"Sayang anak perempuan saya, muahhh! Jaga diri, ayah sibuk."
Dalam pada peminat dan pengikut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada anak pasangan Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle, Nur Aurora, ada pula yang meninggalkan komen biadab.
Dalam satu kemas kininya semalam, Diana memuat naik beberapa gambar sekitar sambutan hari jadi anak perempuannya itu di laman Instagram.
Bagaimanapun, muncul seorang netizen yang tiba-tiba mengaku bapa kepada Nur Aurora.
Berang dengan tindakan netizen berkenaan yang dianggap biadab dan cuba mencetuskan perang di IGnya, Diana menempelak individu terbabit.
Selain dilihat seperti cuba melempar fitnah, netizen juga menyifatkan individu berkenaan sebagai seorang pedofilia.
"Siapa kamu nak mengaku anak saya sebagai anak awak?" bidasnya.
Kredit foto: IG Diana Danielle
Bertabahlah Diana kerana wujudnya insan sedemikian yang akan selalu melancarkan serangan dalam usaha menjatuhkan imej selebriti. Entah apa yang seronok melihat kehidupan orang lain menjadi kucar-kacir kerana tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu? - CARI
|