dah kt 2 bln x tunjuk pica baby lg
acik2 bawang dh tanya sape kata nitizen x nak tgk pica baby sheol
Hampir Dua Bulan Bersalin, Mana Anak Jihan?[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2018 6:30 AM
[size=0.75em]Jihan Muse dan Ungku Hariz menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua pada 20 Mac. Foto Instagram @jihanmuse & @haqy.co
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]HAMPIR dua bulan bersalin, peminat Jihan Muse mula melontarkan pertanyaan bilakah dia akan memperkenalkan anak lelakinya kepada peminat. [size=0.98em]Pertanyaan itu dibuat peminat menerusi Instagram selepas Jihan memuat naik foto dan kapsyen bersempena ulang tahun perkahwinannya yang kedua dengan pelakon Ungku Hariz. [size=0.98em]Rata-rata melahirkan rasa tidak sabar untuk melihat wajah anak pasangan itu yang namanya juga masih belum didedahkan kepada umum. [size=0.98em]Bagaimanapun pasangan ini hanya menggunakan nama Baby Ninja untuk bayi lelaki mereka itu.
[size=0.98em]"@snurulzakaria Bila nak tunjuk baby kak @jihanmuse ..x sabar nak tengok.
[size=0.98em]Kapsyen Jihan di Instagram menjadi perhatian pengikutnya. [size=0.98em]@halimahtunsaadiah08 Kenapa tak tunjuk gambar baby? [size=0.98em]@norazureennawawi Bila nak post picture baby..kak jihan?," antara pertanyaan ditinggalkan oleh pengikutnya di ruangan komen. [size=0.98em]Sementara itu, ucapan Jihan bersempena ulang tahun perkahwinannya menggeletek hati apabila dia menulis menggunakan bahasa istana dengan membahasakan dirinya sebagai beta. [size=0.98em]Menerusi kapsyen itu, Jihan meminta 'rakyat' bergembira dan senyum sepanjang hari bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya dengan Ungku Hariz.
[size=0.98em]Jihan Muse. [size=0.98em]"Wahai sekalian rakyat siber! Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang kedua ini beta titahkan semua rakyat bergembira dan senyum sepanjang hari," tulisnya. [size=0.98em]Malah Jihan meminta pengikutnya agar memaafkan semua orang, bersihkan hati dan hidup dengan bahagia. [size=0.98em]"Maafkan semua orang, bersihkah hati dan hidup dengan bahagia. Kalau sakit hati sangat simpan sambung esok. [size=0.98em]"Hari ini matikan segala bad mood, bad vibes dan bad mouth. Marilah jadi 'citizen of net' yang baik. Jangan lupa selit doa untuk kebahagiaan kami sekeluarga juga ya. Sekian dari balairung sewa. Assalamualaikum," tulisnya. [size=0.98em]Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama pada 25 Januari lalu.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... 1QxlBVGASpyqhP4Z.99
|