CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hussaini4675

Memang Tradisi Iran Sujud Atas Batu Karbala - SUA Mat Sabu

[Copy link]
Post time 4-5-2019 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm bnyak2 negara timur tengah iran juga yg heol pilih...minat sungguh melawat iran...hmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
jetrofa replied at 4-5-2019 09:52 AM
Dlm bnyak2 negara timur tengah iran juga yg heol pilih...minat sungguh melawat iran...hmm..

Tapi iran is sangat cantik n x seperti yg digembur2 di media...actually kita mmg patut keluar tgk negara luar n buka minda sbb kita banyak ditakutkan oleh media asing...apa2 pon mereka masih org islam
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 10:52 AM | Show all posts
jap2..kalau solat jemaah, kaki saf kena rapat kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambutan ulang tahun ke-40 Revolusi Islam Iran bermula Jumaat lalu pada 1 Februari.

Pada tarikh itu, di tahun 1979, Ayatullah Khomeini kembali ke Tehran dengan sambutan ribuan rakyatnya hingga membawa kepada runtuhnya kerajaan Shah Iran dan digantikan dengan Republik Islam Iran.

Revolusi Iran adalah salah satu daripada 3 revolusi rakyat yang penting dalam sejarah dunia moden.

Revolusi pertama yang penting ialah Revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1789. Tahun ini Perancis menyambut ulang tahunnya yang ke-230. Ia dianggap sebagai revolusi demokratik.




Revolusi kedua ialah Revolusi Rusia yang berlangsung pada tahun 1917. Pada 2017 yang lalu, Rusia dan gerakan kiri sedunia menyambut ulang tahunnya yang ke-100. Revolusi Rusia adalah revolusi komunis dan kesannya juga sampai ke Malaysia apabila tertubuhnya Parti Komunis Malaya pada 1930.

Bagaimanapun, kesan Revolusi Iran adalah lebih besar. Ia tercetus beriringan dengan apa yang ketika itu dipanggil sebagai Era Kebangkitan Islam dikira bermula dengan abad baru Hijrah, iaitu kurun ke-15, yang jatuh pada tahun 1980, setahun selepas berlakunya Revolusi Iran.

Kesan semangat revolusi itu sampai pada umat Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia, khususnya pada generasi anak-anak muda.

Sebelum berlaku revolusi itu, sebahagian umat Islam di dunia sudah menampakkan minat terhadap politik secara Islam. Terdapat kekecewaan terhadap ideologi politik seperti nasionalisme, sosialisme dan komunisme. Mereka kelihatan berusaha mencari alternatif kepada ideologi, dan menemui kaedah politik Islam.


Di peringkat antarabangsa, ada yang tertarik dengan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin Mesir seperti Hassan Al-Banna dan Sayyid Qutb.

Ada pula terpesona dengan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang membawa gagasannya melalui Buku Hijau.

Di Malaysia, anak-anak muda tertarik pada pertubuhan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pimpinan Anwar Ibrahim, Darul Arqam pimpinan Ashaari Muhammad dan gerakan dakwah Tabligh.

Di Britain, pelajar-pelajar Malaysia, kebanyakannya dalam bidang kejuruteraan menubuhkan Islamic Representative Council (IRC) yang cenderong pada kaedah Ikhwanul Muslimin.

Sebelum Revolusi Iran, gerakan Islam di negara itu tidak begitu dikenali oleh anak-anak muda Malaysia. Bukan saja kerana rakyat Iran bermazhab Syiah yang dianggap asing tetapi pemikiran dalam bahasa Parsi sukar untuk diikuti oleh masyarakat negara ini, berbanding tulisan bahasa Arab dan Inggeris.

Penulis sendiri menyedari mengenai Revolusi Iran itu bermula daripada laporan berita luar negeri di akhbar tempatan yang melaporkan pergolakan politik negara itu.

Namun demonstrasi dan rusuhan yang dilaporkan belum menampakkan elemen Islam.

Hanya selepas Februari 1979, pengaruh gerakan Islam di Iran sampai ke kalangan anak-anak muda Malaysia. Ketika itu saya berada di kampus Institut Teknologi Mara (ITM) dan gambar Ayatullah Khomeini diedar dan dijual di kalangan pelajar. Ada yang menampal gambar beliau pada motosikal dan dinding-dinding rumah sewa mereka.

Di ITM, para pelajar yang cenderong pada Islam bergabung dalam Markaz Islam. Antara aktivis Markaz Islam ialah Mohamad Sabu. Beliau kini menteri pertahanan dan presiden Amanah.

Antara pensyarah agama di ITM ketika itu ialah Abdul Ghani Shamsuddin, kini timbalan penasihat Amanah.

Presiden Kesatuan Siswa ITM (KSITM) pula ialah Khalid Jaafar, kini ahli politik PKR.

Pelajar Malaysia di Britain juga menerima kesan daripada pengaruh Revolusi Iran ini. Antaranya Khalid Samad yang menubuhkan kumpulan Suara Islam. Kumpulan ini menyatakan sokongannya terhadap Revolusi Iran. Khalid kini menteri Wilayah Persekutuan dan adalah ketua penerangan Amanah.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau dan rakan-rakannya tidak puas hati dengan PAS pimpinan Datuk Asri Muda. Khalid dan rakan-rakan seperjuangannya menubuhkan Parti Negara Islam Malaysia (PNIM) yang bermodelkan pada Parti Republikan Islam di Iran yang mendokong Ayatullah Khomeini dan penubuhan Republik Islam Iran.

Pendaftaran PNIM ditolak kerana perlembagaannya dianggap bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Aktivis PNIM bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya tahun 1982.

Bagaimanapun, keumdiannya, Khalid menyertai PAS.

Republik Islam Iran ditubuhkan pada 1 April 1979 selepas referendum. Negara ini menyatakan bahawa dalam hubungan luarnya, Tehran mengutamakan hubungan dengan negara-negara Islam lain, tidak seperti pada zaman Shah di mana Iran mengutamakan hubungannya dengan Amerika Syarikat.

Namun begitu, hubungan antara Kuala Lumpur dan Tehran adalah baik pada zaman Shah. Malah Shah mengadakan lawatan rasmi ke negara ini pada 1968. Negeri yang dilawati adalah Perak.

Selepas pilihan raya tahun 1974, duta Malaysia ke Iran ialah Yusof Rawa yang merupakan seorang pemimpin PAS. Ketika itu PAS adalah anggota Barisan Nasional. Namun begitu Iran tidak membuka kedutaannya di Kuala Lumpur, ia mentauliahkan kedutaannya di Bangkok untuk hubungannya dengan Malaysia.

Setelah tertubuhnya Republik Islam, Iran membuka kedutaannya di Kuala Lumpur. Pada sekitar awal tahun 1980-an, kedutaan itu mengadakan pameran di sebuah hotel mengenai Revolusi Islam Iran.

Sebagai pelajar di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) ketika itu, saya juga menerima banyak bahan bacaan berbentuk akhbar, buku, majalah dan risalah mengenai revolusi itu.

Kerajaan Iran juga mengundang dan menaja pertubuhan Islam untuk melawat negara itu bagi menyaksikan sendiri perkembangan revolusi.

Antara lawatan yang terkenal ialah rombongan Abim yang diketuai oleh Anwar. Gambar-gambar lawatan itu tersebar dalam penerbitan Abim seperti Risalah dan majalah pro-Abim, Panji Masyarakat.

Salah seorang pemimpin Abim yang mengikut lawatan itu ialah Anuar Tahir, kini timbalan menteri kerja raya dan setiausaha agung Amanah. Beliau datang ke UPM untuk menceritakan mengenai butiran lawatan itu pada hadirin yang sesak di dewan kuliah. Saya turut hadir dalam ceramah itu.

Tetapi pengaruh Revolusi Iran paling besar adalah terhadap PAS. Pada Muktamar Agung 1982, berlaku krisis kepimpinan di mana apa yang dianggap sebagai golongan radikal telah mengambil alih pucuk pimpinan.

Barisan pimpinan lama yang diketuai oleh Datuk Asri Muda dianggap tidak sesuai lagi dengan Era Kebangkitan Islam.
Barisan pimpinan baharu diketuai oleh Yusof Rawa, iaitu bekas duta Malaysia ke Iran.

Timbalannya ialah Fadzil Nor, bekas timbalan presiden Abim. Naib-naibnya ialah Abdul Hadi Awang dan Nakhaie Ahmad. Termasuk dalam apa yang disebut sebagai golongan radikal ini ialah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mustafa Ali, Mohamad Sabu dan Khalid Samad.

Saya hadir di muktamar itu sebagai pemberita. Laungan-laungan pemuda yang menolak kepimpinan lama mengandungi slogan-slogan yang disadur daripada Revolusi Iran.

Dengan inspirasi daripada Iran, mereka menggagaskan kepimpinan ulama untuk PAS. Perlembagaan dipinda, yang mana PAS menubuhkan Majlis Syura dan jawatan mursyidul am.

Yusof Rawa menjadi mursyidul am pertama dengan Fadzil Nor menjadi presiden PAS.

Dalam pilihan raya 1986, istilah Hizbi dan Hizbullah digunakan oleh aktivis PAS yang pro-Revolusi Iran untuk merujuk parti atau kumpulan pelajar mereka. Ia juga mengambil semangat Hizbullah, kumpulan politik Lubnan dari kalangan Syiah yang disokong Iran.

Selama 40 tahun selepas Revolusi Iran, terdapat peristiwa-peristiwa yang menunjukkan pengaruhnya bukan saja terhadap politik negara ini tetapi juga bidang-bidang lain.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT



https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/02/05/40-tahun-revolusi-iran-di-malaysia/
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak artikel pasal politician pergi ke iran.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-5-2019 08:19 PM
Banyak artikel pasal politician pergi ke iran.

Patutnya dia kena pergi usa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2019 08:33 PM | Show all posts
pada ai lebih pada menghormati budaya sana... akidahnya Mat Sabu ikut mazhab malayisa
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ohnoLia replied at 4-5-2019 08:23 PM
Patutnya dia kena pergi usa...

Dulu tun pergi pakistan tengok nuklear, tun xde pergi iran tengok army teknologi.

Siap sedialah. Syiah ni jahat. Semua orang dia kafirkan. Kt syria yang mati ratus ribu mungkin juta. Sunni majoriti kt syria tp bantuan dari iran bantai org islam sunni.


Doa banyak2 minta dijauhkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2019 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala bana ko lah mat sabu. Becakp tadak hukom
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 09:56 PM | Show all posts
Edited by hayati_hassan at 4-5-2019 09:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 4-5-2019 10:44 AM
Tapi iran is sangat cantik n x seperti yg digembur2 di media...actually kita mmg patut keluar tgk  ...

Iran mmg lawa noks, parents haku g travel ke Iran dorg bgtau view cantik2 makanan pun sedap, pompuan lawa2 cm org turki...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
acikhan replied at 4-5-2019 10:11 PM
Iran mmg lawa noks, parents haku g travel ke Iran dorg bgtau view cantik2 makanan pun sedap, pompu ...

Perghhh....dpt mutaah kan best. Syurga utk lelaki. Teringat kisah pelajar2 msia yg berpeluang bermutaah dg gadis2 parsi tanpa risau perlu btanggung jwb thadap anak2 mutaah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 4-5-2019 10:18 PM
Perghhh....dpt mutaah kan best. Syurga utk lelaki. Teringat kisah pelajar2 msia yg berpeluang berm ...

Amboi gatal kaww ye noks, tp kata parents haku kecantikan dorg x bleh lawan org turki..lg lawa2, hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha negara Islam sunni yang paling maju, menteri pertahanannya syiah hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
acikhan replied at 4-5-2019 10:24 PM
Amboi gatal kaww ye noks, tp kata parents haku kecantikan dorg x bleh lawan org turki..lg lawa2, h ...

Bangsa2 yg cantik belah2 sana...turki..pakistan kulit putih, arab, parsi, india utara. Klu pegi istanbul sampai naik heran kenapa anak2 dorg semua comel. Rezeki derang. Yg kaki mutaah tu mmg berhajat sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 4-5-2019 12:10 AM
Pada pendapat SG, mat sabu lebih pada menghormati budaya dan cara solat disana...masih sah solat nya ...

Patut jwb begini...

Memang Tradisi Iran Mutaah dengan gadis2 Iran - SUA Mat Sabu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2019 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
acikhan replied at 4-5-2019 10:11 PM
Iran mmg lawa noks, parents haku g travel ke Iran dorg bgtau view cantik2 makanan pun sedap, pompu ...

Turki mmg lawa2 pempuan lelaki nya...xpelik sbb negara turki pon mmg dari 2 benua...timur bertemu barat
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 12:14 AM | Show all posts
hahaha jenuh jawab  ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 4-5-2019 01:09 AM
Dkt Iran jer .. di masjid US okay jer orang syiah bersolat berimamkan orang sunni. Tak ada pun letak ...

Kt opis aku nih, bdk2 iran solat kalau xde batu dia akn koyak kertas letak kt tmpt sujud, janji ada benda kt tmpt sujud.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2019 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 4-5-2019 12:10 AM
Pada pendapat SG, mat sabu lebih pada menghormati budaya dan cara solat disana...masih sah solat nya ...

Kalau menghormati budaya kene makan babi..kene ke delgasi tu ikot?

Imam tu kafir. Solat berimamkan kafir
Siapa ckp kafir?
Majoriti jumhur ulama
[youtube]iD-NKeggxQM[/youtube]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.453714 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list