sampai di kerongkong mereka (tidak menyentuh hati dan mendirikan amalan mereka) dan mereka akan keluar daripada agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya.” (Sahih Bukhari(6933))



Dalam riwayat lain disebutkan dengan hadis, “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri daripada orang muda yang masih mentah fikirannya (dangkal pemahaman agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (hadis-hadis Rasulullah s.a.w.) tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya, mereka telah keluar daripada agama seperti anak panah yang terlepas daripada busurnya. Di mana saja kalian dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu. Barang siapa yang dapat menghapuskan mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.” (Sahih Muslim, Imam Muslim (2467))



Baginda juga bersabda, “Kelak pada akhir zaman akan muncul suatu kaum, mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong. Mereka memecah belahkan persatuan umat Islam sehingga banyak di antara orang Islam yang keluar daripada Islam (murtad) seperti keluarnya anak panah daripada busurnya. Mereka akan terus muncul dan yang terakhir keluar di antara mereka akan bersekutu dengan Dajjal (menjadi tentera Dajjal menghancurkan Islam). Jika kalian berjumpa dengan mereka, maka perangilah kerana mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk dan seburuk-buruk khalifah di muka bumi ini.” (Al-Musnad, Imam Ahmad bin Hambal (19783))
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 01:32 AM | Show all posts
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang lelaki yang berperang bersama-sama Rasulullah s.a.w.. Tatkala kembali daripada peperangan, lelaki itu segera turun daripada kenderaannya dan berjalan menuju Masjid Nabawi. Dia melakukan solat dalam waktu yang lama sehingga para sahabat semua terpesona (kagum) dengan solatnya, sebab mereka merasa solat lelaki tersebut jauh lebih unggul dibandingkan solat yang biasa mereka lakukan.

Mereka lantas menceritakan hal tersebut kepada Rasulullah s.a.w. dan kami juga mengungkapkan kekaguman kami terhadap kekhusyukan ibadah orang tersebut. Sungguh di luar jangkaan kami dengan jawapan Rasulullah s.a.w.. Baginda berujar kepada kami, “Sesungguhnya kalian menceritakan kepadaku seseorang yang diwajahnya ada tanduk syaitan!”

Sejurus kemudian, lelaki yang diceritakan itu muncul di tempat para sahabat tanpa memberi salam. Mereka berkata kepada Rasulullah s.a.w., “Inilah dia lelaki yang kami ceritakan itu wahai utusan Allah!” Rasulullah s.a.w. lantas bertanya kepada orang tersebut, “Aku bertanya kepadamu, apakah engkau merasa bahawa tidak ada orang yang lebih baik daripada dirimu sewaktu engkau berada dalam suatu majlis.” Orang itu menjawab, “Ya, benar!” Kemudian lelaki itu segera masuk ke dalam masjid dan melakukan solat lagi.

Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabat, “Siapakah di antara kalian yang sanggup membunuh lelaki itu?” Abu Bakar segera bangkit dan menuju ke arah lelaki tersebut. Setelah kembali, Rasulullah s.a.w. bertanya, “Wahai putera Abu Quhafah, adakah kau telah menghabiskan riwayatnya?” Abu Bakar menjawab, “Wahai utusan Allah, aku tidak mampu membunuhnya sebab dia sedang bersujud.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Siapakah di antara kalian yang bersedia membunuhnya?”

Umar bin Khattab segera bangkit dan bergerak menuju lelaki tersebut dan tidak lama kemudian, dia kembali. Rasulullah s.a.w. bertanya, “Wahai putera al-Khattab, adakah kau telah menghabiskan riwayatnya?” Umar menjawab, “Wahai utusan Allah, bagaimana mungkin aku akan menghabiskan nyawanya sedangkan dia sedang bersujud.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Siapakah di antara kalian yang sedia membunuhnya?” Ali bin Abi Talib berdiri dan segera menuju ke tempat lelaki tersebut. Namun begitu, orang tersebut sudah tidak ada di tempatnya. Ali lantas kembali dan Rasulullah s.a.w. bertanya, “Wahai Ali, adakah kau berjaya menghabiskan nyawanya?” Ali menjawab, “Aku tidak menemui lelaki itu ditempat solatnya dan aku tidak tahu di mana dia berada!”

Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Sesungguhnya ini adalah tanduk pertama yang keluar daripada umatku. Seandainya engkau membunuhnya, maka tidaklah umatku akan bercerai-berai (berpecah belah). Sesungguhnya, Bani Israel berpecah menjadi 71 kelompok (golongan) dan umat ini akan berpecah menjadi 72 kelompok. Seluruhnya akan masuk neraka kecuali satu kelompok.” Para sahabat bertanya, “Wahai utusan Allah, kelompok manakah sebenarnya yang selamat itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Ahlus Sunah wal Jamaah (kelompok yang menerapkan sunah nabi dan bersatu padu).” (Sunan Nasai, Imam Nasai (4108))
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 05:42 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 25-9-2017 05:44 PM

Kisah pelajar tahfiz (11 tahun) sebelum kejadian kebakaran:
1. Kisah bertemu 'kembar'
2. Mimpi dua bulan sebelum kebakaran
3. Mimpi seminggu sebelum kebakaran





Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 08:28 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 27-9-2017 12:38 PM
mnm77 replied at 25-9-2017 05:42 PM
Kisah pelajar tahfiz (11 tahun) sebelum kejadian kebakaran:
1. Kisah bertemu 'kembar'
2. Mimpi dua ...

Sedikit pandangan pasal mimpi yang disebut tu, pasal 2 lembaga hitam dan 6 orang yang berjubah putih.

Pada pandangan saya, 2 lembaga hitam itu adalah api yang masuk ke dalam tempat tidur pelajar tahfiz itu. Api berpecah kepada 2 arah, kiri dan kanan. Oleh kerana terperangkap, mereka tiada tempat untuk selamatkan diri. Menurut bomba, mayat-mayat ditemui di 2 tempat kiri dan kanan.

Api apabila ia membakar, bergantung kepada bahan bakar atau bahan yang dibakar, boleh menghasilkan asap hitam tebal berserta bahang. Apabila berlaku kebakaran, tekanan udara persekitaran juga akan bertambah disebabkan bahang. Apabila tekanan ini sampai puncaknya, letupan boleh berlaku.

Dalam kes kebakaran, tak semua kematian disebabkan terbakar, banyak kes mati terlebih dahulu disebabkan asap, bahang serta tekanan.

Mengikut saksi, ketika mereka masih mendengar jeritan anak-anak yang terperangkap, kemudiannya keluar (letusan) asap hitam tebal, selepas itu tiada lagi jeritan.

Berbalik kepada mimpi, 2 orang yang berjubah putih yang melawan lembaga hitam itu adalah 2 orang guru mereka. Guru mereka cuba membantu dengan melawan api/asap/bahang api untuk selamatkan anak-anak tahfiz tersebut, ketika mana mereka dengar anak-anak tersebut minta tolong.

Mengikut saksi, ada guru yang sudah selamat keluar, akan tetapi masuk semula untuk selamatkan anak-anak itu. Guru ini berkorban untuk selamatkan anak muridnya...

Manakala 4 orang lagi yang berjubah putih (daripada 6 orang yang berjubah putih) adalah rakan-rakan yang sama-sama mengorbankan diri melindungi pelajar tahfiz yang berumur 11 tahun itu, dari terkena api (seperti yang disebut dalam kisah itu).

Mula-mula 'telinga hilang' - ini disebabkan bahang dan tekanan maka pendengaran akan hilang...
Kemudian 'mulut hilang' - ini disebabkan asap hitam bersama bahang yang masuk ke dalam mulut, bahang itu menyebabkan 'choking', kekeringan pada kerongkong dan suara tidak boleh keluar. Bahang itu sangat panas.
Kemudian 'hidung hilang' - ini disebabkan kerosakan sistem pernafasan apabila bahang masuk ke dalam hidung. Biasanya dalam suhu yang tinggi hidung akan mengeluarkan cairan dan deria bau akan hilang.
Kemudian 'mata hilang' -  ini sudah hampir saat akhir..
Kemudian 'badan hilang' - berakhir dengan kematian

Taman hijau: tempat belajar agama (madrasah tahfiz tersebut) - dalam hadith ada disebut taman-taman syurga merujuk kepada tempat yang adanya majlis ilmu (agama)

Tempat pengakhiran pelajar tersebut di dunia ialah di taman hijau (tempat belajar/hafaz Al-Quran).

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2017 08:49 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 27-9-2017 12:39 PM
orangbesi replied at 22-9-2017 01:30 AM
Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa tatkala Rasulullah s.a.w. sedang membahagi-bahagikan harta ke ...

Hadith-hadith yang tuan bawa ini merujuk kepada kaum Khawarij.

Umar bin Khattab yang ketika itu berada di samping Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai utusan Allah, izinkan diriku untuk memenggal leher manusia yang mengejek ini!” Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar, “Biarkanlah dia kerana suatu hari nanti dia akan mempunyai pengikut (iaitu kaum Khawarij) yang akan mencela solat kalian dengan membanding-bandiungkan dengan solat mereka. Mereka juga mencerca puasa kalian dengan membanding-bandingkan dengan puasa mereka. Mereka keluar daripada agama Islam (murtad) sepantas (secepat) anak panah yang keluar daripada busurnya.” (Sunan Abu Daud (6741))

Mereka (kaum khawarij) mahir baca Al-Quran, dan mereka merasakan mereka faham Al-Quran tanpa panduan dan Sunnah Nabi. Akhirnya timbul golongan militan, yang ekstrim berdasarkan kefahaman cara mereka. Mereka akan mencela orang Islam yang bersolat ikut Sunnah... sedangkan mereka rasa cara solat mereka lah yang paling betul.

Kaum ini telah muncul pada zaman Saydina Ali. Mereka ambil jalan mudah untuk cuba membunuh kedua-dua sahabat Mu'awwiyah RA dan khalifa Ali RA kerana pada pendapat mereka, punca masalah orang Islam ialah perpecahan akibat khilaf antara 2 sahabat ini. Khalifah Ali RA berjaya dibunuh, tetapi Mu'awwiyah RA terselamat.

Kaum ini pun wujud di zaman kita ini, akan tetapi pakai 'nama' yang lain. Mereka ini akan berperang dengan orang Islam yang tak sependapat dengan mereka, dengan mengkafirkan (tuduh kafir), lalu pada mereka halal untuk mereka bunuh. Ini ujian kepada umat Islam... moga Allah melindungi dan selamatkan kita.

Berkaitan dengan pelajar tahfiz, insha-Allah mereka termasuk dalam golongan huffaz.

Pada awal Islam, ada segolongan huffaz (juga dikenali sebagai jemaah qurra) yang Nabi sangat cintai dan sayangi. Mereka sangat disayangi kerana mereka membawa Al-Quran dalam diri mereka (hafaz), tambah pula pada awal Islam belum ramai yang huffaz. Nabi sangat khuatir ada orang melakukan khianat kepada para huffaz ini. Akhirnya mereka ini terbunuh dalam tragedi Bir Ma'oona, setelah dikhianati oleh orang yang mengaku masuk Islam...

Setelah tragedi itu semakin ramai yang menghafaz Al-Quran....para huffaz merupakan 'pelindung' Agama. Allah jadikan mereka sebagai 'pelindung' Al-Quran. Maka tidak akan berlaku penyelewengan Al-Quran, selagi ada para huffaz.

Dari hadith, para huffaz Al-Quran diberi kelebihan, boleh beri syafaat kepada 10 ahli keluarga, jika ada yang akan dimasukkan ke dalam neraka.

Para sahabat yang faqih, mahir ilmu agama, seperti Ibnu 'Abbas RA, Ibnu Mas'ud RA dan Saydina Ali RA juga hafaz Al-Quran pada awalnya.

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 02:50 PM | Show all posts
mnm77 replied at 27-9-2017 08:49 AM
Hadith-hadith yang tuan bawa ini merujuk kepada kaum Khawarij.

Umar bin Khattab yang ketika itu berada di samping Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai utusan Allah, izinkan diriku untuk memenggal leher manusia yang mengejek ini!” Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar, “Biarkanlah dia kerana suatu hari nanti dia akan mempunyai pengikut (iaitu kaum Khawarij) yang akan mencela solat kalian dengan membanding-bandiungkan dengan solat mereka. Mereka juga mencerca puasa kalian dengan membanding-bandingkan dengan puasa mereka. Mereka keluar daripada agama Islam (murtad) sepantas (secepat) anak panah yang keluar daripada busurnya.” (Sunan Abu Daud (6741))

sejak bila khawarij ni ada yeeee?
yg dalam bracket tu bukan dr mulut Nabi sendiri kannnn
setahu saya lah sejak Nabi mangkat sehingga ke saat ini
tiada kaum/golongan/kumpulan yg mengaku mereka adalah Khawarij
hanya golongan yg memusuhi puak yg melawan/berontak Saidina Ali je yg NAMAKAN Khawarij.....betulkan

dan mari kita kumpulkan fakta ttg golongan/kaum/kumpulan di akhir zaman.....
[tr][/tr]
[tr][/tr]
mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong.
Mereka memecah belahkan persatuan umat Islam sehingga banyak di antara orang Islam yang keluar daripada Islam (murtad) seperti keluarnya anak panah daripada busurnya. Mereka akan terus muncul dan yang terakhir keluar di antara mereka akan bersekutu dengan Dajjal
suatu kaum yang terdiri daripada orang muda yang masih mentah fikirannya (dangkal pemahaman agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (hadis-hadis Rasulullah s.a.w.) tetapi iman mereka masih lemah.
suatu kaum (kelompok) yang membaca al-Quran. Bacaan kalian tidak dianggap oleh mereka dan solat kalian tidak diakui oleh mereka. Puasa kalian tidak memiliki erti di mata mereka. Mereka merasa paling berhak membaca al-Quran sehingga kalian akan menyangka bahawasanya al-Quran itu hanya milik (diturunkan kepada) mereka saja.  Mereka terlihat rajin mengerjakan solat tetapi apa yang mereka baca ketika solat hanya sampai di kerongkong mereka ......
dari sebelah timur...........

renung2kanlah kat diri/tempat sendiri dulu













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2017 02:55 PM | Show all posts
mnm77 replied at 27-9-2017 08:28 AM
Sedikit pandangan pasal mimpi yang disebut tu, pasal 2 lembaga hitam dan 6 orang yang berjubah put ...

setahu saya yg lembaga hitam ni
nafsu diri sendiri je
syukur sangat2 - yg 6 lagi ada putih - leh le belasah si nafsu diri sendiri

HAK ALLAH balik kat DIA leeee - apa yg nak tinggal lagi
kasi le tinggalkan dunia yg menggari
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 03:49 PM | Show all posts
orangbesi replied at 28-9-2017 02:50 PM
sejak bila khawarij ni ada yeeee?
yg dalam bracket tu bukan dr mulut Nabi sendiri kannnn
setahu saya lah sejak Nabi mangkat sehingga ke saat ini
tiada kaum/golongan/kumpulan yg mengaku mereka adalah Khawarij
hanya golongan yg memusuhi puak yg melawan/berontak Saidina Ali je yg NAMAKAN Khawarij.....betulkan

Dari zaman Nabi lagi sudah ada manusia 'khawarij' ni, akan tetapi masa tu Nabi ada dan mereka tidak menonjol sangat untuk melakukan kerosakan. Zaman Nabi, ada lelaki yang datang dan berkata kepada Nabi, 'berlaku adil'.... walhal Nabi ialah sebaik-baik manusia yang menjalankan keadilan. Mereka ada kefahaman sendiri untuk menghukum manusia, siapa adil dan siapa yang tidak adil...dan memanglah mereka tidak menamakan diri mereka khawarij.

Zaman Saydina Ali munculnya kaum khawarij yang lebih kuat, sehingga berlaku peperangan dan pembunuhan yang banyak...

Khawarij bukannya terbatas kepada puak yang berontak kepada Saydina Ali sahaja, mereka juga bermusuh yang mana-mana orang Islam yang tidak sependapat dengan mereka.

Berkaitan madrasah tahfiz yang mengajar Al-Quran dan menghafaz, ini tiada kaitan langsung dengan Khawarij. Madrasah tahfiz adalah peringkat awal untuk belajar dan hafaz Al-Quran, mereka tidak mengeluarkan hukum-hakam yang memcah-belahkan umat Islam. Dari madrasah 'tahfiz' ini ada lanjutan kepada 'Alim' mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. Maka akan lahirlah Ulama yang hafiz Al-Quran dan juga mahir hukum-hakam agama.

Puak yang mengaku faham Al-Quran, lalu mereka mengeluarkan hukum tanpa panduan As-Sunnah yang banyak terjatuh jadi militan 'khawarij'. Apa-apa nama yang meraka pakai sekalipun, jika ada yang mengeluarkan hukum secara radikal, tidak mengikut ijma', mencela amalan umat Islam yang ikut Sunnah, inilah secara tak langsung tergolong dalam puak Khawarij.... dah ada pun puak ini dari zaman para sahabat lagi.

Zaman Saydina Ali, satu puak dari pengikut Saydina Ali sendiri menjadi Khawarij dengan memberontak kepada ketua mereka (tak setuju dengan Saydina Ali), walhal Saydina Ali RA lebih mendalam ilmu agama berbanding mereka, dan Saydina Ali juga lebih hampir kepada Rasulullah SAW sedangkan mereka hanya sekadar baca Al-Quran lalu buat kefahaman sendiri. Bukan setakat bermusuh dengan Saydina Ali, mereka juga cuba membunuh Mu'awwiyah RA, bermakna mereka bermusuh dengan mana-mana orang Islam yang tidak menyokong pendirian mereka....

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 12:06 AM | Show all posts
mnm77 replied at 28-9-2017 03:49 PM
Dari zaman Nabi lagi sudah ada manusia 'khawarij' ni, akan tetapi masa tu Nabi ada dan mereka tida ...

Khawarij adalah merupakan kata jamak daripada perkataan Kharij yang membawa maksud orang yang keluar. Perkataan ini merujuk kepada orang yang keluar daripada barisan khalifah Ali bin Abi Talib r.a setelah Ali menerima tahkim. . Walaupun begitu, puak khawarij ini tidak menggelarkan atau menamakan kumpulan mereka ini sendiri sebagai khawarij.
kalau sekadar orang lain menggelar orang lain - ianya adalah PRASANGKA BURUK, MENUDUH, MEMFITNAH
dosa je, lagi afdhal ambil iktibar dr kisah dulu2 sebagai pedoman masa hidup.




dr post saya 23 dan 24
....Biarkanlah dia kerana suatu hari nanti dia akan mempunyai pengikut  yang akan mencela solat kalian dengan membanding-bandiungkan dengan solat mereka. Mereka juga mencerca puasa kalian dengan membanding-bandingkan dengan puasa mereka. Mereka keluar daripada agama Islam sepantas  anak panah yang keluar daripada busurnya.” (Sunan Abu Daud (6741)


  Kelak akan muncul di antara umatku, suatu kaum ( yang membaca al-Quran. Bacaan kalian tidak dianggap oleh mereka dan solat kalian tidak diakui oleh mereka. Puasa kalian tidak memiliki erti di mata mereka. Mereka merasa paling berhak membaca al-Quran sehingga kalian akan menyangka bahawasanya al-Quran itu hanya milik (diturunkan kepada) mereka saja. Padahal, sebenarnya kelak di akhirat al-Quran akan melaknat mereka. Mereka terlihat rajin mengerjakan solat tetapi apa yang mereka baca ketika solat hanya sampai di kerongkong mereka (tidak menyentuh hati dan mendirikan amalan mereka) dan mereka akan keluar daripada agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya.” (Sahih Bukhari(6933))   


   Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri daripada orang muda yang masih mentah fikirannya (dangkal pemahaman agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (hadis-hadis Rasulullah s.a.w.) tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya, mereka telah keluar daripada agama seperti anak panah yang terlepas daripada busurnya. Di mana saja kalian dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu. Barang siapa yang dapat menghapuskan mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.” (Sahih Muslim, Imam Muslim (2467))


  
[tr][/tr]
[tr][/tr]
......Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Sesungguhnya ini adalah tanduk pertama yang keluar daripada umatku. Seandainya engkau membunuhnya, maka tidaklah umatku akan bercerai-berai . Sesungguhnya, Bani Israel berpecah menjadi 71 kelompok dan umat ini akan berpecah menjadi 72 kelompok. Seluruhnya akan masuk neraka kecuali satu kelompok.” Para sahabat bertanya, “Wahai utusan Allah, kelompok manakah sebenarnya yang selamat itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Ahlus Sunah wal Jamaah .” (Sunan Nasai, Imam Nasai (4108)





  .mempunyai pengikut,   tanduk pertama     di akhir zaman
bermaksud semakin lama semakin berkembang
perasan atau ujub mengatakan diri merekalah yg terbaik/benar jalannya
agama setakat kerongkongan sahaja


takkan yg ramai2 dok ngaji/belajar/mentelaah tak faham lagi kot istilah AGAMA SETAKAT KERONGKONGAN saja


SABDA NABI: ISLAM PADA MULANYA DAGANG DAN AKAN KEMBALI DAGANG......
SABDANYA LAGI : ISLAM AKAN TINGGAL HANYA NAMA


Nabi tahu/sedar apa kisah umatnya
dan beliau dah kasitau agar umatnya berhati-hati/ berjaga-jaga/ambil pengajaran
tapi sejauh mana/ seerat mana SUNATURASUL yg gigit kuat2!!!













Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 10:58 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 2-10-2017 11:07 AM
orangbesi replied at 1-10-2017 12:06 AM
Khawarij adalah merupakan kata jamak daripada perkataan Kharij yang membawa maksud orang yang keluar. Perkataan ini merujuk kepada orang yang keluar daripada barisan khalifah Ali bin Abi Talib r.a setelah Ali menerima tahkim. . Walaupun begitu, puak khawarij ini tidak menggelarkan atau menamakan kumpulan mereka ini sendiri sebagai khawarij

Ya, kata asal 'khawarij' itu dari makna 'keluar', puak yang 'keluar'
Zaman Saydina Ali, Ulama sirah menjelaskan golongan yang 'keluar' dari barisan khalifah Ali RA. Khalifah Ali RA berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, sedangkan golongan ini hanya berpegang kepada Al-Quran dengan kefahaman sendiri semata-mata tanpa panduan As-Sunnah, lalu mengeluarkan hukum.

Zaman sekarang pun berkemungkinan besar ada, yang 'keluar' dari orang Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, dengan mengeluarkan hukum dari Al-Quran tanpa panduan dari kedua-dua Al-Quran dan Sunnah. Mereka rasa dah cukup dengan baca Al-Quran dan terus keluarkan hukum.

kalau sekadar orang lain menggelar orang lain - ianya adalah PRASANGKA BURUK, MENUDUH, MEMFITNAH
dosa je, lagi afdhal ambil iktibar dr kisah dulu2 sebagai pedoman masa hidup.

Setuju. Sebab itulah saya tak sebut secara khusus mana-mana kumpulan. Secara umumnya, bila ada ciri-ciri yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith tentang 'Khawarij', maka dikhuatiri itu lah golongannya.  

Kisah dulu2 pasal pembunuhan Saydina Ali dah memang tercatat dalam sirah. Orang yang membunuh Saydina Ali, dia membacakan ayat Al-Quran ketika melakukan pembunuhan, inilah yang difahami sebagai 'Al-Quran hanya setakat di kerongkong'. Orang yang membunuh itu ingat dia faham Al-Quran, dengan bacaan Al-Quran dan bunuh Saydina Ali ketika itu...

  .mempunyai pengikut,   tanduk pertama     di akhir zaman
bermaksud semakin lama semakin berkembang
perasan atau ujub mengatakan diri merekalah yg terbaik/benar jalannya
agama setakat kerongkongan sahaja

Saya tak pasti tuan merujuk kepada siapa....tapi tajuk thread ini pasal tahfiz, dan kita tahu pusat tahfiz umumnya ialah pusat 'hafaz Al-Quran'

Saya hanya nak jelaskan, setakat perjalanan hidup saya yang berjumpa madrasah tahfiz, mereka tidak ujub mengatakan diri mereka terbaik, bahkan mereka lah yang lebih banyak merendah diri. Mereka belajar hafaz Al-Quran, dengan adab-adab mulia yang diajarkan kepada mereka.

Mungkin ada yang sedikit nakal, itu sifat kenakalan individu...

takkan yg ramai2 dok ngaji/belajar/mentelaah tak faham lagi kot istilah AGAMA SETAKAT KERONGKONGAN saja

Adakah ini ditujukan kepada pusat tahfiz?

Seperti yang saya dah jelaskan sebelum ni, pusat tahfiz utamakan hafazan. Sambungan.... bukan hafazan semata-mata, mereka belajar juga adab-adab dan cabang ilmu lain, cuma keutamaan pada hafazan. Belajar tak terhenti pada tahfiz sahaja, ada kesinambungannya lagi....

SABDA NABI: ISLAM PADA MULANYA DAGANG DAN AKAN KEMBALI DAGANG......
SABDANYA LAGI : ISLAM AKAN TINGGAL HANYA NAMA


Nabi tahu/sedar apa kisah umatnya
dan beliau dah kasitau agar umatnya berhati-hati/ berjaga-jaga/ambil pengajaran
tapi sejauh mana/ seerat mana SUNATURASUL yg gigit kuat2!!!

Setuju.

Dengan adanya pusat-pusat tahfiz, madarasah dan sekolah agama, sekurang-kurangnya harapan kita zaman agama yang betul-betul gharib/dagang belum sampai lagi.... walaupun demikian suasana ke arah itu akan semakin menjadi dengan kecanggihan kemodenan tamadun manusia jika hidup tanpa agama.

Antara aliran agama dan aliran sekular, aliran agama masih jauh sedikit... ini pun dah semakin dagang...

Tambah pula bila pemikiran masyarakat melihat sebagai aliran agama dilihat sebagai aliran yang mundur, maka akan berlaku lah 'dagang' kepada Agama. Pada masa itu sesiapa yang nak mendalami agama akan menghadapi kesukaran yang amat sangat....

WAllahu a'lam




Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 11:24 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 2-10-2017 11:30 AM
orangbesi replied at 1-10-2017 12:06 AM
   Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri daripada orang muda yang masih mentah fikirannya (dangkal pemahaman agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (hadis-hadis Rasulullah s.a.w.) tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya, mereka telah keluar daripada agama seperti anak panah yang terlepas daripada busurnya. Di mana saja kalian dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu. Barang siapa yang dapat menghapuskan mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.” (Sahih Muslim, Imam Muslim (2467))

Berkaitaan hadith di atas, ada hadith lain lagi yang memberi ciri-ciri kepada kaum yang disebut itu.

Dari Ali bin Talib R.A. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan solatmu jauh berbeda dengan cara mereka bersolat. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya.” (Riwayat Muslim)

Cara bacaan Al-Quran mereka tak seperti kelaziman umat Islam baca, cara solat mereka jauh berbeda. Ini akan terjadi jika tak ikut Al-Quran dan Sunnah. Terjadi bila belajar Al-Quran dari helaian (text) tanpa pengajian bersanad (tidak berguru dengan guru yang ada sanad ilmu Al-Quran dan As-Sunnah).  

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 10:19 PM | Show all posts
orangbesi replied at 1-10-2017 12:06 AM
Khawarij adalah merupakan kata jamak daripada perkataan Kharij yang membawa maksud orang yang kelu ...

Zaman sekarang pun berkemungkinan besar ada, yang 'keluar' dari orang Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, dengan mengeluarkan hukum dari Al-Quran tanpa panduan dari kedua-dua Al-Quran dan Sunnah. Mereka rasa dah cukup dengan baca Al-Quran dan terus keluarkan hukum.


yg keluar terang2 dr islam - nampak jelas
yg keluar diam2 dr islam - kurang jelas (pada pandangan manusia)
yg terkeluar tanpa disedari - ini yg susah manusia yg mahu/hendak memahaminya


Saya tak pasti tuan merujuk kepada siapa....tapi tajuk thread ini pasal tahfiz, dan kita tahu pusat tahfiz umumnya ialah pusat 'hafaz Al-Quran'



untuk sesiapa sahaja yg sudi membaca dan meneliti kembali - iktibar dr kejadian  tersebut
belajar/baca dan AMALKAN apa yg kita baca walau sedikit
dr bacaan yg banyak tapi sekadar di bibir sahaja


kanak2/remaja - apalah yg mereka tahu sangat! , mereka sekadar pengikut sahaja
tapi ibubapa/penjaga/yg tua - yg mencorakkan jalan2 yg akan mereka tempuhi
FIRMAN ALLAH: BACALAH DENGAN TERTIL/PERLAHAN2
     kan bukan senang nak memahami AYAT2 ALLAH ini.

mari kita teliti AYAT ALLAH yg simple ini
   BERDOALAH DENGAN MERENDAH DIRI DAN SUARA YANG LEMBUT
gamaknya kat mana ada tok guru yg ajar sebegini?
   BERDOALAH DENGAN TAKUT DAN PENUH HARAP
ada ke lagi yg dok berdoa camni???
Perintah ALLAH tu kan

cuba juga teliti kisah seseorang memohon pada Nabi utk melaungkan azan (menggantikan Bilal)
dan kenapa Jibrail turun selepas itu?

Tambah pula bila pemikiran masyarakat melihat sebagai aliran agama dilihat sebagai aliran yang mundur, maka akan berlaku lah 'dagang' kepada Agama. Pada masa itu sesiapa yang nak mendalami agama akan menghadapi kesukaran yang amat sangat....



kenapa aliran pemikiran masyarakat kita sebegitu?
siapakah yg bersalah hingga terpesongnya pemikiran ini?

AL QURAN tu 30 juzuk je
HADITH NABI yg soheh ada 6 kitab
dan beberapa kitab Hadith Nabi yg lainnya
tak banyak sangat pun kan
tapi NAK MENGAMALKAN DALAM KEHIDUPAN .......ni yg kesukaran yg amat banyak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 10:34 PM | Show all posts
mnm77 replied at 2-10-2017 11:24 AM
Berkaitaan hadith di atas, ada hadith lain lagi yang memberi ciri-ciri kepada kaum yang disebut it ...

Dari Ali bin Talib R.A. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan solatmu jauh berbeda dengan cara mereka bersolat. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya.” (Riwayat Muslim)



72 golongan Umat Muhammad - semuanya membaca AL QURAN
dan adakah kita sekarang membaca seperti lazimnya mereka(sahabat2 Nabi) membaca?
dan adakah solat kita sama dgn solat para sahabat mendirikan solat?

DARI AYAT2 KU ADA YANG MENDAPAT PETUNJUK DAN ADA YANG DISESATKAN
masih membaca AL QURAnNkan
CELAKALAH MEREKA YG SOLAT, IAITU YG LALAI SOLATNYA DAN RIAK
masih mengerjakan solat kan

teringat riwayat kisah Nabi mendirikan solat dgn para sahabatnya
   apabila tiba ayat azab/neraka - memohon ampun dan mohon dijauhkan
        bila tiba ayat Kebesaran Allah - bertakbir memuji mengagungkanTuhan
      dan bila tiba ayat Sujud maka mereka bersujud (hinggakan sampai tak cukup ruang)
.....cuba perhatikan keadaan sekarang ini!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 08:57 AM | Show all posts

Alhamdulillah...diskusi yang cukup baik... saya rasa ada point yang tuan nak ketengahkan, dan point itu pun penting.

Oleh kerana ada dua isu di sini dalam diskusi saya dengan tuan: satu 'tahfiz', satu lagi 'khawarij' maka saya respon untuk 2 isu ini.

Sedikit lagi sambungan diskusi...
kanak2/remaja - apalah yg mereka tahu sangat! , mereka sekadar pengikut sahaja
tapi ibubapa/penjaga/yg tua - yg mencorakkan jalan2 yg akan mereka tempuhi

Setuju. Sebab itulah ada guru (pusat tahfiz) yang membimbing mereka, yang diamanahkan oleh penjaga/ibu bapa. Moga mereka menjadi huffaz yang berjaya dunia akhirat.

FIRMAN ALLAH: BACALAH DENGAN TERTIL/PERLAHAN2
kan bukan senang nak memahami AYAT2 ALLAH ini.

Setuju. BUKAN SENANG nak faham ayat2 Allah, ia mengambil masa yang lama untuk mendalami. Maka sebab itu lah hafazan Al-Quran digalakkan di peringkat usia yang muda, di bawah pimpinan GURU yang mendalami Al-Quran dan Sunnah.

Di peringkat usia yang muda, kematangan untuk fahami ayat2 Allah mungkin sedikit kurang, akan tetapi kekuatan hafazan adalah lebih berbanding ketika usia bertambah. Maka keutamaan hafazan diberikan. Ada juga yang bukan hafiz tetapi mendalami ilmu Al-Quran (tafsir dan sebagainya), dia akan bergantung kepada hafiz atau rujuk kitab jika nak pastikan tiada kesalahan pada bacaan bila menjelaskan sesuatu dari ayat Allah.

Setuju yang terbaik hafaz dan memahami serentak ayat demi ayat, dan akan makan masa bertahun-tahun lamanya mungkin 10 tahun atau lebih.

Sistem madrasah melihat kepada para salafussoleh, bagaimana mereka mempelajari ilmu agama. Rata-rata Ulama terdahulu hafaz Al-Quran pada usia yang sangat muda, dan menjadi faqih pada usia dewasa. Contoh Al-Imam As-Syafi'i hafaz Al-Quran pada usia yang sangat muda, begitu juga ramai Ulama awal yang lain. Ini tidak bermakna mereka yang hafaz Al-Quran ini terus menjadi 'Alim'. Mereka menjadi 'huffaz' (pelindung/protector) kepada Al-Quran, sebelum mendalami ilmu-ilmu yang terkandung dalam Al-Quran itu sendiri (kemudian menjadi Alim).

Para hafiz Al-Quran (para huffaz) sangat digalakkan untuk menjadi 'Alim/Ulama. Sesetengah tempat, tahfiz utamakan tajwid dahulu. Sesetengah tempat yang lain pula, ada cabang qiraat. Sesetengah tempat yang lain pula, utamakan tahfiz sebelum Alim (tak boleh jadi Alim tanpa hafaz). Kesemua ini ada keutamaan pengkhususan masing-masing (specialization), namun tidak ada yang claim hafaz Al-Quran terus boleh keluar hukum-hakam.

mari kita teliti AYAT ALLAH yg simple ini
   BERDOALAH DENGAN MERENDAH DIRI DAN SUARA YANG LEMBUT
gamaknya kat mana ada tok guru yg ajar sebegini?
   BERDOALAH DENGAN TAKUT DAN PENUH HARAP
ada ke lagi yg dok berdoa camni???
Perintah ALLAH tu kan

Insha-Allah ada..... para pelajar tahfiz mereka sangat digalakkan bertahajjud dan baca Al-Quran dalam solat malam. Berdoa dengan merendah diri. Ini masyarakat awam tidak dapat lihat. Masyarakat awam lihat yang zahir di mana biasanya pelajar tahfiz dipanggil untuk jadi imam, baca doa dan seumpamanya. Maka bacaan dan lafaz itu untuk memimpin...

Kalau yang merendah diri berseorangan berdoa dan menangis pada Allah, biasa dilakukan sembunyi-sembunyi. Itu yang masyarakat awam tak berapa nampak... WAllahu a'lam

cuba juga teliti kisah seseorang memohon pada Nabi utk melaungkan azan (menggantikan Bilal)
dan kenapa Jibrail turun selepas itu?

Kisah itu pasal niat kan? Kalau niat nak dengarkan suara maka panggilan itu setakat sedap didengar penduduk bumi sekitar tempat azan sahaja. Kalau niat betul, azan itu dakwah sempurna mengajak manusia tunaikan solat, maka panggilan itu sampai ke penghuni langit. Hanya Allah yang tahu niat setiap manusia.

Berkaitan tahfiz, ada yang kurang dari segi ilmu qiraat, bacaan mungkin kurang sedap. Ada yang qiraat yang bagus, mungkin ini yang selalu di kedepankan. Bila kedepan, maka bergantunglah kepada niat itu... kalau niat baik, maka kesannya baik. Niat menunjuk-nunjuk maka kesannya tak baik untuk diri sendiri. Kita tak boleh menilai mereka jika kita tak tahu niat sebenar. Jika mereka diundang untuk jadi imam, tentunya mereka akan memberikan yang terbaik....

Sedikit berkaitan 'khawarij', ia boleh terjadi kepada mana-mana kelompok orang Islam. Bila berlajar Al-Quran, tetapi tidak mendalami As-Sunnah, dan kemudian dah rasa layak keluarkan hukum dari Al-Quran tanpa mendalami As-Sunnah, mereka inilah yang akan berhukum dengan hukum-hukum ikut kefahaman dari bacaan semata-mata....maka akan timbullah cara bacaan mereka pun tidak sama, cara solat pun jauh dari cara solat umat Islam.... namun Insha-Allah, pusat tahfiz yang benar TIDAK pernah menjadikan anak-anak tahfiz sebagai alat untuk rasa diri betul atau benarkan mereka keluar hukum-hakam tanpa mendalami Al-Quran dan As-Sunnah. Sekiranya ada yang berlaku, itu bukanlah didikan pusat tahfiz... Pusat tahfiz ada memberi tanggungjawab kepada para ustaz untuk mendidik anak pelajar mereka....

WAllahu a'lam



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 02:31 PM | Show all posts
mnm77 replied at 3-10-2017 08:57 AM
Alhamdulillah...diskusi yang cukup baik... saya rasa ada point yang tuan nak ketengahkan, dan poin ...

dapat juga pautat pasal kisah bilal ni

Bilal Bin Rabah ialah seorang muazzin (tukang azan).. Muazzin islam pertama yang dilantik Baginda S.A.W setelah dibina Masjid Nabawi..
Suara Bilal tidaklah merdu seperti tukang azan kita sekarang ini.. Laungan azan Bilal senada dan biasa.. TETAPI ....
Tetapi ada keikhlasan dalam suara itu, ada kejujuran dan kesungguhan sebagai seorang muazzin dalam suara itu dan ada pengharapan dalam suara itu agar semua yang mendengar laugan azan akan turun bersama mendirikan solat..
Suara itu yang dinantikan setiap penduduk Madinah dan penduduk langit.. Para malaikat sentiasa menantikan laungan itu..

Suatu hari datang seorang sahabat bertemu Baginda S.A.W dan dia berkata "Ya Rasulullah, Bilal azannya cuma senada, kedengaran tidak merdu. Apakata esok kita tukar muazzin supaya azan yang dilaungkan lebih merdu.'' Baginda Nabi S.A.W dengan berat hatinya mengizinkan sahabatnya itu untuk melaungkan azan subuh.
Maka keesokan paginya pemuda tersebut mengantikan tempat Bilal. Dia pun melaungkan azan dengan merdu sekali sehingga semua penduduk Madinah terpegun dengan suaranya dan ramailah datang bersolat subuh pagi itu yang di imamkan Baginda S.A.W.
Selesai solat dan Baginda Nabi pun keluar dari masjid untuk menjalani rutin harian. Tiba-tiba, Jibril turun berjumpa Baginda.. Kata Jibrail "Ya Rasulullah, kenapa kamu tidak solat subuh???" Baginda S.A.W berkata bahawa mereka sudah solat subuh..
Maka berkata Jibril lagi "sesunguhnya kami tidak dengar laungan azan sampai ke langit seperti selalu!"
Laungan azan yang di laungkan atas dasar mahu menunjuk kemerduan suara tidak didengar oleh penduduk langit..
.........ALLAH.......
Mulai dari hari itu tiada siapa pun dibenarkan mengantikan tempat Bilal...  

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:34 PM | Show all posts
cuba perhatikan
apabila khatib yg juga mengimani jemaah tika Solat Jumaat

Bacaan Al Fatihah tika atas mimbar
Bacaan Al Fatihah tika dalam Solat
Bacaan Al Fatihah tika duduk selepas Solat


renung-renungkanlah
moga ada kemanfaatan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 12:38 PM | Show all posts
mak ooiii
berat sangat ye Bacaan AL FATIHAH ni
maklumlah dirangkumkan kesemua  yg 30 juzuk dalam 7 AYAT YG BERULANG2 ini

kita ambil yg ringan sikit
HANYA 2 PERKATAAN je
iaitu
ALLAHUAKBAR = Allah Maha Besar


Bila Azan n Iqamah lain nadanya
bila Bertakbir dlm Solat lain palk kan
bila dok Zikir lepas Solat lain pulak
bila hari Raya lagi lain nadanya

........macam2 ye yg direka oleh manusia
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046559 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list